Anda di halaman 1dari 3

Karangan SPM

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara
kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku
demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang
menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat
mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha
untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan,
contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia
ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita
berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang
proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya!. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat
patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. "ambahan
pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.
#ara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian
dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam
kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini
dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik
kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. $engan
perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara %ormal di dalam kelas, diuji
dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam
sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan
atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. &empen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita Oleh itu, &ementerian Penerangan Malaysia, di samping media
elektronik seperti tele'isyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. $engan perkataan lain, tele'isyen dan radio hendaklah
menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat
patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan (lem
seperti )ukit &epong!, Paloh!, dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.
*gensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan
akti'iti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini.
*kti'iti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan
perumahan. Oleh itu, akti'iti seperti sambutan hari kemerdekaan pada
peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. $i samping
itu, Jabatan Penyiaran atau stesen tele'isyen juga perlu mengadakan %orum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik
daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan
semangat kebangsaan suatu masa dahulu. *kti'iti tersebut bukan sahaja
dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira
bangsa, agama dan %ahaman politik. $engan cara itu, anggota masyarakat
akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat
patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan
menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil
perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu
dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana,
kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan
sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang
sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan
tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik
perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,
semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya dan pasti akan menjadi indi'idu yang berguna kepada
bangsa, agama dan negaranya sendiri. +ndi'idu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat
patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak
ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri.
Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat.