Anda di halaman 1dari 4

Kertas Soalan Pendidikan Moral Tahun 5

1. Apabila Mei Keng dituduh mencuri buku
kawannya, dia sanggup mempertahankan
_____ dengan memberikan bukti-bukti
yang nyata.
A. maruah diri
B. muka diri
C. anggota diri
D. saiz diri

2. Tuak yang biasanya dijamu semasa
pelawat melawat ke rumah panjang boleh
ditukar kepada minuman jenis lain untuk
menjaga ______________ masyarakat
beragama lain.
A. maruah
B. kesihatan
C. sensitiviti
D. keadaan

3. Abby bertukar-tukar hadiah dengan
anggota-anggota keluarga lain pada
___________________.
A. Hari Thaipusam
B. Hari Deepavali
C. Hari Ponggol
D. Hari Krismas

4. Upacara pengkebumian penganut agama
lain perlu difahami dan _____________
walaupun ritualnya berbeza dan
kadangkala bercanggah dengan amalan
agama kita.
A. dijaga
B. dituruti
C. dihormati
D. ditakuti

5. Samad ________________ dengan
kesesakan lalu lintas semasa perayaan
Thaipusam di Batu Caves.
A. bertoleransi
B. senyap
C. geram
D. marah

6. Muthusamy hanya makan nasi dan sayur-
sayuran pada hari Selasa dan Jumaat.
Amalan ini dilakukan oleh segolongan
penganut agama _________________.
A. Islam
B. Buddha
C. Kristian
D. Hindu

7. Khairuddin __________________
berjumpa dengan guru besar untuk
menerangkan kedudukan dirinya yang
tidak bersalah dalam kes kecurian di kantin
sekolah.
A. dipaksa
B. rela
C. susah
D. tidak mahu

8. Amalan berfikiran _____ dan memikirkan
kepentingan orang lain akan melahirkan
masyarakat penyayang.
A. negatif
B. kebersihan
C. kecantikan
D. kemegahan

9. Laxman suka melayari internet pada waktu
lapang kerana internet membolehkannya
memperoleh banyak _____.
A. maklumat
B. kawan
C. gambar
D. permainan

10. Sekirannya kita telah melakukan sesuatu
kesalahan, kita perlu _____ kesalahan
tersebut.
A. melupakan
B. mengingati
C. mengakui
D. menerima



Soalan 11 hingga soalan 15 adalah berdasarkan
pernyataan dibawah ini.










11. Penganutnya diwajibkan sembahyang lima
kali sehari.
A. i C. iii
B. ii D. iv

12. Penganutnya percaya terhadap adanya
kuasa pada batu, pokok dan objek alam
yang lain.
A. iv C. vii
B. v D. vii

13. Penganutnya bermeditasi di tempat ibadat.
A. i C. iii
B. ii D. iv

14. Penganut lelaki memakai serban dan
penganut perempuan memakai selendang.
A. iv C. vii
B. v D. vii

15. Penganutnya bertukar-tukar hadiah
semasa musim perayaan.
A. i C. iii
B. ii D. iv

16. Salah satu amalan terpuji yang dituntut
oleh agama Sharon ialah saling _____ dan
memaafkan individu yang telah insaf.
A. menyayangi
B. membenci
C. memarahi
D. menegur



17. Sikap _____ adalah amalan yang terpuji
bagi individu yang ingin berjaya dalam
hidupnya.
A. mulia
B. dedikasi
C. kasih sayang
D. bertimbang rasa

18. Penjagaan kesihatan dan _____ diri
adalah tuntutan setiap agama di dunia.
A. pengetahuan
B. kebersihan
C. kecantikan
D. kemegahan

19.




Pernyataan di atas merujuk kepada agama
_____.
A. Islam
B. Hindu
C. Kristian
D. Buddha

20. Upacara agama penganut agama lain
perlu difahami dan ____ walaupun
ritualnya berbeza dan bercanggah dengan
amalan agama kita.
A. dijaga
B. dituruti
C. dihormati
D. ditakuti

21. Kegiatan merosakkan kemudahan awam
dikenali sebagai _____.
A. gangsterisme
B. vandalism
C. animisme
D. politisme

22. Kamu dilantik menjadi ketua kelas.
Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas?
A. Memarahi rakan sekelas.
B. Menjaga kelas dan membantu guru.
C. Mengawal pergerakan rakan sekelas.
D. Memerhati aktiviti guru.
i. Agama Islam
ii. Agama Buddha
iii. Agama Kristian
iv. Agama Hindu
v. Agama Tao
vi. Agama Sikh
vii. Kepercayaan Animisme
- Tidak makan daging lembu
- Berpuasa
- Mengikat pokok pisang semasa
majlis keagamaan

23. Pilih pernyataan yang benar tentang
tanggungjawab kamu sebagai seorang
pelajar dalam menjaga kawasan
persekitaran.
i. Memastikan bilik darjah berada
dalam keadaan yang bersih.
ii. Menegur rakan yang membuang
sampah merata-rata.
iii. Memaki hamun pelajar yang terlupa
menutup air di dalam tandas.
iv. Tidak menjalankan tugas membersih
kelas.
A. i dan ii C. i, ii dan iii
B. iii dan iv D. ii, iii dan iv

24. Kean Seng diajak oleh Raju menghisap
rokok. Apakah yang sepatutnya Kean
Seng memberitahu kepada rakannya?
A. Boleh, apa salahnya.
B. Kamu pergilah ajak orang lain.
C. Berapa banyak yang kamu beli?
D. Saya tidak mahu. Rokok
merbahayakan kesihatan.

25. Antara berikut, buku yang manakah sesuai
untuk dijadikan bahan bacaan berguna?
i. Fiksyen Sains
ii. Dokumentasi
iii. Komik
iv. Majalah berkaitan dengan pelajaran
A. i dan ii C. i, ii dan iv
B. i, ii dan iii D. ii, iii dan iv

26. Apakah maksud ikhlas dalam
perhubungan?
A. Bertikam lidah
B. Bercakap bohong
C. Tidak mengharapkan balasan
D. Tidak jujur

27. Bagaimanakah anda membantu jiran yang
tiada di rumah?
A. Merosakkan pokok bunga
B. Memecah masuk rumah jiran
C. Mengawasi rumah
D. Membuang sampah



28. Apakah ciri-ciri sahabat yang ikhlas?
A. Tidak membantu rakan dalam
kesusahan
B. Memberi pertolongan dengan lambat
C. Memberi alasan jika diminta untuk
membantu
D. Bercakap benar dan amanah

29. Berikut adalah nilai baik hati kecuali
A. Mendermakan wang kepada orang
miskin.
B. Melawat rumah kanak-kanak yatim.
C. Melukakan hati kawan.
D. Meminjamkan nota sains kepada
sahabat.

30. Bagaimanakah anda boleh berbakti
kepada masyarakat?
A. Melawat hospital kanak-kanak.
B. Mendermakan pakaian kepada Hairi.
C. Meminjamkan notas Sains kepada
Alias.
D. Menyertai larian amal kebangsaan.

31. "Kita perlu saling membantu dan
menghormati anggota keluarga."
Pernyataan di atas boleh
A. Memburukkan nama baik keluarga
B. Menyusahkan anggota keluarga
C. Berbudi bahasa
D. Merapatkan hubungan sesama
anggota keluarga

32. Mengapakah anggota keluarga perlu
membantu dan menghormati antara satu
sama lain?
A. Kejiranan
B. Bersopan santun
C. Melahirkan keluarga bahagia
D. Ramah mesra

33. Berikan cara anda menunjukkan kasih
sayang terhadap anggota keluarga.
A. Menghormati keluarga
B. Sentiasa melawan ibu bapa
C. Selalu membuli adik
D. Suka berbohong


34. Julia mendapati adik sepupunya menangis
mencari bukunya yang hilang. Apakah
tindakan yang patut dilakukan oleh Julia?
A. Tidak mempedulikan.
B. Menolong adik sepupu mencari buku
yang hilang.
C. Memarahi adik sepupunya.
D. Membiarkan adik sepupunya.

35. Nyatakan satu amalan anggota keluarga
menjaga maruah keluarga.
A. Bergaduh dengan rakan.
B. Berbohong.
C. Kurang adab sopan.
D. Rajin belajar.

36. Bagaimanakah anda menjalankan
tanggungjawab terhadap keluarga?
A. Membantu ibu mengemas rumah
B. Berpakaian kotor.
C. Malas belajar.
D. Ingkar pesanan ibu bapa.

37. Apakah ciri-ciri masyarakat penyayang?
i. Prihatin dengan keadilan ahli
masyarakat yang lain.
ii. Hidup berbaik-baik dan
mengutamakan kedamaian.
iii. Saling membantu dan bekerjasama
antara satu dengan yang lain.
iv. Menolak keputusan ramai dalam
perbincangan.
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

38. Antara berikut merupakan kepentingan
masyarakat penyayang, kecuali
A. Mewujudkan kehidupan yang harmoni.
B. Membanteras perkara-perkara negatif
dalam masyarakat.
C. Mengelakkan rasa tersisih dalam
kalangan ahli masyarakat.
D. Mewujudkan semangat perkauman.




39. Antara berikut merupakan cara
menghormati adat dan budaya kaum lain,
kecuali
A. Janganlah mengejek-ejek.
B. Cuba memahami adat kaum lain.
C. Tidak memperkecilkan adat kaum lain.
D. Mentertawakan amalan, adat dan
budaya mereka.

40. Apakah ciri-ciri pelajar yang sayang pada
diri sendiri?
i. Mengetahui akibat penyalahgunaan
dadah.
ii. Menjauhi diri daripada dadah.
iii. Mengamalkan gaya hidup sihat.
iv. Terpengaruh dengan ajakan rakan
untuk merokok.
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv