Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

KEBERKESANAN KAEDAH ‘DerKut’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHAFAZ
SURAH AL-QARIAH BAGI MURID TAHUN 4 USAHA DI SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI
MAHMUD, CHEMOR
Oleh: Muhammad Fahmi Bin Mustapha

1.0 Fokus Kajian
Masalah yang difokuskan dalam kajian ini adalah dalam bidang hafazan iaitu kelemahan
murid-murid dalam menghafaz Surah Al-Qariah ayat 1 hingga 11. Masalah ini perlu
diselesaikan supaya murid-murid boleh mengatasi masalah dalam menghafaz surah hafazan
sebelum menghafaz surah lain. Ini adalah selari dengan standard kandungan ayat hafazan
dalam bidang Al-Quran sekolah rendah iaitu membaca, menghafaz dan mengamal Surah Al-
Qariah, Al-Adiyat dan Al-Zalzalah dengan betul dan bertajwid. Matlamat yang digariskan ini
dapat dicapai sekiranya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diamalkan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Fokus kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti keberkesanan kaedah ‘Derkut’ dalam
membantu murid-murid Tahun 4 Usaha di Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, Chemor dalam
menghafaz Surah Al-Qariah. Oleh itu, kaedah ini diharap dapat meningkatkan kemahiran
menghafaz murid dalam Surah Al-Qariah dan surah-surah hafazan yang lain. Oleh itu, saya
amat menitikberatkan isu ini supaya murid-murid dapat mengatasi masalah ini dengan baik
2.0 Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :
2.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran menghafal murid dalam menghafal surah-surah pilihan sukatan
Pendidikan Islam Tahun 4 KSSR.
2.2 Objektif Khusus
a. Membantu murid mengingat ayat dalam Surah Al-Qariah dengan mudah.
b. Penggunaan audio membantu menghafaz Surah Al-Qariah dengan mudah.
c. Penggunaan audio dapat meningkatkan amalan pengajaran guru dalam hafazan Surah
Al-Qariah.
3.0 Soalan Kajian
Melalui objektif khusus kajian ini, soalan yang dapat dibentuk melalui kajian ini adalah seperti
berikut;
a. Bagaimanakah guru dapat membantu murid mengingat ayat dalam Surah Al-Qariah
dengan mudah?
b. Bagaimanakah penggunaan audio membantu murid menghafaz Surah Al-Qariah
dengan mudah?
c. Bagaimanakah penggunaan audio dapat meningkatkan amalan pengajaran guru dalam
hafazan Surah Al-Qariah?
4.0 Tinjauan Literatur
Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah kelengkapan yang digunakan oleh
guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.
Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan
kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti bahan bantu mengajar
elektronik, bukan elektronik dan bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Namun
walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh seseorang guru dalam
pengajarannya, matlamatnya adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar
tidak terlalu bersifat verbalistik serta mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan.
Menurut Noor Din Maulud (1999), beliau menyatakan bahawa guru sepatutnya
menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi
perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
mencukupi. Oleh itu, saya perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat memberi
motivasi kepada murid selain menarik dan boleh digunakan oleh murid agar murid sentiasa
fokus terhadap apa yang disampaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Manakala menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam mencipta
peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga dalam
mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar. Menurut beliau juga, sebagai
pendidik guru juga harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yang
dipilih untuk digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi
memastikan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran saya perlu memilih bahan bantu
mengajar yang mudah dan sesuai dengan tahap kebolehan murid serta tidak memerlukan kos
yang tinggi untuk membuatnya.
Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Antaranya ialah bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan
dapat merangsang para pelajar untuk belajar, bahan bantu mengajar yang baik juga akan
dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran
guru serta penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang
bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Mereka akan memberikan tumpuan
kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai. Melalui bahan bantu yang sesuai
akan memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam
kumpulan pembelajaran. Oleh itu, ia dapat mengurangkan kaedah ‘chalk’ dan ‘talk’ yang
kurang digemari oleh para pelajar.
Menurut Ila (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau
memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk
mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi terdapat
dua cara komunikasi yang berkesan iaitu bergantung kepada percakapan dan pendengaran.
Seterusnya menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan
bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif
terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam
sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu
meluas dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah
bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya
pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas.
Woolfolk (1998), mengatakan pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia
yang berkaitan dengan penerimaan maklumat, penyimpanan dan pengeluaran semula
maklumat tersebut untuk digunakan. Pemprosesan maklumat menekankan cara individu
memproses maklumat tentang dunia kehdiupan, iaitu cara-cara memanipulasikan maklumat
dan strategi untuk memanfaatkannya.
Menurut Stenberg (2003) sebarang aktiviti mental yang terlibat dengan memerhati,
menerima, memanipulasi secara mental, menyimpan, mencantum, mencungkil semula atau
bertindak pada maklumat dianggap sebagai satu pendekatan ke arah memproses maklumat.
Proses penyimpanan maklumat menjadi lebih mudah dan cepat sekiranya ia diperoleh
dengan cara tersendiri. Abdul Hadi (2011) mengatakan muzik dapat mempengaruhi emosi
pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Oleh
itu, penggunaan audio dalam hafazan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
menghafaz dengan baik dan cepat.
5.0 Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
6.0 Subjek Kajian
Kajian ini melibatkan 34 orang murid Tahun 4 Usaha yang terdiri daripada 19 lelaki dan 15
perempuan. Majoriti daripada murid Tahun 4 Usaha ini sering kali gagal untuk menghafaz surah al-
Qariah.
7.0 Pelan Tindakan
Perancangan
Pengkaji telah memutuskan untuk meminta 34 orang responden cuba menghafal surah al-
Qariah dalam masa yang ditetapkan. Rancangan ini termasuk mengadakan ujian diagnostik
secara lisan, pemerhatian dan analisis dokumen; penilitian rekod tasmi’.
Tindakan
Pada peringkat perancangan, pengkaji membuat analisis responden berdasarkan tiga
instrumen yang dijalankan semasa tinjauan masalah iaitu pemerhatian, ujian diagnostik
secara lisan dan analisis dokumen. Pengkaji membina instrumen kajian dan mendapatkan
pengesahan instrumen kajian daripada penyelia kajian. Instrumen yang digunakan oleh
pengkaji ialah ujian pra dan ujian pasca secara lisan dan bertulis, soal selidik dan
pemerhatian. Ujian pra dan ujian pasca melibatkan ujian lisan.
Selepas menganalisis hasil tinjauan masalah, pengkaji mengenal pasti punca
masalah dalam hafazan murid Tahun 4. Antara punca masalahnya ialah murid tidak dapat
menghafal beberapa ayat dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, murid juga boleh
menghafaz tetapi tidak mengikut piawaian yang sebenar. Hasil perbincangan bersama
pensyarah penyelia, guru-guru dan rakan praktikum, pengkaji telah memutuskan untuk
melaksanakan kaedah ‘DerKut’ bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh responden
kajian. Kaedah ini adalah menggunakan audio bacaan dan responden perlu mendengar dan
mengikut audio bacaan tersebut secara berulang-ulang.
Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud
pengkaji perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian dan juga
borang soal selidik.
Bagi tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen seperti
ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Selain itu, pemerhatian berstruktur
digunakan bagi melihat perubahan tingkah laku responden.
Data yang diperoleh ini akan digunakan dan dijadikan sebagai pengukur sama ada
kajian ini berjaya atau gagal.
Refleksi
Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian
yang berjaya akan menunjukkan peningkatan hafalan responden serta perubahan tingkah
laku responden. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji perlu
mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan penambahbaikan.


8.0 Analisis Data
Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk kualitatif dan juga kuantitatif. Bagi data yang bersifat
kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual
dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian
hasil dapatan.
9.0 Jadual Kerja
Bil Rancangan Pelaksanaan Kerja
M
i
n
g
g
u

1

M
i
n
g
g
u

2

M
i
n
g
g
u

3

M
i
n
g
g
u

4

M
i
n
g
g
u

5

M
i
n
g
g
u

6

1 Membuat ujian pra (pemerhatian awal)
2 Merancang kaedah
3 Melaksanakan kaedah tindakan
4 Membuat refleksi
5 Menulis Laporan Kajian

10.0 Perbelanjaan
Bil Perkara Kos (RM)
1 Kertas A4 ( 1 Rim ) RM10.00
2 Fotostat bahan dan laporan kajian RM20.00
JUMLAH RM30.00




11.0 Sumber Rujukan
Abdul Hafiz b. Hj. Abdullah. (2003). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran yang
efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Universiti Teknologi Mara.
Abdul Raof Dalip. (1998). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam di Sekolah
Menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Mara.
Abu Najihat al-Hafiz. (2001). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qariah. Selangor: Penerbitan
Darul Iman Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd. Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-Qaf: Metodologi Dan Pedagogi
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hassan Langgulung (1981). Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam Kuala, Kuala Lumpur :
Pustaka Antara.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran, Universiti Teknologi, Johor Bahru.

Kementerian Pendidikan Malaysia (). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4.

Mook Soon Sang (1992). Pedagogi 2.: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro, Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran Berkesan,
Shah Alam Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zawawi Hj. Ahmad (1984). Pendidikan Islam Kaedah & Teknik Pengajaran, Petaling Jaya :
International Book Service.