Anda di halaman 1dari 30

X PENGENALAN

Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antara


individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga, kita tidak hanya berlawan
secara terus dengan individu atau kumpulan tetapi juga cuba berlawan dengan
catatan masa dan keupayaan sendiri untuk menjadi pemenang. Olahraga juga
terdiri daripada gerakan aktiviti semula jadi seperti berlari, melompat dan
membaling. Oleh itu, sukan olahraga merupakan asas penting kepada individu
dalam menguasi semua jenis kemahiran sukan dan permainan.

SEJARAH
Olahraga merupakan sukan tertua di dunia. Adalah dipercayai bahawa sukan
olahraga bermula di Greece Kuno 1000 tahun Sebelum Masihi. Ini bererti,
olahraga sudah diiktiraf menjadi satu sukan 3000 tahun yang lampau. Namun
pada peringkat awal, olahraga merupakan satu bidang seni dan bukannya satu
bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno diadakan pada tahun 776 S.M. di Greece
yang merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun manusia.
Pada tahun 1896, apabila Sukan Olimpik moden diperkenalkan di Greece,
1.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

1
1

X
Sukan
Olahraga
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan sejarah olahraga;
2. Mengkategorikan sukan olahraga; dan
3. Menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk pertandingan
olahraga.
HASIL PEMBELAJARAN
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 2
olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Sukan olahraga bukan
sahaja terkenal dan menjadi sukan wajib dalam temasya Sukan Olimpik, malah
dalam beberapa kejohanan sukan serantau seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan
lain-lain sukan lagi.


Rajah 1.1: Gambaran atlet yang bersaing dalam Sukan Olimpik purba

(a) Sejarah Acara Larian
Acara larian merupakan acara yang terawal dalam olahraga. Malahan
dalam pesta Olimpik kuno, semua acara yang dipertandingkan adalah
dalam bentuk acara larian (lihat Rajah 1.1). Adalah dipercayai acara stade
merupakan acara larian yang paling awal dipertandingkan. Stade
melibatkan acara larian pada jarak 192 meter (jarak panjang stadium ketika
itu). Acara dialos dan dolichos juga merupakan antara dua acara terawal
yang dipertandingkan. Dialos merupakan larian ulang alik berjarak 384
meter (192 meter x 2) manakala Dolichos merupakan acara jarak jauh 5000
meter.







TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
3

Rajah 1.2: Acara balapan merupakan acara tertua dalam olahraga

Sebelum tahun 1880an, tiada cara pengukuran masa pertandingan yang
standard. Ketika itu juga, gaya permulaan menggunakan gaya berdiri.
Dalam tahun 1880-an, gaya permulaan dikaji oleh jurulatih dan pakar sains
sukan. Pada tahun 1884, gaya dekam telah mula diperkenalkan di Scotland.
Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat.
Contohnya gaya ini dikenali sebagai gaya permulaan kangaroo, di
Australia (lihat Rajah 1.2).

(b) Sejarah Acara Lompat Tinggi
Acara lompat tinggi mula dipertandingkan pada abad ke-19 dan mula
terkenal pada abad ke-20. Dalam abad ke-19, atlet lompat tinggi
menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting. Ini disebabkan dalam
semasa itu, atlet melompat dan mendarat di permukaan tanah rumput.
Seterusnya pada awal abad ke-20, pasir dilonggokan di tempat mendarat
untuk mengurangkan kecederaan kepada peserta yang mengambil
bahagian (lihat Rajah 1.3).


X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 4

Rajah 1.3: Atlet lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting dan
mendarat di tanah atau rumput dalam abad ke-19

Dengan menggunakan pasir longgok, lompatan gaya gunting mula
terkenal dalam kalangan atlet. Bilangan kes kecederaan bagi atlet lompat
tinggi dengan menggunakan pasir longgok sebagai tempat mendarat masih
tinggi pada waktu itu. Tilam atau getah mula digunakan sebagai tempat
mendarat dalam tahun 1930an. Apabila penggunaan tilam dan getah
diperkenalkan sebagai alatan mendarat, teknik lompatan gaya timur mula
terkenal dalam kalangan atlet lompat tinggi. Secara teknikalnya gaya ini
agak sukar dilakukan oleh atlet pada waktu itu.

Pada sekitar tahun 1940an, teknik gaya guling mula diperkenalkan dan
diminati dalam acara lompat tinggi. Sementara awal tahun 1950an, gaya
guling barat mula mendapat perhatian dalam acara lompat tinggi. Pada
pertengahan tahun 1950an hingga temasya Sukan Olimpik 1968, gaya
pelana mula mendominasi acara lompat tinggi. Pada Sukan Olimpik 1968,
Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan gaya baru iaitu
teknik Fosbury Flop.

(c) Sejarah Lompatan
Sejarah acara lompat jauh berasal dari pertandingan berbentuk lompat jauh
berdiri. Sukan lompat jauh berdiri merupakan sukan yang terkenal pada
zaman purba di Greece. Dalam acara lompat jauh berdiri, peserta
dikehendaki memegang beban yang dikenali halteres pada kedua-dua
tangan ketika melompat (lihat Rajah 1.4). Berat beban tersebut adalah
antara 1 hingga 4.5 kilogram. Pada tahun 1854, Howard telah berjaya
melakukan lompatan sejauh 9.02 meter tanpa menggunakan beban dengan
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
5
larian dan beliau hanya melompat sejauh 2.40 meter dalam acara lompat
jauh berdiri. Peristiwa ini telah mencetuskan idea untuk mengadakan
pertandingan lompat jauh.


Rajah 1.4: Lompat jauh bermula dengan gaya lompat berdiri
ACARA OLAHRAGA
Sukan olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas terdiri daripada
kawasan trek (gelanggang trek), gelanggang padang dan jalan raya. Secara
amnya, acara olahraga boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu acara:
(a) Trek;
(b) Padang;
(c) Lain; dan
(d) Selingan.

(a) Acara Trek
Acara trek juga biasanya dikenali sebagai acara balapan atau acara lumba
lari (lihat Rajah 1.5). Acara trek ini menguji kepantasan, ketahanan, masa
reaksi dan kekuatan seseorang atlet. Acara trek boleh dilaksanakan di atas
trek 200, 300 atau 400 meter. Acara balapan ini selalu menjadi tumpuan dan
menarik dari segi prestasinya (lihat Rajah 1.6). Acara trek terbahagi kepada
enam bahagian (rujuk Jadual 1.1).






1.2
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 6

Rajah 1.5: Lari jarak dekat dan jauh memerlukan teknik yang berlainan

Jadual 1.1: Jenis Acara Trek yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga
Bil Jenis Acara Acara (meter)
1. Jarak Dekat 100
200
400
2. Jarak Sederhana 800
1500
3. Jarak Jauh 3000
5000
4. Lari Berganti-ganti 4X100
4X200
4X400
5. Lari Berpagar 100 (Wanita)
200 (Lelaki)
400 (Wanita)
6. Lari Berhalang 3000

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
7

Rajah 1.6: Acara trek sentiasa mendapat perhatian penonton

(b) Acara Padang
Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan daya tahan otot.
Kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara
padang. Acara ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu lompatan dan
balingan (rujuk Jadual 1.2).

Jadual 1.2: Jenis Acara Padang yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga
Bil Jenis Acara Acara
1. Lompatan Lompat Jauh
Lompat Kijang
Lompat Tinggi
Lompat Bergalah
2. Balingan Melempar Lembing
Melempar Cakera
Lontar Peluru
Baling Tukul Besi






X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 8
(c) Acara Lain
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara-acara
lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya adalah
seperti berikut:

(i) Decathlon
Decathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja. Decathlon
merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan
padang (lihat Rajah 1.7). Pencapaian peserta dalam setiap acara yang
dipertandingkan akan diberi mata dan peserta yang mengumpul
mata tertinggi dianggap sebagai pemenang. Acara decathlon menguji
kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan
yang tinggi. Stamina atau daya tahan kardiovaskular peserta akan
teruji dalam jangka masa dua hari pertandingan.

Acara decathlon bermula pada akhir kurun ke-19, pada peringkat
awal terdapat sepuluh acara dipertandingkan bagi acara decathlon
dan dipertandingkan dalam masa satu hari. Pada tahun 1912,
decathlon mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik moden di
Stockholm. Pada kejohanan itu, sepuluh acara decathlon dijalankan
dalam masa tiga hari. Kini acara decathlon menjadi acara tetap dalam
setiap temasya Sukan Olimpik tetapi dijalankan dalam masa dua hari
(rujuk Jadual 1.3).


Rajah 1.7: Acara decathlon

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
9
Jadual 1.3: Jenis Acara Decathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Hari Acara
Decathlon (10 Acara) Lelaki Hari 1 100 meter
Lompat Jauh
Melontar Peluru
Lompat Tinggi
400 meter
Hari 2 110 meter Lari
Berpagar
Lempar Cakera
Lompat Bergalah
Rejam Lembing
1500 meter

(ii) Heptathlon
Acara ini baru diperkenalkan pada tahun 1981 bagi menggantikan
acara pentathlon. Heptathlon merupakan acara yang dikhaskan
untuk atlet perempuan sahaja. Oleh itu, heptathlon mempunyai
gabungan kurang acara berbanding dengan decathlon. Acara
heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang terdiri daripada
acara trek dan padang.

Seperti decathlon, kesemua acara heptathlon perlu dihabiskan dalam
masa dua hari (rujuk Jadual 1.4). Pencapaian peserta dalam setiap
tujuh acara yang dipertandingkan akan diberi mata dan peserta yang
mengumpul mata terbanyak dianggap sebagai pemenang. Seperti
juga decathlon, acara heptathlon menguji kelajuan, kekuatan,
kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi
pesertanya di samping menguji kemampuan sistem kardiovaskular.

X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 10
Jadual 1.4: Jenis Acara Heptathlon yang Dipertandingkan
dalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Hari Acara
Heptathlon (Tujuh Acara)
Perempuan
Hari 1 100 meter lari berpagar
Lompat Tinggi
Melontar Peluru
200 meter
Hari 2 Lompat Jauh
Rejam Lembing
800 meter

(iii) Pentathlon
Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yang
dipertandingkan dalam masa satu hari (rujuk Jadual 1.5). Pengiraan
mata sama seperti decathlon dan heptathlon. Pada peringkat awal
sebelum acara heptathlon diperkenalkan acara pentathlon dikhaskan
kepada kaum wanita senior. Acara ini mula diperkenalkan semasa
Sukan Olimpik pada tahun 1928. Pada tahun 1981, heptathlon
diperkenalkan dalam Sukan Olimpik menggantikan pentathlon.

Kini pentathlon menjadi acara yang dipertandingkan bagi peringkat
wanita junior atau lelaki junior. Sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia (MSSM) memasukkan acara pentathlon bagi
kategori wanita kelas satu.

Jadual 1.5: Jenis Acara Pentathlon yang Dipertandingkan
dalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Hari Acara
Pentathlon (Lima Acara) Wanita Hari 1 Lompat Jauh
Rejam Lembing
200 meter
Lempar Cakera
1500 meter

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
11
(iv) Marathon
Marathon merupakan acara sukan yang telah dianjurkan sejak Sukan
Olimpik kuno lagi. Dalam kejohanan Sukan Olimpik, Sukan Asia dan
sukan yang setaraf dengannya acara marathon menjadi acara tetap
yang dipertandingkan (lihat Rajah 1.8). Marathon merupakan acara
larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingkan
olahraga. Acara ini dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebih
kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer (rujuk Jadual 1.6).














Rajah 1.8: Marathon memerlukan sukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental

Oleh kerana jaraknya yang terlalu jauh, acara marathon tidak
dipertandingkan di peringkat sekolah. Sekiranya marathon
dipertandingkan pada jarak yang dekat, pertandingan ini tidak boleh
dipanggil marathon. Di sekolah biasanya acara merentas desa yang
mengambil alih acara marathon. Acara merentas desa juga
menggunakan jalan raya sebagai trek tetapi jarak lariannya agak
pendek.

Jadual 1.6: Jarak Acara Marathon yang Dipertandingkan
dalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Jarak
Marathon 42.195 km

(iv) Merentas Desa
Sesuai dengan namanya merentas desa, acara ini menggunakan
jalan raya (laluan desa) sebagai trek perlumbaan. Jarak trek
pertandingan dalam acara merentas desa ditetapkan oleh pihak
pengelola bergantung pada umur peserta pertandingan (rujuk Jadual
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 12
1.7). Jarak yang biasanya dipertandingkan ialah antara 2 hingga 14.5
km. Acara merentas desa boleh dipertandingkan dalam bentuk
individu atau pasukan. Di sekolah biasanya, kedua-dua pertandingan
dalam bentuk individu dan pasukan dipertandingan serentak. Selain
daripada mendapat kemenangan individu, peserta juga akan
menyumbangkan mata kepada pasukan yang diwakili.

Jadual 1.7: Jarak Acara Merentas Desa yang dipertandingkan
dalam Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Jarak
Merentas Desa Jarak bergantung kepada pengelola peserta

(v) Lumba Jalan Kaki
Lumba jalan kaki ialah aktiviti berjalan dengan pantas. Acara ini
dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan. Aspek penting untuk
berjaya dalam lumba jalan kaki ialah jarak langkah dan kekerapan
melangkah (lihat Rajah 1.9). Aktiviti kelenturan serta gerakan badan
serta gabungan ayunan tangan akan dapat meningkat kelajuan
peserta lumba jalan kaki. Terdapat tiga jarak acara lumba jalan kaki
yang dipertandingkan dalam kejohanan olahraga (rujuk Jadual 1.8).


Rajah 1.9: Lumba jalan kaki memerlukan kemahiran jarak
langkah dan kekerapan melangkah

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
13
Jadual 1.8: Jarak Acara Lumba Jalan Kaki yang Dipertandingkan dalam
Kejohanan Olahraga
Jenis Acara Jarak
Lumba Jalan Kaki 5km (Perempuan)
10km (Lelaki/Permpuan)
20km (Lelaki)

(d) Acara Selingan
Selain daripada acara di atas, terdapat acara-acara selingan yang
dipertandingkan dalam kejohanan olahraga. Acara tarik tali merupakan
acara selingan yang selalu dipertandingkan di peringkat sekolah (lihat
Rajah 1.10).


Rajah 1.10: Acara tarik tali sering menjadi acara selingan
dalam kejohanan olahraga

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM
Kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) adalah
salah satu kejohanan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia
diadakan setiap tahun dan setiap negeri berpeluang menghantar kontijen mereka
untuk menyertai kejohanan ini (lihat Rajah 1.11). Dalam kejohanan olahraga
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) terdapat beberapa kelas. Acara
yang berlainan dipertandingan, bersesuaian dengan umur dan psikomotor
pelajar yang berada dalam kelas tersebut. Jadual 1.9 memperlihatkan acara yang
dipertandingkan dalam kejohanan MSSM mengikut kelas.

1.3
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 14

Rajah 1.11: Kejohanan Balapan dan Padang (MSSM) 20

Jadual 1.9: Acara yang Dipertandingkan dalam Kejohanan MSSM
Kelas
Acara
Lelaki Wanita
Kelas 1 t
20 tahun
Kelas 2 t
16 tahun
Kelas 3
t12 tahun
Kelas 1 t
20 tahun
Kelas 2 t
16 tahun
Kelas 3 t
12 tahun
100 m u u u u u u
200 m u u u u u u
400 m u u u u
800 m u u u u
1500 m u u u u
2000 m
(Berhalang)
u
3000 m
(Berhalang)
u
3000 m Terbuka
5000 m Terbuka
3km jalan kaki u
5km jalan kaki
u
80 m L
Berpagar
u u
100 m L
Berpagar
u u
110 m L
Berpagar
u u
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
15
400 m L
Berpagar
u u u u
4 u 100 m u u u u u u
4 u 200 m u u
4 u 400 m u u u u
L. Tinggi u u u u u u
L. Jauh u u u u u u
L. Kijang u u
L. Bergalah u
L. Peluru u u u u u u
L. Cakera u u u u
M. Lembing u u u u u
Heptathlon u
Pentathlon u



1. Apakah acara tertua sekali dalam sukan olahraga?

2. Berikan ciri acara yang terlibat dalam acara trek.

3. Nyatakan acara-acara yang terlibat dalam acara decathlon.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan acara heptathlon?

5. Berapa hari yang diperlukan untuk kita menamatkan acara
pentathlon?

6. Nyatakan jarak larian yang perlu dilalui oleh peserta marathon.

7. Nyatakan ciri-ciri acara merentas desa yang selalu dilakukan di
sekolah.
SEMAK KENDIRI 1.1
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 16
ALATAN
Terdapat pelbagai jenis alatan yang akan digunakan sepanjang sukan olahraga
dijalankan. Setiap alatan mempunyai fungsi yang tersendiri dan ia bersesuaian
dengan acara yang akan dilakukan oleh para peserta olahraga. Alatan-alatan ini
termasuklah:

(a) Pakaian
Pakaian menjadi kewajipan kepada peserta yang bertanding dalam
kejohanan olahraga. Sebagai guru kita mestilah memberi nasihat dan
panduan terhadap etika berpakaian. Pakaian yang dipakai perlulah
bersesuaian dengan pertandingan dan tidak membelakangkan budaya
setempat atau kawasan. Pakaian yang dipakai tidak terlalu nipis serta
menampakkan badan apabila basah. Pakaian yang dipakai seharusnya
tidak mengganggu keputusan hakim.

(b) Kasut
Seorang atlet olahraga tidak diwajibkan berkasut dan boleh berkaki ayam
atau memakai kasut pada mana-mana kaki. Walaupun begitu, demi
mengelakkan kecederaan adalah dinasihat supaya atlet memakai kasut
semasa acara berlangsung. Namun jika seorang atlet ingin memakai kasut
berpaku dia perlu menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.

Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang
paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaanya. Pada permukaan
sintetik, panjang paku yang digunakan seharusnya kurang dari 9mm.
Walau bagaimanapun bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing,
panjang paku yang dibenarkankan tidak melebihi 12mm. Pada trek bukan
sintetik pula panjang paku yang digunakan boleh lebih daripada 12mm
iaitu sehingga 25mm. Garis pusat paku kasut pula tidak boleh melebihi
4mm. Kasut khas dicipta untuk acara tertentu (lihat Rajah 1.12).







1.4
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
17
(i) Lari Pecut

(ii) Lari Jarak Jauh

(iii) Marathon

(iv) Lompat Tinggi

(v) Lompat Kijang dan
Lompat Bergalah

X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 18
(vi) Lompat Jauh

(vii) Lontar Peluru

(viii) Lontar Cakera dan
Lontar Tukul Besi

(ix) Baling Lembing

Rajah 1.12: Atlet selalu menggunakan kasut berpaku yang berlainan
dalam acara yang berlainan

(c) Nombor
Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap
atlet diwajibkan memakai nombor di dada dan di belakang (lihat Rajah
1.13). Bagi atlet lompat bergalah dan lompat tinggi mereka hanya perlu
memakai satu nombor, sama ada di belakang atau di dada. Spesifikasi
nombor bergantung pada peraturan am yang disediakan oleh pihak
pengelola.

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
19

Rajah 1.13: Nombor perlu dipakai oleh atlet bagi memudahkan hakim

(d) Peralatan
Bagi acara balapan peralatan yang digunakan ialah:

(i) Set bendera merah dan putih











Rajah 1.14: Set bendera merah dan putih


X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 20
(ii) Blok permulaan bagi acara 100, 200 dan 400 meter


Rajah 1.15: Blok permulaan digunakan bagi acara 100, 200 dan 400 meter

(iii) Pistol


Rajah 1.16: Pelepas menggunakan pistol untuk permulaan larian



TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
21
(iv) Penutup telinga bagi pelepas dan pembantu pelepas


Rajah 1.17: Penutup telinga

(v) Pagar yang mengikut spesifikasi



Rajah 1.18: Pagar yang digunakan dalam acara lompat pagar haruslah
mengikut spesifikasi









X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 22
(vi) Baton untuk larian berganti-ganti


Rajah 1.19: Lari berganti-ganti perlu menggunakan baton

(vii) Alat penyukat angin











Rajah 1.20: Alat penyukat angin





TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
23
(viii) Jam untuk menyukat masa


Rajah 1.21: Jam untuk menyukat masa

(e) Alatan Acara Padang
Terdapat beberapa alatan khas yang digunakan dalam acara olahraga
(rujuk Jadual 1.10).

Jadual 1.10: Alatan Khas yang Digunakan dalam Kejohanan Olahraga
Acara Alatan
Lompat
Tinggi
Tiang dan palang lompat tinggi, tilam, pita pengukur dan bendera (lihat
Rajah 1.25)
Lompat Jauh Gelanggang lompat jauh, pita pengukur dan bendera
Lompat
Kijang
Gelanggang lompat kijang, pita pengukur dan bendera
Lompat
Bergalah
Tiang, galah dan palang lompat galah, tilam, pita pengukur dan bendera
Lontar
Peluru
Peluru, pita pengukur dan bendera

Rajah 1.22: Peluru
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 24
Lontar
Cakera
Cakera, pita pengukur dan bendera

Rajah 1.23: Cakera
Merejam
Lembing
Lembing, pita pengukur dan bendera

Rajah 1.24: Lembing


Rajah 1.25: Tilam, tiang dan palang lompat tinggi adalah antara alatan yang diperlukan
dalam acara lompat tinggi

(f) Stadium Olahraga
Peraturan 137, menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta
boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh dijadikan gelanggang
atau digunakan untuk kejohanan olahraga. Bagi kejohanan di bawah
kelolaan dan pengawasan KOM dan IAAF peraturan 12.1(a) permukaan
trek yang digunakan perlu mendapat kelulusan mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh KOM dan IAAF.


TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
25
(g) Trek dan Lorong
Ukuran piawai gelanggang trek ialah 400 meter, lebar trek yang digunakan
harus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu enam lorong (lihat Rajah 1.27).
Di sebelah dalam trek perlulah di letakkan bendul simen (lihat Rajah 1.26).
Sementara bagi trek rumput penganjur boleh menggunakan bendera yang
dicondongkan ke sebelah dalam pada sudut 60. Bendera ini perlu disusun
pada setiap 5 meter. Lebar setiap lorong adalah antara 1.22 dan 1.25 meter
dan ditandakan dengan garis 5sm.


Rajah 1.26: Di sebelah dalam trek perlulah diletakkan bendul simen


Rajah 1.27: Trek 400 meter pertandingan perlu mengikuti spesifikasi IAAF









X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 26

KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR
Dalam kejohanan olahraga terdapat kategori umur mengikut lelaki dan wanita,
yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Antara
kategorinya ialah kategori junior, senior dan veteran (rujuk Jadual 1.11 dan 1.12).

Jadual 1.11: Kategori Lelaki
Kategori Kumpulan Umur
Junior Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun
pertandingan
Senior Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31
Disember dalam tahun pertandingan
Veteran Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan

Jadual 1.12: Kategori Perempuan
Kategori Kumpulan Umur
Junior Di bawah 20 tahun atau hingga usia 20 tahun pada 31 Disember
dalam tahun pertandingan
Senior Di atas 20 tahun hingga usia 40 tahun pada 31 Disember dalam
tahun pertandingan
Veteran Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan




1.5
SEMAK KENDIRI 1.2
1. Nyatakan ciri-ciri kasut berpaku yang dibenarkan mengikut
peraturan KOM.
2. Nyatakan alat yang diperlukan dalam mengendalikan acara lompat
tinggi.
3. Nombor perlu dipakai oleh atlet untuk memudahkan pengurusan
olahraga. Nyatakan di bahagian mana perlu diletakkan nombor
tersebut.
4. Nyatakan ciri trek dan lorong piawaian yang telah ditetapkan
mengikut peraturan KOM.
5. Nyatakan ciri kategori peserta lelaki yang ditetapkan oleh KOM.
TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
27

Olahraga merupakan sukan tertua di dunia.
Pada tahun 1896 apabila Sukan Olimpik moden diperkenalkan di Greece,
olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang.
Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Malah,
dalam pesta Olimpik kuno semua acara yang dipertandingkan adalah acara
larian.
Sebelum tahun 1880-an, tiada cara pengukuran masa pertandingan yang
standard. Ketika itu gaya permulaan menggunakan gaya berdiri.
Dalam tahun 1880-an, berbagai kajian tentang gaya permulaan dibuat oleh
jurulatih dan pakar sains sukan.
Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnya
gaya ini dikenali di Australia sebagai gaya permulaan kangaroo.
Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke-19 dan mula
terkenal pada abad ke-20.
Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam
bentuk lompat jauh berdiri.
Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelanggang olahraga
meliputi kawasan trek, gelanggang padang dan jalan raya.
Acara trek juga biasanya dikenali sebagai acara balapan atau acara lumba
lari. Acara trek ini menguji kepantasan, ketahanan dan kekuatan seseorang
atlet.
Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot.
Kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara
padang.
Decathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja, decathlon
merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.
Acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya Sukan Olimpik
dan dijalankan dalam masa dua hari.
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 28
Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan diberi
mata dan peserta yang mengumpul mata tertinggi dianggap sebagai
pemenang.
Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang terdiri daripada acara
trek dan padang. Kesemua acara heptathlon perlu dihabiskan dalam masa
dua hari.
Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yang
dipertandingkan dalam masa satu hari. Pengiraan mata sama seperti
decathlon dan heptathlon.
Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM),
pentathlon dipertandingkan bagi kategori wanita kelas satu.
Marathon merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh
dalam pertandingan olahraga. Marathon dipertandingkan di jalan raya
dengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer.
Biasanya acara merentas desa di sekolah menggantikan acara marathon.
Acara merentas desa juga menggunakan jalan raya sebagai trek tetapi jarak
lariannya agak pendek.
Dalam kejohanan olahraga MSSM terdapat beberapa kelas.
Seorang atlet olahraga tidak diwajibkan berkasut dan boleh berkaki ayam.
Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang
paku bergantung pada permukaan trek dan acara yang diambil.
Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga, setiap atlet
diwajibkan memakai nombor di dada dan di belakang.
Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta
boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh dijadikan gelanggang atau
digunakan untuk kejohanan olahraga.
Standard trek bagi acara trek ialah 400 meter, lebar trek yang digunakan
harus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu enam lorong.

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA W
29

Acara lumba lari
Acara merentas desa
Acara tarik tali
Acara trek
Acara utama
Acara wajib
Baton
Blok permulaan
Decathlon
Gaya guling barat
Gaya gunting
Gaya permulaan
Gaya timur
Gelanggang balapan
Gelanggang padang
Heptathlon
Interational Association of Athletics
Fedarations (IAAF)
Jantung
Junior
Kecergasan otot
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)
Lompat jauh berdiri
Lumba jalan kaki
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM)
Marathon
Masa pertandingan yang standard
Minda
Otot-otot
Paru-paru
Pentathlon
Saraf tunjang
Satu bidang seni
Senior
Sukan tertua di dunia
Tapak kasut berpaku
Veteran


Bennet, D. (1992). Sports facts: Athletic sports. London: Franklin Watts.
Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa, IA:
Walliam C. Brown.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohanan
olahraga 3.
X TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 30
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara.
Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti.
Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dan
kejurulatihan. Karisma.

Anda mungkin juga menyukai