Anda di halaman 1dari 23

X PENGENALAN

Kebanyakan pelajar memang sudah biasa dengan berbagai-bagai aktiviti yang


memerlukan mereka melompat ke atas atau pun ke hadapan. Selain itu, aktiviti-
aktiviti yang sering diperkenalkan oleh guru juga mempunyai ciri-ciri acara
lompat jauh seperti lompat setempat, berlari, melompat, lompat jauh berdiri,
lompat ketingting dan sebagainya. Pengalaman ini secara tidak langsung telah
memberikan mereka kemahiran asas dalam acara lompat jauh. Oleh itu,
pelajaran lompat jauh bolehlah dianggap sebagai sambungan atau lanjutan
kepada pelajaran pergerakan asas yang telah mereka pelajari.

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

2
2

X
Lompat Jauh

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sejarah mengenai lompat jauh;
2. Membezakan ciri-ciri dalam teknik lompatan dalam lompat jauh;
3. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lompat jauh dan
prinsip asasnya;
4. Mengenal pasti latihan ansur maju dalam lompat jauh;
5. Menerangkan penggunaan peralatan dan kawasan lompat jauh
serta pengukuran jarak lompat jauh; dan
6. Membincangkan undang-undang asas acara lompat jauh dan aspek
keselamatannya.
HASIL PEMBELAJARAN
X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
32
SEJARAH ACARA LOMPAT JAUH

Rajah 2.1: Seorang atlet melakukan acara lompat jauh

Sejarah awal acara lompat jauh dikesan sejak dari zaman masihi lagi. Lompatan
awal yang dicatatkan dalam rekod ialah oleh Chionis sejauh 7.05 meter pada
tahun 656 Masihi. Bagaimanapun terdapat perbezaan cara lompatan pada zaman
kuno dengan zaman sekarang, di mana didapati pada zaman kuno, lompatan
dilakukan berkali-kali.

Apabila Sukan Olimpik moden dimulakan pada tahun 1896, acara lompat jauh
termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu, ia terus diterima sebagai
salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di
peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan juga diperbaiki dari semasa ke
semasa sehinggalah kepada teknik lompatan yang diamalkan seperti sekarang
(lihat Rajah 2.1).

Walaupun acara lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari
berbanding dengan acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua
pelajar mampu melakukan lompatan dengan baik. Teknik lompatan dan
peraturannya perlu dipelajari agar pelajar dapat mengurangkan risiko
kecederaan.

Pada Sukan Olimpik moden pertama yang diadakan pada tahun 1896, lompat
jauh merupakan salah satu acara utama yang dipertandingkan. Rekod dunia
dalam acara lompatan dicipta oleh Bob Beamon dari Amerika Syarikat sejauh
8.90 meter. Bagaimanapun Mike Powel, dari Amerika Syarikat berjaya
memecahkan rekod dunia berdasarkan lompatan beliau sejauh 8.95 meter pada
tahun 1991 di Tokyo. Rekod dunia dalam acara lompat jauh kategori wanita pula
dipegang oleh Galina Chistyakova dari Russia dengan lompatan sejauh 7.52
2.1
TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
33
meter pada tahun 1988 di Leningrad, Russia. Pemegang rekod kebangsaan bagi
acara ini dipegang oleh Josbert Tinus dari Sabah dengan lompatan sejauh 7.88
meter yang dilakukan dalam Terbuka Thailand pada tahun 2007.

Objektif utama dalam acara ini ialah untuk mencapai jarak lompatan yang
semaksimum mungkin yang mampu dilakukan oleh atlet. Acara ini memerlukan
atlet untuk menggabungkan larian pantas dan lompatan serta lonjakan yang
baik. Ini memerlukan koordinasi kemahiran yang ada iaitu larian pantas dan
lonjakan dan juga ciri fizikal atlet seperti fleksibiliti.


FASA LOMPATAN ACARA LOMPAT JAUH
Gaya lompatan bagi acara ini terdiri daripada empat fasa utama iaitu fasa lari
landas, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa mendarat. Rajah 2.2 menunjukkan
fasa pergerakan penuh lompat jauh.


Rajah 2.2: Fasa pergerakan penuh lompat jauh

(a) Fasa Lari Landas


Rajah 2.3: Pergerakan fasa lari landas
2.2
SEMAK KENDIRI 2.1
Terangkan secara ringkas tentang sejarah acara lompat jauh.
X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
34
Fasa ini memerlukan seseorang peserta berlari dengan kepantasan yang
optimum dan terkawal. Bilangan langkah larian ini berbeza antara
individu. Faktor yang penting ialah bilangannya mesti membolehkan
peserta mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan
lonjakan yang berkesan. Gaya berlari untuk lompat jauh adalah sama
dengan gaya lari pecut. Apabila peserta menghampiri papan lonjak, dia
mesti bersedia untuk melonjak. Pada langkah terakhir peserta harus
merendahkan sedikit bahagian badannya untuk mendapat tolakan yang
berkesan daripada kaki yang dibengkokkan (lihat Rajah 2.3).

Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan
yang kuat dan jauh. Jika ada yang berpendapat larian tidak begitu penting
dalam acara lompat jauh, maka pendapat ini adalah salah kerana tanpa
larian yang optimum kelajuannya, tidak mungkin seseorang itu dapat
melompat dengan jauh. Larian yang tidak sesuai boleh menyebabkan
perkara berikut:
(i) Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh mengganggu
lompatan.
(ii) Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan dibuat.
(iii) Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran
pada papan pelepas, yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Jadual 2.1: Cadangan Bilangan Langkah Semasa Fasa Lari Landas Mengikut Umur
Umur Bilangan Langkah
11 tahun ke bawah 11
12-13 tahun 13
14-15 tahun 15
16-17 tahun 17
18 tahun ke atas 21

Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Kelajuan larian secara
mendatar dan stabil adalah penting dan akan membantu pergerakan
menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian
mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.
Biasanya, larian yang baik diambil pelompat mengandungi antara 18 dan
22 langkah atau jarak 25 hingga 40 meter (rujuk Jadual 2.1). Manakala
untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat
lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan serta memberikan
ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.
TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
35
Terdapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat
harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan
pelepas. Bagi tujuan ini, seorang rakan pelajar diperlukan untuk
menandakan titik bagi penandaan agar sesuai dengan langkah yang bakal
dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papan
pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian
sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak
sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat kerana akan menjejaskan
konsistensi larian yang telah diukur tadi.

Pastikan anda menerapkan teknik lari pecut ketika cubaan lompatan.
Apabila anda telah menghampiri papan lonjak, pastikan ketika itu anda
sudah bersedia untuk melakukan lonjakan. Ketika anda berada pada
langkah paling akhir, anda perlu merendahkan sedikit bahagian badan. Ini
bertujuan untuk membantu anda mendapatkan tolakan yang berkesan
melalui kaki yang telah dibengkokkan.

(b) Fasa Lonjakan


Rajah 2.4: Pergerakan fasa lonjakan

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi.
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan
lonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang
terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit
hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat
akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan ini,
kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan
bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada masa yang sama, kedua-dua belah
tangan hendaklah diayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu
mencapai lonjakan yang lebih tinggi (lihat Rajah 2.4).


X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
36
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum
menegak maksimum dan kesan seterusnya dalam membuat lompatan
dengan baik dan berkesan. Kesesuaian dalam aspek kelajuan larian dan
daya konsentrasi yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan
pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa pelompat akan
berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting untuk
menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal.

Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan menunjukkan
bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada
momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat.
Kaedah pengurangan momentum ini dikenali sebagai sudut hentian.
Penghasilan sudut hentian yang selaras dengan corak larian akan dapat
mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan
pergerakan daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan sudut
hentian yang sesuai dapat dilakukan melalui aplikasi teknik yang baik.
Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-
jaguh lompat jauh terkemuka di peringkat antarabangsa, teknik berikut
disarankan iaitu:
(i) Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap
pelepasan lompatan.
(ii) Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan
dari atas ke bawah dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud
perlulah diubah.
(iii) Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengan
kedua-duanya diangkat ke atas.

(c) Fasa Layangan












Rajah 2.5: Pergerakan fasa layangan
TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
37
Gaya badan dan pergerakan pelompat pada fasa ini bergantung pada gaya
yang hendak digunakan. Tujuan utamanya ialah supaya pelompat dapat
berada pada fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.

Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil
tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini, bagaimanapun
telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal
pelepasan. Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan,
iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa lompatan di udara adalah pada
badan pelompat. Walaupun wujud rintangan udara, tetapi ia adalah kecil
berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Untuk
mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara dan mengayuh (hitch-kick)
biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum (lihat
Rajah 2.5).

Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh
seseorang pelompat jauh semasa berada di udara iaitu:
(i) Gaya tendang kayuh: anda seolah-olah seperti melangkah di udara
dan badan anda berada dalam posisi tegak.
(ii) Gaya layar: melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dan
badan akan dicondongkan ke hadapan dan tangan dihulur hingga ke
hujung kaki.
(iii) Gaya gantung: mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas seolah-
olah seperti sedang bergantung di udara. Kedua-dua kaki pula
diangkat ke belakang.

(d) Fasa Pendaratan
Semasa berada dalam fasa ini, pelompat mesti memberi perhatian kepada
imbangan badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan
sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan
untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan serta tangan dihayun ke
atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus
menuju ke hadapan (lihat Rajah 2.6).

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan
pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja
mampu menghasilkan jarak tetapi dapat mengelakkan gangguan pada
momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang
dikenali sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.


X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
38
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan
pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan
yang baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki
dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat
pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan
sebahagian kecilnya ke tangan.


Rajah 2.6: Pergerakan fasa mendarat
GAYA LOMPATAN ACARA LOMPAT JAUH
Secara umumnya terdapat tiga gaya lompatan dalam acara lompat jauh iaitu
gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

(a) Gaya Layar

Rajah 2.7: Teknik gaya layar

Teknik ini sesuai untuk pelajar yang baru menceburi acara ini kerana
teknik lompatan mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan pelajar
mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa
layangan (lihat Rajah 2.7).

2.3
TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
39
(i) Fasa lari landas
x Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari antara
21 dan 23 langkah atau jarak 35 hingga 45 meter.
x Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah ke empat yang
telah ditandakan.
x Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan
menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.
(ii) Fasa lonjakan
x Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.
x Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi
menambah kelajuan menegak.
(iii) Fasa layangan
x Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dan
ke hadapan.
(iv) Fasa mendarat
x Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula
jatuh.
x Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.
x Condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.
(b) Gaya Gantung
Rajah 2.8: Teknik gaya gantung



X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
40
Teknik ini memerlukan lentikkan badan dan kedudukan kepala yang
mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke
depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat (lihat Rajah 2.8).

(i) Fasa lari kandas
x Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari
dengan 21 hingga 23 langkah atau jarak 35 hingga 45 meter.
x Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yang
telah atlet ditandakan.
x Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan
menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.
(ii) Fasa lonjakan
x Lonjak dengan kuasa kaki maksimum.
x Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada
masa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke
hadapan.
(iii) Fasa layangan
x Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan
supaya kelihatan keadaan seperti tergantung.
x Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
x Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke
hadapan untuk persediaan mendarat.
(iv) Fasa mendarat
x Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang
dirapatkan ke hadapan.
x Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke
hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.










TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
41
(c) Gaya Tendang Kayuh
Rajah 2.9: Teknik gaya tendang kayuh

Teknik ini lebih sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang
peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di
udara pada fasa layangan sebelum mendarat (lihat Rajah 2.9).
(i) Fasa lari kandas
x Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari
dengan 21 hingga 23 langkah atau jarak 35 hingga 45 meter.
x Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yang
telah ditandakan.
x Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan
menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.
(ii) Fasa lonjakan
x Lonjak dengan kuasa kaki maksimum.
x Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada
masa yang sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke
hadapan.
(iii) Fasa layangan
x Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua
setengah langkah.
x Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah bermula
dengan:
Langkah 1: Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di
hadapan.
Langkah 2: Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan
langkah 1. Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk
mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan.
Tangan lurus ke hadapan.
X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
42
Langkah 3: Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk
mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan,
tangan lurus ke hadapan.
(iv) Fasa mendarat
x Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.
x Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
x Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa
mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

(d) Menentukan Kaki Lonjakan
Pelajar mesti menggunakan kaki yang dominan sebagai kaki lonjakan. Ada
beberapa cara untuk menentukan kaki lonjakan:
(i) Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak
jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada
rebah. Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.
(ii) Berpasangan. A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. B
menolak A dari belakang tanpa isyarat. Kaki pertama yang
melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur
maju.
PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH
Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mendapat jarak lompatan yang
maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli
dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Larian yang pantas dan kuat boleh
mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan
menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana
jarak lompatannya dapat ditentukan. Segala perlakuan oleh pelompat semasa
berada pada fasa layangan ini tidak dapat membantu memanjangkannya semasa
berada di udara. Sebenarnya, gaya badan semasa berada pada fasa layangan
adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat
persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

2.4
TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
43

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT JAUH
Ada beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk mempertingkat
kemahiran dalam acara ini, antaranya:
2.5.1 Ansur Maju Lari Landas
(a) Secara berpasangan. Pelajar A berlari dari tempat permulaan ke papan
lonjakan.
(b) Pelajar B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki
lonjak pelajar A menapak di papan lonjak.
(c) Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak
ukuran di tempat permulaan.
(d) Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat
permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
(e) Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu
atau dua langkah ke hadapan.
(f) Ulang sebanyak enam kali di tempat permulaan yang baru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.
(a) Kawal kelajuan semasa berlari.
(b) Jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian. Langkah pertama adalah
sangat penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.
(c) Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
(d) Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan
lutut diangkat tinggi.
(e) Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak
kurang daripada empat langkah dari papan lonjakan.
2.5
1. Apakah fasa yang terlibat dalam lompat jauh?

2. Bandingkan setiap gaya lompat jauh bagi setiap fasa yang
terlibat acara ini.
SEMAK KENDIRI 2.2
X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
44
(f) Ketika berada di penanda terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan
yang terkawal.
(g) Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah
berangka ganjil.
2.5.2 Ansur Maju Lari Landas
(a) Ansur maju 1:
(i) Lonjak dari papan lonjakan.
(ii) Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.
(iii) Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan
dan mendarat dengan rumit.
(b) Ansur maju 2:
(i) Melonjak dari hujung bangku.
(ii) Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
(iii) Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi
yang termampu.
(iv) Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan
tumit.
(c) Ansur maju 3:
(i) Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali. Rentangkan seutas tali di
atas pasir berjarak 1 hingga 1.5 meter dari papan lonjakan.
(ii) Lari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak melintasi tali atau
kayu dan mendarat.
2.5.3 Ansur Maju Layangan dan Mendarat
(a) Ansur maju 1:
(i) Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
(ii) Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan
dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat
dengan tumit.


TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
45
(b) Ansur maju 2:
(i) Mencecah bola dengan hujung tangan.
(ii) Gantung sebiji bola pada jarak 1 hingga 2 meter dari papan lonjakan
di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.
(iii) Lari sebanyak lima hingga enam langkah dan melonjak dengan kaki
lonjakan.
(iv) Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
(v) Mendarat dengan tumit.

(c) Ansur maju 3:
(i) Mencecah bola dengan dahi.
(ii) Gantungkan bola pada jarak 1 hingga 2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.
(iii) Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta
tangan ke atas.
(iv) Cuba sentuh bola dengan dahi.
(v) Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan
kepala ke atas.
(vi) Mendarat dengan tumit dahulu. Hulurkan tangan ke hadapan dan
hamburkan badan ke hadapan.









1. Jelaskan apakah latihan yang boleh anda gunakan untuk tujuan
peningkatan kemahiran dalam acara lompat jauh.

2. Sebagai seorang guru bincangkan apakah persediaan penting
yang perlu dilakukan sebelum latihan ansur maju dimulakan.
SEMAK KENDIRI 2.3
X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
46
PERALATAN DAN KAWASAN LOMPAT JAUH
Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan yang banyak.
Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk acara lompat
jauh.

(a) Lorong Larian
Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai untuk membuat pecutan,
larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45m x 1.22m dan
tidak kurang 40m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau
gangguan bagi peserta membuat lompatan.

(b) Papan Melonjak
Papan melonjak digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan.
Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22m panjang dan 20sm lebar
yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan
pendaratan (lihat Rajah 2.10). Papan ini biasanya diwarnakan putih
seluruhnya atau warna yang senang dilihat.



Rajah 2.10: Papan lonjak

(c) Penanda Plastisin
Digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan semasa
lonjakan dibuat. Diletakkan pada bahagian hadapan papan melonjak.
Ukuran antara 98mm hingga 102mm lebar (lihat Rajah 2.11). Plastisin ini
diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang
terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak
dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.


2.6
TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
47

Rajah 2.11: Penanda plastisin

(d) Kawasan Pendaratan
Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu
lompatan. Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam
setiap acara lompat jauh. Kawasan ini diisikan pasir halus dan
dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9m panjang dan
2.75m lebar. Lebar kawasan ini sekurang-kurangnya 2.75m dan 9m panjang
(lihat Rajah 2.12).


Rajah 2.12: Kawasan mendarat

(e) Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan (lihat
Rajah 2.13). Jarak lompatan diukur dari hujung papan pelepas ke hujung
terdekat tempat pendaratan peserta dalam kotak pendaratan. Kini, dalam
kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah
digantikan dengan alat pengukur elektronik yang menjadikan pengukuran
lebih mudah, cepat dan tepat.

X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
48

Rajah 2.13: Pita pengkur

Bendera Isyarat
Bendera digunakan oleh hakim yang mengawasi sesuatu lompatan.
Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih dan
bendera merah. Bendera putih untuk lompatan yang berjaya, manakala
bendera merah untuk lompatan yang telah dibatalkan.

(f) Pengukur Halaju Angin
Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika
satu-satu lompatan dibuat (lihat Rajah 2.14). Ia penting untuk menentukan
sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun,
untuk kejohanan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.


Rajah 2.14: Pengukur halaju angin


TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
49
PENGUKURAN JARAK LOMPAT JAUH

Rajah 2.15: Cara mengukur lompatan

Ukuran jarak lompatan diukur dari titik sentuhan atau pendaratan pada mana-
mana bahagian anggota badan dengan tepi papan lompatan (lihat Rajah 2.15).
Lompatan yang dikira sah adalah diukur daripada tepi papan ke tanda yang
telah anda buat dalam ruangan tambak (pit) yang berhampiran ke arah papan
lonjak (lihat Rajah 2.16 dan 2.17). Pastikan juga sebelum sebarang lompatan
dibuat, pasir berada dalam keadaan rata. Ini bertujuan untuk membantu
memudahkan pengukuran dibuat dengan jelas dan tepat.


Rajah 2.16: Mengukur lompatan di tengah tambak

2.7
X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
50

Rajah 2.17: Mengukur lompatan di sebelah sisi tambak
UNDANG-UNDANG ASAS ACARA LOMPAT JAUH
Bagi acara lompat jauh, IAAF telah menggariskan beberapa undang-undang
yang digunakan dalam pertandingan. Antara undang-undang tersebut ialah:
(a) Giliran atau susunan peserta yang melakukan lompatan hendaklah diundi
terlebih dahulu.
(b) Lompatan paling jauh akan dikira daripada beberapa lompatan yang
dilakukan oleh setiap peserta.
(c) Jika jumlah peserta adalah lebih daripada lapan orang, maka setiap peserta
akan diberi tiga kali lompatan. Lompatan yang terbaik akan diambil dan
lapan peserta terbaik akan dipilih untuk ke pusingan seterusnya dan
diberikan tiga lompatan lagi.
(d) Peserta hendaklah melakukan larian di lorong yang dibenarkan sahaja.
(e) Setiap peserta didapati melakukan kesalahan sekiranya:
(i) Kaki peserta melebihi papan lompatan (papan lonjakan) dengan
mana-mana bahagian tubuh sebelum lompatan dibuat.
(ii) Ketika lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh di luar
kawasan tepi papan lompatan.
(iii) Berundur melalui kawasan lompatan selepas melompat.


2.8
TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
51
ASPEK KESELAMATAN LOMPAT JAUH
Dalam acara lompat jauh, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan
keutamaan dari aspek keselamatan. Langkah ini adalah perlu untuk
mengelakkan seseorang pelajar daripada mengalami kecederaan. Langkah-
langkah yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut:
(a) Pelajar hendaklah memakai pakaian serta peralatan seperti kasut yang
sesuai.
(b) Aktiviti memanaskan badan hendaklah dijalankan, manakala aktiviti
regangan hendaklah memberikan tumpuan khusus kepada otot-otot yang
terlibat.
(c) Pastikan papan lonjak mengikut ketebalan yang mengikut spesifikasi serta
kuat dan separas dengan permukaan tanah.
(d) Kawasan mendarat mestilah mempunyai pasir yang halus, bersih dan
bebas daripada benda-benda yang boleh mendatangkan kecederaan
kepada pelajar.
(e) Pembantu atau rakan mestilah sentiasa berada di kawasan yang ditentukan
oleh guru bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa selamat digunakan.
(f) Semasa pelajar membuat lompatan, kawalan kawasan lompatan hendaklah
diberikan bagi mengelakkan gangguan kepada pelajar tersebut.
(g) Sistem giliran lompatan hendaklah dilaksanakan dengan betul agar tidak
berlaku pertindihan lompatan yang boleh mendatangkan kemalangan
kepada pelajar lain.








2.9
1. Jelaskan peralatan yang digunakan untuk mengukur jarak
lompatan dalam lompat jauh.

2. Apakah undang-undang yang perlu dipatuhi dalam acara lompat
jauh?
SEMAK KENDIRI 2.4
X TOPIK 2 LOMPAT JAUH
52

x Objektif utama dalam acara lompat jauh ialah untuk mencapai jarak
lompatan yang semaksimum mungkin yang mampu dilakukan oleh atlet.

x Acara ini memerlukan atlet untuk menggabungkan larian pantas dan
lonjakan yang baik.

x Ini memerlukan koordinasi kemahiran larian pantas dan lonjakan serta ciri-
ciri fizikal atlet.

x Fasa yang terlibat dalam acara lompat jauh ialah fasa penujuan, lonjakan,
layangan dan mendarat.

x Terdapat tiga gaya lompatan acara lompat jauh iaitu gaya layar, gaya
gantung dan gaya tendang kayuh.

x Ukuran jarak lompatan diukur dari titik sentuhan atau pendaratan mana-
mana bahagian anggota badan dengan tepi papan lompatan.

x Ruang dan peralatan yang diperlukan dalam acara lompat jauh adalah
lorong larian, papan melonjak, penanda plastisin, kawasan pendaratan, pita
pengukur, bendera isyarat dan pengukur halaju angin.


Lari landas
Penujuan
Lonjakan
Gaya layar
Gaya gantung
Layangan
Mendarat
Ansur maju
Gaya tendang kayuh










TOPIK 2 LOMPAT JAUH W
53

Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.
Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.
Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruan
Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Anda mungkin juga menyukai