Anda di halaman 1dari 24

X PENGENALAN

Acara lontar peluru memerlukan kekuatan otot dan kemahiran atlet untuk
melontar peluru dari satu bulatan kecil. Lontaran ini hanya boleh dilakukan
dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Acara lontar peluru diperkenalkan
kepada murid sekolah rendah dengan berat peluru yang kurang berbanding
dengan pelajar sekolah menengah. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga
acara padang yang melibatkan lontaran melalui pergerakan menolak satu bola
logam besi berat sejauh yang boleh. Acara lontar peluru terus menjadi salah satu
acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Teknik
lontaran diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin
kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya.

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

3
3

X Lontar Peluru
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pelakuan acara lontar peluru;
2. Membezakan pelbagai gaya yang terdapat dalam teknik lontar
peluru;
3. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam lontar peluru;
4. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan dengan
berkesan;
5. Membincangkan kesalahan-kesalahan dan langkah-langkah
keselamatan dalam acara lontar peluru; dan
6. Menerangkan undang-undang dan peralatan yang diperlukan
dalam acara lontar peluru.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
55
SEJARAH ACARA LONTAR PELURU
Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbanding
dengan tiga acara lontaran yang lain. Sebilangan besar daripada peserta dan
pemenang acara ini terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat
dan kuat. Namun demikian, ciri-ciri tersebut bukanlah penentu utama kejayaan
mereka dalam acara ini. Pelontar peluru perlu mengenal pasti dan mengaplikasi
teknik serta gaya lontaran yang baik melalui latihan sistematik di bawah
pengawasan jurulatih yang khusus untuk acara ini. Acara ini menggunakan
kekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap dan kekuatan otot
akan memberikan kestabilan kepada atlet dalam gerakan melontar. Kepantasan
pergerakan juga merupakan satu faktor lain bagi seseorang atlet.

Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika
dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut
sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad
ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang
mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang
mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru ini tidak dapat
diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara tersebut.

Setelah diperkenalkan di Amerika, acara ini telah mendapat sambutan di
beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil
berat tentang kegiatan sukan, akhirnya mereka mempertandingkan acara ini
kerana ia didapati menarik. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar
peluru. Pada ketika itu, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun atau
7.25kg. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah
dicipta. Pada awalnya, kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan
ukuran 7 kaki x 7 kaki.

Acara ini telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek dan ini telah
diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896, 1900 dan
1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran
diletakkan papan seakan-akan penanda yang terdapat pada kawasan lontaran
seperti yang diguna pakai sekarang.

Pemegang rekod dunia bagi acara lontar peluru lelaki dipegang oleh Randy
Barner dari Amerika Syarikat dengan jarak lontaran sejauh 23.12 meter dilakukan
di Los Angeles pada tahun 1990, manakala Ulf Timmermann dari Jerman Timur
merupakan pemegang rekod Sukan Olimpik dalam jarak 22.47 meter yang
dilakukan pada Sukan Olimpik Seoul, 1988.

3.1
X TOPIK 3 LONTAR PELURU
56
Pemegang rekod dunia bagi acara lontar peluru wanita dipegang oleh Natalya
Lisovskaya dari Russia dengan jarak lontaran sejauh 22.63 meter dilakukan di
Moscow pada tahun 1987, manakala Ilona Slupianek dari Jerman Timur
merupakan pemegang rekod Sukan Olimpik dalam jarak 22.41 meter yang
dilakukan pada Sukan Olimpik Moscow, 1980.
Rajah 3.1: Adi Aliffudin Hussin pemegang rekod kebangsaan
Adi Aliffudin Hussin (lihat Rajah 3.1) memecahkan rekod kebangsaan dalam
acara lontar peluru serta memahatkan namanya dalam lipatan sejarah selaku atlet
pertama melepasi tembok 17 meter apabila melakarkan jarak 17.31 meter pada
kejohanan SUKMA ke-13 di Melaka pada tahun 2010.

Dalam acara lontar peluru ini, gabungan antara kekuatan dan kemahiran yang
baik dalam acara ini sangat penting. Lontaran yang dilakukan hanya
menggunakan sebelah tangan sahaja serta disokong oleh penggunaan teknik yang
betul dan berkesan.
PRINSIP ASAS LONTAR PELURU
Semasa mengendalikan pengajaran lontar peluru, adalah penting
mengaplikasikan prinsip ansur maju supaya pelajar didedahkan kepada teknik
memegang peluru terlebih dahulu. Cara ini akan membolehkan pelajar merasa
yakin serta dapat melakukan latihan dengan berkesan.

Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang
peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu memegang
peluru dengan:
(a) Tiga jari; dan
(b) Lima jari.
3.2
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
57











Rajah 3.2: Teknik memegang peluru dengan tiga jari.

Teknik ini memerlukan pelajar memegang peluru yang disokong di pangkal
ketiga-tiga jari tengah dan direnggangkan sedikit mengikut keselesaan dan juga
ibu jari. Kedudukan jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru (lihat Rajah 3.2).













Rajah 3.3: Teknik memegang peluru dengan lima jari.

Dalam teknik memegang peluru dengan lima jari pula, pelajar dikehendaki
menggunakan kelima-lima jarinya sebagai sokongan terhadap peluru. Ibu jari dan
jari kelingking berperanan mengimbangi kedudukan peluru semasa dipegang.
Teknik pegangan jenis ini adalah disyorkan untuk murid sekolah rendah (lihat
Rajah 3.3).

Guru hendaklah memastikan pelajar tidak memegang peluru pada tapak tangan.
Kesalahan ini sering dilakukan oleh pelajar yang baru dalam acara ini.



X TOPIK 3 LONTAR PELURU
58
Untuk mendapat jarak yang maksima, pelontar peluru mestilah
mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

(a) Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama
dengan arah pergerakan peluru.
(b) Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah
yang sama.
(c) Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa
sentuhan peluru dengan tangan lebih lama.
(d) Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
(e) Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektil.
(f) Sudut penerbangan adalah bergantung pada ketinggian seseorang pelontar.
FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU
Selepas pelajar berada dalam kedudukan yang seimbang, pegangan peluru
berada dalam keadaan yang selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia
untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik
berdiri di dalam bulatan lontaran dan ayunan awal peluru. Ketika ini juga pelajar
sudah ada persediaan dari segi mentalnya.

Untuk melakukan pergerakan awal, pelajar sangat bergantung pada teknik
lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan,
persediaan dan pergerakan awal juga berbeza. Oleh itu, ada baiknya kita
bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut
teknik lontaran yang digunakan. Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar
peluru biasanya terdiri daripada fasa yang berikut iaitu fasa (lihat Rajah 3.4):
(a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip)
(b) Lakuan Sedia (Preparation)
(c) Lungsuran (Glide)
(d) Lontaran (Delivery)
(e) Pemulihan (Recovery)

3.3
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
59

Rajah 3.4: Fasa penuh lontaran peluru

Fasa dalam lontar peluru terdiri daripada fasa-fasa seperti berikut:

(a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip)



Rajah 3.5: Pegangan peluru sebelum dilontarkan
Cara memegang peluru boleh dibahagikan kepada dua (lihat Rajah 3.5):
(i) Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru.
(ii) Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan
tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.



X TOPIK 3 LONTAR PELURU
60
(b) Lakuan Sedia (Preparation)


Rajah 3.6: Gaya seorang atlet bersedia untuk membuat lontaran peluru

Fasa lakuan sedia (lihat Rajah 3.6) bertujuan untuk persediaan memasuki
fasa lungsuran.

(c) Lungsuran (Glide)


Rajah 3.7: Posisi yang bersesuaian untuk seorang atlet membuat lontaran peluru

Tujuan fasa ini adalah untuk membantu pelontar mewujudkan daya tolakan
yang kuat dan menyediakan posisi badan untuk fasa lontaran di peringkat
paling akhir (lihat Rajah 3.7).
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
61
(d) Lontaran (Delivery Phase)


Rajah 3.8: Contoh fasa lontaran bahagian pertama

Fasa lontaran yang pertama ini membantu pelontar mengekal kelajuan
lontaran dan menyediakan posisi untuk lontaran (lihat Rajah 3.8).


Rajah 3.9: Contoh fasa lontaran bahagian kedua

Dalam fasa lontaran kedua ini pula, objektif utamanya ialah untuk
memindahkan daya kelajuan yang dihasilkan oleh pelontar ke sasaran (lihat
Rajah 3.9).

Rajah 3.10: Contoh fasa lontaran bahagian ketiga

X TOPIK 3 LONTAR PELURU
62
Objektif dalam fasa ini sama seperti di bahagian kedua di mana dalam fasa
ini pelontar melengkapkan pergerakan tangan sehingga selesai (lihat Rajah
3.10).

(e) Pemulihan (Recovery)

Rajah 3.11: Contoh fasa pulihan

Dalam fasa ini tujuan utama pergerakan akhir pelontar ialah untuk
menstabilkan posisi dirian setelah lontaran dibuat. Fasa pemulihan ini juga
membantu mengelak pelontar daripada terbatal (lihat Rajah 3.11).


GAYA LONTAR PELURU
Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:








3.4
1. Kenal pasti apakah fasa-fasa yang terlibat dalam acara lontar
peluru.
2. Apakah teknik yang boleh digunakan untuk memegang peluru?
SEMAK KENDIRI 3.1
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
63
(a) Gaya Lontar Berdiri (lihat Rajah 3.12)


Rajah 3.12: Gaya lontar berdiri

(b) Gaya Lungsur Selangkah (lihat Rajah 3.13)


Rajah 3.13: Gaya lungsur selangkah


X TOPIK 3 LONTAR PELURU
64
(c) Gaya Parry OBrien (lihat Rajah 3.14)


Rajah 3.14: Gaya Parry OBrien

Terdapat persamaan dalam fasa-fasa tertentu bagi ketiga-tiga teknik yang telah
diketengahkan. Kaedah bagaimana untuk melakukan ketiga-tiga teknik yang
ditunjukkan adalah seperti dalam Jadual 3.1.














TOPIK 3 LONTAR PELURU W
65
Jadual 3.1: Fasa-Fasa Bagi Teknik Lontaran Mengikut Teknik Lontar Berdiri,
Lungsur Selangkah dan Parry OBrien
FASA LONTAR BERDIRI
LUNGSUR
SELANGKAH
PARRY OBRIEN
Persediaan
Pegangan Peluru
(Grip)
x Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan
untuk memegang peluru.
x Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari
tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan Sedia
(Preparation)
Berdiri di bahagian
depan bulatan.
Bahu kiri dihadapkan
ke arah lontaran.

Peluru diletak hampir
ke leher dan di bawah
telinga.

Lengan tangan
diangkat hampir
mendatar dan siku ke
luar.
Berdiri di bahagian
belakang bulatan dan
membelakangi
kawasan lontaran.

Peluru diletak
hampir dengan leher
dan di bawah telinga.

Lengan tangan
diangkat hampir
mendatar dan siku ke
luar.
Seperti Gaya
Lungsur Selangkah
Lungsuran
(Glide)
Tiada Alihkan berat badan
pada kaki kiri, kaki
kanan digerakkan ke
bahagian tengah
bulatan dan dalam
masa yang sama kaki
kiri disilangkan.
Condongkan badan,
kaki kanan
dibengkokkan dan
kaki kiri ditendang
ke hadapan bulatan.
Gerakkan kaki
kanan ke bahagian
tengah bulatan.
Lontaran
(Delivery)
x Rendahkan kaki kanan.
x Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke
hadapan sambil menyilangkan badan.
x Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan
kedua belah kaki.
x Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan
jauh dari badan.
Pemulihan
(Recovery)
Kedudukan kaki
depan belakang
seperti semasa
lontaran
Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan
dan pada masa yang sama kaki hadapan
dibawa ke belakang.

X TOPIK 3 LONTAR PELURU
66
LATIHAN ANSUR MAJU GAYA LUNGSUR
SELANGKAH
Terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk
mempertingkatkan kemahiran teknik gaya lungsur selangkah dalam acara ini
antaranya:

(a) Latihan Ansur Maju 1 (lihat Rajah 3.15)


Rajah 3.15: Ansur maju 1- Statik
(i) Berdiri dengan menghadap ke kawasan lontaran.
(ii) Lontar peluru dengan tolakan yang kencang dari kedudukan berdiri
secara statik.
Latihan ini akan dapat membiasakan pelajar menolak peluru dengan baik.
Perhatian yang khusus harus diberikan kepada pergerakan tangan dan
pegangan peluru.





3.5
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
67
(b) Latihan Ansur Maju 2 (lihat Rajah 3.16)

Rajah 3.16: Ansur maju 2 Aplikasi pergerakan

(i) Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran.
(ii) Kedudukan kaki diregangkan.
(iii) Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.
(iv) Berat badan tertumpu pada kaki belakang (kiri dan kanan).
(v) Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
Latihan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengaplikasi serta
menguasai semua pergerakan asas sebelum mereka mula melontar peluru.
(c) Latihan Ansur Maju 3 (lihat Rajah 3.17)











Rajah 3.17: Ansur maju 3 Lungsuran dan mengilas badan
X TOPIK 3 LONTAR PELURU
68
(i) Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan.
(ii) Kaki kiri diletakkan di garisan pusat bulatan dan kaki kanan
diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan atau sebaliknya.
(iii) Condongkan badan sedikit seperti dalam latihan ansur maju 2.
(iv) Lakukan pergerakan ketingting ke hadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian
belakang papan penahan atau digaris bulatan atau sebaliknya.
(v) Kilas badan dan buatlah lontaran.

Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.

(d) Latihan Ansur Maju 4 (lihat Rajah 3.18)


Rajah 3.18: Ansur maju 4 Lungsuran

(i) Pelajar berdiri membelakangkan kawasan lontaran.
(ii) Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas
kaki kanan.
(iii) Pelajar mengelungsur selangkah ke belakang tanpa mengilaskan
pinggang.
(iv) Lakukan secara ulangan.

Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelajar semasa membuat
lungsuran.






TOPIK 3 LONTAR PELURU W
69

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU DALAM
LONTAR PELURU
Terdapat beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar menyebabkan
lontaran tidak mencapai jarak sasaran ataupun dibatalkan dan antaranya adalah
seperti dalam Jadual 3.2:

Jadual 3.2: Kesalahan Yang Biasa Berlaku dalam Lontar Peluru
Bil Kesalahan Penerangan
1. Fasa Persediaan
Tidak Betul
Pelajar berada dalam keadaan yang tidak betul dan tidak
tenang sebelum membuat lungsuran. Apa yang biasanya
berlaku ialah pelajar akan tunduk rnenyebabkan dagu
menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru pada
paras yang rendah. Kesalahan ini akan menyebabkan
kegagalan melakukan pergerakan dalam fasa-fasa yang
berikutnya.
2. Kedudukan Siku
Tangan Melontar
Yang Tidak Betul
Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi
untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku
yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan
menghasilkan jarak yang kurang memuaskan.
3. Kesilapan Kaki Kiri
Yang Membantu
Lungsuran Kaki
Kanan
Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dengan
dirapatkan dengan lutut kaki kanan seterusnya menendang
ke belakang untuk membuat lungsuran. Pergerakan yang
salah dilakukan ialah pelajar meluruskan kaki kirinya
sebelum membuat lungsuran yang menyukarkan
pengheretan kaki kanan untuk melakukan lungsuran.
4. Kegagalan
Membuka Pinggang
Mengarah Arah
Lontaran
Selepas fasa lungsuran, pinggang mestilah dibuka dan
diangkat ke arah lontaran untuk mendapatkan kuasa
sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas,
sambungan daripada fasa lungsuran. Jika pergerakan ini
gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan
rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ke tangan.
3.6
1. Apakah teknik yang sering digunakan dalam acara lontar peluru?
Cuba perhatikan kelainan yang ada dalam setiap gaya lontaran.

2. Cuba praktik kesemua gaya bagi acara lontar peluru dan catatkan
kelemahan dan kelebihan yang telah anda temui.
SEMAK KENDIRI 3.2
X TOPIK 3 LONTAR PELURU
70
5. Kegagalan
Melakukan
Pusingan Badan
Yang Betul
Sebelum melepaskan peluru, badan dipusingkan ke arah
lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah over
pulled atau under pulled. Ini berpunca daripada tangan
kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna
pusingan yang terlebih, manakala Under pulledatau
pusingan yang terkurang akan menyebabkan peluru tidak
menuju ke arah lontaran.
6. Kegagalan Membuat
Fasa Pemulihan
Yang Baik
Selepas fasa lontaran, pergerakan pemulihan merupakan
fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke
hadapan. Biasanya pelajar tidak dapat mengimbangi
pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing
selepas lontaran mestilah menggantikan kedudukan kaki
kiri, manakala kaki kiri mestilah dilonjakkan ke belakang
atau sebaliknya.
7. Lontaran Yang
Tidak Mengikut
Sudut 45
Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah
peluru yang dilontar bersudut 45. Ia bergantung pada fasa
selepas lungsuran dan berpunca daripada kesalahan
melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya
dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi pelajar, guru dan juga
jurulatih semasa aktiviti melontar peluru dilaksanakan. Bagi aktiviti lontaran, ia
berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau
yang berdiri terlalu dekat dengan pelajar yang melakukan lontaran. Oleh itu
aspek keselamatan adalah penting dan seharusnya sentiasa diberikan keutamaan.

Langkah-langkah keselamatan perlu dipertimbangkan bagi memastikan:

(a) Kawasan peluru mendarat bebas daripada gangguan.
(b) Pelajar sentiasa memerhatikan apa yang sedang dilakukannya.
(c) Lontaran mesti dilontar serentak dan pemungut peluru juga dilakukan
serentak sekiranya aktiviti dibuat dalam kumpulan.
(d) Pelajar sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara
yang betul.
(e) Memberi masa yang cukup untuk pelajar memegang peluru.
(f) Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja dan bukan ke arah kawan mereka.
(g) Pelajar mestilah diletakkan dalam barisan yang lurus dan sekurang-kurang
berjarak 5 meter di antara satu sama lain.
3.7
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
71
(h) Tidak ada pelajar yang melintas garisan lontaran sehingga semua lontaran
belum lagi dibuat atau sebelum peluru mendarat. Mereka mestilah
mengikut giliran dalam membuat lontaran.
(i) Pelajar yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu
kumpulan.
(j) Blok kayu tidak tajam.
(k) Jika peluru lembab, basah atau kotor, sapu dahulu dengan kain.
(l) Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas.
UNDANG-UNDANG ACARA LONTAR PELURU
Bagi acara lontar peluru, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah menggariskan
beberapa undang-undang yang digunakan dalam pertandingan. Antara undang-
undang tersebut ialah:

(a) Giliran peserta membuat percubaan akan dijalankan secara undian.

(b) Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap
peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang
terbaik antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga
percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak
diputuskan tetapi peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi
membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak
tadi. Sekiranya terdapat hanya lapan peserta atau kurang daripada lapan
peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan enam percubaan sahaja.
[Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama.
Oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan].

(c) Di tempat pertandingan, setiap peserta jika boleh diberi dua percubaan
sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan secara undian dan
peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.

(d) Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar
menggunakan alatan untuk tujuan latihan atau menggunakan bulatan
dalam sektor untuk Iatihan.

(e) Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah
memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang
peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.


3.8
X TOPIK 3 LONTAR PELURU
72
(f) Peserta mestilah memulakan lontarannya dan dirian yang tetap (keadaan
tidak bergerak) di dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu
dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat permulaan lontaran
dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan
tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah dari tempat lontaran. Peluru tidak
boleh dibawa ke belakang dan paras garisan bahu.

(g) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau lebih jari yang boleh
membantu peserta bila membuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan
pita pada tangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka. Sarung
tangan tidak boleh digunakan. Untuk mendapat cengkaman yang baik,
peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagian
tangan sahaja. Untuk menyelamatkan tulang belakang daripada kecederaan,
peserta-peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan
sejenis itu. Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan
sama ada di dalam bulatan atau kasutnya.

(h) Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah
memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana--
mana bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau
bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan
peluru pada ketika membuat percubaan.

(i) Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar
peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah
memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh
meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan, dia mestilah keluar
dengan mengikut peraturan yang diberi di bawah) sebelum kembali semula
untuk memulakan percubaan yang baru. [Nota: Semua pergerakan yang
dibenarkan dalam perenggan ini adalah termasuk dalam had maksimum
masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para 4].

(j) Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam
kawasan di antara dua sisi sebelah dalam garisan 50mm lebar.

(k) Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus dari
tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian
dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh
peluru kepada pusat bulatan.

(l) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru menyentuh
tanah. Ia mestilah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
73
akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui
bahagian tengah bulatan dan berakhir di luarnya. (Lihat para 17).

(m) Setelah selesai sesuatu lontaran, peluru itu mestilah dibawa balik ke tempat
permulaan atau bulatan dan tidak dibaling.

(n) Lontaran yang terbaik dari semua lontaran bagi tiap-tiap peserta, termasuk
lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama
akan dikira.

(o) Dalam pertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat
yang disediakan oleh pihak pengelola sahaja boleh digunakan dan sebarang
perubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika
pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun antara peserta akan dibenarkan
membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Dalam pertandingan
antara dua atau lebih, peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan
syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak
Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan
dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang mengambil bahagian.

(p) Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur
sebaik selepas sesuatu lontaran iaitu daripada tempat peluru mendarat
hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak
hanya dikira di bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut.
Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira
pemenang.

(q) Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru
menetapkan iaitu setiap atlet yang mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata
bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut
keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan
lontaran.
PERALATAN ACARA LONTAR PELURU
Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan
tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan. Kawasan ini bebas
daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, atlet
serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan atlet
atau peserta lain.


3.9
X TOPIK 3 LONTAR PELURU
74

Rajah 3.19: Peluru dengan pelbagai saiz

Peralatan yang diperlukan dalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi
yang mempunyai saiz (lihat Rajah 3.19) dan berat tertentu bergantung pada
penyertaan atlet sama ada lelaki atau wanita, peringkat kelas bagi peserta sekolah
menengah dan rendah (rujuk Jadual 3.3).

Jadual 3.3: Berat Peluru Mengikut Kategori Umur MSSM
Bil Berat Peluru (kg) Kelas
A 2.27 Bawah 12 lelaki/perempuan
B 4.00 Bawah 18 dan bawah 15 perempuan
C 4.55 Bawah 15 lelaki
D 5.45 Bawah 18

Bulatan peluru mestilah diperbuat daripada gelung besi, keluli atau bahan-bahan
yang sesuai. Bahagian dalam bulatan pula dibuat dengan simen atau bahan yang
kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan berukuran 14mm
hingga 26mm ke bawah pada bahagian atas gelung besi bulat.

TOPIK 3 LONTAR PELURU W
75
Rajah 3.20: Ukuran kawasan lontar peluru

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlet acara
ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari
oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameter
yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran
dipasang penahan untuk menentukan kaki atlet menyentuh atau melepasi papan
penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya
sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan
ini diletakkan di tengah-tengah antara dua garisan lontaran. Ukuran papan
penahan ini adalah antara 112mm dan 300mm lebar, 1.21m sehingga 1.23m
panjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102mm tinggi berdasarkan
kepada paras bahagian dalam bulatan.

Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu, rumput atau
bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang
mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, ke arah lontaran bagi
kawasan mendarat adalah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau
lontaran hendaklah ditandakan dengan dua garisan putih berukuran 50mm
lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat
bulatan lontaran dan bersudut 40.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran dibuat iaitu dari tempat peluru mendarat hingga ke
bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira
setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai
jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
X TOPIK 3 LONTAR PELURU
76


x Acara lontar peluru memerlukan gabungan yang baik antara kekuatan dan
kemahiran yang baik.

x Lima fasa yang terlibat dalam teknik lontar peluru iaitu:
- Persediaan pegangan peluru;
- Lakuan sedia;
- Lungsuran;
- Lontaran; dan
- Pemulihan.

x Tiga jenis teknik lontaran yang sering digunakan dalam acara lontar peluru
iaitu:
- Gaya lontar berdiri;
- Gaya lungsur selangkah; dan
- Gaya Parry OBrien.




SEMAK KENDIRI 3.3
1. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku dalam acara
lontar peluru.
2. Apakah langkah-langkah keselamatan yang seharusnya
dipertimbangkan oleh pelajar, guru dan jurulatih semasa acara
lontar peluru dijalankan?
3. Nyatakan beberapa undang-undang yang terdapat dalam acara
lontar peluru.
4. Apakah peralatan yang diperlukan dalam acara lontar peluru?
TOPIK 3 LONTAR PELURU W
77

Fasa pegangan peluru
Fasa lakuan sedia
Fasa lungsuran
Fasa lontaran
Fasa pemulihan
Gaya lontar berdiri
Gaya lungsur selangkah
Gaya Parry OBrien
Latihan ansur maju


Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.
Ten, H . (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.
Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.
Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruan
Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Anda mungkin juga menyukai