Anda di halaman 1dari 18

X PENGENALAN

Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan berlainan daripada
sukan-sukan lain. lni disebabkan terdapat banyak acara, untuk lelaki dan wanita.
Terdapat acara-acara yang dipertandingkan sebagai acara individu dan
berpasukan. Acara 100 meter adalah acara pecut dan dikenali sebagai acara
riben biru semasa temasya Sukan Olimpik. Biasanya pemegang rekod dunia 100
meter akan dinobatkan sebagai orang terpantas di dunia. Sebelum adanya acara
100 meter, jarak larian ialah 100 ela (91 meter). Namun demikian, larian 100 ela
telah tidak lagi digunakan pada masa kini.


Topik
5
X
Lari Pecut
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pelaksanaan acara lari pecut, lari berpagar dan lari
berganti-ganti;
2. Menyatakan dengan jelas keperluan setiap acara dari segi fizikal
dan peralatan;
3. Menyatakan perbezaan dalam ciri-ciri teknik larian bagi setiap
acara;
4. Menjelaskan teknik-teknik yang betul dalam ketiga-tiga acara; dan
5. Mengaplikasikan semua teknik yang telah dibincangkan dengan
berkesan.
X TOPIK 5 LARI PECUT
100
SEJARAH ACARA LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah
pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada
abad ke-19, lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara
acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini
juga merupakan panjang stadium yang digunakan pada waktu itu. Berikutan ini
acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 meter (192 meter x 2)
diadakan.

Pada zaman Sukan Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang
dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat
daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz
tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang ditetapkan walaupun saiz kaki
mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk
memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas
kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan
penjagaan masa yang khusus. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga
menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau
bagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri
sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan
sesuatu larian. Antara permulaan awal yang digunakan ialah pencil start, di
mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan
dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam
pada tahun 1884 di mana gaya ini dikenali sebagai kangaroo start di Australia.
Sebelum tahun 1921, kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan
oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0
saat, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan
10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Acara 200 meter pula,
rekod larian sebelum Sukan Olimpik moden dibuat pada jarak lurus tanpa
selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat larian dalam
masa 22 saat. Bagi wanita, acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik
dalam tahun 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang
rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9 saat.



5.1
TOPIK 5 LARI PECUT W
101
Pemegang rekod dunia bagi acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 9.58 saat
dan 200 meter (19.19 saat) dipegang oleh Usain Bolt dari Jamaica dilakukan di
Berlin pada tahun 2009 (lihat Rajah 5.1). Beliau juga pemegang rekod Sukan
Olimpik dengan catatan 9.69 saat bagi 100 meter dan 19.30 saat dalam acara 200
meter yang dilakukan pada Sukan Olimpik Beijing, 2008. Dalam Sukan Olimpik
di London tahun 2012, beliau sekali lagi memenangi acara 100 meter serta
memecahkan rekod Sukan Olimpik dengan catatan masa 9.63 saat.

Rajah 5.1: Catatan rekod dunia milik Usain Bolt
Pemegang rekod dunia bagi acara 100 meter wanita dengan catatan masa 10.49
saat dan 200 meter (21.34 saat) dipegang oleh Florence Griffith-Joyner dari
Amerika yang dilakukan pada tahun 1988 dalam Sukan Olimpik Seoul. Watson
Nyambek pula pemegang rekod 100 meter dengan catatan masa 10.30 saat
manakala G. Shanti pula pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter
dengan catatan masa 11.50 saat.
PRINSIP-PRINSIP LARI PECUT
Lari pecut bererti berlari dengan pantas. Larian ini memerlukan koordinasi
bahagian-bahagian anggota badan iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah
acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga
tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Guru
hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar
mereka.

Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba
akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada
untuk acara 100 meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa
yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter,
namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu
menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut.
5.2
X TOPIK 5 LARI PECUT
102
Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut
semasa melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan,
pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Selain itu, terdapat
beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari
tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan
psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan
pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan, serta
masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.
5.2.1 Pergerakan Tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini,
pelari hendaklah mengayun tangan khususnya siku ke belakang dan ayunan
tangan ke hadapan tidak melepasi bahu. Terdapat juga pelari yang meluruskan
tangan semasa mengayun ke belakang. Walau apa cara pun, ayunan tangan
dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian. Tanpa ayunan tangan
sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakinya dengan
pantas. Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting
dalam menentukan kederasan larian pecut.

Ayunan tangan pelari ke belakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari
memecut. Situasi ini kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut
ini akan berkurangan sehingga mencapai 90. Ayunan tangan juga membantu
mengelakkan pergerakan yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki.
Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari ke
arah belakang dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi
siku.

Tekanan daya yang dikenakan di bahagian leher dan bahu pelari akan
meningkat semasa memecut. Tangan pelari pula tidak seharusnya tegang kerana
ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama
ada membuka jari tangan ataupun digenggam semasa membuat ayunan ketika
berlari. Keadaan tangan pelari hendaklah sentiasa selesa atau relaks semasa
berlari dan memecut.
5.2.2 Pergerakan Kaki
Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian. Dalam
pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lari
pecut. Pertama ialah mengangkat lutut tinggi dan kedua ialah penamatan atau
penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan
TOPIK 5 LARI PECUT W
103
drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat
drive hendaklah direnggang sepenuhnya ke belakang badan.

Selain itu, pelari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke
atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk
memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan
yang tinggi. Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa
berlari. Pelari seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk
mendarat dan memecut.
5.2.3 Menamatkan Larian Pecut
Matlamat setiap pelari ialah menghabiskan larian dalam masa sesingkat yang
boleh dan melepasi garisan penamat. Semasa menuju ke garisan penamat, pelari
tidak seharusnya memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk
melepasi garisan penamat. Malah beliau perlu terus berlari dengan lebih pantas.
Dengan membuat diving atau menjunam, ia tidak akan membantu pelari
sebaliknya perbuatan itu mungkin akan membahayakan diri sendiri.

Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepangkan tangannya
ke belakang dengan membiarkan bahagian torso ditonjolkan ke hadapan. Cara
ini adalah digalakkan dalam larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar
menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk mencecah garisan
penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau
menyebabkan pelari terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah
dengan memusingkan salah satu bahunya untuk mencecah garisan penamat.
Cara ini juga mungkin akan melambatkan larian kerana mungkin pelari akan
mengambil masa untuk memusingkan bahunya.

Pelari yang terawal mencecah garisan penamat akan dikira pemenang, manakala
pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau
pegawai penamat. Dalam kebanyakan kejohanan olahraga khususnya di
peringkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat
diputuskan oleh pencatat masa atau pegawai penamat disebabkan beberapa
pelari mencecah garisan penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku
perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan
menggunakan kaedah photofinish. Menerusi kaedah ini, pemenang acara ini
akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan
selepas larian. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan
catatan manual yang mungkin kurang tepat.


X TOPIK 5 LARI PECUT
104
Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka
tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat.
Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk
berapa meter diikuti dengan berjalan. Ada juga pelari yang terus berlari sejauh
100 meter lagi untuk mengatasai sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot
atau masalah lain.

Pelari hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang larian semasa
menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai
mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi
perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah mengganggapnya sebagai suatu
kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula
haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan.

Acara lari pecut merupakan salah satu disiplin aktiviti olahraga yang
memerlukan seseorang itu membuat larian bagi satu jarak dengan menggunakan
kepantasan dan daya yang maksimum. Dua faktor utama yang mempengaruhi
kelajuan pelari dalam acara ini antaranya ialah:

(a) Kepanjangan Langkah
Panjang langkah seseorang itu juga dipengaruhi oleh beberapa faktor
seperti panjang kaki pelari, kelenturan pinggul, kekuatan otot dan juga
julat pinggul.

(b) Kadar Melangkah (Kekerapan)
Kadar melangkah juga amat penting dalam larian pecut kerana kadar
langkah yang tetap akan membantu anda ketika larian dibuat.
KATEGORI ACARA LARI PECUT
Kini kita akan membincangkan secara khusus setiap acara yang tergolong dalam
kategori lari pecut. Walaupun secara umumnya kita telah ketahui tentang aspek-
aspek lari pecut, kita juga perlu mengetahui lebih mendalam beberapa perbezaan
antara ketiga-tiga acara pecut ini.

Acara lari pecut terbahagi kepada tiga kategori utama seperti di bawah:
(a) 100 meter
(b) 200 meter
(c) 400 meter
5.3
TOPIK 5 LARI PECUT W
105
5.3.1 Acara 100 meter
Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara untuk menentukan manusia
yang terpantas dalam sesuatu kejohanan. Acara ini dianggap sebagai acara yang
paling istimewa dan diminati ramai terutamanya dalam kalangan peminat sukan
olahraga. Tidak hairanlah sesiapa yang mahu menceburi dalam bidang larian ini
akan terlebih dahulu didedahkan dengan acara ini. Oleh kerana masa yang
diambil dalam acara ini terlalu singkat maka segala aspek lariannya perlu
diberikan perhatian oleh setiap pelari.

Boleh dikatakan semua pelari 100 meter memberi tumpuan utama kepada acara
memulakan larian iaitu suatu aspek yang paling penting dalam acara lari pecut.
Pelari akan melonjak daripada blok permulaan sebaik sahaja isyarat diberikan
oleh pegawai pelepas. Kemudiannya pelari akan mula memecut dan
mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan penamat. Sebelum berlepas pelari
akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pegawai pelepas untuk
membunyikan pistol. Pelari juga harus bijak dan pantas bertindak terhadap
kemungkinan pelepas yang agak awal atau lewat melepaskan tembakan pistol.

Peringkat dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan atau lonjakan
dari blok permulaan. Selepas itu barulah diikuti peringkat permulaan larian di
mana pelari yang akan meningkatkan kelajuan sehingga kelajuannya mencapai
ke tahap maksimum sehinggalah ke garisan penamat. Peringkat ini biasanya
terdapat dalam kalangan pelari yang sudah terlatih, manakala pelari baru lebih
gemar mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali apabila
dicabar oleh pelari lain. Seseorang pelari seharusnya menumpukan perhatian
kepada lariannya sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan corak dan gaya
larian pihak lawan.
5.3.2 Acara 200 meter
Dalam acara larian 100 meter pelari hanya berlari di lorong atau dalam arah yang
lurus dan awal hingga ke akhir perlumbaan. Tidak banyak taktik atau teknik
larian diperlukan, berbanding dengan larian 200 meter atau 400 meter. Acara 100
meter juga memerlukan atlet memberi tumpuan kepada kepantasan dan
kekuatan. Ini berlainan dengan acara 200 meter di mana seseorang atlet haruslah
mempunyai kekuatan dan kepantasan pelari serta memerlukan pengawalan dan
keseimbangan badan dan kemahiran berlari di selekoh.



X TOPIK 5 LARI PECUT
106
Permulaan acara 200 meter adalah hampir sama dengan permulaan 100 meter
kecuali kedudukan blok permulaan yang diletakkan pada sudut 90 darjah
daripada garisan permulaan dan bukan daripada garisan lorongnya. Gaya
dekam sering digunakan dan dianggap sesuai untuk acara ini.

Umumnya acara 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut:

(a) Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas
untuk acara ini. Pelari yang berlari di lorong paling luar kelihatan berada
pada kedudukan yang paling hadapan. Namun demikian, pada hakikatnya
jarak untuk semua pelari adalah sama.

(b) Kemahiran berlari di selekoh perlu ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika
melakukan pecutan di selekoh, pelari cenderung mencondongkan
badannya ke dalam sehingga menyebabkan sudut kedudukan tubuhnya
dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki kanan
disokong dan dibantu oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh.

(c) Selepas melepasi selekoh, pelari akan berlari di lorong lurus pula yang
jaraknya lebih kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi
semula badannya supaya keseimbangan tengah badan dapat diperoleh.
Situasi ini didapati sukar kerana gaya larian terpaksa diubah di mana
kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan, walaupun kebanyakan
pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat
mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang lariannya.

(d) Lorong lurus untuk 200 meter merupakan fasa larian yang memerlukan
kemantapan atau kekuatan mental yang tinggi. Pelari hendaklah
mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dicapai
sehingga ke garisan penamat. Cara menamatkan larian adalah sama seperti
acara 100 meter iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke
hadapan seboleh mungkin.
5.3.3 Acara 400 meter
Mungkin ada dalam kalangan kita serta peminat sukan olahraga seluruhnya
beranggapan bahawa acara 400 meter tergolong dalam kumpulan larian jarak
sederhana dan bukan kategori larian pecut. Namun sebenarnya acara ini juga
tergolong sebagai acara pecut, walaupun mempunyai cara larian yang tersendiri
yang agak berlainan daripada acara 100 meter dan 200 meter.


TOPIK 5 LARI PECUT W
107
Disebabkan jarak larian yang agak jauh, pelari harus dapat merancang lariannya
dengan baik. Ini penting kerana tidak mungkin seorang pelari dapat berlari pada
kelajuan yang sama sepanjang jarak itu. Pelari harus dapat mengawal
penggunaan tenaganya supaya dia boleh dan mampu berlari dengan kederasan
yang maksimum dan memecut pada jarak yang tertentu. Dalam perlumbaan,
pelari juga harus dapat mengukur kekuatannya berbanding dengan pelari lain.

Bagi memudahkan larian, kita bahagikan jarak 400 meter ini kepada dua
peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus
memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya
25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua
atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini
adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama
dan 25 saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan
dan larian pada selekoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong
lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh ke dua dan akhir,
diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke
garisan penamat. Pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam
keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain ataupun daripada penonton.
Sebagai kesimpulan, strategi larian yang digunakan hendaklah sesuai dan
penting dalam acara pecut seperti 400 meter. Perlu ditegaskan bahawa adalah
tidak mungkin seorang pelari yang baik mampu mengekalkan kelajuan yang
sama sepanjang jarak itu.
TEKNIK LARI PECUT
Berikut adalah teknik lari pecut yang dibahagikan mengikut fasa, antaranya
seperti:
(a) Fasa Permulaan

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
Bukan semua pelajar adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah
berbeza. Walaupun terdapat pelbagai variasi, namun pada amnya terdapat
tiga gaya permulaan larian tanpa blok permulaan seperti berikut:
(i) Gaya Peluru (Bullet/Bunch/Kangaroo Start)
x Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
x Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki
hadapan.
5.4
X TOPIK 5 LARI PECUT
108
x Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
(ii) Gaya Sederhana (Medium Start)
x Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
x Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki
hadapan.
x Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
(iii) Gaya Panjang (Elongated Start)
x Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
x Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki
hadapan.
x Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku
penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.
Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih. Terdapat
tiga gaya larian permulaan dengan blok iaitu:
(i) Gaya Peluru
x Blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.
x Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan.
x Blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
(ii) Gaya Sederhana
x Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis
permulaan.
x Blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
(iii) Gaya Panjang
x Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan.
x Blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.




TOPIK 5 LARI PECUT W
109
Keadaan ke garisan
(i) Apabila diarahkan, pelari akan mula berjalan menuju ke arah blok
yang berada di hadapannya. Kemudian selaraskan blok tersebut betul
berada di tengah-tengah kedua-dua bukaan kaki.
(ii) Seterusnya gunakan tangan untuk bersedia untuk melakukan
dekaman sambil meletakkan kedua-dua belah hujung kaki ke atas
blok.
(iii) Pastikan tangan yang didekam berada di belakang garisan
permulaan. Periksa jarak di antara kedua-dua belah tangan berada
sama luas dengan bidang bahu.
(iv) Selaraskan posisi badan sehingga pelari betul-betul selesa dan
mendapat imbangan yang sesuai.
Keadaan sedia
(i) Ketika arahan ini didengari pelari perlu bersedia untuk mula
meninggikan sedikit bahagian pinggang dari paras bahu.
(ii) Luruskan tangan yang didekam dan mula gerakkan bahagian bahu
menghala ke hadapan garisan sambil menguatkan kedudukan kedua
belah kaki di atas blok mulaan.
Berlepas dari Blok Mulaan
Tindakan secara ledakan diperlukan ketika mula berlepas dari blok
mulaan. Apa yang boleh pelari lakukan ketika ini ialah menggunakan
kedua-dua kaki pelari untuk menolak blok dengan pantas dan kuat.
Tangan pelari mula diayun selepas berlepas bagi membantu pelepasan
keseluruhan badan dari blok (lihat Rajah 5.2).


Rajah 5.2: Contoh berlepas yang baik dari blok mulaan




X TOPIK 5 LARI PECUT
110
Bagi membantu pelari berlepas dengan pantas dan sempurna, pastikan
kedua-dua teknik ini diikuti:
(i) Pelari perlu berlari secara lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan
serta-merta.
(ii) Mulakan langkah larian dengan permulaan sederhana dengan
langkah yang tidak terlalu jauh atau terlalu pendek (rujuk Rajah 5.3).


Rajah 5.3: Semasa berlepas dari blok, kaki menolak dengan kuat

(b) Fasa Larian
(i) Pelari perlu berlari sepantas yang mungkin dengan tumpuan
menghala ke arah garisan penamat.
(ii) Gunakan bahagian hujung kaki ketika berlari dan jangan gunakan
sama sekali bahagian tapak kaki ketika ini.
(iii) Kaki belakang sentiasa diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan
yang dibuat oleh kaki tersebut.
(iv) Tangan diayun dengan cepat dan pantas.
(v) Biarkan bahagian leher dan bahu sentiasa dalam keadaan selesa dan
longgar.
(vi) Cuba kekalkan momentum di sepanjang larian.
(vii) Sentiasa fokus pada larian dan hindarkan daripada menoleh atau
memandang pesaing anda (rujuk Rajah 5.4).


TOPIK 5 LARI PECUT W
111

Rajah 5.4: Pelari hanya fokus kepada larian yang dilakukan

(c) Fasa Penamat

Rajah 5.5: Lakuan di garis penamat

(i) Ketika menghampiri ke garisan penamat, pelari perlu terus berlari
tanpa mengurangkan kepantasannya (rujuk Rajah 5.5).

X TOPIK 5 LARI PECUT
112

Rajah 5.6: Gaya lain ketika menamatkan perlumbaan

(ii) Terdapat pelbagai gaya yang biasa kita lihat ketika cubaan pelari
menamatkan larian. Bagi acara pecut, pelari boleh menggunakan
pelbagai cara.
(iii) Walaupun terdapat pelbagai gaya, perkara yang perlu diambil berat
ialah pelari harus sentiasa mengekalkan postur dan mekanisme yang
baik. Jika keadaan ini tidak dikekalkan ia boleh menjejaskan
kepantasan dan imbangan badan (rujuk Rajah 5.6)

LATIHAN ANSUR MAJU LARI PECUT
Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut,
latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

(a) Latihan Mendorong
(i) Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang
dimaklumkan.
(ii) Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam
kumpulan.
(iii) Larian bayang-bayang dan dilaksanakan secara berpasangan. Seorang
mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan dirinya
disentuh.
(iv) Lari berganti-ganti ulang alik: larian 20 meter berkumpulan.

(b) Larian Teknik Pecut
(i) Berlari dengan melangkah panjang.
(ii) Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan sambil
mengangkat lutut.
5.5
TOPIK 5 LARI PECUT W
113
(iii) Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
(iv) Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
(v) Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
(vi) Berlari menyepak ke belakang.
(vii) Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
(viii) Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan
tangan 90 di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

(c) Latihan Kekuatan Kaki dan Latihan Pecutan
(i) Melonjak untuk jarak.
(ii) Melangkah panjang (bounding).
(iii) Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
(iv) Melompat, memusing, mendekam dan memecut.
(v) Berpasangan: berlari dengan halangan melalui tarikan rakan.


PERALATAN ASAS ACARA LARI PECUT
Dalam sukan olahraga, terutamanya acara-acara larian, terdapat beberapa
peralatan yang diperlukan.

(a) Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting olahragawan bukan sahaja
bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga
untuk acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun,
penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga
masa kini, khususnya untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung pada
keselesaan individu atlet dan daripada jenis yang ringan.

5.6
SEMAK KENDIRI 5.1
1. Apakah faktor yang dapat mempengaruhi larian pelari?

2. Bincangkan fasa-fasa dalam teknik lari pecut.
X TOPIK 5 LARI PECUT
114
(b) Blok Permulaan
Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu
pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian.
Biasanya pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi
bagi kebanyakan pelari, blok permulaan ini amat diperlukan, termasuk
dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru
atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.

(c) Pakaian Sukan
Seperti acara sukan lainnya, pelajar juga perlu menggunakan pakaian yang
sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan
kejohanan sukan terbesar dunia, atlet akan memakai singlet yang terdapat
nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili dan nama penaja
yang menganjurkan perjumpaan itu. Namun demikian, setiap peserta
dibenarkan memakai pakaian yang dia gemari asalkan dipersetujui oleh
negara dan pasukannya. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita
tontoni menerusi kaca televisyen, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang
dipakai oleh peserta lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak
mengganggu pergerakan dan larian mereka.

(d) Peralatan Sampingan
Setiap pelajar juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing.
Sebaik-baiknya, beg itu mengandungi barangan berikut:
(i) Tuala.
(ii) Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster,
aspirin, botol minuman dan sebagainya.
(iii) Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)
(iv) Kasut joging dan kasut berlari.
(v) Jam randik atau pita pengukur.
(vi) Barangan lain yang difikirkan perlu.

PERATURAN ASAS ACARA LARI PECUT
Acara lari pecut mempunyai peraturan-peraturan asasnya yang tersendiri.
Antara peraturan asasnya adalah:

(a) Peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing.

(b) Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasa
pertandingan.
5.7
TOPIK 5 LARI PECUT W
115
(c) Hendaklah mula berlari setelah bunyi tembakan. Peserta akan disingkirkan
daripada perlumbaan sekiranya melakukan kesalahan ini sebanyak dua
kali. Peserta akan memulakan semula di blok permulaan jika berlaku foul
start manakala setiap daripada peserta akan disingkirkan daripada
perlumbaan jika melakukan kesalahan foul start buat kali kedua.






Dua faktor utama yang mempengaruhi kelajuan pelari dalam acara lari pecut
ialah kepanjangan langkah dan kadar melangkah (kekerapan).

Acara lari pecut ini terbahagi kepada tiga (3) kategori utama iaitu 100 meter,
200 meter dan 400 meter.

Terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan dalam lari pecut dan
boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu keadaan ke garisan,
keadaan sedia, berlepas dari blok mulaan, larian dan menamatkan
perlumbaan.

Ciri-ciri pelari bagi acara lari berganti-ganti amat penting bagi memastikan
setiap pelari memiliki ciri-ciri fizikal yang boleh disesuaikan dengan
keperluan pertandingan.


Blok permulaan
Drive
Lari pecut
Ke garisan
Sedia


SEMAK KENDIRI 5.2
Apakah peralatan asas yang diperlukan dalam acara lari pecut?
X TOPIK 5 LARI PECUT
116

Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Selangor: Junjuara.
Teng, B. T. (1989). Panduan pengajaran olahraga. Kuala Lumpur: Longman.
Teng, B. T. (2001). Panduan pengajaran olahraga: Kursus diploma perguruan
Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Anda mungkin juga menyukai