Anda di halaman 1dari 31

X PENGENALAN

Selamat memulakan pembacaan modul ini. Topik pertama merupakan


pendedahan awal terhadap asas pembelajaran motor dan kawalan motor.
Diharapkan anda memulakan pembacaan modul ini dengan cara duduk yang
selesa, lupakan masalah sampingan seketika dan berikan tumpuan sepenuhnya
kepada pembacaan anda.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1

X Konsep dan
Pengenalan
Asas
Pembelajaran
Motor serta
Kawalan Motor
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep dan asas pembelajaran motor serta kawalan
motor;
2. Menyatakan penggunaan pendekatan psikologi dan neurofisiologi
dalam pembelajaran motor;
3. Menghuraikan teori refleks, teori klasik dan teori sistem dinamik
dalam kawalan motor; dan
4. Menerangkan kriteria pergerakan manusia.
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
2
Proses belajar dan mengajar merupakan proses yang berterusan dari semasa ke
semasa.



Asasnya pembelajaran bermula dengan penerimaan rangsangan yang diterima
oleh pancaindera. Rangsangan itu diproses dan disimpan sebagai pengalaman.
Pengalaman yang disimpan dapat dipergunakan untuk mencapai sesuatu
matlamat dan penyelesaian masalah.

Terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang ada. Dalam modul ini, kita akan
memfokuskan kepada pembelajaran motor. Boleh kita katakan bahawa
pembelajaran motor seperti juga proses pembelajaran lain yang melibatkan
penerimaan rangsangan dan diproses dalam sistem saraf pusat dan seterusnya
merangsang otot yang terlibat untuk menghasilkan gerakan motor yang diingini.

Apakah pembelajaran motor?



Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kehalusan dan ketepatan sesuatu
pergerakan.



Pembelajaran bagi kebanyakan kemahiran adalah melibatkan suatu proses yang
aktif. Pembelajaran melalui proses cuba jaya bukan sahaja mengecewakan tetapi
juga tidak mendatangkan kesan yang diharapkan.

Melalui modul ini, kita akan belajar bahawa pergerakan manusia adalah satu
fenomena yang kompleks disebabkan oleh fungsi interaksi tiga elemen berikut:
(a) Pelajar;
(b) Tugasan; dan
(c) Alam sekitar.

Umumnya, kita boleh katakan pembelajaran adalah proses di mana tingkah
laku diperkembangkan atau diubah menerusi latihan atau pengalaman.
Pembelajaran motor ialah proses untuk meningkatkan prestasi kemahiran
motor.
Setiap kemahiran motor memerlukan tahap dan bilangan motor neuron serta
bilangan fungsi mental yang berbeza.
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

3
Rajah 1.1 berikut menunjukkan interaksi antara aspek pelajar, tugasan dan
persekitaran dalam penghasilan pergerakan.


Rajah 1.1: Interaksi antara pelajar, tugasan dan persekitaran untuk penghasilan pergerakan
Sumber: https://www.rte.ie
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
4
PEMBELAJARAN MOTOR DAN KAWALAN
MOTOR
Mari kita pelajari dua definisi pembelajaran motor sepertimana dipaparkan
dalam Jadual 1.1 berikut.

Jadual 1.1: Dua Definisi Pembelajaran Motor
Sumber Definisi
Schmidt (1988) Pembelajaran motor sebagai proses gabungan latihan dan
pengalaman yang menyebabkan perubahan tindakan atau
pergerakan yang kekal
Drowatzky
(1981)
x Pembelajaran motor sebagai aktiviti motor dan gerak balas
motor yang mewujudkan pola kemahiran
x Pembelajaran motor juga ialah perlakuan yang dapat
diperhatikan. Perlakuan ini adalah hasil daripada gerak balas
otot yang menyebabkan pergerakan badan atau sebahagian
anggota badan.

Apakah bidang pembelajaran motor?



Fokus kajian adalah kepada perubahan yang berlaku pada mekanisme kawalan
motor hasil daripada proses ekstrinsik seperti praktis dan adaptasi biologi. Mari
kita lihat pendapat tentang pengertian pembelajaran dan pembelajaran
kemahiran pergerakan.



Ingat: Pembelajaran motor mempunyai hubungan antara pergerakan hasil dan
latihan.

Pembelajaran adalah perubahan dalam keupayaan seseorang untuk
melaksanakan kemahiran yang mesti disimpulkan daripada peningkatan
secara relatifnya kekal dalam prestasi hasil latihan atau pengalaman.

Magill (2007)
1.1
Bidang pembelajaran motor ialah satu bidang kajian penguasaan kemahiran
pergerakan hasil daripada latihan.
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

5


Andaikan anda adalah guru pendidikan jasmani yang mengajar pelajar anda
kemahiran servis dalam tenis. Bagaimana anda menentukan sama ada mereka
sebenarnya belajar apa yang anda ajar? Apa yang anda akan lihat untuk menilai
kemajuan mereka dalam pembelajaran kemahiran servis? Bagaimana anda boleh
yakin bahawa apa yang anda perhatikan adalah hasil daripada pembelajaran dan
bukan kerana nasib?

Melalui latihan yang berterusan, pelajar tersebut akan menguasai kemahiran
servis dengan lebih baik dan akan mengekalkan prestasi lakuannya. Perubahan
prestasi lakuan ini akan membolehkan anda membuat kesimpulan bahawa
pembelajaran kemahiran servis telah berlaku.

Bidang kawalan motor mempunyai hubungan yang rapat dengan pembelajaran
motor manakala bidang kajian kawalan motor adalah disiplin ilmu sains lakuan
motor manusia mengenai mekanisme kawalan pada sistem biologi (manusia)
yang berperanan dalam pengawalan postur dan penghasilan pergerakan (yang
berfungsi).

Tahukah anda apakah kajian kawalan motor?



Bagaimana pula dengan kawalan motor?



Pemahaman prinsip kawalan motor adalah perlu untuk pengajaran sesuatu
kemahiran motor. Dengan pengetahuan serta pemahaman prinsip bagaimana
kemahiran motor dipelajari serta pengawalan pergerakan motor, anda sebagai
pendidik pendidikan jasmani dapat merancang dan melaksanakan satu sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Kawalan motor memberi tumpuan pada aspek neural, fizikal dan tingkah
laku yang menjadi asas pergerakan manusia.
Coker (2004)
Kajian kawalan motor merupakan kajian kesan faktor neurofisiologi ke atas
pergerakan manusia.
Schmidt (1999)
Pembelajaran kemahiran pergerakan adalah merujuk kepada prestasi
perlakuannya.
Bucher (1987)
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
6
Pembelajaran motor dan kawalan motor adalah bidang pengajian berkaitan
dengan bagaimana otak merangsangkan pergerakan otot yang kompleks.
Pengetahuan dalam bidang pembelajaran motor dan kawalan motor dapat
membantu kita mempelajari pergerakan yang kompleks dengan lebih berkesan.
Melalui latihan berterusan, sesuatu kemahiran motor dapat dilakukan secara
efisien. Rajah 1.2 berikut menerangkan hubungan antara pembelajaran motor
dan kawalan motor untuk menghasilkan tingkah laku motor.


Rajah 1.2: Bidang tingkah laku motor dan subbidangnya

Berikut adalah pandangan Kluka:



Ia kadangkala sukar bagi kita membezakan antara tingkah laku motor yang
mana dianggap pembelajaran motor dan kawalan motor.



Namun, menurut Kluka (1998), pembelajaran motor dan kawalan motor
merupakan satu proses yang dinamik.
SEMAK KENDIRI 1.1
1. Apakah perbezaan antara bidang kajian pembelajaran motor dengan
kawalan motor?
2. Bagaimana kedua bidang ini dapat membantu anda dalam
pengajaran kemahiran motor? Huraikan
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

7

PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN
NEUROFISIOLOGI
Persoalan bagaimanakah pengetahuan dan maklumat pergerakan boleh
diperoleh sering menjadi tanda tanya kepada para pendidik jasmani. Oleh itu,
pengetahuan serta pemahaman tentang peranan psikologi dan neurofisiologi
dalam menghasilkan pergerakan adalah penting.

Tahukah anda apakah pendekatan psikologi?



Apakah pula pendekatan neurofisiologi?



Kedua-dua pendekatan ini adalah saling berkaitan dalam memahami bagaimana
sesuatu kemahiran motor dipelajari dan dikawal. Rajah 1.3 menunjukkan
bagaimana kedua-dua pendekatan ini memainkan peranan dalam proses
pembelajaran serta kawalan motor.

1.2
Pendekatan psikologi adalah satu pendekatan kajian mengenai faktor psikologi
seperti bagaimana maklumat diproses, memori dan tumpuan memainkan
peranannya dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
Pendekatan neurofisiologi adalah satu pendekatan kajian mengenai
bagaimana otak dan sistem saraf pusat berfungsi. Ia juga cuba menjelaskan
bagaimana keduanya mengawal penguncupan otot yang mengerakkan
anggota tubuh badan berkenaan.
Setelah anda membaca dua jenis definisi pembelajaran motor,
bagaimana anda mendefinisikan pembelajaran motor mengikut
pandangan anda?
AKTIVITI 1.1
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
8

Rajah 1.3: Perkaitan antara psikologi dan neurofisiologi dalam pembelajaran motor
1.2.1 Pendekatan Psikologi
Proses berlakunya sesuatu tingkah laku merupakan satu proses yang kompleks.
Untuk memahami bagaimana proses ini berlaku, model fisiologikal psikologi akan
digunakan. Bagi memudahkan kefahaman model ini, marilah kita lihat terlebih
dahulu dua model ringkas yang menunjukkan bagaimana fungsi asas dan
komponen neurofisiologi tingkah laku motor seperti dipaparkan dalam Jadual 1.2
berikut.

Jadual 1.2: Penerangan bagi Fungsi Asas Komponen Neurofisiologi Tingkah Laku Motor
Fungsi Penerangan
Input Segala maklumat atau rangsangan yang diterima oleh seseorang
individu
Membuat
keputusan
Proses mengintegrasikan serta penterjemahan input dan
menentukan respons yang perlu dilakukan terhadap rangsangan
Output Respons atau tingkah laku dalam bentuk pergerakan
Maklum balas Maklumat yang diterima semasa atau selepas sesuatu pergerakan
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

9
1.2.2 Pendekatan Neurofisiologi
Daripada model ringkas dalam Rajah 1.3, kita boleh melihatnya dari sudut
mekanisme neurofisiologi yang berkaitan komponen tersebut. Rajah 1.4 berikut
menunjukkan mekanisme neurofisiologi asas untuk tingkah laku motor.

Rajah 1.4 Asas mekanisme neurofisiologi untuk tingkah laku motor

Input diterima melalui organ deria. Otak dan saraf tunjang berfungsi untuk
membuat keputusan dan output diselaraskan oleh otot dan sistem kelenjar.
Maklum balas pula diselaraskan oleh pelbagai organ deria. Maklumat bergerak
dari satu tempat ke tempat lain melalui transmisi neural.
1.2.3 Model Fisiologikal Psikologi
Proses neurofisiologi dan psikologi memerlukan pengetahuan serta pemahaman
struktur sistem saraf dan aktiviti psikologi. Model fisiologikal psikologi dalam
Rajah 1.5 berikut menggambarkan bagaimana struktur sistem saraf serta psikologi
memainkan peranannya dalam pembelajaran serta pengekalan sesuatu kemahiran
motor.


Rajah 1.5: Model fisiologikal psikologi
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
10

PERSPEKTIF KLASIK DAN MODEN DALAM
KAWALAN MOTOR
Kajian pembelajaran motor dan kawalan motor telah bermula sejak abad ke-19 lagi.



Dalam pengkajian awal, pembelajaran dan pergerakan adalah daripada dua
bidang kajian yang berasingan iaitu:
(a) Neurofisiologi: Memberi tumpuan kepada proses neural dan ia berkaitan
dengan pergerakan.
(b) Psikologi: Menumpukan kepada kemahiran motor prestasi tinggi dengan
pengasingan daripada mekanisme neurologikal yang terlibat.
Namun, pada akhir 1970, kedua-dua bidang ini telah mula disalingkaitkan
antara satu sama lain dalam kajian pembelajaran dan kawalan sesuatu
kemahiran motor.
1.3.1 Bagaimana Pembelajaran Diperoleh?
Ahli psikologi telah cuba sedaya upaya untuk menjelaskan fenomena bagaimana
pembelajaran diperoleh dan berlaku. Semenjak berkembangnya bidang ini,
ramai ahli teori telah cuba menjawab persoalan bagaimana proses pembelajaran
berlaku. Secara umumnya, ahli teori ini dapat dikategorikan kepada tiga mazhab
(lihat Rajah 1.6):

1.3
Donders, seorang saintis Belanda telah mengkaji tentang kaitan proses
kognitif dengan masa reaksi dalam pembelajaran motor.
SEMAK KENDIRI 1.2
Jelaskan secara ringkas perkaitan antara pendekatan neurofisiologi dan
pembelajaran motor.
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

11

Rajah 1.6: Tiga mazhab ahli teori

(a) Mazhab yang menyokong teori perkaitan (connectionist theories)
Secara umumnya, teori perkaitan atau behavioris berpendapat bahawa
pembelajaran merangkumi pelajar memahami satu perkaitan antara satu
rangsangan dan satu respons atau tindak balas. Ahli teori mazhab ini
menumpukan kajiannya kepada bagaimana perkaitan antara satu peristiwa
atau rangsangan dan pembentukkan tingkah laku.

Ahli teori yang popular dalam mazhab ini adalah seperti:
(i) Pavlov;
(ii) Thorndike;
(iii) Guthrie;
(iv) Hull; dan
(v) Skinner.

(b) Mazhab yang merupakan penyokong teori kognitif
Ahli psikologi yang menyokong mazhab ini percaya bahawa perbezaan
dalam persepsi, kepercayaan, sikap dan kesedaran seseorang manusia itu
yang akan menentukan tingkah lakunya. Pembelajaran telah berlaku
sekiranya terdapat perubahan dalam kesedaran melalui pengalaman
seseorang individu.

Prinsip asas dalam mazhab kognitif ini adalah dipelopori oleh ahli
psikologi Gestalt seperti:
(i) Koffa; dan
(ii) Kohler.
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
12
(c) Mazhab yang terdiri daripada penyokong teori mesin manusia (human
machine theories)
Teori ini adalah berasaskan kepada bagaimana sistem saraf dibentuk.
Dalam membentuk teori ini, penyokong mazhab ini telah melakukan
analogi antara manusia dengan mesin iaitu komputer.

Mereka membuat kesimpulan bahawa sistem saraf manusia akan terlibat
dengan elemen seperti:
(i) Input;
(ii) Transmisi;
(iii) Pemprosesan;
(iv) Output; dan
(v) Maklum balas.

Mereka berpendapat bahawa pembelajaran seperti pembelajaran motor
bukanlah hasil daripada peningkatan atau pengukuhan proses rangsangan-
tindak balas seperti yang dikemukakan oleh ahli teori mazhab behavioris.

Sebaliknya mereka percaya bahawa pembelajaran melalui hasil daripada
input, pemprosesan maklumat daripada input dengan baik dan maklum
balas adalah lebih berkesan. Melalui proses seperti ini, hasilnya dapat
dikenal pasti dengan lebih jelas, sama ada positif atau negatif, kesilapan
lebih mudah dikesan dan dibetulkan. Dengan itu pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan.

Teori mesin manusia merangkumi:
(i) Teori sibernetik;
(ii) Teori informasi; dan
(iii) Teori maklum balas.

Sejak kebelakangan ini, pengkaji pembelajaran motor telah menjuruskan kajian
kepada proses dan mekanisme di mana kemahiran motor dan kawalan motor
dipelajari. Pendekatan pemprosesan maklumat telah digunakan untuk
menjelaskan penguasaan kemahiran dan perlakuan motor.

TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

13

1.3.2 Pendekatan Klasik dalam Kawalan Motor
Siapakah yang memperkenalkan pendekatan klasik dalam kawalan motor?



Melalui pendekatan ini, teori refleks telah diperkenalkan.



Sekiranya tiada refleks pada peringkat paling primitif (rendah), maka tiada
pergerakan yang akan dihasilkan. Dengan kata lain, sekiranya peringkat sensori
tidak memainkan peranan atau aktif semasa menerima rangsangan dan
maklumat tidak dihantar ke peringkat saraf yang paling tinggi (saraf pusat),
maka saraf pusat tidak dapat memproses maklumat dan seterusnya memberikan
arahan untuk penghasilan lakuan motor.
1.3.3 Pendekatan Moden dalam Kawalan Motor
Pendekatan moden yang dikemukakan oleh Bernstein pada tahun 1967, berbeza
daripada teori hiraki dengan dua cara:
(a) Menetapkan semula peranan bagi persekitaran sebagai sumber penting
maklumat; dan
(b) Bagaimana tindakan yang sebenarnya dihasilkan.

Pendekatan klasik diperkenalkan oleh Sherinton (1907) yang menjelaskan
bahawa mekanisme kawalan motor dilihat dalam konteks fisiologi gerak
balas, di mana pergerakan hanya aktiviti saraf dan tindak balas dalam sistem
biologi.
Menurut teori refleks, refleks adalah sebagai unit gerak balas dalam sistem
saraf kerana lakuan motor yang terhasil adalah daripada rangkaian refleks
secara bersiri dan aktiviti refleks mempunyai hiraki.
SEMAK KENDIRI 1.3
Senaraikan perbezaan pendapat tiga mazhab berkaitan dengan
bagaimana fenomena proses pembelajaran berlaku.

X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
14


Konsep utama teori ini ialah penghasilan lakuan motor adalah daripada
kecekapan sistem biologi mengawal darjah kebebasan lakuan yang mampu
dihasilkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan darjah kebebasan?



Pergerakan yang efisien memerlukan darjah kebebasan yang minimum. Idea
utama teori ini ialah proses kawalan berlaku pada peringkat periferi dan sistem
pusat hanya bertindak sebagai moderator yang hanya akan bertindak
sekiranya modifikasi lakuan motor perlu dibuat untuk mencapai matlamat
persekitaran (lihat Rajah 1.7).


Rajah 1.7: Pendekatan moden yang menunjukkan perhubungan sistem biologi dan
persekitaran dalam kawalan motor
1.3.4 Model Pemprosesan Maklumat
Model pemprosesan maklumat adalah terdiri daripada empat komponen atau proses,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8 dan diterangkan dalam Jadual 1.3.


Rajah 1.8: Model pemprosesan maklumat
Pendekatan ini telah memperkenalkan teori sistem dinamik (dynamic theory
system). Menurut teori ini, lakuan motor yang terhasil daripada interaksi
sistem biologi dengan persekitaran.
Darjah kebebasan ialah keupayaan sistem tubuh menghasilkan pergerakan
dalam pelbagai cara secara lancar dengan merujuk kepada organisasi sistem
sendi dan otot.
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

15
Jadual 1.3: Empat Komponen Model Pemprosesan Maklumat
Komponen Deskripsi
Input Proses pengumpulan maklumat daripada persekitaran
Membuat
keputusan
Maklumat ini ditransmisikan ke sistem saraf pusat
Output Respons atau tindak balas adalah output
Maklum
balas
Maklumat prestasi perlakuan. Maklumat ini boleh digunakan sebagai
input untuk perlakuan kemahiran berikutnya. Pengetahuan serta
pengalaman daripada maklum balas boleh digunakan untuk
memperbaiki proses membuat keputusan untuk menghasilkan output
yang lebih berkualiti

Sebagai contoh untuk menjelaskan pendekatan ini, katakan anda sedang bermain
bola sepak. Anda sedang menguasai bola dalam jarak jaringan gol. Adakah anda
terus mengelecek bola itu, menghantar kepada rakan sepasukan atau terus
melakukan sepakan ke gawang?

Untuk membuat pilihan, anda harus terlebih dahulu mendapatkan maklumat
tentang kedudukan anda di padang, kedudukan rakan sepasukan dan pemain
pasukan lawan serta jarak anda dengan penjaga gawang pihak lawan. Maklumat
ini merupakan input. Berikutnya, sebagai sebahagian daripada proses membuat
keputusan, anda perlu menganalisis dan mentafsir maklumat ini dengan
merujuk kepada pengalaman lepas anda, khususnya dalam situasi lampau yang
sama dengan situasi sekarang.

Berdasarkan analisis dan penilaian, anda mesti membuat pilihan respons.
Keputusan anda akan dipengaruhi juga oleh kejayaan anda dan rakan sepasukan
anda dalam situasi lampau yang sama. Setelah pilihan dibuat, maka anda akan
sama ada menggelecek, menghantar atau melakukan jaringan. Akhirnya semasa
dan ketika respons dilakukan, anda akan menerima maklum balas atas prestasi
respons atau lakuan anda.


AKTIVITI 1.2
Bagaimanakah perspektif klasik dan moden dalam kawalan motor
menyumbang kepada bidang pembelajaran motor? Bincangkan.
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
16
TEORI KAWALAN MOTOR
Mari kita lihat pendapat berkenaan teori kawalan motor.



Sheridan (1984) telah menyarankan bahawa penjelasan dalam teori kawalan
motor perlu mengambil kira empat kriteria kemahiran pergerakan seperti
berikut (lihat Rajah 1.10):
(a) Fleksibiliti pergerakan;
(b) Keunikan pergerakan;
(c) Ketekalan pergerakan; dan
(d) Modifikasi pergerakan.

Rajah 1.9: Empat kriteria kemahiran pergerakan dalam teori kawalan motor
Sumber: Kluka (1999)
Pengetahuan tentang teori kawalan motor memerlukan kita memahami
terlebih dahulu ciri-ciri teori ini.
Kluka (1999)
1.4
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

17

1.4.1 Teori Refleks
Apakah maksud teori refleks?








Sherrington seorang pakar neurofisiologi (1906) serta Thorndike (1927) dan
Skinner (1938) pakar psikologi tingkah laku berpendapat bahawa pergerakan
adalah dikawal oleh refleks. Oleh itu, setiap pergerakan adalah hasil gabungan
satu siri refleks untuk menghasilkan satu reaksi.

Refleks di bahagian saraf tunjang dirangsang oleh reseptor sensori; maklumat
persekitaran dikumpulkan supaya otot akan dirangsang untuk bertindak (Rajah 1.10).


Rajah 1.10: Proses refleks
Sumber: http://en.wikivet.net

Ahli behavioris seperti Thorndike dan Skinner telah menumpukan kajian mereka
ke atas pemerhatian tingkah laku. Mereka berpendapat bahawa refleks akan
Teori refleks ialah teori yang cuba untuk menerangkan tingkah laku motor
yang boleh diperhatikan.
SEMAK KENDIRI 1.4
Mengikut Sheridan, teori pembelajaran motor harus mengambil kira
empat kriteria kemahiran pergerakan. Apakah kriteria yang
dimaksudkan?
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
18
bergabung bersama untuk menghasilkan satu perlakuan yang dapat
diperhatikan.

Mereka juga percaya bahawa pembentukkan tabiat melalui proses pelaziman
adalah kunci kepada kawalan motor. Ini adalah kerana sesuatu tindak balas yang
wujud secara semula jadi pada peringkat refleks boleh dikaitkan kepada satu
rangsangan yang boleh memperoleh tindak balas hasil daripada latihan. Kajian
Pavlov telah berjaya menghubungkaitkan rangsangan bunyi loceng dengan
tindak balas air liur anjing


1.4.2 Teori Klasik
Teori klasik yang banyak mempengaruhi pembelajaran tingkah laku adalah teori
pembelajaran behaviorisme atau sering dikenali juga sebagai teori pembelajaran
tingkah laku yang dipelopori oleh ahli psikologi seperti (lihat Rajah 1.11):
(a) Ivan Pavlov;
(b) B. F. Skinner; dan
(c) Edward Lee Thorndike.


Rajah 1.11: Tiga teori pembelajaran tingkah laku klasik
AKTIVITI 1.3
Mengikut teori refleks, bagaimanakah sesuatu pergerakan berlaku?
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

19
Ahli psikologi yang menyokong teori behaviorisme berpendapat bahawa
pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang
individu yang disebabkan oleh pengalaman. Teori ini menumpukan perhatian ke
atas aspek tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur. Mereka amat
berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan.

Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan:
(a) Pemikiran idea;
(b) Impian; dan
(c) Imej mental.

Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut
mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu diulangi, maka kita hanya perlu
mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika hendak menghentikan
atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita boleh menghukum atau
menghentikan ganjarannya.

(a) Teori pelaziman klasik Pavlov
Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak
balas adalah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu
rangsangan. Rangsangan pula ialah apa sahaja bentuk tenaga yang
menimbulkan gerak balas. Contohnya, apabila guru masuk ke kelas, murid
akan bangun dengan cepat dan memberi salam. Kemunculan guru itu
adalah rangsangan, manakala tindakan berdiri dan memberi salam itu ialah
gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh
berlaku jika ada perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas.
Rangsangan itu boleh juga dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain
untuk mendatangkan pembelajaran.

Jadi, apakah pelaziman klasik?



Contohnya, seorang guru mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Dalam contoh ini, terdapat dua
rangsangan iaitu suasana pengajaran dan pembelajaran, dan satu lagi ialah
aspek emosi iaitu seronok dan gembira. Jadi, pelajar mengaitkan satu
rangsangan (suasana pembelajaran) dengan satu lagi rangsangan lain
Pembelajaran akibat perkaitan dua rangsangan ini dikenali sebagai
pelaziman klasik.
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
20
(suasana seronok). Mari kita lihat Rajah 1.12 berkenaan pelaziman klasik
Pavlov.


Rajah 1.12: Pelaziman klasik Pavlov

Pavlov membunyikan loceng dan memerhati gerak balas anjing. Tiada
gerak balas diperhatikan. Bunyi loceng dikenali sebagai rangsangan
terlazim kerana ia digunakan untuk melazimkan gerak balas air liur.
(i) Bila makanan ditunjukkan, diperhatikan anjing akan mengeluarkan
air liur, ia dikenali sebagai gerak balas tidak terlazim;
(ii) Dalam proses pelaziman Pavlov, loceng dibunyikan dan makanan
ditunjukkan secara serentak, anjing mengeluarkan air liur dan proses
ini diulang beberapa kali; dan
(iii) Selepas proses pelaziman, Pavlov hanya membunyikan loceng
(rangsangan terlazim) dan diperhatikan anjing akan mengeluarkan
air liur (gerak balas terlazim).

TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

21
Prinsip asas teori pelaziman klasik Pavlov ialah sesuatu rangsangan yang
berkaitan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran.
Apakah maksud pelaziman?



Konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui
pelaziman klasik adalah seperti berikut (lihat Rajah 1.13):


Rajah 1.13: Teori pelaziman klasik Pavlov

(i) Generalisasi
Rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
Misalnya, Razak risau setiap kali ujian kecergasan jasmani dan ujian
pendidikan kesihatan diadakan kerana dia tidak menyukai
kecergasan jasmani dan menganggap kedua-dua mata pelajaran
tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan
dalam mata pelajaran ini telah digeneralisasikan kepada satu mata
pelajaran yang lain.

(ii) Diskriminasi
Ianya berlaku apabila bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan
yang tertentu sahaja. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pavlov
terhadap anjing, didapati bahawa anjing hanya bertindak balas pada
bunyi loceng sahaja dan tidak akan bertindak balas selain daripada
bunyi loceng. Contohnya, sekiranya Ong risau setiap kali mengambil
ujian kecergasan fizikal, dia tidak akan risau mengambil ujian
matematik kerana matematik tidak ada kaitan dengan ujian ini.

(iii) Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim tidak sesuai
dengan rangsangan tidak terlazim. Contohnya, bunyi loceng
Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara dua rangsangan
dipanggil pelaziman.
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
22
dibunyikan dua kali biasanya menandakan waktu rehat tetapi guru
melarang murid keluar ke kantin hampir seminggu. Akibatnya,
selepas itu apabila bunyi loceng berbunyi dua kali, murid tidak akan
beranggapan itu adalah tandanya masa rehat.

(b) Teori Pelaziman Operan Thorndike
E. L. Thorndike memperkenalkan pembelajaran yang wujud hasil daripada
gerak balas cuba jaya dan pengulangan. Dalam eksperimen Thorndike
(rujuk Rajah 1.14) yang mana seekor kucing yang lapar diletakkan di dalam
sangkar dan kucing itu telah mencuba untuk membuka selak sangkar
sebelum berjaya keluar dan makan makanan yang diletakkan di luar
sangkar.


Rajah 1.14: Pelaziman Operan Thorndike

Hasil daripada eksperimen itu, Thorndike berpendapat bahawa
pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara rangsangan dan gerak
balas. Beliau juga menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh
tiga hukum yang utama (rujuk Rajah 1.15).


Rajah 1.15: Teori Pelaziman Operan Thorndike
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

23
(i) Hukum kesediaan
Apakah yang dimaksudkan kesediaan?



Apabila seseorang itu telah bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan, maka tindakannya itu dapat memberikan kepuasan
kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan
perasaan dukacita dan kalau terpaksa melakukannya, akan
menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.

Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu:
x Kesediaan psikomotor;
x Kesediaan afektif; dan
x Kesediaan kognitif.

(ii) Hukum latihan
Menurut hukum ini pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, jika latihan (iaitu
tindakan berulang-ulang) tidak dijalankan, maka perhubungan antara
rangsangan dan gerak balas akan semakin lemah.

(iii) Hukum kesan
Hukum kesan menyatakan bahawa hubungan antara rangsangan dan
gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Kesan yang
menyakitkan pula akan melemahkan hubungan antara rangsangan
dan gerak balas.

(c) Teori Pelaziman Operan Skinner
Teori B. F. Skinner merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan
rangsangan dan gerak balas. Skinner banyak menjalankan kajian dengan
menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah
menghasilkan "skinner box" di mana tingkah laku binatang di dalam kotak
tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan diukur
(lihat Rajah 1.16).

Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang
perlu ada sebelum individu itu dapat bertindak.
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
24

Rajah 1.16: Pelaziman Operan Skinner

Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut
Skinner (1953) dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh
diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan
peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner (rujuk
Rajah 1.17). Mari kita pelajarinya dengan lebih mendalam.


Rajah 1.17: Teori pelaziman Klasik Skinner
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

25
(i) Peneguhan positif
Peneguhan positif adalah sesuatu ganjaran akan diberikan setelah
perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi
atau diperkuatkan lagi. Dengan adanya ganjaran seperti puji-pujian
akan menyebabkan apa yang dipelajari oleh seseorang itu lebih
diingati dan diminati.

(ii) Peneguhan negatif
Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang menyakitkan
atau tidak selesa yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan dan akibatnya tingkah laku yang diingini pula akan
dilakukan dan diulangi. Contohnya, pelajar tidak menyiapkan tugasan
tepat pada waktunya, lalu guru menegur pelajar. Akibatnya pelajar
akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya.

(iii) Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
Dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan
dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

(iv) Prinsip premack
Ia adalah suatu perlakuan yang mengaitkan aktiviti yang kurang
diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan
tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Dengan ini
pembelajaran seseorang itu akan menjadi lebih berkesan.

(v) Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan
lupus dengan sendirinya. Perlakuan yang ingin dilupuskan adalah
proses yang mengambil sedikit masa.

X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
26



1.4.3 Teori Sistem Dinamik
Teori sistem dinamik juga dikenali sebagai:
(a) Teori ekologi; atau
(b) Teori sistem aksi.

Teori ini menekankan perhubungan dinamik antara individu dengan
persekitaran.

Menurut teori sistem dinamik, persekitaran adalah sumber di mana maklumat
yang diperlukan untuk melakukan pergerakan dikumpulkan. Semua maklumat
yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pergerakan boleh didapati daripada
persekitaran dan boleh dilihat oleh individu.
1. Bagi merehatkan minda anda seketika, anda digalakkan ke
laman web berikut:
http://nobelprize.org/educational_games/medicine/pavlov
Di dalam laman wen ini, klik hiperlink Play the Povlov's Dog
Game. Teori pelaziman klasik Povlov ini diterangkan menerusi
kaedah permainan.
3. Apakah prinsip asas dalam teori pelaziman klasik Pavlov?
4. Bagaimanakah konsep asas proses pengajaran dan pembelajaran
melalui pelaziman klasik Pavlov dapat diaplikasikan dalam
pengajaran kemahiran motor?
AKTIVITI 1.4
SEMAK KENDIRI 1.5
1. Menurut Thorndike, pembelajaran manusia dikawal oleh tiga
hukum. Huraikan secara ringkas bagaimana hukum-hukum ini
mempengaruhi pembelajaran.

2. Terdapat lima proses dalam teori pelaziman operan Skinner.
Jelaskan bagaimana proses-proses ini berlaku.
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

27
Pakar-pakar (Bernstein, 1967; Gibson, 1996; Kelso dan Tuller, 1984; Kugler dan
Turvey, 1987; dan Reed, 1982) berpendapat, terdapat integrasi atau interaksi
sistem seperti biologikal, muskular, skeletal, kardiorespiratori secara langsung
berfungsi untuk memenuhi kehendak persekitaran (lihat Rajah 1.18).


Rajah 1.18: Teori sistem dinamik

Sebagai contoh, jika individu bercadang untuk membaling bola ke satu sasaran
sejauh 10 meter, otot serta sendi bahagian tubuh akan berfungsi bersama untuk
mencapai matlamatnya iaitu membaling bola ke sasaran sejauh 10 meter. Topik
ini akan kita bincang lebih lanjut lagi di Topik 7 nanti.



KRITERIA PERGERAKAN MANUSIA

Tahukah anda apakah kriteria pergerakan manusia?


1.5
Sheridan (1984) telah menyenaraikan empat kriteria kemahiran pergerakan
manusia iaitu fleksibiliti, keunikan, ketekalan dan modifikasi.
AKTIVITI 1.5
Bagaimana persekitaran memainkan peranannya dalam proses
pembelajaran mengikut sistem teori dinamik? Huraikan.
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
28
1.5.1 Fleksibiliti Pergerakan
Fleksibiliti pergerakan mengikut Sheridan, tidak ada kaitan dengan julat
pergerakan sendi tetapi dilihat dari segi kebolehan seseorang menyempurnakan
sesuatu tugasan atau perlakuan dengan menggunakan pelbagai sumber
muskuloskeletal.

Contohnya, untuk melepaskan bola takraw melepasi jaring, seorang pemain
akan menggunakan bahagian kepala, bahu, siku atau paha untuk melepaskan
bola ke sebelah jaring pihak lawannya. Maksud fleksibiliti pergerakan di sini
adalah pemain dapat bertindak untuk menyempurnakan satu matlamat yang
sama iaitu melepaskan bola ke gelanggang pihak lawannya dengan pilihan yang
terhad. Setiap pergerakan kemahiran tersebut mempunyai tahap pergerakan
darjah kebebasan (degree of freedom) tertentu. Darjah kebebasan adalah
merujuk kepada bilangan kebarangkalian yang ada dalam situasi berkenaan
untuk melaksanakan pergerakan berkenaan.
1.5.2 Keunikan Pergerakan
Penambahan bilangan angkubah berlaku apabila:
(a) Individu sedang dalam keadaan bergerak dan objek pula adalah tidak
bergerak atau berkedudukan tetap;
(b) Objek tidak bergerak dan individu itu bergerak; atau
(c) Kedua-dua individu dan objek adalah bergerak.

Dengan sebab itu, melakukan pergerakan indentikal adalah mustahil.
Contohnya, rakaman pita dalam acara lempar cakera, rejam lembing atau
layangan bola rejaman dalam permainan bola tampar, walaupun apabila
dianalisis dalam gerak perlahan, tidak ada satu pun layangan yang mempunyai
pergerakan layangan yang sama.
1.5.3 Ketekalan Pergerakan
Ketekalan pergerakan adalah merujuk kepada di mana (faktor ruang) dan
bila (faktor masa) pergerakan yang mempunyai ciri kesamaan antara satu
pergerakan dengan pergerakan yang lain. Contohnya, pemain kriket boleh
melakukan pukulan bola dengan mengawal pergerakan dengan faktor masa
iaitu pada bila mengayun bet dan faktor ruang iaitu ke mana arah ayunan
betnya.
TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

29
1.5.4 Modifikasi Pergerakan
Kebolehan individu untuk memodifikasi satu perlakuan pergerakan. Contohnya,
ahli gimnastik mengubah arah sesuatu aksi pergerakan ke pelbagai arah dengan
perubahan kedudukan tangan atau kakinya.

x Pembelajaran motor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman
yang menyebabkan perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal.
x Kawalan motor adalah merujuk kepada bagaimana mekanisme neural dan
proses bagaimana pergerakan dipelajari dan dikawal.
x Pembelajaran motor dan kawalan motor adalah bidang pengajian berkaitan
dengan bagaimana otak merangsangkan pergerakan otot yang kompleks.
x Pendekatan neurofisiologi adalah satu pendekatan kajian mengenai
bagaimana otak dan sistem saraf pusat berfungsi. Ia juga cuba menjelaskan
bagaimana keduanya mengawal penguncupan otot yang menggerakkan
anggota tubuh badan berkenaan.
x Pendekatan psikologi pula adalah satu pendekatan kajian mengenai faktor
psikologi seperti, bagaimana maklumat diproses, memori dan tumpuan
memainkan peranannya dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
x Model pemprosesan maklumat adalah terdiri daripada empat komponen
atau proses iaitu:
Input;
Membuat keputusan;
Output; dan
Maklum balas.
x Sheridan (1984) telah menyarankan bahawa penjelasan dalam teori kawalan
motor perlu mengambil kira empat kriteria kemahiran pergerakan iaitu:
Fleksibiliti;
Keunikan;
X TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA
KAWALAN MOTOR
30
Ketekalan; dan
Modifikasi pergerakan.
x Mengikut teori refleks, setiap pergerakan adalah hasil gabungan satu siri
refleks untuk menghasilkan satu reaksi.
x Menurut teori pelaziman klasik Pavlov pula, setiap rangsangan akan
menimbulkan gerak balas.
x Teori pelaziman operan Thorndike berpendapat pembelajaran boleh wujud
hasil daripada gerak balas cuba jaya dan pengulangan.
x Teori B. F. Skinner merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan
rangsangan dan gerak balas.
x Teori sistem dinamik menekankan perhubungan dinamik antara individu
dengan persekitaran.



Fleksibiliti pergerakan
Kawalan motor
Ketekalan pergerakan
Keunikan pergerakan
Kriteria pergerakan
Model pemprosesan maklumat
Modifikasi pergerakan teori refleks
Neurofisiologi
Pembelajaran motor
Psikologi
Teori kawalan motor
Teori klasik
Teori pelaziman klasik Pavlov
Teori pelaziman operan Skinner
Teori pelaziman operan Thorndike
Teori sistem dinamik
Tingkah laku motor

TOPIK 1 KONSEP DAN PENGENALAN ASAS PEMBELAJARAN MOTOR SERTA W
KAWALAN MOTOR

31

Bucher, C.A. (1987). Management of physical education (9th ed.). St Louis: Times
Mirror or Mosby College.
Coker, C. A. (2004). Motor learning and control for practitioners. New York, NY:
McGraw-Hill.
Drowatzky, J. N. (1981). Motor learning: Principles and practices (2nd. ed.). US:
McMillan.
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. Colorado,
CO: Morton.
Magill, R. A. (2007). Motor learning and control: Concepts and applications (8th.
ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neurophychological approach.
Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd
ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human
Kinetics.