Anda di halaman 1dari 38

X PENGENALAN

Dalam Topik 1 yang lalu, anda diperkenalkan dengan konsep pembelajaran


motor dan kawalan motor. Seterusnya, pada Topik 2 anda diperkenalkan pula
dengan pengelasan kemahiran motor. Namun, pada kali ini anda akan
diperkenalkan pula dengan cara bagaimana untuk mengukur prestasi motor.

Isu bagaimana tingkah laku motor dapat diukur sering menimbulkan soalan
bagaimana satu nilai angka dapat diberikan untuk sesetengah perlakuan yang
berdasarkan kepada pergerakan kualitatif. Oleh itu, satu pendekatan
pengukuran yang saintifik diperlukan untuk mengukur perlakuan sesuatu
kemahiran motor.

Pendekatan pengukuran yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
(a) Keobjektivitian pendekatan;
(b) Kebolehpercayaan pendekatan pengukuran; dan
(c) Kesahan pendekatan.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
3
3

X
Pengukuran
Prestasi Motor
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan empat teknik dalam pengukuran prestasi motor
berasaskan pengukuran psikologi;
2. Membezakan situasi masa reaksi mudah, berpilihan dan
diskriminasi;
3. Menghuraikan empat teknik dalam pengukuran proses tingkah laku;
dan
4. Menyatakan empat teknik pendekatan pengukuran neurologi.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
57
Apakah pembelajaran motor?



Oleh itu, bagaimanakah kita boleh mengukur kebolehan tersebut?

Mengikut Schmidt (2005), dalam bidang perlakuan motor, pengukuran
prestasinya boleh diukur dengan tiga pendekatan iaitu:
(a) Dengan melihat sejauh manakah sesuatu pergerakan berkenaan telah
mencapai matlamatnya. Contohnya, sama ada lakuan berkenaan menepati
sasaran atau matlamatnya. Pendekatan ini mengukur hasil pergerakan
(outcome of movement) berkenaan;
(b) Kita boleh mengukur dari segi proses pergerakan sebenar yang telah
dilakukan oleh seseorang. Pendekatan ini menumpukan kepada
penganalisisan pergerakan itu sendiri; dan
(c) Memerlukan penganalisisan kajian sistem saraf pusat termasuk otak
sebelum, semasa dan selepas penghasilan sesuatu pergerakan. Pendekatan
ini menumpukan kepada aktiviti neural yang terlibat dalam perancangan
dan penghasilan pergerakan yang akan dibincangkan dalam topik yang
berikut nanti.
KAEDAH PENGUKURAN PRESTASI
MOTOR
Pengukuran hasil tindak balas merupakan satu pendekatan pengukuran prestasi
perlakuan yang mengukur hasil perlakuan sesuatu kemahiran motor.
Contohnya, pengukuran jumlah masa yang dicatatkan oleh seorang atlet dalam
acara lari pecut 100 meter.

Menurut Schmidt (2005), pengukuran hasil dapat menunjukkan ciri-ciri hasil
pergerakan kita. Ia melibatkan pengukuran dari aspek seperti dalam Jadual 3.1
berikut.

3.1
Pembelajaran motor merupakan satu set proses yang mengubah kebolehan
tindak balas seseorang.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
58
Jadual 3.1: Pengukuran Prestasi Motor
Aspek Pengukuran Contoh
Masa Berapa lamakah diperlukan oleh seseorang untuk
melakukan pergerakan berkenaan?
Jarak Berapa jarak individu itu telah bergerak?
Kekerapan Berapa kalikah bilangan cubaan yang berjaya?
Ketepatan Berapakah jarak dari sasaran?
Konsistensi Berapakah peratusan percubaan yang mengenai sasaran?
Sumber: Schmidt (2005)

Mengikut Magill (2003), pengukuran hasil tidak mengukur tingkah laku anggota
badan atau tubuh badan yang terlibat dalam penghasilan perlakuan yang
ditunjukkan. Ia juga tidak memberi sebarang maklumat tentang aktiviti pelbagai
otot yang terlibat dalam setiap aksi.

Menurut beliau, untuk mendapat maklumat ini, kita perlu menggunakan
pendekatan pengukuran penghasilan perlakuan (performance production
measures) yang akan dibincangkan kemudian (lihat Jadual 3.2).

Jadual 3.2: Dua Kategori Pengukuran Perlakuan Kemahiran Motor
Kategori Contoh Pengukuran Contoh Pengukuran
Pengukuran
hasil tindak
balas
Masa untuk menyiapkan
respons, contohnya, saat,
minit, jam
Jumlah masa untuk berlari satu
batu atau menaip sepatah
perkataan
Masa reaksi (RT), contohnya,
saat, milisaat
Masa antara pistol permulaan dan
permulaan pergerakan
Jumlah kesilapan perlakuan
dalam pergerakan kriterion,
contohnya, AE, CE, VE
Beberapa sm dari sasaran dalam
menghasilkan semula kedudukan
kriterion anggota badan
Bilangan peratusan kesilapan Bilangan lontaran bebas yang
terlepas
Bilangan percubaan berjaya Bilangan berapa kali beg kekacang
memukul sasaran
Masa mula atau akhir sasaran Nombor saat (stylus) dalam
hubungan dengan sasaran pada
rotor
Masa mula atau akhir baki Bilangan saat pegun di stork stance
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
59
Jarak Ketinggian lompatan menegak
Percubaan sehingga berjaya Bilangan percubaan yang
diperlukan sehingga mendapat
respons yang betul
Pengukuran
penghasilan
perlakuan
Lokasi atau pemindahan Jarak anggota badan yang dilalui
semasa melakukan aksi
Halaju Kelajuan anggota badan bergerak
semasa melakukan aksi
Pecutan Corak pecutan atau nyah pecutan
semasa bergerak
Sudut sendi (joint angle) Impak setiap sudut sendi lengan
semasa memukul bola
Tork sendi (joint tork) Net tork sendi bagi sendi lutut
apabila berlepas untuk melompat
menegak
Electromyography (EMG) Masa di mana bisep mula memecut
semasa pergerakan akhiran yang
pesat
Electroencephalogram (EEG) Korteks otak corak pengaktifan
sambil menembak anak panah
dalam memanah
Sumber: Magill (2003)
3.1.1 Kronometri (Aturan Masa dan Jangka Masa):
Masa Reaksi Mudah, Berpilihan, Diskriminasi
dan Pecahan
Apakah maksud kronometri?



Pendekatan kronometri mengikut Schmidt, lebih menumpukan kepada faktor
masa reaksi di mana pengukuran utama dalam tingkah laku individu adalah
pada masa pengantaraan kehadiran rangsangan dan permulaan tindak balas.

Pengukuran yang biasa digunakan untuk menunjukkan berapa lama seseorang
itu ambil untuk membuat persediaan dan memulakan sesuatu pergerakan ialah
masa tindak balas (reaction time atau RT).
Kronometri merupakan pendekatan pengukuran masa yang tepat.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
60
Apakah pula masa tindak balas?



Masa tindak balas tidak termasuk sebarang pergerakan berkaitan dengan aksi. Ia
cuma merupakan masa sebelum sesuatu pergerakan. Contohnya, dalam acara
larian pecut 100 meter, tempoh masa antara bunyi tembakan pistol dengan
mulanya peserta lepas daripada blok permulaan adalah merupakan masa tindak
balas. Oleh itu, jika tempoh masa yang diambil oleh seseorang peserta lari pecut
itu adalah singkat, maka ia telah memulakan lariannya dengan baik.

Mengikut Schmidt, masa tindak balas juga merupakan masa yang diambil oleh
seseorang untuk membuat sesuatu keputusan dan permulaan sesuatu
pergerakan.

Tahukah anda apa maksud masa pra-motor?



Contohnya, semasa melakukan fleksi bisep, otot bisep brachii bertindak sebagai
otot agonis utama semasa fasa pergerakan fleksi. Sementara otot trisep brachii
adalah berfungsi sebagai otot utama agonis semasa fasa ekstensi.

Bagaimana pula dengan maksud masa motor?



Mari kita lihat pendapat tentang masa tindak balas.



Pengukuran pergerakan manusia yang paling popular adalah masa tindak
balas.
Kluka (1999)
Masa tindak balas merupakan masa antara rangsangan yang menandakan
perlunya aksi dan mulanya sesuatu aksi.
Masa pra-motor adalah tempoh masa dari isyarat rangsangan diberikan dan
merupakan rakaman pertama perubahan aktiviti elektrikal dalam pergerakan
otot utama agonis.
Masa motor adalah bermula apabila rakaman perubahan pertama aktiviti
elektrikal otot agonis utama bermula dan berakhir apabila pergerakan
bermula.
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
61
Masa tindak balas seseorang individu merupakan faktor penting dalam beberapa
jenis sukan terutamanya dalam sukan berkemahiran terbuka seperti tinju dan
lawan pedang. Oleh kerana masa tindak balas merupakan komponen asas
kepada kebanyakan kemahiran, maka masa ini telah kerap digunakan sebagai
penunjuk kepantasan pemprosesan maklumat.

Rangsangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti, cahaya, bunyi pembaz
(buzzer) dan perkataan yang dapat merangsangkan deria sensori seperti
penglihatan, pendengaran atau sentuhan.

Bagaimanakah kita hendak mengukur masa reaksi dengan tepat?



Isyarat amaran yang digunakan adalah untuk membolehkan pelaku membuat
persediaan sebelum isyarat rangsangan. Isyarat rangsangan pula bertujuan
membolehkan pelaku tahu bila perlu mula bertindak balas.

Tindak balas boleh dilakukan dalam apa sekali pun bentuk aksi. Contohnya,
pelaku mungkin cuma menekan butang dengan jarinya atau menggerakkan
tangan, kaki atau keseluruhan tubuh badan. Masa tindak balas menunjukkan
tempoh masa antara rangsangan dengan tindak balas.

Masa tindak balas terdiri daripada tiga jenis sepertimana dipaparkan dalam
Jadual 3.3 berikut.

Jadual 3.3: Tiga Jenis Masa Tindak Balas
Masa Tindak Balas Deskripsi
Masa Reaksi Mudah
(Simple Reaction
Time SRT)
x Masa reaksi di mana situasi yang melibatkan hanya satu
isyarat atau rangsangan dan satu respons sahaja diperlukan.
x Contohnya, tindak balas terhadap bunyi pistol dalam acara
100 meter lari pecut merupakan contoh masa reaksi. Ini
kearana ia cuma mempunyai satu kemungkinan reaksi
kepada satu rangsangan sahaja
Masa Tindak Balas
Pilihan (Choice
Reaction Time
CRT)
x Masa reaksi di mana situasi yang melibatkan lebih daripada
satu isyarat atau rangsangan dan setiap isyarat atau
rangsangan mempunyai respons yang spesifik.
x Dalam kemahiran memukul besbol atau sofbol, telah sedia
maklum oleh jurulatih atau pemain apabila situasi tertentu
wujud, maka tindak balas tertentu diperlukan. Jenis masa
Mengikut Magill, untuk mengukur masa reaksi dengan tepat, sesuatu isyarat
amaran perlu diberikan sebelum isyarat rangsangan.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
62
reaksi ini adalah dirujuk sebagai masa reaksi pilihan. Ini
adalah disebabkan pemukul mempunyai lebih daripada
satu isyarat untuk bertindak balas serta setiap isyarat
mempunyai satu tindak balas tertentu
Masa Reaksi
Diskriminasi
(Discrimination
Reaction Time
DRT)
x Masa reaksi di mana situasi yang melibatkan lebih daripada
satu isyarat atau rangsangan tetapi hanya satu respons, di
mana hanya kepada satu isyarat atau rangsangan sahaja,
isyarat atau rangsangan lain diabaikan.
x Dalam keadaan apabila terdapat beberapa kemungkinan
rangsangan dan pelaku, cuma mempunyai satu pilihan
tindak balas. Individu ini akan menunggu atau
melengahkan tindak balas sehingga rangsangan yang
sebenar wujud. Pengukuran jenis masa reaksi ini digunakan
untuk menentukan masa yang diambil oleh seseorang untuk
memproses maklumat.

Dalam kehidupan harian kita, situasi masa tindak balas ini juga memainkan
peranan. Contohnya, seorang pelari pecut terlibat dengan situasi masa tindak
balas mudah apabila ia memulakan larian setelah menerima isyarat permulaan.

Situasi masa tindak balas berpilihan dalam kehidupan harian pula adalah seperti
semasa kita memandu kereta dan tiba di lampu isyarat. Dalam situasi ini,
terdapat tiga isyarat yang memerlukan tindak balas yang berlainan:
(a) Jika lampu isyarat merah, maka kita perlu berhenti;
(b) Jika lampu isyarat kuning, kita perlu bersedia untuk berhenti; dan
(c) Jika lampu isyarat hijau pula, kita boleh bergerak.

Situasi masa tindak balas diskriminasi pula adalah sebagai contoh apabila kita
berjalan-jalan di pasar raya dan mendapati sesuatu halangan objek di depan kita
seperti orang ramai, tangga atau eskalator. Ia memerlukan kita bertindak balas
seperti:
(a) Mengelak daripada terlanggar dengan orang lain;
(b) Melangkah untuk menaiki anak tangga; atau
(c) Melangkah untuk menaiki eskalator.

Dalam situasi ini, terdapat pelbagai rangsangan dalam persekitaran pasar raya.
Namun, cuma rangsangan yang tertentu sahaja memerlukan tindak balas anda
seperti mengelak daripada terlanggar orang lain atau menaiki anak tangga.

TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
63

3.1.2 Perhubungan Masa Reaksi dengan Masa
Pergerakan dan Masa Tindak Balas
Apabila seseorang melakukan satu aksi sebagai tindak balas terhadap satu
rangsangan yang diterimanya, maka dua pengukuran perlakuan tambahan perlu
diambil kira iaitu:

(a) Masa pergerakan
Masa pergerakan bermula apabila masa reaksi tamat. Ia merupakan
tempoh masa antara masa permulaan dan pengakhiran sesuatu aksi.

(b) Masa tindak balas
Masa tindak balas (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1) pula
merupakan jumlah tempoh masa yang melibatkan masa reaksi dan masa
pergerakan.


Rajah 3.1: Masa reaksi (RT) dan masa pergerakan (MT)
Sumber: Magill (2007)
Anda berminat untuk menguji masa reaksi? Dengan mengguna enjin
pencari seperti Google dengan kata kunci reaction time test, anda akan
memperoleh beberapa laman web yang membenarkan ujian ini secara
percuma. Selamat mencuba. Walau bagaimanapun bolehkah anda
tentukan jenis masa reaksi yang diaplikasikan?
AKTIVITI 3.1
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
64
Masa reaksi dan masa pergerakan adalah pengukuran masa yang bersendirian.
Ia bermaksud, masa reaksi tidak akan mempengaruhi masa pergerakan atau
sebaliknya. Contohnya, seorang yang mempunyai masa reaksi yang terpantas
tidak semestinya mempunyai masa pergerakan yang terpantas.
3.1.3 Kesilapan Perlakuan (Performance Error)
Kesilapan merupakan satu daripada proses pembelajaran. Daripada kesilapan
demi kesilapan yang dilakukan, kita akan dapat mempertingkatkan sesuatu
kemahiran, aksi dan perlakuan untuk mencapai tahap piawaian yang ditetapkan.

Apakah maksud pengukuran kesilapan?



Kemahiran seperti memanah anak panah ke sasaran, berjalan atas lorong dan
memandu kereta memerlukan kita melakukan aksi yang memerlukan ketepatan
ruang dan masa. Untuk menilai hasil perlakuan kemahiran seperti ini, jumlah
kesilapan perlakuan untuk mencapai matlamat aksinya adalah sangat penting
untuk pengukuran prestasi perlakuan. Pengukuran kesilapan bukan sahaja
menggambarkan ketepatan perlakuan tetapi juga memberi maklum balas
tentang sebab berlakunya kesilapan perlakuan.

Kesilapan perlakuan yang berlaku dalam tempoh masa reaksi telah banyak
digunakan sebagai maklumat untuk individu yang berminat dalam pelbagai
perspektif ketepatan perlakuan.

Ketepatan perlakuan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

(a) Ketepatan Ruang

Apakah ketepatan ruang?





Ketepatan ruang adalah merujuk kepada berapa hampir pergerakan
seseorang individu itu ke sasaran tertentu.
Pengukuran kesilapan membolehkan kita menilai prestasi sesuatu perlakuan
kemahiran.
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
65
(b) Ketepatan Masa

Apakah maksud KETEPATAN masa?



Melalui penggunaan kronometri, jumlah kesilapan yang dilakukan semasa
percubaan pencapaian ketepatan masa boleh diukur. Lima skor yang biasa
digunakan untuk menilai kesilapan perlakuan adalah seperti berikut:

(a) Kesilapan Mutlak (Absolute Error AE)

Apakah pula maksud kesilapan mutlak?



Contohnya, +1 atau -1 = 1. Ia memberi maklumat umum tentang perlakuan
yang berkaitan dengan matlamat atau sasaran.

(b) Kesilapan Konstan (Constant Error CE)

Tahukah anda apakah kesilapan konstan?



Ia juga memberikan maklumat tentang bias sesuatu tindak balas. Ia dikira
sebagai purata kesilapan algebra.

(c) Kesilapan Variabel (Variable Error VE)

Apakah kegunaan kesilapan variabel?



Ketepatan masa pula adalah merujuk kepada berapa tepat seseorang
individu bergerak dalam satu masa yang spesifik.
Kesilapan mutlak bermakna jumlah kesilapan algebra dalam sesuatu
perlakuan, tidak dikira apa simbol sekali pun.
Kesilapan konstan menunjukkan keselarasan arah dan begitu juga
jumlah kesilapan.
Kesilapan variabel memberikan maklumat mengenai konsistensi
perlakuan atau perlakuan yang sebaliknya.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
66
Kesilapan variabel merupakan sisihan piawai kesilapan algebra. Semakin
besar sisihan piawai, semakin tinggi variabiliti dalam perlakuan; semakin
kecil sisihan piawai, semakin konsisten perlakuan tersebut.

(d) Kesilapan Konstan Mutlak (Absolute Constant Error ACE)

Mari lihat pengertiannya.



Ia menunjukkan tindak balas bias tanpa penyelarasan arah. Ia digunakan
sebagai satu skor alternatif kesilapan perlakuan untuk mengimbangi tindak
balas bias dalam kumpulan, di mana sebagai satu pengukuran yang lebih
sah bagi kesilapan perlakuan.

(e) Kesilapan Total (Total Error E)

Apakah pula kesilapan total?



Ia menunjukkan satu gambaran yang lebih menyeluruh jumlah variabiliti
kesilapan perlakuan daripada pengukuran yang lain.


Rajah 3.2: Kesilapan total
Kesilapan konstan mutlak merupakan nilai mutlak kesilapan konstan.
Kesilapan total mendedahkan bias dalam variabiliti dan tindak balas sama
rata.
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
67
Sebagai contoh, dalam acara menembak (lihat Rajah 3.2), 60 das tembakan
dilepaskan dalam masa 1 minit 45 saat bagi lelaki dan 40 das tembakan dalam
masa 1 minit 15 saat untuk wanita. Ketepatan tembakan pada sasaran adalah
penting. Skor sempurna adalah 600 bagi lelaki dan 400 bagi wanita.
(a) Kesilapan mutlak: Ia dapat memberi maklum balas kepada jurulatih atau
atlet tembakan yang tersasar dari pusat sasaran.
(b) Kesilapan konstan: Ia akan memberi maklum balas sama ada tembakan
adalah terkumpul atau terselerak secara rawak di luar sasaran.
(c) Skor kesilapan variabel: Skor ini akan memberi maklum balas tentang
kekonsistenan perlakuan sama ada atlet tersebut melakukan kesilapan
perlakuan yang sama.
(d) Skor kesilapan konstan mutlak: Ia merupakan satu pengukuran tersendiri
apabila membandingkan skor pasukan penembak untuk mengimbangi bias
tindak balas dalam kumpulan tersebut.
(e) Maklumat kesilapan total: Ia akan memberi maklumat mengenai rakaman
tembakan yang mengenai sasaran dan berapa konsisten perlakuan tersebut.

Daripada maklumat ini, strategi spesifik boleh dilakukan oleh jurulatih dan atlet
untuk memperbaiki perlakuannya kelak.
3.1.4 Pengukuran Kesilapan
Sebagaimana yang dinyatakan sejak awal lagi, pengukuran kesilapan
membolehkan kita menilai perlakuan kemahiran di mana ketepatan merupakan
matlamat aksi. Kemahiran seperti melempar damak dan memandu kereta di
jalan raya memerlukan kita melakukan aksi yang berhubungan dengan
ketepatan ruang dan masa. Untuk menilai hasil perlakuan seperti ini, jumlah
kesilapan dilakukan seseorang berhubungan dengan matlamatnya merupakan
satu pengukuran perlakuan yang amat bermakna.

Pengukuran kesilapan bukan hanya memberikan maklum balas tentang
ketepatan perlakuan, malah terdapat pengukuran kesilapan yang memberikan
maklum balas berkaitan dengan penyebab masalah perlakuan. Ia dapat dilihat
sekiranya perlakuan itu dinilai lebih daripada satu percubaan. Dalam satu siri
percubaan terutama sekali dalam kemahiran sukan dan pemulihan, jurulatih
atau jurupulih dapat mengenal pasti sama ada kepincangan pergerakan yang
diperhatikan itu adalah disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan
konsistensi atau disebabkan oleh bias.

X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
68
Pengukuran penting ini dapat membantu kita untuk memilih kaedah intervensi
yang sesuai untuk membantu seseorang itu mengatasi masalah ketepatan.

Apakah yang dimaksudkan masalah konsistensi?



Bagaimana dengan masalah bias?



(a) Pengukuran kesilapan untuk matlamat aksi satu dimensi (1D)
Apabila seorang terpaksa mengerakkan satu jumlah pergerakan anggota
badannya dalam satu dimensi atau seorang pesakit cuba melakukan satu
ekstensi lututnya, kesilapan yang mungkin berlaku adalah
ketidaksampaian atau terlebih gerak daripada matlamatnya.

Begitu juga seorang pelontar (pitcher) dalam permainan sofbol melakukan
percubaan untuk melontar bola pada satu kelajuan yang tertentu, kesilapan
yang mungkin berlaku adalah sama ada terlalu perlahan atau terlalu laju
dari matlamatnya. Mengukur jumlah kesilapan dalam situasi ini
melibatkan tolakan nilai pencapaian perlakuannya, contohnya, 15sm atau
20 saat dari jumlah sasaran atau matlamatnya.

Kita dapat mengira sekurang-kurangnya tiga pengukuran kesilapan untuk
menilai ciri-ciri ketepatan umum sesuatu perlakuan dalam beberapa
perlakuan berulang. Ia dapat mengenal pasti penyebab kepada masalah
ketepatan. Untuk memperoleh satu petunjuk umum sejauh mana matlamat
dicapai, kita perlu mengira kesilapan mutlak.

Tahukah anda apakah kesilapan mutlak?



Masalah konsistensi menunjukkan kelemahan dalam penguasaan corak
pergerakan asas yang diperlukan untuk melakukan kemahiran tersebut.
Masalah bias pula menunjukkan bahawa seseorang itu telah menguasai corak
pergerakan tersebut tetapi menghadapi masalah menyesuaikannya kepada
permintaan spesifik dalam situasi perlakuan tersebut.
Kesilapan mutlak merupakan perbezaan mutlak antara setiap
percubaan dan matlamatnya.
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
69
Pengiraan kesilapan mutlak adalah seperti berikut:



Kesilapan mutlak merupakan maklumat penting magnitud kesilapan
seorang telah lakukan dalam satu percubaan atau dalam satu siri
percubaannya.

Skor ini dapat memberikan petunjuk ketepatan seseorang itu. Namun, jika
kita hanya menggunakan faktor kesilapan mutlak, kemungkinan besar kita
tidak memperoleh maklum balas lengkap penyebab kesilapan seseorang.

Oleh itu, untuk memperoleh maklum balas yang lebih menyeluruh, kita
perlu menggunakan tambahan dua pengukuran kesilapan iaitu:
(i) Kesilapan konstan; dan
(ii) Kesilapan variabel.

Mengapakah perlakuan seseorang tidak menepati sasaran?



Bagaimanakah kita hendak memperoleh maklum balas?



Pengiraan daripada beberapa siri percubaan, kesilapan konstan dapat
memberi maklumat yang penting dengan satu indeks kemungkinan
berlaku bias arah (directionally biased) semasa melakukan kemahiran
tersebut.

Dalam situasi percubaan pelbagai, jumlahkan perbezaannya dan
dibahagikan dengan bilangan percubaan akan memberikan anda satu
purata kesilapan mutlak untuk percubaan berkenaan.
Salah satu sebab perlakuan seorang itu tidak menepati sasarannya
adalah disebabkan kemungkinannya terlajak, atau ketidaksampaian
sasaran atau matlamatnya dikenali sebagai bias perlakuan.
Untuk memperoleh maklum balas ini, kita perlu mengira kesilapan
konstan iaitu simbol +/- yang menunjukkan ketepatan pada sasaran.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
70
Bagaimanakah pengiraan kesilapan konstan?



Penyebab kedua ketidaktepatan perlakuan adalah konsistensi perlakuan
atau sebaliknya iaitu variabiliti. Ia dapat diukur dengan mengira kesilapan
variabel. Untuk menentukan indeks konsistensi ini, kita perlu mengira
sisihan piawai skor kesilapan konstan seseorang dalam satu siri percubaan.

(b) Pengukuran kesilapan untuk matlamat aksi dua dimensi (2D)
Kemahiran yang memerlukan ketepatan arah menegak dan mendatar
apabila kita dinilai kesilapannya, kita perlu melakukan pengubahsuaian
kaedah pengukuran satu dimensi.

Apakah kesilapan radial?



Untuk pengiraan kesilapan radial bagi satu percubaan, kirakan garis
sendeng segi tiga tepat yang dibentuk oleh paksi x dan paksi y seperti
dalam Rajah 3.3 berikut.


Rajah 3.3: Contoh pengukuran kesilapan radial untuk menilai ketepatan perlakuan

Contoh dalam Rajah 3.3 tadi menunjukkan satu situasi di mana seorang
melempar damak ke pusat bulatan papan sasaran. Matlamat lemparan
adalah mengenai pusat papan sasaran yang ditandakan +. Lemparan ke
Pengiraan kesilapan konstan adalah sama seperti dalam pengiraan
kesilapan mutlak.
Pengukuran umum ketepatan untuk situasi dua dimensi dikenali
sebagai kesilapan radial (jejari) yang menyerupai kesilapan mutlak
dalam pengukuran bagi satu dimensi.
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
71
papan sasaran ditandakan dengan O. Kesilapan radial adalah garis sendeng
segi tiga tepat yang ditandakan dengan h.

Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:



Bias dan konsistensi perlakuan adalah lebih sukar dinilai dalam situasi
dua-dimensi jika dibandingkan dengan situasi satu-dimensi. Ini adalah
disebabkan simbol algebra + dan mempunyai makna yang terlalu
kecil bagi situasi dua-dimensi.

Hancock, Butler dan Fischman dalam Magill (2003) telah mengemukakan
satu deskripsi lengkap pengiraan pengukuran bias dan konsistensi
perlakuan dalam situasi dua dimensi. Untuk satu pergerakan dua dimensi,
seorang pengkaji boleh memperoleh satu penilaian kualitatif bias dan
konsistensi perlakuan dengan melihat pada lokasi pengumpulan sebenar
perlakuan. Jika pengumpulan lebih ke arah satu sudut sasaran, maka satu
bias perlakuan adalah ketara, sementara jika tindak balas bertaburan secara
menyeluruh menunjukkan tidak ada bias perlakuan berlaku.

Seperti juga dalam situasi satu dimensi, penilaian ciri-ciri ini dapat
membantu atlet, jurulatih atau jurupulih dalam merancang strategi untuk
memperbaiki atau meningkatkan prestasi sesuatu perlakuan.



Jarak paksi x = 10sm 10
2
= 100
Jarak paksi y = 5sm 5
2
= 25
Jumlah = 125
Kesilapan Radial = 125 = 11.2sm
SEMAK KENDIRI 3.1
1. Huraikan secara ringkas pengukuran hasil perlakuan berserta
dengan contohnya.
2. Nyatakan perbezaan situasi masa reaksi mudah, berpilihan dan
diskriminasi berserta dengan contoh.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
72

PENGUKURAN PROSES TINGKAH LAKU
Apakah pengukuran proses tingkah laku?



Contohnya, kualiti proses pergerakan. Proses tingkah laku ini dapat diukur
dengan menggunakan elektromiograf (EMG) yang mengukur jumlah aktiviti
elektrikal dalam otot atau dengan elektroencephalograf (EEG) yang digunakan
untuk mengukur jumlah aktiviti elektrikal di pelbagai bahagian otak.
3.2.1 Deskripsi Kinematik
Kinematik merupakan satu cabang mekanik dalam bidang fizik yang melakukan
deskripsi pergerakan tulen dengan tidak mengambil kira daya dan jisim yang
terlibat.

Pengukuran kinematik biasanya juga dikaitkan dengan biomekanik. Ia
merupakan pengukur perlakuan yang penting dalam kajian pembelajaran serta
kawalan motor.

Tahukah anda pengertian kinematik?



Kinematik bermaksud deskripsi pergerakan tanpa mengambil kira daya atau
jisim yang terlibat.
Schmidt (2003)
3.2
Pengukuran proses tingkah laku merupakan pengukuran kualiti aksi sesuatu
kemahiran.
Sebagai membuktikan kefahaman anda tentang kesilapan mutlak,
cadangkan satu rumus untuk memperoleh nilai purata kesilapan
mutlak.
AKTIVITI 3.2
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
73
Tiga deskriptor yang biasa dirujuk adalah:
(a) Perubahan kedudukan sesuatu objek;
(b) Kelajuannya; dan
(c) Perubahan kelajuannya.

Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada ciri-ciri kinematik ini adalah:
(a) Pemindahan atau lokasi (displacement);
(b) Halaju (velocity); dan
(c) Kecepatan (acceleration).

Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengukuran kinematik?



Empat kaedah pengukuran kinematik adalah (lihat Rajah 3.4):


Rajah 3.4: Empat kaedah pengukuran kinematik

(a) Lokasi atau pemindahan
Pengukuran kinematik yang pertama adalah rakaman lokasi atau
pemindahan. Ia merupakan kaedah yang sering digunakan dalam diskripsi
kinematik yang melakukan rakaman lokasi atau pemindahan sesuatu
anggota badan atau sendi semasa dalam tempoh pergerakan tersebut. Ia
berasaskan kepada kedudukan ruang atau lokasi sesuatu anggota badan.

Pengukuran kinematik adalah pengukuran penghasilan perlakuan yang
berdasarkan kepada rakaman pergerakan bahagian anggota badan yang
tertentu semasa melakukan sesuatu kemahiran.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
74
Pemindahan mengambarkan perubahan dalam lokasi ruang semasa
seseorang melaksanakan sesuatu pergerakan. Perakam filem atau
cinematography biasanya digunakan untuk merakamkan pergerakan (lihat
Rajah 3.5). Rakaman ini kemudiannya akan dianalisis.


Rajah 3.5: Rakaman pergerakan

Pemindahan boleh dianalisis dengan menggunakan satu sistem analisis
pergerakan rangka (frame) demi rangka rakaman untuk mengenal pasti di
mana pergerakan atau sendi yang ditandai berada dalam tempoh masa
yang tertentu. Sistem ini kemudian akan menentukan lokasi sendi untuk
contoh masa berikutnya.

Rajah 3.6 menunjukkan contoh rakaman lokasi tumit, pergelangan kaki,
lutut, punggung, pergelangan tangan, siku dan bahu semasa pergerakan
lompatan dari kedudukan cangkung.











Rajah 3.6: Rakaman cinematography
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
75
(b) Halaju
Pengukuran kinematik yang kedua adalah merupakan rakaman halaju. Ia
merupakan masa yang dihasilkan daripada pemindahan. Halaju sering
dikaitkan dengan kepantasan yang merujuk kepada kadar perubahan
dalam satu kedudukan objek dengan masa iaitu berapa kerap perubahan
kedudukan ini berlaku dan dalam arah mana perubahan berlaku (cepat
atau lebih perlahan daripada kadar lepas).

Sistem analisis pergerakan memperoleh halaju daripada pemindahan
dengan membahagikannya dengan masa iaitu membahagikan satu
perubahan dalam kedudukan ruang (antara masa 1 dan 2) dengan
perubahan masa (dari masa 1 dan 2). Halaju adalah ditunjukkan dalam
bentuk graf sebagai lengkok kedudukan dan masa (Rajah 3.7) di mana
lengkok halaju adalah berdasarkan kepada pergerakan yang sama seperti
lengkok pemindahan.

Tahukah anda bagaimana kita hendak mengira halaju?




Rajah 3.7: Rakaman pemindahan dan halaju sendi pergelangan tangan semasa
perlakuan membaling damak. Paksi x adalah peratusan jumlah masa pergerakan
lengan. Paksi y menunjukkan pelepasan damak yang berlaku pada lebih kurang
51% daripada jumlah masa pergerakan lengan
Sumber: Magill (2003)

Contoh dalam Rajah 3.7 tadi menunjukkan halaju sebagai jumlah sudut
bahagi saat. Apabila kecerunan lengkok meningkat, ia menunjukkan
penambahan halaju. Sebaliknya halaju negatif ditunjukkan dengan
kecerunan arah ke bawah. Halaju sifar ditunjukkan dengan tiada
perubahan dalam kedudukan positif atau negatif lengkok tersebut.

Halaju adalah berdasarkan kepada satu jumlah jarak bahagi satu jumlah
masa.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
76
(c) Kecepatan
Pengukuran kinematik yang ketiga adalah merupakan rakaman kecepatan.
Pengukuran ini menunjukkan perubahan dalam halaju semasa pergerakan.
Kita memperoleh kecepatan daripada halaju dengan membahagikan
perubahan dalam halaju dengan perubahan dalam masa. Kita boleh
menggambarkan lengkok kecepatan sebagai satu fungsi masa seperti dalam
Rajah 3.8 yang berasaskan kepada graf pemindahan dan halaju.

Lengkok kecepatan menggambarkan peningkatan dan penurunan kelajuan
pergerakan semasa subjek itu bergerak. Perubahan kecepatan yang cepat
menggambarkan perubahan halaju yang cepat juga.


Rajah 3.8: Rakaman kecepatan di pergelangan tangan semasa perlakuan
membaling damak. Paksi x adalah peratusan jumlah masa pergerakan lengan.
Paksi y menunjukkan pelepasan damak yang berlaku pada lebih kurang 51%
daripada jumlah masa pergerakan lengan
Sumber: Magill (2003)

(d) Pergerakan Linear dan Angular
Dalam deskripsi pergerakan kinematik, pengukuran pemindahan, halaju
dan kecepatan boleh berlaku sama ada dalam pergerakan linear atau
angular (lihat Rajah 3.9). Perbezaan antara dua jenis pergerakan ini adalah
penting dan perlu difahami. Ia juga merupakan perbezaan kritikal dalam
penganalisisan pergerakan.

TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
77

Rajah 3.9: Contoh pergerakan linear dan angular

Apakah maksud pergerakan linear?



Apakah pula maksud pergerakan angular?



Semasa putaran (rotate), sendi merupakan paksi rotasi pergerakan segmen
tubuh badan. Pergerakan angular juga sering dikenali sebagai pergerakan
rotari.

Contohnya, jika anda ingin menggambarkan kinematik berjalan,
pergerakan linear adalah sesuai untuk menggambarkan satu pergerakan
dari satu lokasi ke lokasi lain. Ini adalah kerana keseluruhan badan akan
bergerak secara linear. Namun, sekiranya anda ingin menggambarkan ciri-
ciri pergerakan kaki semasa berjalan, maka diskripsi pergerakan angular
adalah lebih sesuai digunakan. Ini adalah kerana kaki berpusing pada
sendi pergelangan kaki semasa berjalan.

Pengukuran kinematik membantu kita untuk menggambarkan ciri-ciri
kritikal komponen sesuatu kemahiran semasa pergerakan.
Pergerakan linear adalah merupakan pergerakan dalam garisan linear
atau lurus dan melibatkan seluruh tubuh badan atau objek bergerak
sama jarak dalam jumlah masa yang sama.
Pergerakan angular pula merupakan satu pergerakan yang berputar
pada satu paksi dan melibatkan segmen badan tertentu.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
78
3.2.2 Elektromiograf (EMG)
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur aktiviti elektrikal?



Pengukuran elektromiograf dilakukan dengan sama ada dengan:
(a) Melekatkan elektrod di bahagian otot iaitu di atas permukaan kulit; atau
(b) Memasukkan dawai elektrod halus ke dalam otot tertentu.

Elektrod ini akan mengesan aktiviti elektrikal otot dan akan dirakamkan dengan
komputer atau perakam poligraf (lihat Rajah 3.10).


Rajah 3.10: Elektrod

Rajah 3.11 menunjukkan satu contoh rakaman EMG aktiviti elektrikal dalam
ipsilateral otot bisep femoris dan kontralateral bisep kaki dan otot anterior
deltoid bahu untuk pergerakan yang memerlukan seseorang itu menggerakkan
lengannya apabila isyarat diberikan dari butang masa reaksi ke satu posisi di
depan bahunya.

Pergerakan yang melibatkan aktiviti elektrikal dalam otot boleh diukur
dengan elektromiograf (EMG).
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
79

Rajah 3.11: Contoh rakaman EMG aktiviti otot

Rakaman EMG dapat memberi pelbagai maklum balas kepada pengkaji.
Contohnya, dalam bidang pembelajaran dan kawalan motor, rakaman EMG
dapat menunjukkan permulaan dan penamatan aktiviti sesuatu otot. Rakaman
EMG yang melibatkan aktiviti beberapa otot dalam pergerakan yang sama
membolehkan pengkaji melihat secara jelas proses koordinasi pergerakan
dengan memerhatikan urutan corak pengaktifan otot yang terlibat.

Contohnya, dalam Rajah 3.11 tadi, otot yang pertama diaktifkan setelah isyarat
diberikan adalah bisep psilateral yang merupakan otot kaki pada sebelah badan
yang sama dengan lengan yang bergerak; otot berikutnya merupakan deltoid
depan yang menggerakkan lengan. Urutan pergerakan otot ini dapat
menyedarkan kita bahawa selain daripada otot lengan, terdapat juga otot lain
terlibat bersama untuk pergerakan lengan.

Dalam kajian ini, kita dapat membuat kesimpulan daripada urutan aktiviti otot
bahawa tubuh badan membuat persediaan untuk pergerakan lengan dengan
mengaktifkan otot kaki yang bertanggungjawab untuk menstabilkan postur
badan.

X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
80
3.2.3 Deskripsi Kinetik
Apakah deskripsi kinetik?



Bagaimana pula pengertian deskripsi kinematik?



Pergerakan manusia melibatkan sumber daya dalaman dan luaran. Contohnya,
graviti dan rintangan udara merupakan daya luaran yang mempengaruhi
perlakuan larian dan berjalan; rintangan air pula merupakan daya luaran yang
mempengaruhi pergerakan renang. Otot pula merupakan daya dalaman yang
menolak atau menarik sendi tubuh badan untuk menghasilkan pergerakan.

Peranan daya dalam penghasilan sesuatu pergerakan dapat dilihat dengan
hukum pergerakan Newton.

Apakah Hukum Newton Pertama?




Rajah 3.12: Hukum Newton Pertama

Deskripsi kinetik mengambil kira peranan daya dalam kajian pergerakan. Ia
menganggap daya sebagai satu penyebab pergerakan.
Deskripsi kinematik merujuk kepada deskriptor pergerakan dengan tidak
mengambil kira penyebab pergerakan tersebut.
Hukum Newton Pertama mengatakan bahawa daya adalah diperlukan
untuk memula, mengubah atau menghentikan sesuatu pergerakan (rujuk
Rajah 3.12).
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
81
Tahukah anda apakah Hukum Newton Kedua?




Rajah 3.13: Hukum Newton Kedua

Apakah pula Hukum Newton Ketiga?




Rajah 3.14: Hukum Newton Ketiga

Ciri utama hubungan daya dalam pergerakan manusia adalah merupakan
pergerakan manusia melibatkan rotasi segmen badan di sekeliling paksi
sendinya.

Hukum Newton Kedua mengatakan bahawa daya akan mempengaruhi kadar
perubahan dalam momentum sesuatu objek (rujuk Rajah 3.13).
Hukum Newton Ketiga pula berkaitan dengan penglibatan daya dalam aksi
dan reaksi yang berlaku dalam interaksi antara dua objek (rujuk Rajah 3.14).
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
82
Apakah nama bagi kesan ke atas rotasi?



Pengkaji dapat mengukur daya secara langsung dengan menggunakan alat
seperti:
(a) Plet daya;
(b) Transduktor daya; dan
(c) Tolok terikan (strain gauge).

Plet daya digunakan untuk mengukur daya reaksi bumi yang terlibat dalam
interaksi antara sesuatu objek. Contohnya individu dengan bumi.

Transduktor daya dan tolok terikan pula digunakan untuk mengukur daya yang
dihasilkan oleh otot. Hukum Newton Kedua dapat digunakan untuk mengukur
daya secara langsung dengan mengambil kira perhubungan antara daya dengan
kelajuan atau kecepatan dan jisim objek tersebut (F=ma).
3.2.4 Koordinasi
Pengukuran kinematik pergerakan adalah mahal dan memerlukan masa yang
panjang serta melibatkan proses analisis filem secara gerak perlahan. Dengan
berkembangnya teknologi komputer, sistem analisis pergerakan terhadap
kemahiran kompleks telah dapat diukur.

Satu isu pengukuran yang sering diperdebatkan adalah bagaimana cara terbaik
untuk mengukur koordinasi kemahiran kompleks.

Tahukah anda apakah koordinasi?



Corak ini dapat diperhatikan dalam plot sudut (angle plots) pergerakan segmen
badan tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam contoh di Rajah 3.15. Namun,
kebanyakan laporan pengkaji adalah diskripsi kualitatif kinematik dan tidak
melaporkan penilaian kuantitatif. Oleh itu, timbul persoalan sama ada corak
kualitatif yang mewakili perhubungan segmen anggota badan adalah
mencukupi untuk menggambarkan koordinasi.
Kesan daya ke atas rotasi ini dikenali sebagai tork sendi atau daya rotari.
Koordinasi melibatkan pergerakan segmen anggota badan dalam masa
tertentu dan berasaskan corak ruang.
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
83

Rajah 3.15: Rajah plot sudut perhubungan lutut dengan punggung semasa berjalan

Mereka mencadangkan bahawa penilaian kuantitatif deskripsi koordinasi juga
diperlukan. Salah satu pendekatan untuk mengkuantitatifkan plot sudut adalah
dengan menggambarkan corak koordinasi dengan corak klasik bentuk jantung.
Contohnya, perhubungan sendi lutut dan punggung semasa berjalan yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.15 tadi.

X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
84



PENGUKURAN NEUROLOGI
Apakah maksud pengukuran neurologi?



Contohnya, keputusan pengukuran neurologi pergerakan anak mata semasa
pertandingan dapat menunjukkan tahap kegelisahan seseorang individu,
perubahan kadar nadi, penambahan tahap laktasi atau penurunan suhu kulit.
Kesemuanya perubahan ini berkaitan dengan pemerolehan tingkah laku motor.

3.3
Pengukuran neurologi merupakan pendekatan pengukuran pengesanan
tindak balas tubuh badan terhadap permintaan perlakuan.
SEMAK KENDIRI 3.2
1. Huraikan secara ringkas tiga diskripsi kinematik yang digunakan
untuk mengukur pergerakan.
2. Jelaskan secara ringkas bagaimana alat elektromiograf dapat
digunakan untuk mengukur dan menganalisis sesuatu pergerakan.
3. Jelaskan secara ringkas berserta satu contoh bagaimana maklumat
daripada rajah plot sudut dapat menggambarkan ciri-ciri koordinasi
pergerakan sesuatu segmen anggota badan.
Sebelum anda meneruskan pembacaan anda ke subtopik seterusnya, uji
kefahaman anda. Cuba ke laman web berikut dan jawab soalan yang
diberikan.

http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/
chapter2/multiple_choice_quiz.html

Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan
anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda
selesai. Selain itu, terdapat pautan ke online laboratory manual dan
related reading untuk memantapkan kefahaman anda.
AKTIVITI 3.3
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
85
Pengukuran neurologi ini adalah dikenali sebagai neurological correlates.
Walaupun pengukuran boleh dikaitkan dengan penguasaan tingkah laku motor,
ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu kaedah utama untuk pengukuran.

(a) Elektroencephalogram (EEG)
Dalam tahun 1920an, EEG (lihat Rajah 3.16) telah dicipta untuk merakam
gelombang aktiviti elektrikal semasa aktiviti motor.


Rajah 3.16: Pengukuran neurologi (EEG)

Dengan elektrod permukaan (surface electrod), gelombang otak dipantau
untuk mengesan aktiviti normal atau abnormal otak. Teknologi lain mula
mengembang untuk pengukuran otak pada tahun 1970an.

(b) Tomografi Axial Berkomputer (CAT)
Pengimbas CAT (Rajah 3.17) telah digunakan untuk mengimbas otak yang
dapat menghasilkan gambar otak serta strukturnya. Teknik ini dapat
memberikan satu gambaran struktur otak tanpa pembedahan.


Rajah 3.17: Pengimbas CAT
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
86
(c) Tomografi Pancaran Positron (PET)
Pada akhir tahun 1980an pula, pengimbas PET (lihat Rajah 3.18) telah
dicipta untuk mengenal pasti kawasan paling aktif dalam otak semasa
pelbagai aktiviti. Gula radioaktif akan disuntik ke dalam individu untuk
mengesan corak penyerapannya dalam otak.


Rajah 3.18: Pengimbas PET

(d) Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)
Pada masa kini, jenis pengukuran yang mempunyai kesahan yang paling
tinggi adalah teknik MRI (lihat Rajah 3.19). MRI dapat memaparkan
maklumat dalam bentuk kod berwarna (colour-coded) dengan mengesan
haba yang dihasilkan dalam keseluruhan otak individu semasa ia
sebenarnya mula mengerakkan bahagian anggota badan tertentu.


Rajah 3.19: Teknik MRI
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
87
Alat ini membolehkan pengkaji merakamkan aktiviti otak yang berlaku.
Kedudukan, intensiti serta tempoh aktiviti otak boleh dikesan dalam
masa sebenar.

Ia amat berguna terutama sekali untuk:
(i) Menjawab soalan berkenaan penyimpanan (retention); dan
(ii) Memperoleh kembali (retrieval) atau permulaan sesuatu program
motor.

Walaupun alat ini dapat menunjukkan maklumat yang paling
menyeluruh mengenai aktiviti otak semasa melakukan sesuatu
perlakuan. Namun, disebabkan kos peralatan ini, penggunaan alat ini
untuk mengukur aktiviti otak adalah terhad.
3.3.1 Rakaman Permukaan (Surface Recording)


Alat yang digunakan adalah EMG yang menggunakan lekatan kepingan elektrod
atau dawai elektrod yang dilekatkan atas permukaan kulit (lihat Rajah 3.20).
Sistem EMG dapat merakam isyarat elektrikal yang mengaktifkan fiber otot.
Setiap fiber otot mengandungi rangkaian rantai panjang myofibril yang dikenali
sebagai sacromere yang mewujudkan daya aksi otot.


Rajah 3.20: Elektrod EMG

Rakaman permukaan merupakan satu pendekatan pengukuran yang
dilakukan di atas permukaan sekiranya pengukuran dalaman tidak boleh
dijalankan.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
88
Apabila neuron mengaktifkan fiber otot di persimpangan mioneural, cas
elektrikal akan dialirkan melalui setiap mikrofibril yang akan merangsang
penguncupan sacromere (lihat Rajah 3.21). Ia akan mewujudkan satu medan
magnetik yang boleh digunakan untuk mengesan aktiviti otot. Dengan
mengawal jumlah konduksi, penyebaran isyarat yang melalui tisu membolehkan
rakaman permukaan serta dalaman dibuat.


Rajah 3.21: Struktur fiber otot
3.3.2 Rakaman Intrasel
Apa yang dimaksudkan dengan rakaman intrasel?



Untuk melakukan sesuatu rakaman intrasel, mikroelektrod akan dicucuk ke
dalam sel supaya potensi membran dapat diukur (lihat Rajah 3.22). Kebanyakan
mikroelektrod yang digunakan untuk rakaman intrasel adalah mikropipet kaca.


Rajah 3.22: Rakaman intrasel
Rakaman intrasel merupakan pengukuran pengaliran elektrikal yang melalui
membran sesuatu sel.
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
89
Mikropipet akan dipenuhi dengan satu larutan yang mempunyai komposisi
ionik yang sama dengan cecair intrasel sel berkenaan. Satu dawai perak bersalut
klorida akan dimasukkan ke dalam pipet yang menyambungkan elektrod secara
elektrikal ke amplifier dan litar pemprosesan isyarat.

Voltan yang diukur daripada elektrod akan dibandingkan dengan voltan
elektrod rujukan, biasanya dawai perak bersalut klorida yang bersentuhan
dengan cecair luar sel di sekitar sel berkenaan. Rakaman intrasel dapat
dijalankan dengan beberapa teknik seperti berikut:
(a) Teknik penyekat voltan (voltage clamp);
(b) Teknik penyekat arus (current clamp);
(c) Teknik penyekat tompok (patch clamp); dan
(d) Teknik Elektrod Tajam (sharp electrode).
3.3.3 Melukakan Kero (Lesion) dan Penghapusan
(Ablasi)
Tahukah anda maksud lesion dan ablasi?



Teknik lesion dan ablasi sering digunakan oleh psikologi fisiologikal. Dalam
kedua-dua teknik ini, kesan daripada lesion dan ablasi akan dinilai selepas
rawatan diberikan.

Dalam melakukan lesion, prosedur surgikal digunakan untuk mengeluarkan tisu
dari satu tempat spesifik dalam otak. Untuk melakukan dan ablasi dalam otak,
pengkaji akan menggerudi satu lubang di satu tempat yang sesuai di tengkorak
dan memasukkan satu dawai elektrod ke dalam sasaran kajiannya (lihat Rajah
3.23). Satu arus elektrik akan dialirkan melalui dawai elektrod untuk
merosakkan tisu tersebut.

Lesion bermaksud menghapus, mencedera atau mengeluarkan satu bahagian
otak. Ablasi pula bermaksud merosakkan atau penggangguan fungsi satu
bahagian otak.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
90

Rajah 3.23: Dawai elektrod dalam otak
3.3.4 Pengimejan Otak
Pengimejan otak atau pengimejan neuro (neuroimaging) merangkumi kegunaan
pelbagai teknik, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk
menggambarkan struktur atau fungsi otak.

Pengimejan otak terdiri daripada dua kategori iaitu:
(a) Pengimejan struktur: Ia berkaitan dengan struktur otak dan diagnosis
penyakit intrakranial seperti tumor dan kecederaan.
(b) Pengimejan fungsional: Ia digunakan untuk mendiagnosis penyakit
metabolik dan lesion yang mikro dan juga kajian neurologikal.

Enam teknologi pengimejan otak yang ada pada masa kini dipaparkan dalam
Jadual 3.4 berikut.

Jadual 3.4: Enam Teknologi Pengimejan Otak dan Akronimnya
Akronim Teknologi Pengimejan Otak
CAT Tomografi Berkomputer atau Tomografi Axial Berkomputer
MRI Pengimejan Resonans Magnetik
FMRI Pengimejan Resonans Magnetik Fungsional
PET Tomografi Pancaran Positron
SPECT Tomografi Pancaran Foton Tunggal Berkomputer (lihat Rajah 3.24)
DOT Tomografi Optikal Terbias (lihat Rajah 3.25)

TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
91

Rajah 3.24: SPECT Rajah 3.25: DOT

Tahniah kerana anda membaca sehingga ke akhir topik ini. Topik ini mempunyai
pelbagai terma- dan pelbagai teknik pengukuran prestasi motor. Sehubungan
dengan itu, anda dicadangkan membina peta minda untuk memudahkan anda
mengingat. Dicadangkan perisian MindManager, MindMapper dan perisian
seumpamanya untuk membantu anda.



x Pengukuran perlakuan motor adalah penting untuk menilai kelemahan atau
kepincangan sesuatu perlakuan kemahiran motor. Ia juga penting untuk
menilai kemajuan latihan atau pemulihan motor yang dijalankan.
x Terdapat dua kategori pengukuran perlakuan:
Pengukuran hasil perlakuan merupakan pengukuran hasil sesuatu
pergerakan; dan
Pengukuran penghasilan pergerakan pula mengukur ciri-ciri pergerakan
yang menghasilkan hasil perlakuan sesuatu pergerakan.
x Contoh pengukuran hasil perlakuan adalah:
Masa reaksi;
Masa pergerakan; dan
SEMAK KENDIRI 3.3
Nyatakan pendekatan pengukuran neurologi yang digunakan untuk
pengukuran neurologi.
X TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR
92
Tiga pengukuran kesilapan hasil perlakuan iaitu kesilapan mutlak,
kesilapan konstan dan kesilapan variabel.
x Contoh pengukuran penghasilan perlakuan adalah:
Pemindahan;
Halaju dan kecepatan; dan
Pengukuran kinetik iaitu tork sendi dan EMG.
x Teknik seperti elektro encephalogram, tomografi berkomputer, tomografi
pancaran positron dan pengimejan resonans magnetik telah digunakan untuk
memperoleh maklumat mengenai proses neurologi tingkah laku motor.



Ablasi
Elektromiograf
Elektro encephalogram
Halaju
Kebolehpercayaan
Kecepatan
Kesahan
Kesilapan konstan
Kesilapan mutlak
Kesilapan variabel
Ketepatan masa
Ketepatan ruang
Kinematik
Kinetik
Lesion
Masa motor
Masa pergerakan
Masa pra-motor
Masa reaksi berpilihan
Masa reaksi diskriminasi
Masa reaksi mudah
Masa tindak balas
Myofibril
Pengimejan otak
Pengimejan neuro
Pengimejan resonans magnetik
Pengukuran hasil perlakuan
Pengukuran penghasilan perlakuan
Pemindahan
Persimpangan mioneural
Rakaman permukaan
Rakaman intrasel
Sacromere
Tomografi Axial Berkomputer
TOPIK 3 PENGUKURAN PRESTASI MOTOR W
93

Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US:
Morton.
Magill, R. A. (2007). Motor learning and control: Concepts and applications
(8th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neurophychological
approach. Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis
(2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human
Kinetics.
Schmidt, R. A., & Wrisberg, C. (2008). Motor learning and performance: A
situation-based learning approach (4th ed.). US: Human Kinetics.