Anda di halaman 1dari 27

X PENGENALAN

Dalam topik lepas, kita telah mengetahui bahawa sistem saraf manusia adalah
terdiri daripada sistem saraf pusat yang merangkumi otak dan saraf tunjang dan
sistem saraf periferal yang terdiri daripada sistem saraf somatik dan autonomik.
Tingkah laku manusia adalah bergantung kepada proses biokimia dan
fisiologikal sistem saraf. Sistem saraf ini adalah terdiri daripada neuron yang
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
5
5

X
Asas
Neurofisiologi
dalam Kawalan
Motor 2
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan bagaimana neuron menerima dan mentransmisikan
impuls;
2. Mengenal pastikan fungsi sinaps dalam transmisi neuron;
3. Menghuraikan secara ringkas jenis-jenis refleks voluntari berserta
dengan contohnya;
4. Menerangkan fungsi korteks motor dan sensori dalam kawalan
pergerakan manusia;
5. Menyatakan kawasann Brodmann yang terlibat secara langsung
dengan korteks motor;
6. Menghuraikan secara ringkas bagaimana impuls ditransmisikan;
dan
7. Menggunakan Model Brooks untuk menghuraikan secara ringkas
bagaimana sesuatu aksi dirancang dan dilaksanakan.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 121
berfungsi untuk menerima dan menghantar mesej dalam bentuk impuls dari
satu bahagian badan ke bahagian lain.

Fungsi keseluruhan sistem saraf adalah untuk: menyepadukan, mentafsir dan
mengawal semua aktiviti tubuh badan. Untuk melakukannya, neuron menerima
dan bertindak balas terhadap rangsangan dan juga mentransmisikan isyarat dari
satu neuron ke neuron lain.

TRANSMISI NEURON
Neuron berhubung dengan neuron lain melalui sinaps di mana terminal akson
sesuatu sel bertembung dengan dendrit atau soma neuron lain.

Apakah maksud transmisi neuron?



Pengalaman seperti pemikiran dan perasaan begitu juga dengan semua aksi lain
adalah hasil daripada saraf impuls yang dihasilkan oleh neuron. Tanpa saraf,
impuls seseorang itu dianggap mati klinikal. Maka, ia adalah penting untuk
seseorang itu terus hidup.

Neuron membentuk rangkaian melalui mana saraf impuls bergerak. Setiap
neuron menerima hampir 15,000 perhubungan daripada neuron lain.

Tahukah anda maksud sinaps?



Sesuatu neuron akan menghantar maklumat dengan saraf impuls. Apabila
sesuatu saraf impuls sampai di sinaps, ia mengeluarkan neurotransmiter yang
mempengaruhi neuron lain sama ada dengan cara:
(a) Menghalang (inhibitory); atau
(b) Merangsang (excitatory).

5.1
Transmisi neuron juga dikenali sebagai transmisi sinaptik merupakan sistem
penghantaran isyarat antara neuron.
Neuron tidak menyentuh satu sama lain tetapi ia mempunyai titik kontak
yang dikenali sebagai sinaps.
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 122
Sinaps boleh merangsang atau menghalang iaitu meningkat atau mengurangkan
aktiviti dalam neuron tertentu. Neuron berikutnya menyambung kepada neuron
lain dan jika jumlah pengaruh rangsangan melebihi halangan, ia akan
mewujudkan satu potensi aksi (action potential) baru di bukit akson. Ia akan
menghantar maklumat kepada neuron lain atau menghasilkan satu pengalaman
atau aksi. Rajah 5.1 berikut memaparkan transmisi neuron.


Rajah 5.1: Transmisi neuron

Setiap neuron adalah dihubungkan dengan neuron lain. Ia menerima pelbagai
impuls daripada neuron ini.

Apakah maksud summasi (summation)?



Jika neuron menerima impuls perangsang, ia juga akan mengeluarkan satu aksi
potensi. Namun, jika neuron menerima jumlah impuls penghalang dan
perangsang yang sama, impuls penghalang akan mengatasi impuls perangsang
dan saraf impuls akan berhenti serta-merta.

Summasi adalah penggabungan impuls di bukit akson.
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 123
Secara ringkasnya, komponen saraf asas yang terlibat untuk penghasilan lakuan
motor dapat digambarkan seperti Rajah 5.2 berikut.


Rajah 5.2: Komponen saraf asas bagi penghasilan lakuan motor


MEKANISME REFLEKS VOLUNTARI DAN
INVOLUNTARI
Apakah pengertian refleks?



Terdapat dua jenis refleks iaitu:
(a) Refleks voluntari; dan
(b) Refleks involuntari.

Tahukah anda maksud refleks voluntari?


5.2
Refleks merupakan tindakan terus antara rangsangan dan tindak balas yang
tidak memerlukan pemikiran sedar.
Refleks voluntari melibatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga neuron.
SEMAK KENDIRI 5.1
1. Jelaskan bagaimana neuron menerima dan mentransmisikan
impuls.
2. Apakah fungsi sinaps dalam transmisi neuron?
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 124
Jenis refleks ini dikenali sebagai refleks tiga neuron kerana ia memerlukan tiga
jenis neuron berikut:
(a) Neuron sensori;
(b) Neuron interneuron; dan
(c) Neuron motor.

Ia juga dikenali sebagai refleks pengunduran (withdrawal reflex) oleh kerana ia
biasanya melibatkan pengunduran daripada rangsangan kesakitan.

Pengunduran ini tidak memerlukan pemikiran (rujuk Rajah 5.3) tetapi
interneuron akan menghantar satu fiber melalui salur spinotalamik ke otak di
mana kesakitan akan ditafsirkan. Ini berlaku serentak dengan pengunduran
daripada rangsangan. Sebagai contoh, katakan anda tersentuh seterika panas.
Dengan serta-merta, anda akan undur tangan anda dari seterika itu dan pada
masa yang sama, anda rasa kesakitan.


Rajah 5.3: Refleks pengunduran

Bagi refleks involuntari pula boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

(a) Refleks spinal atau monosipnatik (M1)
Refleks spinal atau monosipnatik ini terhasil kerana hanya melibatkan
ninap secara terus antara satu neuron sensori dan neuron motor. Sinap ini
juga dikenali sebagai refleks autogenetik di mana refleks ini melibatkan
penerimaan stimulus dan penghasilan aksi pada otot yang sama. Litensi
atau masa yang diambil bagi refleks ini adalah 30 milisaat 50 milisaat.
Neuron motor yang menerima maklumat hanya bersinap dengan otot
ekstrafeusal.
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 125
Ciri-ciri unik sinap ini adalah:
(i) Berlakunya sinap secara terus;
(ii) Tidak melibatkan interneuron; dan
(iii) Hanya aferan 1a sahaja yang terletak di spindel otot yang beraktivasi.

Rajah 5.4 berikut menggambarkan mekanisme umum refleks spinal atau
monosipnatik.


Rajah 5.4: Mekanisme umum refleks spinal atau monosinaptik

Cara yang paling mudah untuk menunjukkan aktiviti ini adalah melalui
refleks monosinaptik menerusi Rajah 5.5 berikut iaitu refleks patella.

X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 126

Rajah 5.5: Refleks patella; contoh refleks monosinaptik

Berapakah sela masa yang terlibat?



Tempoh masa ini adalah terlalu cepat untuk membolehkan otak dan sistem
motor untuk berfungsi dalam litar yang penuh. Refleks patella berlaku dalam
respons kepada regangan yang ringkas, langsung dan bertenaga ke atas tendon.

(b) Refleks spinal atau fungsi (M2)
Mekanisme umum sama dengan M1 kecuali terdapat refleks fungsi yang
melibatkan pusat refleks di tunjang otak seperti:
(i) Pusat respiratori;
(ii) Kardiak; dan
(iii) Vasomotor.

Latensi yang diambil untuk penghasilan refleks ini lebih lama sedikit
berbanding refleks monosipnatik, 50 milisaat 80 milisaat. Keadaan ini
berlaku kerana refleks ini melibatkan aferan 1a di spindel otot dan aferan
Sela masa antara mengetuk tendon patella dan permulaan pergerakan anggota
badan adalah kira-kira 50 milisaat.
Bennett (1977)
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 127
1b di golgi tendon. Aferan 1b aktif apabila aferan 1a terima regangan yang
terlalu tinggi, dan aferan 1b berfungsi untuk seimbangkan tekanan yang
terhasil dan yang ditanggung oleh aferan 1a. Contohnya, aktiviti agonis
dan antagonis otot.

(c) Refleks postur
Refleks postur adalah refleks yang paling lama dalam refleks involuntari.
Latensi yang diambil 80 milisaat 120 milisaat. Ia melibatkan tindak balas
otot secara sinergi iaitu tindakan otot secara urutan (mengikut kumpulan
otot tertentu) untuk mengekalkan imbangan postur. Aktiviti saraf berlaku
sehingga kawasan midbrain dan diensaphalon; melibatkan libatkan input
dari sistem visual, vestibular dan somatosensori. Peranan utama refleks ini
adalah untuk mengawal kesimbangan untuk kekalkan aksi keseimbangan
(dinamik dan statik).

Refleks tendon dalaman berlaku apabila reseptor tendon bertindak balas
terhadap penguncupan sesuatu otot. Fungsinya seperti refleks regangan iaitu
menyelaraskan otot dan pergerakan badan. Refleks tendon dalaman melibatkan
neuron sensori, interneuron dan neuron motor. Tindak balasnya berlawanan
dengan rangsangan asal dan ini menyebabkan otot yang terangsang direlakskan.

Refleks regangan dan tendon saling melengkapi antara satu sama lain. Misalnya,
apabila satu otot diregangkan dan merangsangkan refleks regangan, pada masa
yang sama, antagonis menguncup dan merangsangkan refleks tendon. Kedua-
dua refleks ini menyebabkan tindak balas yang sama.




SEMAK KENDIRI 5.2
Terdapat dua jenis refleks iaitu refleks voluntari dan involuntari.
Huraikan secara ringkas jenis refleks voluntari berserta dengan
contohnya.
Berminat dengan aksi refleks regangan? Layari ke laman web berikut
untuk melihat animasi pergerakan impuls:
http://bio.rutgers.edu/~gb102/lab_5/103am-pns.html
AKTIVITI 5.1
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 128
KORTEKS MOTOR DAN KORTEKS
SENSORI
Seterusnya, subtopik ini menerangkan tentang korteks motor dan sensori.

Apakah yang anda faham tentang otak manusia?



Setiap satunya melakukan ribuan hubungan dengan neuron lain untuk
membentuk jumlah laluan yang banyak melalui otak. Kawasan berlainan dalam
otak bentuk dikenali dengan perbezaan bentuk dan mempunyai peranan yang
berlainan. Rajah 5.6 berikut memaparkan gambar otak manakala Jadual 5.1
menyenaraikan fungsi otak.


Rajah 5.6: Otak manusia

Jadual 5.1: Fungsi Otak Manusia
Istilah Fungsi
Medulla Mengawal kadar nadi, pernafasan, peristalsis dan refleks seperti
menelan, batuk, bersin dan muntah
Hipotalamus Mengawal homeostasis suhu, homeostasis air dan kawalan
pengeluaran hormon oleh kelenjar pituitari
Kelenjar
pituitari
Merembes pelbagai hormon termasuk Lutenizing Hormone (LH),
Follicle Stimulating Hormone (FSH), Antidiuretic Hormone (ADH)
dan hormon pertumbuhan
5.3
Otak manusia adalah kawasan utama penyelarasan sistem saraf. Ia
mengandungi kira-kira 10
10
neuron.
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 129
Talamus Merupakan stesen pemancar, menyatukan input sensori dan
mengalirkannya ke kawasan sensori di sereberum
Serebelum Mengkoordinasikan pergerakan otot dan imbangan, postur dan
lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat
Kelenjar pineal Merembeskan melatonin iaitu hormon yang mengawal jam biologikal

Semua kawasan otak ini adalah terlibat dalam fungsi involuntari dan
dihubungkan ke sistem saraf autonomik. Sebahagian besar berfungsi dalam
proses rutin fungsi tubuh badan. Sereberum adalah bertanggungjawab untuk
semua aktiviti voluntari dan dihubungkan ke sistem saraf somatik. Sereberum
dapat dibahagikan kepada dua hemisfera. Kawasan dalam hemisfera ini
mengandungi cecair dan cuma beberapa milimeter lapisan luarnya
mengandungi neuron dan ianya dikenali sebagsai serebral korteks atau korteks.
Korteks dibentuk dengan lipatan, oleh itu ia mempunyai kawasan permukaan
yang luas.

Celebral korteks boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:
(a) Korteks atau kawasan sensori yang menerima dan memproses input
sensori dari organ sensori. Terdapat berlainan korteks untuk setiap organ
deria. Neuron sensori terlebih dahulu disalurkan melalui talamus dan juga
akan dihantar impuls kepada kawasan lain di otak untuk proses
autonomik;
(b) Korteks atau kawasan motor yang mengelola dan menghantar output
motor ke otot skeletal. Neuron motor berasal dari kawasan ini tetapi
biasanya diproses oleh serebelum sebelum ke otot. Oleh itu korteks
mungkin membuat keputusan berjalan kaki menaiki tangga, akan tetapi
serebelum akan mengelolakan dengan tepatnya sel otot mana menguncup
dan otot mana relaks; dan
(c) Korteks atau kawasan perhubungan (association) yang melibatkan
pemprosesan yang lebih tinggi.

Beberapa korteks atau kawasan adalah ditunjukkan dalam rajah peta permukaan
korteks serebral dalam Rajah 5.7.

X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 130

Rajah 5.7: Peta permukaan korteks serebral
5.3.1 Korteks Motor
Apakah korteks motor?



Korteks motor adalah terletak di kedua-dua hemisfera korteks. Bahagian kanan
kawasan korteks motor mengawal bahagian kiri tubuh badan dan sebaliknya.

Dua kawasan korteks yang biasa dirujuk sebagai korteks motor adalah:
(a) Korteks motor primer yang melaksanakan pergerakan voluntari; dan
(b) Korteks pra-motor dan kawasan suplimentari motor yang memilih
pergerakan voluntari.

Korteks motor merupakan kawasan korteks cerebral yang terlibat dalam
perancangan, kawalan dan perlaksanaan fungsi motor voluntari.
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 131
Sebagai tambahan, fungsi motor yang dihuraikan adalah:
(a) Korteks posterior parietal yang membimbing pergerakan voluntari di
udara; dan
(b) Korteks dorsalateral pra-frontal yang menentukan pergerakan voluntari
yang mana dilakukan mengikut arahan tertinggi, peraturan dan tanggapan
kendiri.
5.3.2 Korteks Sensori
Apakah pula korteks sensori?



Rujuk Rajah 5.8 yang melakarkan korteks sensori dan korteks motor supaya anda
akan lebih faham.


Rajah 5.8: Korteks sensori dan korteks motor
Korteks sensori adalah kawasan yang menerima dan proses maklumat
daripada deria.
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 132
Apakah kawasan sensori primer?



Secara umumnya, kedua-dua bahagian hemisfera menerima maklumat daripada
bahagian tubuh badan yang berlawanan. Contohnya, korteks somatosensori
primer kanan akan menerima maklumat dari anggota sebelah kiri dan korteks
visual kanan menerima maklumat dari kawasan visual sebelah kiri.




KAWASAN BRODMANN
Apakah maksud kawasan Brodmann?



Cytoarchitecture merupakan organisasi korteks yang dilihat apabila tisu
diwarnai untuk sel saraf. Kawasan Brodmann ditakrifkan oleh Korbinan
Brodmann dan dirujuk dengan nombor daripada 1 hingga 52 (rujuk Rajah 5.9).

5.4
Bahagian korteks yang menerima input sensori dari talamus dikenali sebagai
kawasan sensori primer.
Kawasan Brodmann adalah kawasan dalam korteks otak yang ditakrifkan
dalam pelbagai spesies berdasarkan kepada cytoarchitecture.
SEMAK KENDIRI 5.3
1. Apakah fungsi-fungsi korteks motor dalam kawalan pergerakan
manusia?

2. Apakah fungsi-fungsi korteks sensori dalam kawalan pergerakan
manusia?
Topik ini banyak menggunakan perkataan yang bukan dalam
perbualan biasa. Rehatkan minda anda seketika. Layari laman web di
bawah dan berehat dengan permainan The Brain: Our Sense of Self .

http://science.education.nih.gov/supplements/nih4/self/activities/
activities_toc.htm
AKTIVITI 5.2
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 133

Rajah 5.9: Permukaan lateral dan medial otak dengan Kawasan Brodmann



LALUAN IMPULS
Mari kita pelajari tentang laluan impuls dalam subtopik ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan reseptor sensori?



5.5
Reseptor sensori merupakan pintu laluan sistem saraf.
SEMAK KENDIRI 5.4
Nyatakan tiga kawasan Brodmann yang terlibat secara langsung dengan
korteks motor.
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 134
Sistem saraf hanya dapat berhubung dengan persekitarannya melalui reseptor
ini. Reseptor ini berhubung dengan fiber neuron sensori yang menukar tenaga
rangsangan reseptor kepada saraf impuls.

Tahukah anda fungsi utama neuron sensori?



Impuls bermula dari neuron sensori melalui laluan transmisi saraf yang tertentu
ke sistem sensori tertentu. Sistem sensori boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
(a) Berhubungan dengan persekitaran jauh (distance environment); dan
(b) Berhubungan dengan sensasi tubuh badan.

Sensori jauh (distance sensory) yang paling penting adalah sensori penglihatan.
Ini adalah kerana kebanyakan maklumat sensori sampai ke otak melalui laluan
visual daripada gabungan semua deria lain. Sistem sensori jauh lain adalah
seperti:
(a) Sistem pendengaran;
(b) Rasa; dan
(c) Bau.

Sensasi tubuh badan adalah dari:
(a) Kulit (sentuhan, tekanan, haba dan sakit);
(b) Sendi
(c) Otot; dan
(d) Vestibular yang juga dikenali sebagai proprioseptor termasuk sistem
somatosensori.

Sensori visceral melibatkan perasaan seperti:
(a) Lapar;
(b) Loya; dan
(c) Sakit.

Fungsi utama neuron sensori adalah untuk mengalirkan maklumat sensori
sebagai saraf impuls ke sistem saraf pusat dari pinggir (periphery) tubuh
badan.
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 135
Apakah yang dimaksudkan dengan visceral?



Rangkaian transmisi impuls sensori dari reseptor ke otak adalah sama dengan
semua sistem sensori lain. Tiga urutan neuron yang membentuk rangkaian
sensori adalah:
(a) Neuron sensori yang mengalirkan impuls dari reseptor ke sistem saraf
pusat dan ke sinaps pertama adalah dianggap neuron urutan pertama;
(b) Neuron yang mengalir impuls ke talamus merupakan neuron urutan
kedua; dan
(c) Impuls dihantar dari talamus ke korteks serebral melalui neuron urutan
ketiga.
5.5.1 Transmisi Sensori Talamus
Subtopik ini menerangkan tentang transmisi sensori talamus.

Di manakah laluan impuls sensori?



Proses sinaps akan berlaku di sini sebelum naik ke korteks serebral. Ia berbentuk
seperti dua biji bola ragbi kecil berada di atas otak tengah (midbrain) di setiap
hemisfera serebral sepertimana dipaparkan dalam Rajah 5.10 berikut.


Visceral ialah sensasi kawalan neuron sensori yang merupakan sebahagian
daripada sistem saraf autonomik.
Semua impuls sensori kecuali impuls bau melalui laluan talamus.
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 136

Rajah 5.10: Kedudukan talamus dalam otak

Talamus boleh juga dikenali sebagai pelabuhan kemasukan ke korteks. Talamus
adalah merupakan satu siri nuklei berfungsi sebagai sensori dan juga fungsi
motor. Setengah nuklei talamik menerima input sensori terus, sementara yang
lain mengalirkan fiber motor ke bahagian bawah-tengah otak dan saraf tunjang
dan ada juga masih mempunyai perhubungan terus dengan kortikal (rujuk Rajah
5.11). Kebanyakan laluan sensori berinteraksi di beberapa peringkat dalam
sistem saraf, terutamanya di talamus.


Rajah 5.11: Laluan impuls

Oleh itu, talamus merupakan peringkat penting untuk integrasi sensori kerana
banyak nuklei adalah pusat proses sistem-sistem sensori yang mengalirnya ke
korteks. Dalam struktur inilah di mana kesedaran sedar sensasi kasar (crude
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 137
sensation) seperti sentuhan, tekanan dan kesakitan dirasai. Diskriminasi sensori
yang lebih halus akan dihantar ke sfera sedar dalam korteks. Di sini, input
maklumat akan diproses dalam nuklei talamik untuk resolusi terakhir.
5.5.2 Kawasan Projeksi Sensori
Kita telah mengetahui bahawa rangsangan yang sampai ke reseptor sensori akan
ditukar kepada impuls saraf yang akan dialirkan ke sistem saraf pusat di mana ia
akan naik ke talamus. Transmisi ini mewakili kedua urutan pertama dalam
rangkaian urutan transmisi impuls sensori. Neuron urutan ketiga adalah terletak
di talamus dan menyebarkan akson-aksonnya ke dalam korteks serebral. Semua
sistem sensori menghala ke korteks dengan setiapnya ke kawasan tertentu.
Korteks merupakan peringkat terakhir atau kawasan tertinggi dalam otak di
mana maklumat sensori dari deria-deria diproses.

Kawasan korteks cerebral di mana neuron urutan ketiga sistem sensori mengalir
adalah terhad dan dikenali sebagai kawasan projeksi sensori. Kawasan projeksi
somatosensori adalah terletak di lobus parietal iaitu di belakang rekahan pusat
(central fissure). Kawasan projeksi visual adalah terdapat di lobus oksipital dan
kawasan projeksi auditori adalah dalam lobus temporal (Rajah 5.12).


Rajah 5.12: Kawasan projeksi sensori pelbagai deria

Fakta pelbagai sistem sensori mempunyai kawasan projeksinya sendiri
membantu kita menjelaskan bagaimana otak boleh membezakan antara impuls
dari sistem somatosensori dan impuls dari sistem visual. Kawasan projeksi
sensori mempunyai beberapa fungsi yang sama.

Pada dasarnya, mereka menganalisis aspek sensasi yang mudah seperti ruangan
setempat impuls dari neuron sensori dan pengesanan umum elemen rangsangan
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 138
secara berasingan. Contohnya, rangsangan elektrikal secara terus dalam korteks
somatosensori menyebabkan satu rasa mencucuk di kulit, rasa panas atau sejuk
atau rasa kebas di bahagian setempat tubuh badan seperti tangan.

Rangsangan elektrikal kawasan projeksi visual akan menyebabkan kilauan
cahaya, warna atau pergerakan cahaya. Ini juga berlaku di setempat sahaja
dalam kawasan yang tertentu bergantung kepada bahagian kawasan projeksi
visual yang dirangsangkan.

Sensasi setempat berlaku dalam kawasan projeksi sensori adalah kerana setiap
kawasan projeksi adalah dipetakan dalam bentuk mana rangsangan yang
berlaku di tempat berlainan dalam permukaan reseptor memberi kesan
rangsangan berlainan kepada kumpulan neuron dalam kawasan projeksi ini. Ini
menghasilkan satu koding lokasi objek berinteraksi dengan reseptor.

Otak sendiri berfungsi sebagai laluan penurunan serta kawalan kemasukan data
sensori yang sampai ke korteks. Fiber saraf yang menyebar turun dari lokasi atas
otak dan stem otak serta neuron saraf tunjang untuk merangsangkan terus
kawalan hasilan impuls-impuls sensori. Impuls dari fiber kortikal ini boleh
mengubah maklumat sensori yang sampai ke korteks dengan merangsang atau
menghalang neuron dalam laluan menaik. Keberkesanan laluan menurun adalah
masih samar. Namun, jumlah dan jenis kemasukan data sensori boleh dikawal
atau dipagari pada peringkat bawah transmisi. Maklumat itu mungkin
dihalang atau dirangsang semasa ia mengalir ke korteks. Dengan itu, sebahagian
data sensori mungkin dihalang untuk sampai ke korteks.


PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN
SESUATU AKSI
Brooks pada tahun 1989 (Brooks, 1989) telah mengemukakan satu model yang
melibatkan aplikasi kawalan motor. Dia mencadangkan untuk mendalami fungsi
otak adalah lebih baik mempelajarinya melalui fungsinya semasa perancangan
sesuatu pergerakan (lihat Rajah 5.13).

5.6
SEMAK KENDIRI 5.5
Huraikan secara ringkas bagaimana impuls ditransmisikan.
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 139

Rajah 5.13: Model Brooks
Sumber: Brooks (1989)

Beliau telah membahagikan kawasan otak kepada yang berikut:
(a) Sistem limbik;
(b) Korteks perhubungan;
(c) Sistem projeksi; dan
(d) Sistem saraf tunjang.

X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 140
Sistem limbik merangkumi bahagian otak yang berhubungan secara neural
untuk mengawal tingkah laku yang melibatkan:
(a) Emosi;
(b) Motivasi; dan
(c) Pembelajaran.

Fungsi sistem ini adalah membekalkan dorongan untuk tingkah laku berarahkan
matlamat (goal-directed) dalam konteks persekitaran. Sebahagian daripada
talamus dan juga hipotalamus, amigdala, kawasan septal dan hipokampus
adalah termasuk dalam sistem limbik (rujuk Rajah 5.14).


Rajah 5.14: Sistem limbik

Kawasan kedua dalam Model Neural Brooks adalah korteks perhubungan
(association) yang merangkumi sebahagian daripada lobus frontal, parietal dan
temporal otak (lihat Rajah 5.15). Selain menerima maklumat sensori yang
sebahagiannya telah diproses dari kawasan lain dalam sistem saraf pusat,
korteks perhubungan mengenal pasti, memilih dan menghubungi maklumat
yang bermakna untuk diagihkan ke peringkat korteks lebih tinggi.

TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 141

Rajah 5.15: Korteks perhubungan

Secara prinsipnya, rangkaian neural antara sistem limbik dan korteks
perhubungan berfungsi bersama untuk membimbing tingkah laku motor
berarahkan matlamat. Maklumat daripada sistem sensori akan juga
mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk tingkah laku motor.

Sistem projeksi juga memainkan peranan penting dalam tingkah laku
berarahkan matlamat. Sistem limbik dan korteks perhubungan membekalkan
panduan atau "apa yang perlu dibuat" (what to do) untuk pergerakan itu. Sistem
projeksi pula membekalkan maklumat lebih spesifik iaitu "bagaimana
melakukannya" (how to do) pergerakan itu.

Rangkaian neural ini membekalkan secara terperinci maklumat motor dan
sensori untuk memadani matlamat pergerakan itu iaitu pergerakan yang
ditentukan oleh sistem limbik dan perhubungan dan juga keperluan
persekitaran. Basal ganglia, serebelum dan korteks motor merupakan sebahagian
daripada sistem ini.

Pemahaman asas mekanisme yang terlibat menghantar maklumat adalah
penting sebelum mendalami peranan sistem saraf. Dua laluan motor yang
bertanggungjawab membawa maklumat pergerakan adalah:
(a) Sistem piramidal; dan
(b) Extrapiramidal.

Apabila impuls tiba dari otak ke laluan ini, neuron tertentu dikenali sebagai
neuron alpa motor mengalirkan maklumat ke kumpulan otot yang akan
melaksanakan pergerakan itu.
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 142
Sistem piramidal mengandungi:
(a) Fiber kortikospinal; dan
(b) Fiber kortikobulbar.

Fiber ini merupakan akson dalam korteks lobus frontal dan parietal. Oleh kerana
fiber ini bermula dari motor korteks serebral dan kawasan sensori, mereka
terlintang terus ke dalam saraf tunjang. Neuron motor dalam saraf tunjang boleh
melakukan pemilihan untuk merangsang atau menghalang transmisi segera
maklumat yang diterima.

Laluan kedua iaitu extrapiramidal menghantar maklumat lebih lambat atau
perlahan daripada piramidal. Mesej sering kali akan melencong ke kawasan
seperti kawasan subkortikal otak supaya isyarat boleh diubah suai sebelum tiba
ke saraf tunjang. Lencongan ini akan meningkatkan lagi kekompleksitian sistem
ini dan akan mewujudkan peluang untuk pengubahsuaian tingkah laku motor
sebelum dan semasa pelaksanaan pergerakan itu.

Sistem saraf tunjang merupakan bahagian akhir dalam Model Brooks yang
menerangkan kekompleksan pengaliran dan kawalan pergerakan. Sistem
muskular adalah dirangkaikan melalui neuron dengan sistem saraf tunjang
dengan pelbagai corak impuls saraf yang dibentuk sebelumnya oleh sistem
sebelumnya.

Sedikit penyesuaian dalam corak pergerakan boleh dibuat melalui beberapa
gelung (loop) maklum balas sensori. Dengan cara atau pengambilan contoh
(sampling) impuls, gelung ini membolehkan sistem ini membandingkan
matlamat pergerakan berkenaan dengan pergerakan sebenar dan keperluan
persekitaran. Tanggungjawab pergerakan yang telah diselaraskan kemudiannya
dikongsi dengan keseluruhan sistem saraf pusat dan bukannya otak sahaja.



SEMAK KENDIRI 5.6
Gunakan Model Brooks untuk menghuraikan secara ringkas bagaimana
sesuatu aksi dirancang dan dilaksanakan.
TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 143

x Otot skeletal dikawal oleh sistem saraf pusat.
x Gelung maklum balas menghubung, membanding, menyesuai, membetul
dan menyelaraskan impuls di sepanjang sistem saraf.
x Sistem saraf terdiri daripada dua jenis sel iaitu:
Neuron; dan
Neuroglia.
x Neuron menerima dan mengalir impuls.
x Neuron terdiri daripada dendrit yang menerima impuls, akson yang
transmisi serta mengalir impuls dan badan sel atau soma.
x Akson adalah disaluti dalam sarung sel (sarung mielin).
x Fungsi utama sel saraf adalah transmisi atau merangsang impuls pada sel lain.
x Transmisi impuls neural dari satu sel ke sel lain ke kawasan sasaran memerlukan
satu aksi potensi (action potential) untuk sampai ke sinaps (junction).
x Sinaps adalah terdiri daripada satu terminal akson neuron transmisi (neuron
pra-sinaps), satu ruang penuhi cecair (rekah sinaps) dan satu membran
penerima (neuron pos-sinapsis). Neuron terakhir dalam setiap rantai neural
adalah dikenali sebagai neuron aferen atau motor neuron.
x Neuron aferen atau neuron sensori mengalirkan impuls ke otak dan saraf
tunjang.
x Interneuron bermula dan berakhir di dalam otak dan saraf tunjang.
x Satu siri gelung maklum balas adalah diwujudkan sepanjang sistem saraf
pusat untuk membantu tingkah laku berarahkan matlamat.
x Otak adalah dibahagikan kepada tiga bahagian:
Otak depan (hemisfera serebral, basal ganglia, hipotalamus, talamus);
Otak tengah (kolikulus superior dan kolikulus inferior); dan
Otak belakang (pons, serebelum, medulla).
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 144
x Stem otak menghubung otak ke saraf tunjang dan termasuk otak belakang
dan otak tengah.
x Medulla menghubung otak ke saraf tunjang.
x Serebelum atas-belakang medulla menyumbang kepada kawalan pergerakan.
x Korteks adalah terdiri daripada empat gelung asas:
Frontal: Mengandungi kawasan motor utama;
Parietal: Mengandungi kawasan utama projeksi somatosensori dan kawasan
utama projeksi untuk deria rasa;
Oksipital: Mengandungi kawasan utama projeksi visual yang membimbing
pergerakan; dan
Femporal: Mengandungi kawasan projeksi utama pendengaran dan juga
pertuturan dan bau.
x Model Brooks melibatkan empat aplikasi kawalan motor iaitu:
Sistem limbik;
Korteks perhubungan;
Sistem projeksi; dan
Sistem saraf tunjang.













TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 W 145

Aksi potensi
Bukit akson
Cytoarchitecture
Hipotalamus
Kawasan Brodmann
Kawasan projeksi sensori
Kelenjar pineal
Kelenjar pituitari
Korteks motor
Korteks sensori
Korteks serebral
Laluan impuls
Medulla
Model Brooks
Neuron interneuron
Neuron motor
Neuron sensori
Neurotransmiter
Penghalang (inhibitory)
Perangsang (excitatory)
Persekitaran jauh (distance enviroment)
Proprioseptor
Rangkaian sensori
Refleks involuntari
Refleks pengunduran (withdrawal)
Refleks regangan
Refleks tendon
Refleks voluntari
Reseptor motor
Reseptor sensori
Saraf impuls
Sensori jauh (distance sensory)
Sensori visceral
Serebelum
Sistem extrapiramidal
Sistem limbik
Sistem piramidal
Summasi (summation)
Talamus
Transmisi neuron

Brooks, R. A. (1989). A robot that walks: Emergent behaviour from a carefully
evolved network, Neural Computation, 1(2), 253-262.
Brooks, R. A. (1989). Symbolic reasing among 3-D Model and 2-D images,
Artificial Intelligence, 17, 285-348.
X TOPIK 5 ASAS NEUROFISIOLOGI DALAM KAWALAN MOTOR 2 146
Edward, L. F. (1989). The physiological basis of physical education and athletics
(4th ed.). Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications
(7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropshychological approach.
Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis
(2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human
Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai