Anda di halaman 1dari 32

X PENGENALAN

Dalam Topik 7 yang lalu, kita banyak membincangkan teori yang melibatkan
pembelajaran motor. Maka pada topik pada kali ini fokus kepada bagaimana
perlaksanaan teori diaplikasikan sama ada demonstrasi atau verbal atau kedua-
duanya. Teruskan pembacaan anda dan ulangi beberapa kali untuk menjadikan
pemahaman anda lebih tekal.

Pemberian maklum balas tambahan dan pengukuhan yang sesuai kepada
seseorang pelajar merupakan satu lagi perspektif dalam proses pembelajaran
motor. Mekanisme maklum balas sensori dan maklum balas tambahan
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
8
8

X
Angkubah
Proses
Pembelajaran
Motor
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pengaruh demonstrasi semasa menjalankan latihan
terhadap pemerhatian pelajar ke atas pelajar lain;
2. Mengenal pasti pengaruh arahan verbal terhadap pembelajaran
motor;
3. Menerangkan empat kesan maklum balas tambahan dalam latihan;
4. Menyatakan empat kriteria mengenai maklum balas tambahan;
dan
5. Menentukan masa untuk maklum balas tambahan berasaskan
faktor semasa atau selepas sesuatu aksi.
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
202
(augmented feedback) merupakan maklum balas yang memainkan peranan
penting dalam proses pembelajaran motor.

Contohnya, jika anda ingin memberitahu seorang pelajar tentang bagaimana untuk
melakukan satu kemahiran, bagaimanakah anda perlu melakukannya? Kemungkinan
anda akan menggunakan pendekatan verbal untuk menerangkan apa perlu
dilakukannya, mendemonstrasi kemahiran tersebut atau menggabungkan kedua-dua
pendekatan ini. Namun, adakah anda mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
keberkesanan kedua-dua pendekatan yang mana menjadi pilihan dan yang mana satu
atau kedua-duanya sesuai digunakan?


DEMONSTRASI DAN ARAHAN VERBAL
Mendemonstrasikan sesuatu kemahiran tidak dapat dinafikan adalah satu
pendekatan yang sering digunakan. Seorang guru atau jurulatih
mendemonstrasikan satu kemahiran kerana dia percaya dengan pendekatan ini,
seseorang pelajar dapat menerima maklumat yang paling banyak dalam tempoh
masa yang singkat. Namun,kita perlu ketahui bilakah demonstrasi itu adalah
berkesan dan pada masa bila ia tidak begitu berkesan jika dibandingkan dengan
pendekatan yang lain. Begitu juga seorang guru perlu ketahui bila masa arahan
verbal adalah berkesan untuk mempelajari sesuatu kemahiran. Sekiranya arahan
verbal diberikan, apakah ciri-ciri penting yang perlu ada dalam arahan tersebut.

Menurut Magill (2003), terdapat dua sebab mengapa pendekatan demonstrasi
digunakan dalam pembelajaran kemahiran motor iaitu (lihat Rajah 8.1):


Rajah 8.1: Dua sebab pendekatan demonstrasi
Sumber: Magill (2003)
8.1
Bagaimana untuk mengajar teknik menanduk bola dengan laju ke
gawang gol? Apakah pendekatan yang sesuai?
AKTIVITI 8.1
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
203
(a) Fenomena bertambahnya minat dalam peranan deria penglihatan dalam
pembelajaran kemahiran. Ini kerana demonstrasi bagaimana untuk melakukan
sesuatu kemahiran biasanya melibatkan pemerhatian visual; dan
(b) Kita mengetahui terlalu sedikit tentang bagaimana melaksanakan strategi
instruksional dengan berkesan. Dengan itu, pengkaji telah bertungkus-
lumus memperbaiki pemahaman kita tentang peranan demonstrasi dan
arahan verbal dalam pembelajaran sesuatu kemahiran.
8.1.1 Demonstrasi
Pemodelan (modelling) dan pembelajaran melalui pemerhatian sering saling
berganti digunakan dengan istilah demonstrasi atau tunjuk cara. Ini kerana
demonstrasi adalah lebih spesifik dalam konteks arahan tentang bagaimana
untuk melakukan sesuatu kemahiran.

McCullagh dan Weiss (2001) telah membincangkan kenapa pendekatan demonstrasi
adalah lebih berkesan dalam situasi tertentu daripada pendekatan yang lain. Mereka
mencadangkan seorang guru perlu menggunakan pendekatan demonstrasi cuma
selepas memastikan bahawa situasi instruksional membolehkan penggunaan
pendekatan demonstrasi.

Berikut kita akan membincangkan apa yang perlu dipertimbangkan oleh guru
sebelum membuat keputusan instruksional ini (lihat Rajah 8.2):


X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
204

Rajah 8.2: Tujuh perkara yang perlu dipertimbangkan guru sebelum membuat keputusan
instruksional

(a) Apa yang dilihat oleh pemerhati daripada demonstrasi
Untuk menentukan situasi yang sesuai untuk demonstrasi, guru perlu
mengambil kira apa yang pelajar melihat apabila sesuatu kemahiran
didemonstrasikan. Apa yang kita lihat dan nampak boleh jadi berlainan.
Apa yang kita lihat adalah apa yang kita takrif daripada apa yang kita
nampak. Perbezaan ini adalah penting dalam perbincangan kita seterusnya.
Ini kerana apa yang pelajar perhatikan daripada demonstrasi sesuatu
kemahiran tidak semestinya apa yang secara spesifik ia nampak atau
perhatikan.

Contohnya, apabila seseorang bertanya selepas menyatakan secara lisan
apa mereka nampak dalam demonstrasi yang dapat membantu mereka
melakukan sesuatu kemahiran, mereka biasanya tidak dapat
menyatakannya dengan tepat. Kajian Scully, Newell et al. sekitar tahun
1985 hingga 1992 mendapati, apa yang pelajar memerhatikan dalam
sesuatu demonstrasi adalah maklumat mengenai corak koordinasi
kemahiran berkenaan. Iaitu, pelajar akan menggunakan corak pergerakan
itu untuk membentuk satu corak pergerakan yang baru.

TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
205
Terdapat dua kumpulan kajian yang menyokong pandangan ini:
(i) Melibatkan kajian ke atas persepsi visual pergerakan berkenaan; dan
(ii) Mengkaji pengaruh demonstrasi ke atas pembelajaran sesuatu
kemahiran kompleks.

Kedua-dua kajian ini menunjukkan bahawa sistem visual dengan secara
automatik akan mengesan maklumat corak pergerakan untuk menentukan
bagaimana menghasilkan aksi yang diperhatikannya.

(b) Persepsi visual pergerakan
Terdapat banyak kajian telah dijalankan untuk melihat bagaimana manusia
mengenal pasti corak pergerakan dalam dunia ini melalui persepsi
pergerakan manusia. Salah satu prinsip yang didapati adalah manusia
jarang menggunakan ciri-ciri spesifik komponen individu sesuatu corak
untuk membuat sesuatu keputusan tentang corak tersebut. Mereka
biasanya akan menggunakan maklumat relatif tentang perhubungan antara
pelbagai komponen berkenaan.

Menurut Magill (2003), dengan menggunakan teknik titik cahaya, pengkaji
dapat mengenal pasti maklumat relatif yang terlibat dalam persepsi visual
ke atas pergerakan manusia. Prosedur kajian ini melibatkan meletakkan
cahaya atau penanda berkilau di sendi subjek yang kemudiannya
merakamkan perlakuan sesuatu aksi atau kemahiran yang dilakukannya.
Selepas itu, rakaman itu akan dimainkan untuk tontonan pelaku yang cuma
akan nampak pergerakan tompokan berkilau.

Johansson (1973), merupakan pengkaji pertama melaporkan bahawa
manusia dapat mengenal dengan tepat perbezaan corak sesuatu pergerakan
seperti berjalan atau berlari dengan memerhatikan corak pergerakan
tompok-tompok.

Cutting dan Kozlowski (1977) kemudiannya melaporkan, dengan
memerhatikan corak pergerakan tompok, manusia sebenarnya dapat
mengenali rakan-rakannya. Dengan menggunakan simulasi komputer,
Hoenkamp (1978) telah menunjukkan bahawa ciri-ciri pergerakan
seseorang manusia digunakan untuk mengenal pasti corak pergerakan
yang berlainan bukannya merupakan mana-mana variabel kinematik.
Namun, ia merupakan nisbah tempoh masa antara ayunan depan dan ke
belakang bahagian bawah kaki.

X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
206
Hasil kajian ke atas persepsi pergerakan manusia telah menghasilkan dua
dapatan penting yang dapat membantu kita dalam pemahaman
pembelajaran melalui pemerhatian iaitu:
(i) Manusia dapat mengenal perbezaan corak pergerakan dengan tepat
dan cepat tanpa melihat keseluruhan tubuh badan atau keseluruhan
pergerakan anggota; dan
(ii) Maklumat yang paling kritikal manusia terima untuk membezakan
satu jenis corak pergerakan daripada yang lain, bukannya mana-mana
ciri pergerakan tersebut seperti halaju anggota berkenaan.

Sebenarnya manusia menggunakan perhubungan masa invarian relatif
antara dua komponen pergerakan. Daripada dapatan ini, kita dapat
menghipotesiskan bahawa perhubungan invarian dalam pergerakan yang
diselaraskan merangkumi maklumat kritikal terlibat dalam pembelajaran
melalui pemerhatian.

(c) Mengenal pasti apa yang pemerhati lihat daripada demonstrasi sesuatu
kemahiran
Kajian jenis kedua mendapati bahawa apa yang seorang pemerhati akan
gunakan daripada satu demonstrasi kemahiran mengukuhkan dapatan
kajian yang menunjukkan bahawa manusia dapat melihat perhubungan
invarian. Pada tahun 1992, Schoefelder-Zohdi telah menjalankan satu
eksperimen ke atas subjek yang berlatih dengan simulator slalom ski seperti
dalam Rajah 8.3.


Rajah 8.3: Subjek beraksi di atas simulator slalom ski

TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
207
Simulator ini mengandungi dua landasan tegar (rigid), melengkung dan
selari, di mana subjek berdiri di atas satu platform yang boleh bergerak.
Subjek dikehendaki berdiri di atas platform dengan kedua belah kaki dan
perlu menggerakkan platform itu ke kanan dan kemudiannya ke kiri sejauh
yang boleh (55sm) dengan pergerakan beritma seperti dalam slalom ski.

Platform itu disambungkan di kedua-dua hujungnya dengan spring getah
untuk memastikan platform itu akan sentiasa balik semula kedudukan
tengah atau asal. Oleh itu, subjek terlebih dahulu perlu belajar untuk
mengawal pergerakan platform dengan pergerakan beritma. Subjek akan
berlatih kemahiran ini selama beberapa hari. Selepas itu, sama ada mereka
memerhatikan seorang model yang mahir melakukannya atau melalui
penerimaan maklumat verbal tentang matlamat tugasannya.

Analisis pergerakan anggota tersebut menunjukkan subjek yang telah
memerhatikan demonstrasi lakuan telah membentuk satu corak pergerakan
seperti yang diperhatikannya daripada subjek yang tidak memerhatikan
demonstrasi.

(d) Pengaruh sifat kemahiran
Kajian untuk melihat pengaruh pembelajaran melalui demonstrasi telah
menghasilkan dapatan yang meragukan tentang keberkesanan pendekatan
demonstrasi sesuatu kemahiran. Sesetengah pengkaji telah mendapati
bahawa demonstrasi membolehkan pembelajaran sesuatu kemahiran lebih
berkesan dari pendekatan yang lain. Namun, terdapat pengkaji mendapati
sebaliknya. Magill dan Schoenfelder-Zohdi (1996) mengatakan bahawa
pengaruh demonstrasi ke atas pembelajaran sesuatu kemahiran adalah
bergantung kepada sifat-sifat kemahiran yang akan dipelajari.

Sifat yang paling penting yang akan mempengaruhi pembelajaran sesuatu
kemahiran ialah jika kemahiran yang akan dipelajari itu memerlukan
penguasaan satu corak koordinasi yang baru. Kita dapat melihatnya
dengan lebih jelas apabila kita menyusunkan kajian ini kepada dua kategori
kajian ke atas keberkesanan demonstrasi dalam pembelajaran sesuatu
kemahiran iaitu:
(i) Dapatan kajian yang mengatakan pelajar dapat belajar dengan lebih
berkesan selepas melihat demonstrasi daripada pendekatan lain.
Kajian yang dijalankan dalam kategori ini merupakan subjek yang
pada kebiasaannya mempelajari kemahiran. Mereka perlu menguasai
satu corak koordinasi anggota badannya; dan
(ii) Kajian di mana subjek biasanya mempelajari kemahiran dengan tidak
begitu berkesan selepas melihat demonstrasi atau setelah menerima
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
208
bentuk-bentuk arahan yang lain. Dalam kajian ini, subjek akan
berlatih kemahiran yang memerlukan mereka menguasai sifat-sifat
parameter yang baru.

(e) Pemerhatian demonstrasi kemahiran
Panduan biasa untuk mendemonstrasikan sesuatu kemahiran ialah
penunjuk cara (demonstrator) yang perlu melakukan kemahiran tersebut
dengan betul. Ini kerana jika pemerhati melihat dan menggunakan
maklumat corak pergerakan invarian, secara logiknya dapat dijangkakan
kualiti lakuan. Hasil daripada pemerhatiannya daripada demonstrasi
adalah bergantung kepada kualiti demonstrasi. Sebab lain selain daripada
pengumpulan maklumat corak koordinasi, seorang pemerhati juga akan
menerima maklumat berkaitan strategi yang digunakan oleh model dalam
penyelesaian masalah pergerakan.

Pada kebiasaannya, pemerhati kemudiannya akan cuba meniru strategi
yang dilihatnya untuk melakukan cubaannya semasa melakukan
kemahiran tersebut.

(f) Novis (novice) memerhatikan novis lain berlatih
Walaupun secara jangkaan teoretikal dan bukti empirikal dapat
menunjukkan bahawa adalah lebih baik seorang novis memerhatikan
demonstrasi daripada seorang penunjuk cara yang mahir. Namun, bukti
kajian menunjukkan novis juga dapat mempelajari sesuatu kemahiran
dengan berkesan walaupun memerhatikan demonstrasi daripada seorang
yang tidak mahir. Terutamanya, sekiranya kedua-dua pemerhati dan model
adalah novis. Salah satu kelebihannya ialah ia tidak menggalakkan
peniruan seorang model yang mahir tetapi menggalakkan pemerhati
terlibat bersama secara aktif dalam penyelesaian sesuatu masalah.

Salah satu cara melaksanakan pendekatan ini dengan lebih berkesan adalah
dengan mempelajari sesuatu kemahiran secara berpasangan. Pasangan
memerhatikan perlakuan rakannya. Selepas beberapa percubaan dijalankan,
pasangan itu akan bertukar peranan. Daripada dapatan kajian lepas, lebih baik
sekiranya ada guru atau jurulatih yang memberikan maklum balas verbal
kepada pelaku. Menurut strategi lain, kita boleh menyediakan satu senarai
semak aspek penting kemahiran tersebut untuk semakan pemerhati dan
pemberian maklum balas tambahan kepada pelaku.

(g) Bagaimana pemerhatian demonstrasi mempengaruhi pembelajaran
Persoalan yang sering timbul berkaitan dengan pendekatan demonstrasi
biasanya adalah bagaimanakah pemerhatian demonstrasi dapat membantu
pembelajaran kemahiran motor?
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
209
Terdapat dua pandangan kepada persoalan ini iaitu oleh:
(i) Teori mediasi kognitif oleh Bandura (1977); dan
(ii) Pandangan pemodelan dinamik oleh Gibson, Scully dan Newell
(1985).

Berikut adalah penerangan tentang kedua-dua pandangan ini:
(i) Teori mediasi kognitif

Apakah teori mediasi kognitif?



Ini membolehkan seseorang pelajar mengubah maklumat pergerakan
kepada satu memori kognitif supaya otak boleh berlatih dan
mengatur maklumat itu. Simpanan dalam memori kemudiannya
berfungsi sebagai panduan untuk melakukan kemahiran tersebut dan
piawaian untuk pengesanan kesilapan dan pembetulan.

Untuk melakukan kemahiran itu, seorang pelajar terlebih dahulu
perlu mengakses kepada stor memori dan kemudiannya
menterjemahkannya semula kepada kod kawalan motor yang
bersesuaian untuk menghasilkan pergerakan anggota atau tubuh
badan. Oleh itu, pemprosesan kognitif berfungsi sebagai pengantara
antara persepsi maklumat pergerakan dan prestasi lakuan kemahiran
itu dengan membentuk satu memori kognitif antara persepsi dan aksi
itu.

Bandura (1977) berpendapat, terdapat empat subproses yang
mengawal pembelajaran melalui pemerhatian iaitu (rujuk Rajah 8.4):

Menurut teori mediasi kognitif, apabila seorang pelajar
memerhatikan seorang model, dia akan menterjemahkan
maklumat pergerakan yang diterimanya kepada kod simbolik
memori yang akan menjadi asas kepada satu stor simpanan dalam
memorinya.
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
210

Rajah 8.4: Empat subproses yang mengawal pembelajaran melalui
pemerhatian

x Subproses perhatian (attention process)
Subproses ini melibatkan apa yang seorang pelajar itu lihat dan
maklumat yang dia terima daripada aksi model itu. Disebabkan
betapa pentingnya proses perhatian untuk pembelajaran,
penumpuan sepenuh perhatian ke atas demonstrasi adalah
penting untuk pembelajaran yang optimum;.
x Subproses penyimpanan (retention process)
Subproses yang kedua ini adalah di mana seorang pelajar
menukar dan menstrukturkan semula apa yang dia lihat pada kod
simbolik yang disimpan dalam memorinya. Beberapa aktiviti
kognitif seperti latihan, pelabelan (labelling) dan penyusunan
akan berlaku dalam keadaan ini.
x Subproses penghasilan tingkah laku
Ia merupakan subproses yang ketiga. Semasa subproses ini,
pelajar itu menterjemahkan maklumat dalam memori kepada aksi
fizikal. Kejayaan perlakuan ini memerlukan individu itu
mempunyai kebolehan fizikal untuk melakukan aksi tersebut.
x Subproses motivasi
Akhirnya subproses motivasi yang melibatkan insentif atau
motivasi untuk melakukan aksi tersebut. Subproses ini akan
memfokuskan kesemua faktor yang akan mempengaruhi motivasi
seseorang pelajar untuk melakukannya.

TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
211
(ii) Pandangan pemodelan dinamik
Pandangan kedua adalah berdasarkan kepada pandangan secara terus
persepsi oleh Gibson, Scully dan Newell (1985) ke atas pemerhatian
visual sesuatu demonstrasi kemahiran. Mereka mencadangkan
pandangan pemodelan dinamik sebagai alternatif kepada teori
Bandura.

Pandangan dinamik menyoalkan keperluan satu langkah pengekodan
(coding) simbolik antara pemerhatian aksi model dan perlakuan
fizikal aksi tersebut. Sistem visual mampu secara automatik
memproses maklumat visual untuk mengawal sistem motor berfungsi
seperti yang dikesan secara visual. Sistem visual mengumpul
maklumat daripada model dan mengawal anggota tubuh dan badan
berfungsi dalam aksi spesifik.

Seseorang pelajar tidak perlu menukar maklumat yang diterimanya
melalui sistem visual kepada kod kognitif dan disimpannya dalam
memori. Ini kerana maklumat visual secara terus membekalkan asas
untuk perlakuan koordinasi dan kawalan bahagian tubuh badan yang
diperlukan untuk menghasilkan pergerakan.

Oleh itu, keperluan pemerhati pada peringkat awal pembelajaran
adalah cuma memerhatikan demonstrasi yang membolehkannya
untuk menerima perhubungan penting koordinasi invarian dengan
bahagian anggota badan. Pemerhatian tambahan ke atas model akan
membantu pelajar dengan membantu pelajar mempelajari cara
memparameterkan aksi tersebut.



1. Nyatakan pengaruh pemerhatian pelajar ke atas pelajar lain
semasa menjalankan latihan.

2. Berikan dua ciri utama teori mengenai bagaimana pemerhatian
sesuatu demonstrasi dapat membantu seorang pelajar
mempelajari sesuatu kemahiran motor.
SEMAK KENDIRI 8.1
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
212

8.1.2 Arahan Verbal
Arahan verbal merupakan pendekatan yang sama pentingnya dengan pendekatan
demonstrasi dalam pengajaran sesuatu kemahiran motor. Terdapat empat faktor
penting dalam keberkesanan pendekatan arahan verbal (lihat Rajah 8.5):


Rajah 8.5: Empat faktor keberkesanan arahan verbal

(a) Arahan verbal dan perhatian
Seseorang pelajar mempunyai kebolehan terbatas untuk menumpukan
perhatiannya terhadap maklumat. Disebabkan batasan ini, guru mesti
mengambil kira kuantiti arahannya. Memang mudah untuk mencurahkan
arahan tentang apa yang perlu dilakukan dalam sesuatu kemahiran. Kita
dapat menjangkakan bahawa pelajar baru akan menghadapi masalah
menumpukan perhatiannya kepada lebih daripada satu atau dua arahan
tentang apa perlu dilakukannya. Oleh kerana pelajar baru perlu
membahagikan perhatiannya antara mengingati arahan dan melakukan
1. Sebagai pengukuhan, bolehkah anda terangkan maksud "masa
invarian"?
2. Anda telah membaca teknik-teknik untuk mengimplementasikan
demonstrasi. Apakah kekuatan dan kelemahan yang boleh
dinyatakan pada setiap teknik sebelum ini dalam melakukan
kaedah demonstrasi?
AKTIVITI 8.2
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
213
kemahiran berkenaan, bilangan maklumat verbal minimum akan melebihi
batasan perhatiannya.

(b) Arahan verbal untuk penumpuan perhatian dalam penghasilan pergerakan
Fungsi utama arahan adalah untuk mengarahkan pelajar mengambil
perhatian untuk fokus kepada ciri-ciri kemahiran itu atau konteks
persekitaran yang akan meningkatkan perlakuan kemahiran mereka.
Mengingat kembali perhatian boleh berlaku sama ada dalam keadaan sedar
atau tidak sedar.

Pembelajaran sesuatu kemahiran adalah apabila pelajar menumpukan
perhatiannya secara sedar semasa melakukan kemahiran itu. Ia dibuktikan
dengan kajian hipotesis kesan aksi oleh Prinz (1997) yang mencadangkan
bahawa aksi adalah paling baik jika dirancang dan dikawal dengan kesan
yang dijangkakannya.

Teori Prinz telah menjelaskan bagaimana kita mengekodkan sensori dan
maklumat motor dalam memori. Prinz (1997) tidak setuju bahawa kita
merujuk kedua-dua memori dengan kod yang sama, dan membantah
pengasingan persepsi dan aksi sebagai unik dan acara yang nyata.

Dalam pengekodan yang sama, ia menjangkakan bahawa aksi akan lebih
berkesan apabila ia dirancang dalam keadaan penghasilan yang diharapkan
dalam keadaan corak pergerakan yang diperlukan oleh kemahiran
berkenaan. Untuk menguji hipotesis kesan aksi dalam pembelajaran
kemahiran motor, pengkaji telah menjalankan eksperimen di mana arahan
yang menumpukan perhatian peserta kepada pergerakan mereka adalah
dibandingkan dengan peserta yang menumpukan perhatian mereka
kepada hasil pergerakan.

(c) Arahan verbal untuk penumpuan perhatian dalam konteks persekitaran
Arahan verbal yang berikut adalah mengenai pemberitahuan apa yang
perlu pelajar perhatikan dalam persekitarannya yang dapat membantu dia
melakukan sesuatu kemahiran. Ada kalanya, guru perlu memaklumkan
kepada pelajar apa yang perlu diperhatikannya semasa mereka melakukan
sesuatu kemahiran untuk membantu mereka memperbaiki penumpuan
perhatian visual mereka.

(d) Arahan verbal mempengaruhi strategi pencapaian matlamat
Satu lagi faktor yang perlu kita mengambil kira adalah arahan verbal yang
menghalakan perhatian seseorang pelajar kepada matlamat perlakuan
kemahiran tertentu. Contohnya, arahan verbal boleh menyebabkan
tindakan berat sebelah atau bias terhadap sesuatu strategi seseorang akan
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
214
gunakan dalam mempelajari kemahiran yang perlu dilakukan dengan
pantas dan tepat.



MAKLUM BALAS
Menyediakan individu dengan maklum balas yang sesuai dan peneguhan adalah
satu lagi perspektif tingkah laku motor.

Apakah yang diperkatakan dalam teori pembelajaran Thorndike?



Lagi kerap maklum balas disediakan maka lagi cepat pembelajaran boleh
berlaku. Menurut konsep kawalan motor lingkaran tertutup (closed loop) Adam,
maklum balas berfungsi untuk membandingkan perlakuan dan matlamat yang
diingini dengan apa yang dilakukan. Rajah 8.6 menunjukkan jenis maklum balas
tetapi dalam topik ini, fokus adalah kepada maklum balas tambahan (augmented
feedback).
8.2
Secara asasnya, menurut teori pembelajaran Thorndike (1931), maklum balas
amat diperlukan untuk mengukuhkan respons-rangsangan (S R) di mana
pembelajaran akan berlaku dan lebih berkesan bila ada maklum balas.
AKTIVITI 8.3
Berikan contoh-contoh bagaimana arahan verbal boleh mempengaruhi ke
mana seseorang pelajar memberi tumpuannya semasa melakukan satu
kemahiran motor.
Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda
digalakkan ke laman berikut untuk pengukuhan:
http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/
chapter13/multiple_choice_quiz.html
Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan
anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai.
Selain itu terdapat pautan related reading untuk memantapkan
kefahaman anda.
SEMAK KENDIRI 8.2
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
215

Rajah 8.6: Ilustrasi jenis maklum balas yang berkaitan dengan pembelajaran
dan penghasilan kemahiran motor

KESAN MAKLUM BALAS TAMBAHAN
(AUGMENTED FEEDBACK) DALAM
LATIHAN
Dalam latihan proses pembelajaran, kemahiran melalui demonstrasi dan verbal
merupakan kaedah utama. Namun terdapat satu lagi aspek iaitu "maklum balas
tambahan". Apa yang dikatakan dengan maklum balas tambahan?

Maklum balas tambahan dalam proses latihan atau pembelajaran sesuatu
kemahiran mempunyai dua peranan yang penting iaitu:

(a) Mempermudah pencapaian matlamat aksi kemahiran tertentu
Ini adalah kerana maklum balas tambahan akan memberikan maklumat
tentang kejayaan kemahiran yang sedang atau telah dilakukan. Pelajar itu
dapat menentukan sama ada apa yang telah dilakukannya adalah
bersesuaian untuk melakukan kemahiran berkenaan dengan betul. Oleh itu,
maklum balas tambahan dapat membantu seseorang pelajar mencapai
matlamat kemahiran itu dengan lebih cepat atau mudah jika dibandingkan
dengan tanpa maklum balas.

8.3
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
216
(b) Memotivasikan pelajar untuk meneruskan usahanya ke arah sesuatu
matlamat
Di sini, pelajar menggunakan maklum balas tambahan untuk
membandingkan perlakuannya dengan matlamat sesuatu perlakuan.
Pelajar itu kemudiannya perlu menentukan sama ada perlu meneruskan
percubaannya ke arah sesuatu matlamat atau menghentikannya.


8.3.1 Kepentingan Maklum Balas Tambahan dalam
Penguasaan Kemahiran
Adakah maklum balas tambahan perlu untuk seorang pelajar semasa
mempelajari sesuatu kemahiran motor? Jawapan kepada persoalan ini
mempunyai implikasi teoritikal dalam pemahaman sifat pembelajaran
kemahiran itu sendiri. Sama ada perlu atau kurang perlu untuk maklum balas
tambahan dalam penguasaan kemahiran motor, dapat menjelaskan kepada kita
apakah yang mencirikan sistem pembelajaran manusia dan bagaimana ia
berfungsi untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.

Dari perspektif praktikal, penentuan keperluan maklum balas tambahan dalam
pembelajaran kemahiran dapat memberikan satu panduan pengembangan dan
implementasi strategi instruksional. Seperti yang kita lihat, jawapan kepada
persoalan ini bukannya mudah seperti ya atau tidak. Ia mempunyai empat
jawapan yang berlainan. Jawapan mana yang sesuai adalah bergantung kepada
beberapa ciri kemahiran yang akan dipelajari dan pelajar yang akan mempelajari
kemahiran itu.

(a) Maklum balas tambahan adalah perlu untuk penguasaan kemahiran
Dalam sesetengah situasi pembelajaran kemahiran, terdapat pelajar yang
tidak boleh menggunakan maklum balas intrinsik-tugasan bagi
menentukan apa yang mereka perlu lakukan untuk memperbaiki
perlakuannya. Dengan itu, maklum balas tambahan adalah perlu untuk
pembelajaran.

AKTIVITI 8.4
Bagaimana maklum balas tambahan ini dilaksanakan? Cadangkan masa,
teknik dan perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat maklum
balas.
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
217
Terdapat tiga jenis situasi di mana pelajar mungkin tidak dapat
menggunakan maklum balas penting intrinsik-tugasan dengan berkesan
iaitu:
(i) Sesetengah situasi kemahiran tidak memberikan maklum balas
sensori kritikal untuk seseorang. Contohnya, apabila seseorang
pelaku tidak dapat melihat sesuatu sasaran yang beliau perlu tujui,
pelaku itu tidak akan memperoleh maklum balas visual yang penting.
Dalam keadaan ini, maklum balas tambahan akan menambahkan
maklumat kritikal yang tidak diperoleh daripada persekitaran
tugasan itu sendiri;
(ii) Dalam sesetengah situasi pembelajaran disebabkan oleh kecederaan,
penyakit dan sebagainya, tidak terdapat laluan sensori yang
diperlukan untuk mengesan maklum balas intrinsik-tugasan
kemahiran yang sedang dipelajarinya. Untuk golongan pelajar seperti
ini, maklum balas tambahan dapat membekalkan maklumat yang
tidak diperolehnya; dan
(iii) Dalam situasi- pembelajaran tertentu, maklum balas intrinsik-tugasan
yang sesuai telah diberikan dan sistem sensori seseorang pelajar itu
dapat mengesannya tetapi pelajar itu tidak dapat menggunakan
maklum balas itu.

Contohnya, seorang pelajar belajar untuk menggerakkan anggota badannya
ke satu jarak atau membaling sebiji bola pada satu kelajuan tertentu
mungkin tidak dapat menganggarkan jarak atau kelajuan balingannya
disebabkan oleh kekurangan pengalamannya. Dalam situasi ini, maklum
balas tambahan dapat membantu maklum balas intrinsik-tugasan yang
diperoleh menjadi lebih bermakna kepada pelaku berkenaan.

(b) Maklum balas tambahan mungkin tidak perlu dalam penguasaan
kemahiran
Sesetengah kemahiran motor akan memberikan maklum balas intrinsik-
tugasan berterusan. Untuk kemahiran seperti ini, pelajar boleh
menggunakan sistem maklum balas sensorinya untuk menentukan
pergerakan yang bersesuaian dan melakukan perubahan untuk percubaan
akan datang.

(c) Maklum balas tambahan boleh meningkatkan penguasaan kemahiran
Terdapat beberapa jenis kemahiran motor yang dapat dipelajari tanpa
maklum balas tambahan. Namun, mereka dapat mempelajarinya dengan
lebih cepat atau melakukannya dengan lebih baik sekiranya mereka
menerima maklum balas tambahan semasa latihan. Untuk kemahiran ini,
maklum balas tambahan tidak sebenar perlu atau terlebih. Maklum balas
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
218
tambahan ini sebenarnya dapat meningkatkan pembelajaran jenis
kemahiran ini melebihi apa yang dicapainya tanpa maklum balas
tambahan.

Kemahiran dalam kategori ini termasuklah kemahiran yang mana
peningkatan perlakuannya berlaku melalui maklum balas intrinsik-tugasan
sendiri. Namun, disebabkan beberapa kemahiran atau ciri-ciri pelajar,
peningkatan perlakuan cuma akan meningkat ke satu tahap tertentu sahaja.
Salah satu kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran mudah untuk
mencapai matlamat perlakuannya. Contohnya, matlamat pergerakan
bergerak pantas dengan segera.

Satu jenis lagi kemahiran di mana maklum balas tambahan dapat
meningkatkan pembelajaran adalah kemahiran kompleks yang
memerlukan pelajar memiliki satu corak koordinasi pelbagai anggota
badan. Dengan kemahiran seperti ini, pelajar boleh menguasai beberapa
darjah kejayaan dengan cuma melakukan beberapa ulangan percubaan
untuk mencapai matlamat perlakuan itu. Namun, proses pencapaian
matlamat ini dapat dipercepatkan dengan maklum balas tambahan. Dengan
lebih spesifik, maklum balas tambahan yang berkesan adalah maklumat
berkaitan komponen kritikal corak koordinasi pergerakan tersebut.

(d) Maklum balas tambahan boleh menghalang penguasaan kemahiran
Salah satu kesan maklum balas tambahan ke atas pembelajaran kemahiran
yang kita biasa tidak sangka adalah ia boleh menghalang proses
pembelajaran. Kesan ini berlaku terutamanya apabila seorang pelajar baru
terlalu bergantung kepada maklum balas tambahan yang tidak diperoleh
dalam situasi ujian. Pada kebiasaannya, peningkatan perlakuan pelajar
peroleh semasa latihan akan merosot dalam situasi ujian. Sebenarnya dalam
situasi tertentu, bukan hanya perlakuannya merosot apabila maklum balas
tambahan dihentikan tetapi perlakuan dalam ujian turut akan mengalami
kemerosotan jika maklum balas tambahan tidak langsung diberikan.

Sifat tugasan yang biasanya bergantung kepada maklum balas tambahan
adalah apabila maklum balas intrinsik-tugasan adalah minimum atau sukar
diterjemahkan. Semasa melakukan jenis tugasan ini, pelajar biasanya akan
menggantikan maklum balas intrinsik-tugasan dengan maklum balas
tambahan. Ini adalah kerana ia memberikan mereka satu panduan mudah
diguna untuk melakukannya dengan betul.

TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
219


KRITERIA DALAM MAKLUM BALAS
TAMBAHAN
Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan isu penting mengenai kriteria
maklum balas tambahan yang perlu wujud untuk membantu pelajar menguasai
sesuatu kemahiran. Kita akan membincangkan empat isu yang berkaitan dengan
kriteria maklum balas tambahan.
8.4.1 Maklumat Mengenai Kesilapan Berbanding
dengan Aspek Betul Perlakuan
Kandungan dalam maklum balas tambahan sering diperdebatkan, sama ada
maklumat seseorang guru sampaikan kepada pelajar harus merujuk kepada
perlakuan pelajar atau aspek perlakuan yang betul. Kajian telah menunjukkan
bahawa maklumat kesilapan adalah lebih berkesan untuk memudahkan
peningkatan perlakuan.

Dapatan kajian ini menyokong kepentingan hipotesis yang memfokus kepada
apa yang dilakukan dengan betul semasa mempelajari sesuatu kemahiran,
terutamanya pada peringkat awal pembelajaran. Ia tidak mencukupi dengan
sendirinya untuk menghasilkan pembelajaran optimum. Ia lebih berdasarkan
kepada pengalaman seseorang pelajar yang telah dialami semasa membetulkan
kesilapan dengan berpandukan kepada maklum balas tambahan, terutamanya
untuk penguasaan sesuatu kemahiran. Kita juga boleh melihat isu ini dengan
mengambil kira peranan berbeza yang dimainkan oleh maklum balas tambahan.

Maklumat kesilapan menghalakan seseorang pelajar untuk menukar beberapa
ciri perlakuan; dengannya kita akan memudahkan penguasaan sesuatu
kemahiran. Sebaliknya, maklumat yang menunjukkan seseorang pelajar
melakukan beberapa ciri perlakuan dengan betul; ia akan memaklumkan kepada
pelajar itu bahawa dia berada dalam landasan yang betul. Dia mempelajari
kemahiran itu dan akan menggalakkan pelajar itu terus mencuba. Maklumat
berkaitan kesilapan memudahkan penguasaan kemahiran, sedangkan maklumat
8.4
SEMAK KENDIRI 8.3
Nyatakan perbezaan antara maklum balas intrinsik-tugasan dengan
maklum balas tambahan.
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
220
berkaitan perlakuan betul lebih berkesan untuk memotivasikan pelajar untuk
meneruskan percubaannya.


8.4.2 Maklum Balas Hasil Lakuan (Knowledge of
Results KR) Berbanding dengan Maklum
Balas Prestasi (Knowledge of Performance KP)
Persoalan perbandingan kegunaan KR dan KP dalam situasi pembelajaran
kemahiran adalah seperti berikut:
(a) Adakah pengamal menggunakan salah satu bentuk maklum balas
tambahan ini lebih kerap dari bentuk lain?
(b) Adakah mereka mempengaruhi pembelajaran kemahiran dalam cara yang
sama atau berlainan?

Dalam kajian yang dijalankan oleh Fishman dan Tobey (1978), mendapati
sesorang guru akan menggunakan 94%s daripada masanya dengan memberikan
KP dari KR. Jawapan bagi persoalan kedua, dalam kajian Kernodle dan Carlton
(1992) telah menunjukkan bahawa KP adalah lebih berkesan dari KR untuk
memudahkan pembelajaran motor. Namun, kajian yang dijalankan oleh
Silverman, Woods dan Subramaniam (1999) mendapati bahawa kedua KR dan
KP adalah sama penting dalam sesi pembelajaran kemahiran.

KR akan berkesan untuk pembelajaran kemahiran dalam sekurangnya empat
keadaan berikut:
(a) Pelajar sering menggunakan KR untuk mengesahkan penilaian maklum
balas intrinsik-tugasan itu sendiri;
(b) Pelajar mungkin memerlukan KR kerana mereka tidak dapat menentukan
penghasilan perlakuan sesuatu kemahiran dengan cuma adanya maklum
balas intrinsik-tugasan;
(c) Pelajar sering menggunakan KR untuk memotivasikan diri mereka untuk
meneruskan latihan kemahiran itu; dan
AKTIVITI 8.5
Cadangkan contoh yang sesuai untuk subtopik ini dan bincangkan
dengan tutor anda sama ada contoh itu sesuai atau sebaliknya.
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
221
(d) Pengamal mungkin ingin memberikan hanya KR supaya dapat
mewujudkan satu situasi pembelajaran penemuan (discovery).

Sebaliknya, KP adalah berguna apabila:
(a) Kemahiran yang mesti dilakukan mengikut sifat pergerakan tertentu,
seperti aksi gimnastik atau terjunan papan anjal;
(b) Komponen pergerakan kemahiran tertentu yang memerlukan koordinasi
kompleks mesti dipertingkatkan atau dibetulkan;
(c) Matlamat aksi adalah merupakan satu kinematik; kinetik atau aktiviti otot
spesifik; dan
(d) KR adalah berlebihan dengan maklum balas intrinsik-tugasan.
8.4.3 Maklumat Kualitatif Berbanding dengan
Kuantitatif
Maklum balas tambahan boleh dalam bentuk:
(a) Kualitatif;
(b) Kuantitatif; atau
(c) Kedua-duanya.

Jika maklum balas tambahan itu melibatkan satu nilai berangka (numerical) yang
berkaitan dengan magnitud sebahagian sifat perlakuan, ia dikenali sebagai
maklum balas kuantitatif. Sebaliknya, maklum balas kualitatif merupakan
maklumat yang merujuk kepada kualiti sifat perlakuan itu.

Untuk maklum balas verbal, adalah mudah untuk membezakan jenis maklumat
ini dalam situasi perlakuan. Seorang guru boleh memberikan maklumat
kuantitatif untuk percubaan yang dilakukan oleh pelajarnya. Contohnya, seorang
guru mengajar seorang pelajar melakukan servis dalam tenis, boleh memberitahu
pelajar itu sama ada servis itu baik atau keluar, atau boleh menyatakan seperti,
"Awak telah melakukan kontak bola terlalu jauh di depan awak." Sebaliknya
seorang guru boleh memberi maklum balas tambahan dalam bentuk verbal
maklumat kuantitatif seperti, "Servis awak terlebih 6sm" atau Awak kontak bola
terlebih 10sm di depan awak.

Bagaimana kedua-dua jenis maklum balas tambahan maklumat ini
mempengaruhi pembelajaran kemahiran? Walaupun pandangan tradisional
lebih gemar dengan maklum balas kuantitatif, kajian yang dijalankan oleh Magill
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
222
dan Wood (1986) mencadangkan kesimpulan yang berlainan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pada peringkat awal pembelajaran, tumpuan harus
diberikan kepada maklumat kualitatif walaupun terdapat maklumat kuantitatif.


8.4.4 Maklum Balas Tambahan Berdasarkan Saiz
Kesilapan
Berapa besarkah saiz kesilapan seorang pelajar lakukan sebelum seorang guru
memberikan maklum balas tambahan? Bagi kebanyakan orang, adalah
munasabah untuk memberikan maklum balas tambahan cuma apabila kesilapan
sampai ke satu tahap yang memerlukan perhatian.

Pendekatan ini mencadangkan bahawa dalam situasi pembelajaran kemahiran,
pengamal telah mewujudkan performance bandwidth yang membentuk batasan
toleransi. Batasan toleransi adalah kesilapan perlakuan yang menentukan bila
mereka akan atau tidak akan memberikan maklum balas tambahan. Apabila
perlakuan seseorang pelajar itu diterima, contohnya, dalam lingkungan batasan
toleransi bandwidth, guru tidak akan memberikan maklum balas tambahan.

Namun, jika perlakuan itu tidak diterima, contohnya, jumlah atau jenis kesilapan
adalah di luar lingkungan bandwidth itu, maka guru akan memberikan maklum
balas tambahan kepada pelajar itu. Dalam perlaksanaan teknik performance
bandwidth dalam situasi pembelajaran kemahiran, ia harus mengambil kira
peringkat pembelajaran pelajar itu. Ia adalah wajar contohnya, mengurangkan
saiz kesilapan bandwidth apabila pelajar beransur daripada peringkat awal
pembelajaran ke peringkat berikutnya.


SEMAK KENDIRI 8.4
Nyatakan perbezaan antara maklum balas kuantitatif dengan kualitatif.
Bilakah masa yang sesuai untuk memberi maklum balas tambahan?
Jelaskan.
AKTIVITI 8.6
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
223
MASA UNTUK MAKLUM BALAS
TAMBAHAN
Akhirnya, persoalan timbul mengenai masa yang sesuai untuk memberikan
maklum balas tambahan. Adakah anda memberikan maklum balas tambahan
semasa pelajar sedang mengayun kayu hoki, selepas dia memukul bola atau di
kedua-dua fasa? Jika anda memberi maklum balas tambahan selepas pelajar itu
memukul bola, persoalan kedua mungkin timbul iaitu berapa segera selepas
pelajar itu memukul bola harus anda memberikan maklum balas tambahan?
Persoalan ketiga sama ada anda perlu memberikan maklum balas tambahan
setiap kali pelajar itu memukul bola atau cuma beberapa kali sahaja sepanjang
sesi latihan itu?
8.5.1 Maklum Balas Tambahan Semasa dan Selepas
Persoalan masa maklum balas tambahan yang pertama adalah sama ada ia lebih
baik memberikan maklum balas tambahan semasa seorang pelajar sedang
melakukan sesuatu kemahiran yang dikenali sebagai maklum balas tambahan
semasa atau pada penghujung percubaan yang dikenali sebagai maklum balas
tambahan selepas. Persoalannya sekarang sama ada pemberian maklum balas
tambahan semasa atau selepas adalah lebih baik untuk memudahkan
penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklum balas tambahan selepas berkesan hampir dalam semua situasi
kemahiran. Maklum balas tambahan semasa lebih berkesan apabila maklum
balas intrinsik-tugasan adalah sukar digunakan untuk menentukan bagaimana
untuk melakukan kemahiran atau meningkatkan prestasi perlakuan itu.

(a) Kesan maklum balas tambahan semasa ke atas pembelajaran
Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua jenis kesan maklum balas
tambahan semasa dalam situasi pembelajaran kemahiran iaitu:

(i) Kesan pembelajaran negatif
Walaupun prestasi perlakuan meningkat semasa latihan semasa
maklum balas tambahan diberikan, ia merosot dalam pengekalan atau
pemindahan percubaan semasa maklum balas tambahan dihentikan.
Dalam situasi ini, maklum balas tambahan semasa akan
mempengaruhi pelajar untuk mengalihkan tumpuan mereka dari
maklum balas kritikal intrinsik-tugasan ke maklum balas tambahan.
Akibatnya, mereka akan menggantikan maklumat penting dari
maklum balas intrinsik-tugasan dengan maklum balas tambahan.

8.5
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
224
(ii) Kesan pembelajaran negatif
Kesan kedua maklum balas tambahan semasa ke atas pembelajaran
adalah maklum balas tambahan dapat meningkatkan pembelajaran
kemahiran.

Ada dua hipotesis yang membantu kita untuk memahami bagaimana membuat
jangkaan kesan pembelajaran positif atau negatif apabila maklum balas
tambahan semasa diberikan dalam pembelajaran sesuatu kemahiran iaitu:
(i) Annett (1959, 1969, 1970) menyatakan bahawa maklum balas
tambahan harus diambil kira dari segi nilai maklumatnya yang amat
penting dari maklum balas intrinsik-tugasan dan maklum balas
tambahan. Menurut beliau, apabila nilai maklumat maklum balas
intrinsik-tugasan adalah rendah tetapi nilai maklumat maklum balas
tambahan adalah tinggi, maklum balas tambahan semasa akan
menyebabkan penggantungan maklumat daripada maklum balas
tambahan.
(ii) Lintern, Roscoe dan Sivier (1990, 1991) menyatakan bahawa latihan
dengan pemberian maklum balas tambahan akan manfaatkan
pembelajaran sehinggakan maklum balas tambahan akan menyebabkan
pelajar lebih peka kepada unsur atau perhubungan dalam tugasan.

Ini bermakna, untuk membolehkan maklum balas tambahan semasa lebih
berkesan, ia harus memudahkan pembelajaran sifat kritikal atau
perhubungan tugasan itu seperti yang diberikan oleh maklum balas
intrinsik-tugasan. Pembelajaran negatif akan terjadi apabila maklum balas
tambahan mengalihkan tumpuan pelajar dari ciri-ciri ini. Namun,
pembelajaran positif akan berlaku apabila maklum balas tambahan
menghalakan tumpuan pelajar kepada ciri-ciri ini.

(b) Jeda KR-Tangguh dan KR-Pasca
Isu masa maklum balas tambahan kedua adalah apabila maklum balas
tambahan diberikan selepas itu. Dua masa jeda adalah diwujudkan antara
dua percubaan iaitu:
(i) Jeda KR-Tangguh; dan
(ii) Jeda KR-Pasca.

Untuk memahami perhubungan antara jeda ini dan pembelajaran
kemahiran, kita perlu memahami pengaruh dua angkubah iaitu:
(i) Masa: Contohnya, tempoh jeda dan
(ii) Aktiviti: Contohnya, kognitif dan/atau aktiviti motor semasa jeda itu.
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
225
Pada kebiasaannya, kita diberitahu bahawa seorang pelajar perlu diberikan
maklum balas tambahan segera selepas melakukan sesuatu kemahiran. Ini
kerana penangguhan selepas suatu tempoh masa akan mengganggu atau
melemahkan pembelajaran. Kajian mendapati bahawa pelajar melihat
maklum balas tambahan lebih sebagai ganjaran jika maklum balas
tambahan mempunyai nilai maklumat yang dapat digunakan untuk
menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran sesuatu kemahiran. Juga
didapati bahawa penangguhan maklum balas tambahan tidak memberi
kesan negatif ke atas pembelajaran.

Schmidt, Young, Shapiro dan Swinnen (1989) berpendapat, walaupun
penangguhan maklum balas tambahan tidak memberi kesan ke atas
pembelajaran tetapi ia seharusnya mempunyai satu tempoh minimum
sebelum maklum balas tambahan diberikan. Daripada kajian mereka,
didapati pemberian KR segera selepas melakukan sesuatu pergerakan
memberi kesan negatif ke atas pembelajaran.

Satu kemungkinan berlakunya kesan ini adalah apabila pelajar menerima
maklum balas tambahan terlalu awal selepas sesuatu pergerakan, mereka
tidak dapat menaksir analisis maklum balas intrinsik-tugasannya, di mana
ia mustahak bagi mereka untuk membina kebolehan pengesanan kesilapan.
Apabila maklum balas tambahan ditangguhkan hanya beberapa saat,
kebolehan ini dapat dibentuk lebih berkesan.

Kajian ke atas kesan aktiviti semasa jeda KR-Tangguh mendapati tiga jenis
hasilan iaitu:
(i) Kesan paling biasa aktiviti semasa KR-Tangguh pada pembelajaran
kemahiran adalah ia tidak mempengaruhi pembelajaran;
(ii) Kesan kedua adalah aktiviti semasa jeda KR-Tangguh akan
menghalang pembelajaran. Dua jenis aktiviti spesifik yang
menunjukkan kesan negatif adalah:
x Jika aktiviti jeda KR-Tangguh akan mengganggu pembelajaran, ia
akan mengganggu proses pembelajaran yang diperlukan oleh
tugasan utama yang dipelajari. Kajian menunjukkan bahawa
apabila pelajar perlu mempelajari sama ada satu kemahiran motor
atau kognitif semasa jeda KR-Tangguh, aktiviti ini akan
mengganggu pembelajaran kemahiran utama; dan
x Jenis aktiviti KR-Tangguh lain yang akan menghalang
pembelajaran kemahiran melibatkan anggaran kesilapan masa-
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
226
pergerakan pergerakan pelajar lain, di mana pelajar kedua
melakukan semasa jeda.

(iii) Jenis aktiviti ketiga semasa jeda KR-Tangguh sebenarnya manfaatkan
pembelajaran. Salah satunya adalah aktiviti yang memerlukan
seorang pelajar menilai perlakuannya sendiri. Kita akan merujuk
aktiviti jenis ini sebagai strategi penilaian subjektif perlakuan.

Kajian mendapati keberkesanan dua pendekatan yang digunakan strategi
ini. Satu memerlukan anggaran penghasilan perlakuan dan satu lagi
memerlukan penilaian ciri-ciri pergerakan perlakuan kemahiran tersebut.
Hasil kajian oleh Swinnen (1990) mendapati, strategi anggaran subjektif
perlakuan akan manfaatkan pembelajaran tetapi strategi anggaran
perlakuan pelajar lain akan menghalang pembelajaran.

Jenis kedua anggaran subjektif perlakuan yang manfaatkan pembelajaran
melibatkan anggaran ciri-ciri spesifik sebahagian komponen-komponen
pergerakan aksi berkenaan. Untuk tujuan instruksional, implikasi paling
signifikan pelbagai kesan aktiviti semasa jeda KR-Tanggguh ialah pelajar
yang sedang melatih sesuatu kemahiran boleh menggunakan strategi yang
memanfaatkan selepas mereka melakukan perlakuan kemahiran itu,
sebelum guru memberi maklum balas tambahan kepada mereka. Sebelum
mereka menerima maklum balas tambahan, mereka boleh secara verbal
menjelaskan apa yang mereka lakukan salah yang menyebabkan
penghasilan perlakuan yang tidak seperti dikehendaki.

Signifikan jeda KR-Pasca adalah semasa tempoh masa ini, pelajar akan
merangka satu pelan tindakan untuk percubaan berikutnya. Perancangan
berlaku semasa jeda ini kerana pelajar itu mempunyai kedua maklum balas
intrinsik-tugasan dan maklum balas tambahan. Jika pelajar memproses
maklumat kritikal pembelajaran kemahiran semasa jeda KR-Pasca, kita
akan menjangkakan satu jangka masa minimum untuk jeda ini. Untuk
pembelajaran optimum, satu jumlah masa minimum diperlukan untuk
pelajar terlibat dalam proses pembelajaran yang diperlukan.

Kesan penglibatan dalam aktiviti adalah sama bagi jeda KR-Tangguh dan
KR-Pasca. Ia bergantung kepada jenis aktiviti. Aktiviti ini boleh jadi tidak
memberi kesan, mengganggu atau memanfaatkan pembelajaran. Dapatan
kajian yang paling biasa ialah aktiviti semasa jeda KR-Pasca tidak memberi
kesan kepada pembelajaran kemahiran. Mereka menggunakan masa
perancangan ini untuk mengambil kira perbezaan maklumat antara
maklum balas intrinsik-tugasan dengan maklum balas tambahan untuk
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
227
menentukan bagaimana untuk melakukan perlakuan percubaan
berikutnya.



Pemodelan merupakan penggunaan demonstrasi sebagai pendekatan untuk
menyampaikan maklumat tentang bagaimana untuk melakukan sesuatu
kemahiran.
Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembelajaran sesuatu
kemahiran melalui memerhatikan bagaimana seseorang melakukan suatu
kemahiran. Ia dikenali sebagai pemodelan juga.
Kelebihan memerhatikan sesuatu kemahiran melalui demonstrasi adalah
pemerhati dapat mengesan ciri-ciri invarian corak pergerakan yang terlibat
dalam perlakuan kemahiran tersebut.
x Demonstrasi biasanya merupakan satu pendekatan arahan yang lebih
berkesan dalam pembelajaran sesuatu kemahiran yang memerlukan satu
corak koordinasi pergerakan yang baru.
x Pemerhatian oleh seorang pelajar novis pada latihan kemahiran seorang
novis dapat membantu pelajar itu dalam pembelajaran sesuatu kemahiran
dengan berkesan.
x Sesuatu kemahiran perlu didemonstrasikan beberapa kali sebelum seseorang
pelajar memulakan latihan kemahiran tersebut dengan tambahan
demonstrasi semasa latihan jika perlu.
x Demonstrasi bentuk auditori adalah berkesan untuk pembelajaran kemahiran
motor yang mempunyai pergerakan keseluruhan matlamat masa yang
spesifik dan kemahiran-kemahiran yang memerlukan urutan atau rentak
ritma yang spesifik.
x Dua teori utama yang menjelaskan kepentingan demonstrasi dalam
pembelajaran kemahiran adalah:
SEMAK KENDIRI 8.5
Huraikan secara ringkas KR-Tangguh dan KR-Pasca.
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
228
Teori mediasi kognitif yang menjelaskan bahawa pemerhatian sesuatu
demonstrasi akan membentuk satu memori tersimpan kemahiran yang
diperhatinya dan pelaku perlu mengaksesnya sebelum melakukan
kemahiran itu.
Pandangan dinamik pula menjelaskan bahawa pelajar tidak memerlukan
pengantara kognitif kerana sistem visual boleh mengawal sistem kawalan
motor untuk melakukan kemahiran itu seperti yang diperhatikan.
x Beberapa faktor berkaitan perhatian atau penumpuan adalah penting diambil
kira semasa menggunakan arahan verbal dalam arahan bagaimana
melakukan sesuatu kemahiran motor.
Arahan harus mengambil kira batasan kapasiti kebolehan perhatian atau
penumpuan pelajar.
Mengikut hipotesis kesan pergerakan, arahan seharusnya mengarahkan
fokus atau tumpuan pelajar dalam hasilan pergerakan dan bukannya
pergerakan itu sendiri.
Pelajar novis boleh belajar keadaan regulatori konteks persekitaran tanpa
kesedaran mereka, contohnya, pembelajaran implisit, walaupun perhatian
fokus kepada konteks persekitaran adalah penting.
Arahan akan mempengaruhi pelajar novis untuk menghalakan perhatian
kepada beberapa matlamat perlakuan tertentu yang akan mempengaruhi
strategi pelajar gunakan untuk memulakan latihan sesuatu kemahiran.
x Maklum balas tambahan merupakan maklum balas berkaitan perlakuan yang
diberikan oleh sumber luar; ia dapat menambah atau meningkatkan maklum
balas intrinsik-tugasan yang merupakan maklum balas berkaitan perlakuan
terus daripada sistem sensori semasa melakukan sesuatu kemahiran.
x Dua jenis maklum balas tambahan yang berbeza adalah maklum balas hasil
lakuan (KR) dan maklum balas prestasi (KP).
x Maklum balas tambahan mempunyai dua peranan dalam proses
pembelajaran kemahiran iaitu:
Memudahkan pencapaian matlamat aksi kemahiran; dan
Memotivasikan pelajar untuk terus mencuba ke arah pencapaian
matlamat.
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
229
x Keperluan maklum balas tambahan untuk pembelajaran kemahiran boleh
dijelaskan dalam empat cara:
Ia menjadi keperluan untuk pembelajaran kemahiran;
Ia mungkin tidak perlu untuk pembelajaran kemahiran;
Ia boleh meningkatkan pembelajaran kemahiran; dan
Ia boleh menghalang pembelajaran kemahiran.
x Isu kandungan maklum balas tambahan termasuk:
Perlukah maklumat diberikan kepada pelajar mengenai kesilapan yang
dibuatnya atau aspek perlakuan yang betul?
Haruskah maklum balas tambahan dalam bentuk KR atau KP?
Adakah maklum balas tambahan dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif?
Adakah maklum balas tambahan berdasarkan kepada saiz atau bilangan
kesilapan?
x Maklum balas tambahan semasa boleh memberi kesan positif atau negatif ke
atas pembelajaran kemahiran.
x Dua masa jeda yang berkaitan dengan maklum balas tambahan adalah jeda
KR-Tangguh dan KR-Pasca. Kedua-duanya memerlukan satu tempoh masa
minimum. Penglibatan dalam aktiviti semasa jeda ini boleh menghalang,
memanfaatkan atau tidak memberi kesan ke atas pembelajaran kemahiran.














X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
230

Hipotesis kesan aksi
Jeda KR-Tangguh
Jeda KR-Pasca
Maklum balas hasil lakuan
(k(knowledge of results KR)
Maklum balas intrinsik-tugasan
Maklum balas kuantitatif
Maklum balas kualitatif
Maklum balas prestasi
(knowledge of performance KP)
Maklum balas tambahan semasa
Maklum balas tambahan selepas
Maklum balas tambahan
Novis (novis)
Pemodelan (modelling)
Pandangan dinamik
Pembelajaran melalui pemerhatian
Teori pengantara kognitif


Anett, J. (1969). Feedback and human behaviour. Baltimore: Penguin.
Banadura, A. (1962). Social learning through imitation. Lincloln, NE: University
of Nebraska Press.
Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliff, New Jersey, NJ:
Prentice Hall.
Cutting, J. E., & Kozlowski, L. T. (1977). Reconising friends by their walk: Gait
perception without familiarity cues. Bulletin of the Psychonomic Society, 9,
353-356.
Fishman, S., & Tobey, C. (1978). Augmented feedback. In Anderson W. G. and
Barrette G.T. (Ed.). Whats going on in the gym: Descriptive studies of
physical education classes (Monograph). Motor Skills Theory into Practice
(pp.51-62).
Gibson, J. J. (1979). The ecological approach to visual perception. Boston:
Houghton Mifflin.
Hoenkamp, E. (1978). Perceptual cues that determine the labelling of human gait.
Journal of Human Movement Studies, 4, 59-69.
Johansson, G. (1973). Visual perception of biological motion and a model for its
analysis. Perception and Psychophysics, 14, 201-211.
TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR W
231
Kernodle, M. W., & Carlton, L. G. (1992). Information feedback and the learning
of multiple degree of freedom activities. Journal of Motor Behaviour, 24(2),
187-195.
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton.
Lintern, G., Roscoe, S. N., & Sivier, J. (1990). Display principles, control dynamics
and enviromental factors in pilot performance and transfer of training.
Human Factors, 32, 299-317.
Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications
(7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Magill, R. A., & Wood, C. A. (1986). Knowledge of results precision as a learning
variable in motor learning skill acquisition. Research Quarterly for Exercise
and Sprot (RQES), 57(2), 170-173.
McCullagh, P., Weiss, M. R. (2001). Modeling: Considerations for motor skill
performance and psychological repsonses. In Singer R. N., H. A.
Hausenblaus, & Janella, C. M. (Eds.). Handbook of sports psychology (2nd
ed.), pp. 205-238. New York, NY: Wiley.
Prinz, W. (1997). Perception and action planning. The European Journal of
Cognitive Psychology, 9(2), 129-154(26).
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neurophychological approach.
Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd
ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human
Kinetics.
Schmidt, R. A., Young, D. E., Shapiro, D. C., & Swinnen, S. (1989). Summary
knowledge of results for skill acquisition: Support for guidance hypethesis.
Journal of Experimental Psychology: Learning Memory and Cognition, 15,
352-359.
Schoenfelder-Zohdi, B. G. (1992). Investigating the information nature of a
modelled visual demonstration. Unpublished doctoral thesis. Louisiana
State University.
Scully, D. M., & Newell, K .M. (1985). Observational learning and the acquisition
of motor skills: Toward a visual perception perspective. Journal of Human
Movement Studies, 11, 169-186.
Silverman, S., Words, A. M. & Subramaniam, P. R. (1999). Feedback and practice
in physical education: Interrelationship with task structures and student
skill level. Journal of Human Movement Studies, 36, 203-224.
X TOPIK 8 ANGKUBAH PROSES PEMBELAJARAN MOTOR
232
Swinnen, S. P., Schmidt, R. A., Nicholson, D. E., & Shapiro, D. C. (1990).
Information feedback for skill acquisition: Instataneous knowledge of
results degrades learning. Journal Experimental Psychology, 16, 706-716.
Thorndike, E. L. (1931). Human learning. Cambridge, England: MIT Press.

Anda mungkin juga menyukai