Anda di halaman 1dari 25

X PENGENALAN

Ini topik terakhir untuk modul ini. Tahniah kerana anda telah berjaya mengikuti
sebahagian besar kursus ini! Bersabar dan baca modul ini dengan tenang kerana
sebaik sahaja anda tamat topik ini, ia bermakna peperiksaan akhir akan
menjelang. Topik terakhir ini banyak memfokuskan kepada aspek daya ingatan
dan bagaimana untuk meningkatkan kapasiti maklumat khususnya dalam
pembelajaran motor.

Memori, sebahagian daripada pemprosesan maklumat yang menyimpan
maklumat untuk mendapatkan semula, juga terlibat dalam persepsi. Memori
memainkan peranan penting dalam aktiviti harian kita. Sama ada dalam
perbualan dengan rakan, penyelesaian masalah kerja harian atau semasa aktiviti
riadah, kita menghadapi situasi yang memerlukan kegunaan memori untuk
menghasilkan tindak balas. Memori adalah berkait rapat dengan pembelajaran.

Apakah memori sebenarnya?


Memori sering dirujuk sebagai penyimpanan atau peringatan. Dengan itu,
memori selalu dianggap sebagai satu kebolehan mengingat.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1
0
0

X
Memori dalam
Pembelajaran
Motor
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep model memori stor berganda (multi-store)
secara umum;
2. Menyatakan tiga peringkat pemprosesan maklumat; dan
3. Membandingkan tiga jenis memori dalam konteks tempoh dan
kapasiti maklumat.
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
257
Apakah pendapat tentang memori?



Memori sering diukur dengan ujian mengingat kembali dan bukti pengeluaran
semula memori merupakan apa yang kita harapkan daripada seseorang individu
dalam merujuk apabila memori pembelajaran telah berlaku. Sebagai contoh, jika
anda mempelajari kemahiran servis tenis hari ini dan dapat melakukannya
keesokan hari, maka anda telah mengekalkan atau menyimpan sesuatu yang
membolehkan anda untuk mengingat kembali corak pergerakan servis tersebut.
MODEL KONTEMPORARI MEMORI:
MODEL STOR BERGANDA ATKINSON
DAN SHIFFRIN
Model memori menjelaskan kepada kita bagaimana memori dipercayai
berfungsi.

Siapakah yang memperkenalkan model stor berganda?



Menggunakan analogi komputer, mereka mengandaikan bahawa struktur
memori seharusnya sama seperti komputer. Mereka menganggap bahawa
perisian (software) yang membolehkan komputer berfungsi merupakan
sebahagian daripada proses kawalan yang melibatkan proses memori seperti
penyimpanan dan pengeluaran maklumat serta adalah di bawah kawalan
seseorang.

Komponen strukturalnya terdiri daripada:
(a) Satu memori sensori;
(b) Stor jangka masa pendek; dan
(c) Stor jangka masa panjang.

10.1
Tulving (1985), seorang pengkaji dan ahli teori memori, telah menyatakan
bahawa memori merupakan kapasiti yang membolehkan organisma untuk
memperoleh faedah daripada pengalaman lepas mereka.
Model stor berganda yang juga dikenali sebagai model memori Atkinson-
Shiffrin pertama kali diperkenalkan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun
1968.
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 258
10.1.1 Model Memori Stor Berganda
Model memori stor berganda merupakanmodel yang cuba menjelaskan
bagaimana proses memori berfungsi. Anda mendengar, melihat dan merasa
pelbagai benda tetapi cuma sebilangan kecil sahaja diingati. Model ini pertama
kali dikemukakan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun 1968 dan telah
disokong oleh Clive Wearing. Lihat Rajah 10.1 dan 10.2 berikut.


Rajah 10.1: Model Atkinson dan Shiffrin



Rajah 10.2: Model stor berganda

Organ deria mempunyai kebolehan yang terhad untuk menyimpan maklumat.
Sistem visual akan memproses memori ikonik untuk rangsangan visual seperti
bentuk, saiz, warna dan lokasi, dan bukan dalam bentuk maksud, sedangkan
sistem pendengaran mempunyai memori bergema (echoic) untuk rangsangan
auditori.
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
259
Coltheart et al. (1974) telah mempertikaikan bahawa pembekuan seketika
(momentary) input visual membolehkan kita memilih aspek di mana input harus
diteruskan untuk pemprosesan memori seterusnya. Kewujudan memori sensori
telah dikaji dan dijelaskan oleh Sperling (1960) dengan penggunaan takistoskop.

Maklumat dipilih dengan tumpuan daripada memori sensori akan mara ke
memori jangka masa pendek. Ini membolehkan kita mengekalkan maklumat
yang cukup lama untuk digunakan. Contohnya, melihat nombor telefon dan
mengingatinya untuk mendail nombor berkenaan.

Mari kita lihat pandangan tentang memori jangka pendek yang berikut.



Memori jangka masa panjang membenarkan pengekalan atau penyimpanan
maklumat dan kemahiran dari minit ke sepanjang hayat. Memori jangka masa
panjang mempunyai kapasiti tidak terhad untuk pengekalan atau penyimpanan
maklumat tetapi ia tidak dapat diukur kerana ia akan mengambil masa terlalu
lama untuk melakukannya.

Maklumat jangka masa panjang adalah dienkod terutamanya dalam bentuk
maksud (memori semantik) seperti yang dijelaskan oleh Baddeley (1986, 1995). Ia
juga mengekalkan atau menyimpan kemahiran dan bayangan.

Semenjak Atkinson dan Shiffrin mengemukakan teori struktur memori, masalah
utama teoretikal adalah untuk menentukan keadaan sebenar struktur ini.
Sementara pendebatan berterusan mengenai struktur memori, terdapat satu
persetujuan bahawa struktur memori seharusnya merangkumi komponen
penyimpanan memori yang berlainan. Tambahan kepada berfungsi sebagai satu
peranan fungsional untuk apa yang dilakukan dengan maklumat dalam setiap
komponen.

Salah satu pendekatan yang memenuhi ciri-ciri ini telah dicadangkan oleh
Baddeley (1986, 1995). Menurut pandangan beliau, memori dilihat dalam dua
komponen fungsional iaitu (rujuk Rajah 10.3):
(a) Memori kerja; dan
(b) Memori jangka masa panjang.

Memori jangka masa pendek boleh berkekalan atau disimpan antara 15
hingga 30 saat sahaja, kecuali seseorang itu melatihnya.

Peterson & Peterson (1959)
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 260

Rajah 10.3: Skematik memori kerja dan sistem memori jangka masa panjang dengan
subsistem yang dikenal pasti bagi setiap anak panah mewakili sifat interaktif dua sistem

Setiap komponen memori ditakrifkan berdasarkan fungsinya. Walaupun
pelbagai fungsi berbeza telah dicadangkan, kita akan memberi tumpuan kepada
tiga yang utama iaitu:
(a) Memasukkan maklumat ke dalam memori, dirujuk sebagai proses
penyimpanan;
(b) Mendapatkan maklumat daripada memori, dirujuk sebagai proses
mengeluarkan kembali; dan
(c) Fungsi spesifik dalam setiap komponen.

10.1.2 Memori Kerja
Memori kerja perlu dianggap sebagai satu sistem yang menggabungkan ciri-ciri
dan fungsi tradisinya yang dikaitkan dengan:
(a) Sensori;
(b) Deria persepsi;
(c) Tumpuan; dan
(d) Memori jangka pendek.

Sebelum anda meneruskan pembacaan, adalah digalakkan melayari
laman web berikut:
http://www.simplypsychology.pwp.blueyonder.co.uk/multi-store.html
Pada laman web ini, anda perlu klik ke pautan multi-store model pada
bahagian memory PowerPoint. Muat turun dan ikuti penerangannya.
Semoga ia boleh membantu anda meningkatkan kefahaman.
AKTIVITI 10.1
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
261
Apakah maksud memori kerja?



Memori kerja beroperasi dalam semua situasi yang memerlukan kegunaan dan
penyimpanan sementara dan proses perlaksanaan memori dan penghasilan
respons. Oleh itu, memori kerja merangkumi fungsi tradisional yang dianggap
memori jangka masa pendek. Begitu juga fungsi lain, kebiasaannya ia dikaitkan
dengan proses tumpuan. Rajah 10.4 berikut memaparkan model memori kerja.

Rajah 10.4: Model memori kerja

(a) Fungsi Memori Kerja
Memori kerja boleh dianggap sebagai tempat di mana maklumat disimpan
untuk satu jangka masa pendek dan sebagai satu struktur aktif fungsional.

Tahukah anda kegunaan ciri-ciri fungsional memori kerja?

Memori kerja merupakan satu konstruk teoretikal dalam psikologi kognitif
yang merujuk kepada struktur dan proses yang digunakan untuk
penyimpanan sementara dan pemanipulasian maklumat.
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 262


Untuk melakukannya, memori kerja memainkan peranan kritikal dalam:
(i) Membuat keputusan;
(ii) Menyelesaikan masalah;
(iii) Menghasilkan pergerakan; dan
(iv) Melakukan penilaian serta fungsi memori jangka masa panjang.

Merujuk kepada pengaruh ke atas fungsi memori jangka masa panjang,
memori berkerja membekalkan aktiviti pemprosesan penting yang
diperlukan untuk pemindahan maklumat yang mencukupi kepada memori
jangka masa panjang. Akhirnya fungsi memori berkerja adalah berfungsi
sebagai ruang kerja interaktif di mana pelbagai aktiviti pemprosesan memori
boleh berlaku, seperti pengintegrasian maklumat dalam memori berkerja
dengan maklumat yang dikeluarkan dari memori jangka masa panjang.

Oleh kerana memori berkerja melibatkan kedua penyimpanan dan
pemprosesan maklumat, ia adalah penting untuk mengambil kira setiap
fungsinya berasingan.

Dalam penyimpanan maklumat, dua ciri memori berkerja penting yang perlu
difahami adalah:
(i) Tempoh masa maklumat akan kekal dalam memori berkerja, dikenali
sebagai tempoh; dan
(ii) Jumlah maklumat yang akan berada dalam memori berkerja pada bila-
bila masa, dikenali sebagai kapasiti.

Penjelasan tempoh maklumat dalam memori bekerja adalah hasil daripada
kajian ke atas memori jangka masa pendek yang dijalankan oleh Peterson (1959).
Kajian beliau mendapati bahawa kita akan kehilangan maklumat dari memori
berkerja selepas 20 hingga 30 saat.

Isu kapasiti dalam memori berkerja pada asalnya adalah dikemukakan oleh
George Miller pada tahun 1956. Miller mendapati bahawa kita cuma
mempunyai kapasiti mengekalkan tujuh item, tolak campur dua item, seperti
perkataan atau nombor dalam penyimpanan jangka masa pendek. Untuk
meningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan satu proses
kawalan yang dikenali sebagai organisasi.
Ciri-ciri fungsional memori kerja membenarkan manusia bertindak balas
mengikut kepada permintaan dalam situasi sekarang.
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
263


PERINGKAT PEMPROSESAN MAKLUMAT
Terdapat tiga cara untuk mengklasifikasikan memori iaitu berdasarkan:
(a) Tempoh;
(b) Sifat; dan
(c) Pengeluaran kembali maklumat.

Dari perspektif pemprosesan maklumat, terdapat tiga peringkat utama dalam
pembentukan dan pengeluaran kembali memori (lihat Rajah 10.5).


Rajah 10.5: Tiga peringkat pembentukan dan pengeluaran kembali memori

(a) Peringkat pengekodan atau pendaftaran
Peringkat pertama ini di mana pemprosesan dan penggabungan maklumat
yang diterima. Pengekodan merupakan proses input sensori fizikal ke
dalam memori seseorang. Ia merupakan peringkat pemprosesan maklumat
10.2
Rehat sebentar, layari laman web berikut dan uji memori berkerja anda:

http://cognitivefun.net/test/4
AKTIVITI 10.2
SEMAK KENDIRI 10.1
Terangkan secara ringkas model memori stor berganda
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 264
yang pertama. Semasa proses pengekodan, maklumat mungkin diproses
adalah tentang ruang dan frekuensi melalui proses automatik.

Tiga jenis pengekodan adalah seperti berikut:
(i) Pengekodan visual: Ia merupakan pemprosesan imej;
(ii) Pengekodan semantik: Ia merupakan pemprosesan makna,
terutamanya makna perkataan; dan
(iii) Pengekodan sentuhan: Ia merupakan pemprosesan bagaimana rasa
sesuatu dan biasanya melalui sentuhan.

Pengekodan untuk simpanan jangka masa pendek dalam otak adalah
bergantung kepada pendengaran dan bukannya daripada pengekodan
semantik.

(b) Peringkat penyimpanan
Peringkat pemprosesan maklumat yang kedua adalah peringkat
penyimpanan di mana perwujudan satu rekod maklumat kekal yang telah
dienkod. Pada peringkat ini, maklumat disimpan sama ada di:
(i) Memori sensori;
(ii) Memori jangka masa pendek; atau
(iii) Memori jangka masa panjang.

(c) Peringkat pengeluaran kembali atau mengingat kembali
Peringkat akhir ini di mana maklumat dikeluarkan kembali dari simpanan
sebagai tindak balas terhadap rangsangan untuk digunakan dalam sesuatu
proses atau aktiviti.

Mari kita perhatikan teori pemprosesan maklumat oleh George Miller dalam
Rajah 10.6 berikut.
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
265
Rajah 10.6: Teori pemprosesan maklumat George Miller

Peringkat pemprosesan memori dapat dilihat melalui struktur memori iaitu titik
di sepanjang kontinum yang dikenali sebagai pendekatan peringkat
pemprosesan memori. Pendekatan ini telah dikemukakan oleh Craik dan
Lockhart pada tahun 1972. Pendekatan mereka adalah menumpukan kepada
aspek fungsional memori.

Apa yang penting untuk mengingati maklumat, menurut pandangan ini ialah
apa yang telah individu lakukan dengan maklumat berkenaan. Mereka telah
mencadangkan hierarki peringkat pemprosesan yang akan dapat menjangkakan
kekuatan maklumat dalam memori dengan memastikan berapa dalam
individu itu telah memproses maklumat itu. Sekiranya individu itu cuma
melihat sepintas lalu maklumat atau menumpukan perhatiannya cuma ke atas
ciri-ciri fizikal maklumat itu sahaja, maka kedalaman atau peringkat
pemprosesan adalah sangat cetek. Misalnya, jika anda melihat sesuatu perkataan
dan tidak berusaha untuk mencari maksudnya.

Sebaliknya, sekiranya individu itu memproses maklumat itu sehingga dapat
kaitkan maklumat baru itu dengan apa yang telah diketahuinya, maka
kedalaman atau peringkat pemprosesan adalah sangat dalam. Pemprosesan
cetek adalah bersamaan dengan sensori atau penyimpanan jangka masa pendek
dalam model Atkinson dan Shiffrin, manakala pemprosesan secara dalam adalah
bersamaan penyimpanan jangka masa panjang.
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 266
10.2.1 Kontinum Memori
Kontinum memori merupakan pendapat daripada Craik dan Lockhart (rujuk
Rajah 10.7). Mereka berpendapat bahawa memori boleh dilihat dengan jelas
dalam satu kontinum, dari satu titik di mana maklumat dalam memori adalah
paling sementara kepada yang paling tahan lama. Perhatikan bahawa
struktur biasa memori yang ditunjukkan dalam Rajah 10.7 sebagai peringkat
simpanan.


Rajah 10.7: Kontinum memori

Dua pendekatan biasa digunakan untuk membezakan peringkat simpanan
ditunjukkan dalam hubungan dengan kontinum memori tersebut. Ia telah
ditunjukkan bahawa dua ciri struktural ini iaitu tempoh dan kapasiti,
membekalkan asas untuk menerima anggapan bahawa kita sebenarnya
mempunyai maklumat tersedia ada untuk kita dalam memori pada berlainan
tempoh masa. Setiap ciri ini akan dibincangkan dalam bentuk perhubungannya
dalam peringkat simpanan memori seseorang.

Mungkin ciri yang paling unik pada model kontinum memori adalah simpanan
jangka masa panjang maklumat dalam situasi di mana tempoh dan kapasiti
simpanan adalah infinit dan tidak terhad. Ciri ini sudah tentu berbeza daripada
peringkat simpanan jangka masa pendek yang lebih terhad.

Untuk memudahkan perbincangan, implikasi teoretikal ke atas peringkat
memori difahami, rasional yang menyokong teoretikal pembahagian peringkat
memori ini akan menjadi lebih jelas. Kebolehan kita segera menggunakan
maklumat yang baru diberikan kepada kita, seperti nombor telefon daripada
operator telefon atau arahan bagaimana melakukan servis rejaman dalam bola
tampar, adalah hasil daripada simpanan maklumat ini dalam peringkat
simpanan jangka masa pendek. Pada peringkat memori ini, kedua-dua tempoh
maklumat dan kapasiti maklumat memberi bukti bahawa fasa ini adalah berbeza
daripada peringkat memori yang lain.

(a) Simpanan jangka masa pendek dan tempoh maklumat
Peterson dan Peterson pada tahun 1959 merupakan orang pertama
melakukan kajian ke atas tempoh maklumat dalam simpanan jangka masa
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
267
pendek. Mereka mendapati kita sering kehilangan maklumat atau lupa dari
simpanan jangka masa pendek selepas 20 hingga 30 saat.

Kajian pertama dan mungkin kajian yang paling signifikan yang pernah
diterbitkan berkaitan memori jangka masa pendek dan kemahiran motor
adalah oleh Adams dan Dijkstra pada tahun 1966. Pada asasnya, idea
mereka adalah jika maklumat verbal dalam memori simpanan jangka masa
pendek mempunyai tempoh yang lebih singkat, adakah maklumat motor
pada peringkat memori ini mempunyai kesan yang sama? Hasil
eksperimen menunjukkan bahawa maklumat motor dan kinestetik akan
hilang agak cepat dalam simpanan jangka masa pendek.

Sejak itu, pendekatan Adams dan Dijkstra telah menjadi standard prosedur
untuk kajian memori motor jangka masa pendek. Hasil kajian dan
eksperimen pada umumnya menyokong bahawa tempoh simpanan jangka
masa pendek maklumat kinestatik adalah antara 20 hingga 30 saat.
Maklumat yang tidak kita proses selanjutnya atau latihan akan hilang.
Dengan itu adalah penting kita memahami bahawa maklumat dalam
simpanan memori peringkat jangka masa pendek akan berkekalan seketika
sahaja iaitu antara 20 hingga 30 saat sebelum ia mula hilang dari memori.

(b) Simpanan jangka masa pendek dan kapasiti
Kita bukan sahaja mengambil berat tentang berapa lama maklumat akan
berada di simpanan jangka masa pendek tetapi juga berapa banyak
maklumat kita boleh simpan dalamnya. Isu kapasiti dalam memori jangka
masa pendek adalah dikemukakan oleh George Miller pada tahun 1956,
dalam satu artikel yang telah menjadi satu eksperimen klasik dalam
kesusasteraan psikologi. Miller mengemukakan bukti yang menunjukkan
bahawa kita mempunyai kapasiti untuk menyimpan hampir tujuh item,
tolak campur dua item seperti perkataan atau nombor dalam simpanan
jangka masa pendek.

Untuk meningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan satu
proses kawalan yang dikenali sebagai organisasi. Item yang besar atau
ketul yang diperkenalkan oleh Miller, memerlukan pemprosesan
maklumat melepasi peringkat simpanan jangka masa pendek. Oleh itu, ia
kelihatan bahawa dalam satu situasi mengingat kembali segera, kita boleh
mengendalikan lima hingga sembilan item dengan mudah. Jumlah yang
selebihnya akan meningkatkan kesilapan mengingat kembali.

Untuk mentafsirkan kapasiti item tujuh campur tolak dua Miller kepada
maksud motor adalah satu tugasan yang tidak mudah. Wilberg dan
Salmela pada tahun 1973 telah mengambil kira masalah ini dalam
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 268
kajiannya dengan menghendaki subjek-subjek mengingat kembali satu
urutan dua, empat, enam atau lapan pergerakan dengan menggunakan
satu kayu ria (joystik) dua dimensi.

Hasil kajian menunjukkan bahawa lapan pergerakan kelihatan mewakili
satu jarak memori segera untuk memori motor jangka masa pendek.
Malangnya kita mempunyai maklumat yang amat terhad mengenai
kapasiti memori segera untuk pergerakan. Mungkin ia adalah lebih baik
untuk mengambil kira pengingatan kembali pergerakan sebagai satu aspek
kognitif daripada proses motor. Jika ini benar, kita boleh menerima
pendekatan item tujuh campur tolak dua Miller sebagai satu angka
penunjuk untuk membuat aplikasi lanjutan kepada situasi domain motor
setelah kita memahami lebih lanjut dengan proses memori sebagai latihan
dan organisasi.

(c) Meningkatkan daya ingatan
Salah satu cara untuk meningkatkan daya ingatan ialah memindahkan
maklumat ke dalam simpanan jangka masa panjang. Ia memerlukan latihan
terhadap maklumat tersebut. Proses kawalan ini membolehkan satu cara
pemprosesan maklumat ke tahap yang lebih sukar hilang atau lupa.

Jika anda ingin mengingat kembali nombor telefon diberitahu oleh operator
telefon, anda akan mengingatinya dengan lebih baik sekiranya anda
menyebut atau berlatihnya beberapa kali. Nombor telefon anda, alamat,
poskod atau nombor kata laluan bank anda adalah biasa kepada anda. Jika
anda mengambil kira jumlah kali anda telah menggunakan nombor ini
dalam masa minggu, bulan atau tahun, anda akan menyedari bahawa satu
latihan yang ekstensif telah pun berlaku. Dengan itu, maklumat ini telah
berkekalan dalam sistem simpanan jangka masa panjang anda.

Tempoh infinit dan kapasiti simpanan jangka masa panjang tidak
bermaksud tidak ada unsur lupa. Kita tidak dapat elak daripada
kehilangan memori. Lupaan merupakan satu persoalan mengeluarkan
kembali daripada satu masalah tidak mempunyai maklumat dalam
simpanan jangka masa panjang. Kita seakan-akan tidak dapat mencari
lokasi di mana kita telah menyimpan maklumat tersebut. Ia seperti kita
pergi ke perpustakaan di mana kad katalognya hilang. Buku yang anda
perlu adalah dalam perpustakaan tetapi anda menghadapi satu masalah
besar untuk mencari buku tersebut.

Akhirnya kita dapat merumuskan bahawa struktur memori dapat
ditunjukkan sebagai satu kontinum yang boleh dicirikan dengan tempoh
maklumat dalam memori dan dengan kapasiti maklumat disimpan dalam
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
269
memori. Oleh itu, memori jangka masa pendek dan panjang adalah dirujuk
sebagai satu peringkat simpanan. Menurut peringkat pemprosesan
memori, peringkat di mana maklumat disimpan adalah bergantung kepada
jumlah pemprosesan maklumat berkenaan oleh individu tersebut.
Peringkat simpanan memori jangka masa pendek adalah terhad tempohnya
iaitu antara 20 hingga 30 saat dengan kapasiti yang terhad, iaitu lima
hingga sembilan item atau ketul. Peringkat simpanan jangka masa panjang
mempunyai tempoh dan kapasiti maklumat yang tidak terhad.


JENIS ATAU KOMPONEN MEMORI
Perhatikan Rajah 10.8 berikut, apa yang anda lihat? Uji memori anda yang mana
satukah yang lebih anda ingat? Wajah atau perkataan liar?


Rajah 10.8: Wajah atau "liar"
Sumber: http://www.nwlink.com
10.3
SEMAK KENDIRI 10.2
Terangkan secara ringkas peringkat pemprosesan maklumat.
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 270
Memori merupakan perkara yang penting dalam semua hal apatah lagi semasa
belajar. Kebolehan untuk belajar tidak dapat diteruskan tanpanya. Memori
adalah dirujuk sebagai pengekalan atau penyimpanan dan seterusnya
pengeluaran kembali maklumat. Memori biasanya diukur dengan ujian
pengenalpastian dan mengingat kembali.

Memori dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
(a) Sensori;
(b) Jangka masa pendek; dan
(c) Jangka masa panjang.

Secara ringkasnya, jenis atau komponen dalam sistem memori dapat
digambarkan dalam Rajah 10.9 berikut.


Rajah 10.9: Jenis atau komponen sistem memori
10.3.1 Memori Sensori
Memori sensori merupakan aspek periferi bagi sistem memori di mana ia terletak
di lapisan paling luar. Ia menyimpan sementara maklumat yang diterima oleh
organ sensori sehingga dikesan oleh individu. Fungsi utama ialah untuk
mengenal pasti rangsangan yang dikesan oleh reseptor sensori tetapi tidak
menyimpan lama maklumat yang telah dikenal pasti.

Jangka masa yang digunakan untuk menyimpan maklumat persekitaran yang
dikesan ialah di antara 200 hingga 250 milisaat. Pemprosesan maklumat pada
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
271
peringkat ini berlaku secara selari atau serentak. Sekiranya maklumat yang
dikesan tidak diproses, maklumat tersebut akan hilang dan maklumat baru akan
dikesan. Jika maklumat yang dikesan adalah maklumat yang bermakna dan
diperlukan untuk menghasilkan lakuan, maklumat yang diproses tersebut akan
di hantar ke komponen yang kedua, iaitu memori jangka pendek atau lebih
dikenali sebagai memori kerja.
10.3.2 Memori Jangka Pendek
Apakah memori jangka pendek?



Ia berfungsi untuk membolehkan seseorang bertindak balas mengikut keperluan
atau kehendak semasa situasi berlangsung. Komponen ini mengawal aktiviti
pemprosesan maklumat yang boleh digunakan untuk maklumat yang relevan.
Untuk melakukan tugas ini, memori kerja memainkan peranan yang kritikal
dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, penghasilan dan penilaian
pergerakan, dan fungsi memori jangka panjang.

Dengan mengambil kira ia mempengaruhi fungsi memori jangka panjang,
memori kerja menyediakan aktiviti pemprosesan penting yang diperlukan untuk
pemindahan maklumat yang mencukupi ke dalam ingatan jangka panjang.
Seterusnya, perkara yang paling penting untuk diberi perhatian bahawa memori
kerja adalah fungsi penting untuk bertindak sebagai ruang kerja yang interaktif
di mana pelbagai aktiviti pemprosesan memori boleh berlaku, seperti
mengintegrasikan maklumat dalam memori kerja dengan maklumat yang telah
diambil dari memori jangka panjang.

Walau bagaimanapun, kapasiti penstoran maklumat masih terhad iaitu tujuh
hingga sembilan item dalam satu masa dan boleh kekal dalam tempoh 20 hingga
30 saat sahaja. Untuk meningkatkan keupayaan kapasiti, maklumat yang
diperoleh perlu diulang dan dihubungkaitkan dengan item lain yang
mempunyai kaitan.
Memori jangka pendek juga dikenali sebagai memori kerja ialah satu tempat
di mana maklumat disimpan untuk masa yang singkat dan struktur aktif
yang berfungsi.
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 272
10.3.3 Memori Jangka Panjang
Apakah memori jangka panjang?



Ini adalah komponen memori yang mengandungi maklumat mengenai peristiwa
lepas yang spesifik serta pengetahuan umum kita mengenai persekitaran.

Dari segi tempoh maklumat dalam memori jangka panjang, ia diterima secara
umum bahawa maklumat itu disimpan agak kekal dalam memori jangka
panjang. Biasanya, maklumat yang terlupa yang disimpan dalam memori jangka
panjang adalah di sana tetapi individu berkenaan mempunyai kesukaran untuk
mengingatinya.

Dengan mengambil kira kapasiti memori jangka panjang, ia secara umumnya
bersetuju bahawa terdapat kapasiti maklumat dalam memori jangka panjang
yang secara relatif adalah tidak terhad. Malah, kita tidak tahu berapa banyak
seseorang boleh menyimpan maklumat dalam ingatan serta bagaimana untuk
mengukur kapasiti memori jangka panjang. Kapasiti tanpa had membawa
kepada masalah yang unik. Sebagai contoh, organisasi maklumat dalam ingatan
menjadi lebih kritikal dalam sistem kapasiti yang tidak terhad berbanding
dengan satu kapasiti yang terhad. Oleh itu, terdapat keperluan untuk memahami
bagaimana orang menganjurkan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka
panjang.

Dari segi tempoh maklumat dan ciri-ciri keupayaan, ia menjadi jelas bahawa
memori jangka panjang adalah berbeza daripada memori kerja. Satu lagi ciri
yang berbeza memori jangka panjang ia jenis maklumat yang ia disimpan.
Terdapat tiga jenis maklumat yang disimpan dalam memori jangka panjang ini.

Tulving (1985) mencadangkan sekurang-kurangnya terdapat sistem atau jenis
maklumat yang disimpan dalam memori jangka panjang iaitu:

(a) Memori prosedur
Memori prosedur menyimpan maklumat mengenai kemahiran motor.
Sistem ini menggunakan maklumat tentang bagaimana untuk melakukan
sesuatu. Memori prosedur memudahkan penghasilan tingkah laku tertentu
yang mencapai matlamat spesifik, berdasarkan tindak balas yang dipelajari.
Memori jangka panjang atau juga dikenali sebagai memori stor adalah
komponen dalam sistem struktur memori yang bertindak sebagai sebuah
repositori penyimpanan yang secara relatif kekal untuk menyimpan
maklumat.
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
273
Memori prosedur boleh dianggap sebagai pengetahuan prosedur
(procedural knowledge), di mana pengetahuan prosedur adalah
pengetahuan yang membolehkan seseorang tahu bagaimana untuk
melakukan kemahiran tetapi pengetahuan ini biasanya adalah sukar untuk
dinyatakan secara lisan.

(b) Memori episodik
Disimpan di dalam sistem memori episodik adalah peristiwa spesifik yang
telah dialami oleh individu dengan perkaitan waktu. Memori episod boleh
diungkapkan secara lisan, emosi dan tingkah laku motor.

(c) Memori semantik
Memori semantik sistem menyimpan maklumat tentang persekitaran
umum yang telah terbina dari masa ke masa.

Memori episodik dan memori semantik dianggap sebagai pengetahuan
deklaratif, di mana ia adalah pengetahuan yang menjelaskan tentang "apa yang
perlu dilakukan" dalam situasi. Pengetahuan ini biasanya boleh dinyatakan
secara lisan.

Satu perkara penting yang menghubungkan ketiga-tiga sistem memori ini dengan
kawalan motor adalah keistimewaan antara mengetahui apa perlu dilakukan dan
mampu melakukan sesuatu aksi dengan jayanya. Ada beberapa ahli teori
pembelajaran berpendapat, maklumat dalam sistem memori episodik dan semantik
seharusnya dianggap sebagai pengetahuan deklaratif. Pengetahuan ini adalah
ditakrifkan sebagai apa yang boleh kita gambarkan (declare) jika kita diminta
berbuat demikian.

Oleh itu, pengetahuan deklaratif adalah khusus kepada mengetahui apa yang perlu
dilakukan dalam sesuatu situasi. Pengetahuan jenis ini adalah berbeza daripada
pengetahuan prosedural, yang tidak dapat dinyatakan secara lisan. Seperti
dijelaskan terlebih dahulu, pengetahuan prosedural membolehkan seseorang untuk
mengetahui bagaimana melakukan sesuatu kemahiran.
INGATAN DAN LUPAAN
Pelbagai sebab yang wujud untuk menjelaskan lupaan. Empat istilah perlu
dikenal pasti dan diberi definisi sebelum perbincangan mengenai lupaan dibuat
dengan lebih mendalam lagi seperti disenaraikan dalam Jadual 10.1.

10.4
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 274
Jadual 10.1: Empat Istilah dan Definisinya
Istilah Definisi
Pengekodan
(encoding)
Transformasi maklumat yang perlu diingati ke dalam bentuk yang
boleh disimpan dalam ingatan
Penyimpanan Proses menempatkan maklumat dalam ingatan jangka panjang
Raptai Proses yang membolehkan individu untuk memindahkan
maklumat daripada memori berkerja ke memori jangka panjang
Pengeluaran
semula (retrieval)
Melibatkan carian melalui memori jangka panjang bagi maklumat
yang perlu diakses dan digunakan untuk melaksanakan tugas yang
di tangan.
10.4.1 Menilai Ingatan dan Lupaan
Terdapat dua kategori ujian memori yang boleh digunakan untuk menentukan
apa dan berapa banyak ingatan dan lupaan oleh individu.

(a) Ujian memori eksplisit
Apabila kita bertanya kepada orang ramai untuk mengingati sesuatu, kita
meminta mereka untuk secara sedar memanggil sesuatu ke minda. Ujian
memori yang melakukan ini jenis yang sama perkara yang dikenali sebagai
ujian memori eksplisit. Ujian ini menilai apa yang orang secara sedar boleh
ingat.
Dua jenis ujian memori eksplisit yang telah popular dalam penyelidikan
memori dikenali sebagai:
(i) Ujian ingat kembali (recall tests)
Ujian ini memerlukan seseorang untuk menghasilkan tindak balas
yang diperlukan dengan beberapa isyarat atau bantuan yang
disediakan.Ujian ini meminta orang untuk mengingati maklumat
yang telah dibentangkan. Dalam domain lisan, ujian ini biasanya
mengambil dari bentuk esei atau ujian isi tempat kosong. Sebagai
contoh, penguji boleh bertanya, "Namakan tulang tangan." Bagi
kemahiran motor, ujian ingat memerlukan seseorang untuk
melaksanakan tindakan ke atas arahan seperti. "Lakukan kemahiran
yang saya baru sahaja tunjukkan kepada anda" atau "tunjukkan
kepada saya bagaimana anda mengikat tali kasut anda.
(ii) Ujian kenal pasti (recognition tests)
Sebaliknya, ujian ini menyediakan beberapa isyarat atau maklumat
yang dapat dijadikan asas tindak balas. Dalam ujian jenis ini, tugas
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
275
seseorang adalah untuk mengenal pasti tindak balas betul dengan
membezakan ia daripada beberapa alternatif. Dalam domain lisan,
ujian aneka pilihan atau padanan contoh ujian kenal pasti. Sebagai
contoh, anda boleh ditanya, "Yang manakah satu daripadanya adalah
tulang tangan?" Anda akan diberikan empat pilihan jawapan untuk
dipilih, di mana hanya satu adalah betul.
Untuk menjawab soalan ini, anda hanya perlu untuk kenal pasti yang
manakan merupakan alternatif yang betul, atau yang alternatif tidak
betul. Bagi kemahiran motor, satu contoh untuk ujian kenal pasti
pergerakan akan memerlukan seseorang menghasilkan beberapa
pergerakan yang berbeza dan kemudian bertanya yang mana
daripada ini paling sesuai untuk keadaan tertentu.

Dalam segi pembelajaran dan melaksanakan kemahiran motor, kita
sering berhadapan dengan ujian ingat semula dan ujian kenal pasti,
kadangkala dalam situasi yang sama. Dalam konteks sukan, apabila
pemukul dalam permainan sofbol mesti memutuskan sama ada atau
tidak untuk membuat ayunan memukul.

Dalam situasi ini, dia terlibat dalam ujian kenal pasti apabila menentukan
sama ada bola berada dalam zon memukul atau tidak. Kemudian untuk
menghasilkan ayunan yang sesuai, pemukul mesti ingat apa yang perlu
dilakukan untuk melaksanakan tindakan ini dan kemudian dapat
mengenal pasti jika ayunan yang telah dimulakan adalah sesuai untuk
memukul bola yang telah dilemparkan.

(b) Ujian memori implisit
Banyak kali orang mempunyai maklumat yang disimpan dalam ingatan
tetapi ia disimpan dalam apa-apa cara yang mereka mempunyai kesukaran
mengakses maklumat itu supaya mereka boleh bertindak balas dengan
betul pada ujian ingatan eksplisit. Situasi ini adalah amat relevan untuk
memori prosedur yang kita dibincangkan sebelum ini sebagai salah satu
daripada sistem memori jangka panjang.

Bagi kemahiran motor, kita boleh menilai memori implisit dengan meminta
seseorang secara lisan menerangkan bagaimana untuk melaksanakan
kemahiran dan kemudian meminta dia melaksanakannya. Seperti yang
sering berlaku, terutamanya dengan individu yang berkemahiran tinggi,
mereka berjaya melaksanakan kemahiran tetapi tidak boleh secara lisan
menggambarkan apa yang dia lakukan.

X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 276
Sebagai contoh, jika anda ditanya secara lisan menerangkan bagaimana
anda mengikat tali kasut anda tanpa menggunakan tangan anda, anda
mungkin tidak dapat melakukannya atau anda mungkin mengalami
beberapa kesukaran melakukannya. Adakah ini bermakna anda tidak tahu
bagaimana untuk mengikat tali kasut anda atau yang anda telah terlupa
bagaimana untuk mengikat kasut anda? Tidak, dari segi perbezaan
sebelum ini, kita antara pengetahuan prosedur dan deklaratif. Ia bermakna
bahawa anda tidak mempunyai akses kepada, atau akses segera ke
pengetahuan deklaratif anda tentang kasut mengikat.

Bagaimana anda akan menyediakan bukti bahawa anda tahu bagaimana
untuk mengikat kasut anda? Anda secara fizikal atau amali akan
menunjukkan mengikat kasut anda di mana akan menunjukkan bahawa
anda mempunyai pengetahuan prosedur yang perlu untuk melaksanakan
kemahiran ini.

Terdapat dua teori asas lupaan iaitu (Shea, Shebilske dan Worchel, 1993):
(i) Teori kerosakan jejak (trace decay theory)
Teori kerosakan jejak merujuk kepada tanggapan bahawa seseorang
boleh lupa apabila sambungan saraf yang terlibat dalam memori
tidak cukup kuat dan sambungan "mereput" berlaku dari semasa ke
semasa.
Teori gangguan (interference theory)
Teori gangguan menyokong tanggapan bahawa lupa berlaku kerana
memori lain menghalang atau mengganggu dengan memori yang
seseorang itu cuba untuk mengesan. Ada dua jenis gangguan iaitu:
x Perencatan proaktif
Apabila sesuatu yang baru dipersembahkan, kenangan lama
mengganggu pembelajaran baru. Ini boleh disebabkan oleh
perencatan proaktif. Sebagai contoh, seorang individu telah
belajar untuk membaling bola lurus dalam boling. Dalam usaha
untuk individu memperoleh permainan yang sempurna (300
mata), balingan bola lencung (hook) perlu dipelajari. Apabila
balingan bola lencung bola ia diajar tetapi kerana persamaan
dengan balingan bola lurus dalam banyak rentak dan corak,
memori bola lurus bertindak secara proaktif menghalang
pembelajaran balingan bola lencung.
x Perencatan retroaktif
Dalam perencatan retroaktif, pembelajaran yang baru telah
diganggu dengan telah memori yang telah lama. Seorang individu
telah belajar untuk membaling bola lurus dan mempunyai
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
277
kesukaran pembelajaran membaling bola lencung, jadi dia
memutuskan untuk kembali ke membaling bola lurus. Apa yang
mengejutkan, dia kini mempunyai kesukaran membaling bola
lurus.
10.4.2 Strategi untuk Meningkat Prestasi Memori
Dalam usaha untuk mengatasi lupa, ia adalah penting untuk memahami
keberkesanan strategi yang digunakan dalam perkembangan memori.

Strategi yang berikut (mnemonik) telah didapati berkesan apabila diaplikasikan
dengan kanak-kanak dan dewasa:
(a) Pelabelan;
(b) Latihan atau raptai; dan
(c) Organisasi.

Pelabelan, menyediakan ringkas, imej yang bermakna pergerakan melalui verbal
atau lisan, boleh membantu dalam prestasi. Raptai atau latihan, atau secara aktif
melaksanakan pergerakan, mempunyai manfaat yang besar kepada
pembangunan ingatan kerana ia menggabungkan latihan dengan pengalaman.

Apabila berlatih lagu di piano (fizikal), menyanyi melodi (lisan) dan melihat jari
menekan papan kunci yang sesuai (secara mental) boleh membantu seseorang
untuk membangunkan satu pengalaman memori bersepadu untuk perbandingan
pada masa hadapan hadapan. Strategi organisasi digunakan untuk
menggabungkan maklumat bermakna dalam usaha untuk mengurangkan
permintaan kognitif. Istilah lain untuk strategi ini ialah pengelompokan
(chunking). Dengan mengumpulkan dan pengekodan, maklumat menjadi lebih
terkawal, dengan ini individu mudah dapat memahami dan ingat konsep urutan.



Jelaskan secara ringkas perbezaan antara memori sensori, memori jangka
masa pendek dan memori jangka masa panjang dalam konteks tempoh
dan kapasiti maklumat.
SEMAK KENDIRI 10.3
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 278


Memori sensori, jangka masa pendek dan jangka masa panjang merupakan
satu komponen pemprosesan maklumat yang menyimpan maklumat.
Memori sensori menyimpan maklumat seketika sahaja sebelum ianya
diproses ke memori jangka masa pendek.
Memori jangka masa pendek merupakan satu stesen untuk latihan maklumat
pasif.
Memori berkerja merupakan bahagian aktif memori jangka masa panjang.
x Memori jangka masa panjang merupakan satu jenis memori yang
menyimpan maklumat dengan kekal.
x Latihan merupakan perlakuan sesuatu pergerakan berulang kali.
x Memori prosedural merupakan tempat penyimpanan maklumat berkaitan
kemahiran motor yang berhubung dengan bagaimana untuk melakukan
sesuatu.
x Memori semantik merupakan tempat penyimpanan maklumat mengenai
persekitaran umum yang dibentuk dari semasa ke semasa.
x Model stor berganda merupakan satu paradigma struktur memori yang
menggunakan satu perkakasan (hardware) komputer dan analogi perisian
sebagai di bawah kawalan seseorang individu, mempermudah pengaliran
maklumat yang disimpan dan dikeluarkan semula.
x Teori tahap pemprosesan menjelaskan individu melalui kawalan tumpuan,
menentukan kedalaman pemprosesan dengan menentukan kesignifikan dan
perhubungannya dengan maklumat yang diingatinya sebelum ini.
AKTIVITI 10.3
Anda digalakkan melayari laman web berikut untuk menambahkan
bahan bacaan:
http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/learning/memory.html#Sensory
TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W
279
x Pengekodan merupakan proses memori yang melibatkan transformasi
maklumat yang akan diingat ke dalam bentuk yang boleh disimpan dalam
memori.
x Pengeluaran semula adalah proses memori melibatkan carian melalui
memori jangka masa panjang untuk maklumat yang diperlukan untuk
melakukan sesuatu tugasan yang diberi.
x Ujian peringatan adalah satu ujian memori eksplisit yang memerlukan
seseorang menghasilkan tindak balas yang dikehendaki.



Latihan
Memori
Memori berkerja
Memori jangka masa pendek
Memori jangka masa panjang
Memori prosedural
Memori semantik
Memori sensori
Model stor berganda
Pengekodan
Pengeluaran semula (retrieval)
Persepsi
Teori tahap pemprosesan
Ujian peringatan

Adams, J. A., & Dijkstra, S. (1996). Short term memory for motor responses.
Journal of Experimental Psychology, 71, 314-318.
Atkinson, R. C., & Shiffrin, R. M. (1968). Chapter: Human memory: A proposed
system and its control processes. In Spence, K. W.; Spence, J. T. The
psychology of learning and motivation, 2, pp. 89-195. New York, NY:
Academic Press.
Baddeley, A. D. (1986). Working memory. New York, NY: Oxford University
Press.
Baddeley, A. D. (1996). Exploring the central executive. Quaterly Journal of
Experimental Psychology, 49A, 5-28.
X TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR 280
Coltheart, M., Pattrson, K., & Marshall, J. C. (1980). Deep dyslexia. London:
Routledge and Kegal Paul.
Craik, F. I. M., & Lockhart, R. S. (1972). Levels of processing: A framework of
memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behaviour, 11,
671-684.
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton.
Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications
(7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Peterson, L. R., & Peterson, M. J. (1959). Short-term retention of individual verbal
items. Journal Experimental Psychology, 58, 193-198.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropsychological approach.
Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd
ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human
Kinetics.
Shea, C. H.; Worchel, S., & Sheldiske, W. L. (1993). Motor learning and control.
New York, NY: Prentice Hall.
Shiffrin, R. M., & Atkinson, R. C. (1967). Storage and retrieval procession long-
term memory. Psychological Review, 76, 179-193.
Sperling, G. (1960). The information available in brief visual presentations.
Psychological Monographs: General and Applied, 74 (11, Whole No. 498).
pp. 1-29.
Tulving, E. (1985a). How many memory systems are there? American
Psyscholigst, 40, 385-398.
Tulving, E. (1985b). Memory and consciuousness. Canadian Psychology, 26, 1012.
Wilberg, R. B., & Salmela, J. (1973). Information load and response consistency in
sequential short-term memory. Perceptual and Motor Skills, 37, 23-29.