Anda di halaman 1dari 14

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

PENGENALAN
Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap
guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,
mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru-guru adalah domain utama yang
diamanahkan dalam proses penerapan dan penyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau
tidak mereka dituntut untuk membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta
pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa.

Stres merupakan satu penyakit yang sering
dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan
mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan
mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di
dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada
masyarakat(Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000)


DEFINISI

Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita,
pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga
keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension'
atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor
persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita
menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa,
stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam

Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya
berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.
Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT
menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah.
Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan
kerohanian ( ruhaniah)


TEKANAN DI KALANGAN GURU


Tekanan boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau
peringkat pengajian tinggi. Faktor stress di kalangan guru ialah


Faktor interpersonal-


>Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain
>Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
>Konflik dengan pihak atasan
Faktor diri-


>Hubungan suami/isteri (dalam keluarga)
>Sakit/penyakit
>Keinginan tidak tercapai
>Dendam dan iri hati
>Takut kebebasan
>Rasa bersalah
>Perpindahan/perubahan mengejut
Faktor organisasi-


> Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
> Beban kerja berterusan (kronik)
> Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
> Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
> Mengalami kebosanan di tempat kerja
> Merasakan idea sendiri yang betul
> Selalu salahkan orang lain
Faktor kekurangan sumber-




> Peraturan dan polisi
> Material
> Kewangan
> Manusia

Faktor luaran-


> Bunyi bising
> Alam pekerjaan
> Suhu
> Persekitaran


BURNOUT


Burnout di definisikan sebagai menyebabkan ketandusan daya emosi ( emotional exhaustion ),
ketandusan daya fizikal ( physical exhaustion ), penurunan sikap (attitudinal exhaustion ) dan
perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya ( low feeling of accomplishment ).

Terdapat banyak penulisan yang membincangkan tentang sebab-sebab, simptom-simptom dan
rawatan pada burnout. Saodah Wok ( 2003 ) telah mengkaji ciri-ciriburnout, iaitu mereka yang
mengalami :

a) tekanan yang dialami adalah disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan kerja.
b) mereka mirip berpendirian idealistik dan berusaha mencapai kejayaan disebabkan oleh kemahuan
sendiri
c) mereka berkemungkinan menunaikan matlamat-matlamat yang bukan realistik.





Manakala tiga ciri yang disenaraikan oleh Maslach dan Jackson adalah seperti berikut:

a) mereka berasa tidak dapat memberikan diri mereka seperti mana dulu lagi dan bertambahnya
perasaan ketandusan emosi dan keletihan.
b) mereka mula menunjukkan sikap negatif terhadap orang-orang ditempat kerja.
c) mereka mula menilai diri mereka secara negatif dan mereka tidak begitu gembira dengan diri dan
pekerjaan. Mereka tidak merasai kejayaan diri sendiri. ( Schwan dan Iwannichi, 1982 ).



ADAKAH ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA ?

Jom kita santai seketika..klik sini ok!

Antara tanda-tanda tekanan adalah :-

Bersikap ganas (panas baran)
Gelisah
Gangguan selera makan
Gangguan tidur
Hilang tumpuan, motivasi
Kemurungan
Kerisauan yang berlebihan
Kelesuan
Mudah meradang
Perasaan bersalah


PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA



1. Jenis Pekerjaan
Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian
kerja.



2. Peranan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.



3. Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.


4. Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak
dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.





5. Perubahan dalam organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan
dan tekanan kepada pekerjaan.




7 LANGKAH MENGATASI TEKANAN

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.
Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
Kendali masa anda dengan bijak
Beri keutamaan pada kerja yang penting.
Jangan bertangguh kerja.
Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
Mengagihkan kerja dengan bijak.
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
Ambil tindakan secara wajar.

Mempunyai Sikap Yang Betul
Terhadap Perubahan Dalam Kerja.
Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang
berlaku
Rancang perubahan secara teratur.

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive).
Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
Hormati pandangan rakan sekerja anda.


Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja
Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam
menangani sebarang masalah.
Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

Amalkan Cara Hidup Sihat
Luangkan masa untuk beriadah.
Dapatkan tidur yang mencukupi
Bersenam selalu.
Berurut atau mengunjungi spa.
Bercuti.
Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.
Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama.


Strategi Mengurangkan 'Tekanan' dari Aspek Kerohanian

Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan
Allah.



- zikir
- sembahyang
- munajat
- meditasi
- berguru
- berbincang dengan rakan



Proses Meditasi

Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita mengembara ataupun bergerak
Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

Munajat
Bernafas perlahan-lahan
Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset


Strategi Mengurang 'Tekanan' dari Aspek Fizikal


Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal:
Diet
Urut
Mandi air suam/berendam kolam air panas
Menangis
Bermain
Menjerit




TAHUKAH ANDA???

PISANG itu SEDAP!!!.
tak cayer cube klik ^_^





Kesimpulan
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian
dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.
http://amsu-ipgkpm.blogspot.com/2012/07/lom-siap-lagi.html