Anda di halaman 1dari 3

INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG

Guru cemerlang haruslah mempunyai idea yang mampu mentransformasikan


pedagogi pengajaran. Satu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran
bahasa adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaannya
bertujuan menarik perhatian pelajar supaya meminati pelajaran yang diajarkan. Hal
itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung yang berterusan akan
membosankan pelajar dan boleh menghilangkan semangat untuk belajar.

Inovasi Yang Dihasilkan
Encik Eimli telah banyak menghasilkan inovasi bahan bantu mengajar
sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai. Antara bahan inovasi
Encik Eimli yang mendapat perhatian daripada pihak luar seperti pihak sekolah lain
dan juga pejabat pendidikan daerah ialah E-Susilakata, Teater LINUS, Obor-obor
Perkataan dan Blok Suku Kata.
Bahan-bahan yang dihasilkan ini telah dipertandingkan sehingga peringkat
negeri dan ada bahan inovasi yang akan dibawa ke pertandingan inovasi yang
dianjurkan oleh Kementerian Sains dan Teknologi. Ini kerana idea yang digunakan
oleh guru ini sangat kreatif dan telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak
sama ada dari pihak pentadbiran sekolah dan juga pihak luar.

Pembinaan Bahan Inovasi
Dalam pembinaan suatu bahan inovasi yang dibuat, Encik Eimli lebih
cenderung kepada aspek kreativiti sama ada dari segi penyediaan bahan dan juga
penggunaan bahan. Beliau lebih banyak mencipta bahan inovasi yang dapat
digunakan dalam bentuk dua hala. Ini bertujuan supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan boleh berlaku dengan lebih berkesan lagi. Interaksi
dua hala penting supaya murid menjadi lebih aktif semasa pengajaran dilaksanakan
oleh guru.

Encik Eimli sangat kreatif dalam membina bahan inovasi. Beliau mendapat
ilham dan idea berdasarkan pemerhatian terhadap bahan yang ada di sekililng
beliau. Contoh ialah pembinaan Obor-obor Perkataan. Bahan bantu mengajar ini
pada asalnya merupakan maskot bagi rumah sukan beliau. Hasil cetusan idea
beliau, sebuah bahan bantu mengajar yang pelbagai guna dapat dihasilkan dan
berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan pada peringkat negeri.
Selain itu, bahan inovasi yang dibina perlulah bersesuaian dengan teknik
penyampaian yang akan dilakukan di dalam kelas. Tanpa teknik yang sesuai,
penggunaan bahan bahan bantu mengajar ini mungkin tidak akan banyak membantu
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dan mungkin juga boleh
mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan Inovasi yang Dihasilkan
Antara kelebihan inovasi yang dilakukan oleh Encik Eimly adalah dapat
menarik minat murid untuk belajar. Ini kerana murid lebih tertarik dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan pelbagai guna. Sesi
pengajaran dan pembelajaran juga dapat berlaku secara dua hala yang mana guru
memberi input kepada murid dan murid memberi tindak balas yang diinginkan oleh
guru.
Bahan bantu mengajar yang dicipta oleh beliau lebih bersifat pelbagai guna.
Contohnya, Obor-obor Perkataan bukan sahaja sesuai digunakan untuk mengajar
bahasa, tetapi boleh juga digunakan untuk mengajarkan mata pelajaran yang lain
seperti matematik dan pendidikan Islam dan sebagainya. Ini akan dapat
menghilangkan kebosanan murid semasa belajar.
Kelebihan inovasi yang dibuat juga adalah dapat membantu guru-guru lain
untuk menggunakan bahan yang dibina dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka. Dengan ini, beliau boleh melihat kekuatan dan kelemahan bahan yang telah
dibina dan seterusnya merancang penambahbaikan yang sepatutnya supaya bahan
tersebut menjadi lebih berkesan lagi.

Komitmen Guru Cemerlang
Encik Eimly sangat komited dalam menghasilkan bahan-bahan inovasi yang
baharu. Ini menyebabkan potensi dirinya lebih menyerlah melalui pertandingan-
pertandingan inovasi yang disertai beliau. Ini telah memberi batu loncatan kepada
beliau untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang pendidikan.
Disebabkan kemampuan beliau menghasilkan idea-idea baharu, beliau diberi
kepercayaan untuk menjadi fasilitator untuk kursus-kursus dan bengkel-bengkel
pembinaan bahan bantu mengajar yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana. Dengan ini, beliau boleh berkongsi dan menimba lebih
banyak ilmu dengan guru-guru dari sekolah lain.
Walaupun terlibat dengan pelbagai aktiviti dan mempunyai pelbagai tugasan,
beliau dapat melaksanakan semua tugas yang diamanahkan dengan sebaik
mungkin. Jika beliau tidak dapat masuk ke kelas, beliau akan menyediakan bahan
kerja kepada guru yang akan menggantikan kelas beliau. Dengan ini, murid-
muridnya tidak akan ketinggalan kerana kekangan tugas beliau.
Selain itu, beliau juga banyak membantu guru-guru lain dalam berkongsi ilmu
tentang pembinaan bahan bantu mengajar. Beliau juga selalu diminta untuk
melakukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) terhadap rakan-rakan guru yang
lain. Perkongsian ini sangat penting kerana dapat meningkatkan profesionalisme
guru-guru lain.
Di samping itu, beliau juga selalu menyediakan perancangan awal bagi setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan dengan menyediakan
bahan dan pelan alternatif lain jika sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang tidak dapat dilakasanakan. Ini supaya apa yang dapat dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik mungkin. Seorang guru perlu bersedia dalam apa jua
aspek supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada murid-murid yang
diamanahkan kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai