Anda di halaman 1dari 17

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat

saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan

dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya

iaitu DR KADIR BIN JAAFAR di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau

dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan

tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan

di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak

ternilaiharganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di

dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala

kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

Azman Bin Salleh

750312-02-5163

1
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

ISI KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN 1

KANDUNGAN 2

1. SOALAN 1

1. Pengenalan 3

1.2 Faktor – faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk 4-7

2. SOALAN 2

2.Pengenalan 7-8

2.1 Kesan – kesan positif 9-10

3. SOALAN 3

3. Pengenalan 11

3.1 Cabaran – cabaran 11-12

4. SOALAN 4

4. Pengenalan 13

4.1 Cadangan – cadangan 14-15

5. RUMUSAN 16

6. BIBLIOGRAFI 17

SOALAN TUGASAN
2
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Pertumbuhan penduduk yang tinggi pada lazimnya mendorong pertumbuhan ekonomi.


Contohnya, negara amerika Syarikat mempunyai jumlah penduduk 264 juta dan negara Jepun
mempunyai jumlah penduduk 124 juta orang. Penduduk di kedua – dua negara ini merupakan
aset bagi pertumbuhan ekonomi negara. Di negara negara lain seperti India, Nigeria dan
Indonesia, jumlah penduduk adalah tinggi tetapi penduduknya menjadi beban kepada kerajaan
kerana perlu menanggung kos tinggi untuk menyediakan perkhidmatan. Maka, penduduk yang
mempunyai kualiti akan dapat memanfaatkan kekayaan alam, modal dan seterusnya
menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi.

SOALAN 1

Berdasarkan kepada petikan di atas, bincangkan faktor – faktor yang


mempengaruhi pertumbuhan penduduk dari segi faktor biologi, faktor ekonomi
dan faktor teknologi.

1. PENGENALAN

Menurut Modul OUM HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar (2007), menerangkan dalam
geografi penduduk, istilah pertumbuhan penduduk digunakan dalam erti kata yang seluas –
luasnya untuk meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan pada
masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itu negatif atau positif. Kadar pertumbuhan
penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam pertengahan abad ke-17. Sungguhpun data
pertumbuhan penduduk tidak diperoleh, dianggarkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk
bertambah dua kali ganda di antara tahun 1650 dengan 1850, berganda lagi dalam tahun 1920
dan sejak tahun itu, penduduk terus meningkat.Sejarah pertumbuhan penduduk dunia bermula
dengan kadar yang perlahan sebelum kurun ke-19, bertambah pesat semasa kurun ke-19 dan
awal kurun ke-20 dan bertambah dengan pesatnya pada pertengahan kedua kurun ke-20.

1.2 FAKTOR – FAKTOR MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK

3
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Sekarang mari kita lihat antara faktor – faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
penduduk. Faktor yang pertama yang dapat kita lihat di sini ialah faktor biologi. Menurut Modul
OUM HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar (2007), Struktur umur menentukan nisbah
penduduk dalam kumpulan umur pembiakan dan seterusnya mempengaruhi kadar kelahiran.
Kadar fertiliti yang tinggi menyebabkan kadar kelahiran turut tinggi dan ini pula menyebabkan
pertumbuhan penduduk tinggi di negara – negara sedang membangun. Di negara maju seperti
Jepun dan Amerika Syarikat, para penyelidiknya telah maju serta menyediakan program –
program yang membantu penduduknya untuk mendapat anak serta penyediaan perkhidmatan
kesihatan yang amat sempurna membantu penduduknya menambah bilangan ahli keluarga.
Dengan keadaan sebegini, faktor biologi membantu kepada sesebuah negara meningkatkan
penduduk mereka. Namun begitu, di India dan Indonesia, jumlah kepadatan penduduk mereka
telah memberi masalah kepada kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna
kepada rakyatnya. Secara amnya, jika sesbuah negara itu stabil dan rakyatnya mempunyai tahap
kesihatan yang tinggi, maka populasi akan bertambah dengan kadar kematian akan berkurangan
dan di masa yang sama dapat meningkatkan tahap kesuburan.

Seterusnya, kita lihat faktor kedua yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di


sesebuah negara iaitu faktor ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan ekonomi
dan pertumbuhan populasi mempunyai hubungan yang secara langsung. Diandikan apabila salah
satunya berubah seperti pembangunan ekonomi, pertumbuhan populasi juga turut berubah dan
begitulah sebaliknya. Walaubagaimana pun, corak perubahannya mungkin boleh berubah
mengikut masa. (Populasi dan Alam Sekitar, Scribd)(2009).

Menurut Clark (1967) dalam http://www.scribd.com ‘Populasi dan Alam Sekitar’ (2009),
ada menyatakan bahawa pertumbuhan populasi hanyalah daya yang cukup berkuasa untuk
membuatkan komuniti berubah mengikut cara mereka, dan dalam perubahan jangka masa
panjang mereka akan lebih maju dan menjadi masyarakat produktif. Dunia ini masih mempunyai
sumber fizikal pertanian dan mineral yang banyak yang belum digunakan. Di dalam industri
komuniti, kesan faedah ekonomi adalah besar dan pasaran berkembang dengan pesat. Masalah
utama yang dibentuk oleh pertumbuhan populasi bukan disebabkan kemiskinan, tetapi secara
luar biasanya peningkatan kekayaan secara pantas dalam beberapa kawasan bantuan untuk
pertumbuhan populasi menarik populasi akan datang melalui migrasi dan penyebaran bandar
yang tidak tersusun.

4
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Maka boleh dikatakan di sini bahawa dengan pertumbuhan ekonomi yang meningkat di
sesebuah negara, maka akan berlakunya dan mempengaruhi pertambahan bilangan penduduk di
negara tersebnut. Contohnya di Jepun, perindustrian merupakan sektor ekonomi yang utama
manakala sektor pertanian merupakan bahagian kecil yang menyumbang kepada ekonomi di
Jepun, maka dengan peningkatan ekonomi yang makin stabil, kerajaannya mampu mengimpot
makanan seperti beras untuk menampung keperluan hidup rakyatnya. Dengan jumlah penduduk
seramai 264 juta orang, tenaga kerja tidak menjadi masalah bagi negara Jepun dan sebagai
sebauah negara maju, penawaran pekerjaan amat tinggi dan ini juga mendorong untuk rakyatnya
mempunyai keluarga yang besar.

Faktor yang ketiga merujuk kepada faktor teknologi.Menurut laman web di


http://ajidedim.wordpress.com/teknologi-islami/technology/ ada menyatakan makna Teknologi,
menurut Capra (2004, 106) seperti makna ‘sains’, telah mengalami perubahan sepanjang sejarah.
Teknologi, berasal dari literatur Yunani, yaitu technologia, yang diperoleh dari asal kata techne,
bermakna wacana seni. Ketika istilah itu pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris di abad
ketujuh belas, maknanya adalah pembahasan sistematis atas ‘seni terapan’ atau pertukangan, dan
berangsur-angsur artinya merujuk pada pertukangan itu sendiri. Pada abad ke-20, maknanya
diperluas untuk mencakup tidak hanya alat-alat dan mesin-mesin, tetapi juga metode dan teknik
non-material. Yang bererti suatu aplikasi sistematis pada teknik mahupun metode. Sekarang
sebagian besar definisi teknologi, lanjut Capra (2004, 107) menekankan hubungannya dengan
sains. Ahli sosiologi Manuel Castells seperti dikutip Capra (2004, 107) mendefinisikan teknologi
sebagai ‘kumpulan alat, aturan dan prosedur yang merupakan penerapan pengetahuan ilmiah
terhadap suatu pekerjaan tertentu dalam cara yang memungkinkan pengulangan.

Hubungkait teknologi dengan kadar populasi memainkan peranan yang amat penting.
Contohnya, ia dapat membantu kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian. Ini disebabkan
oleh kemajuan taraf kesihatan da teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai penyakit
berbahaya serta mengurangkan risiko kematian bayi yang baru dilahirkan. Malahan, pelbagai
penyakit yang membawa kematian seperti hepetatis B, malaria, taun dan lain – lain penyakit
dapat dikurangkan melalui teknologi perubahan moden yang pesat berkembang di dunia
contohnya di benua Amerika Utara dan Selatan, Asia, Oceania, Afrika dan Eropah. Menurut
Modul OUM HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar,163 (2007).

5
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Selain itu, peningkatan teknologi yang tinggi di bidang pemakanan juga menyumbang
kepada peningkatan populasi. Ini berikutan kemampuan untuk mengeluarkan hasil tanaman dan
makanan yang sihat berserta teknik penanaman yang sihat dan berkesan. Makanan yang
dihasilkan bermutu dan dijamin tahap kesihatannya maka ia dapat menyimbang kepada kesihata
populasi dan pensuburan individu. Kawalan mutu makanan yang diselia dengan menggunakan
teknologi tinggi lebih menjamin mutunya dan disamping penggunaan baja dan racun yang telah
dikaji keberkesanan dan tidak mempunyai kesan sampingan. Teknologi juga memainkan peranan
penting di dalam menyediakan perkhidmatan perubatan terutama kaedah rawatan moden yang
menggunakan alatan yang canggih dapat membantu mengesan kanser serta berupaya mencegah
dan mengubatinya.

Kesimpulannya, kadar pertumbuhan populasi amat berkait rapat dengan ketiga – tiga
faktor yang dinyatakan di atas. Walaupun terdapat berbagai faktor lagi namun ketiga- tiga ini
adalah yang memainkan peranan yang paling penting di dalam mempengaruhi kadar
pertumbuhan populasi di dunia. Faktor biologi memainkan peranan di dalam menyumbang
kepada tahap kelahiran di mana golongan muda memainkan peranan penting untuk melahirkan
seramai mungkin ahli keluarga berbanding dengan golongan tua. Namun, peranan sesebuah
kerajaan menyediakan program yang sesuai dan bertepan untuk menjamin pertumbuhan kadar
penduduknya serta menyediakan perkhidmatan yang secukupnya. Begitu juga dengan keadaan
iklim dan persekitaran tempat tinggal memacu kepada pertumbuhan penduduk. Contohnya, di
India, China dan Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding di
negara Eropah dan Afrika.

Dari segi ekonomi pula, peranan yang lebih penting kepada kadar pertumbuhan kerna
dengan keadaan ekonomi yang stabil, penduduk dapat menimbulkan keinginnan untuk
menambah bilangan ahli keluarga. Maka tidak hairanlah negara – negara maju di dunia
mempunyai kadar bilangan penduduk yang tinggi. Berikuta dengan fakta tersebut, maka mantan
Perdana Menteri kita dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah merangka satu dasar yang
dikenali sebagai Dasar Kependudukan Negara yang ingin mencapai matlamat 70 juta rakyat
Malaysia. Pada pandangan beliau, apabila populasi sesebuah negara meningkat dengan pesat,
ekonomi turut berkembang serta pemintaan dan penawaran di dalam semua bidang akan
meningkat dan seimbang.

6
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Maka, apabila peningkatan penduduk serta ekonomi meningkat, arus teknologi


memainkan peranan penting di dalam menyediakan perkhidmatan serta mengimbangi situasi
yang berlaku. Alatan moden dan canggih mampu memangkin penjanaan kadar pertumbuhan
dengan menyediakan bahan – bahan perubatan yang dapat membendung penularan penyakit
serta mengurangkan kadar kematian. Selain itu, alatan moden dan canggih juga dapat membantu
menikkan taraf kehidupan dan kesihatan rakyat serta menyediakan pemakanan yang sihat yang
dapat membantu tahap kesuburan rakyat. Malah kini di Malaysia sendiri, bagi pasangan yang
belum mempunyai anak, boelh mengikuti program serta menjalani rawatan kaedah penanaman
benih melalui program persenyawaan yang ditawarkan oleh yayasan yang dibangunkan oleh
Tuanku Permaisuri Sultan Pahang.

SOALAN 2

Huraikan Empat kesan positif migrasi penduduk terhadap negara sedang


membangun. Beri contoh yang relevan untuk menyokong jawapan anda.

2.1 PENGENALAN

Sebelum kita menghuraikan kesan positif tersebut, mari kita lihat dahulu apa itu migrasi?
Migrasi menurut Beny Darmawan(2007) menyatakan Migrasi merupakan suatu reaksi atas
kesempatan ekonomi pada suatu wilayah. Faktor ekonomi merupakan motif yang paling sering
dijadikan sebagai alasan utama dalam keputusan seseorang untuk melakukan migrasi. Untuk
mengetahui perkiraan pola migrasi yang terjadi antarprovinsi di Indonesia, makalah ini mencuba
melakukan estimasi pola migrasi antarprovinsi melalui ”indeks ketertarikan ekonomi” dari
Model Hybrida, yaitu suatu pengembangan model dari model gravitasi dalam analisis migrasi
yang melibatkan variabelvariabel ekonomi sebagai faktor utama dalam mempengaruhi pola
migrasi.
Manakala hal ini dipertegas lagi oleh Tommy Firman (1994) dalam Beny Darmawan
(2007) bahwa migrasi (perpindahan penduduk) sebenarnya merupakan suatu reaksi atas
kesempatan ekonomi pada suatu wilayah. Pola migrasi di negara-negara yang telah berkembang
biasanya sangat rumit (kompleks) menggambarkan kesempatan ekonomi yang lebih seimbang
dan saling ketergantungan (interdependensi) antara wilayah di dalamnya. Sebaliknya di negara-
negara berkembang biasanya pola migrasi menunjukkan suatu pengutuban (polarisasi), iaitu
7
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

pemusatan arus migrasi ke daerah-daerah tertentu saja, khususnya kota-kota besar. Migrasi
ini juga merefleksikan keseimbangan aliran sumber daya manusia dari suatu wilayah ke
wilayah lainnya.

Menurut World Trade Organisation (WTO), tiada definisi jelas untuk negara
membangun (developed country) dan negara sedang membangun (developing country).
Klasifikasi dilakukan oleh negara itu sendiri sama ada untuk meletakkan dirinya sebagai
sebuah negara membangun atau negara sedang membangun. Namun, anggota-anggota
negara yang lain boleh mempersoalkan mana-mana negara yang difikirkan tidak sesuai
berada di dalam klasifikasi yang dipilih. Di kebanyakan negara-negara sedang
membangun, permasalahan ketara yang sering dihadapi adalah kemiskinan, kesukaran
untuk memperolehi pelajaran, kemunduran sains dan teknologi dan aliran tunai yang
rendah – pendapatan per kapita yang rendah. Permasalahan ini menyebabkan rakyat
Negara-Negara Sedang Membangun sukar untuk menikmati suasana kehidupan yang
dianggap selesa atau mempunyai pendapatan rumah tangga (Household Income) di atas
paras kemiskinan, menurut piawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jika ada,
bilangannya amat kecil berbanding dengan jumlah penduduk negara tersebut. (dimuat
turun dari www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/nov05/november18.htm (2009).

2.2 KESAN – KESAN POSITIF

Setelah mengetahui makna migrasi dan definisi negara membangun, maka dapat kita
huraikan empat kesan positif hasil daripada migrasi yang berlaku di sesebuah negara. Antara
empat kesan positif tersebut ialah:
1) Melalui migrasi, sesuah negara dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja atau tenaga
buruh. Dengan kebanjiran pendatang asing, masalah ini dapat diatasi dengan berkesan.
Antara contohnya ialah di negara kita sendiri, dengan wujudnya pembangunan maka
banyak projek – projek yang perlu dilaksanakan maka, dapat kita lihat sekarang ini ramai
pekerja asing yang memenuhi permintaan pekerjaan tersebut. Maka, dapatlah projek –
projek tersebut dibina mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, kalau dilihat dari
sudut lain, ia juga dapat mengurangkan kadarpengangguran di sesbuah tempat. Migrasi
8
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

dalaman seperti berpindah ke tempat lain juga adalah satu contoh positif yang baik
seperti berpindah dari kawasan yang kurang maju ke kawasan yang lebih maju dan
banyak menawarkan peluang pekerjaan.
2) Kemasukan golongan golongan yang profesional juga banyak membantu negara tersebut.
Ini membawa erti contoh kepada tenaga profesional yang migrasi masuk ke sesebuah
negara dengan membawa kepakaran mereka. Di Malaysia, kita mengalu – alukan
kehadiran merekaseperti ini untuk memenuhi permintaan di dalam negara maka dengan
ini, pakar pakar sesuatu bidang dapat ditambah di dalam negara. Seperti di Amerika
Syarikat, mereka dibenarkan memiliki dua kerakyatan dan amat mudah untuk mendapat
kerakyatan di sana. Dengan kedatangan golongan ini mampu memacu sesebuah negara
dengan lebih efisyen dan maju. Melihat contoh di Malaysia, kita kekurangan tenaga kerja
dalam bentuk pembantu rumah maka dengan kedatangan pembantu rumah dari negara
luar sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah kepada kita. Malah kita tahu,
Indonesia dan Filipina antara negara yang banyak menwarkan pembantu rumah di
seluruh dunia.
3) Pengaliran mata wang ke dalam negara kita mengambil tempat dalam kesan positif yang
ketiga. Melihat dari sudut ini apabila ada antara penduduk sesebuah negara keluar
melakukan migrasi dan hampir setiap bulan akan mengutus wang kembali ke negara
asalnya. Ini akan menguntungkan pertukaran wang asing. Di Malaysia, hampir boleh
dikatakan setiap bulan, para pendatang mengirim wang ke negara asal maka pengaliran
wang ini menguntungkan negara mereka dengan keluarga merekadi sana akan
membelanjakan wang tersebut maka, ekonomi mereka akan bergerak ke arah yang lebih
stabil. Melihat dari dalam negara pula, adalah diharap rakyat kita yang melakukan
migrasi akan kembali ke tanah air dengan membawak kepakaran yang telah di timba serta
melakukan keuntungan yang tinggi dan dapat pula melabur kembali ke negara asal.
4) Migrasi keluar juga banyak membantu kepada negara atau bandar yang mempunyai
kepadatan penduduk. Contohnya Pulau Jawa, yang mempunyai kepadatan penduduk
yang tinggi maka adalah digalakkan kepada penduduknya untuk melakukan migrasi agar
pertama, dapat menyelesaiakan masalah pengangguran di mana peluang pekerjaan di
Pulau Jawa amat terhad dan tidak seimbang dengan jumlah penduduknya. Kedua, melalui
cara ini, kerajaan Indonesia juga dapat menangani masalah setinggan yang terdapat di
Jawa. Dengan penghijrahan ini, maka semakin kuranglah jumlah rumah setinggan yang

9
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

wujud. Ketiga, kerajaan Indonesia juga dapat mengurangkan kos perkhidmatan yang
perlu ditawarkan kepada penduduk yang yang ramai itu.
Kesimpulannya, kemasukan atau proses migrasi sebenarnya memberi banyak kesan yang positif
kepada sesebuah negara. Dua jenis migrasi yang dikategorikan ialah dalaman dan luaran.
Dalaman bermaksud di dalam sesebuah negara itu sendiri dengan berhijrahnya rakyat dari
sesuatu tempat ke tempat yang lebih menawarkana peluang pekerjaan dan sebagainya yang lebih
baik seperti wujudnya kawasan FELDA yang disediakan khas kepada rakyat yang memerlukan.
Begitu juga migrasinya penduduk daripada kawasan yang kurang maju ke kawasan yang lebih
maju untuk meningkatkan taraf kehidupan masing – masing. Migrasi luaran bermaksud migrasi
ke luar dari negara asal dan berhijrah mencari rezeki di luar negara. Indonesia dan Filipina antara
negara yang menawarkan rakyatnya keluar dari kelopok kemiskinan dan mencari peluang dan
rezeki di negara lain akibat tidak mampu menawarkan pekerjaan kepada penduduknya. Ini
sedikit sebanyak membantu pengaliran mata wang asing ke dalam negara mereka selain
mengurangkan kos untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada rakyatnya
disamping menyelesaikan masalah kemiskinan yang tegar di negara mereka. Namun tidak
dinafikan, selain kesan positif masih banyak juga kesan negatif yang ditimbulkan akibat daripada
migrasi.

SOALAN 3
Bincangkan cabaran – cabaran kepada negara Malaysia dari segi menyediakan
peluang – peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan.

3.1 PENGENALAN
Dahulu kita tahu bahawa ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat maka
terdapat banyak projek – projek pembangunan yang telah wujud dan berjalan lancar. Maka,
melalui fakta ini wujudlah peluang pekerjaan yang luas dan juga menimbulkan masalah kepada
kerajaan untuk menampung kekurangan pekerja. Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang
asing datang untuk mencari rezeki yang lumayan dan dengan keadaan ini ia juga telah
menimbulkan pelbagai cabaran bagi kerajaan Malaysia untuk ditangani. Namun kini, keadaan
ekonomi dunia agak perlahan dan lembap maka, kebanyakkan sektor perindustrian dan
perkilangan mengalami kemerosotan yang agak teruk. Ini telah menimbulkan banyak masalah
kepada negara terutama cabaran bagi menangani masalah pengangguran dan kemiskinan.

10
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

3.2 CABARAN - CABARAN


Antara cabaran – cabaran yang perlu ditangani oleh negara Malaysia pertamanya kita
lihat dari segi isu graduan yang menganggur. Kebanyakkan graduan di negara kita mempunyai
persepsi yang berbeza terhadap sektor perkilangan. Mungkin mereka melihat tiada peluang
menggilap kerjaya masa hadapan dalam sektor perkilangan dan tidak ramai yang memilihnya
sebagai satu pilihan utama. Maka, peranan kerajaan amat penting menyedarkan mereka tentang
pandangan negatif ini seperti mengadakan seminar atau kursus yang berkaitan bagi
meningkatkan minat mereka terhadap sektor perkilangan. Rata – rata kita dengan lepasan
graduan yang merungut tidak mendapat pekerjaan namun sebenarnya ada yang memilih kerjaya.
Lantaran itu, perlu diadakan promosi dan bengkel yang boleh menyemarakkan semangat mereka
untuk menceburkan diri di dalam sektor perkilangan. Sektor perkilangan amat penting di dalam
menjana ekonomi negara namun masih terdapat jurang di dalam minat dan mencari kerjaya di
dalam sektor tersebut.
Mohd Nahar Mohd Arshad (2009), menyatakan bahawa data menunjukkan gunatenaga
dalam sektor perindustrian ialah 36%, perkhidmatan ialah 51% dan pertanian 13%. Jelas
menunjukkan kecenderungan gunatenaga Malaysia lebih kepada sektor perkhidmatan. Namun
dilihat pula pada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sektor perindustrian menymbang
sebanyak 44.6%, perkhidmatan 45.7% dan pertanian 9.7%. Nyata sekali bahawa sektor
perindustrian mendapat persaingan hebat dari sektor perkhidmatan. Melihat keadaan ini, langkah
drastik perlu dilakukan oleh kerajaan supaya minat gunatenaga beralih kepada sektor perkilangan
kerana ini mampu menimbulkan ketidakseimbangan dalam pasaran buruh sektor berkenaan.
Cabaran seterusnya ialah masalah kebanjiran pendatang asing yang memenuhi
permintaan buruh di negara kita. Walau pun pertama tujuannya untuk memenuhi permintaan
buruh namun kesan negatif yang di bawa masuk juga mempengaruhi keamanan di Malaysia.
Selain peluang – peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan juga semakin mengecil, masalah
sosial dan sebagainya kini menjadi tajukutama kerana seringkali kita lihat di dada akhbar tentang
jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini. Masalah penempatan mereka juga menjadi satu
bebanan kepada kerajaan serta perlu menanggung kos bagi menyelesaikan masalah ini. Rakyat
tempatan juga terhimpit dan terpaksa bersaing dengan mereka malah dengan jenayah yang di
bawa, kehidupan rakyat tempatan agak terganggu.
Selain itu, sektor perkilangan juga berhadapan dengan persaingan global. Mohd Nahar
Mohd Arshad (2009), menyatakan negara – negara seperti Vietnam, China dan India kini muncul

11
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

sebagai hub perindustrian baru dengan kos yang lebih murah. Ini menyebabkan kebanyakkan
pelabur asing telah beralih ke negara – negara tersebut kerana kos buruh lebih rendah berbanding
Malaysia. Banyak kilang – kilang tutup dan menyebabkan peratus pengangguran meningkat.
Maka amat wajar jika Perdana Menteri kita telah menyediakan suntikan kewangan kepada sektor
ini untuk menampung kerugian yang lebih tinggi. Pihak kerajaan juga telah menawarkan kursus
– kursus dan bengkel kepada rakyat dengan di beri elaun supaya dapat membantu mereka
merancang kerjaya mereka. Ini dilakukan kerana untuk mengekal kompetetif serta mengelakkan
rakyat beralih kepada sektor lain seperti perkhidmatan.
Jelas dapat disimpulkan di sini bahawa kerajaan perlu bersikap terbuka serta bertindak
menangani masalah ini. Antara cadangan yang boleh diketengahkan selain di atas ialah dengan
mengadakan polisi – polisi baru negara berkaitan dengan undang – undang perkilangan seperti
dipermudah untuk mendirikan kilang serta mengurangkan kadar cukai yang dikenakan kepada
pelabur yang ingin melabur di Malaysia agar mereka terus berlabur di sini dan lebih banyak
peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat. Isu gaji juga penting di mana, kerajaan perlu
meletakkan gaji minima yang tinggi agar rakyat berminat untuk mencebur di dalam sektor ini.
Selain itu, pengawalan kebanjiran pendatang asing perlu di bendung dan di hadkan kepada
sesuatu bilangan agar rakyat tempatan tidak menerima persaingan yang hebat dari mereka. Untuk
mencapai sesuatu kejayaan perlu ada pengorbanan dan kita tidak mahu keadaan seperti pepatah
‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

SOALAN 4

Sebagai seorang warga alam sekitar, jelaskan bagaimana anda boleh membantu
memelihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal anda.
4.1 PENGENALAN
Alam semula jadi merupakan satu anugerah Allah SWT yang amat bersar dan tidak ternilai
kepada seluruh umat manusia. Pemeliharaanya adalah menjadi tanggungjawab manusia bersama.
Norzaidan bin Hamad (2007) menyatakan memelihara dan mencintai alam sekitar yang
dianugerahkan oleh Allah SWT amatlah dititikberatkan oleh Islam bagi memastikan
kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Segala sesuatu di alam ini disusun dan diatur oleh
Allah dengan sempurna demi kepentingan manusia dan juga makhluk – makhluk lain. Kemajuan

12
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

yang dicapai oleh manusia dalam pelbagai displin ilmu dan kecanggihan teknologi telah
membuktikan bahawa Allah benar – benar menciptakan alam ini untuk dimanfaatkan oleh
manusia.
Alam tabii yang dianugerahkan Allah ini adalah untuk manusia mendapat manfaat
daripadanya. Mereka yang beriman dan menghayati nilai – nilai baik akan sentiasa mencintai
alam yang penuh dengan nikmat yang ada padanya. Keindahanan flora dan fauna telah
memperlihatkan kepada kita akan hakikat kebesaran dan keagungan Allah. Firman Allah dalam
surah Ar-Ra’d ayat 3 bermaksud:
‘Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan
menjadikan padanya gunung – ganang ( terdiri kukuh) serta sungai –
sungai (yang mengalir) dan dari tiap – tiap jenis buah – buahan, Dia
jadikan padanya berpasangan. Dia juga melindungi siam dan malam
silih berganti. Sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir’
Firman Allah lagi di dalam surah Al-A’laa ayat 2-3 yang bermaksud:
‘Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta
menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai
dengan keadaannya. Dan telah mengatur (keadaan makhluk –
makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan
keselamatan dan kesempurnaannya)’.
4.2 CADANGAN – CADANGAN

Setelah mengetahui definisi alam sekitar, maka adalh menjadi tanggungjawab kita
sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini untuk memelihara dan menjaga alam
sekitar agar manfaatnya dapat dinikmati bersama. Sebagai seorang guru dan juga
penduduk di sebuah kawasan taman, saya mencadangkan beberapa perkara yang dapat
membantu persekitaran saya agar alam sekitar terjaga. Antara cadangan tersebut ialah:
1. Mewujudkan satu organisasi menjaga alam sekitar di kawasan tempat tinggal.
Ini merujuk kepada mewujudkan jawatan kuasa yang menjaga dan
menguruskan hal kebersihan serta penjagaan alam sekitar di kawasan tersebut.
Organisasi ini bertujuan untuk merancang serta melancarkan sesuatu program
yang dapat dijalankan di kawasan tersebut.

13
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

2. Menggalakkan setiap rumah untuk menanam pokok. Ini adalah bertujuan


menyemai semangat hijaukan bumi. Sumbangan benih pokok juga mungkin
boleh disalurkan ke setiap rumah. Dengan cara ini, ia membantu
menghijaukan bumi serta dapat mengekalkan bekalan oksigen.
3. Menjalankan kempen kesedaran mengenai undang-undang kepada semua
pihak yang melanggar peraturan atau Akta Kualiti Alam Sekitar. Menurut
Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2005), bagi mewujudkan
suatu iklim pengurusan alam sekitar yang mengambil kira kepentingan
generasi kini dan akan datang, pelbagai langkah telah diatur dan dimulakan
oleh kerajaan sejak seawal 1970-an lagi dengan tergubalnya Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 (AKAS1974) yang di pinda beberapa kali sehingga ke
hari ini bagi mewujudkan kesesuaian perkembangan dan keperluan semasa.
Ini merujuk kepada polisi polisi kerajaan yang berkaitan dengan penjagaan
alam sekitar. Kempen –kempen seperti ini dijalankan mungkin pada setiap
hujung minggu dengan mengadakan aktiviti gotong royong dan sebagainya.
4. Mengadakan ceramah penjagaan alam sekitar di dewan orang ramai atau di
masjid-masjid serta surau-surau. Organisasi yang dibentuk mampu menjemput
penceramah dari jabatan alam sekitar untuk memberi penerangan dengan lebih
jelas lagi kepada penduduk.
5. Memperingati penduduk supaya sentiasa peka dengan isu ini serta menanam
semangat kasih sayang terhadap alam flora dan fauna. Kepentingan menjaga
kebersihan serta tidak membuang sampah merata-rata yang mampu
mengganggu ekosistem alam semulajadi. Ini bertujan membentuk jati diri para
penduduk dan seterusnya menjadikan setiap isi rumah itu sebagai seorang
warga alam sekitar.
Norzaidan Hamad (2007), mencintai alam sekita adalah merupakan tuntutan dalam Islam.
Dalam membincangkan kecintaan kepada alam sekitar, ianya amat berkait rapat dengan
penjagaan dan pemuliharaan. Pemuliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab
semua golongan, terutamanya golongan pencinta alam atau environmentalist yang
bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menyedarkan masyarakat tentang betapa
pentingnya menjaga alam sekitar. Pemuliharaan untuk menyelamatkan alam bukanlah

14
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

semata-mata untuk tujuan kegunaan manusia sahaja sebaliknya merupakan tuntutan Allah
SWT untuk memelihara alam yang indah ini.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang hidup dimuka bumi ini perlulah
memainkan peranan yang penting di dalam menjaga dan memulihara alam sekitar. Kalau
bukan kita yang menjaganya siapa lagi. Sikap dan mentaliti dari dalam diri perlu disemai
sejak bangku sekolah lagi. Kita perlu tahu tentang ungkapan ‘Kita tidak mewarisi alam
ini kepada anak cucu kita, tetapi kita meminjamnya daripada mereka’.

5. RUMUSAN
Dapat dirumuskan di sini setelah saya melakukan tugasan kali ini telah banyak
memberi manfaat serta input kepad pengetahuan saya. Bermula daripada faktor – faktor
yang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara di mana tiga
faktor yang memainkan peranan penting iaitu dari sudut biologi, ekonomi dan teknologi.
Ianya memacu dan mampu menjana tenaga buruh bagi sesebuah negara aidainya faktor-
faktor ini sentiasa dititikberatkan. Sebagai sebuah negara yang bergerak maju, Malaysia
perlu terus menyediakan faktor – faktor ini bagi merealisasikan Dasar Kependudukan
Negara yang telah dirancang semoga Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju
pada suatu hari nanti.
Seterusnya, dapatlah dihuraikan dengan jelas berkaitan dengan kesan positif
migrasi yang memberi impak terutama kepada negara asal serta negara yang dimigrasi.
Pokok penting, ianya dapat menyelesaikan masalah kepada negara selain memberi
kesenangan kepada penduduknya. Namun masih terdapat banyak juga kesan negatif yang
boleh dibincangkan. Mencari keselesaan dan rezeki adalah tuntutan bagi kita semua dan
apa yang penting ialah niat yang kita tanam di hati.
Sebagai sebuah negara yang bergerak maju, maka perlulah ditempuhi pelbagai
cabaran – cabaran. Cabaran yang paling getir bagi sesebuah negara ialah apabila pasaran
ekonomi merudum. Ini kerana implikasinya amat kuat terutama kepada sektor perjawatan

15
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

iaitu pekerjaan. Rata – rata kini, peluang pekerjaan adalah amat terhad ditambah pula
dengan limpahan graduan menganggur, maka satu tidakan drastik serta inisiatif kerajaan
untuk mengatasi masalah ini.
Akhirnya, sebagai seorang manusia yang cintakan alam sekitar, perlulah kita
bertindak untuk menjaga dan mengekalkannya. Bencana dan musibah seperti banjir,
gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya adalah hasil tindak balas alam terhadap
kerosakan yang dilakukan keatasnya. Demi untuk menjaganya marilah kita sama – sama
berganding bahu merealisasikan usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar. Bak kata
pepatah ‘Perahu di air, pendayung ditangan, hanya nak mulakan sahaja’. ‘Tepuk
dada, tanya iman’.

BIBLIOGRAFI
Ajidedim (2009), Tazkiyah Peradaban – Pengertian Teknologi. Diperolehi pada 02 Nov 2009
dari http://ajidedim.wordpress.com/teknologi-islami/technology/

Beny Darmawan (2007), Perkiraan Pola Migrasi Antarprovinsi Di Indonesia. Universitas


Indonesia, Depok.
Hamidi dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2005), Kelestarian Alam Sekitar Suatu Proses yang
Lama. UUM, Sintok.

Majalah Nasional Angkasa (2005), Mengapa Koperasi penting kepada Negara-negara


Membangun. Diperolehi pada 02 Nov 2009 dari
http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/nov05/november18.htm
Mohd Nahar Mohd Arshad(2009) Masa Hadapan Sektor Perindustrian Malaysia. University of
Tasmania, Australia.
Norzaidan Hamad(2007), Pemuliharaan Alam Semulajadi Mengikut Perspektif Pendekatan
Islam Hadhari. Diperolehi pada 1 Nov 2009 dari
http://www.scribd.com/doc/15874392/Kewajipan-Memelihara-Alam-Sekitaredit1For-
Online

Open University Malaysia (2007), HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar. Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor.

16
AZMAN SALLEH
750312025163
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Scribd (2007), Demografi dan Pembangunan. Diperolehi pada 01 Nov 2009 dari http://epy-
ktn.blogspot.com/2007/10/kesan-migrasi-penduduk-terhadap-kawasan.html

Scribd (2009), Populasi dan Alam Sekitar. Diperolehi pada 01 Nov 2009 dari
http://www.scribd.com/doc/18006177/Populasi-dan-Alam-Sekitar

17
AZMAN SALLEH
750312025163