Anda di halaman 1dari 5

MIKRO EKONOMI BAB 1

Ilmu ekonomi : satu ilmu yang mengkaji bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak
terhad dengan menggunakansumber ekonomi yang terhad.
Sumber sumber ekonomi

Tanah
Anugerah alam semula jadi yang terdapat dalam tanah atau atas tanah .
Contoh bahan-bahan galian, minyak, tumbuh-tumbuhan.
Penawaranya adalah terhad.
Tidak mempunyai mobiliti tempat mempunyai mobiliti kegunaan.

Buruh
Tenaga kerja secara mental dan fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran barang-barang
dan perkhidmatan .
Contoh pekerja kilang, guru, doktor dan lain-lain.
Menerima upah
Buruh dalam lingkungan umur 16-64 tahun .
Buruh disebut tenaga buruh dan tenaga kerja.
Tenaga buruh yang tidak digunakan disebut penganguran.
Buruh mempunyai mobiliti tempat dan kegunaan

Modal
Barang modal yang digunakan oleh pengeluaran untuk mengeluarkan brangan bagi menghasilkan
pulangan.
Dapat meningkatkan daya pengeluran.
Menerima faedah
Jenis pulangan modali:-
Modal tetap tidak berubah bentuk dan fizikalnya setelah digunakan contoh,mesin.
Modal kerja berubah bentuk fizikalnya setelah digunakan, contoh bahan pembekar.
Modal social melicinkan proses pengeluaran contoh , jalan raya, sekolah, hospital

Usahawan
Orang yang mengabungkan semasa input untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhimatan.
Menangung risiko perniagaan
Menerima untung.
KEPERLUAAN DAN KEHENDAK MANUSIA
Keperluan
Keperluan ialah keiginan terhadap barang asas untuk hidup.
Contoh ; makanan, pakaian, tempat tinggal .
Keperluan adalah terhad mesti dipenuhi dan bersifat sejagat

Kehendak
Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan untuk keselesaan.
Contoh:kipas angin, penghawa dingin.
Tidak perlu dipenuhi untuk terus hidup.
Kehendak adalah mengikut cita rasa contoh, golongan berpendpatan tinggi berkehedakan
barangan mewah.

PENGELASAN BARANG
Barang percuma
Penawarannya tidak terhad.
Tidak dikeluarakan oleh manusia , ia merupakan anugerah alam semula jadi.
Tiada kos pengeluaran, kos lepasnya
Tidak perlu membayar harga contoh udaraBarang ekonomi
Semua barang selain barang percuma dikenali sebagai barang ekonomi.
Penawarannya melibatkan kos pengeluaran ia perlu dibayar
Mempunyai kos lepas contoh : barang persendirian, barang awam, barang pengguna, Barang
pengeluar dan barang perantaraan.

Barang perantaraan
Sesuatu barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang yang lain.
Permintaan terhadap barang perantaraan disebut pemindahan berkait.
Barang ini hilang bentuk asalnya.Barang pengeluar
Di kenali sebagai barang modal.
Tidak hilang bentuk asalnya setelah digunakan.
Contohnya modal tetap, mesin, Jentera.

Barang pengguna.
Dikenali sebagai barang akhir atau barang siap
Satu barang yang boleh digunakan terus tanpa perlu diproses lagi.
Contohnya baju.

Barang awam
Dikenali sebagai barang social
Tidak mempunyai sifat kekecualian.
Semua orang boleh menggunakannya, sama ada mampu bayar atau pun tidak.
Ditawarkan kepada semua golongan masyarakat sama ada golongan kaya atau miskin .
Disedikan oleh kerajaan bertujuaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat sama ada
golongan miskin atau kaya. Bukanuntuk memaksimumkan keuntungan
Jika barang ini dikenakan harga, harganya murah dan mampu dibayar oleh semua golongan
masyarakat.
Contohnya sekolah ,hospital

Barang persendiriaan
Mempunyai sifat-sifat kekecualian
Bukan semasa orang boleh mengunakannya.
Orang yang mampu boleh mengunakannya.
Yang tidak mampu di kecualikan
Dikenali sebagai barang swata.
MASALAH KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS.
Masalah kekurangan merujuk kepada kekurangan barang dan perkhidmatan yang dapat dihasilkan
berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad.
Wujud kerana faktor pengeluaran yang terbatas.
Akhirnya menimbulkan masalah pilihan.
Masalah pilihan menyebabkan kos lepas.
Kos lepas ialah barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan
terbaik.
Masalah ini dapat dilihat dengan mengunakan keluk kemungkinan pengeluaran.
KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)
Definisi :Satu keluk yang menunjukkan kombinasi maksimum dua barang yang dapat dikeluarkan
apabila semua input digunakan dengan cekap.

Adaian: 1.faktor-faktor pengeluaran tetap
2.teknologi adalah tetap.
3.hanya dua jenis barang dikeluarkan
4.ekonomi mencapai guna tenaga penuh.
Boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos lepas dan konsep pertumbuhan ekonomi.
Kos lepas malar digambarkan oleh KKP yang berbentuk satu garis lurus.
Kos lepas menaik digambarkan oleh KKP yang berbentuk cembung


MASALAH ASAS EKONOMI
Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber-sumber ekonomi terhad sedangkan kehendak adalah
tidak terhad.
Masalah asas ekonomi adalah sama di semua negara
Terdapat tiga masalah ekonomi.
i.Apa dan berapa banyak barang hendak di keluarkan
ii.Bagaimana hendak di keluarkan
iii.Untuk siapa dikeluarkan

Apa dan berapa banyak barang dikeluarkan

Sumber-sumber ekonomi adalah terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
Manusia perlu membuat pilihan tentang barangan yang hendak dikeluarkan.
Barang atau perkhimatan yang dikeluarkan perlulah merupakan kehendak dan dapat memberi
kepuasan kepada manusia.
Manusia akan megeluarkan barang yang mempunyai permntaan supaya dapat memaksimumkan
keuntungan
Pengeluar perlu melihat Jumlah perkhimatan.
Jika sambutan meningkat pengeluran akan ditingkatkan dan sebaliknya.
Pengeluar harus membuat keputusan yang tepat tentang pengeluaran barang supaya tidak wujud
lebihan atau pengurangan.
Jumlah sesuatu barang atau perkhimatan yang hendak dikelukan bergantung kepada faktor-faktor
pengeluran yangdiperuntukan untuk mengelurkan .

Bagaimana hendak dikelurakan

Masalah merujuk kepada teknik-teknik pengeluaran
Pengeluaran harus melibatkan faktor-faktor pengeluaran iaitu buruh, modal, tanah, dan usahawan
supaya dapatmeminimumkan kos dan mendaptkan keuntungan yang paling maksimum.
Terdapat dua teknik pegeluran
i.Kaedah pengeluran berintensifkan buruh
ii.Kaedah keluran berintensifkan modal.
Jika harga buruh lebih murah, maka pegeluran akan memilih kaedah berintensifkan modal,
sebaliknya jika harga buruh lebihmurah maka pengeluaran akan memilih kaedah berintensifkan
buruh.

Untuk siapa hendak dikeluarkan
Merujuk kepada pengagihan barang dan perkhimatan
Bergantung kepada agihan pendapatan kuasa beli
Golongan berpendapatan rendah akan menimati jumlah barang yang lebih banyak manakala
golongan berpendapatan rendahakan menikmati jumlah barang yang sedikit









Masalah SISTEM EKONOMI
Sistem Kapitalis Sistem Perancangan Pusat Sistem Campuran
Apa dan
berapa
barang dan
hendak
dikeluarkan
+Diselesaikan oleh
mekanisma harga
+Pengeluar
mengeluarkan barang
yang ada permintaan
tinggi kerana bermotif
keuntungan.
+Diselesaikan oleh kerajaan.
+ Barang dikeluarkan untuk
meningkat kebajikan
pengguna
+Jumlah yang dikeluarkan
berdasarkan keperluan
masyarakat.
+Diselesaiakan oleh
mekanisme harga dan
kerajaan
+Barang-barang yang tidak
di keluarkan olehpihak
swasta akn dikeluarkan
oleh kerajaan contohnya
barang awam
Bagaimana
barang
hendak
dikeluarakan
+Diselesaikan oleh
mekanisma harga
+Menggunakan teknik
pengeluaran yang paling
murah untuk
meminimumkan kos
+Diselesaikan oleh kerajaan
+Teknik yang dipilih
mengutamakan kebajiakan
pekerja dan bukna semata-
mata meminimukan kos atau
memaksimukan keuntungan
+Faktor pengeluaran dimiliki
oleh kerajaan.
+Kerajaan yang memilih
teknik intensif buruh modal
demi kepentingan ekonomi
+Diselesaiakan oleh
mekanisme harga dan
kerajaan
+Pihak swata memilih
teknik yang
meminimumkan kos
manakala kerajaan akan
memihak kepada teknik
yang dapat mengurangkan
masalah pengangguran
dan meningkatkan
kebajikan pekerja
Untuk siapa
barang
hendak
dikeluarakan
+Diselesaikan oleh
mekanisma harga
melaluiagihan pendapat
+Agihan barang
berdasarkan
kemampuan individu
(kuasa beli)
+Lebih banyak
pendatan,lebih banyak
barang dapat dinikmati
+Diselesaikan oleh kerajaan.
+Barang dikeluarkan untuk
semua golongan masyarakat
+Jika berlaku kekuran
gancatuan atau perubahan
harga dilakuakan
+Diselesaiakan oleh
mekanisme harga dan
kerajaan
+Pihak swasta akan
agihkan barang
berdasarkan agihan
pendapatan
+Walaubagaimanapun
kerajaan campur tangan
dengan memastika
nbarang awam dan
barangperlu sampai
kepada golongan
berpendapatan rendah
KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
Tindak balas yang cepat melalui mekanisme harga
Insentif untuk bekerja
Kecekapan pengeluaran
Faedah persaingan
Bebas membuat pilihan

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS
Kebajikan masyarakat diabaikan
Harga tidak stabil
Keburukan monopoli
Jurang agihan pendapatan yang meluas
Eksternaliti negatif
Tidak menjamin guna tenaga penuh
Salah peruntukkan sumber
Barang sosial kurang dikeluarkan

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
Kebajikan masyarakat diutamakan
Harga stabil
Merapatkan jurang agihan pendapatan
Kecekapan peruntukkan sumber
Pertumbuhan ekonomi yang pesat

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
Pentadbiran kurang cekap
Kebebasan terhad
Tidak wujud kesetaraan ekonomi
Pembaziran sumber

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATANKONSEP PELAKU KEGIATAN EKONOMI
Isi rumah pembekal faktor- faktor pengeluaran dan pengguna barang dan perkhidmatan
Firma pembekal barang dan pengguna faktor pengeluaran
Kerajaan mengutip cukai dan membuat perbelanjaan.
Aliran fizikal aliran input tanah, buruh, modal dan usahawan dari sektor isi rumah ke sektor firma
dan aliran barang- barangdan perkhidmatan dari sektor firma ke sektor isi rumah
Aliran wang aliran perbelanjaan pengguna dan hasil dari sektor isi rumah ke sektor firma, dan
aliran kos dan pendapatan darisektor firma ke sektor isi rumah