Tingkatan : 2 Bijak Bilangan Pelajar : 16 orang Tarikh : 14 April 2014 Masa : 8.00pagi-9.00pagi Tajuk : Jenis-jenis pekerjaan ( Cita-cita saya ) Kemahiran : Menamakan jenis-jenis pekerjaan Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat; i. menamakan jenis-jenis pekerjaan ii. bercerita tentang cita-cita saya iii. membaca kuat perkataan dengan sebutan dan intonansi yang betul. Teknik : Pendekatan Masteri Nilai : berhemah tinggi, kerajinan, bertanggungjawab KBKK : mengkategorikan, mengingat, memahami Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mempelajari suku kata dan perkataan doktor, juruterbang, saintis, polis, hakim dan pengurus
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi ( 2 minit )
1. Guru memanggil nama murid dan bertanya kepadanya tentang cita-cita mereka. 2. Murid menjawab soalan guru. 3. Guru mengaitkan tajuk yang hendak diajar.
Langkah 1 ( 10 mimit )
1. Guru menunjukkan gambar-gambar jenis pekerjaan dan bertanya soalan. 2. Guru membimbing murid menamakan jenis pekerjaan berdasarkan gambar. 3. Guru menampal gambar dan kad nama
Nilai: Berhemah tinggi Bertanggungjawab
*Gambar-gambar dan kad nama jenis pekerjaan jenis pekerjaan di papan tulis dan menjelaskan. 4. Guru menyuruh murid membaca kuat perkataan jenis pekerjaan dengan sebutan dan intonansi yang betul. 5. Guru membimbing murid bercerita tentang cita-cita dirinya dan peranan berdasarkan jenis pekerjaan. 6. Guru bersoal jawab dengan murid.
( Rujuk Lampiran 1 )
Langkah 2 ( 8 minit )
1. Guru memanggil 6 orang murid datang ke depan untuk mencabut kad yang bernama jenis pekerjaan dari sebuah kotak yang disediakan oleh guru.
2. Guru menyuruh 6 orang murid itu berlakon mengikut nama pekerjaan yang dipilihnya.
3. Murid-murid lain meneka dan menyatakan nama pekerjaan itu. 4. Guru menyuruh semua murid membaca kuat perkataan nama pekerjaan.
*Lakonan
Langkah 3 ( 8 minit )
1. Guru memberi lembaran kerja kepada murid. 2. Guru meronda dan memeriksa serta memberi bimbingan semasa murid membuat lembaran kerja.
Nilai: Kerajinan
*Lembaran kerja (Rujuk Lampiran 2)
Penutup ( 2 minit )
1. Guru meringkaskan apa yang telah dipelajari oleh murid- murid.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
Lampiran 1
Doktor
Hakim
Pengurus
Saintis
Juruterbang
Polis
Lampiran 2 Tuliskan nama pekerjaan mereka. Juruterbang Pengurus Hakim Polis Saintis Doktor