Anda di halaman 1dari 5

Mata Pelajaran : Sains

Kelas : 4 Bestari
Hari/ Tarikh : 21 Julai 2014 (Isnin)
Masa : 9.15 10.15 (60 minit)
Bilangan Murid : 17 orang (8 lelaki, 9 perempuan)
Tema : Sains Fizikal
Tajuk : Pengukuran

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat
6.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang luas
Standard Pembelajaran :
6.2.5 Menganggarkan luas permukaan bentuk tidak sekata dengan
menggunakan kertas petak 1cm 1cm.
6.2.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK, penulisan atau lisan.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Melakar di atas kertas petak 1cm 1cm objek yang ingin diukur.
2. Menganggar luas permukaan bentuk tidak sekata dengan menggunakan
kertas petak 1cm 1cm.
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah biasa dengan konsep luas.
Kemahiran Saintifik :
KPS memerhati, berkomunikasi, mentafsir data, mengukur dan menggunakan nombor
Kemahiran Berfikir :
Mencirikan, membanding dan membezakan, menjanakan idea dan menghubungkaitkan

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :
Minat dan bersifat ingin tahu, bekerjasama, berfikir secara rasional, yakin dan berdikari.

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) :
Kreativiti dan inovasi . Memastikan pengukuran dilakukan dengan
menggunakan alat dan cara yang betul

Sumber P&P : peta negara Palestin dan Israel, kertas graf, daun, duit syiling.



Fasa / Masa Kandungan Aktiviti P&P Catatan
Orientasi

(5 minit)
Isu
antarabangsa
yang melibatkan
negara Islam.

1) Guru bercerita kepada murid
berkenaan isu penting yang melanda
dunia Islam.
2) Guru menceritakan berkenaan
negara Palestin dan bagaimana Israel
merampas wilayah negara Islam itu
sedikit demi sedikit.
3) Guru menerangkan berkenaan
keluasan negara Israel yang semakin
bertambah dan Palestin yang semakin
berkurang.
KB:
Mencirikan,
menghubungkait,
menganalisis

BBM :
Peta negara
Pelestin dan Israel.
Pencetusan
Idea

(10 minit)
Pengukuran
luas permukaan
bentuk tidak
sekata.
1) Guru menyoal murid. Cth :
a) Adakah luas boleh diukur?
b) Berapa luas bilik yang kamu
belajar sekarang?
c) Bagaimana mengukur luas ?
2) Murid menjawab cara mengukur
luas ialah panjang lebar,
berdasarkan pengetahuan sedia ada.
3) Guru menyoal kembali.
a) Bagaimana mahu mengukur
KB:
Menjana idea

KPS: Memerhati,
berkomunikasi,

Nilai murni: Sifat
ingin tahu


keluasan yang tidak ditentukan
panjang dan lebar.
b) Berapakah keluasan negeri
Terengganu? Adakah boleh
diukur?
c) Bagaimana mahu mengukur
keluasan permukaan objek kecil
seperti batu?
4) Guru mengatakan bahawa ada
teknik dan langkahnya.
Penstruktura
n Idea

(30 minit)
Cara
pengukuran/
penganggaran
luas permukaan
bentuk tidak
sekata.

1) Guru membahagikan sehelai kertas
graf kepada setiap murid.
2) Guru kemudian menyuruh murid
membuat sebuah bulatan atau
sebarang bentuk di atas kertas graf.
3) Guru menunjukkan langkah
membuat penganggaran luas sesuatu
bentuk dengan menggunakan kertas
graf.
4) Murid membuat penganggaran
sebagaimana yang diajar.


KB: Menjana idea,
mencirikan

KPS: Komunikasi,
memerhati,
mengukur dan
menggunakan
nombor

Sumber P&P:
Buku teks

EMK: Kreativiti dan
Inovasi
Aplikasi

(10 minit)
Penganggaran
luas permukaan
bentuk tidak
sekata.

1) Guru menyuruh murid mengambil
sehelai daun di luar kelas.
2) Kemudian minta mereka menekap
daun di atas kertas graf dan surih
bentuk daun.
3) Minta mereka anggar luas
permukaan daun.
KB: Menjana idea,
menghubungkait,
menganalisis

KPS: Mengukur
dan menggunakan
nombor
4) Suruh mereka menganggar bentuk
permukaan benda lain seperti duit
syiling, telapak tangan dan
sebagainya.

ABM :
Kertas graf, daun,
duit syiling.

Nilai Murni: Minat
dan bersifat ingin
tahu, yakin dan
berdikari
Refleksi

(5 minit)
Imbas kembali
pelajaran yang
telah dipelajari
hari ini.
1. Guru meminta murid memberikan
contoh permukaan yang tidak sekata
bentuknya.
2. Guru merumuskan isi pelajaran.
3. Guru menyuruh murid salin nota di
papan putih.
KPS :
Berkomunikasi
KBK :
Membuat
kesimpulan,













PETA NEGARA PALESTIN DAN ISRAEL