Anda di halaman 1dari 12

Kipas Tanpa Bilah

Jun 07, 2010


Labels: Gajet 1 komen


Like
13 people like this.

Dyson Air Multiplier adalah kipas tanpa bilah. Kipas ini mampu
menggandakan aliran udara 15 kali lebih kuat daripada aliran udara
biasa.

Dyson Air Multiplie juga mudah untuk dibersihkan dan tidah berbahaya
kerana tiada bilah kipas yang bergerak. Teknologi Dyson Air Multiplier
ini diinspirasikan dari teknologi pengecas turbo (untuk enjin kereta)
dan teknologi enjin jet untuk menjana aliran udara yang bertenaga.

RCCB Terpelantik (Trip) Apabila Motor
Dihidupkan
Disember 03, 2010
Labels: DIY, Elektrik 0 komen


Like
Be the first of your friends to like this.

Soalan:
Saya mempunyai mesin pengisar berkuasa 15HP, 1450rpm, 21.5A.
Sejak kebelakangan ini, mesin tersebut mula menghadapi masalah.
Apabila mesin (motor) ini dihidupkan, beberapa minit selepas itu,
RCCB akan terpelantik dan bekalan elektrik terputus? Apakah masalah
mesin ini?

Jawapan:
Masalah seperti ini biasa berlaku pada peralatan elektrik yang
menggunakan motor seperti mesin basuh, penghawa dingin dan
sebagainya. Ia berpunca daripada bahan penebat pada lilitan wayar
tembaga dalam motor tersebut telah pecah menyebabkan arus
elektrik mengalir ke bumi melalui badan motor tersebut. Arus menjadi
tidak seimbang dan RCCB akan trip. Klik sini untuk mengetahui cara
kerja RCCB.

Masalah ini boleh dikesan dengan tepat menggunakan alat uji
penebatan (insulation tester). Setkan alat uji pada 1000V, dan uji
bacaan rintangan penebatan pada terminal motor dan badan motor
tersebut. Sekiranya bacaan rintangan penebatan kurang dari 1MOhm,
ini menunjukkan bahan penebat wayar tembaga pada lilitan dalam
otor tersebut telah pecah.

Untuk membaikinya, motor tersebut perlu dihantar ke kedai untuk
kerja rewinding. Walaubagaimanapun, untuk motor bersaiz kecil,
biasanya kos rewinding adalah lebih tinggi dari harga motor tersebut
dan adalah lebih baik motor tersebut ditukar baru.

RCCB Trip Apabila Lampu Kalimantang
Dihidupkan
November 12, 2010
Labels: DIY, Elektrik, Lampu 0 komen


Like
5 people like this.

Pernahkah anda mengalami keadaan sebegini pada lampu kalimantang
di rumah anda? Apabila suis lampu kalimantang dihidupkan, RCCB akan
terpelantik (trip), padahal selama ini lampu tersebut berfungsi dengan
baik. Mengapakah ini berlaku ?

Terdapat dua kemungkinan punca masalah ini berlaku; iaitu litar
pintas pada pendawaian lampu atau kerosakan pada magnetic ballast
(choke) dalam lampu kalimantang tersebut. Mengikut pengalaman
saya, 95% daripada masalah ini berpunca daripada kerosakan pada
choke.

Magnetik ballast [rujuk gambar di bawah] adalah gegelung wayar
tembaga yang dililit pada satu teras besi. Apabila penebat wayar
tembaga pada badan choke pecah, arus elektrik akan mengalir pada
badan choke ini dan mengalir ke bumi. Arus elektrik akan menjadi
tidak seimbang dan RCCB akan trip. Klik sini untuk mengetahui cara
kerja RCCB. Kerosakan ini biasa berlaku pada choke yang berkualiti
rendah.


Untuk membaiki masalah ini, hanya gantikan choke yang rosak dengan
choke yang baru. Pastikan choke yang baru itu mempunyai logo
persijilan SIRIM







Kesan Renjatan Elektrik Pada Manusia



Bagaimana RCCB Berfungsi Dan Melindungi
Anda Dari Renjatan Elektrik ?
Labels: Elektrik 2 komen


Like
19 people like this.






Struktur dalaman RCCB terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu suis
uji, gelung pengimbang, gelung pemutus litar, suis pemutus litar dan
teras besi toroid. Dalam keadaan biasa, arus wayar live adalah sama
dengan arus pada wayar neutral dan gelung pengimbang akan
menghasilkan medan elektromagnet yang sekata.


Apabila terdapat arus bocor ke bumi, medan elektromagnet pada
gelung pengimbang akan menjadi tidak sekata dan ini akan
menghasilkan voltan pada gelung pemutus litar. Apabila arus bocor ke
bumi melebihi nilai sensitiviti RCCB, suis pemutus litar akan mendapat
bekalan voltan yang mencukup dari gelung pemutus litar
untuk memutuskan bekalan elektrik

Sebagai contoh, sebuah RCCB yang mempunyai kepekaan 0.3A telah
dipasang pada papan agihan sebuah rumah. Arus yang dibekalkan oleh
RCCB pada ketika itu adalah 4A. Tetapi kebocoran arus ke bumi telah
berlaku sebanyak 0.4A dan ini menyebabkan arus yang kembali ke
RCCB tidak sama dengan arus yang dibekalkan. (Arus yang kembali = 4
- 0.4 = 3.6A). RCCB akan memutuskan bekalan elektri (trip) kerana
arus bocor ke bumi melebihi nilai kepekaan RCCB tersebut.


Bagaimana RCCB melindungi anda dari renjatan elektrik ?


Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, arus akan melalui badan
dan kembali ke titik pembumian neutral transformer melalui tanah.
Arus ini akan membuatkan arus di dalam rumah tidak seimbang dan
RCCB akan serta merta bertindak memutuskan bekalan elektrik.

Jangan Memasang Penghawa Dingin Dengan
Kapasiti Terlalu Besar
Oktober 31, 2010
Labels: Mekanikal, Penghawa Dingin 0 komen


Like
One person likes this.

Artikel lalu penulis telah menerangkan pengiraan kapasiti penghawa
dingin yang sesuai. Adalah diingatkan supaya anda tidak
memasang penghawa dingin dengan kapasiti yang terlalu besar.
Sebagai contoh, mengikut pengiraan, bilik anda memerlukan
penghawa dingin berkuasa 1.2HP. Oleh itu, dapatkan penghawa dingin
berkuasa 1.5HP.

Memasang penghawa dingin berkuasa 2HP mungkin tidak menimbulkan
masalah. Tetapi apabila anda memasang penghawa dingin berkuasa
2.5HP atau 3HP, bilik anda akan sejuk dengan cepat pada kelembapan
udara yang tinggi.

Anda akan mendapati peralatan logam, kaca akan mula berwap,
beberapa minggu selepas itu, siling dan dinding anda akan berkulat.
Ini berlaku kerana pada suhu rendah dengan kelembapan tinggi, zarah
udara akan mula berubah menjadi wap air. Sekiranya anda masih
ingat tentang isu kulat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru
beberapa tahun lalu, kejadian itu berpunca daripada kapasiti
penghawa dingin yang terlalu besar.

Memasang penghawa dingin pada kapasiti yang sesuai akan
membolehkan kelembapan udara menurun dahulu sebelum suhu bilik
menjadi sejuk. Penulis akan menerangkan tentang kelembapan udara
dan 'dew point' pada artikel akan datang.

240Vac atau 240Vrms ?
Oktober 22, 2010
Labels: Elektrik, Pengiraan 0 komen


Like
Be the first of your friends to like this.

Ada di antara kita yang masih keliru, samada bekalan elektrik di
Malaysia adalah 240Vac atau 240Vrms. Jawapannya adalah; 240Vrms.
Oleh itu,Vac untuk bekalan elektrik adalah;

Gambar di bawah menunjukkan bentuk gelombang elektrik yang
keluar dari soket plug rumah anda:





339.41Vac bermaksud voltan arus ulang alik (sine wave) pada amplitud
339.41V dan -339.41V. Sekiranya anda membina litar penerus
(rectifier) dan inputnya diambil dari soket plug, maka output voltan
arus terus pada litar penerus anda ialah 339.41V.




















Mengapa Belajar Kaedah Berangka ?
Oktober 22, 2010
Labels: Matematik 0 komen


Like
2 people like this.

Sekiranya anda lepasan diploma atau ijazah dalam bidang
kejuruteraan, anda mungkin ada mengambil subjek matematik ini;
Kaedah Berangka (Numerical Method). Tetapi ramai yang tidak
mengetahui kegunaan kaedah berangka termasuklah pensyarah yang
mengajar subjek ini.

Sebenarnya, kaedah berangka sangat penting dalam kehidupan kita.
Kaedah berangka diaplikasikan di dalam kalkulator, komputer dan
sebarang peralatan yang menggunakan mikroprocessor.

Secara asasnya, mikroprocessor (uP) hanya boleh menjalankan operasi
matematik yang asas iaitu tambah, tolak, darab, bahagi dan kuasa
sahaja. Jadi, bagaimana kalkulator atau komputer boleh melakukan
kiraan matematik yang kompleks dengan pantas?

Untuk melakukan operasi seperti pengamiran (integrator), pembezaan
(derivative), trigonometri, logaritma dan sebagainya, programmmer
akan menggunakan kaedah berangka untuk menjalankan operasi
tersebut. Kaedah berangka adalah satu kaedah penghampiran untuk
melaksanakan fungsi matematik tertentu dengan memanipulasikan
operasi asas matematik. Contoh fungsi matematik dan kaedah
penghampirannya menggunakan kaedah berangka ditunjukkan di
bawah: (Senarai lengkap fungsi matematik dan penghampirannya
boleh rujuk di sini)



Untuk fungsi matematik yang melibatkan operasi pengamiran dan
pembezaan, kaedah penghampirannya adalah lebih rumit. Pembaca
yang berminat boleh rujuk di sini.

Nokero - Lampu Pijar LED Berkuasa Solar
Jun 12, 2010
Labels: Gajet, Lampu 0 komen


Like
2 people like this.

Nokero direka khas untuk negara mundur yang mana penduduknya
masih tidak dapat bekalan elektrik sepenuhnya. Ia mampu berfungsi
sehingga 2 - 4 jam selepas dicas penuh di bawah cahaya matahari
selama 4 jam.

Nokero direka menggunakan bahan tahan cuaca, dengan itu ia boleh
dicas di luar walaupun dalam hujan. Alat ini menggunakan bateri NiMH
yang boleh ditukar apabila telah rosak.

Berharga USD15 dan boleh didapati di sini.