Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
LARI PECUT
Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu
jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua
faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran
Pendidikan Jasmani/Pendidikan Sains Sukan, para guru hendaklah menerangkan
tentang cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip
asas acara lari pecut adalah seperti berikut:
a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut.
c) Tangan digerakkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan).
Terdapat tiga jenis gaya dekam yang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu:
a) Gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki
belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan).
b) Gaya sederhana (lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan).
c) Gaya panjang (lutut kaki belakang selari dengan bahagian tumit kaki
hadapan)
Keadaan “sedia”
Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.
Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.
Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan penamat,
kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka
iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.