Anda di halaman 1dari 18

Bahagian Satu: Morfologi

21
BAB 2
KATA KERJA

Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan
sesuatu. Contohnya, berjalan, makan, menolak, dan dibuat. Kata kerja terbahagi kepada, kata
kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

2.1 KATA KERJA TRANSITIF
2.1.1 Takrif/Definisi
Kata kerja transitif merupakan kata yang menjadi inti frasa kerja, sama ada yang berlaku (aktif)
atau dilakukan (pasif), contohnya menolak, ditolak, menjalankan, dijalankan, berjalan, makan,
dimakan, mempererat, dan dipererat. Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut
yang terdiri daripada kata atau frasa nama selepas kata tersebut. Sesuatu ayat tidak lengkap
jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau penyambut. Kata kerja transitif boleh
dipasifkan. Selain itu, objek atau penyambut selepas kata kerja transitif dapat ditentukan
dengan merujuk kamus untuk memastikan maksudnya.
Kata kerja transitif juga melibatkan segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya
kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut atau objek. Ayat
yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut atau objek. Kata kerja ini
biasanya mempunyai imbuhan meN contohnya mengambil, memberikan, membaca,
menduduki, mempersilakan.

2.1.2 Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan
ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan meN (me, men, men ...
i, men ... kan, memper, memper ... i, dan memper ... kan). Kata kerja transitif juga dikatakan
perbuatan melampau, contohnya menendang, menulis, menampar, menumbuk, makan,
membersihkan, menganugerahi, menghidangi dan sebagainya.

Pembuat
(Frasa Nama)
Kata Kerja Transitif
Objek/Penyambut
(Frasa Nama)
Faiz menendang bola itu.

Bahagian Satu: Morfologi

22
Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian kausatif (penyebab)
Ayat contoh: Amir memasukkan buah durian ke dalam bakul.
Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian benefaktif (melakukan sesuatu untuk
manfaat orang lain)
Ayat contoh: Emilia membuatkan ayahnya kopi.
Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian lokatif (unsur tempat)
Ayat contoh: Peserta ekspedisi itu sedang menuruni bukit.

2.2.2 Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif.
Kata kerja transitif pasif selalunya menggunakan imbuhan di, di i, di kan, contohnya,
ditulis, ditampar, ditumbuk, disertai, dimakan, dan digalakkan.

Objek/Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat
Bola itu ditendang oleh Faiz.

2.2.3 Kesalahan Lazim
1 Mereka sering memotong di garisan berkembar dan di selekoh berbahaya.
2 Kerajaan boleh membantu mencari pasaran baru bagi keluaran pertanian.
3 Pelajar tidak suka akan guru yang mengajar dalam keadaan yang marah.
4 Masyarakat mengharapkan peniaga tidak menaikkan terlalu tinggi harga barangan.
5 Walaupun harga barang itu mahal, mereka tetap membeli.
6 Kerajaan akan menurunkan lagi kadar cukai pendapatan pada tahun hadapan.


2.2.4 Rumus Kata Kerja Transitif
1 Kata kerja transitif aktif memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada
kata atau frasa nama selepas kata tersebut.
Bahagian Satu: Morfologi

23
KKT + Objek/penyambut (frasa nama)
membeli barang kemas

Pembuat
(Frasa Nama)
Kata Kerja Transitif
Aktif
Objek/Penyambut
(Frasa Nama)
Seekor kucing menangkap tikus itu.
Seorang jurujual menjual barang itu
Pak Mahmud menambat kambing itu.
Ayah sedang membaca surat khabar

2 Sesuatu ayat tidak lengkap jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau
penyambut.
3 Kata kerja transitif boleh dipasifkan.
Objek/penyambut (frasa nama) Kata Kerja Transitif (KKT)
Pasif
Nasi ayam dimakan

Objek/Penyambut
(Frasa Nama)
Kata Kerja Transitif
Pasif
Pembuat (Frasa
Nama)
Tikus itu ditangkap oleh seekor kucing.
Barang itu dijual oleh seorang jurujual.
Kambing itu ditambat oleh Pak Mahmud.
Surat khabar sedang dibaca oleh ayah.

4 Kata kerja transitif boleh diikuti oleh kata hubung komplemen (bahawa dan untuk)
Pengetua menerangkan bahawa masalah disiplin perlu diberikan perhatian oleh
semua pihak.

2.2.5 Latihan Pengukuhan
2.2.5.1 Mengenal pasti kesalahan

Kenal pasti kesalahan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut yang berikut dengan
menggariskannya.
Bahagian Satu: Morfologi

24
(i) Lori tanah itu melanggar dengan sebuah kereta.
(ii) Penjenayah melakukan tanpa memikirkan akibatnya.
(iii) Dia memasukkan ke dalam sampul berdaftar.
(iv) Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak.
(v) Kita harus mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut.
(vi) Doktor itu menjelaskan lagi punca penyakit kanser.
(vii) Dia memegang dengan erat tangan anaknya ketika melintas jalan.
(viii) Artis itu menyangkal tentang dakwaan negatif terhadapnya.
(ix) Petikan itu membincangkan tentang faktor kenaikan harga barang.
(x) Penduduk kampung membantu menyelamatkan mangsa kebakaran itu.
2.2.5.2 Membetulkan Kesalahan
Betulkan kesalahan kata kerja transitif yang berikut.
(i) Kerajaan telah melulus projek itu.
(ii) Pekerja itu lakukan kerja yang berat.
(iii) Dia masukkan buah kelapa ke dalam bakul.
(iv) Kerajaan menggalak rakyat supaya berhemah di jalan raya .
(v) Kita harus libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
(vi) Doktor gigi tunjukan cara menggosok gigi dengan betul.
(vii) Kakak saya menanakkan nasi di dapur.
(viii) Artis itu pegang watak sebagai pengemis jalanan.
(ix) Guru menerang cara untuk menjawab soalan.
(x) Ibu bapa perlu membimbing anak-anak.

2.2.5.3 Menentukan Ayat yang Betul atau Salah
Tandakan [ / ] bagi ayat yang menggunakan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut
yang betul dan tanda [ X ] bagi penggunaan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut
yang salah.
(i) Pihak berkuasa telah mengetatkan lagi kawalan di sempadan. [ ]
(ii) PTPTN akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar. [ ]
(iii) Pemuda itu menceritakan kejadian yang dialaminya itu kepada kawannya.[ ]
(iv) Wartawan itu melaporkan dari tempat kejadian tanah runtuh di
Hulu Langat.[ ]
Bahagian Satu: Morfologi

25
(v) Emak sedang menggoreng ikan bilis di dapur. [ ]
(vi) Halimah mengangkat dengan cermat gelas-gelas kaca itu. [ ]
(vii) Ayah memberikan adik wang belanja sekolah. [ ]
(viii) Kawan saya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. [ ]
(ix) Encik Nawawi memperbesar rumahnya. [ ]
(x) Rencana akhbar itu menerangkan tentang kesan bencana tsunami. [ ]

2.2 KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
2.2.1 Takrif/Definisi
Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk
menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya seperti yang di bawah ini.
(i) Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
(ii) meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
(iii) ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
(iv) ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
(v) ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
(vi) ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;
(i) KKTT tanpa pelengkap
(ii) KKTT berpelengkap

2.2.1.1 KKTT Tanpa Pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
(i) Gadis itu asyik termenung.
(ii) Ayah dan ibu sedang berbicara.
(iii) Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

Bahagian Satu: Morfologi

26
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk memberikan
keterangan lanjut tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

Kata kerja aktif tak transitif imbuhan me... tidak memerlukan penyambut atau objek, seperti
yang berikut.
1. Anak kecil itu menangis.
2. Suhu badannya semakin menaik.
3. Ombak memutih di pantai.
4. Harga barang menurun sejak akhir-akhir ini
5. Padi di sawah sedang menguning.

Kata kerja tak transitif dengan awalan teR- ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti oleh unsur keterangan, seperti yang berikut.

1. Dia terjatuh dari atas pokok.
2. Ali terduduk setelah mendengar berita itu.
3. Pesakit itu terlantar di atas katil.
4. Murid-murid terdiam apabila dimarahi guru.
5. Pelajar itu tersandar di kerusi rotan.

2.2.1.2 KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata
sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek
atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh
mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
Bahagian Satu: Morfologi

27
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

2.3 RUMUS
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu KKTT Kata Sendi Frasa Nama
Sedang bekerja di Pejabat
Ingin berbincang tentang Perkara
Telah terlupa akan nama rakannya
Sudah bertambah kukuh -
Sudah beransur sembuh -
Telah bersuamikan - orang kaya
Telah berpayungkan - daun pisang

2.3.1 Kesalahan-kesalahan Kata Kerja Tak Transitif

1. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
(a) Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
(b) Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. ()

2. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh ayat:
(a) Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
(b) Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. ()
(c) Mereka membuat keputusan berdasarkan kepada hujah tersebut. (X)
(d) Mereka membuat keputusan berdasarkan hujah tersebut. (X)

3. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
(a) Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
(b) Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. ()

Bahagian Satu: Morfologi

28
4. Tidak meletakkan kata hubung selepas KKTT berimbuhan ber
(a) Peragut akan berusaha mendapatkan hasilnya
(b) Peragut akan berusaha untuk mendapatkan hasilnya.
(c) Mesyuarat itu berbincang perkara tersebut.(x)
(d) Mesyuarat itu berbincang tentang perkara tersebut.( )
(e) Kumpulan kami berkata hal yang sama.(x)
(f) Kumpulan kami berkata mengenai hal yang sama.( )
(g) Mereka asyik bercerita kisah itu sahaja.(x)
(h) Mereka asyik bercerita tentang kisah itu sahaja.( )

5. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR--kan atau kata kerja
menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut
ataupun menerima kata adjektif selepasnya.
(a) Ahmad bermain-main adiknya (x)
(b) Ahmad bermain-main dengan adiknya ( )

6. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja tak transitif
jika terdapat maklumat yang bertentangan.
(a) Mereka bukan bersedih ataupun bergembira (x)
(b) Mereka bukan bersedih tetapi bergembira ( )
2.4 RUMUS
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu KKTT
Kata Sendi /
Adjektif
Frasa Nama
sedang bekerja di pejabat
ingin berbincang tentang perkara
telah terlupa akan nama rakannya
sudah bertambah kukuh -
sudah beransur sembuh -
telah bersuamikan - orang kaya
telah berpayungkan - daun pisang

Bahagian Satu: Morfologi

29
3.1 Kata Kerja Tak Transitif - Awalan beR-
beR + Kata Sendi Nama + Kata Nama
Kata bantu KKTT Kata Sendi Kata Nama
sedang bekerja di pejabat
ingin berbincang tentang perkara


3.2 Kata Kerja Tak Transitif- Apitan beR...kan
BeR...kan + Kata Nama
Kata bantu KKTT Kata Nama
telah bersuamikan orang kaya
telah berpayungkan daun pisang

2.5 KESALAHAN KATA KERJA

2.5.1 PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Frasa kerja aktif terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i) Frasa Kerja Transitif
ii) Frasa Kerja Tak Transitif

(i) Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif merupakan frasa kerja yang mengandungi kata kerja yang
menerima penyambut sesudahnya, iaitu objek. Objek ialah kata nama atau frasa nama
dan wajib hadir selepas kata kerja.

Ayat contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Transitif
kata kerja transitif kata nama(objek) keterangan
Ahmad menendang bola.
Ahmad menendang bola di padang.
(Frasa Sendi Nama)
Bahagian Satu: Morfologi

30

(ii) Frasa Kerja Tak Transitif

Frasa Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya. Frasa ini
dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

a. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
b. Kata kerja tak transitif berpelengkap

Ayat contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Tak Transitif

kata bantu
kata kerja tak transitif keterangan
(a) Kanak-kanak itu sedang tidur. -
(b) Kanak-kanak itu sedang tidur di anjung rumah.

(a) Hang Lekir telah bertikam.
(b) Hang Lekir telah bertikam dengan lanun.

(a) Sampah sarap itu - terbakar.
(b) Sampah sarap
itu
- terbakar perlahan-lahan.

Dalam ayat-ayat di atas, kata kerja tidak memerlukan frasa nama sebagai objek,
namun unsur-unsur lain seperti kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-
samanya.

2.5.2 KESALAHAN dalam PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Dalam pembentukan frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif, terdapat beberapa bentuk
kesalahan yang sering dilakukan oleh murid tanpa disedari. Walaupun ayat-ayat dibina masih
dapat difahami, namun murid harus berhati-hati kerana kesalahan tatabahasa akan
menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis.

(i) Frasa Kerja Transitif yang meletakkan Keterangan ataupun Kata Sendi Nama
selepas Kata Kerja Transitif
Bahagian Satu: Morfologi

31

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya.
Seterusnya, objek boleh diikuti oleh bahagian keterangan. Kesalahan yang dilakukan oleh
pengguna bahasa adalah dengan menyelitkan unsur keterangan yang bermula dengan kata
sendi nama sedangkan frasa kerja tidak boleh diselitkan apa-apa perkataan selain objek yang
terdiri daripada frasa nama.

Kesalahan contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Transitif
frasa kerja
transitif
kata sendi
nama
kata nama
(objek)
keterangan
(i) Ibu sedang
menimbangkan
akan permintaan
kakak
untuk membeli kasut
baharu.
(ii) Salmah memberitahu kepada Masitah bahawa dia lulus dalam
peperiksaannya.
(iii) Mereka



amat
berwaspada
sewaktu
menyiapkan
tentang laporan projek roket itu sebelum
hari pertandingan.
(iv) Kerajaan meminta supaya doktor-
doktor
terlatih
pulang sebaik sahaja
mereka menamatkan
pelajaran di luar negara.
(v) Rosnah menerangkan daripada cerita yang telah dibacanya
kepada rakan-rakannya.

Keterangan kesalahan:
Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan, namun kesalahan tersebut tidak begitu ketara.
o Dalam ayat 1, kata kerja transitif menimbangkan perlu diikuti oleh perkataan
permintaan kakak.
o Dalam ayat 2, kata kerja transitif memberitahu perlu diikuti oleh perkataan Murad.
o Dalam ayat 3, kata kerja transitif menyiapkan perlu diikuti oleh perkataan laporan.
o Dalam ayat 4, kata kerja transitif meminta perlu diikuti oleh perkataan doktor-doktor
terlatih.
o Dalam ayat 5, kata kerja transitif menerangkan perlu diikuti oleh perkataan cerita.

Ayat yang betul:
1. Ibu sedang menimbangkan permintaan kakak untuk membeli kasut baharu.
2. Salmah memberitahu Masitah bahawa dia telah lulus dalam peperiksaannya.
Bahagian Satu: Morfologi

32
3. Mereka amat berwaspada sewaktu menyiapkan laporan projek roket itu sebelum
hari pertandingan.
4. Kerajaan meminta doktor-doktor terlatih pulang sebaik sahaja mereka menamatkan
pelajaran di luar negara.
5. Rosnah menerangkan cerita yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya.

(ii) Menggugurkan Awalan Me- dan Mengekalkan Akhiran kan dalam Frasa Kerja
Transitif

Dalam frasa kerja transitif, awalan me mesti digunakan kecuali dalam beberapa perkataan
sahaja seperti makan dan minum. Pengguguran awalan me dan hanya meninggalkan
akhiran kan akan membentuk kesalahan yang tidak begitu ketara. Pelajar-pelajar seharusnya
tidak keliru dengan perkara ini.

Kesalahan Contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif
akhiran kan keterangan
(i) Puan Amirah begitu sayangkan anak gadisnya yang tunggal itu.
(ii) Faris tidak gemarkan mata pelajaran Matematik kerana dia
perlu membuat latih tubi yang banyak.
(iii) Hanani sangat sukakan masakan rendang ayam yang
dimasak oleh ibunya.
(iv) Setelah keluar
daripada pusat
pemulihan, Bahar
sungguh bencikan dadah yang telah merosakkan
kehidupannya.
(v) Setelah seminggu di
perantauan, Nani
berasa
amat rindukan ibu bapa dan kampung halaman yang
ditinggalkannya.

Keterangan kesalahan:
Dalam ayat-ayat di atas, akhiran kan digunakan untuk mewakili kata bantu akan. Akhiran kan
menunjukkan kesalahan yang ketara dan kerap dilakukan oleh murid semasa mereka membina
ayat. Oleh itu, imbuhan apitan meN...i wajar digunakan untuk menjadikan ayat-ayat di atas lebih
gramatis.

Ayat yang betul:
1. Puan Amirah begitu sayang akan anak gadisnya yang tunggal itu.
Bahagian Satu: Morfologi

33
2. Faris tidak gemar akan mata pelajaran matematik kerana dia perlu membuat latih
tubi yang banyak.
3. Hanani sangat suka akan masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.
4. Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar sungguh benci akan dadah yang
telah merosakkan kehidupannya.
5. Setelah seminggu di perantauan, Nani berasa amat rindu akan ibu bapa dan
kampung halaman yang ditinggalkannya.

ataupun:
1. Puan Amirah menyayangi anak gadisnya yang tunggal itu.
2. Faris tidak menggemari mata pelajaran Matematik kerana dia perlu membuat
latih tubi yang banyak.
3. Hanani menyukai masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.
4. Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar membenci dadah yang telah
merosakkan kehidupannya.
5. Setelah seminggu di perantauan, Nani merindui ibu bapa dan kampung halaman
yang ditinggalkannya.

(iii) Meletakkan atau Menambahkan Imbuhan untuk Menjadikan Perkataan tersebut
menjadi Kata Kerja Transitif.

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya.
Kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa adalah dengan memberikan atau
menambahkan imbuhan seolah-olah untuk menjadikannya sebagai kata kerja transitif.

Kesalahan contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Transitif
Frasa kerja transitif Kata nama
(objek)
keterangan
(i) Program Linus
diadakan untuk
membasmikan buta huruf dalam kalangan murid di
sekolah rendah.
(ii) Ibu bapa boleh melatihkan anak-anak agar belajar mengaji sejak
kecil.
(iii) Penemu duga itu
sedang

mengujikan calon-calon
guru
dengan mengemukakan
soalan yang mencabar
minda.
(iv) Kanak-kanak mengumpul daun kering untuk dibuang ke tempat
Bahagian Satu: Morfologi

34
yang sedang
bermain itu
pembuangan sampah.
(v) Kerajaan
berusaha
untuk
menjana pendapatan penduduk kampung agar
lebih produktif.

Keterangan kesalahan:
Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan.
o Dalam ayat 1, kata kerja transitif membasmikan wajar digantikan dengan membasmi.
o Dalam ayat 2, kata kerja transitif melatihkan wajar digantikan dengan melatih.
o Dalam ayat 3, kata kerja transitif mengujikan wajar digantikan dengan menguji.
o Dalam ayat 4, kata kerja transitif mengumpul wajar digantikan dengan
mengumpulkan.
o Dalam ayat 5, kata kerja transitif menjana wajar digantikan dengan menjanakan.

Ayat yang betul:
1. Program Linus diadakan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan murid di
sekolah rendah.
2. Ibu bapa boleh melatih anak-anak agar belajar mengaji sejak kecil.
3. Penemu duga itu sedang menguji calon-calon guru dengan mengemukakan soalan
yang mencabar minda.
4. Kanak-kanak yang sedang bermain itu mengumpulkan daun-daun kering untuk
dibuang ke tempat pembuangan sampah.
5. Kerajaan sedang berusaha untuk menjanakan pendapatan penduduk kampung
agar lebih produktif.

(iv) Menggugurkan Frasa Sendi Nama Antara Kata Kerja Tak Transitif Dengan
Keterangan.

Frasa sendi nama diperlukan untuk menghubungkan frasa kerja tak transitif dengan
keterangan dalam pembentukan frasa kerja tak transitif. Tanpa frasa sendi nama, ayat
yang dibina akan membentuk kesalahan frasa kerja tak transitif. Apabila berlaku
pengguguran imbuhan pada kata kerja tak transitif, perkara ini akan menyebabkan
berlakunya kesalahan ayat.

Kesalahan Contoh:
Bahagian Satu: Morfologi

35
Frasa Nama Frasa Kerja Tak Transitif
Kata
Bantu
Kata kerja tak
transitif
Keterangan
(i) Kami sekeluarga akan balik kampung pada cuti sekolah akan
datang.
(ii) Johari harus berjumpa kaunselor untuk menyelesaikan
masalah rakan baiknya.
(iii) Murid itu akan lalu jalan yang bertanah merah untuk ke
sekolah.
(iv) Kelihatan
sekawan
burung
telah terbang sarang apabila hari menjelang
malam.
(v) Kamu hendaklah keluar pintu di sebelah kanan dewan ini.

Keterangan kesalahan:
Ayat-ayat di atas mengandungi kesalahan frasa kerja tak transitif yang menggugurkan kata
sendi nama dengan keterangan. Kewajarannya, frasa kerja tak transitif yang diperluas dengan
keterangan perlu menerima kata sendi nama. Kata kerja tak transitif dalam ayat-ayat tersebut
ialah balik, berjumpa, lalu dan keluar. Selepas perkataan tersebut perlu diikuti oleh kata sendi
nama ke, dengan, di, ke dan ke.

Ayat yang betul:
1. Kami sekeluarga akan balik ke kampung pada cuti sekolah akan datang.
2. Johari harus berjumpa dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah rakan
baiknya.
3. Murid itu akan lalu di jalan yang bertanah merah untuk ke sekolah.
4. Kelihatan sekawan burung telah terbang ke sarang apabila hari menjelang
malam.
5. Kamu hendaklah keluar ke pintu di sebelah kanan dewan ini.


(v) Meletakkan Kata Sendi Nama Selepas Kata Kerja Tak transitif Apitan Ber....kan
Dalam binaan frasa kerja tak transitif, apitan ber....kan, pembentukan frasa kerja
tak transitif memerlukan kata nama sebagai pelengkap. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang
sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas apitan
ber...kan.


Bahagian Satu: Morfologi

36
Kesalahan Contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Tak
Transitif Berapitan
ber...kan
Keterangan
(i) Pengemis tua itu bertilamkan dengan rumput.
(ii) Kami makan nasi beralaskan dengan tikar semasa berkelah.
(iii) Polis berjaya menangkap
penjenayah
berdasarkan akan maklumat daripada
penduduk kampung
(iv) Bunga telor yang digubah ibu berbatangkan akan saduran perak yang
sungguh cantik.
(v) Walaupun cuaca sejuk,
pengemis tua itu tidur
berselimutkan
dengan
embun.

Ayat yang betul:
1. Pengemis tua itu bertilam dengan rumput.
2. Kami makan nasi beralas dengan tikar semasa berkelah.
3. Polis berjaya menangkap penjenayah berdasar akan maklumat daripada
penduduk kampung.
4. Bunga telor yang digubah ibu berbatang akan saduran perak yang sungguh cantik.
5. Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimut dengan embun.

ataupun:
1. Pengemis tua itu bertilamkan rumput.
2. Kami makan nasi beralaskan tikar semasa berkelah.
3. Polis berjaya menangkap penjenayah berdasarkan maklumat daripada penduduk
kampung.
4. Bunga telor yang digubah ibu berbatangkan saduran perak yang sungguh cantik.
5. Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimutkan embun.

(vi) Meletakkan Objek (Kata Nama) Selepas Kata Kerja Tak transitif Awalan BeR-

Dalam binaan frasa kerja tak transitif, pembentukan frasa kata kerja tak transitif berawalan beR-
hanya menerima unsur keterangan sesudahnya. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang sering
dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan objek(kata nama) selepas kata kerja tak
transitif berawalan beR-.


Bahagian Satu: Morfologi

37
Kesalahan Contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Transitif
Kata Kerja Tak
Transitif Awalan
BeR-
Keterangan
(i) Mesyuarat pengawas
itu
berbincang perkara yang berkaitan ponteng
sekolah.
(ii) Nenek asyik bercerita kisah dongeng Pak Kaduk.
(iii) Setiausaha Agung
ASEAN
berkata hal keselamatan negara-negara
di Asia Tenggara.
(iv) Kakak bertemu kawannya di Pasar Raya Tesco.
(v) Pembahas itu berhujah tajuk yang bertemakan kesihatan.

Ayat yang betul:
1. Mesyuarat pengawas itu berbincang tentang perkara yang berkaitan ponteng
sekolah.
2. Nenek asyik bercerita tentang kisah dongeng Pak Kaduk.
3. Setiausaha Agung ASEAN berkata mengenai hal keselamatan negara-negara di Asia
Tenggara.
4. Kakak bertemu dengan kawannya di Pasar Raya Tesco.
5. Pembahas itu berhujah tentang tajuk yang bertemakan kesihatan.

(vii) Meletakkan Kata Sendi Nama oleh Selepas Kata Kerja Transitif berawalan
teR-

Dalam binaan frasa kerja transitif, pembentukan frasa kata kerja transitif berawalan teR-
memerlukan kata nama sebagai objek atau penyambut. Kesalahan frasa kerja transitif yang
sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas kata
kerja transitif berawalan teR-.

Kesalahan Contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Transitif
Kata kerja transitif
awalan teR-
Keterangan
(i) Maimunah tidak termakan oleh rendang daging yang pedas itu.
(ii) Siti terambil oleh pen mahal milik Vanitha.
(iii) Kami ternampak oleh seekor ular sawa di depan rumah.
(iv) Datuk Mahadi terbeli oleh rantai berlian yang mahal itu.
(v) Cikgu Mahani tidak terbaca oleh novel agama yang tebal itu.

Bahagian Satu: Morfologi

38
Ayat yang betul:
1. Maimunah tidak termakan rendang daging yang pedas itu.
2. Siti terambil pen mahal milik Vanitha.
3. Kami ternampak seekor ular sawa di depan rumah.
4. Dato Mahadi terbeli rantai berlian yang mahal itu.
5. Cikgu Mahani tidak terbaca novel agama yang tebal itu.

(viii) Meletakkan Kata Bantu akan Selepas Kata Kerja berawalan memper-

Kesalahan Contoh:
Frasa Nama Frasa Kerja Transitif
Kata kerja transitif
berawalan memper-
Keterangan
(i) Pihak komunis memperalat akan penduduk kampung yang tinggal
di tepi hutan.
(ii) Pekerja hotel itu memperkemas akan bilik agar kelihatan bersih dan
rapi.
(iii) Kami memperoleh akan kejayaan setelah belajar
bersungguh-sungguh.
(iv) Beberapa majikan
dikenal pasti
memperdaya akan pendatang asing tanpa izin
dengan mengambil mereka
bekerja tanpa permit
(v) Panglima Hitam memperhamba akan dirinya kepada Raja Inderagiri.

Ayat yang betul:
1. Pihak komunis memperalat penduduk kampung yang tinggal di tepi hutan.
2. Pekerja hotel itu memperkemas bilik agar kelihatan bersih dan rapi.
3. Kami memperoleh kejayaan setelah belajar bersungguh-sungguh.
4. Beberapa majikan di kenal pasti memperdaya pendatang asing tanpa izin
dengan mengambil mereka bekerja tanpa permit.
5. Panglima Hitam memperhamba dirinya kepada Raja Inderagiri.