Anda di halaman 1dari 29

1

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING


KANAK-KANAK
Bab 1 Bimbingan dan Kaunseling
Konsep asas bimbingan, kaunseling dan psikoterapi
Matlamat bimbingan dan kaunseling
Objektif bimbingan dan kaunseling
Prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling
Falsafah bimbingan dan kaunseling
Pendekatan bimbingan dan kaunseling
Kepentingan bimbingan dan kaunseling

Konsep Asas Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi

Bimbingan
Konteks pendidikan bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul
kepada murid berkenaan. (Crow & Crow, 1983)

Kaunseling
Proses interaksi yang membolehkan individumemahami diri dan situasinya.
(Shertzer& Stone, 1968)
Perhubungan profesional antara kaunselor terlatih dan klien. (Burks &Stefflre,
1979)
Proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan
kliennya yang membawa kepada perubahan klien pada akhirnya. (Patterson &
Eisenberg, 1983)

Psikoterapi
Terapi rawatan sesuatu penyakit fizikal dan mentalmelalui proses pemulihan
tanpa penggunaan ubatatau pembedahan.
Terapi berasaskan psikologi (psikoterapi) -pemulihan minda atau pemulihan
kendiri iaiturawatan sakit jiwa atau gangguan mental denganmenggunakan
kaedah psikologi.




2
















Matlamat Bimbingan dan Kaunseling
Memupuk kemahiran menyelesaikan masalahkendiri.
Membantu klien menguasai pelbagai kemahiranasas untuk adaptasi dan
penyesuaian diri.
Menggunakan potensi dan pelbagai sumber yangada untuk mencapai prestasi
lebih baik.



Perubahan
yang
positif
Perubahan
tingkah laku
Pengurusan
diri
Lima Matlamat
Bimbingan dan
Kaunseling
Pencapaian
potensi
Proses
membuat
keputusan
efektif
3

Objektif Bimbingan dan Kaunseling

1. Membimbing murid membentuk nilai, sikap dan tingkah laku positif.
2. Melayan keperluan murid ke arah mengembangkan potensi murid secara
optimum.
3. Membimbing murid memahami kekuatan dan kelemahan diri.
4. Mendorong murid menghadapi masalah dengan tabah hati dan yakin.
5. Menyedarkan murid ada orang yang sudi membantu menyelesaikan masalah.
6. Memberi nasihat untuk pemilihan kerjaya.
7. Mengubah tingkah laku bermasalah murid.
8. Membentuk konsep kendiri positif.
9. Tunjuk ajar bagi mengatasi masalah akademik.
10. Membantu murid memilih mata pelajaran elektif yang sesuai (sekolah
menengah)
11. Menganjurkan kem motivasi.
Prinsip-prinsip Bimbingan dan Kaunseling

1. Klien berpeluang menerima perkhidmatan tanpa mengira latar belakang.
2. Tanggungjawab bersama antara kaunselor, klien, pihak sekolah dan ibu bapa.
3. Mengikut prosedur dan peraturan.
4. Prinsip hubungan mesra dan kepercayaan antara kaunselor dan klien.
5. Tanpa paksaan.
6. Dijalankan dalam bilik khas.
7. Mengikut etika dan memelihara hak murid (etika kerahsiaan)
8. Tindakan susulan selepas proses perkhidmatan.
9. Diuruskan oleh kaunselor bertauliah / guru bimbingan terlatih.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling
Semua murid punya potensi yang dapat diperkembangkan secara optimum
melalui pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan insan yang seimbang
dalam aspek JERIS.

Pendekatan bimbingan dan kaunseling

Pendekatan krisis
1. Kendali kes kritikal yang timbul secaramendadak yang memerlukan tindakan
segera
2. Berlaku apabila pelajar menghadapi keadaanyang menggugat kebajikan diri
sendiri / oranglain
3. Contoh: Histeria, cubaan bunuh diri
4. Peranan guru:
Campur tangan dalam krisis
Sebagai orang tengah membantu pihakberselisih faham
4

Memperbaiki keadaan / sikap murid

Pendekatan pemulihan
1. Fokus kepada kekurangan / masalah yangdapat dikenal pasti dari semasa ke
semasa
2. Objektif : mengubah perlakuan untukmengelakkan situasi krisis.
3. Contoh: ponteng, bergaduh, lawan guru
4. Penyelesaian:
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok

Pendekatan pencegahan
1. Bimbingan / usaha untuk menyekatkemungkinan berlakunya masalah / aktiviti
2. yang tidak sihat.
3. Guru meramal masalah yang akan timbul.
4. Contoh: Penyalahgunaan dadah
5. Peranan guru:
Mendedahkan pengetahuan untuk mencegah masalah (contoh:
Pendidikan Pencegahan Dadah - PPD)
Menganjurkan Kempen / taklimat / kem / ceramah

Pendekatan perkembangan
1. Usaha kenal pasti aspek keperluan pelajar dialam persekolahan supaya mereka
dapatdilengkapi dengan pengetahuan / kemahiran /pengalaman serta akhlak
mulia.
2. Beri peluang kenali diri dan atasi masalahkendiri
3. Contoh: Bimbingan kerjaya, teknik menjadipelajar cemerlang

Kepentingan Bimbingan dan Kaunseling


Membantu menangani
masalah disiplin dengan
membimbing murid
menguasai kemahiran
mendisiplinkan diri.
Mengenalpasti tingkah
laku bermasalah oleh
murid untuk diatasi.

Membantu guru biasa
membimbing murid-murid
yang mengalami
gangguan mental.
Membantu guru biasa
mengurangkan masalah
kawalan disiplin kelas dan
membentuk iklin bilik
darjah yang kondusif.
5

Bab 2 Peranan Guru Biasa sebagai Guru
Pembimbing
Tugas guru bimbingan dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Tugas guru bimbingan mengikut senarai yang ditentukan oleh KPM
Isu dan etika dalam kaunseling
Tugas guru bimbingan dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling di sekolah
1. Perancangan aktiviti, kos, tarikh, tempat, alatan, personalia yang terlibat
(menghubungi para penceramah bagi setiap program diadakan)
2. Pengelolaan kelola prosedur prorom bimbingan dan kaunseling
3. Hala arah sediakan garis panduan, membuat keputusan dan tentukan arah
program.
4. Pengawalan menilai keberkesanan program bimbingan, mengenal pasti
masalah dalam program dan berusaha mengatasinya
5. Perhubungan guru bimbingan merupakan pakar rujuk / rundingan bagi guru
lain apabila mereka menghadapi masalah
Tugas guru bimbingan mengikut senarai yang ditentukan oleh KPM
1. Mengelolakan rancangan bimbingan di sekolah secara sistematik
2. Mengatur rancangan orientasi, membimbing pelajar untuk mendapat tempat di
institusi pendidikan lanjutan (diploma, ijazah), membaiki tabiat murid,
mempertingkatkan arah motivasi murid
3. Mengendalikan seminar, ceramah, pameran kerjaya di peringkat sekolah (UPSR,
SPM) dan kursus-kursus yang berkaitan, relevan di sekolah, daerah dan negeri
4. Membina hubungan baik antara sekolah dengan NGO, pusat kebajikan dan
hospital
5. Menyimpan rekod-rekod pelajar kad 001, kad kesihatan, rekod kaunseling
individu dan kaunseling kelompok
6. Mengendalikan bilik bimbingan dengan lengkap dan tersusun
7. Mengatur sesi-sesi temu ramah, konsultasi keibubapaan serta bimbingan pelajar
yang berkaitan dengan masalah dan isu-isu peribadi, akademik dan kerjaya
8. Mengendalikan bimbingan individu dan kelompok membantu pelajar mengatasi
masalah peribadi, membina sikap / konsep kendiri positif, menguruskan emosi
dengan bijak, belajar pengurusan masa yang betul, menggunakan cara
komunikasi yang sesuai, mengenali diri dengan lebih dekat dan mendalam
contohnya melalui sesi, Siapa diri saya?
9. Mengendalikan ujian-ujian tara yang berkaitan dengan sikap, bakat, kebolehan,
personaliti para pelajar. Misalnya, Inventori Personaliti Sidek (IPS), Self Directed
Search (SDS), Inventori Personaliti Warna (IPW), Senarai Semak Masalah
Mooney, Nilai Pekerjaan, Parent Child Communication Inventory, Rosenberg
Self Esteem Inventory (RSE), Senarai Semak Emosi, Beck Dipression Inventory
(BDI) dan lain-lain
6

10. Menubuh dan mengelolakan kelab bimbingan, Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) di sekolah
11. Mengendalikan program khas bantu pelajar yang terlibat dengan dadah seperti
Kelab Nafas Baru di sesetengah sekolah terutama sekolah yang mempunyai
pelajar lelaki
Isu dan etika dalam kaunseling
Dalam bahagian isu dan etika dalam kaunseling, bab ini akan membincangkan tiga
bahagian iaitu
i. Peranan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)
ii. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
iii. Kod Etika Kaunselor

Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)
PERKAMA telah diadakan sejak 1982
Objektif penubuhannya ialah untuk menyatupadukan semua lapisan kaunselor di
seluruh masyarakat Malaysia, di samping mengiklankan kerjaya kaunseling
dalam kalangan mereka
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) mengandungi tiga bahagian iaitu :
i. Lembaga kaunselor
ii. Pendaftaran kaunselor dan perakuan amalan kaunselor
iii. Sijil perakuan amalan
Kod etika kaunselor
1. Tujuan kod etika kaunselor diadakan adalah termasuk rasional di bawah :
a. Menyediakan suatu garis panduan kepada pengamal kaunseling
b. Menentukan suatu piawaian tingkah laku kaunselor dari segi membina hubungan
dengan klien
c. Memberi didikan kepada pengamal kaunseling dan lapisan masyarakat tentang
hak dan tanggungjawab ketika menjalankan sesi kaunseling
2. Bidang etika kaunselor termasuk lima topik di bawah :
a. Tanggungjawab profesional (di perkhidmatan awam atau persendirian)
b. Hubungan dalam kaunseling
c. Kerahsiaan
d. Penilaian (ujian inventori) dan interpretasi
e. Penyelidikan dan penerbitan
3. Tanggungjawab profesional pula mengandungi empat domain yang berikut :
a. Tanggungjawab kaunselor
7

Pengetahuan tentang isu dan etika kaunseling
Meninggikan mutu perkhidmatan yang cekap
Menggalakkan nilai-nilai moral diselit dalam sesi kaunseling
Penyeliaan yang sistematik bagi pengamal kaunseling
Kesedaran ketidakupayaan kaunselor sendiri
Konflik kepentingan antara kaunselor dan klien
Pembelajaran sepanjang hayat
b. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien
Menjaga kerahsiaan isu klien
Menghormati nilai dan persepsi klien
Pengetahuan tentang silang budaya klien
Menjaga kepentingan klien
Isu gangguan seksual
Isu kesejahteraan klien
Isu kebenaran bermaklum
Larangan dalam hubungan tertentu
Rujukan
Rakaman dan rekod kaunseling
Pendaftaran dan sijil amalan
c. Tanggungjawab kaunselor terhadap rakan sekerja
Kemahiran kaunseling dalam sesi
Sikap terbuka, hormat dan adil terhadap rakan profesional beliau
Membetulkan, melapor serta mencegah tingkah laku rakan sekerja yang
melanggar etika kaunseling sewaktu memberi kaunseling
Pada masa yang sama, kaunselor perlu mempertahankan mana-mana
rakan profesional yang teraniaya dan dilemparkan tohmahan kaunseling
yang tidak beretika
d. Tanggungjawab kaunselor terhadap majikan
Perjanjian / mematuhi dasar dan prosedur
Mengelakkan diskriminasi
Kepakaran kaunselor
Penilaian kendiri / kerjaya

4. Hubungan dalam kaunseling
Tanpa diskriminasi terhadap sebarang klien yang tampil meminta
pertolongan kaunseling sama ada dari segi umur, budaya, keupayaan,
etnik, jantina, kaum, agama, identiti seksual orientasi klien, status
perkahwinan serta status sosial ekonomi klien
Hubungan intim dengan klien dilarang sama sekali
Menjaga hak kepentingan klien dalam sesi kelompok
Penamatan sesi

5. Kerahsiaan
Keperluan kerahsiaan
Kerahsiaan dalam kaunseling kelompok
8

Kerahsiaan rekod sesi kaunseling
Kerahsiaan pemindahan rekod kaunseling

6. Penilaian dan interpretasi
Kegunaan inventori penilaian
Penilaian, keterangan dan interpretasi inventori

7. Penyelidikan dan penerbitan
Berhati-hati dan mengelakkan kecederaan mana-mana pihak dalam
kajian penyelidikan
Kerahsiaan tentang maklumat yang dirujuk dalam penyelidikan




















9

Bab 3 Teori-teori kaunseling
Teori behavioris
Sejarah dan latar belakang teori behavioris
Konsep-konsep asas teori behavioris
Matlamat teori behavioris
Teknik-teknik teori behavioris
Kelebihan dan kekurangan teori behavioris
Teori pemusatan perorangan (Humanistik PCC)
Latar belakang dan sejarah Rogers
Konsep asas teori PCC
Matlamat teori PCC
Teknik-teknik PCC
Kemahiran-kemahiran kaunseling
Teori Rasional Emotif
Pengenalan dan latar belakang teori RET
Konsep-konsep asas RET
Konsep-konsep asas 11 pemikiran yang tidak rasional
Matlamat kaunseling
Teknik-teknik RET
Kelebihan dan kekurangan teori RET

Teori behavioris (Ivan Pavlov, B.F Skinner)
1. Teori behavioris berasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal
2. Antara pengasas teori ini ialah Pavlov dan Wolpe yang mengemukakan teori
tingkah laku pelaziman klasik
3. Teori pelaziman operan pula dipelopori oleh Skinner dan Watson
4. Dalam teori ini, interaksi antara kaunselor dengan klien lebih mirip sebagai
perantara yang dapat mengubah persekitaran bagi menggerakkan perubahan
gerak balas tingkah laku klien.
Sejarah dan latar belakang
1. Perspektif behavioris menumpukan perhatian kepada faktor-faktor alam
sekeliling dalam mengubahsuai, membentuk serta mempengaruhi tingkah laku
manusia
2. Watson eksperimen tikus putih
3. Skinner konsep pelaziman operan ( peneguhan / pemberian ganjaran )
4. Thorndike perkaitan rangsangan gerak balas
Konsep-konsep asas
1. Pandangan terhadap manusia mengikut teori tingkah laku adalah seperti berikut :
10

Penghasil dan hasil persekitarannya, iaitu ia tidak semata-mata ditentukan
oleh persekitarannya, atau oleh naluri-naluri tertentu, malah ia turut
mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan
persekitarannya
Mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambah ruang kebebasan
manusia
Bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-
mata (bukan bersifat mutlak)
Mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan
mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkah laku mereka
yang mana mereka boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan mempunyai
arahan kendiri
Matlamat
1. Matlamat untuk menyediakan keadaan-keadaan dan persekitaran agar tingkah
laku yang kurang sesuai itu boleh dihapuskan
2. Seterusnya, klien akan diajar untuk menguasai tingkah laku yang baru dan yang
lebih sesuai bagi menggantikan tingkah laku yang kurang sesuai itu
3. Matlamat yang hendak ditujui sebenarnya adalah ditentukan oleh klien itu sendiri
4. Peranan kaunselor adalah membantu klien memilih matlamat yang hendak
ditujui agar ia bersesuaian bagi dirinya dan dapat diterima oleh masyarakat
5. Matlamat behavioris ini juga menekankan kepada kejayaan yang khusus yang
boleh dilihat, dinilai dan diukur. Matlamat ini dinyatakan secara tingkah laku dan
realistik
Teknik-teknik
1. Latihan istirahat
2. Desensitisasi bersistem
3. Teknik implosive
4. Teknik aversif
5. Ekonomi token
6. Modeling
7. Latihan asertif

Kelebihan dan kekurangan
1. Hanya memfokuskan kepada perubahan tingkah laku dan bukannya perasaan
atau pemikiran kognitif klien
2. Kurang mementingkan isu hubungan mesra atau yang lebih kondusif dan
terapeutik antara kaunselor dan klien semasa sesi dijalankan
3. Kurang mendorong klien kepada pencapaian celik akal secara peribadi
4. Lebih fokus kepada rawatan tanda-tanda luaran pada klien dan bukan punca
penyebab masalah tersebut
11

5. Ia mengenepikan faktor-faktor sejarah (dulu) yang mungkin merupakan
penyebab kepada masalah tingkah laku klien sekarang
Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik) Carl Rogers
1. Pendekatan pemusatan perorangan yang terlebih dahulu dikenali sebagai
pendekatan pemusatan klien pada asalnya dikenali sebagai terapi tanpa arahan
Konsep asas
1. Individu adalah unik, mempunyai potensi diri untuk berkembang, boleh
dipercayai dan manusia berkemampuan untuk menyelesaikan masalah demi
menuju ke arah kesempurnaan
2. Pandangan terhadap sifat semula jadi manusia terbahagi kepada empat iaitu :
a. Individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri
b. Tingkah laku dilihat dari sudut persepsi
c. Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
d. Manusia baik dan boleh dipercayai
Matlamat
1. Kaunselor lebih membenarkan klien menetapkan matlamat sendirinya
2. Kaunselor percaya bahawa individu mempunyai motivasi dalaman, keperluan
mencapai kesempurnaan kendiri yang membolehkan klien membina dan
mengubah tingkah laku mereka sendiri

Teknik-teknik

Peringkat pertama perhubungan yang kurang mesra
Peringkat kedua tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman
Peringkat ketiga kurang sedar terhadap diri
Peringkat keempat berlaku pertentangan perasaan, pemikiran dan tingkah laku
Peringkat kelima wujud kemesraan meluahkan pengalamannya
Peringkat keenam berlaku kesedaran pada klien
Peringkat ketujuh penerimaan tanpa syarat
Kemahiran-kemahiran kaunseling
1. Soalan terbuka dan tertutup
2. Dorongan minimum
3. Parafrasa
4. Rumusan
5. Refleksi perasaan
6. Konfrontasi
7. Memfokus
Teori rasional emotif (pendekatan kognitif)
Konsep-konsep asas
12

1. Fikiran, emosi dan tingkah laku manusia saling berkaitan
2. Teori RET menekankan bahawa manusia mempunyai potensi berfikir secara
rasional ataupun sebaliknya
3. Sebenarnya, manusia adalah unik tetapi apabila kepercayaan telah diganggu
dan mengulangi pada diri sendiri menyebabkan gangguan akan berlaku secara
berterusan
Konsep-konsep asas 11 pemikiran yang tidak rasional
1. Dua jenis emosi iaitu emosi rasional dan emosi tidak rasional
2. Emosi yang rasional ialah gembira, sayang, sedih, kecewa dan lain-lain
3. Emosi yang tidak rasional adalah marah, bimbang, berasa tidak berguna
11 pemikiran yang tidak rasional yang ditekankan oleh Ellis :
1. Sangat memerlukan kasih sayang daripada orang yang signifikan
2. Jika seseorang berasa diri sendirinya berguna jadi dia harus lengkap, cekap dan
berjaya dalam semua bidang
3. Sebahagian daripada kita adalah jahat dan bersifat kejam serta mereka ini
seharusnya dihukum
4. Suatu yang malang sekiranya sesuatu yang diimpikan tidak menjadi. Kecewa
adalah satu perasaan yang normal. Namun, kecewa yang berpanjangan
merupakan satu sifat yang tidak normal
5. Perasaan tidak bahagia merupakan suatu emosi akibat daripada peristiwa di luar
kawalan individu itu sendiri
6. Jika sesuatu yang berbahaya dan merosakkan individu seharusnya selalu
mengambil berat dan memikirkannya
7. Perasaan saling melarikan diri dari masalah merupakan jalan terbaik adalah hasil
daripada perasaan yang ingin menghapuskan masalah dari pandangan semata-
mata dan berfikiran singkat
8. Kebergantungan kepada orang lain merupakan satu sifat tidak yakin kepada
kemampuan diri sendiri
9. Peristiwa buruk yang lepas tidak dapat diubah menghasilkan pemikiran yang
tidak rasional
10. Memikirkan masalah orang lain yang bukan merupakan tanggungjawab individu
itu adalah satu pemikiran yang tidak rasional
11. Setiap permasalahan yang timbul sering dianggap mesti ada jalan
penyelesaiannya. Ini terhasil daripada pemikiran kita yang terlalu berfikiran
konservatif yang menganggapnya satu yang harus dicari sehingga dapat
Matlamat kaunseling
1. Mengubah pemikiran tidak rasional klien kepada rasional dan dapat menerima
setiap yang berlaku dengan seadanya
2. Penekanan konsep ABCDE akan diberi perhatian kepada klien
A - peristiwa yang berlaku kepada diri klien
B - kepercayaan tidak rasional klien
C - emosi yang terhasil
13

D - kaedah yang digunakan
E - emosi yang normal
Teknik-teknik
1. Kaedah kognitif
Mempertikai idea yang tidak rasional
Kerja rumah
Menukar penggunaan bahasa seseorang
2. Kaedah emosi
Rasional-Emotif Imageri (REI)
Main peranan
Menggunakan tenaga
3. Kaedah tingkah laku
Kelebihan dan kekurangan
Teori RET menekankan bahawa proses kognitif yang tidak rasional aka
menyebabkan gangguan emosi berlaku
Teori Rasional-Emotif Tingkah laku mendorong klien mencuba cara tingkah laku
yang baharu dalam kehidupannya













14

Bab 4 Kemahiran-kemahiran Asas dan
Tahap-tahap Kaunseling
Kemahiran berkomunikasi / kemahiran melaksanakan intervensi
Fasa-fasa atau proses kaunseling
1. Pra-sesi
2. Membina hubungan rapport
3. Meneroka dan menganalisa isu perbincangan
4. Mengenal pasti sebab-sebab di sebalik isu
5. Mengambil alternatif atau langkah-langkah yang wajar
6. Menamat sesi
7. Langkah susulan

Kemahiran berkomunikasi / kemahiran melaksanakan intervensi
1. Kemahiran prasesi
Merujuk kepada persediaan bagi seseorang kaunselor untuk memberi
perkhidmatan kepada seseorang klien.
Kemahiran ini merangkumi kaunselor menentukan aspek tempat dan
masa untuk menjalankan sesi kaunseling

2. Kemahiran membina hubungan
Membina suasana alam sekeliling
Mewujudkan suasana terapeutik
Jarak komunikasi yang sesuai dan selesa

3. Kemahiran melayan
Kontak mata
Kualiti vokal
Bahasa tanpa lisan
Kemahiran memfokus
Ekspresi muka
Tahap tenaga
Kedudukan dan jarak
Dorongan minimum

4. Kemahiran memberi perhatian
Kedudukan
Senyuman
Postur badan
Tentangan mata
Dorongan minima untuk bercakap
15

Ekspresi muka
Intonasi
Bertenang

5. Kemahiran mendengar
Mendengar secara fizikal
Mendengar dengan psikologi
Mendengar dengan perasaan

6. Refleksi kemahiran memberi tindak balas (i)
Refleksi adalah bayangan semula tentang perasaan terhad percakapan
klien, perasaan yang tersirat dan idea-idea daripada pengalaman klien.
Refleksi dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu refleksi perasaan, refleksi
pengalaman dan refleksi isi.

7. Parafrasa kemahiran memberi tindak balas (ii)
Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan satu-satu
isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa

8. Kemahiran menyoal kemahiran mengenal pasti masalah
Soalan tertutup
Soalan terbuka

9. Pendedahan kendiri
Pendedahan kendiri ialah keadaaan di mana kaunselor berkongsi
maklumat berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman lain
yang berkaitan
10. Kemahiran menyemak persepsi
Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor
tentang apa yang klien katakan

11. Kemahiran menghadapi kesenyapan
12. Kemahiran konfrontasi
13. Kemahiran meminta penjelasan

14. Kemahiran membuat interpretasi (terhadap tingkah laku bukan lisan)
Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan
oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada
klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut
berbeza

15. Kemahiran merumus
Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan
perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling
tersebut
16

Fasa-fasa atau proses kaunseling
1. Pra-sesi
Peringkat pra-sesi ialah persediaan kaunselor dari segi peribadi, peralatan
fizikal dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien

2. Membina hubungan rapport
Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi
menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasaan tanpa dipaksa

3. Meneroka dan menganalisa isu perbincangan
Penerokaan adalah inti pati dalam proses kaunseling dan nadi dalam
mewujudkan kepercayaan, terapeutik dan kejayaan dalam proses
menolong

4. Mengenal pasti sebab-sebab di sebalik isu
Peringkat mengenal pasti masalah ini dilakukan selepas meneroka
masalah klien sepenuhnya

5. Mengambil alternatif atau langkah-langkah yang wajar
Selepas memilih alternatif yang sesuai dengan masalah, klien perlu
mengambil tindakan yang sesuai

6. Menamat sesi
Peringkat penamatan adalah peringkat akhir dalam sesi kaunseling
Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat
diuruskan

7. Langkah susulan








17

Bab 5 Intervensi Kaunseling Kanak-
kanak
Terapi bermain
Terapi bercerita
Terapi seni
Terapi muzik
Kaunseling biblio
Terapi bermain
Pengenalan
Bermain merupakan suatu aktiviti bagi anak yang menyenangkan dan merupakan suatu
metode bagaimana mereka mengenal dunia. Bagi anak bermain tidak sekadar mengisi
waktu, tetapi merupakan kebutuhan anak seperti halnya makanan, perawatan, cinta
kasih dan lain-lain. Anak-anak memerlukan berbagai variasi permainan untuk kesihatan
fizik, mentaldan perkembangan emosinya.
Dengan bermain anak dapat menstimulasi pertumbuhan otot-ototnya, kognitifnya dan
juga emosinya karena mereka bermain dengan seluruh emosinya, perasaannya dan
fikirannya. Elemen pokok dalam bermain adalah kesenangan dimana dengan
kesenangan ini mereka mengenal segala sesuatu yang ada di sekitarnya sehingga
anak yang mendapat kesempatan cukup untuk bermain juga akan mendapatkan
kesempatan yang cukup untuk mengenal sekitarnya sehingga ia akan menjadi orang
dewasa yang lebih mudah berteman, kreatif dan cerdas, bila dibandingkan dengan
mereka yang masa kecilnya kurang mendapat kesempatan bermain.
Definisi
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa
main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid menunjukkan
komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
Sejarah terapi main
Penggunaan permainan dalam terapi pertama kali dijelaskan oleh perintis psikoterapi
Kanak-kanak. Anna Freud (1928, 1964, 1965), Margaret Lowenfeld (1935, 1970) dan
Melanie Klein (1961, 1987) yang dikemukakan itu premis teori untuk menggunakan
permainan, sebagai contoh, Klein (1961, 1987) yang ditetapkan kanak-kanak bermain
18

secara spontanmerupakan pengganti kepada persatuan bebas yang digunakan dalam
psikoanalisis dewasa.
Teori-teori dan amalan sekitar memainkan berbeza dalam setiap tradisi psikoterapi
Kanak-kanak. Walau bagaimanapun, setiap tradisi yang berkaitan dengan cadangan
pusat yang memainkan menghantar dan menyampaikan pengalaman yang tidak
sedarkan diri, keinginan kanak-kanak, pemikiran dan emosi.
Dengan penghijrahan Psychotherapists Kanak-kanak awal ke Britain pada tahun 1930-
an, psikoterapi kanak-kanak telah berkembang dan dibangunkan sebagai tradisi yang
kukuh Eropah. Walaupun Play Therapy telah muncul dari unsur-unsur psikoterapi
Kanak-kanak, asas-asas teori tertentu yang muncul daripada tradisi Psikologi
kemanusiaan.
Pada tahun 1940-an, Carl Rogers (1951, 1955) telah menubuhkan satu model baru
psikoterapi - terapi berpusatkan klien (orang yang kemudiannya dipanggil terapi
berpusatkan).Tradisi baru dilahirkan sebagai protes terhadap perspektif, diagnostik
preskriptif masa itu. Penekanan diletakkan di atas hubungan antara ahli terapi dan klien
berdasarkan penerimaan, ketulenan, dan amanah. Oleh itu, pendekatan orang
berpusatkan yang dikemukakan perspektif teori struktur personaliti, kesihatan psikologi,
pemerolehan kesukaran psikologi dan proses perubahan dalam tempoh terapi yang
baru dan asli.
Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pendekatan orang ini berpusatkan, Axline
(1969, 1971) telah membangunkan satu pendekatan baru terapeutik untuk bekerja
dengan kanak-kanak - Terapi Main arahan bukan. Penggunaan orang yang berpusat
asas-asas teori, Axline mencipta Play Therapy teori dan kaedah yang jelas dan ringkas.
Akaun beliau bagaimana dia bekerja dengan kanak-kanak lelaki muda yang dipanggil
Dibs terkenal (Dibs: Mencari, 1964 Self). Axline diterangkan dengan terperinci
bagaimana dia bekerja dengan Dibs dan bagaimana dia mampu untuk menyembuhkan
dirinya sepanjang tempoh masa. Beliau berkata, "Tiada sesiapa yang tahu banyak
tentang dunia dalaman manusia sebagai individu itu sendiri. Kebebasan
Bertanggungjawab tumbuh dan berkembang dari dalam orang yang". Lapan prinsip
beliau hubungan terapeutik memberitahu kerja-kerja banyak Jurupulih Main.
Clark Moustakas menerangkan kerja-kerja yang dilakukan sebagai berkenaan dengan
jenis hubungan yang diperlukan untuk membuat terapi pengalaman pertumbuhan. Di
Britain, Play Therapy mula muncul sebagai tradisi yang baru dan berbeza dalam tahun
1980-an. Pada mulanya Amanah jam Kanak-kanak profesional mengajar teknik-teknik
asas Terapi Main Axline yang digunakan dalam pelbagai tetapan. Pada masa yang
sama, dua Dramatherapists yang mula menggunakan kaedah Terapi Play untuk
memaklumkan kepada amalan Dramatherapy mereka dengan kanak-kanak. Sue
Jennings (1994) dan Cattanach Ann (1993, 1994, 1998) unsur-unsur bersepadu Terapi
Main arahan bukan untuk merumuskan pergerakan Terapi Main British. Pada tahun
1990, Institut Dramatherapy mula menawarkan Sijil dan Diploma Terapi Play.
Pada tahun 1992, Persatuan British Play Jurupulih (BAPT) telah dimulakan oleh
sekumpulan profesional yang belajar di Institut Dramatherapy. Lebih sembilan belas
19

tahun yang lalu, BAPT telah dibangunkan Terapi Main pergerakan British dan kini
mengiktiraf beberapa kursus latihan di UK termasuk program-program peringkat
Sarjana yang sedang berjalan di Universiti Roehampton (London) dan University of
Glamorgan (Wales)
Konsep terapi main
1. melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
2. ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
3. kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing
4. Mainan mencirikan kehidupan sebenar
set permainan pekerjaan seperti polis, doktor dan tukang masak
set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon
5. Mainan bercirikan luahan perasaan agresif gari, penukul, peralatan militant,
topeng.
6. Mainan bercirikan luahan perasaan kreativiti crayon, playdoh, kad, boneka
bekas air.
Tujuan terapi main
mengurangkan masalah tingkah laku
meningkatkan komunikasi
mampu menilai diri sendiri
meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Proses terapi main
Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

Perlaksanaan terapi main
1) Bilik terapi -Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada kesesuaian
kanak-kanak .Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku,
cermin, almari dan lain-lain
2) Media mainan (kriteria) -
Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan
perasaan yang tidak diingini
Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak
20


Kepentingan terapi bermain
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
Keyakinan diri
Berkomunikasi dengan rakan
Kebolehan memberi pendapat
Berkongsi
Membentuk sahsiah
Ekspresi kendiri
Meningkatkan kemahiran manipulative
Pengluahan emosi

Masalah perlaksanaan
Kos kewangan yang tinggi
Kesukaran mendapatkan alatan
Kos peralatan yang mahal.
Tempat yang besar dan luas
Penyelenggaraan alatan yang berjadual
Kepakaran yang terhad.
Pematuhan kepada jadual dan rutin aktiviti terapi.
Kerjasama ibubapa , guru serta murid.
Tindakan susulan yang terhad.
Tidak dapat diaplikasikan di rumah.

Terapi bercerita
Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat
melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik
improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai
hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada
masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan
sesuatu cerita.
Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik
muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita
yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring
dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya
ditulis di atas kayu, buluh, tulang, batu, kulit kayu, kulit binatang, kertas, sutera, kanvas,
dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital.
21

Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi
dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien
untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah
dipersetujui antara ahli terapi dan klien.
Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep
bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teori
menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di
samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa
mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat
penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang
terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-
kanak serta dinamika keluarga mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai
pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang
masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan
memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk
mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan
pandangan yang positif.
Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu.
Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek
kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey
(1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan
perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini
dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien
iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.

Terapi seni
Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku
Terapi seni menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak
balas individu untuk menghasilkan produk
Kepentingan terapi seni
Menyelesaikan konflik emosi
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Membina kesedaran sosial
Mengubah tingkah laku
Membina strategi penyelesaian masalah
Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup
Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan
seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan
22

seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari
seni adalah pengalaman universal. Tidak terhad kepada individu tertentu
Fungsi seni dalam pendidikan
menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik
menyumbang kepada kepuasan diri
menyumbang kepada penyelesaian masalah
menyumbang kepada perkembangan personaliti
sebagai alat membantu pertumbuhan kanak-kanak
Kepentingan seni visual kepada murid bermasalah pembelajaran
meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
meluahkan perasaan
menguatkan daya imaginasi
menguatkan motor kasar dan motor halus
Aktiviti yang boleh dilakukan
Catan
Kolaj dan asemblaj
Reka bentuk
Anyaman
Kraf tangan
Pengubahsuaian alat untuk jadikan benda lain

Terapi muzik
Terapi muzik berguna untuk meredakan tekanan akibat kerja, tersepit dalam
pergolakan hidup berumah tangga atau stress menghadapi peperiksaan.
Ia merupakan alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik. Tujuannya adalah untuk pemulihan, pemeliharaan dan
peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik
muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik
terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada
masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal,
ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS dan lain-lain lagi
Matlamat Utama Terapi Muzik
untuk memulihkan kekuatan fizikal
menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat
rawatan
memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
23

memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.
Fakta Tentang Terapi Muzik
Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk
mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.
Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma,
gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.
Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej
menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan
mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya
menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak
hairanlah jika muzik digunakan sebagai alat terapi.
Ada dua keadaan yang menggunakan terapi muzik. Satu daripadanya ialah
keadaan klinikal, di mana terapi muzik itu digunakan untuk tujuan pembetulan.
Keadaan yang satu lagi ialah keadaan pendidikan, di mana terapi muzik itu
digunakan untuk meningkatkan kecerdikan.
Terapi muzik dalam keadaan pendidikan membantu pelajar belajar dengan lebih
baik.
Di samping meningkatkan kecerdikan, ia juga sangat berkesan untuk membaiki
ingatan. Pelajar yang melalui terapi muzik itu juga menunjukkan keupayaan daya
ingatan yang lebih kuat.
Dalam keadaan klinikal itu, penyelidikan mendapati bahawa orang yang
mengalami masalah psikiatri bertindak balas dengan lebih baik kepada rawatan
apabila mereka diberikan terapi muzik pada masa yang sama
Kaunseling biblio
Kaunseling biblio terapi paling awal digunakan pada zaman Yunani yang mana
terdapat satu papan kenyataan yang tergantung di pintu masuk sebuah pusat
sumber. (Zaccaria dan Moses, dalam Nystul, 2003)
Perkembangannya selepas Perang Dunia Kedua. Buktinya - tentera yang cedera
mendapati membaca adalah satu proses pemulihan (healing process) yang lebih
pantas dan tenang.
Terapi biblio ini juga dikenali sebagai terapi buku.
Terapi ini juga boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat.
Dalam konteks pendidikan pula, ia dapat meningkatkan motivasi intrinsik murid
terhadap sesuatu mata pelajaran.
Kaunseling biblio terapi juga bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau
menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak.
Penggunaan biblio terapi agak popular sebagai pelengkap dalam sesi kaunseling

Langkah-langkah terapi biblio
Fasa 1 - Peringkat Permulaan /Orientasi
24

Kaunselor bersuai kenal dengan klien.
Klien menceritakan perihal peribadi tetapi membataskan cerita.
Klien bersuai kenal sesama klien.
Fasa 2 - Konflik dan Konfrantasi
Klien mula berkongsi masalah dan perasaan.
Kaunselor sebagai fasilitator / pemudah cara.
Fasa 3 - Perkembangan dan Rasa Bersepadu
Kaunselor menayangkan video yang berkaitan dengan masalah klien.
Klien mula menghayati video dan mula mengaitkan dirinya dengan watak dalam
video tersebut.
Klien berbincang, mentafsir dan menyatakan celik akal yang diperoleh.
Kaunselor memainkan peranan sebagai pelengkap dan penyokong.
Kaunselor mencadangkan buku-buku yang perlu dibaca oleh klien.
Fasa 4 - Penghasilan
Klien menyatakan kebolehan untuk mencari jalan penyelesaian.
Kaunselor mengulas pendapat klien.
Fasa 5 - Penamatan
Kaunselor memberitahu masa untuk sesi yang akan datang.
Klien mengucapkan terima kasih kepada kaunselor.
Sesi kaunseling ditangguhkan.
Kegunaan terapi biblio
Mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan
seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu
pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi).
Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan
(misalnya ketika beratur menunggu sesuatu)
Menghilangkan ketegangan (panas baran, marah, tidak sabar).
Meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
Dapat menyelesaikan masalah murid.
Membantu murid memperoleh ilmu.
Kekurangan terapi biblio
Sesuai atau terhad kepada klien yang minat membaca sahaja
Boleh diaplikasikan kepada murid yang boleh membaca sahaja
Mengambil masa yang agak lama
Kurang praktikal dalam kaunseling individu
Memerlukan pemahaman yang tinggi.
25

Perlu disesuaikan mengikut masalah yang dihadapi.
Alat / kaedah terapi biblio
Cerita Pendek
Biografi
Buku Bantu-kendiri
Cerita Dongeng
Buku Gambar
Video




















26

Bab 6 Kaunseling Kelompok
Jenis-jenis kaunseling kelompok
Proses kaunseling kelompok
Peranan kaunselor sebagai pemudahcara
Dinamika dalam kelompok

Jenis-jenis kaunseling kelompok
1. Kelompok bimbingan
Jenis kelompok bimbingan ini biasa dijalankan di sekolah untuk
membimbing proses perkembangan pelajar
Jenis bimbingan ini lebih tumpu kepada sebaran maklumat kepada pelajar
dan ia bukan jenis kelompok kaunseling

2. Kelompok psikoterapi
Kelompok psikoterapi ini lebih merupakan kelompok merawat bagi ahli-
ahli dalam kelompok
Tujuan kelompok ini dibentuk adalah untuk membantu ahli-ahli
membentuk semula tingkah laku mereka yang positif melalui analisis yang
mendalam atau teknik kesedaran diri yang tertentu

3. Kelompok tugasan
Kelompok ini khas dibina untuk mencapai matlamat tertentu dalam
kumpulan itu
Kelompok tugasan biasa bergerak dalam keadaan brainstorm dan
menunjukkan kehandalan ahli-ahli kumpulan dari segi menyelesaikan isu
perbincangan dalam kumpulan

4. Kelompok perkembangan
Kelompok pengalaman atau perkembangan ini merujuk kepada tiga jenis
kelompok di bawah
i. Kelompok latihan
ii. Pertembungan
iii. Kelompok maraton
Ciri-cirinya termasuk keutamaan berdasarkan pengalaman, lebih
berstruktur dan here and now difokuskan

5. Kelompok terapeutik
Kelompok ini lebih menyerupai keadaan hidup sebenar harian bagi ahli-
ahli kumpulan
27

Tujuan dan sasaran kelompok ini memberi peluang bagi ahli-ahli
meluangkan perasaan tidak puas hati mereka dan belajar menangani
masalah daripada ahli-ahli dalam kumpulan

6. Kelompok membantu diri
Kelompok ini biasanya pula terdiri daripada ahli-ahli yang berlatar
belakang sama atau homogenous dan sedang membincang isu atau
masalah yang sama
Proses kaunseling kelompok
1. Peringkat permulaan
Proses penerokaan antara ahli kumpulan
2. Peringkat transisi
3. Peringkat pelaksanaan / perkembangan
4. Peringkat terakhir / tamat
Peranan kaunselor sebagai pemudah cara
1. Kaunselor memiliki ciri-ciri boleh menyimpan rahsia klien
2. Bersifat mesra
3. Berkarisma
4. Berkeyakinan
5. Berunsur humor
6. Fleksibiliti / kelenturan
7. Peka terhadap keperluan dan budaya latar belakang klien
8. Kreatif
9. Berani menghadapi cabaran / risiko (dari aspek kaunseling)
10. Mempunyai disiplin diri yang kuat
11. Selalu berpandangan positif
Dinamika dalam kelompok
1. Berunsur nilai sejagat
2. Berharapan
3. Penuh dengan informasi terkini
4. Bersedia membantu
5. Perkembangan kemahiran bersosial
6. Penekanan pada unsur hubungan interpersonal dalam kelompok
7. Kejelekitan kelompok


28

Bab 7 Asas Kerjaya dan Memahami Diri
Pelajar
1. Membina konsep gaya hidup pelajar sejak kecil adalah penting dan ia
merupakan tugas kerja guru bimbingan dan kaunseling di sekolah
2. Terdapat tiga jenis teori kerjaya iaitu :
a) Teori kerjaya John Holland (RIASEK)
b) Teori kerjaya Super (5 peringkat)
c) Teori kerjaya Ginzberg (3 peringkat)
3. Holland membahagikan teorinya kepada enam domain yang utama :
a) Realistik (R)
b) Investigatif (I)
c) Artistik (A)
d) Sosial (S)
e) Enterprise (E)
f) Konvensional (K)
4. Bagi orang realistik (R), kebanyakannya terdiri daripada tukang masak (chef),
tukang jahit, tukang gunting, mekanik, operator yang lebih praktikal jenis
pekerjaan mereka berbanding dengan kumpulan investigatif (I).
5. Bagi kumpulan kedua investigatif (I) ini, kebanyakan terdiri daripada daripada
pakar doktor, saintis, pengkaji selidik sains, editor jurnal sains, ahli uji kaji yang
bekerja di makmal sains, pengkaji kimia, biologi, fizik, geologi, zoologi, ahli
astrologi, jurutera dan lain-lain.
6. Manakala untuk kumpulan artistik (A), mereka termasuk pelukis, pereka fesyen,
pereka pakaian, kasut, pereka dalaman, penyanyi, penari, komposer muzik,
konduktor, penyair, seniman, seniwati, artis dan pelakon.
7. Kumpulan sosial (S) pula terdiri daripada guru, kaunselor kerjaya, kaunselor
keluarga, terapis pertuturan, doktor, jururawat, pensyarah, pekerja sosial,
psikologis, psikiatrist dan lain.lain.
8. Kumpulan kelima enterprise (E) adalah mereka yang giat dalam bidang
perniagaan dan perusahaan seperti ahli perniagaan, usahawan, entrepreneur,
ahli insurans, promoter, jurujual terus, ahli politik, ahli pidato, pakar penceramah,
motivator dan sebagainya.
9. Kumpulan terakhir iaitu kumpulan konvensional (K) adalah mereka yang terlibat
dengan kerja statistik, komputer, kira-kira, kerani gaji, jurubank, akauntan dan
actuaris
10. Teori kerjaya Donald Super ini terbahagi kepada tiga elemen yang utama iaitu :
i. Pembentukan estim kendiri
ii. Mentafsirkan estim kendiri dalam alam kerjaya
iii. Mempraktiskan idea kerjaya yang cemerlang melalui persepsi kendiri yang
positif
11. Menurut Super lagi, peringkat umur setiap orang dalam bidang kerjaya dapat
dibahagikan kepada lima peringkat seperti di bawah :
i. Peringkat pertumbuhan (5-14 tahun)
29

ii. Peringkat penerokaan (15-24 tahun)
iii. Peringkat pengukuhan (25-44 tahun)
iv. Peringkat pengekalan (45-64 tahun)
v. Peringkat penurunan (65 tahun dan ke atas)
12. MenurutGinzberg (1972), membahagikan perkembangan kerjaya seseorang
individu kepada tiga peringkat yang utama iaitu :
i. Peringkat fantasi peringkat sekolah rendah (umur antara 7-12 tahun)
ii. Peringkat tentatif / sementara peringkat sekolah menengah ( umur antara
13-17 tahun)
iii. Peringkat realistik peringkat pra dan universiti (umur antara 18-21 tahun)

13. Antara inventori yang terkenal :
i. Inventori Self Directed Search (SDS)
ii. Senarai Semak Masalah Mooney (SSMM)
iii. Inventori Personaliti Sidek (IPS)
iv. Inventori Personaliti Warna (IPW)
v. Parent Adolescent Communication Inventory (PACI)
vi. Beck Depression Inventory (BDI)
vii. Rosenberg Self Esteem Scale (RSE)
viii. Tenneesee Self Concept Scale (TSCS)
ix. Coppersmith Self Concept Scale

Anda mungkin juga menyukai