Anda di halaman 1dari 5

1.

Apakah analisis anda terhadap kepimpinan Encik Saad sebagai guru besar SK
Dusun?
Kepimpinan yang teguh dan gagah menjadi tulang belakang kepada pembangunan
sesebuah institusi pendidikan. Sekolah yang diterajui oleh seorang guru besar sebagai
pemimpin merupakan sebuah elemen yang sangat penting. Ini adalah untuk
memastikan kejayaan dan pencapaian matlamat sekolah tersebut.
Dalam konteks pendidikan, Kim dan Maubourgne (1992) mendefinisikan
kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan
sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia untuk mencapai sesuatu matlamat.
Oleh itu, analisis yang dilaksanakan adalah difokuskan kepada tugas serta
tanggungjawab En Saad sebagai pemimpin SK Dusun. Sebagai seorang guru besar,
beliau memainkan peranan paling penting dan berpengaruh dalam menyelesaikan
masalah yang berlaku di sekolah tersebut. Beliau sebagai nadi kepada sekolah tersebut
seharusnya menjadi pemimpin yang menetapkan matlamat sekolah tersebut,
mewujudkan iklim yang positif, mewujudkan sifat professionalisme serta mewujudkan
sebuah institusi yang kukuh serta prihatin terhadap murid-murid.
Sifat kepimpinan adalah salah satu elemen yang penting untuk mewujudkan satu
perhubungan dengan ahli institusi tersebut. Seorang guru besar seharusnya boleh
mempengaruhi guru-guru sekolah tersebut. Menurut Murphy (1988), kepemimpinan
tidak harus diperkaitkan dengan ciri-ciri pemimpin sahaja. Kepimpinan juga harus
diperkaitkan dengan interaksi pemimpin dengan pengikutnya, pengaruh pengikut
terhadap pemimpin dan dalam konteks di tempat beliau berada. Namun begitu dalam
situasi sebegini, Encik Saad kurang mempengaruhi guru-gurunya dalam
mempertimbangkan masalah yang mereka hadapi sebaliknya membiarkan begitu
sahaja dan mendapat tanggapan daripada pihak ketiga tanpa mengambil inisiatif untuk
mendalami isu ini secara terus terang terhadap pihak yang terlibat. Sebagai seorang
pemimpin, adalah penting untuk mengawal keadaan dan mempunyai pemahaman serta
kawalan terhadap ahlinya iaitu guru sekolah tersebut.




2. Pada pandangan anda, mengapa Encik Saad tidak mengambil tindakan terhadap puan
Rogayah walaupun beliau tahu bahawa tindakan puan Rogayah adalah tidak betul?
Pada pandangan saya, Encik Saad tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Pn.
Rogayah kerana jika dilihat dari sudut keperluan guru besar itu tersebut, sokongan ahli
institusi adalah merupakan kekuatan utama sesebuah organisasi. Beliau yang tidak
ingin menjejaskan sumber manusia sekolah itu tidak sanggup mengambil sebarang
tindakan kerana mungkin akan mewujudkan konflik.
Dengan menyedari kesalahan yang dilakukan oleh Pn Rogayah, beliau tidak
mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu berlaku sebarang konflik dari serta
masalah dari segi hubungan dan komunikasi SK Dusun. Oleh itu beliau ingin
memastikan kecekapan dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan
komunikasi dalam pengurusan terpelihara. Beliau merasakan bahawa dengan
mengambil tindakan terhadap Pn. Rogayah, ini akan menjejaskan hubungan dengan
guru sekolah tersebut.
Di samping itu juga, saya berpendapat bahawa Encik Saad mempunyai sifat kurang
yakin atau tidak komited dalam membuat keputusan. Beliau mempunyai masalah dalam
membuat keputusan. Beliau tidak megambil tindakan pada masa bermulanya masalah
ini dan kini masih tidak yakin akan tindakan yang perlu diambilnya. Perbuatan yang
tidak menjurus kepada tugas dan tanggungjawab yang sambil lewa menyebabkan
beliau tidak begitu teliti atau mudah kata tidak peduli terhadap masalah yang
ditimbulkan oleh Puan Rogayah. Ini menjurus kepada masalah yang dihadapinya
sekarang dan tidak dapat memupuk kata sepakat sebagai seorang pemimpin untuk
menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah tersebut.








3. Jika anda Encik Saad, bagaimanakah anda akan menangani isu ini ?
Sekiranya saya Encik Saad atau menghadapi masalah seperti mana yang
dihadapinya, saya tidak akan membiarkannya sahaja dan menghadapi masalah ini
dengan lebih telus. Seboleh-bolehnya adalah perlu untuk mengenali dan memahami
semua guru dan juga kakitangan sekolah tersebut. Adalah penting untuk seorang
pemimpin menjadi seorang sahabat kepada ahli organisasi tersebut. Dengan ini, dia
dapat mengenali setiap individu dalam organisasi tersebut dan seterusnya mengetahui
keperluan mereka. Perhubungan yang rapat dengan guru dan staf akan membolehkan
En Saad tidak menghadapi masalah dalam memberikan arahan atau melaksanakan
kerja di sekolah. Kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi system
kepercayaan, tindakan dan pegangan ahli-ahli dalam kumpulannya (Leithwood & Janti,
1999).
Selain itu juga, saya akan bertemu dengan kedua-dua guru tersebut dan cuba
menyelesaikan masalah tersebut. Dengan ini, saya perlulah memahami kedua-dua guru
tersebut dan juga situasi ini. Dengan mengetahui punca masalah ini, saya dapat
membantu guru tersebut dalam menyelesaikan masalah ini. Jika masalah ini terus
berleluasa, adalah perlu bagi mencari penyelesaian yang lebih besar seperti membawa
guru tersebut kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Lagipun, menggunakan kaedah tegas dan keras tidak semestinya dapat
menyelesaikan masalah ini. Saya akan cuba untuk mewujudkan hubungan dengan
semua ahli sekolah tersebut terutamanya guru sekolah tersebut. Penyemaian semangat
kekitaan antara satu sama lain serta perhubungan erat dapat membantu saya sewaktu
mengambil keputusan kerana saya akan mendapat sokongan guru dan staf sekolah
tersebut.







4. Sebagai bakal pemimpin, bincangkan unsur-unsur pengajaran yang anda peroleh
daripada kes di atas ?
Unsur-unsur pengajaran yang dapat diambil sebagai bakal pemimpin pada masa
hadapan berdasarkan kes di sekolah tersebut adalah mewujudkan perhubungan dalam
sekolah tersebut. Guru besar sebagai pemimpin dalam sekolah tersebut mesti
mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan semua guru, staf dan murid sekolah
tersebut. Mereka tidak seharusnya tidak tetapi hormat dan taat kepada guru besar
tersebut. Guru besar perlulah bersikap adil dan saksama dengan semua dan sentiasa
mengetahui keperluan orang bawahannya.
Sebagai seorang pemimpin, adalah penting untuk dirinya sedar dan tahu masalah
yang berlaku. Sekiranya tidak pasti, adalah mesti untuk cuba mengetahui masalah
tersebut dan mencari jalan penyelesaian. Memberikan arahan tanpa usul periksa adalah
tidak betul dan akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Seorang pemimpin
hendaklah sentiasa lebih mengetahui daripada orang lain dan cuba menjadi agen
perubahan serta penyelesai masalah kepada orang lain.
Di samping itu juga, seorang pemimpin haruslah berfikir akan kebaikan orang
bawahannya. Dia seharusnya cuba membangunkan dirinya dan juga diri orang
bawahannya. Pengagihan tugasan serta perkara lain hendaklah dilaksanakan dengan
betul. Guru besar perlulah berfikir dahulu sebelum membuat keputusan tetapi perlu
berfikiran teguh terhadap keputusannya dan boleh menghadapi sebarang masalah atau
tentangan. Sifat ini adalah sangat penting dalam diri seorang guru itu.
Selain itu, adalah perlu untuk seseorang itu menyelesaikan sesebuah masalah
sebelum masalah itu menjadi lebih besar. Isu Pn. Rogayah ini boleh selesai sekiranya
usaha penyelesaian diambil terlebih dahulu. Guru besar juga perlulah sedar bahawa
bukan semua orang adalah sama dan bertindak selaras dengannya. Adalah penting
untuk sentiasa bersedia dalam mengambil keputusan yang betul dan mewujudkan
sebuah institusi pendidikan yang aman dan berprestasi tinggi. Ini adalah selaras dengan
matlamat PIPP iaitu untuk membangunkan satu system pendidikan bertaraf dunia
sebagai memenuhi hasrat Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah Negara maju
mengikut acuan sendiri.



Rujukan

Abdullah, S.Y.,Abdul Rashid, M, & Abdul Ghani, A.(2007), Guru Sebagai Pemimpin, Kuala
Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
Ibrahim, Mamat (2001), Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimpinan,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kim, A.K. & Maubourgne, R. A, (1992), Parables of Leadership, Harvard Business Riview,
Hal. 123.