Anda di halaman 1dari 8

GEJALA SOSIAL

1. Lumba haram
Punca :
Kegagalan pihak ibu bapa melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Maknanya, ibu bapa tidak
berupaya mendidik anak mereka supaya menyedari bahawa lumba haram merupakan aktiviti yang salah
di sisi undang-undang. Kegagalan ibu bapa ini mungkin berkaitan dengan ketidakupayaan mereka untuk
menjadi ibu bapa atau tidak memahami keperluan emosi anak mereka. Lantaran itu, anak mereka
beralih ke arah lumba haram sebagai satu cara untuk memenuhi keperuan emosi mereka sebagai
manusia yang perlu disayangi dan difahami perasaannya.
Penyiaran program barat terutama akiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam
naluri remaja di negara ini. Kehidupan yang serba moden mendedahkan remaja kita dengan pelbagai
dugaan nafsu yang sukar untuk ditolak terutama kenikmatan lumba haram. Jelaslah, lumba haram
bertambah ekoran bertambah modennya kkehidupan di negara ini terutama di bandar-bandar
kosmopolitan.
Kegagalan pihak kerajaan turut ketara terutama dalam menyediakan suasana kehidupan yang lebih ceria
kepada remaja. Ketiadaan tempat untuk remaja meluangkan masa dengan berkesan turut menjadi
faktor penentu merebaknya masalah ini. Begitu juga dengan kegagalan kerajaan untuk menyediakan
peluang kerja yang cukup membawa ramai remaja beralih ke arah lumba haram untuk memenuhi masa
mereka. Oleh itu, kerajaan turut memikul kesalahan atas munculnya gejala negatif ini.
Sikap masyarakat yang tidak prihatin menjadikan masalah ini berleluasa. Kita tidak menganggap masalah
ini masalah sendiri selagi tidak ada ahli keluarga yang terbabit sehingga tidak mahu membuat laporan
jika melihat aktiviti umba haram di kawasan mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pihak polis sukar
untuk menahan mereka yang terbabit dalam aktiviti negatif ini kerana tiadanya kerjasama masyarakat
untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa.
Cara atasi :
Ibu bapa harus sedar bahawa perhatian yang secukupnya perlu diberi kepada anak-anak agar mereka
berasa diri mereka dihargai. Selain itu, sayangilah mereka bagai menatang minyak yang penuh agar
mereka berasa diri mereka dikasihi. Luangkan masa untuk berbual bersama anak-anak, mendengar
luahan serta rintihan hati mereka. Penguatkuasaan undang-undang memang perlu dalam usaha
menangani gejala ini daripada terus berlarutan. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah
dengan hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka.
Motivasi dan kaunseling diperlukan untuk membantu membendungmasalah sosial ini. Kita jangan terlalu
memberi tekanan kepada merekakerana zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelosa.
Mereka

sentiasa inginkan perhatian di samping pengiktirafan golongan dewasa.Berinteraksilah secara matang
dengan golongan remaja sebegini agar mereka tidak berasakan diri mereka diperlakukan seperti budak
kecil.
2. Penyalahgunaan dadah
Punca :
1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini.
Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan
asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan
bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang
keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan
yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka.
Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya
rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka
sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan
menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
3. Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan
yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi
suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa
menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya
bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk
beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka
mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa
pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata
sahaja.
4. Kurang Pendidikan Ugama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh
kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak
mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial
yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka
hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting
bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana
melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah
mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi
pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran
mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.
Cara atasi :
1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa
pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada
penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah
jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen
3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali
sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50
gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di
bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10
tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu
penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi
informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya
dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum
seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan
dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan
pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka.
Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi
rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai
contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-
Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang
benar serta di redhai Allah.
3. Pembuangan bayi
Daripada Ibu Bapa
Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah
menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan
hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah
atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap
kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa
ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak
boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun
apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.
Daripada Rakan Sebaya
Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di
IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang
berbeza.Pada waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan
disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak
ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan
menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga melampaui batasan agama
seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.
Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik
Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa sahaja yang
mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh
itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah,
penayangan filem berunsurkan seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan-
bahan ini telah mendorng mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan
penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah.
Daripada Diri Sendiri
Masyakat kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertinmana
terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di
hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah
terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan
dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu.
Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan
keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih
baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-
anaknya.
Cara atasi :
Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO
Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak
berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan
anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan
hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka
akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-
badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan
lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat
terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang
membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.
Peranan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah
terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu
diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang
mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat
membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-
anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.
Peranan Pihak Media Massa
Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada
masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran
haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk
grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan
kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti Dosa Besar dan Adab
Bergaul mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa.
Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh
merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.
4. Ponteng sekolah
Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini
mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang
diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir ke sekolah
merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengah hari di samping terpaksa
membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih
oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar dari rumah pada
waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan
sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok. Di kawasan pekan
atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat
permainan video.

Di samping itu, kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan
ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak
menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi
semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah untuk membincangkan masalah
anak mereka. Hal ini telah menyulitkan proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti
ini.

1)Pelajar bersikap malas untuk ke sekolah atau kelas tertentu.

2)Pelajar TIDAK MINAT SUDAH UNTUK BELAJAR.

3)Pelajar mempunyai masalah peribadi sehinggakan malas untuk datang ke sekolah tau masuk kelas
tertentu.

4)Pelajar terpengaruh dengan pelbagai macam hiburan (khususnya di bandar) lalu malas ke sekolah.

5)Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang sudah tidak bersekolah.

6)Pelajar tiada matlamat dalam pembelajaran mereka lalu bersikap tidak mengambil berat terhadap
pembelajaran.

7)Masalah kemiskinan keluarga pelajar menyebebkan kekurangan serba serbi lalu malas ke sekolah
kerana terpaksa kerja dan sebagainya.

8)Punca lain ...akan diberikan oleh rakan-rakan blogger dan para pembaca...
Cara atasi :
1)Menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan hal ini di sekoolah.

2)Memberikan tumpuan khusus golongan ini oleh pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru kelas.

3)Pihak kaunseling perlu mengadakan satu program khas bagi memulihkan pelajar yang serikali ponteng.

4)Mempelbagaikan KAEDAH MENGAJAR agar pelajar minat ke sekolah.

5)Mewujudkan pelbagai aktiviti Ko Kurikulum yang menarik minat pelajar ke sekolah.

6)Mengwujudkan dan mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya dalam mengurangkan atau
mengatasi masalah ini.

7) Pihak sekolah dan PIBG senentiasa dari masa ke semasa secara berterusan berusaha berkerjasama
untuk menyelasaikan masalah ini.

8)Semua ibu bapa mestilah mengambil berat dan memberikan perhatian serta kerjasama kepada pihak
sekolah untuk mengatasi masalah ini.

9)Seluruh masyarakat seharusnya memberikan kerjasama dalam mengatasi masalah ini...khususnya dari
segi mewujudkan SATU BUDAYA YANG MEMENTINGKAN ILMU SERTA MENGGALAKKAN PELAJAR RAJIN
ke sekolah.

10) Cara seterusnya akan di sambung oleh rakan blogger dan para pembaca yang prihatin....
5. Vandalisme
Punca :
Sebab utama ialah mereka ingin meluahkan rasa terbuka atau tekanan perasaan. Perbuatan yang tidak
bertanggungjawab ini dibarat bagai kera diberi bunga.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya tidak boleh dipandang remeh dalam menyebarkan budaya negatif ini.
Kebanyakan masa terluang remaja akan dihabiskan untuk bergaul dengan rakan sebaya. Pergaulan
seseorang akan menentukan sahsiah diri seorang. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui pepatah berikut,
"jika seseorang itu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan dirasainya. Jika
dia berkawan dengan si tukang besi, maka percikan api akan mengenai dirinya juga".
Cara atasi :
Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membendung gejala ini. Mereka harus bersikap lebih
prihatin dan mengambil berat tentang anak. Ibu bapa patut dijadikan model dan mendidik anak-anak
mengamalkan amalan murni sejak kecil lagi. Ibu bapa harus memberi teguran terhadap anak-anak yang
melakukan vandalisme supaya mereka tidak terus bersalah.

Di samping itu, peranan sekolah tidak dapat dinafikan dalam apa jua masalah yang melibatkan remaja.
Warga Malaysia dididik menjadi insan yang mempunyai jati diri, berilmu dan beramal. Guru-guru
menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran di kelas. Sekolah wajar mengenakan hukuman setimpal
terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme di sekolah. Dalam waktu yang sama, aktiviti kempen,
pertandingan kelas terbersih sekolah perlu dijalankan secara lebih kerap.
6. Gengsterisme
7. Seks bebas
8. Menonton filem lucah
9. Minum arak
10. Berjudi
11. Mengambil pil khayal
12. Memeras ugut
13. Menyamun
14. Merokok
15. Melepak
16. Bergaduh di sekolah
17. Buli
18. Lari dari rumah

Anda mungkin juga menyukai