Anda di halaman 1dari 4

Dalam kesibukan majlis kenduri kahwin sepupuku tanpa sengaja mata ini singgah pada

wajah mulus seorang gadis. Bibirku tersenyum.Dialah Nurul Atiqah.Gadis manis yang
berjaya mencuri hatiku. Sudah lama aku pendamkan rahsia hati ini.Dan dia sendiri maklum
yang hatiku hanya ada dia.

Tapi aku masih khuatir.Bagaimana cara untukku berterus-terang pada abahnya?Aku dan dia
sepupu.Bapa kami adik-beradik.Aku tahu aku boleh menjadi wali pernikahannya.Dan kerana
itu aku risau, andai sahaja ku luahan isi hati ini bakal menjadi permusuhan antara keluarga.

Namun hari ini aku nekad.Aku mahu menyatakan hal ini pada Pak Ngah.Aku mahu
menyuntik Atiqah untuk menjadi suri dihatiku.

“Fi dengan Tiqa ni mak su tengok dah macam pinang dibelah dua!”usik Mak Su
Hasnah ibu saudara kami.Seluruh ahli keluarga ketawa.Komplot mengenakan kamilah tu!

“Kalau kahwinlah..anak mesti comel-comel,”suara Mak Alang pula kedengaran.Sekali


lagi rumah datuk riuh-rendah.

“Apa sajalah kamu ni Nah,Alang.. Atiqah dan Fi ni dah macam adik-beradik.Aku dah
anggap Fi ni macam anak aku sendiri.Fi, Pak Ngah nak pesan.. Kalau Pak Ngah tak sempat
walikan Atiqah, Pak Ngah nak kamu yang bertanggungjawab menguruskan walimah dia
nanti. Ini amanat tahu! Kamu kena ingat sampai bila-bila.”bahuku ditepuk beberapa-kali.

Subhanallah..! Aku telan air liur.Hatiku tiba-tiba jadi bengkak.Sakit! Aku toleh ke
muka sungguh-sungguh Pak Ngah.Dan seketika aku toleh pula ke wajah gadis yang duduk
disisi ibunya.Atiqah! Mata kami berlaga sebentar.Aku melihat riak wajahnya berubah.Riak
wajahku?Aduh! Aku benar-benar kegelisahan!

Malam ini aku duduk diruang tamu bersama 3 sepupuku,Ayah,Pak Ngah dan Pak Usu.
Pelbagai topik keluar.Politik, pergolakan negara jiran,agama semuanya ada.

“Fi,Pak Ngah sebenarnya ada hajat.”


“Hajat apa Pak Ngah,”

“Kamu tahukan Nurul Atiqah tu,satu-satunya anak Pak Ngah.”keningku berkerut.


“Maksud Pak Ngah?”soalku.

“Pak Ngah ni dah tua. Pak Ngah teringin nak lihat Atiqah nikah sebelum Pak Ngah
pejamkan mata.Kalau boleh,Pak Ngah nak minta kamu carikanlah seseorang yang terbaik
buat Nurul Atiqah,”

“Kenapa saya?”suaraku tenggelam timbul.Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat


dikerongkong.Pedih!

“Pak Ngah hanya percaya pada kamu.”jari-jemariku digenggam.Aku tahu ini bukan
perkara main-main.

Pak Ngah.. bagaimana harus aku mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup Atiqah
sedangkan jiwa ini terlalu menyintainya?Haruskan aku berterus terang saja pada Pak Ngah?
Ah! tidak! Aku yakin sulit pada Pak Ngah bila aku nyatakan hasrat hati ini.Aku sedar Pak
Ngah tidak senang bila bila Mak Su dan Mak Lang menyakat kami tadi.Dia sendiri sudah
menyatakan kami seperti adik-beradik.Mana mungkin mudah bagi Pak Ngah menerimaku
sebagai teman hidup Nurul Atiqah.
Namun sesulit apa pun perasaan Pak Ngah, seksa lagi dadaku.Amanah ini telah diletakkan
dibahuku.Mahu atau tidak aku tetap telah dipilih.Amanah adalah tanggungjawab.Dan
tanggungjawab harusku laksanakan dengan ikhlas.Tapi hatiku?
**

“Ya ALLAH...ujian apakah ini?”bisik Muzammil sebaik sahaja aku ceritakan segalanya
pada dia.Hanya pada Muzammil yang tahu betapa aku kagum dengan indahnya insan yang
diberi nama Nurul Atiqah.

“Doakan aku supaya diberi hidayah untuk memberikan yang terbaik buat Atiqah,Mil.”
Sahabatku itu terdiam.Wajahku masih dipandang.Ah! Kau takkan jumpa kekecewaan
diwajahku Mil. Kenapa apa?Kerana perasaan itu telah ku ganti dengan cinta Illahi.

2 minggu aku istiqamah dengan Ishtiqarah.Dah hari ini aku yakin aku temui jawapannya.
Muhamad Azzim. Dialah jawapannya.Dia sahabatku sejak di Maahad.Rutin hariannya telah
ku hafal malah aku cukup kenal sifat dan perwatakkannya.Sabar,taat,sentiasa
bersederhana.Aku yakin dialah yang terbaik untuk Nurul Atiqah.

Pada Azzim aku ceritakan tentang Nurul Atiqah.Pada dia juga aku ceritakan hajat Pak
Ngah.Dan pada dia aku nyatakan hasratku.Alhamdulillah..Azzim menerima.Dan dari situ
bermulalah perkenalan antara Atiqah dan Azzim.

Aku yakin niat Azzim sudah bulat mahu menyunting Atiqah.Sejak pertemuan yang ku
rancang beberapa bulan lalu aku lihat ada cahaya bahagia terpancar dari wajah Azzim. Jadi,
aku harus menjalankan urusan yang seterusnya.

Petang semalam aku bawa Azzim pulang ke kampung bertemu Pak Ngah.Nampaknya Pak
Ngah setuju. Namun hatiku jadi bengkak bila melihat Atiqah langsung tidak
memandangku.Ah! Marahkah dia padaku?

Atiqah call bila mata ini hampir sahaja terlelap.Aku lihat jam didinding.Hampir 12 tengah
malam.Hatiku tiba-tiba jadi gentar.Lambat-lambat butang hijau ku tekan. Senyap.Tiada
suara.

“Atiqah...”seruku.

“Kenapa abang buat semua ni?”pertanyaannya membuatkan tubuhku terasa


lemah.Sakit!

“Atiqah, dengar apa yang abang nak katakan ni baik-baik.Sungguh, abang tidak
punya niat melukakan perasaanmu.Abang hanya laksanakan tanggungjawab yang Pak Ngah
serahkan pada abang,”

“Tapi bagaimana hati abang?”soal Atiqah.Aku terdiam lagi.

“Apa yang Tiqa pernah dengar dari mulut abang dulu itu adalah rasa hati
abang.Tidak ada satupun yang palsu.Tapi abang mohon...lupakanlah segalanya.Itu
kekhilafan abang.Aku yang berdosa meluahkan rasa hati tanpa sedar janji telah abang
taburkan buatmu,”

“Atiqah, Azzim adalah sahabat abang yang paling taat pada perintah ALLAH. Sudah
2minggu abang istiqarah.Dan naluri abang kuat mengatakan dialah yang terbaik
buatmu.Jadi abang pohon, terimalah dia sebagai pendampingmu.”suaraku hampir hilang
dibalik tangisan yang ku tahan-tahan.
“Abang ikhlas?”
Aku menggosok dada. “Demi ALLAH abang ikhlas,”bisikku.

“Sudahlah Tiqa,dah larut malam ni. Esok rombongan Azzim datang. Tidurlah
dik...”perbualan kami berakhir disitu.Muka ku sembam ke bantal.Dadaku turun naik.Sakitnya
Ya ALLAH...!

“Kenapa tak kau katakan saja pada Pak Ngah tentang hati dan perasaan kau tu?”aku
menoleh memandang Muzammil.

“Sudahlah Mil, aku tak mahu kau ungkit kisah ni lagi.”

“Ini soal hati dan perasaan Fi!Kenapa dengan kau ni?”keras bunyi suara Muzammil.

“Kalau kau ditempat aku mungkin kau akan rasa apa yang aku
rasa.”bisikku.Muzammil mengeluh. Dia segera meninggalkan bilikku.

Aku juga bangkit menuju ke kamar mandi.Aku mahu menghamburkan resah hatiku
pada DIA Tuhan yang Satu. Sejadah ku bentang.Takbir ku angkat.Surah yang biasa ku hafal
hari ini tidak selancar selalu kerana diganggu dek tangisan yang mengiringi solat.

‘ALLAH.. KAU Maha Tahu bahawa hanya dia yang aku cintai.Namun takdirMu
berkehendak lain.Jadi aku mahu menjadi insan ikhlas menerima dugaanMu.Aku yakin dibalik
kelukaan ini ada kebahagiaan yang KAU sembunyikan buatku.Namun ALLAH...aku masih
hambaMu yang lemah.Kerana itu aku pohon, KAU lindungilah hatiku dari kekecewaan.
Barakahilah majlis mereka esok.Pimpinlan mereka supaya tidak jauh dariMu.ALLAH.. kau
ambillah rasa cintaku buat Atiqah ini.Lalu kau gantikanlah cinta itu buatMu.’ Amin...

Malam itu, sampai ke subuh aku tidak tidur.Sepanjang malam ku lewati dengan
berdampingan dengan Kalamullah. Serba sedikit hatiku terubat. Dan tatkala aku tekan
minyak menuju ke kampung hatiku masih tenang.

Aku saksi bagi pernikahan Nurul Atiqah.Aku yang menyatakan sah bagi akad yang
dilaksanakan.Aku yang membawa borang untuk ditandatangan Atiqah tatkala selesai hijab.
Aku juga yang melihat airmatanya tumpah tatkala makmum mengaminkan doa khadi
setelah usai majlis walimah.

“Selamat pengantin baru Nurul Atiqah,”bisikku tatkala selesai upacara membatalkan


air sembahyang.

Aku lihat sekali lagi dia menyeka airmata. “Jangan menangis dik..”bisikku lagi.

Tanganku digenggam lalu dikucup. “Terima kasih... abang adalah abang Atiqah dunia
akhirat,”balasnya. Aku tersenyum.Aku rasa tubuh ini baru sahaja dilangir dengan air sejuk
dari pergunungan.Dingin dan mendamaikan.

Lalu ku hulurkan kad istimewa buatnya.Kad itu bukan lagi kad cintaku padamu tapi
kad itu adalah coretan ringkas dari seorang abang buat adiknya.

Assalamualaikum..wbt

“Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela,


rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala..”
Adindaku Nurul Atiqah,
Ambillah kata-kata ini sebagai azimat.Kerana inilah falsafah yang abang pegang selama ini.
Nurul Atiqah..Setiap kali kau rasa susah ingatlah ALLAH ada untukmu.Setiap kali kau rasa
suka ingatlah ia hanya secebis nikmat yang ALLAH beri padamu.Dan setiap kali kau rasa
sedih,renunglah wajah suamimu kerana disana ada ALLAH kurniakan bahagia yang tidak
ternilai.

Saudaramu,
Ilham Firdaus..

Anda mungkin juga menyukai