Anda di halaman 1dari 11

1

Pengenalan
Pelaksanaan tugasan ini adalah mengikut kehendak soalan yang digariskan. Terdapat
dua persoalan utama yang perlu diperjelas dan diperincikan. Persoalan pertama adalah
menjurus kepada kekuatan karya agung yang dipilih sama ada Sejarah Melayu ataupun
Rantau Sepanjang Jalan. Sejarah Melayu adalah merupakan sebuah karya yang mewakili
zaman sastera klasik, manakala Rantau Sepanjang Zaman adalah sebuah karya yang mewakili
zaman sastera moden.
Karya agung yang dipilih bagi dikaji kekuatannya ialah Sejarah Melayu yang
diusahakan oleh G.W. Shellabear. Di dalam persoalan pertama ini iaitu kekuatan karya,
terdapat tiga aspek penting yang perlu dikaji iaitu kekuatan dari aspek pemikiran atau mesej
atau isi, estetika dan kepengarangan, serta nilai budaya dan pandangan hidup.
Ketiga-tiga aspek ini perlu dikaji dengan mendalam bagi membuktikan dan
menunjukkan bahawa karya Sejarah Melayu ini merupakan sebuah karya yang benar-benar
memperlihatkan seni sastera Melayu klasik. Pembuktian kekuatan karya Sejarah Melayu
melalui tiga aspek ini akan turut membawa pembaca untuk mengenali tentang sistem bahasa
pada zaman bahasa Melayu klasik.
Persoalan kedua pula adalah merupakan kesinambungan daripada persoalan yang
pertama. Berdasarkan karya agung dan ciri-ciri yang telah dibincangkan dalam persoalan
yang pertama, terdapat dua aktiviti yang dicadang dan dibincangkan untuk dilaksanakan bagi
pengajaran bahasa Melayu peringkat sekolah rendah. Antara aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilaksanakan ialah diskusi, main peranan, simulasi, permainan
bahasa, sosio-drama, bercerita, dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.
Aktiviti seperti yang disarankan ini adalah merupakan aktiviti pembelajaran yang
akan dapat memarik minat fokus murid. Aktiviti yang menyerokkan akan menjadikan murid
lebih tertumpu dan lebih mudah untuk mengingati beberapa fakta mengenai cerita di dalam
karya agung. Bakat dan potensi murid juga akan dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti
seperti ini. Tugasan ini akan menjelaskan tentang dua persoalan utama ini dengan lebih lanjut
dan terperinci.


2

Kekuatan Karya
Sejarah Melayu adalah merupakan sebuah karya agung yang mewakili zaman sastera klasik.
Sejarah Melayu ini adalah merupakan sebua karya agung yang telah diusahakan oleh W.G
Shellabear. Terdapat 34 buah cerita klasik yang dimuatkan di dalam karya Sejarah Melayu
ini.
Sejarah Melayu telah dianggap sebagai klasik Melayu yan paling tinggi nilainya dan
merupakan sebuah karya sejarah terpenting bersabit dengan Negara Malaysia. Perintah Sultan
Melaka kepada pengarangnya ialah menulis sebuah buku mengenai keturunan raja-raja
Melayu dan pertalian di antara mereka. Hal ini seterusnya membawa kepada pengumpulan
cerita-cerita mengenai raja-raja Melayu dan perhubungan mereka dengan negara-negara Asia
di sekelilingnya. Tema utama dalam penulisan ini adalah berpusatkan Kesultanan Melayu
Melaka pada zaman kegemilangannya.
Kekuatan karya agung ini iaitu Sejarah Melayu dapat dilihat melalui tiga ciri. Ciri-ciri
tersebut ialah :
i. Pemikiran (mesej dan isi)
ii. Estetika dan kepengarangan
iii. Nilai budaya dan pandangan hidup

Pemikiran
Pemikiran adalah merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan
aktiviti mental manusia. Pemikiran adalah merupakan satu aktiviti mental dalam proses
penyelesaian masalah, yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran
berfikiran.
Pemikiran yang dimaksudkan di dalam Sejarah Melayu ini adalah mesej dan isi utama
yang ingin disampaikan. Pemikiran iaitu mesej dan isi adalah merupakan perkara pertama
yang ingin diketengahkan di dalam sesebuah cerita yang terdapat di dalam karya ini. Setiap
satu kisah ada mempunyai pemikiran atau mesej yang tersendiri.
Secara keseluruhannya, pemikiran ataupun mesej utama yang ingin di sampaikan di
dalam karya Sejarah Melayu ini adalah mengenai kehidupan masyarakat melayu zaman
3

klasik iaitu suasana dan situasi kehidupan diRaja khususnya pada zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka. Boleh dikatakan di dalam setiap cerita yang terdapat di dalam
karya agung ini adalah menceritakan tentang kehidupan diRaja. Terdapat penggunaan laras
bahasa istana yang banyak dalam setiap cerita di dalam karya agung ini. Penggunaan laras
bahasa istana adalah bertepatan dengan situasi penceritaan kisahnya iaitu mengenai raja-raja
Melayu.
Kebanyakkan cerita di dalam karya agung ini juga turut mengaitkan kehidupan raja-
raja Melayu pada ketika itu dengan perhubungannya dengan negara-negara Asia yang
terdapat di sekelilingnya. Salah satu negara Asia yang kerap menjadi sebutan di dalam karya
ini ialah Singapura. Singapura yang suatu ketika dahulunya dikenali sebagai Temasik adalah
diceritakan sebagai salah satu kawasan pemerintahan di bawah Kesultanan Melayu Melaka.
Berdasarkan cetera yang ketiga, mesej ataupun isi utama yang ingin di sampaikan
ialah mengenai pembinaan negeri Temasik yang baharu dijumpai oleh Sang Nila Utama
seorang anak Raja Bentan. Perjumpaan sebuah pulau cantik yang dikenali sebagai Temasik
itu bermula apabila Sang Nila Utama ingin bermain pantai di Tanjung Bemban bersama
isterinya. Di Tanjung Bemban itulah Sang Nila Utama terlihat akan pulau cantik yang
dikenalo sebagai Temasik. Terdapat beberapa peristiwa penting lagi yang akhirnya membawa
kepada pembukaan Temasik oleh Sang Nila Utama.
Di dalam ceritera yang ketiga ini, dapat dikenal pasti mengisahkan tentang anak raja.
Keadaan ini adalah bertepatan dengan mesej utama karya ini iaitu menceritakan tentang raja-
raja dan keturunannya. Penggunaan laras bahasa istana yang merupakan salah satu ciri bahasa
melayu klasik banyak digunakan di dalam cetera yang ketiga ini.
Seterusnya, berdasarkan cetera yang kelapan. Mesej utama yang ingin disampaikan
ialah mengenai kebijaksanaan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan sultan mereka.
Telah diceritakan di dalam ceritera kelapan ini bahawa terdapat seorang raja di sebuah negeri
yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap raja lain yang mempunyai bala tentera dan
kekayaan yang banyak. Raja yang dengki tersebut telah bertindak menculik raja negeri yang
kaya dengan menjadikannya sebagai seorang penyabung ayam. Kebijaksanaan Sidi Ali
Ghiyathuddin salah seorang rakyat Negeri Semudra iaitu negeri yang kaya itu akhirnya
berjaya mengembalikan sultan negeri mereka iaitu Sultan Semudra. Sifat kebijaksanaan Sidi
Ali Ghiyathuddin itulah yang menjadi mesej dan isi utama di dalam ceritera kelapan ini.
4

Mesej ini sekaligus telah menceritakan tentang kehiduapan masyarakat zaman Melayu
klasik yang menjalankan aktiviti perdagangan, menjalankan kegiatan menyabung ayam, dan
berlakunya peperangan untuk mempertahankan negeri masing-masing.
Berdasarkan beberapa contoh peristiwa yang telah diberikan, terbuktilah bahawa
karya agung Sejarah Melayu mempunyai kekuatan dari aspek pemikiran iaitu mesej dan isi
yang disampaikan.

Estetika Dan Kepengarangan
Karya seni merupakan hasil daripada proses imaginasi dan kreatif manusia dalam menggarap
keindahan bagi mengerjakan sesuatu. Ianya tidak terhad kepada hasil penulisan sahaja malah
meliputi seni bina, lukisan, muzik, bahasa dan sebagainya. Hal ini sangat bertepatan dengan
pendapat yang dikemukakan oleh Nor Azman Ab. Aziz (2013:1) yang menyatakan bahawa
estetika adalah cabang falsafah yang mengandungi pertalian dengan sifat keindahan, seni,
rasa, penciptaan dan tanggapan terhadap keindahan.
Menurut Rahman Shaari (2001:28) estetika bermaksud nilai keindahan dalam
sesebuah karya sastera. Nilai yang dimaksudkan berkaitan dengan perasaan manusia dan
subjektif sifatnya. Contohnya, mungkin pembaca pertama menganggap karya itu bernilai
estetika, namun pembaca kedua pula tidak menganggapnya sedemikian. Jadi, menurut
Rahman Shaari (2001) bagi sesebuah karya, aspek teknik dan gaya itulah yang menjadi
penentu hadirnya nilai estetika. Bahkan kehadiran isi yang bagus tidak menjamin tingginya
nilai estetika melainkan keseimbangan kesemuanya dalam karya tersebut sangat dituntut.
Konsep estetik ialah yang menilai teks sastera dengan merujuk kepada aspek
keindahan dan kekuatannya. Estetik ialah rasa keindahan, keseronokan , kegembiraan yang
merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau
penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran.
Estetika dan kepengarangan banyak digunakan di dalam karya agung ini. Nilai
estetika boleh dilihat ialah dari aspek penggunaan laras bahasa istana. Laras bahasa istana
menjadi nilai estetika ataupun nilai yang mempunyai keindahan kerana laras bahasa istana
hanya banyak digunakan pada karya zaman Melayu klasik. Pada masa kini, sudah jarang
ditemui karya yang menggunakan balas bahasa istana di dalam mana-mana bentuk penulisan.
5

Laras bahasa istana ini perlulah dipertahankan dan dijadikan sebagai sesuatu penggunaan
bahasa yang bernilai khususnya buat bangsa Melayu.
Seterusnya, ciri estetika dan pantun di dalam karya agung ini dapat dilihat melalui
penggunaan pantun. Terdapat penggunaan pantun di dalam beberapa cetera misalnya di
dalam cetera yang kesepuluhan, cetera yang keduapuluh tujuh, dan cetera yang ketigapuluh
empat. Pantun-pantun yang terdapat di dalam karya agung ini adalah pantun empat kerat.
Berikut adalah contoh pantun yang terdapat di dalam cetera yang keduapuluh tujuh :
Sana sini gigi menimang,
Hendak makan ikan dalam telaga,
Lagi lemak telur berlinang,
Sisiknya lekat pada dada.

Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan?
Burung terbang dipipiskan lada.

Selain itu, terdapat penggunaan nilai estetika dan kepengarangan yang menonjolkan nilai seni
nyanyian. Seni nyanyian dalam karya agung ini adalah memperlihatkan seni nyanyian yang
menggunakan lirik yang mempunyai iras seperti pantun Melayu. Nilai seni nyanyian boleh
dijumpai di dalam cetera yang keduapuluh lima dan cetera yang ketigapuluh tiga. Contoh
nyanyian dalam cetera yang keduapuluh lima ialah:
Raja Maluku meminjam kuda,
Kuda dipinjam kuda Maulana;
Tuanku nyawa orang muda,
Bertambah arif bijaksana.
Contoh nyanyian yang diperolehi daripada cetera yang ketigapuluh tiga pula ialah seperti
berikut :
Apa dijeruk dengan belimbing?
Geranggang mudik muara;
Apa ditengok di balik dinding?
Tun Hasan Temenggong anak Bendahara.
6

Berikutnya, terdapat aspek pengulangan kata yang digunakan dan dikenal pasti
sebagai nilai estetika di dalam karya agung Sejarah Melayu ini. Pengulangan kata yang paling
ketara dijumpai apabila pembaca membaca karya agung ini ialah pengulangan kata maka.
Pengulangan kata maka ini terdapat dalam kesemua 34 cetera di dalam Sejarah Melayu ini.
Antara contoh pengulangan kata maka ialah seperti berikut :
Maka oleh si penyadap itu dititikkannya air kanji ke
mulut budak itu, maka budak itupun membuka
matanya. Maka dilihatnya dirinya di atas perahu. Maka
oleh si penyadap budak itu dibawanya kembali ke rumahnya,
dipeliharakannya dengan sepertinya.

Berdasarkan contoh di atas, perdapat empat pengulangan kata maka di dalam satu
perenggan yang sama. Penggunaan kata maka ini adalah merupakan salah satu ciri estetika
yang menunjukkan ciri perbezaan karya sastera bahasa Melayu klasik dengan karya sastera
bahasa Melayu moden.
Selain itu, nilai estetika dan kepengarangan juga terdapat pada penggunaan ayat yang
panjang. Keindahan bahasa dapat dilihat apabila ayat yang ditulis adalah panjang. Ciri ini
juga adalah merupakan ciri yang dapat membezakan karya bahasa Melayu klasik dengan
karya bahasa Melayu moden. Contoh ayat yang panjang yang dipetik daripada cetera yang
kedua adalah seperti berikut :
Sebermula, dihikayatkan oleh orang yang empunya hikayat,
adapun negeri Palembang itu Palembang yang ada sekarang
inilah; dahulu kala negeri itu terlalu besar, dan ada raja
Palembang yang bernama Demang Lebar Daun itu, ada
beranak seorang perempuan terlalu baik parasnya, tiada
berbanding parasnya pada zaman itu, Wan Sendari namanya.
Seterusnya, di dalam karya agung Sejarah Melayu ini, terdapat banyak penggunaan
kata pangkal ayat. Kata pangkal ayat adalah kata yang terletak pada bahagian sesuatu ayat.
Contoh kata pangkal ayat ialah kata sahibul hikayat, adapun, hatta, syahdan dan sebermula.
Penggunaan kata pangkal ini juga terdapat dalam kesemua 34 cetera di dalam karya agung
Sejarah Melayu ini. Contoh ayat yang menggunakan kata pangkal ayat ini ialah :
7

Hatta, masyhurlah pada segala menteri di dalam dunia ini
bahawa anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain yang daripada
bangsa Hindustan turun ke Bukit Siguntang Mahameru, sekarang
ada di negeri Palembang.
Syahdan, takjublah segala raja-raja mendengar dia, lalu ke
benua China kedengaran khabar itu.
Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Sang Nila
Utama tinggal di Bentan beristerikan Wan Seri Beni, anak
raja Bentan itu terlalu amat berkasih-kasihan.
Adapun Sang Nila Utama dengan segala menteri, pegawai
rakyat pergi berburu; maka terlalulah banyak beroleh
perburuan.
Sebermula, terdengarlah ke Singapura peri baik paras Putri
Nila Pancadi anak raja di benua Keling itu.
Berdasarkan beberapa contoh peristiwa yang telah diberikan, terbuktilah bahawa
karya agung Sejarah Melayu mempunyai kekuatan dari aspek estetika dan pengarangan.

Nilai Budaya Dan Pandangan Hidup
Nilai budaya dan pandangan hidup ialah nilai-nilai yang terdapat dalam sesuatu masyarakat
dan nilai tersebut menjadi pegangan dalam masyarakat. Nilai budaya dan pandangan hidup
sangat mempengaruhi perilaku masyarakat dalam kehidupan sehari-hari walaupun budaya
yang diturunkan dari nenek moyang sebahagian besarnya tidak tertulis namun selalu dipatuhi
oleh masyarakat. Tylor dalam Imran Manan (1989;19) mengemukakan moral termasuk
bagian dari kebudayaan, iaitu tentang baik dan buruk, benar dan salah. Kedudukan nilai
dalam setiap kebudayaan sangatlah penting, maka pemahaman tentang sistem nilai budaya
dan orientasi nilai budaya sangat penting dalam konteks pemahaman perilaku suatu
masyarakat dan sistem pendidikan yang digunakan untuk menyampaikan sistem perilaku dan
produk budaya yang dijiwai oleh sistem nilai masyarakat yang bersangkutan.
8

Nilai budaya dan pandangan hidup juga boleh dilihat di dalam karya agung Sejarah
Melayu ini. Terdapat banyak nilai budaya masyarakat Melayu zaman klasik di dalam karya
agung ini. Salah satu nilai budaya yang dijumpai di dalam karya agung ini nilai budaya
masyarakat yang patuh dan setia kepada raja. Nilai ini dapat dilihat dalam cetera yang
keenam di mana Badang sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi permintaan Raja
Singapura.
Nilai budaya dan pandangan hidup masyarakat yang seterusnya ialah nilai
bekerjasama. Nilai bekerjasama adalah merupakan nilai murni yang masih kekal hingga
zaman bahasa Melayu moden ini. Nilai bekerjasama ini dapat dilihat seperti di dalam cetera
yang keenambelas. Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai bekerjasama ini ialah :
Maka Bendahara pun mengerahkan orang berbuat istana dan
balairong. Maka orang Ungaran berbuat istana besar, dan
orang Tungkal membuat istana kecil, dan orang Buru berbuat
sebuah istana, orang Suir berbuat sebuah istana, orang
Pancur Serapung membuat balairong, orang Buru membuat
balai pendapa, orang Merba membuat penanggahan, orang
Sawang membuat balai Jawa di sisi balairong itu, orang
Kundur membuat balai apit pintu keduanya, orang Suntai
berbuat balai kendi, orang Malai membuat permandian,
orang Upang membuat bangsal, orang Tungkal berbuat masjid,
orang Bentan berbuat pagar istana, orang Muar berbuat kota awang.
Berikutnya, nilai budaya yang terdapat di dalam karya agung Sejarah Melayu ialah
nilai berkasih sayang. Di dalam cetera yang ketiga, terdapat nilai budaya masyarakat berkasih
sayang yang ditonjolkan. Nilai berkasih sayang ini ditonjolkan melalui perwatakan Sang Nila
Utama yang berkasih sayang dengan isterinya Wan Seri Beni. Berbekalkan nilai kasih sayang
yang ada dalam diri Sang Nila Utama itulah, maka Sang Nila Utama bersungguh-sungguh
memohon kepada ibunda permaisurinya iaitu Permaisuri Iskandar Shah supaya diizankannya
membawa isterinya untuk bermain pantai di Tanjung Bemban. Sifat kasih sayang yang
ditunjukkan ini telah membuktikan bahawa terdapat nilai budaya berkasih sayang yang
menjadi pegangan dan amalan hidup masyarakat Melayu zaman klasik.
Nilai budaya yang terdapat di dalam karya agung Sejarah Melayu yang berikutnya
ialah, nilai cinta dan sayang terhadap negara. Di dalam cetera yang ketigapuluh empat,
9

terdapat peristiwa penting di mana rakyat Melaka bersatu hati dalam memerangi orang
Portugis yang datang menyerang Melaka. Pelbagai cara telah dilakukan oleh rakyat Melaka
dalam usaha untuk memerangai Portugis dan membebaskan Melaka daripada penjajah yang
datang. Salah satu cara yang digunakan ialah dengan membaca Hikayat Muhammad
Hanafiah. Hikayat Muhammad Hanafiah dikatakan adalah merupakan sebuah hikayat tentang
perang. Rakyat Melaka berpendapat jika mereka membaca hikayat tersebut, mereka akan
mendapat faedah. Berikut adalah contoh peristiwa yang menunjukkan rakyat Melaka
membaca Hikayat Muhammad Hanafiah.
Maka kata Tun Muhammad Unta, Benar, kata tuan-tuan
itu, baiklah Tun Indera Segara pergi memohonkan Hikayat
Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat
patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana
Feringgi akan melanggar esok hari.
Berdasarkan ciri-ciri dan peristiwa yang telah dinyatakan, terbukti bahawa terdapat
beberapa nilai budaya yang ditonjolkan di dalam karya agung Sejarah Melayu ini.












10

Penutup
Tugasan ini telah memperjelaskan tentang dua tunjang utama persoalan yang digariskan.
Pertamanya adalah mengenai kekuatan karya agung. Karya agung yang dipilih iaitu Sejarah
Melayu yang diusahakan oleh G.W. Shellabear adalah merupakan sebuah karya agung yang
memiliki nilai-nilai dan ciri-ciri penulisan sastera pada zaman bahasa Melayu klasik.
Berdasarkan aspek kekuatan karya agung, terdapat tiga ciri utama yang dibincang dan
diperincikan iaitu mengenai pemikiran iaitu mesej dan isi yang disampaikan, estetika dan
kepengarangan, serta nilai budaya dan pandangan hidup. Pemikiran adalah merupakan proses
berfikir pembaca di mana pembaca dapat mengenal pasti mesej dan isi utama yang ingin
disampaikan oleh penulis bagi setiap cetera yang terdapat di dalam karya agung ini.
Estetika dan kepengarangan pula ialah ciri-ciri keindahan bahasa ataupun gaya bahasa
yang terdapat di dalam karya yang mana dapat mempengaruhi dan memberikan impak yang
menyentuh emosi pembaca. Terdapat beberapa nilai estetika di dalam karya agung ini yang
telah dikaji seperti penggunaan pantun dan nyanyian.
Berikutnya, ciri nilai budaya dan pandangan hidup. Nilai budaya dan pandangan
hidup ini adalah membawa maksud nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu pada zaman bahasa Melayu klasik yang mana diterapkan di dalam karya agung ini.
Salah satu ciri budaya yang diterapkan di dalam karya ini nilai bekerjasama.
Seterusnya, tugasan kedua telah memperjelaskan mengenai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilakukan di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran murid adalah
dirancang berdasarkan karya agung Sejarah Melayu. Terdapat beberapa aktiviti yang telah
dirancang agar bersesuaian dengan minat dan fokus murid. Aktiviti yang dirancang sudah
semestinya akan membuatkan murid berasa seronok terhadap pembelajaran yang telah
dirancang.
Kesimpulannya, adalah diharapkan bahawa kesemu aspek yang telah dibincangkan di
dalam tugasan ini akan dapat membantu para guru dalam memahami mengenai penggunaan
bahasa Melayu pada zaman bahasa Melayu klasik. Guru juga diharap dapat meningkatkan
kemahiran dalam membina sebuah aktiviti pengajaran yang lebih menarik lagi pada masa
akan datang.

11

Rujukan
Asmah Hj. Omar. (1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. K. Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hanapi Dollah dan Lokman Mohd Zan (ed.) (1995). Kebudayaan Melayu di Ambang Abad
Baru. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hashim Awang AR. et. al. (ed.) (1998). Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu
Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ismail Hussein et. al. (ed.) (1989). Tamadun Melayu Jilid Satu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein et. al. (ed.) 1989). Tamadun Melayu Jilid Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ismail Hussein et. al (ed.) (1995). Tamadun Melayu Jilid Tiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein et. al. (ed.) (1995). Tamadun Melayu Jilid Empat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein et. al. (ed.) (1995). Tamadun Melayu Jilid Lima. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nariati A. Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu. Tanjung Malim: UPSI.
Norazit Selat et. al. (ed.). Masyarakat Melayu antara Tradisi dan Moden. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Shahnon Ahmad (1993). Sastera sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
T. Thyrhaya Zein. (ed). (2005). Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Untaian Karya. Medan:
USU Press.