Pintar Cerdas
Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai
sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs
berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya.
Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang
dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran
persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang
pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford- Binet Test” telah memberikan
definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan
penaakulan dengan baik.
Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir
secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang
diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam
S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu: