(KONSTRUKTIVISME)
MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4
BAB 5 (INDEKS DAN LOGARITMA)
KELAS
4 RANCANGAN KHAS
(SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MAHKOTA)
NAMA GURU
NURUL ATIYAH BINTI RIPIN
NO MATRIK
D20111048011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (BERPUSATKAN PELAJAR)
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi 10.20 pagi (80 minit)
Tarikh : 2 Mei 2013
Tingkatan : Tingkatan 4
Jumlah Pelajar : 30 orang
Matapelajaran : Matematik Tambahan
Topik Pembelajaran : Indeks Dan Logaritma
Subtopik Pembelajaran : 5.2 Logaritma dan Hukum Logaritma
5.2.1 Mengungkapkan persamaan dalam bentuk indeks kepada bentuk logaritma dan sebaliknya.
5.2.2 Mencari logaritma sesuatu nombor.
Objektif : Murid akan diajar untuk:
Mengungkapkan persamaan dalam bentuk indeks kepada bentuk logaritma dan sebaliknya.
Mentakrifkan ciri-ciri hukum logaritma.
Mencari logaritma sesuatu nombor.
Hasil Pembelajaran : Di akhir tajuk ini, murid akan dapat:
Mengetahui aplikasi logaritma dalam kehidupan seharian.
Menggunakan kalkulator saintifik untuk mencari logaritma.
Mengungkapkan persamaan dalam bentuk indeks kepada bentuk logaritma dan sebaliknya.
Mentakrifkan ciri-ciri hukum logaritma.
Mencari logaritma sesuatu nombor.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah menguasai topik indeks yang merupakan bidang pembelajaran matematik tingkatan 3 dan
subtopik 5.1 (Indeks dan Hukum Indeks)
Strategi Pengajaran : Menggunakan contoh harian bagi mengaitkan konsep logaritma.
Menyusun kad mengikut susunan warna dan mencari nilai pada kad kuning.
Melengkapkan jadual yang diberi dengan mencari nilai I.
Kaedah Pengajaran : Penerangan, soal jawab, perbincangan, kaedah Nemonik dan pendekatan inkuiri induktif dan demonstrasi.
Bahan Bantu Mengajar : Kalkulator saintifik, marker pen, papan putih, buku teks, powerpoint,video,gambar, komputer riba
dan projector , kad nombor, kad manila warna biru, kuning,ungu dan putih, kertas A4.
KBKK : Menjana idea, menganalisis soalan, membuat refleksi.
Penerapan Nilai : Kerjasama, keyakinan, ketelitian, kreativiti dan menumpukan perhatian.
Langkah/Masa Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Penerapan Nilai/ KBKK/
Strategi/ Kaedah/ BBM
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Langkah 1:
Set Induksi
(4 minit)
Mengaitkan contoh
fenomena dan
aplikasi dalam
kehidupan seharian
untuk
memperkenalkan
konsep logaritma.
Guru menunjukkan video animasi
fenomena Tsunami kepada murid.
(slaid 3)
Guru memberitahu murid mengenai
kejadian Tsunami di Indonesia yang
berlaku akibat daripada gempa bumi
yang berukuran 9.0 skala Richter
telah terjadi di bawah lautan Hindi
berhampiran dengan Sumatera.
Guru bertanya kepada murid apakah
alat yang digunakan untuk
mengukur kekuatan gempa bumi
yang berukuran 9.0 skala Richter ini.
Guru menunjukkan gambar alat
tersebut dan mengaitkan alat dengan
aplikasi logaritma yang merupakan
pembelajaran pada hari ini. (slaid 4)
Murid melihat dan
menganalisis video.
Murid memberi perhatian
terhadap penerangan guru.
Murid memberi respons
terhadap persoalan guru.
Murid memberi tumpuan
dan respons terhadap
penerangan guru.
BBM:
Powerpoint,video,gambar,
komputer riba dan
projector.
Kaedah:
Soal jawab dan
penerangan.
Strategi:
Menggunakan contoh
harian bagi mengaitkan
konsep logaritma.
KBKK:
Menjana idea dan
membuat analisis.
Penerapan Nilai:
Menumpukan perhatian.
Langkah 2:
Perkembangan
Pengajaran 1
(25 minit)
Mengungkapkan
persamaan dalam
bentuk indeks
kepada bentuk
logaritma dan
sebaliknya.
Guru meminta pelajar membentuk
satu kumpulan 5 orang.
Guru menunjukkan demonstrasi
mencari nilai logaritma
menggunakan software kalkulator
saintifik.
Guru meminta wakil setiap
kumpulan datang ke hadapan
mengambil lapan kad biru dan lapan
kad ungu yang berlabel nombor dan
lapan kad kuning tanpa label.
(Lampiran 1)
Sebelum memulakan aktiviti guru
menerangkan maksud warna kad
berdasarkan konsep indeks yang
telah dipelajari. (slaid 5)
Guru menunjukkan soalan dan
Murid duduk mengikut
kumpulan.
Murid memberi perhatian
terhadap demonstrasi
yang ditunjukkan dan
bersama-sama
melakukannya.
Wakil daripada setiap
kumpulan mengambil kad
di hadapan kelas.
Murid memberi perhatian
terhadap penerangan guru.
Murid membaca soalan
BBM:
Software kalkulator
saintifik., kad manila
warna biru, kuning,ungu
dan putih, marker pen,
powerpoint papan putih, ,
komputer riba,kertas A4
dan projector
Kaedah:
Soal jawab, perbincangan,
penerangan, praktikal,
kaedah Nemonik dan
pendekatan inkuiri
induktif.
Strategi:
Menyusun kad mengikut
membimbing murid menyusun kad
berdasarkan warna kad tersebut.
(slaid 6,7,8 dan 9)
Guru meminta murid mencari nilai
pada kad kuning menggunakan
kalkulator saintifik dan menulis
jawapan pada kad tersebut.
Guru meminta wakil kumpulan
membandingkan jawapan mereka
dengan kumpulan lain dan guru
memberi bimbingan kepada murid.
Guru bertanya kepada murid soalan
seperti berikut:
Adakah nilai pada kad kuning
mempunyai persamaan antara
aktiviti 1(soalan 1-4) dan 2(soalan
5-8).
Apakah hubungan yang terdapat
antara hukum indeks dan
logaritma berdasarkan susunan
warna kad?
dan menyusun kad sambil
dibimbing oleh guru.
Murid berbincang
bersama ahli kumpulan
untuk menyelesaikan
soalan.
Wakil kumpulan
berkumpul dan
membandingkan jawapan
mereka.
Murid berbincang
bersama ahli kumpulan
untuk memberi respons.
susunan warna dan
mencari nilai pada kad
kuning.
KBKK:
Menjana idea dan
menganalisis soalan.
Penerapan Nilai:
Menumpukan perhatian,
kreativiti dan kerjasama.
Guru menyemak dapatan murid dan
memberi bimbingan kepada murid.
Guru memberitahu murid hasil
dapatan mereka membentuk hukum
logaritma dan menggunakan cara
akronim untuk menghafal hukum
logaritma.(slaid 10)
Murid menyemak
jawapan bersama-sama
guru dan murid bertanya
kepada guru terhadap
perkara yang tidak
difahami.
Murid mendengar
penerangan daripada guru
dan menghafal hukum
logaritma.
Langkah 3:
Perkembangan
Pengajaran 2
(30 minit)
Menunjukkan
takrifan bagi hukum
logaritma.
Guru meminta pelajar menyalin dan
melengkapkan jadual 1 dan jadual 2
pada kertas A4 dengan mencari nilai
I (slaid 11 dan 12).
Guru meminta murid menyemak
jawapan seperti yang ditunjukkan.
(slaid 13)
Guru bertanya kepada murid
beberapa soalan berdasarkan jadual.
Jadual 1:
Murid berbincang
bersama ahli kumpulan
untuk melengkapkan
jadual.
Murid menyemak
jawapan mereka bersama-
sama.
Murid berbincang
bersama ahli kumpulan
untuk menjawab soalan
BBM:
Kalkulator sainstifik, kad
manila warna biru,
kuning,ungu dan putih,
marker pen,papan putih, ,
komputer riba,kertas A4
pensil, pemadam dan
projector
Kaedah:
Apakah nilai I apabila nilai A
adalah bernombor negatif, 0 dan
1?
Apakah nilai I apabila nilai A dan
N adalah sama?
Jadual 2:
Apakah nilai I apabila nilai N
adalah bernombor negatif dan 0?
Apakah nilai I apabila nilai N
adalah 1?
Guru meminta murid membuat
kesimpulan berdasarkan jawapan
mereka dan membentangkannya di
hadapan dan murid kumpulan lain
diminta memberi pandangan.
Guru memberitahu murid hasil
dapatan mereka membentuk takrifan
bagi hukum logaritma.(slaid 14)
tersebut dan memberi
respons.
Murid bergerak ke
hadapan membentangkan
dapatan mereka dan
murid kumpulan lain
memberikan pandangan
mereka.
Murid mendengar
penerangan guru.
Soal jawab,
pembentangan,
perbincangan, penerangan
dan pendekatan inkuiri
deduktif.
Strategi:
Melengkapkan jadual yang
diberi dengan mencari
nilai I.
KBKK:
Menjana idea dan
menganalisis soalan.
Penerapan Nilai:
Menumpukan perhatian,
dan kerjasama.
Langkah 4:
Penilaian
(18 minit)
Pengukuhan
konsep
Guru memberi kad nombor 1-10
kepada setiap kumpulan yang
mewakili soalan 1-10 yang perlu
dijawab oleh pemegang kad nombor.
Guru menyebut nombor kad dan
meminta murid dengan nombor kad
tersebut bergerak ke hadapan.
Guru menunjukkan soalan pada slaid
dan murid diminta menyelesaikan
soalan yang diberikan. (slaid 15 dan
16)
Guru menyemak jawapan dan
membuat pemarkahan berdasarkan
masa yang diambil untuk
menyelesaikan soalan. (Lampiran 2)
Guru menamatkan pertandingan dan
mengumumkan pemenang.
Murid menerima dua kad
nombor setiap orang
mengikut kumpulan.
Murid bergerak ke
hadapan.
Murid membaca soalan
dan menyelesaikan
soalan di papan putih.
Murid menerima markah
daripada guru.
Murid memberi tepukan
kepada pemenang.
BBM :
Kad nombor, marker pen,
powerpoint,projector,
komputer riba.
Kaedah :
Soal jawab dan pengajaran
koperatif.
Strategi :-
KBKK :
Menjana idea dan
menganalisis soalan
Penerapan nilai:
Kerjasama dan kreativiti.
Langkah 5:
Penutup
(3 minit)
Rumusan Guru bertanya kepada murid tentang
pembelajaran hari ini.
Pelajar membuat refleksi
tentang pembelajaran
hari ini dan berbincang
tentang kefahaman
BBM :
Buku teks matematik
tambahan tingkatan 4.
Refleksi:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru mengarahkan pelajar untuk
membuat soalan dalam buku teks.
(Latihan 5.2.1 dan 5.2.2 m/s 76 dan
77 buku teks matematik tambahan
tingkatan 4)
mereka.
Pelajar menandakan
soalan yang perlu dibuat.
Kaedah :
Perbincangan
Soal jawab
Strategi :-
KBKK :
Membuat refleksi dan
rumusan
Penerapan nilai :
Menumpukan perhatian
LAMPIRAN 1
100 216 343 512
100 216 343 512
10 6 7 8
10 6 7 8
log log log log
LAMPIRAN 2
PEMARKAHAN KUMPULAN
KUMPU
LAN
WAKIL 1 WAKIL 2 WAKIL 3 WAKIL 4 WAKIL 5 JUMLAH
MATA
MASA MATA MASA MATA MASA MATA MASA MATA MASA MATA
1
2
3
4
5
6
*TEMPAT PERTAMA (8 MATA) *TEMPAT KEDUA (5 MATA) *TEMPAT KETIGA (3 MATA) *TEMPAT KEEMPAT (1 MATA)