Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Bahasa Arab

Kewajipan bahasa arab


Firman Allah SWT, Sesungguhnya KAMI turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa
arab agar kamu semua berfikir. (Surah Yusuf: ayat 2).
Ahl Sunnah menganggap bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa di dunia. Terdapat hadith
berbunyi, Mencintai arab adalah iman, membenci arab adalah nifaq. (Dalam Sahih Muslim
dengan lafaz Hubb al-Ansar min al-iman, Kitab al-Iman, hadith 74). Orang yang tidak
mencintai arab, tidak mengiktiraf kelebihan arab adalah ahli bid`ah.
Dari Ibn Umar ra, RAsulullah saw bersabda, Sesiapa yang mencintai bangsa arab , maka
dengan sebab mencintai akulah ia mencintai mereka. Sesiapa membenci arab maka
disebabkan ia membenciku. (Iqtida al-Sirat al-Mustaqim Fi Mukhalafah Ashab al-Jahim, al-
Harrani, 1999, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, ms 150.
Al-Hafiz Abu Isa al-Tirmidhi mengisnadkan dari Salman al-Farisi, Rasulullah saw bersabda,
Wahai Salman, janganlah kamu membenciku nanti kamu meninggalkan agamamu. Salman
bertanya, Bagaimana saya membencimu wahai Rasulullah, sedangkan dengan sebab tuanlah
saya diberi hidayah oleh Allah? Rasul berkata, Sekiranya engkau membenci arab nescaya
engkau membenciku. Al-Tirmidhi, al-Manaqib, hadith 3927.; Al-Imam Ahmad, al-Musnad,
hadith 23219.
Berkata para ulama huffaz hadith, membenci bangsa arab dan memusuhi mereka adalah
kufur atau membawa kepada kufur. Jelas bahawa mereka (arab) lebih utmaa dari selain
mereka dan mencintai mereka sebab kekuatan iman.
Al-Hafiz Abu Tahir al-Silafi dalam Fadl al-Arab dari Jabir ibn Abdillah, Rasulullah saw
bersabda, Mencintai Abu Bakr dan Umar termasuk iman, membenciku keduanya adalah
kufr. Mencintai arab adalah iman, membenci arab adalah nifaq.
Al-Hafiz al-Silafi dengan sanadnya mengisnadkan dari Abu Hurairah, RAsulullah saw
bersabda, Sesiapa bercakap dalam bahasa Arab, maka dia adalah Arab.
Al-Silafi dengan sanadnya, mentakhrij, bahawa Suhayb al-Rumi, Bilal al-Habashi dan Salman
al-Farisi dikutuk oleh seorang lelaki kerana membantu perjuangan Nabi saw sedangkan
mereka bukan bangsa Arab. Lalu berkhutbah baginda saw dengan bersabda, Sesungguhnya
arab itu bukan dari ibu dan bapa arab, tetapi ia adalah bahasa. Sesiapa bercakap dalam bahasa
Arab maka dia adalah Arab!.
Dari Ali, Rasulullah saw bersabda, Cintailah bahasa arab kerana 3 perkara, kerana saya
adalah arab, bahasa al-Quran adalah arab dan bahasa ahli syurga adalah arab. Berkata al-
Hafiz al-Silafi, isnad hadith ini hasan.
Al-Silafi mengisnadkan dari al-Imam al-Shafi`ei bahawa beliau berkata menjadi wajib
mempelajari bahasa arab bagi yang mampu. Ia lebih patut dicintai dari selainnya. Menjadi
kewajipan bertutur dalam bahasa Arab walaupun tidak haram berturut dalam bahasa ajam.
(Shaykh Muhammad Rashid Ridha, al-Wahyu al-Muhamadi)
Pengaruh bahasa.
Bahasa adalah syiar agama. Makruh membiasakan bertutur dengan selain bahasa arab. Bahasa
arab adalah syiar islam dan umat islam. Bahasa adalah termasuk sebesar-besar syiar umat
yang membezakannya dengan umat lain. Kerana itulah, ramai ulama mujtahid menganggap
makruh berdoa doa dan zikir dengan bahasa selain arab.
Bahasa mempengaruhi agama, pemikiran, akhlak, sifat perangai dan adab. Ia mempengaruhi
cara berfikir. Membiasakan bahasa arab adalah tashabbuh dengan salaf. Tasahhbuh dengan
mereka menambah akal, agama dan akhlak.
Hukum mempelajari bahasa arab.
Memahami al-Quran dan al-Sunnah adalah wajib. Bahasa arab itu sendiri adalah agama. Oleh
itu, wajib mempelajari bahasa arab kerana bahasa al-Quran dan Hadith adalah bahasa arab.
Tidak sempurna yang wajib melainkan dengan sesuatu maka sesuatu itu adalah wajib.
Bertutur dalam bahasa arab adalah tashabbuh (menyamai) akhlak Nabi saw, golongan sahabat
sabiqun awwalun dan tabi`in. Tashabbuh dengan ajam kuffar adalah makruh.
Berkata Umar ibn al-Khattab, Tidak belajar bahasa ajam melainkan khabb, dan kurang
maruahnya. Pelajarilah bahasa arab kerana ia termasuk agama, pelajari syariat faraid kerana ia
termasuk agama.
Dengan itu difahami bahawa mempelajari arab dan bertutur arab adalah ibadah dan sunnah.
Bertutur dengan selain bahasa arab adalah nifaq.
Al-Hafiz Al-Silafi dari Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda, Sesiapa yang pandai bercakap
bahasa arab, maka janganlah ia bercakap dengan bahasa ajam. Sesungguhnya ia mewariskan
nifaq.
Umar r.a. mengutuskan arahan kepada Abu Musa al-Ash`ari, Amma ba`d, dalamilah
(pelajarilah) sunnah dan dalamilah bahasa arab dan i`rablah al-Quran. Sesungguhnya ia
adalah bahasa arab.
Negara Syam, Mesr, Iraq , maghribi, dan Khurasan asalnya bahasa ajam kemudian berjaya
diarabkan.
Cara terbaik menghidupkan syiar bahasa arab ialah membiasakan anak-anak bertutur bahasa
arab di rumah dan sekolah. Dengan itu mudah memahami al-Quran , hadith dan kalam salaf.
Jika sebaliknya iaitu telah membiasakan bahasa ajam maka ia adalah sukar.
WASSALAAM