Anda di halaman 1dari 4

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA.

TAJUK SATU
ILMU KETAMADUNAN

A. SOALAN STRUKTUR

1. NYATAKAN PERISTILAHAN TAMADUN MENGIKUT BAHASA.

1.1 Bahasa Melayu : kebudayaan, peradaban, kemajuan, tatasusila, pembangunan
1.2 Bahasa Inggeris : cicilisation, culture, renaissance, urbanization
1.3 Bahasa Arab : umran, hadharah, madinah, madaniyah, tamadun

2. Sebutkan EMPAT faktor kemunculan tamadun dunia.

2.1 : kedudukan yang strategic.
2.2 : Rangsangan keagamaan dan kerohanian
2.3 : Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji
2.4 : Kesengsaraan hidup
2.5 : Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain
2.6 : Perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan meraka
2.7 : Politik yang kukuh (faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah
tamadun)

3. Nyatakan EMPAT faktor kejatuhan tamadun dunia.

3.1 wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan
golongan miskin
3.2 berleluasanya penindasan dan kezaliman
3.3 wujud sikap tertutup
3.4 berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara
besar-besaran
3.5 keruntuhan akhlak




4. Sebutkan TIGA factor interaksi antara tamadun.

4.1 Kepimpinan
4.2 Peranan golongan agama
4.3 Geografi
4.4 Perkahwinan
4.5 Perdagangan
4.6 Misi politik



5. Berikan TIGA sebab penghalang interaksi antara tamadun.

5.1 Daerah/ Geografi yang terhalang
5.2 Semangat nasionalisme yang sempit (unilateral)
5.3 Kaum migran dan bukan migran ( tiada toleransi)
5.4 Bahasa (Kebangsaan, antarabangsa dan etnik)
5.5 Kepercayaan (Islam dan bukan Islam)

6. Sebutkan persamaan antara tamadun dalam perkara-perkara berikut.

6.1 Alam Sekitar : Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu
prinsip yang diterima oleh semua agama. Alam Sekitar ialah anugerah Tuhan;
manusia dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai
pentadbir alam sekitar.

6.2 Keluarga : Keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun
tradisional. Wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan
perempuan; amalan ini menjadi warisan turun-temurun.
6.3 Kerajaan : Menekankan persoalan akhlak dan moral sebagai dasar sesebuah
kerajaan. Sifat raja dil dan saksama merupakan tema utama tamadun-tamadun.
B. SOALAN ESEI

Jawab DUA sahaja dari soalan-soalan berikut.
1. Huraikan secara ringkas hubungan tamadun dengan bangsa.

JAWAPAN:
- Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara meskipun terdapat
beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa, seperti tamadun
China dan tamadun India. Lazimnya, sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang rapat
dengan sejjararh, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya, sifat
tamadun merentasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan
kebangsaan.
- Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa.
Contohnya, tamadun Barat yang mengandungi pelbagai bangsa, seperti Inggeris, Jerman,
Perancis, Itali dan lain-lain.
- Tamadun Islam juga mengandungi pelbagai bangsa yang turut menyumbang
kegemilangannya, seperti bangsa Arab, Barbar, Turki, Moghul, India, Melayu, China dan
lainnya.

2. Huraikan kesan positif pertembungan antara tamadun. Beri TIGA contoh sahaja.
JAWAPAN:


- Mendapat perlindungan, keamanan dan kestabilan. Contohnya, tamadun Islam dengan
Yahudi Arab dalam Perlembagaan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW,
Empayar Umaiyah dan Abbasiyah memberi perlindungan, keamanan dan kemakmuran
kepada semua rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
- Interaksi antara tamadun India dengan China telah memungkinkan penyebaran agama
Buddha seni mempertahankan diri, teknologi pengeluaran gula daripada tebu,
astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara China. Sebaliknya,
pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas daripada
tamadun China dipelajari oleh tamadun India.
- Sementara itu, interaksi antara pedagang Arab-Parsi dengan negara China telah
mengembangkan perdagangan dan ekonomi. Lebih daripada itu, ramai pedagang Arab
telah menetap di negara China dan berkahwin dengan wanita tempatan. Pada zaman
pemerintahan Dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh
pemimpin Islam dalam pemerintahan Negara China. Ini telah memungkinkan
penyebaran Islam dengan lebih meluas dan kewujudan komuniti Islam di negara China.
- Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu telah melibatkan kemajuan
dalam teknologi dan kebendaan, tetapi tidak mengubah pemikiran beragama. Barangan
dan perdagangan, seperti gula, sutera, tembikar dan logam datangnya dari tamadun
China. Hubungan diplomatic negara China dengan Melayu juga semakin berkembang,
khususnya pada zaman Dinasti Yuan dan Ming serta Kesultanan Melayu Melaka.
3. Huraikan kesan negatif pertembungan (interaksi) antara tamadun. Beri TIGA contoh sahaja.
[5 markah]
JAWAPAN:
- Penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada
abad ke-9, ke-18 dan Perang dunia Kedua. Ini disebabkan oleh faktor agama, falsafah,
ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
- Pada zaman Pertengahan di Eropah, telah berlaku Perang Salib antara orang Islam
dengan penganut agama Kristian kerana tindakan agresif pemimpin Kristian dan faktor
lain termasuk politik, ekonomi dan sosial.
- Begitu juga dengan kes di India, yang mana penganut Islam dan Hindu sering berperang,
tegang serta saling berbunuhan.
- Hubungan antara tamadun India dengan tamadun China juga bermasalah, yang mana
pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di negara China, ia mendapat
tentangan hebat daripada penganut Confucius, Para sami Buddha telah ditangkap,
dipenjarakan dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan.

Anda mungkin juga menyukai