Anda di halaman 1dari 2

Berikut ini diberikan beberapa panduan dan dalil dari Al-Quran dan

Hadis Rasulullah s.a.w. dalam mencari rezeki dan mendapatkan


keberkatan dan kekayaan. Dekatkan diri anda dengan Islam kerana
Allah akan memberi beberapa kelebihan baik di dunia mahupun di
Akhirat.

Allah Memberi Kekayaan Jika Takut Kepada Neraka
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: Wahai manusia, sekiranya engkau takut
kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi
kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan. Hadis Qudsi, Imam al-
Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Allah Memberi Kekayaan Jika Seseorang Memohon PadaNya.
Dari Ibnu Masud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: Sesiapa yang jatuh miskin,
kemudian dia minta bantuan kepada orang lain, pasti orang itu tidak dapat menghilangkan
kemiskinannya. Tetapi, jika dia menujukan permohonannya hanya kepada Allah, pasti Allah
akan mencukupinya dengan usia yang singkat atau dengan memberinya kekayaan segera. H.R.
Abu Daud

Orang yang Mencari Harta Dunia Secara Halal
Sesungguhnya Allah s.w.t. amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki
dengan titik peluh sendiri. Dengan cara ini seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan
tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih
baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain. Rezeki yang diambil
daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan
kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan
jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan
berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran
tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya
berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. H.R. At-Tabrani

Curahkan Waktu Untuk Beribadat Kepada Allah
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: Wahai manusia, curahkanlah waktumu untuk
beribadat kepada-Ku, akan Kupenuhi hatimu dengan kekayaan, Aku beri keberkatan pada
rezekimu dan Aku semayamkan rasa tenteram dalam dirimu. Jangan lalai daripada mengingat-
Ku; jika engkau leka dan lalai, maka Aku akan penuhi hatimu dengan kefakiran, jasadmu
sentiasa merasa letih dan penat dan dadamu berdukacita. Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali,
Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Allah Pasti Memberi Rezeki dan Kekayaan yang Melimpah Ruah
Firman Allah Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan
kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah. Surah Jin: 16

Bersifat Qanaahlah (Mencukupi), Engkau Akan Kaya
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: Wahai sekalian manusia, bersifat qanaahlah,
engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan
haram supaya agamamu menjadi bersih. Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan
Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Pemberian Allah Kepada Kita Adalah Menurut Sebanyak Mana yang Kita
Beri Kepada Orang Miskin
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak
akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri
untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu.
Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan
kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut
menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.

Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan
harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan
bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya,
dan menjanjikan balasannya. Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq:
Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Redo Dengan Apa yang Ditetapkan Allah
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: Sesiapa yang redo akan bahagian yang telah
Ku-tetapkan baginya, maka aku beri keberkatan pada harta dan rezekinya; dunialah yang
datang mengerjakannya, meski pun ia tidaki menghendakinya. Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali,
Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
http://frekuensikaya.com