Anda di halaman 1dari 38

KOD : KPKS/ASAS

NOTA
KURSUS PENGURUSAN DAN
KEPEMIMPINAN SEKOLAH

KOMPONEN ASAS
TAJUK:
PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN

AZMAN BIN ADNAN


650705-01-6139
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur

KULIAH :
PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN

Oleh:
HJ. ABAS BIN AWANG

1. Pengenalan

Pengetua berkesan ialah pengetua yang ada wawasan dan ada halatuju yang jelas.
Pengetua yang didorong oleh faktor dari dalam dirinya dan bukan semata-mata
dorongan oleh faktor luaran. Antara faktor-faktor dalaman yang mendorong untuk
bertindak, dedikasi dan bersungguh-sungguh ialah:

i. Menyedari kerja sebagai ibadat

ii. Faham tugasnya sebagai khalifah dan amanah

iii. Faham globalisasi dan implikasi ke atas politik ekonomi dan sosial

iv. Memahami kegawatan sosial, akidah, ekonomi negara dan abad ke-21

v. Menginsafi keadaan golongan belia kini, perkembangan IPTA dan IPTS

vi. Faham punca semua masalah adalah akibat oleh manusia itu sendiri

2. Teori-Teori Pengurusan Sekolah Berkesan


2.1 Mortimore, 1988 merumuskan sekolah berkesan seperti berikut:

i. Professional leadership
ii. Tegas dan bertujuan
iii. Berkongsi VISI dan matlamat
iv. A learning environment
v. Penumpuan kepada P & P
vi. Pengajaran bertujuan
vii. Harapan tinggi
viii. Pengukuhan positif
ix. Pemantauan
x. Hak dan tanggungjawab rumah dan sekolah
xi. Sekolah adalah sebagai organisasi pembelajaran

2.2 Ron Edmonds, 1979

i. Pengetua ialah pemimpin kurikulum


ii. Penumpuan terhadap pencapaian akademik
iii. Mempunyai harapan tinggi pada murid
iv. Sistem penilaian pencapaian murid
v. Iklim P&P dan bilik darjah yang teratur
2.3 Rumusan dari Institut Aminuddin Baki mengenai sekolah berkesan

i. Kepimpinan organisasi yang berwawasan


ii. Perancangan yang strategik
iii. Kepimpinan pengajaran yang berkesan
iv. Aktiviti/program berpusatkan pelajar
v. Kestabilan staf
vi. Pembangunan/perkembangan staf berterusan
vii. Sokongan dan penglibatan ibu bapa dan komunikasi
viii. Pengiktirafan yang berterusan
ix. Iklim sekolah yang positif dan kondusif
x. Jaringan kolaboratif antara sekolah dengan agensi luar
xi. Penilaian produktiviti sekolah yang berkualiti

2.4 Menurut Ubben & Hughes (1987) mengenai pengetua berkesan ialah pengetua
sekolah perlu

i. Menyediakan matlamat yang jelas dan praktikal


ii. Menyediakan perancangan secara kolaboratif dengan staf
iii. Membuat perhubungan kesejawatan
iv. Memudahcarakan inovasi pengajaran
v. Menggalakkan staf melibatkan diri dalam program yang disediakan
vi. Memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan pemelajaran
vii. Menyediakan maklumat dan latihan
viii. Mewujudkan keadaan yang tenteram dan berdisiplin
ix. Memberangsangkan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan staf dan
pelajar
x. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah
xi. Memanfaatkan resos secara maksimum

3. Wawasan dan Halatuju

Di atas kesedaran itu, pengetua dapat melihat fungsi sekolah keseluruhannya secara
sistemik dan merancang setiap aspek sekolah secara bersepadu. Area yang
dikenalpasti untuk digerakkan di sekolah ialah dalam 9 aspek iaitu:

a. Pengurusan Perjawatan dan Kewangan


b. Pengurusan Kurikulum
c. Pengurusan Kokurikulum
d. Pengurusan Asrama
e. Nilai-Nilai Murni
f. Disiplin & Sahsiah Pelajar
g. Pengurusan Guru
h. Persekitaran yang ceria dan kondusif
i. Hubungan luar dengan PIBG dan komuniti

Setiap satu aspek dirancang berdasarkan fokus, sistem pemantauan dan kenal pasti
isu-isu yang mungkin timbul akibat kecuaian dalam pengurusan.

(a)

PENGURUSAN
PERJAWATAN & KEWANGAN

(i) (b)

HUBUNGAN PENGURUSAN
LUAR KURIKULUM

(h) PERANCANGAN (c)


PERSEKITARAN PENGURUSAN PENGURUSAN
& KECERIAAN SEKOLAH KOKURIKULU
M
BERKESAN OLEH
PENGETUA BERKESAN
(h) (d)
PENGURUSAN PENGURUSAN
GURU ASRAMA

(f) (e)
DISIPLIN & NILAI-
SAHSIAH NILAI
PELAJAR MURNI

a. Pengurusan Perjawatan dan Kewangan


Fokus
i. Pengurusan Perjawatan
ii. Pengurusan Kewangan
iii. Sistem Fail Kemaskini
iv. Urusan Cuti Kakitangan
v. Kedatangan Murid dan Guru
vi. Gaji

Pemantauan
Mesyuarat ‘morning prayer’ 1 kali 1 minggu

Isu-isu selalu jadi masalah


i. Kewangan: tidak bank/lewat bank
tiada dokumen sokongan
resit, buku tunai tidak tutup
ii. Gaji - lewat
iii. Perlantikan
iv. Pengesahan jawatan
v. Masuk skim pencen
vi. Lanjut tempoh percubaan
b. Pengurusan Kurikulum

Fokus
i. Penetapan matlamat dalam peperiksaan
ii. Bedah siasat sukatan pelajaran
iii. Mesyuarat AJK Kurikulum
iv. Mesyuarat Panitia & Aktiviti
v. Peta Minda
vi. P&P
vii. Kelas ICU
viii. Kelas pengkayaan
ix. Jadual waktu
x. Penempatan guru strategik
xi. Mento-mente
xii. Jadual anjal
xiii. Hadiah untuk pelajar prestasi cemerlang mengikut individu atau
kumpulan selepas ujian setara dan peperiksaan

Pemantauan
Mesyuarat AJK Kurikulum. Tiap-tiap bulan untuk memantau aktiviti panitia,
prestasi pelajar dan prestasi guru

Isu-isu
i. Guru tidak mahir
ii. Guru tidak masuk kelas dan lewat
iii. Guru tidak periksa buku murid
iv. Sukatan lewat habis
v. Penempatan guru tidak tepat
vi. Mento-mente tidak berjalan
vii. Ujian tidak terancang
viii. Panitia tidak berfungsi
ix. Kerja sepasukan
x. Tiada pengiktirafan kepada pelajar cemerlang, guru dedikasi dan
panitia cemerlang

c. Pengurusan Kokurikulum

Fokus
i. Pembinaan sahsiah
ii. Melahirkan pemimpin masa depan
iii. Ahli sukan
iv. Mempunyai daya tahan
v. Masyarakat bersatupadu
vi. Melahirkan tenaga NGO
vii. Masyarakat penyayang

Strategi
i. Unit beruniform
ii. Kelab
iii. Persatuan akademik
iv. Sukan

Pemantauan
Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan Kokurikulum 5 kali 1 tahun

Isunya
i. Aktiviti tidak terancang
ii. Tidak ada maklumat
iii. Bakat dan potensi tidak dipupuk
iv. Pelajar buang masa

d. Pengurusan Asrama

Fokus
i. Tempat tidur selesa
ii. Cadar dan tilam yang kemas
iii. Kasut dan tuala yang teratur
iv. Tandas yang bersih
v. Dom yang ceria
vi. Bilik sukan yang kemas dan fungsi
vii. Bilik rehat yang cantik
viii. Bilik belajar yang kemas
ix. Taman yang menarik
x. Bilik sakit yang menarik
xi. Dewan makan
Strategi Pemantauan
i. Mesyuarat Warden Asrama
ii. Lawatan mingguan
iii. Lawatan mengejut
iv. Pertandingan dom bersih

Isu
i. Tandas kotor
ii. Tempat tidur kotor dan tidak kemas
iii. Air bocor, tandas tersumbat
iv. Bilik rehat bertaburan
v. Taman yang tidak ceria
vi. Dewan makan yang kotor
e. Nilai-Nilai Murni

Fokus
i. Menerap nilai murni dalam kurikulum
ii. Penerap nilai murni melalui aktiviti agama
iii. Menerap nilai murni melalui kegiatan kokurikulum
iv. Menerap nilai murni melalui persekitaran sekolah dan budaya sekolah
yang kondusif

Pemantauan
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Sahsiah. Urusetia oleh guru agama dan
ahli-ahli terdiri dari guru penasihat persatuan

Isu
i. Bohsia
ii. Bertumbuk
iii. Ancaman “3 Fast”
iv. Dadah
v. Merokok
vi. Kurang adab
vii. Merokok
viii. Buku lucah, video lucah

f. Disiplin & Sahsiah Pelajar

Fokus
i. Disiplin pelajar yang baik
ii. pembinaan sahsiah pelajar yang seimbang
iii. pembinaan watak pelajar yang cemerlang

Pemantauan
Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah

Isu
i. Ibu bapa tidak puas hati tindakan guru
ii. Ibu bapa saman guru
iii. Berita disiplin keluar dalam akhbar termasuk berita tidak benar
iv. Surat layang kepada PPD dan Pengarah
v. Pelajar tidak hormati guru

g. Guru

Fokus
i. Guru yang berkemahiran
ii. Guru kerja sepasukan
iii. Guru dan budaya ilmu
iv. Guru bermotivasi - bermotivasi
v. Guru berwatak
vi. Guru yang dedikasi
vii. Guru yang profesional

Pemantauan
i. Program pencerapan
ii. Projek guru 5 bintang

Isu
i. Guru tidak mahir
ii. Guru kurang motivasi
iii. Kerja sendirian
iv. Guru tiada menilai kebolehan sendiri
v. Guru tidak profesional

h. Persekitaran Ceria & Selamat

Fokus
i. Sekolah cantik dan menarik
ii. “Sekolahku rumahku”
iii. Kelas yang ceria
iv. Kantin menarik. Konsep seperti cafeteria
v. Tandas bersih
vi. Bilik-bilik penting kemas, berfungsi dan baik

Pemantauan
Mesyuarat AJK Keceriaan & Keselamatan

Isu
i. Sekolah tidak menarik
ii. Tandas kotor dan berbau
iii. Sampah bertaburan
iv. Pendawaian tidak selamat
i. Hubungan Luar

Fokus
i. Hubungan dengan Pengarah, PPD baik
ii. Hubungan PIBG dan komuniti yang erat
iii. Hubungan dengan badan-badan NGO

Pemantauan
i. Mesyuarat Muafakat Sekolah
ii. Mesyuarat PIBG
iii. Jemputan PPD dan Pengarah ke sekolah
Isu
i. Pengarah dan PPD tidak puashati
ii. PIBG tidak beri kerjasama
iii. Badan NGO tidak dimanfaatkan oleh sekolah

3. Sekolah Berkesan

Sekolah berkesan ialah sekolah yang menjaga 4 kerangka penting dalam pengurusan
iaitu:

i struktur pengurusan yang utuh


ii. politik dalam organisasi
iii. hubungan kemanusiaan
iv. simbol-simbol dalam organisasi (etos)

3.1 Struktur Organisasi

Sebuah organisasi mempunyai tujuan untuk melaksanakan objektif organisasi


perlu kepada satu struktur untuk menyelaras aktiviti dengan lancar dan
berkesan. Terdapat tiga komponen penting untuk menggerakkan organisasi
iaitu:

i. Perjawatan dan tanggungjawab


ii. Peraturan dan tatacara
iii. Autoriti pembuat keputusan

Jika ketiga-tiga komponen ini digerakkan secara harmonis dan terancang akan
membolehkan organisasi cemerlang.

3.2 Politik Dalam Organisasi

Dalam mana-mana organisasi memerlukan kuasa. Kuasa ini diperlukan untuk


mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan tugas secara berkesan.
Kestabilan organisasi bergantung bagaimana pemimpin organisasi
menggunakan kuasa-kuasa yang ada padanya. Antara kuasa-kuasa yang ada
ialah:

i. kuasa paksaan
ii. kuasa ganjaran
iii. kuasa pakar
iv. kuasa sah
v. kuasa rujukan

Kuasa-kuasa ini jika digunakan pada masa, kes, situasi yang sesuai ia memberi
impak positif pada organisasi dan sebaliknya.

Antara kuasa-kuasa penting di peringkat sekolah ialah kuasa pakar dan kuasa
rujukan. Kuasa paksaan hanya sebagai senjata akhir.
Banyak organisasi menjadi lemah, kerana pengetua tidak cekap menggunakan
kuasa-kuasa yang ada yang menyebabkan ‘politik sekolah’ menjadi tidak
stabil dan lemah. Politik organisasi sekolah yang lemah dapat dilihat dari
kawalan ke atas pelajar, guru, pekerja dan sebagainya. Jika pelajar tidak dapat
dikawal, guru-guru bertindak ikut sesuka hati, pekerja tidak mematuhi arahan
dan masyarakat tidak hormati sekolah maka sekolah ini menjadi tidak
berkesan.

3.3 Hubungan Kemanusiaan Dalam Organisasi

Kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah sekolah bergantung kepada


hubungan pengetua. Hubungan ini berlaku mengikut 3 pola:

i. Hubungan ke atas
ii. Hubungan mendatar
iii. Hubungan ke bawah

Hubungan ini berlaku antara pengetua dengan pihak atas iaitu dengan
Pengarah dan PPD. Masalah utama sering berlaku dalam komunikasi ini ialah
arahan Pengarah dan PPD tidak sampai atau tidak dilaksanakan dengan cekap.
Keadaan ini menyebabkan pihak atasan tidak berpuashati dan timbulkan
konflik dalam pengurusan yang boleh menggugat kelicinan organisasi.
Konflik boleh berlaku juga apabila PPD tidak mendapat maklumat mengenai
aktiviti yang dibuat oleh pengetua.

Hubungan secara mendatar penting untuk sekolah berkesan. Komunikasi


mendatar penting untuk mempercepatkan aliran maklumat, meningkatkan dan
menyelaraskan usaha bagi mencapai objektif organisasi.

Hubungan baik, mesra dan kasih sayang dalam organisasi prasyarat


keberkesanan organisasi. Hubungan rapat dengan PIBG dan komuniti
merupakan asas keberkesanan sekolah.

Hubungan dengan guru dan kakitangan bukan guru sangat penting. Hubungan
baik membolehkan segala visi dan maklumat penting sampai ke semua
peringkat. Selain berlaku kesilapan ialah maklumat-maklumat penting tidak
sampai ke bawah menyebabkan kerja-kerja dan arahan tidak berjalan lancar.

Hubungan kemanusiaan dengan guru dan kakitangan sangat penting untuk


menjaga kebajikan, penyampaian masalah kerja dan beri pada secara busung.
Komitmen kerja bergantung sejauhmana kita dapat menambat hati mereka.
3.4 Simbol-Simbol Dalam Organisasi

Apabila kita masuk sesebuah sekolah kita akan lihat simbil sekolah yang
menjadi watak kepada sekolah tersebut. Semakin hebat simbol-simbil yang
wujud di sekolah itu semakin kukuh watak sekolah tersebut. Simbol-simbol
ini dapat dilihat:

i. Pintu pagarnya
ii. Taman-taman
iii. Padang
iv. Perpustakaan
v. Surau
vi. Bilik-bilik darjah
vii. Asrama
viii. Bilik mesyuarat
ix. Pejabat

Simbol juga boleh dilihat:

i. Perhimpunan mingguan
ii. Pakaian pelajar
iii. Permainan-permainan
iv. Acara sukan
v. Acara PIBG
vi. dan lain-lain

4. Pengetua Profesional

Profesion perguruan dikenali sebagai bidang profesional seperti doktor dan jurutera.
Ciri-ciri profesional antara lain ialah:

i. Kebolehan mengenal penyakit


ii. Kenal dan yakin ubat
iii. Tahu jangka sembuh
iv. Beretika
v. Kemahiran teori
vi. Berilmu
vii. Kemahiran tugas
viii. Bersikap positif

Pengetua yang profesional akan mengenali sekolah itu berpenyakit atau tidak. Kenal
pasti berapa serius penyakitnya dan mengetahui dengan pasti ubanya. Sebelum
pengetua mengenal penyakit, terlebih dahulu ia kenal sekolah yang sihat. Kemahiran
ini merupakan kemahiran asas sebagai pengetua profesional.

Pengetua mesti banyak membaca. Melalui pembacaan ia akan mengetahui teori-teori


berkaitan dengan persekolahan. Jika tidak membaca dan tidak tahu teori, pengetua
akan melakukan kerja-kerja yang membazir, tidak berkesan dan tidak sistematik dan
sistemik.

Punca utama tidak keberkesanan pengetua ialah kerana tidak profesional. Akibatnya
tidak berlaku perubahan di sekolah yang dipimpin bahkan sebaliknya membawa
penurunan pula.

Ciri-Ciri Mengapa Pengetua Tidak Berkesan

1. Tidak ada wawasan


2. Tidak ada perancangan
3. Sistem pemantauan tidak berkesan
4. Tidak berani membuat keputusan
5. Lemah dalam pengurusan masa
6. Tiada berkemahiran pengurusan kurikulum
7. Tiada pandai mengurus sumber
8. Kurang membaca dan tiada menguasai teori-teori berkaitan dengan pengurusan
pendidikan
9. Komunikasi yang kurang baik
10. Perwatakan lemah
Penutup

Sekolah Cemerlang datang dari pengetua cemerlang. Pengetua cemerlang hasil dari niat dan
hasrat pengetua yang mahukan kecemerlangan. Dari niat dan keinginan itu menggerakkan
mereka untuk berusaha mencari maklumat-maklumat untuk cemerlangkan organisasi itu.

Akhirnya, pengetua itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang mampu membawa perubahan
ke atas organisasi yang diterajui.

HAA/sma/p-seksan.
NOTA RINGKAS
(TRANSPERANSI)

PENGURUSAN SEKOLAH
BERKESAN

Oleh:

HJ. ABAS AWANG


Ketua Jabatan
Asas-Asas Pendidikan & Perkhidmatan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
LATAR BELAKANG

Sekolah Berkesan Penuh


(Abad Ke 20 Separuh Pertama)

Segala masalah pelajar iaitu


mengenai kejahilan dan kemiskinan
dapat diselesaikan oleh sekolah.
Pendidik adalah segala-galanya bagi
menyelesaikan masalah masyarakat.
Pandangan ini telah (idealistik tapi
tidak realistik).
Sekolah Tiada Kesan
(Tahun 60an)

Pendapat ini dibuat oleh Coleman


1966. Menurut kajiannya tiada
perkaitan antara banyaknya sumber
yang boleh diperolehi sekolah dengan
pencapaian pelajarnya. Perbezaan
pencapaian antara pelajar
disebabkan faktor-faktor peribadi
dan keluarga.
Menurut Bernstein (1970)

Kebanyakan pengaruh-pengaruh
dalam masyarakat lebih kuat
daripada pengaruh sekolah.

Pandangan-pandangan ini
menyatakan sekolah tiada berdaya
untuk mengubah kehidupan kanak-
kanak. Sumber sekolah ialah
kepimpinan, guru dan kemudahan
sekolah tidak mempengaruhi
pencapaian pelajar.
Pada tahun 1995

• Kajian Thomas & Mortimore


mendapati faktor sekolah memberi
kesan terhadap prestasi pelajar.
Latar belakang pelajar
menyumbang 60% kepada
kecemerlangan pelajar manakala
sekolah dan bilik darjah
menyumbang 12 - 18%. 20% lagi
dari faktor-faktor lain.
Menurut Tn. Hj. Ibrahim Md. Noh,
Timbalan Pengarah Institut
Aminuddin Baki (1998) warden pun
membawa peranan sekolah,
perbezaan hanya 12 - 18% tetapi ia
sangat bererti kerana:
• Mempengaruhi peluang dalam
kehidupan seorang pelajar
• Perbezaan antara sekolah dari segi
outcomes pelajar
• Kemajuan murid
• Memberi kesan keputusan
Matematik ke Sains dan Bahasa
Inggeris.
Gerakan kajian sekolah berkesan di
Amerika Syarikat mendapati sekolah
menpengaruhi ‘outcome’ pelajarnya.
Kajian-kajian keberkesanan sekolah
di United Kingdom mendapat bukti
jelas tentang perbezaan sekolah
dengan outcome pelajar. Perbezaan
ini bukan semata-mata kerana
sekolah menerima berbagai-bagai
jenis pelajar, tetapi adalah berkait
rapat dengan perbezaan cara sekolah
diurus dan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
Pendapat terakhir iaitu pandangan
sekarang menyatakan sekolah boleh
menjadi organisasi tidak berkesan
atau boleh menjadi organisasi
berkesan, boleh bertambah baik.
Keberkesanan itu bergantung
kepada kepimpinan dasar, budaya
dan proses di sekolah yang berkesan.
DEFINISI SEKOLAH BERKESAN

Sekolah berkesan ialah sekolah yang


melahirkan pelajar yang maju atau
lebih tinggi daripada apa yang
diharapkan berdasarkan keadaan
pengambilannya. “An effective
school is one in which students
progress further than might be
expected from consideration of its in
take”

Mortimore (1991)
Dari definisi itu menjelaskan sekolah
berkesan ialah sekolah yang dapat
memberi nilai tambah kepada
pelajar yang belajar di sekolah
berkenaan.

Dalam konteks perbandingan antara


sekolah lain, sekolah berkesan ialah
sekolah yang berupaya memberi nilai
tambah yang lebih ke atas outcome
pelajar berbanding dengan sekolah-
sekolah lain yang menerima
kemasukan pelajar yang mempunyai
ciri-ciri yang hampir serupa.
Perbezaan keputusan peperiksaan
tersebut adalah disebabkan faktor
sekolah iaitu kepemimpinan, pekerja,
dasar dan proses di dalam bilik
darjah. Rajah berikut dapat
menjelaskan:

Kepemimpinan

Input Pekerja Output

Proses Pelajar
yang keluar
Pelajar
Outcome
Intake
CIRI-CIRI YANG MEMBEZAKAN
KEBERKESANAN SEKOLAH

Formula-formula seperti berikut yang


berdasarkan teori pengurusan Peter
Druker yang diubahsuai oleh Tn. Hj.
Ibrahim Md. Noh (1998)

Pengurusan Umum
U ru
rja
eke

sK
P

erja
us
Ur

Urus diri sendiri


Pengurusan Pengetua

Uru
sP
u

eng
gur

aja
us
Ur

ran

Urus Pengetua/Guru Besar


Strategi Pengetua Berkesan Pastikan:

* M urid
*M
tah u
uru mah

urid tahu
u
* G uru

Ma
*G

hu

* Pengetua mahu
* Pengetua tahu
Gaya Pengurusan Guru

3. * Tumpuan pada 1. * Tumpuan pada


pembelajaran pembelajaran
rendah tinggi
* Tumpuan pada * Tumpuan pada
pelajar tinggi pelajar tinggi

4. * Tumpuan pada 2. * Tumpuan pada


pembelajaran pembelajaran
rendah tinggi
* Tumpuan pada * Tumpuan pada
pelajar rendah pelajar tinggi
Ulasan

• Kecemerlangan sekolah diperolehi jika


pengetua/guru besar mempunyai kemahuan
tinggi untuk cemerlang. Untuk mencapai
hasrat itu pengetua tahu untuk membawa
sekolah kepada kecemerlangan dengan
mengetahui ilmu dan kemahiran yang
diperlukan.

• Guru-guru dan pekerja pula mempunyai


kemahuan tinggi untuk mencemerlangkan
pelajar dan kemahiran yang tinggi untuk
melatih, menunjuk ajar murid supaya
cemerlang.

• Pelajar sentiasa mahu belajar dan


mempunyai kemahiran belajar seperti taktik
mengambil nota, membuat peta minda,
mencari rujukan, teknik mengingat, teknik
menjawab dan teknik belajar secara
berkumpulan
CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN
Peter Mortimore (1988)

Kumpulan Sasar

Elemen Sekolah Pengetua Guru Murid Ibu Bapa/


Cemerlang Komuniti
1. Kepentingan 9 9 9
Profesional
2. Perkongsian Visi & 9 9 9 9
Matlamat
3. Kewujudan Budaya 9 9 9 9
Pengajaran & TQM
Pembelajaran
4. Penumpuan Terhadap 9 9 9
Pengajaran dan
Pembelajaran
5. Pengajaran 9 9
Bermatlamat
6. Penghanrapan Yang 9 9 9 9
Tinggi
7. Pengukuhan Yang 9 9
Positif
8. Pemantapan Terhadap 9 9 9 9
Perkembangan
9. Hak dan 9 9 9 9
Tanggungjawab
Murid
10. Permuafakatan 9 9 9 9
Rumah Sekolah
11. Organisasi 9 9 9 9
Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai