Anda di halaman 1dari 2

PENDEKATAN BERTEMA

Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array


of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat
ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun
idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak
bidang kurikulum.

Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi


pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang
kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-
topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang
akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran.
Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun
aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran
yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur
kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang
pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu
dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu
dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang
pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara


yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang
yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan
untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah
pembelajaran.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah


kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:

• Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu,


kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
• Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.
Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau
aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat
dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di
samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam
berkenaan subjek ataupun idea utama.
• Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan
setiap kali merancang jadual aktiviti.
• Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak,
pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri
kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi
dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
• Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam
kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial
serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai
ahli kumpulan.