Anda di halaman 1dari 13

EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL

GURU
1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

1.0 Laporan Temubual Etika Keguruan
Tarikh : 4 Ogos 2014
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 pagi

Pada 4 Ogos 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, saya telah
menjalankan satu sesi temubual terhadap Guru Penolong Kanan 1 (GPK1) Puan Zubaidah
binti Ahamd Zuber. Tujuan utama sesi temubual ini dilaksankan kerana ingin mendapatkan
pendapat dan pandangaan daripada pihak pentadbir mengenai amalan etika keguruan.
Selain itu, temubual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
mengenai guru yang boleh dicontohi nilai etika keguruannya.

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, pihak pentadbir sekolah telah
memberikan beberapa nama guru yang boleh dijadikan contoh nilai etika keguruannya.
Daripada beberapa nama yang telah diberikan, saya telah memilih untuk mengumpulkan
data mengenal Encik Abd Sukor bin Atan untuk mengetahui sejauh mana etika keguruannya
yang boleh dijadikan contoh dan rujukan. Saya juga telah menemubual Puan Zubaidah binti
Ahmad Zuber, Guru Penolong Kanan 1 untuk mengetahui pendapat beliau mengenai nilai
etika keguruan Encik Abd Sukor bin Atan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai etika keguruan Encik
Abd Sukor bin Atan, saya juga telah menjalankan soal selidik terhadap guru lain iaitu Encik
Mohamed Salim bin Abdulla Zabidi. Untuk menambahkan bahan bukti yang saya perolehi
mengenai Encik Fadzly bin Zakaria, saya juga telah menjalankan temubual ke atas murid
Encik Sukor. Tiga data yang terdiri daripada pihak pentadbir (temubual), guru lain (soal
selidik) dan murid (temubual). Berdasarkan tiga pandangan dan pendapat yang diperoleh
ini akan memberikan gambaran sebenar mengenai etika keguruan Encik Abd Sukor bin
Atan.
EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
2

1.1 Etika

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui. Surah Al-Baqarah: Ayat 30
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan etika sebagai satu sistem
dasar akhlak, adat dan tingkah laku atau kesusilaan yang merupakan prinsip moral atau set
prinsip moral. Daripada perspektif Islam pula etika merujuk kepada tingkah laku yang betul
berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Allah S.W.T. telah
berfirman,Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang
bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami
jadikan dia mendengar dan melihat. Surah Al-Insaan: Ayat 2

Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Shubki Miskon (2014) menjelaskan
bahawa sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu atau kumpulan, mementingkan
mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi sendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Kod
etika profesional didefinisikan sebagai garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan, dan peradaban termasuk peranan nilai,
setiap tingkah laku profesional dalam masyarakat Secara ringkasnya, profesion perguruan
bukanlah satu profesion yang mudah kerana ia mempunyai satu garis panduan kepada
setiap tindakan atau perlakuan yang akan dilakukan oleh seseorang guru tersebut.



EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
3

1.2 Ciri-ciri Guru yang Mengamalkan Etika Keguruan

Berdasarkan tiga orang yang ditemubual mengenai guru contoh, Encik Abd Sukor
bin Atan, didapati bahawa guru yang mengamalkan etika keguruan merupaja seorang guru
yang peramah dan disenangi oleh pihak sekolah. Hal ini kerana, guru yang mempunyai
etika keguruan yang tinggi sentiasa menjaga hubungan antara dirinya dengan pihak lain
seperti pentadbir sekolah, rakan sejawat, murid dan juga staf sekolah. Guru yang
mengamalkan etika keguruan akan sentiasa bersedia untuk membantu semua pihak di
sekolah jika diperlukan. Mengikut kod etika perguruan mengariskan bahawa akauntabiliti
utama seseorang guru itu ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid melebihi
kepantingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian dan guru
yang mengamalkan etika keguruan merupakan seorang guru yang meletakkan kepentingan
urusan sekolah sebagai kepentingan utamanya melebihi kepentingan peribadinya Hal ini
jelas dibuktikan berdasarkan hasil temubual dengan pihak pentadbir sekolah yang
menyatakan bahawa Encik Sukor tidak pernah menolak tugasan, program atau projek yang
diberikan kepadanya. Encik Sukor akan melaksanakan dengan sepenuh tenaga untuk
memastikan tugasan, program atau projek itu berjalan lancar dan mampu mengatasi
masalah yang timbul semasa tugasan dilaksanakan.

Seterusnya, berdasarkan temubual yang dilakukan terhadap Guru Penolong Kanan
1, menyatakan bahawa Encik Sukor merupakan guru yang hebat dalam mengawal murid.
Hal ini kerana semua murid mendengar dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh
Encik Sukor. Kepatuhan murid terhadap Encik Sukor bukan disebabkan oleh perasaan
takut kerana kegarangan Encik Sukor tetapi adalah kerana Cikgu Sukor merupakan guru
yang amat disayangi di sekolah sehingga mereka akan patuh dan mendengar semua
arahan Encik Sukor. Seperti yang terkandung dalam kod etika perguruan dimana guru
haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku
murid ke arah matlamat yang di terima oleh masyarakat. Seseorang guru yang
mengamalkan etika perguruan ini akan dihormati oleh murid-murid seperti murid-murid yang
menganggap Encik Sukor sebagai pembimbing dan bapa kepada mereka apabila berada di
sekolah. Faktor ini juga telah menyebabkan murid-murid yang belajar dengan mempunyai
tingkah laku yang baik dan dapat menyenangkan semua pihak kerana tingkah laku yang
ditunjukkan oleh murid-murid Encik Sukor merupakan tingkah laku murid yang positif.
EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
4

Selain temubual, hasil soal selidik yang dijalankan terhadap rakan sejawat Encik
Sukor menyatakan bahawa Encik Sukor merupakan seorang guru yang menunjukkan
kepedulian yang tinggi terhadap murid. hal ini dapat dilihat daripada usaha Encik Sukor
yang mahu memastikan murid-muridnya menguasai pengajaran yang dijalankan. Pelbagai
usaha yang dilakukan Encik Sukor antaranya dengan menyediakan bahan bantu mengajar
yang kreatif ketika mengajar untuk menarik minat muridnya untuk belajar. Seperti mana
yang terdapat dalam kod etika perguruan yang menyatakan bahawa guru haruslah
mengesan, menerima perbezaan individu dalam kalangan muridnya dan membimbing
mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan
rohani. Sememangnya seorang guru yang mengamalkan etika keguruan akan sentiasa
berusaha untuk mengenalpasti potensi murid berdasarkan perbezaan individu yang
dinyatakan oleh Howard Gardner dan mengaplikasikan sesi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kecenderungan murid sekaligus akan mengembangkan potensi murid dari
semua aspek. Di samping itu, hubungan antara Encik Sukor dan ibu bapa murid begitu baik.
Encik Sukor memegang amanah untuk mendidik dan membimbing anak-anak mereka
supaya menjadi manusia yang berguna.

Berdasarkan temubual yang dijalankan terhadap murid mengenai Encik Sukor ,
menyatakan bahawa Encik Sukor merupakan seorang guru yang sangat menghormati rakan
sejawat dan juga muridnya. Ramai murid yang bermasalah akan datang berjumpa dengan
Encik Sukor untuk meluahkan masalah mereka. Mengikut kod etika perguruan, guru
seharusnya menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak
diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Hal ini menunjukkan murid
yang bermasalah begitu selesa dan percaya kepada Encik Sukor sehingga mereka boleh
untuk menceritakan masalah peribadi mereka. Oleh kerana, Encik Sukor menunjukkan rasa
hormat yang tinggi terhadap setiap murid dan masalah yang dihadapi oleh murid. Ini adalah
salah satu faktor yang membuatkan murid mempercayainya. Guru lain itu juga menyatakan
bahawa Encik Sukor tidak pernah menceritakan masalah murid yang mengadu dengannya
kepada pihak lain walaupun diminta. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru
yang mengamalkan etika keguruan akan dipercayai oleh murid dan akan disenangi oleh
bukan sahaja murid akan tetapi semua pihak yang berada di sekolah.


EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
5

Secara keseluruhanya, terdapat guru yang mengamalkan etika keguruan oleh pihak
pentadbir sekolah merupakan seorang guru yang hebat dan berinspirasi kepada semua
pihak di sekolah. Encik Sukor merupakan seorang guru yang boleh dijadikan contoh
berdasarkan semua maklumat yang diperolehi menerusi sesi temubual bersama Guru
Penolong Kanan 1 sekolah, rakan sejawatnya dan murid. Berdasarkan ketiga-tiga data
yang diperolehi ini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru yang mengamalkan etika
keguruan adalah guru yang disenangi oleh semua pihak di sekolah yang terdiri daripada
murid, rakan sejawat, pihak pentadbir dan staf sekolah. Selain itu, setiap tugasan yang
diberi dapat diselesaikan dengan tekun yang profesional. Maklumat dan data yang ingin
perolehi mengenai Encik Sukor juga mudah untuk didapati kerana semua pihak sekolah
memberikan kerjasama yang baik.
















EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
6

2.0 Penulisan Esei Ciri-ciri Etika Keguruan

Mengikut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-
undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Cemerlang pula ialah bersinar
(bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang.Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia
memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau
gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada
generasi pelajar. Nilai-nilai suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan
nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan
sebagai suatu profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli profesional dalam
profesion tersebut.

Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady,
1991 dlm Ahmad Mohd Salleh,1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan
itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang
disampaikan/diajar tidak akan difahami oleh murid dan tidak mencapai matlamat
pengajaran. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Mujaadalah,
ayat 11 yang bermaksud :
Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan.
Dalam peningkatan kualiti profesion perguruan yang sedang dikejar, dunia
pendidikan juga kini menghadapi banyak isu berkaitan dengan etika keguruan. Banyak isu-
isu negatif yang ditimbulkan mengenai guru yang secara tidak langsung menjejaskan sistem
pendidikan kita sendiri. Hal ini membuktikan bahawa kod etika perguruan perguruan adalah
sangat penting kerana ianya merupakan garis panduan utama kepada profesion perguruan.
Selain daripada itu juga, kod etika dalam profesion perguruan juga penting keran ia akan
memberi kesan kepada keberjayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang mula diperkenalkan pada tahun 2013. PPPM ini merupakan panduan dan hala tuju
Malaysia dalam dunia pendidikan pada masa hadapan.
EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
7

Memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib bin Abdul Razak (2012)
di dalam Laporan Awal Pelan Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa Bagi mencapat
aspirasi yag tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita
tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan tranformasi sistem pendidikan yang
menyeluruh. Oleh yang demikian, semua guru haruslah bersama-sama berusaha untuk
melaksanakannya dengan mengamalkan semua etika keguruan yang telah digariskan.

2.1. Pengurusan Masa

Masa adalah waktu hayat yang tidak boleh dikira sama ada telah berlalu, semasa,
atau pada masa hadapan. Kita telah dididik dengan peribahasa masa itu emas. Hal ini
digambarkan masa diibaratkan sebagai suatu yang bernilai sehingga disamakan dengan
nilai emas. Firman Allah dalam Surah Al-Asr, "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-
Asr,Ayat 1-3)

Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Shubki Miskon (2014)
mendefiansikan pengurusan masa sebagai keampuan seseorang individu untuk
menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati
dengan apa yang dilakukan. Pengurusan masa merupakan ciri yang penting untuk
mengukur seseorang guru dalam profesion perguruannya seperti mana yang terdapat dalam
kod etika keguruan. Perancangan dan pengurusan masa boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu jangka panjang, sederhana dan pendek. Hal ini meliputi perancangan dan
pelaksanaan akviti di dalam atau di luar kelas, hubungan antara guru dan ibu bapa, dan
aktiviti kokurikulum. Oleh itu, telah jelas menunjukkan bahawa pengurusan masa seseorang
guru amat penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang.


EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
8

Menurut Stephen Covey (1989) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam
seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia. Selaras dengan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mahu meningkatkan kualiti sistem
pendidikan. Profesion perguruan juga haruslah meningkatkan tahap agar dapat menyokong
hasrat yang telah digariskan dalam PPPM itu. Hal ini menunjukkan bahawa pengurusan
masa yang baik oleh seseorang guru akan menggambarkan keseluruhan keperibadiannya
seperti cara hidup dan etika yang diamalkan oleh guru. Pengurusan masa seseorang guru
itu boleh diukur melalui kepekaan guru tersebut menguruskan masa dan meletakkan
kepentingan yang sepatutnya dengan betul.

Isu pengurusan masa ini memberikan kesan besar dalam profesion perguruan.
Pengurusan masa yang baik akan memberikan guru peluang dan ruang untuk lebih tersusun
dan efektif. Pengurusan masa juga akan membuatkan seseorang guru itu bermotivasi untuk
sentiasa bersedia dengan pekerjaannya dan pengurusan kelas. Sekiranya etika ini
diamalkan, profesion perguruan akan menjadi tinggi tahapnya. Selain itu, guru juga
mempunyai masa yang terluang sekiranya guru menguruskan masa dengan teratur.
Contohnya, sekiranya guru mengamalkan pengurusan masa yang baik dan cekap, maka
guru itu akan menjadi individu yang sentiasa terurus kehidupan peribadinyan dan itu
membuatkan guru akan dihormati oleh masyarakat. Tidak semua individu boleh
mengamalkan etika pengurusan masa dengan baik. Inilah yang memberikan perbezaan
antara guru dan juga masyarakat.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa seorang guru perlu
menepati janji yang disaran oleh kerajaan dalam mendidik anak bangsa yang memerlukan
bimbingan agar mereka menjadi insan yang sempurna daripada aspek jasmani, intelek,
emosi disamping memiliki kerohanian yang tinggi. Salah satu aspek yang penting dalam
pengurusan masa adalah berdasarkan sudut menepati janji. Menepati janji boleh ditakrifkan
sebagai menepati setiap penyataan yang telah dinyatakan kepada seseorang iaitu murid,
rakan sejawat atau pihak pentadbir. Melihat kepada aspek menepati janji dalam profesion
perguruan ia merupakan salah satu perkara yang penting oleh Kementerian Pendidikan bagi
mendokong konsep yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan
penyataan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjelaskan bahawa kepentingan
EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
9

individu yang bergelar guru untuk menepati janji daripada sudut perancangan PPPM yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salhah Abdullah (2011) menyatakan bahawa seseorang guru hendaklah
mempunyai cara tersendiri atau strategi sendiri bagi mengatur masa yang diberikan oleh
pihak kementerian berdasarkan sistem persekolahan. Hal ini jelas apabila melihat kepada
pembahagian masa oleh guru dan penggunaan masa yang sepenuhnya bagi mendidik dan
membimbing modal insan yang berada di sekolah. Hal ini telah jelas menunjukkan bahawa
guru akan menghadapi cabaran besar dalam merancang dan menguruskan waktu atau
masanya berdasarkan sistem persekolahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Seseorang guru perlu bijak menangani masalah ini dengan menggunakan dan
membahagikan masa yang sedia ada untuk menyampaikan segala ilmu dan maklumat
kepada murid. Secara ringkasnya, pembahagian masa yang sistematik serta efisien dan
juga penggunaan masa yang ada dengan aktiviti yang sepatutnya amatlah mencerminkan
nilai moral yang tinggi dalam konteks moral menepati waktu dalam profesion perguruan.
Sebagai contoh, guru yang berjaya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
baik akan membina perspektif yang positif seterusnya menarik minat murid untuk terus
belajar.

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan pengurusan
masa menjadikan profesion perguruan adalah satu bidang profesion yang sukar dan
mencabar. Salhah Abdullah (2011) menyatakan bahawa menguruskan masa dengan baik
dilihat menerusi peletakan kepentingan yang betul pada masa yang betul. Sebagai contoh,
guru yang mengamalkan pengurusan masa yang baik akan merancang dan memberi
keutamaan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih konprehensif terhadap
kelas yang lemah dalam mata pelajaran yang diajar. Kod etika yang digariskan dalam
profesion perguruan seperti pengurusan masa yang baik bukanlah satu kod etika yang
mudah untuk diamalkan sekiranya guru tersebut tidak mempunyai iltizam dan semangat
yang tinggi. Umum ketahui bahawa tugas seorang guru di sekolah bukan hanya mengajar
sahaja, tetapi guru kini dibebani lagi dengan pelbagai kerja, antaranya adalah mengatur
aktiviti kokurikulum, pengurusan bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan pekeranian
serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
Ditambah lagi di rumah, guru juga mempunyai banyak tanggungjawab besar yang perlu
dilaksanakan dalam kehidupan sehariannya seperti tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam
EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
10

mendidik anak-anak, mengisi masa lapang dengan keluarga serta bersosial atau
berinteraksi dengan jiran tetangga dan masyarakat.

2.1 Kepedulian Guru
pelbagai isu yang boleh dikenalpasti dalam etika keguruan dalam profesion
perguruan antaranya kepedulian guru. Kepedulian boleh ditakrifkan sebagai perasaan
mengambil berat terhadap orang lain. Kepedulian guru boleh dikategorikan kepada
beberapa aspek seperti kepedulian guru terhadap murid, profesion perguruan dan
intelektual ataupun perkembangan profesion. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan
Ahmad Shubki Miskon (2014) mendefinasikan kepeduian sebagai ambil peduli, mengambil
berat dan menyanyangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan
sikap keterbukaan dan prihatin terhadap pengalaman mereka.

Menurut Shahabudin Hasyim dan Noor Miza Abdul Rahman (2014) menyatakan
bahawa guru seharusnya membina perhubungan yang baik antara murid dan persekitaran
agar dapat mengurangkan tahap kerisauan murid terhadap pembelajaran dan mewujudkan
pembelajaran yang bermakna dan menarik. Dengan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang kondusif dengan kepedulian guru, ia akan membantu murid dalam
pencapaian akedemiknya. Hal ini kerana, murid yang dapat belajar dalam suasana yang
kondusif dapat meningkatkan dan memperkembang potensi yang ada dalam diri mereka.
Jika seseorang guru itu dapat mewujudkan suasana sesi pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif, ia akan memberikan standard yang tinggi untuk setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran kepada murid. Oleh itu, guru akan mendapat lebih kawalan dan dapat
memotivasikan muridnya di sekolah. Akhirnya guru yang mempunyai kepedulian yang tinggi
terhadap emosi dan persekitaran murid akan mewujudkan suasana yang menyokong dan
selamat kepada murid.

PPPM yang berhasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara kita setanding
dengan negara-negara maju yang lain, kepedulian guru sangat penting untuk
merealisasikannya. Kepedulian guru terhadap murid dapat memberikan keyakinan kepada
murid untuk terus bersaing dalam arus era globalisasi yang semakin mencabar. Keyakinan
murid untuk terus bersaing sangat penting untuk mereka terus berminat untuk mempelajari
EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
11

pelbagai perkara. Sebagai contoh, seseorang guru yang sentiasa menunjukkan sifat
kepeduliannya terhadap murid seperti sentiasa berdialog secara terbuka dengan murid akan
membuat murid tersebut bersemangat dan berkeyakinan untuk belajar. Selain itu, ia juga
boleh dianggap sebagai salah satu bentuk motivasi kepada murid untuk belajar. Oleh itu,
guru mestilah mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan kepeduliannya terhadap murid
untuk memastikan murid dapat merasai kesungguhan guru tersebut membantunya.


Kepedulian seseorang guru terhadap murid akan membuatkan guru tersebut bersifat
lebih inovatif dan keratif serta bersikap positif. Pada abad ke 21 ini, keadaan stuktur sosial
masyarakat telah berubah menjadi lebih kompleks. Zaman semakin moden dengan pelbagai
teknologi telah dikeluarkan. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya sentiasa
meningkatkan ilmu pedagoginya dalam mengajar murid-murid. Situasi yang dihadapi oleh
guru pada masa ini adalah kepelbagaikan dan perbezaan latar belakang murid. Ia menjadi
satu cabaran yang besar kepada guru untuk menyediakan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Seorang guru yang mempunyai ciri nilai kepedulian terhadap
murid akan sentiasa bersifat inovatif dengan menyelaraskan keperluan semasa murid
dengan keadah mengajar. Sebagai contoh, guru yang mempunyai kepedulian terhadap
murid akan menggunakan unsur teknologi dalam keadah mengajar. Dalam konteks
pendidikan, guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran
dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada
sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner. Oleh itu, kepedulian seseorang
guru terhadap muridnya amat penting untuk memastikan murid mendapat didikan dan
bimbingan pendidikan yang sempurna selari dengan aspirasi PPPM yang mahukan murid
mendapat seratus peratus akses pendidikan dan dapat merapatkan jurang pencapaian
antara sekolah menjelang tahun 2020.

Menurut Mohd Yahya Arifin (2007) menyatakan bahawa dalam memikul tugas dan
tanggungjawab, seseorang guru mestilah mengambil pendekatan yang profesional dalam
penyampaian pembelajaran, pengurusan kelas, pembangunan kurikulum dan kemahiran
mengajar. Profesion perguruan memerlukan pengetahuan yang sistematik dan kemahiran
spesifik dalam bidang masing-masing. Dalam konteks kepedulian guru terhadap murid,
secara amnya, ia merujuk kepada cara guru untuk mengurus dan mengorganisasikan kelas
EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
12

menjadi suasan kelas yang kondusif dan membina. Ia juga boeh dirangkumkan sebagai cara
guru menggunakan kepelbagaian cara dan bahan untuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, guru yang mempunyai nilai kepedulian yang tinggi
terhadap murid sepatutnya mampu untuk menunjukkan komitmen mereka dalam mengajar
dan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahannya dalam cara menghasilkan murid yang
baik. Selain daripada itu, keadah pengajaran dan bahan yang digunakan oleh guru menjadi
tanda aras kepada tahap kepedulian guru terhadap murid.

2.3 Kesimpulan

Tuntasnya, pengurusan masa guru dan kepedulian seseorang guru memberikan
kesan yang amat mendalam dan penting dalam keberkesanan profesion perguruan. Kesan
positif dalam profesion perguruan akan menyokong hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang mahu meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara setanding dengan
negara maju yang lain seperti FInland, Jepun dan Amerika Syarikat. Jika setiap guru dapat
mengamalkan ciri kod etika yang telah digariskan dalam profesion perguruan, sistem
pendidikan negara kita akan menjadi maju seperti mana negara maju yang lain. Oleh itu,
seseorang guru harus mengamalkan kod etika keguruan yang telah digariskan walu dengan
apa cara sekali.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta. Tiada daya dan kekuatan (untuk
menolak seusatu kemudaratan dan mendatangkan manfaat) selain Allah S.W.T.








EDU 3038 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
13

RUJ UKAN
Mook Soon Sang (1999). Ilmu pendidikan KPLI. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. kuala
Lumpur.

S. I. Syed Mustafa, A. Subki Miskon (2014), Asas kepimpinan dan perkembangan
profesional.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diperolehi pada 2 Ogos 2014
daripada http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-
2013-2025
Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005) Kamus dewan (edisi keempat) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : DBP