Anda di halaman 1dari 2

SPM Novel Contoh Jawapan

a) Dua peristiwa menarik dan nyatakan sebab


Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat
beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut.
Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel PAPA(akhirnya kau tewas jua!)
ialah peristiwa semasa Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah
membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran
walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada
pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Intan
Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki
kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana dimasukkan ke bilik
ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah
anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya. Peristiwa ini menarik kepada
saya kerana menimbulkan perasaan suspens dan sedih pada diri pembaca.

Peristiwa lain yang menarik ialah semasa Intan Julia pulang ke rumah dari asrama.
Dia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang
mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan
bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya
kerana tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia
dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya
dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia
dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu
menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa
dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia
hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu. Peristiwa itu
menarik kerana ia menunjukkan rasa sayang yang mendalam Intan Julia terhadap
ibunya.

b) Latar masyarakat
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel PAPA..(akhirnya kau tewas jua!)
karya Deana Yusof ialah masyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia belajar di
tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar.
Semasa di tingkatan lima, Rasylan telah berpindah ke sekolah itu dan mereka
berkenalan. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan
siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Mereka berjaya melanjutkan
pelajaran di situ setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
SPM. Mereka belajar di situ selama beberapa tahun sehingga ke kampus induk UIA.
Sepanjang belajar di situ, mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang
pelajaran dan masalah masing-masing.

Selain itu ,dalam novel Konserto Terakhir hasil nukilan Abdullah Hussain terdapat
latar masyarakat yang senantiasa beribadat kepada Tuhan. Latar masyarakat ini
dapat dilihat apabila Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang dan sentiasa
beribadat kepada Allah apabila tiba masanya. Walaupun terlalu sibuk, Hilmi masih
mendirikan sembahyang. Ketika bekerja di rumah Datuk Johari, Hilmi senantiasa
menunaikan sembahyang. Buktinya ialah Hilmi berhenti melakukan kerja perkebunan
di belakang rumah Datuk Johari apabila hari sudah lewat petang untuk menunaikan
sembahyang Asar.