Anda di halaman 1dari 8

MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071

BAHAGIAN A : PENULISAN ESEI


1. Dengan sokongan grafik, buat intepretasi isu yang dipilih untuk menyatakan
mengapa terjadinya demikian. (sertakan lampiran jika isu dipetik daripada media
massa)

2. Nyatakan Implikasi isu tersebut ke atas diri anda sebagai guru yang sentiasa
menghadapi cabaran semasa.
Stres merupakan suatu gejala yang sinonim yang dikaitkan dengan profesion
keguruan. Hal ini kerana disamping tugasnya sebagai pendidik, banyak tugas-tugas lain
yang terpaksa dipikul dalam kehidupan seharian mereka. Disamping melayan kerenah
murid, guru juga terpaksa berhadapan dengan karenah pentadbiran sekolah, ibubapa
masyarakat dan seluruh komuniti pendidikan di Malaysia. Tekanan demi tekanan akan
menyebabkan banyak implikasi negatif ke atas diri guru dan persekitaran guru tersebut.
Beban Kerja
kerenah
pelajar
pengiktirafan
profesional
sumber
pengajaran
perhubungan
yang baik
dengan rakan
sekerja
Punca
berlakunya
stress dalam
kalangan guru
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071

Implikasi stres ke atas diri guru ini boleh dipecahkan kepada beberapa kategori
iaitu implikasi terhadap fizikal, implikasi terhadap emosi, implikasi terhadap mental,
implikasi terhadap personaliti dan implikasi terhadap tingkahlaku. Dari segi fizikal,
seseorang guru yang stres ini akan mengalami gangguan kesihatan seperti sakit dada,
sakit kepala, tidur yang terganggu kurang selera makan dan mengalami tekanan darah
tinggi.
Mohd Taib dan Hamdan (2006) mengatakan bahawa implikasi stres jika dilihat
dari segi emosi pula akan menunjukkan ciri-ciri berikut pada seseorang guru yang
stress itu iaitu rasa gementar, bimbang, murung, kecewa, cepat marah, hilang kawalan,
menjadi tidak stabil dan jika terlalu kritikal boleh menyebabkan gangguan jiwa kepada
guru tersebut.
Seterusnya, implikasi stres pada guru juga boleh dilihat dari aspek mental
seseorang guru itu. Kebiasaanya stres ini akan menyebabkan guru sering menjadi
pelupa, hilang tumpuan, lemah pertimbangan, tidak terurus, tidak dapat berfikir dengan
baik dan sering berfikiran negatif.
Personaliti yang negatif akan kelihatan pada seseorang guru yang stres itu di
mana perwatakannya yang sering bimbang dan risau yang mungkin mendorong
seseorang guru itu berubah sepenuhnya dari keadaan asal dirinya menjadi individu lain.
Petanda yang menunjukkan bahawa seseorang guru itu stres dari sudut tingkah
laku mereka adalah seperti wujudnya sikap panas baran dalam diri mereka. Mereka
juga akan menjadi seorang yang pendiam dan tidak mengamalkan prinsip hidup normal
yang biasa diamalkan sebelum ini. Hasil daripada tingkah laku ini menyebabkan guru
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071

akan bertindak di luar kawalan diri apabila berhadapan dengan murid mahupun
sebarang situasi yang menyukarkan sehinggakan mereka mampu bertindak diluar
batas kemanusiaan.
Implikasi lain yang mungkin wujud apabila terjadinya stres ini pada diri guru itu
ialah hilangnya motivasi diri, prestasi kerja yang merosot dan tiada keyakinan diri.
Kesan daripada implikasi ini akan menyebabkan keluarga dan murid-murid disekolah
diabaikan dan tanggungjawab sebagai guru tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Kesimpulannya, isu stres ini memberikan implikasi yang buruk terhadap diri
seseorang guru itu jika tidak ditangani dengan baik. Usaha perlu dilakukan bagi
membantu guru yang mengalami stres ini supaya kesannya tidak bertambah teruk dan
mengakibatkan individu dan masyarakat sekeliling mereka turut menerima tempias
akibat daripada gejala stres dalam kalangan guru ini.
3. Beri cadangan cara mengatasi isu berkenaan
Cara untuk mengatasi stres yang boleh dilakukan pertamanya adalah dengan
mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah
Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang
ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut kepentingan matlamat yang hendak
dicapai dan dilakukan secara berfasa.
Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah
tangga pastinya menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam
merancang pelaksanaan tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071

yang ada mengikut kepentingan masing masing. Contohnya antara soalan
peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan
markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya,
guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam sistem. Matlamat
setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih
sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru
menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh
menyebabkan guru stres.
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk
sentiasa bertenang. (Kenton,1988) menyatakan relaxation is also the most important
key to mitigating the damaging effects of long term stress... Tekanan adalah perkara
yang memang akan dilalui oleh setiap individu, namun ketenangan adalah kunci yang
diperlukan untuk membuka ruang bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya
emosional.
Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas,
sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal
tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas.
Namun, hal yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan
membalas kemarahan dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan yang tidak mesra
terbentuk antara 2 pihak yang sepatutnya memiliki hubungan yang baik untuk
kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati dengan mengingati perkara yang indah
dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat diri berasa tertekan, cuba
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071

pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang menggembirakan hati,
insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.
Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada
perkara yang boleh membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha
mengubah atau mengetepikan punca punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya
dapat dimanfaatkan secara bersama antara pekerja dan organisasi. Contohnya situasi
antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi
lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada
peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir
dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya.
Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak
pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut
akan menghadapi tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam
tugasan yang diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun
dalam masa yang sama hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin
terjejas. Guru berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak
pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas tugasan yang
berkualiti. Justeru, guru perlu mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri
sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.
(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload
may exist only in some departments and this require narrower solution such as redesign
of the way a job is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071

juga berpunca daripada lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia
masing- masing. Justeru, adalah amat diperlukan untuk setiap organisasi menyusun
semula tugasan mengikut kesesuaian dan kemahiran setiap guru bagi mengelakkan
tekanan dalam diri masing masing. Jika guru diberikan bebanan kerja mengikut
kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu tertekan kerana tidak mampu
menyiapkan tugasan.
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan
peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa
masalah mereka sehingga ke sekolah. Contohnya amarah kerana bergaduh dengan
suami ketika di rumah berlarutan sehingga ke bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan
sejawat yang ingin beramah mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang
tugasan yang sepatutnya dilaksanakan bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional
dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak
menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah
sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi
dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.
Guru perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok
berbeza yang perlu diasingkan jika timbul apa- apa permasalahan. Kegagalan guru
mengasingkan keperluan kedua dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi
tekanan dalam diri. Namun, jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi,
maka mood dan suasana ceria tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa-
apa urusan rasmi yang lain. Hal ini kerana mood yang baik biasanya akan berpindah
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071

kepada orang lain dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang damai dan
ceria.
Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri
sendiri. (Mohan, 1997) most stress is experienced only because of our imagined fears.
Fears triggered off by external factors and our reasoning of these factors. Now we must
learn how to control our fears, so that we can control our stress. Jelas menunjukkan
melalui pernyataan ini bahawa untuk mengatasi stres, guru perlu yakin dan tidak takut
pada cabaran yang terbentang di hadapan mata.
MOHAMAD NAZRIN BIN ABDUL LATIF 911202-02-6071