Anda di halaman 1dari 7

Soalan Pendidikan Moral Tahun 3

Jawab semua 10 soalan.



Baca dan bulatkan jawapan yang betul.


1. Mei Lin berbangsa Cina, kamu patut menghantar ______________
kepadanya.

A. kad Selamat Hari Raya
B. Kad Selamat Hari Deepavali
C. kad Selamat Tahun Baru Cina


2. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti
oleh Raju?

A. Islam
B. Buddha
C. Hindu


3. Hendry tidak makan secara berlebihan, walaupun makanan itu sedap.

A. Dia tidak kuat makan.
B. Dia tidak suka makanan itu.
C. Dia mengutamakan kesihatan.


4. Rizul terjumpa sebuah dompet di kantin sekolah. Dia _____________

A. mengambil dan membelanjakan wangnya.
B. mengambil dan serahkannya kepada guru.
C. mengambil dan simpan dalam begnya.


5. Saya membasuh baju dengan ____________________

A. sabun
B. ubat gigi
C. syampu


6. Kemudahan awam seperti tandas, telefon awam dan paip bomba
mestilah diawasi dengan _____________________

A. sangat baik
B. merosakkannya
C. tidak mengambil tahu


7. Syahira selalu __________________ adiknya yang
belum pandai membaca.

A. tidak peduli
B. membiarkan
C. menunjuk ajar


8. Apabila bercakap dengan ibu bapa kita mestilah_______________

A. kurang sopan.
B. meninggikan suara.
C. merendahkan suara.


9. Jika kamu bersalah, kamu akan ________________________

A. meminta maaf.
B. mengulangi kesalahan itu.
C. membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan.


10. Kita patut ___________________ semasa lagu Negaraku
dinyanyikan.

A. berlari
B. berdiri tegak
C. berbual bersama kawan


[ 10 markah ]













Soalan Struktur

A. Isi tempat- tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang
sesuai.






1. Zubir membantu abangnya
__________ cermin tingkap.



2. Kumar ______________ semula
buku-bukunya di dalam almari
selepas menggunakannya.



3. Hafiz sedang ________________
kolam ikan di belakang
rumahnya.



4. Nurin _________________ bunga
di halaman rumah.



5. Kakak sedang _______________ sampah
di ruang tamu.












membersihkan
mengelap menyusun
menanam menyapu
2. Laporan tentang struktur item dari segi kesesuaian

Soalan objektif
Bil Nombor Soalan Soalan yang digubal Catatan
1. 1 Tidak perlu Soalan bersesuaian
dengan aras murid

2. 2 Tidak perlu Soalan bersesuaian
dengan aras murid

3. 3 Hendry sentiasa makan makanan
yang seimbang
A. Dia terlalu memilih
makanan
B. Dia tidak suka makanan
itu.
C. Dia mengutamakan
kesihatan.

Perlu meletakkan
aras yang lebih
tinggi
4. 4 Tidak perlu Soalan bersesuaian
dengan aras murid

5. 5 Saya membasuh baju sehingga
bersih

A. Membuang masa
B. Menjaga kebersihan
C. Melakukan pembaziran

Perlu tinggikan aras
soalan
6. 6 Tidak perlu Soalan bersesuaian
dengan aras murid

7. 7 Tidak perlu Soalan bersesuaian
dengan aras murid

8. 8 Kita mestilah __________________
ketika bercakap dengan ibu
bapa kita.

A. kurang sopan.
B. meninggikan suara.
C. merendahkan suara.

Struktur ayat lebih
sesuai
9. 9 Tidak perlu Soalan bersesuaian
dengan aras murid

10. 10 Kita sepatutnya
___________________ semasa
lagu Negaraku dinyanyikan.

A. berlari
Struktur ayat lebih
sesuai
B. berdiri tegak
C. berbual bersama kawan
















































Refleksi

Satu pengalaman yang baik dan menarik itulah ungkapan yang dapat saya berikan
sepanjang pengalaman saya menyiapkan kerja kursus ini.

Pertama sekali apabila menerima tugasan ini saya beranggapan ini adalah satu
tgasan yang agak mencabar, ini kerana dalam membina soalan pendidikan moral
agak sukar bagi saya tambahan pula di sekolah saya semuanya murid melayu.
Walaupun pada dasarnya agak mudah untuk membina soalan tetapi ia juga
memerlukan kemahiran memandangkan soalan yang hendak dikemukakan perlulah
bersesuaian dengan murid.
.
Melalui tugasan ini dapatlah saya faham dengan lebih lanjut lagi dalam menggubal
soalan .Melalui penerangan pensyarah melalui tutor yang diberikan banyak
maklumat yang saya perolehi. Selain daripada itu saya juga mendapatkan maklumat
melalui internet dan juga membuat temubual melalui rakan-rakan sekerja untuk
mendapatkan maklumbalas tentang pembelajaran supaya ia lebih tertumpu kepada
murid. Dengan secara tidak langsung ia memberikan satu idea baru dalam
pengajaran yang akan saya lakukan.

Memang saya tidak nafikan sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak halangan
serta perlbagai masalah yang dihadapi terutama dengan kekangan masa. Seperti
yang sedia maklum, pada awal tahun ini banyak aktiviti-aktiviti sukan dijalankan di
sekolah-sekolah dan saya tidak terkecuali terlibat dalam sukan ini baik dalam
melatih murid mahupun membawa murid pergi bertanding di mana-mana bahagian.
Jadi dengan aktiviti tersebut saya terpaksa mengagih masa dengan sebaik mungkin
untuk menyiapkan tugasan ini. Tetapi Alhamdulillah dengan pengurusan masa yang
baik dapt juga saya menyiapkan tugasan ini walaupun tidaklah sebaik yang mana
tetapi ia dapat membantu saya menambah pengetahuan dengan lebih mendalam
lagi.

Selain itu, dalam membuat tugasan ini, banyak ilmu yang saya perolehi terutama
dalam peningkatan perkembangan individu. Saya dapat mengetahui perkembangan
individu tersebut melalui hasil kajian tugasan ini Apa yang saya harap, tugasan ini
dapat dikongsi bersama dan memberi satu pandangan yang baik untuk setiap
masyarakat terutama golongan pendidik atau ibu bapa dalam melihat perkembangan
anal-anak mereka dengan lebih baik lagi.