Kebanyakan orang menggelarkan fabrik sebagai tekstil. Namun begitu, tekstil
dan fabrik adalah dua benda yang berbeza tetapi ia saling berkait. Tekstil adalah material fleksibel yang terbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibuat dengan cara penyulaman, penjahitan , pengikatan atau pun pressing. Terdapat dua perbezaan antara dua istilah ini, tekstil digunakan untuk menyebutkan bahan apa pun yang terbuat daripada tenunan benang manakala fabrik merupakan hasil jadinya.
Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan. Gentian ini diproses untuk dijadikan yarn, benang, dan seterusnya menghasilkan fabrik. Fabrik dihasilkan dengan kaedah tenun, kait, dan tanpa tenun. Setiap cara ini menghasilkan fabrik yang berlainan rupa dan sifat. Fabrik boleh ditambah baik dan diberi kemasan. Proses kemasan dilakukan kepada fabrik bagi membaiki kelemahan gentian fabrik supaya menjadi lebih baik dan kemas.
Jenis-jenis binaan fabrik
Terdapat 3 jenis binaan fabrik iaitu:
Tenun Kait Tanpa tenun
a) Fabrik Tenun
Dua set yarn iaitu yarn memanjang dan yarn melintang dijalinkan untuk melakukan tenunan. Yarn memanjang menjadi asas kepada benang lungsin