Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

Bilangan jurnal : 6
Minggu praktikum : Minggu enam
Tarikh peristiwa : 25 Ogos 2014 29 Ogos 2014
Tajuk jurnal : Tidak mengaplikasikan konsep berfikir aras tinggi (KBAT)
MASALAH
Berdasarkan pemerhatian saya selama seminggu ini saya dapati saya kurang
mengaplikasikan konsep berfikir aras tinggi. Saya tidak menerapkan unsur-unsur yang boleh
merangasang murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

ANALISIS

Masalah ini timbul apabila saya hanya menggunakan soalan-soalan yang mudah dan soalan
rutin semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya tidak mengajukan soalan
yang merangsang mereka berfikir ke aras yang lebih tinggi. Selaras dengan seruan kerajaan guru-
guru perlu mengaplikasikan gaya pemikiran aras tinggi kepada murid-murid suapaya dapat
melahirkan pendidik dan pelajar kelas pertama.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Ciri-ciri soalan yang baik merupakan soalan yang mempunyai unsur-unsur
KBAT. KBAT ialah "Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu." [BPK 2013] KBAT adalah proses kitaran dari pemikiran aras
rendah (KBAR) ke pemikiran aras tinggi (KBAT). KBAT memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif,
kritis, logik dan meta kognitif. Saya juga perlu merangsang murid untuk menyelesaikan masalah.
Saya perlu membuat pembacaan yang mendalam tentang gaya pemikiran aras tinggi. Selain itu
saya juga perlu menyediakan soalan-soalan yang dapat merangsang minda murid dan juga
mengikut tahap dan kemampuan murid-murid.




TEMPOH PENYELESAIAN

1 September 5 September 2014, Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh
masa seminggu.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan meminta nasihat kepada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Selain itu
saya perlu membuat kajian bagaimana contoh dan bentuk-bentuk soalan yang merangsang
pemikiran KBAT ini. Saya juga perlu memastikan soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab oleh
murid-murid. Saya juga perlu memastikan untuk kelas di masa akan datang saya perlu
menyediakan soalan KBAT yang dapat merangsang pemikiran murid.


KESIMPULAN
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.
Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,
konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk
tindakan yang terarah dan sewajarnya. Oleh itu sebagai seorang guru saya perlu merangsang
pemikiran aras tinggi murid.

.