Anda di halaman 1dari 5

Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122)

Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011
CATATAN REFLEKSI PROJEK 1

1. Isu/Perkara yang di fokus:
Pelaksanaan Majlis Bertemu Pelanggan & Penyematan Lencana Motivasi UPSR
2. Analsis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :
Hari Bertemu Pelanggan ini diadakan dapat mewujudkan hubungan
dua hala di antara ibu bapa/ penjaga dengan pihak sekolah bagi
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik
dan sahsiah murid. Dengan cara ini diharapkan kedua-dua pihak dapat
mengatasi masalah pembelajaran dan sahsiah anak-anak dan
seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid di bidang akademik.
Selain itu, ibu bapa dapat berbincang dengan guru kelas mengenai
cara pembelajaran yang sesuai untuk anak mereka.
Program Penyematan Lencana Motivasi UPSR ini merupakan sebuah
program yang dilaksanakan khusus untuk pelajar Tahun 6 yang bakal
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dapat
digunakan sebagai alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke
arah kebaikan dan kemajuan. Lencana yang disematkan ke baju setiap
murid dapat memotivasikan dan menyedarkan mereka mengenai tugas
dan peranan yang perlu dilaksanakan mereka untuk mengharumkan
nama sekolah. Seterusnya, program ini dapat membuat pendekatan
yang terbaik untuk semua pelajar dan khususnya pelajar Tahun 6 ini
bersedia bagi menghadapi UPSR nanti agar mereka bukan hanya
bergantung dapatan daripada guru di sekolah tetapi para ibubapa dan
penjaga turut berkerjasama memastikan anak-anak mereka melakukan
persiapan yang betul untuk UPSR dan peperiksaan yang akan datang
nanti. Secara keseluruhan program ini mendapat sambutan daripada
ibubapa dan penjaga.
Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122)
Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011
2.2 Kelemahan:
Penyediaan tempat yang kurang kondusif semasa Majlis Bertemu
Pelanggan dijalankan. Ini disebabkan oleh terdapat dua kelas yang
digunakan untuk majlis yang dijalankan secara serentak iaitu Majlis
Penyematan Lencana Motivasi UPSR. Terdapat juga beberapa
kekurangan dalam pengurusan majlis di mana, kurangnya komunikasi
di antara Pengerusi Majlis dan Pengurus Murid Tahun 6.

3. Cadangan penambahbaikan:
Sebagai cadangan penambahbaikan, pihak sekolah boleh menjemput
penceramah luar untuk memberikan kata-kata motivasi kepada murid
Tahun 6, iaitu penceramah yang terdiri daripada guru-guru yang
cemerlang dalam UPSR serta pensyarah yang berpengalaman dalam
menyampaikan ceramah motivasi. Selain itu, pengerusi majlis perlu lebih
banyak berkolaborasi dengan guru yang menguruskan murid Tahun 6 dan
raptai penuh harus dilakukan dengan baik dan terancang bagi
mengelakkan kecacatan pada majlis. Diharapkan agar matlamat sekolah
dan pelajar untuk mencapai sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat
direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini demi
mencapai impian untuk menjulangi SK. Kg. Baru, Keningau.











Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122)
Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011
CATATAN REFLEKSI PROJEK 2

1. Isu/Perkara yang di fokus:
Melaksanakan Pertandingan Sudoku Tahap 2
2. Analsis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :
Aktiviti ini merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan
kemahiran berfikir murid secara kritikal seperti menyelesaikan
masalah. Ini juga menuju ke arah penggalakkan dan pendedahan
pemikiran aras tinggi kepada murid. Selain itu, murid dapat melibatkan
diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum dalam masa yang sama.
Ini dapat mengembangkan dan menyeimbangkan potensi murid dalam
bidang matematik dan permainan.

2.2 Kelemahan:
Pemilihan tempat yang kurang sesuai menyebabkan fokus murid agak
terganggu dengan bunyi bising daripada persekitaran. Selain itu,
tempat yang sempit, tidak dapat menampung kapasiti peserta
menyebabkan kemudahtadbiran dan kebolehpercayaan pertandingan
agak menurun sedikit kerana potensi mereka meniru rakan adalah
tinggi.

3. Cadangan penambahbaikan:

Pemilihan tempat yang kondusif seperti di dalam kelas yang luas dapat
meningkatkan kemudahtadbiran dan kebolehpercayaan pertandingan tersebut.
Pemilihan tempat yang baik juga dapat mengawal disiplin murid semasa
pertandingan dijalankan. Saya harus membuat perancangan lebih teliti untuk
membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan
lebih baik dan disiapkan pada tempat yang sesuai dan masa yang ditetapkan.

Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122)
Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011
CATATAN REFLEKSI PROJEK 3

1. Isu/Perkara yang di fokus:
Melaksanakan Projek Sempena Bulan Kemerdekaan
2. Analsis isu / perkara yang difokus:

a. Kekuatan :
Antara kekuatan projek yang dijalankan adalah aktiviti atau pertandingan
yang dijalankan melibatkan semua pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan ini, mereka akan terlibat secara di samping menanam semangat
patriotisme dan cintakan negara. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan juga dapat
mencungkil bakat pelajar seperti pertandingan mereka cipta. Melalui inovasi
dan kreativiti yang dilakukan oleh pelajar dalam menghasilkan replika
bangunan, semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat diwujudkan. Di
samping itu, murid-murid juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan
kemahiran berfikir aras tinggi.

b. Kelemahan:
Antara kelemahan yang dikenalpasti melalui projek ini adalah kekangan
tempat dan waktu. Kawasan yang digunakan untuk pertandingan kurang
sesuai. Sebagai contoh, semasa pertandingan teka silang kata dijalankan.
Murid duduk terlalu rapat dengan murid yang lain semasa pertandingan ini
dijalankan. Hal ini menyebabkan kemungkinan murid meniru semasa
pertandingan di jalankan adalah tinggi.
Selain itu, saringan peserta nyanyian juga tidak dijalankan terlebih dahulu.
Hal ini menyebabkan pertandingan akhir yang dijalankan mengambil masa
yang lama dan pemilihan pemenang menjadi sukar. Seterusnya, semasa
pertandingan melukis dilaksanakan, pihak pengelola tidak mengingatkan
pelajar tentang ciri-ciri yang akan dinilai di samping bahan-bahan yang boleh
digunakan juga tidak dinyatakan dengan jelas.


Noor Farrah Wahida Binti Ahmad Murad (910805-12-6122)
Sekolah Internship : SK.Kg. Baru, Keningau PISMP Sains Ambilan Januari 2011
3. Cadangan penambahbaikan:
Kami telah menggariskan beberapa cadangan penambahbaikkan bagi projek ini
pada masa akan datang iaitu :
i) Menyediakan lokasi pertandingan yang lebih selesa dan luas.
ii) Menjalankan fasa saringan bagi pertandingan nyanyian lagu patriotik.
iii) Menyatakan bahan-bahan dan aspek-aspek yang akan dinilai dalam melukis
poster.
iv) Menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan seperti sajak
kemerdekaan, koir, pidato kemerdekaan, pertandingan kelas berhias dan
perarakan merdeka.