Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal
oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran
Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif
serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input
pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru
telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.
Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan
tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, standard kandungan, tajuk, pengetahuan sedia ada,
standard pembelajaran, hasil pembelajaran, penyerapan, unsur KBKK, pendekatan, strategi
dan bahan bantu belajar.
Rancangan pengajaran juga merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka
waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah
untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping
meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang
pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.
Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai
keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan
strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan
pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara
yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur membolehkan guru :
1. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang dirancang.
2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam jangka masa
yang diperuntukkan.


3. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat
pelajar.
4. Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan.
5. Merancang aktiviti pelajar yang sesuai.
6. Mengawal bilik darjah dengan baik.
7. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.
8. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.
9. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
10. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan
teratur.
11. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran.
12. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
13. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan
lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat
membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan
murid bermasalah pembelajaran.







3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

1. Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
2. Tarikh / Hari : 12 Mac 2014 ( SELASA)
3. Kelas : 2 Prestij
4. Masa : 8.30 pagi 9.30 pagi
5. Bilangan Murid : 25 Orang
6. Standard Kandungan : 4.1 Mengamalkan budaya berterima kasih dalam keluarga
7. Tajuk/Topik : Hargailah Keluarga Kita
8. Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
4.1.1 Menerangkan cara memberi dalam penghargaan
keluarga
4.1.2 Menyenaraikan kepentingan memberi penghargaan
4.1.4 Mengamalkan cara memberi penghargaan dalam
keluarga
9. Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mengucapkan ucapan terima kasih
10. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat :
i) Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga cara berterima
kasih kepada ahi keluarga dengan betul secara lisan.
ii) Menyedari dan menyatakan kepentingan memberi
penghargaan dalam keluarga dengan betul dan tepat
secara bertulis.
iii) Menunjukkan satu cara terima kasih kepada keluarga
dengan menghasilkan satu kad ucapan yang menarik.
11. Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual
12. Unsur KBKK : Menghubungkait, menjana idea, membuat ramalan,
menerangkan sebab
13. Pendekatan : Pemupukan Nilai, Kontekstual,
14. Strategi : Berpusatkan murid, guru, dan bahan
15. Bahan Bantu Mengajar : Tayangan video, slaid popwerpoint, laptop, projector LCD,
manila kad, lembaran kerja, pensil warna, gunting.





Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tayangan video
Upin dan Ipin

Contoh Soalan :

Siapakah yang memberi
salam kepada Cikgu ?

Apakah ucapan salam
yang mereka lafazkan ?

Apabila gurunya
memberi duduk ,apa
ucapan yang dilafazkan?

- Guru memulakan kelas
dengan memberi salam dan
bacaan doa.
- Guru menunjukkan tayangan
video Upin dan Ipin kepada
murid.
- Guru meminta murid melihat
tayangan tersebut dengan
teliti.
- Murid melihat tayangan
tersebut dengan teliti.
- Guru berbincang dengan
murid isi tayangan tersebut.
- Guru bertanya soalan kepada
murid.
- Murid menjawab soalan.
- Guru mengaitkan tayangan
video dengan tajuk yang akan
dipelajari.

Kecerdasan
pelbagai :
- Visual
- Verbal
Linguistik

BBM:
- Laptop,
- Projector
- LCD
- Tayangan
- Video

Pendekatan :
Kontekstual

Langkah 1
(15 minit)
Cerita
Sang Kerbau, Sang
Buaya dan Sang Kancil







- Guru meminta murid duduk
dalam separuh bulatan.
- Guru menayangkan cerita
yang ditayang menggunakan
slaid powerpoint dengan
penuh ekspresi kepada murid-
murid.
- Guru bercerita sambil
menanyakan soalan kepada
murid.
- Murid menjawab soalan yang
ditanya oleh guru.
Kecerdasan
pelbagai :
- Interpersonal
- Linguistik

Pendekatan :
Kontekstual










Contoh soalan:
1. Apakah nilai baik
yang dipelajari
berdasarkan cerita
tersebut?
2. Apakah perkataan
yang sesuai
diucapkan untuk
menghargai
seseorang?
3. Patutkah kita
mengucapkan terima
kasih ?


-Guru berbincang dengan
murid tentang intipati dan nilai-
nilai moral yang terdapat
daripada cerita tersebut.
- Guru mendapatkan maklum
balas daripada murid-murid
tentang cerita tersebut.
- Guru berbincang dengan
murid tentang kebaikan
menyatakan ucapan terima
kasih kepada orang yang telah
membantu kita .







BBM:
- slaid
powerpoint
- cerita Sang
Kerbau dan
Sang Kancil .
Langkah 2
(20 minit)
Penghasilkan kad
ucapan terima kasih











- Guru mengedarkan kad manila
kepada setiap murid.
- Guru meminta murid
menghasilkan sekeping kad
ucapan terima kasih kepada
salah seorang ahli keluarga
mereka.
- Guru menunjukkan beberapa
keping contoh kad sebagai
gambaran kasar kepada
murid.
- Murid menghasilkan kad
ucapan masing-masing
BBM:
- kad manila
- pensil warna
- gunting





mengikut kreativiti mereka.
- Guru mengarahkan murid
menulis ucapan di dalam kad
yang telah di hasilkan.
- Murid menulis ucapan di
dalam kad tersebut.
- Guru meminta murid memberi
kad ucapan terima kasih
kepada ahli keluarga masing-
msing.
- Murid memberikan kad
tersebut kepada ahli keluarga
masing-masing.
Langkah 3
(15 minit)
Lembaran kerja nilai
terima kasih :






- Guru mengedarkan lembaran
kerja nilai terima kasih kepada
murid.
- Guru meminta murid
berbincang dengan rakan
untuk menyiapkan lembaran
kerja nilai terima kasih.
- Murid berbincang dengan
rakan untuk menyiapkan
lembaran kerja nilai terima
kasih.
- Guru berbincang jawapan
dengan murid apabila siap
menjawab soalan
- Murid berbincang jawapan
dengan guru apabila siap
menjawab soalan.
- Guru menghubungkaitkan
tugasan lembaran kerja
dengan nilai terima kasih.

BBM:
- lembaran
kerja

Pendekatan :
Kontekstual
















Penutup
(5 minit)
Kesimpulan






- Guru meminta murid
menyatakan perasaan nilai
terima kasih.
- Murid menyatakan perasaan
nilai terima kasih.
- Guru mengingatkan murid
supaya mempraktikkan sikap
terima kasih semasa di
sekolah.
- Murid mengamalkan sikap
terima kasih semasa di
sekolah.
- Guru meminta murid
menyatakan nilai daripada sifat
terima kasih.
- Murid menyatakan nilai
daripada sifat terima kasih.
- Murid menyanyi lagu terima
kasih Guru dengan tayangan
Slide .




Pendekatan :
Kontekstual


REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya
dapat menyiapkan tugasan Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102)
dengan jayanya. Dengan masa yang telah ditetapkan, tugasan projek ini telah selamat saya
serahkan pada 1 April 2014 setelah melalui beberapa pengubahsuaian melibatkan Peta Minda I
Think ,Artikel Dilema Moral dan Rancangan Pengajaran Harian serta sebagainya.
Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102) merupakan salah satu
subjek yang menyediakan pengetahuan dalam merancang dan membina aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pada semester ini, saya diminta menyediakan Peta Minda Berbentuk I Think
tentang kaedah pembelajaran Kontekstual dan Kolaboratif , membina Rancangan Pengajaran
Harian Pendidikan Moral untuk tempoh masa 60 minit dan menyediakan Ulasan Artikel Dilema
Moral serta langkah mengatasinya .
Sebelum melaksanakan sepenuhnya tugasan, taklimat dan penerangan daripada Pn
Tengku Nor Husna Bt Tengku Jamil, pensyarah bagi matapelajaran Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102) telah saya gunakan sebagai rujukan untuk menjadi
panduan dalam penyediaan tugasan ini. Secara kasarnya, tugasan ini kelihatan mudah
memandangkan saya telah beberapa kali menghasilkan RPH untuk diadaptasikan di dalam
kelas.
Bagi penyediaan RPH, seperti yang telah saya nyatakan tadi, walaupun saya biasa
melaluinya, namun merancang untuk menjalankan aktiviti dengan sebaiknya sedikit sebanyak
menyulitkan keadaan. Ini kerana penyediaannya mestilah tepat dengan kehendak objektif yang
dihasratkan. Justeru, hasil pembelajaran yang telah saya pilih perlu disepadankan dengan aras
kemampuan murid yang hendak difokuskan.
Saya dapat rasakan aktiviti yang saya jalankan untuk tempoh satu jam itu, akan
memberi manfaat besar bukan sahaja kepada guru bahkan kepada murid seluruhnya.
Pemilihan teknik dan Kaedah Kontekstual sedikit sebanyak membantu murid memahami tajuk
pelajaran yang ingin disampaikan secara mendalam dan sesuai dengan tahap kemampuan
murid.Ini menambahkan lagi keyakinan saya dalam memastikan hasrat yang terkandung dalam
objektif pembelajaran akan tercapai dengan jayanya.


Begitu juga dengan hands on yang telah saya aplikasikan sewaktu menghasilkan kad
ucapan, sudah tentu akan memberi peluang dan ruang kepada murid untuk mencetuskan dan
melahirkan idea-idea baharu. Dan saya yakin, dengan pemilihan dan penggunaan yang saya
apliksikan ini, akan tercapailah objektif yang saya hasratkan itu.
Waktu senggang antara subjek telah saya gunakan sebaiknya untuk berbincang
bersama rakan kelas mengenai kemahuan dan kehendak soalan. Melalui perbincangan ini,
lahirlah idea-idea yang boleh saya manfaatkan dan aplikasikan ke dalam tugasan ini nanti.
Walaupun kadang-kadang terdapat percanggahan idea yang mungkin akan mengusutkan lagi
keadaan, dengan sifat keguruan yang ada, saya telah mampu menyerapnya untuk mencari
jalan penyelesaiannya.
Namun, terdapat beberapa kekangan terutamanya melibatkan bahan rujukan.
Kekurangan sumber seperti buku dan maklumat dari internet juga sedikit menyukarkan
pergerakan tugasan saya.Malah pembinaan peta minda I think yang tak pernah saya dengari
telah Berjaya saya lakukan . Hal ini secara tidak langsung merencatkan agenda yang telah
dirancang. Alhamdulillah, sewaktu berkunjung ke lobi maktab dan perpustakaan negeri , nasib
menyebelahi saya apabila terdapat beberapa buku yang telah menjadi panduan utama saya
dalam menyiapkan tugasan ini,
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, secara keseluruhannya dapatlah saya katakan
bahawa terdapat kekuatan dan kelemahannya sendiri. Mungkin kekuatan yang ada pada saya
merupakan kelemahan pada pihak lain dan begitulah sebaliknya. Kekuatan kerjasama rakan
sekelas memang tidak saya nafikan.
Namun, terdapat juga kelemahan yang saya tidak dapat elakkan. Antaranya persiapan
menghadapi Pertandingan Akhir Tarian peringkat negeri yang saya hadapi. Dengan kesibukan
yang terpaksa ditanggung, saya terpaksa melupakan seketika masalah tugasan ini sebelum
membukanya kembali untuk menyiapkannya. Hal ini jelas menunjukkan pembaziran masa yang
agak panjang dan mungkin untuk semester seterusnya masa yang dikhususkan untuk
menjalankan tugasan tidak akan lagi merangkumi waktu aktiviti luar.
Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam
menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan boleh dibuat sambil lewa
sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam menyediakan
RPH yang sempurna.


Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik yang
boleh menarik minat pelajar. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai dan
mencapai matlamat kurikulum Pendidikan Moral sekolah rendah iaitu membentuk insan
berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan
negara serta masyarakat global.
Secara keseluruhan, pandangan mata kasar sebelum meredah sendiri untuk
menyediakan tugasan yang sebenar tidak seindah khabar. Semuanya mudah pada awalnya.
Namun tidak pada akhirnya. Itulah tanggapan yang dapat saya coretkan sebelum mengemudi
sendiri dalam menyiapkan tugasan ini. Pelbagai masalah yang saya hadapi tetap berjaya saya
tangani dan kesemua ini mengajar saya untuk menjadi guru yang lebih baik. Bergerak secara
individu untuk melaksanakan tugasan ini bukan mudah kerana terlalu banyak fakta dan isi untuk
dipertimbangkan seorang diri namun dengan bantuan rakan kelas,sekolah dan pensyarah telah
berjaya meyakinkan bahawa saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan
yang terbaik.
Akhirnya, tiada kalimah yang mampu menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran
melainkan hanya kepada yang Maha Esa. Saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi
kriteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang
saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang guru yang
terbilang khabar kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang
membacanya. InsyaAllah.
Terima kasih.








5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan pendidikan moral: Siri pendidikan fajarbakti.
Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Abdul Rahman Md. Aroff., & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof, 2007 `Prinsip Pengajaran Penulisan Batu Caves, Kuala
Lumpur.hlm 255-262
Adler, P.A., & Adler, P. (1998). Observational techniques . Dalam N. K. Denzin dan Y.Lincoln
(Eds.). Collecting and interpreting qualitative material. Thousand Oaks CA: Sage
Publications. hlm. 79-109.
Dr. Tam Yeow Kwai.Kwai, T. Y. (2006). Pendidikan Moral : Konsep dan Pedagogi Pendidikan
Guru. Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman.
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Aini Hassan (1996). A study of Malaysian history teachers subject matter and pedagogical
content knowledge. Tesis Ed.D yang tidak diterbitkan. Monash University, Australia.
Aini Hassan (2001). Pelbagai kaedah pengutipan dan penganalisisan data pengetahuan guru.
Dalam Marohaini Yusoff (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan
kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Anderson, C. W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher
preparation. Dalam A. E. Woolfolk (Ed.), Research perspectives on the graduate
preparation of teacher. Englewood Califfs, NJ: Prentice Hall.
Downey, M., & Kelly, A. W. (1978). Moral education theory and practice. London: Harper & Row
Publisher.
Ee Ah Meng. (1988) Pendidikan moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd.
Julia. (2010). Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral.
Dilayari pada 27 Julai 2013 dari laman web http://majorpra.blogspot.com/2010/
11/1.htm