Anda di halaman 1dari 1

Pameran Buku

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berkunjung ke Pameran


Buku di KLCC. Kami menaiki kereta bapa dan tiba di sana pada pukul
11 pagi.

Sebaik sahaja tiba di sana, orang sudah ramai. Keadaan di sana
terlalu sesak dan riuh-rendah. Semua orang sibuk memilih dan
membelek-belek buku yang dipamerkan di situ.

Pameran itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Pelbagai jenis buku dari seluruh dunia dipamerkan. Harga buku yang
dijual pada hari itu sangat murah. Pelbagai tawaran diskaun diberikan
kepada orang ramai. Alat tulis dan kamus elektronik juga dipamerkan di
sana.

Pada hari itu, beberapa orang penulis terkenal juga berada di situ
untuk memperkenalkan buku-buku terbaru mereka. Orang ramai juga
boleh membeli buku mereka dan mendapatkan tandatangan.

Tiga jam selepas melawat pameran itu, kami pun pulang. Saya
berasa gembira kerana dapat membeli banyak buku baru dengan harga
yang rendah.