Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian Matematik KSSR Tahun 1

Mata pelajaran : Matematik


Kelas : Tahun 1 Astronomi
Tarikh : 11 Ogos 2014
Masa : 11.30 pagi 12.00 tgh (30 minit)
Bilangan murid : 20 orang
Bidang : Nombor Dan Operasi
Tajuk : Nombor Bulat Hingga 100
Standard Kandungan : 1.2 Menama dan menentukan nilai.
Standard Pembelajaran : 1.2.1 Menamakan nombor hingga 100.
: 1.2.2 Menentukan nilai nombor hingga 100.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran, murid berupaya untuk :
1. Menentukan kuantiti bagi nombor yang disebut menggunakan objek dan memadankan kumpulan objek
dengan nombor.
2. Membandingkan dua nombor dan menyatakan hubungan lebih daripada dan kurang daripada
3. Menyusun kumpulan objek mengikut urutan tertib menaik dan menurun
4. Menyusun nombor mengikut turutan menaik dan menurun berselang seli.




MATEMATIK
KSSR
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1. Kad nombor ( 1 hingga 9)
2. Kad gambar ( 1 hingga 9)
3. Buku Nombor Origami (1 hingga 9)
3. Garisan berskala tanpa nombor (tali rafia)
4. Coklat kacang Nips
5. Mangkuk kecil Sa dan Puluh
6. Lembaran kerja

Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kad nombor (1 hingga 9)
2. Lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mengenal angka dari pengalaman melihat nombor yang ada di persekitaran.
Murid telah mempelajari konsep 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 menggunakan gambar dan sebagainya juga telah menguasai konsep perbandingan banyak
dan sedikit.



Langkah /
Masa
Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Membezakan kumpulan
objek banyak dan sedikit:
1) 2 botol air minuman
yang berlainan saiz.
2) 2 pinggan polistrin
yang berlainan.
3) 2 tali yang berlainan
saiz.
4) 2 plastik yang
berlainan saiz.


1. Guru menunjukkan beberapa bahan kitar semula yang
berlainan saiz kepada murid seperti :-
a) Botol air minuman
b) Pinggan polistrin
c) Tali
d) Plastik

2. Guru menyoal murid tentang objek saiz objek mana
yang lebih besar dan panjang.

3. Murid memberi respon dengan cepat dan
bersemangat kerana telah memahami konsep pada
Pengajaran dan Pembelajaran yang lepas.

4. Guru memulakan aktiviti permainan tutup mata dan
angkat jari bersama murid.



Strategi/Teknik:
Penyoalan seluruh kelas.
Mengingat kembali
fahaman yang lepas/
Mencungkil idea


Langkah 1
(10 min)

Mengenalpasti kedudukan
nombor secara menaik dan
menurun.
Menyusun nombor secara
tertib menaik dan menurun


1. Guru mengedarkan Buku Nombor Origami kepada
setiap kumpulan murid.

2. Guru meminta murid membilang nombor satu per
satu mengikut urutan menaik dan urutan menurun.


3. Murid membilang gambar objek mengikut urutan
menaik dan menurun

4. Guru merangkan bahawa nombor disusun mengikut
nilai yang makin bertambah dan makin berkurangan.
AKTIVITI PENGUKUHAN
Minta murid melekatkan kad nombor dengan kemas dan
cantik di atas kad plastik serta menggunting nombor mengikut
turutan menaik dan menurun. Pamerkan hasil kerja murid di
papan kenyataan.




Kemahiran menstruktur/
Menstruktur semula
Strategi/Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam
kumpulan

Sikap saintifik dan nilai
murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
AKTIVITI PEMULIHAN:
Murid menyusun kad
nombor mengikut urutan
menaik dan urutan
menurun di dalam
kumpulan kecil.


Langkah 2
(10 min)

Murid menggunakan
mangkuk kecil untuk mengisi
coklat Nips bagi
menyelesaikan soalan pada
lembaran kerja.

1. Guru mengedarkan coklat Nips dan dua mangkuk kecil
yang pada setiap satu tertulis rumah Sa dan Puluh.

2. Kemudian lembaran kerja diedarkan. Guru meminta
murid mengisi mangkuk kecil mengikut jumlah yang
tertera pada lembaran kerja.

3. Murid-murid menyelesaikan soalan pada lembaran
kerja dengan mengira menggunakan coklat Nips.
Kemudian membandingkan kuantiti melalui
perbandingan.

Strategi:
Perbincangan kumpulan
Aplikasi idea
Sumber pengajaran:
lembaran kerja
Penutup
(5 min)

Penutup kognitif :
Nombor yang mempunyai 2
digit nombor dikenali sebagai
nombor puluh.
Penutup social :
Terangkan sifat saling
bekerjasama terutama
apabila berada di dalam
kumpulan atau pasangan.


Taksir kefahaman murid dengan memberi bimbingan
membuat generalisasi pengajaran guru berdasarkan
pengalaman menjalankan aktiviti.
Rumusan:
Murid mengetahui nombor yang mempunyai 2 digit nombor
dikenali sebagai nombor puluh.
Nilai dan Sikap :
Guru menerangkan sifat saling bekerjasama terutama apabila
berada di dalam kumpulan atau pasangan.


Strategi:
Penyoalan keseluruhan
kelas

Anda mungkin juga menyukai