Anda di halaman 1dari 4

TINJAUAN LITERATUR

NYANYIAN
Nyanyian adalah bidang muzik yang sangat digemari oleh semua kanak-kanak.
Menurut kamus Dewan, Edisi keempat (2005), Nyanyian adalah gubahan muzik.
Maksud nyanyian tidak jauh beza dengan muzik dan juga nasyid. Nasyid
membawa maksud sejenis lagu yang dinyanyikan beramai-ramai atau zikir yang
bersambut-sambutan manakala muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh
keindahan suara. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nyanyian dan nasyid
membawa maksud yang sama sementara muzik adalah gubahan bunyi yang
membentuk nasyid dan nyanyian.

Kanak-kanak amat meminati nyanyian. Hal ini dapat dibuktikan oleh beberapa
kajian yang telah dibuat oleh Gardener (1983) dalam tulisannya Frames of Mind:
The Theory of Multiple Intelligence telah mengesan minat dan kecenderungan
kanak-kanak telah bermula sejak di dalam kandungan lagi. Pembelajaran
menerusi aktiviti muzik dan nyanyian adalah sangat berkesan kerana ia
seluruhnya melibatkan fungsi otak.

Muzik dan nyanyian adalah media pembelajaran yang sangat berkesan bagi
kanak-kanak. Webb (1995) menyatakan bahawa pembelajaran akan lebih berjaya
jika strategi pengajaran guru menggunakan muzik. Menurut Webb, muzik
menjadikan pembelajaran lebih mudah di samping dapat mewujudkan
persekitaran yang merangsangkan. Kanak-kanak akan dapat mempelajari sesuatu
konsep dengan lebih konkrit serta meningkatkan daya kreatif.

Dengan itu, dapatlah dinyatakan di sini, sesuatu pengajaran yang menggunakan
muzik seperti kaedah nyanyian dan juga nasyid mampu meningkatkan minat
murid terhadap pelajaran yang diajar. Coulter (1995), seorang pendidik dalam
bidang sains saraf berpendapat aktiviti muzik member kesan terhadap sistem
saraf.

Seefeldlt (1980) telah menyenaraikan peranan nyanyian atau muzik dalam
pendidikan kanak-kanak. Antaranya nyanyian dapat melatih daya pendengaran
dan meningkatkan daya ingatan. Ia juga membantu kearah pembentukan konsep
sesuatu yang dipelajari.

Menurut Bakar (2006) pula, kajian daripada tokoh-tokoh pembelajaran behavioris
seperti Skinner, Thornadike dan Kognitif-Piaget membuktikan perkembangan
bayi bermula semasa dalam kandungan lagi kerana perkembangan mereka sangat
dipengaruhi oleh seni dan alam persekitarannya.

Berdasarkan kajian naturalistik Piaget, seorang tokoh pengkaji tingkah laku
kanak-kanak telah mengenalpasti kecerdasan bayi mulai wujud dalam enam
peringkat separa berpusatkan kepada rangsangan daripada gelombang bunyi,
pergerakan, warna dan bentuk pola-pola objek.

Menurut Sampbell (1995), muzik dapat merangsang daya pendengaran dan aural.
Melalui muzik juga, individu dapat meningkatkan perkembangan kognitif dan
bahasa kerana muzik memerlukan daya kognitif yang tinggi untuk memahami,
menghayati serta meluahkan inti lirik dalam sebuah lagu.

Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat berguna dan
boleh mebantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi,
rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga membantu dapat
menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu
perkara.
Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di
sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat
merangsang minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak
langsung, telah berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui
kaedah nyanyian.







SENARAI RUJUKAN

BUKU:
Kamus Dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ahmad Mohd Salleh (2003) Pengajian Agama Islam & j-QAF (Metodologi dan
Pedagogi Pendidikan). Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011). Penghantar Penyelidikan
Tindakan Dalam Penyelidikan Tindakan. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Bakar, a.b. (2006). Muzik dan nyanyian dalam pendidikan kanak-kanak. Ampang:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kajian Tindakan. (2011). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Aqidah Sekolah Rendah. Pulau Pinang: IPG Kampus Tuanku Bainun.
Mohd Nawi Ab Rahman. (2002). Teras Penyelidikan. Selangor : Universiti Putra
Malaysia.
Mok Soon Sang.(1993). Pedagogi 2, Strategi Pembelajaran Pengajaran Mikro
Persediaan untuk Pengajaran Praktik. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Norasiah bt Abdullah, Norisah Jamilah bt Mat Lazim, Rosnah bt Ahmad Zain.
(2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shamsina Shamsuddin (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan Di
Sekolah. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Internet:

http://www.docstoc.com/docs/33520737/KEBERKESANAN-LAGU-DALAM-
PROSES-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN

Anda mungkin juga menyukai