Anda di halaman 1dari 20

PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

KRB 3063
PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU












KUMPULAN E-LEARNING
UPSI 02 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016 0123898573

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
TARIKH SERAH: 03 MEI 2014.

PEMARKAHAN
1
2

TUGASAN A
TUGASAN B
JUMLAH



TUGASAN A
SALINA
(KARYA A. SAMAD SAID)
a) Falsafah
b) Estetika dan Kepengarangan
c) Nilai Ilmu

2


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. 0


2.0


3.0


4.0


5.0


6.0








PENGENALAN


FALSAFAH


ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN


NILAI ILMU


RUMUSAN


RUJUKAN









3


3 - 5


5 - 7


7 - 9


9


10







3

1.0 Pengenalan

Menurut M. Thani et. al (1988), novel Salina merupakan kisah masyarakat Melayu yang
menetap di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Kisahnya berkisar
kepada keruntuhan moral, kemiskinan dan pergelutan untuk mempertahankan harga diri peribadi
di tengah-tengah kemelut mementingkan diri sendiri serta ketidakbertanggungjawaban dalam
masyarakat. Novel yang dikarang oleh A. Samad Said ini pada asalnya diberi tajuk Gerhana
namun diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958 dengan judul Salina di atas
permintaan penulisnya sendiri. Kisah yang dipaparkan di dalam novel ini adalah berkisar kepada
kisah seorang wanita yang menjadi watak utama yang mengisahkan kehidupan, peristiwa
kehidupan dan tragedi yang menimpa ke atas dirinya. (105pp)

2.0 Falsafah

Perkataan falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philo dan sophia yang
bermaksud sukakan atau cintakan hikmah. Falsafah ialah suatu kesenian berfikir yang waras,
bernas dan mendalam. Unsur-unsur falsafah yang digarabkan di dalam novel ini mencakupi
unsur-unsur sosial, moral, ekonomi dan budaya masyarakat Melayu pada ketika itu. Pengarang
telah menyampaikan hujah-hujah dan aspirasinya berkisar kepada pelbagai dimensi kehidupan
melalui kehidupan kelas sosial masyarakat selepas perang dunia kedua. Mohd Taib Osman
(1974), menganggap Salina sebagai sebuah karya penting yang membawa realisasi yang
menggambarkan satu kehidupan melarat di sebuah bandar raya dipenuhi dengan kemiskinan,
kemelaratan hidup, kesesakan, darjat dan penglahiran dasar tingkah laku manusia yang dapat
diertikan sebagai pengucapan protes terhadap ketidakadilan sosial.

Penulisan novel Salina dipersembahkan dengan cara serba moden. Novel ini mengemukakan
persoalan-persoalan baharu, pemikiran baharu dan sikap baharu dengan sangat jelas dan
berterus-terang. Penulis cuba untuk membongkar latar keburukan yang tersembunyi dalam
masyarakat pekan-pekan besar untuk dijadikan bahan berfikir.

4

Novel ini membuka dan membongkar segala pahit getir pengalaman dan kerosakan hidup
masyarakat Melayu yang tersepit akibat perang.pengalaman hidup dalam masyarakat yang
hancur kerana peperangan telah menggerakkan jiwa serta kreativiti A. Samad Said untuk
menulis. Beliau menjadi lebih memahami, rasional, analitis dan edukatif hasil daripada
pengalaman yang diperolehi di masa itu. Kesedaran sosial yang terhasil daripada golongan kelas
sosial menjelmakan pandangan sosial pengarangnya.

Pengarang bukan sahaja menggambarkan fenomena sosial, budaya, ekonomi, politik dan
pelbagai dimensi sebagai falsafah kehidupan, namun mempertunjukkan falsafah sosial dalam
dunia realiti yang menjadi latar belakang watak-wataknya. Dia datang dari keluarga yang
kaya-raya dan ternama di dalam masyarakat, masyarakat sebelum Perang Dunia Kedua,
ayahnya saudagar intan berlian di Singapura. Di masa kecil mereka dia dan adik beradiknya
semuanya, terkurung satu tradisi turun-temurun bagi keluarganya. Dunia mereka hanya rumah
mereka sahaja... Dia dimasukkan ke sekolah orang putih oleh ayahnya. Orang tuanya
mempunyai cita-cita yang tinggi untuk anaknya. Dia hendak menjadikannya Doktor.

Siti Salina digambarkan memiliki rupa paras yang cantik, bertubuh kurus dan tinggi dan
dipaparkan sebagai seorang wanita yang baik dan mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Beliau
mempunyai hubungan yang baik dengan jiran tetangga seperti Hilmy, Khatijah, Karupaya Samy,
Nahidah, Haji Karman dan Bulat. Siti Salina hidup dalam dunia khayalan dan penuh impian.
Walaupun dalam keadaan atau situasi beliau sebagai pelacur, namun beliau seorang yang riang
dan mempunyai sihat pandangan. Beliau dilambangkan sebagai dunia yang hancur akibat bahana
peperangan. Begitu juga dengan watak Zarina dan Nahidah yang telah menjadi mangsa keadaan
akibat peperangan. Zarina seorang ibu yang sanggup melacurkan anak sendiri demi mengejar
kemewahan dan telah mengakibatkan Nadihah hilang pedoman.

Dari segi perwatakan, semua pelakon, kecuali Karupaya Samy, Bulat dan Abdul Fakar hidup
dalam keadaan yang susah dan miskin. Mereka menjadi mangsa keadaan dan waktu. Semua
watak menjadi mangsa langsung akibat Perang Dunia Kedua. Mereka menjadi mangsa ledakan
bom seperti yang terjadi kepada ayah Hilmy dan Muhammad Yusof. Ayah Nahdiah juga telah
mati dibunuh ketika bertugas di dalam hutan.
5

Selepas peperangan, Katijah jatuh sakit dan tidak mampu untuk membeli ubatan kerana miskin
lalu meninggal dunia.Suharto si pengayuh beca juga menjadi mangsa keadaan apabila orang
tidak lagi ingin menaiki becanya kerana lebih gemar untuk menaiki teksi.

Dari segi tujuan penghasilan novel Salina ini, A. Samad Said cuba untuk memaparkan keadaan-
keadaan dahsyat yang berlaku akbiat perang. Beliau juga mengkritik tentang masalah
kekurangan rumah atau kediaman dan dasar pendidikan pada masa tersebut. Kritikan beliau
adalah bersifat nasionalis kerana kritikan tersebut ditujukan kepada pemerintah British di
Singapura, sedangkan di Malaysia ketika itu kerajaan telah banyak membangunkan sekolah-
sekolah dan universiti. Pelajaran sepatutnya diberikan perhatian dan tempat yang sewajarnya dan
ini jauh berbeza dengan kehidupan Hilmy yang hidup di Singapura ketika itu. (587 pp)

3.0 Estetika dan kepengarangan.

Estetika bermaksud keindahan dan kekuatan sesuatu karya yang berhubung kait dengan struktur,
pengolahan dan teknik penulisan. Menurut Profesor Dr. Hans Teeuw,
Buku ini menimbulkan faham yang dalam mengenai masyarakat Melayu dan tidak kurang pula
mengenai manusia Melayu, cara berfikir dan merasa. Tak kurang memuaskan pula bagi saya,
sebagai penyelidik dan pemerhati bahasa Melayu, bahasa yang dipakai oleh A. Samad Said.
(1964).
Setiap karya yang dicipta mestilah meliputi keindahan dalaman isi, keindahan alam fizikal,
keindahan fenomena, keindahan dalaman, keindahan luaran dan keindahan kerohanian yang
dapat diseimbangkan dalam karya yang dicipta.

Pada dekad 1960-an ini, novel perang banyak dihasilkan oleh A.Samad Said. A.samad Said
menjadi pengarang novel yang paling berjaya apabila terbitnya novel Salina pada tahun 1961,
yang sesungguhnya ditulis untuk peraduan mengarang novel anjuran Dewan Bahasa Dan
Pustaka pada tahun 1958. Beliau juga ada menghasilkan dua buah novel lagi iaitu Bulan tak
bermadu di Fatehpur Sikri(1967) dan sungai mengalir lesu (1967).

6

Novel Salina banyak mengundang perbincangan di kalangan pengkaji dalam dan luar negara.
Novel ini mula menarik perhatian khalayak pembaca setelah Profesor A. Teeuw dari Leidan
meletakkan karya ini sebagai bertaraf antarabangsa. Keistimewaan novel Salina sebagai sebuah
novel melayu yang yang paling berhasil tidak dapat disangkal lagi. Profesor A.Teeuw, seorang
pengkaji sastera Indonesia dan Melayu dari Belanda yang terkenal, pernah menyebut bahawa
novel Salina memiliki mutu penciptaan novel yang bertaraf antarabangsa. Novel ini
mengisahkan kehidupan sebahagian daripada mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua di sebuah
perkampungan kecil di Singapura bernama kampung kambing. Antara mangsanya ialah ayah Siti
Salina yang berasal daripada keluarga saudagar intan berlian tetapi terkorban dalam peperangan.
kerana desakan hidup Siti Salina yang memang berwajah jelita terpaksa menjadi pelacur biarpun
dirinya berpelajaran.

Kekuatan novel Salina terletak pada kemampuan pengarangnya memberikan pelukisan yang
terperinci dan hidup terhadap watak yang terlibat dengan peristiwa serta suasana yang
melingkunginya. Ini berjaya dilakukan oleh adanya penggunaan teknik yang berkesan dalam
aspek-aspek dialog, lintasan kembalidan imbas muka. Dialog diadakan untuk berfungsi dalam
pelbagai hal, iaitu untuk membina plot, membentuk fikiran dan sikap watak serta menonjolkan
tema.

Peristiwa-peristiwa pula terbina dan tersusun dalam cara yang penuh dengan daya ketegangan
melalui penggunaan teknik-teknik lintasan kembali dan imbas muka yang silih berganti. Dalam
monolog dalaman yang turut diturutkan, terdedah dengan adanya peribadi dan konflik watak di
samping membina peristiwa-peristiwa tertentu yang dialami watak. Demikianlah maka novel
Salina dikatakan sebagi telah memberikan arah terbaru dalam perkembangan yang pelbagai
dalam teknik-teknik moden; ia berhasil memperlihatkan sesuatu perubahan dan penyimpangan
yang radikal terhadap struktur penciptaan novel-novel Melayu.
Novel tempatan ketika itu kebanyakkannya mengemukakan watak yang berkisar di sekitar
protoganis dengan plot lurus dan mudah. Salina ialah tentang sekelompok manusia yang
menjalani kehidupan di sebuah kampung yang dinamakan Kampung Kambing kerana
sememangnya rumah-rumah di situ pada asalnya adalah kandang kambing yang telah diubahsuai
untuk menjadi rumah sewa.
7

Kelompok ini adalah kelompok masyarakat yang terdera dan tidak sempat atau tidak mampu
untuk berfikir di luar daripada kesengsaraan semasa. Hampir semua watak dalam cerita ini terdiri
daripada orang kecil yang mencari kehidupan sebagai pembasuh kain, pelayan, pengayuh beca,
bekas kelasi dan pelacur. Mereka tinggal di Kampung Kambing yang tidak mempunyai
kemudahan asas seperti bekalan air dan kemudahan lektrik.
Novel Salina ini berjaya mengupas persoalan masyarakat dan pengarangnya telah berjaya
menggambarkan lukisan latar kehidupan masyarakat dengan berkesan. Novel ini lahir hasil
daripada pengalaman pengarangnya sendiri yang mempunyai jiwa sensitif terhadap masalah diri
dan manusia sekelilingnya. (548 pp)

4.0 Nilai I lmu

Nilai ilmu merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Nilai ini membolehkan manusia
membezakan antara baik dan buruk, betul ataupun salah. Nilai bukan sahaja menjadi dasar atau
asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia. Masyarakat Melayu
mementingkan nilai dalam kehidupan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan masyarakat yang
meliputi adab, muafakat, kesusilaan yang murni. Nilai dan estetik masyarakat Melayu dikatakan
sangat mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang
tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan
pegangan agama Islam yang sangat berpengaruh di alam nusantara. Ketinggian dan kesucian
nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam, memberi pengaruh yang sangat besar
terhadap akal budi bangsa Melayu dan ianya kekal dalam masyarakat sehingga ke hari ini.


Dalam membicarakan novel Salina Shahnon menjelaskan bahawa Salina menjadi pelacur bukan
akibat peperangan tetapi disebabkan kekosongan iman. Salina telah kemabukan rasa dan sengaja
menjerumuskan dirinya ke lembah pelacuran. Salina sanggup menjadi pelacur dan menyimpan
jantan seperti Abdul Fakar.


8

Kekuatan A. Samad Said adalah ketangkasannya meniru dan menggunakan teknik penulisan
Barat seperti realisme dan naturalisme, ialah kekayaan unsur kemanusiaan di dalam karya-
karyanya. Salina, seorang pelacur, bukanlah sebarang pelacur, tetapi seorang pelacur yang baik
hati (ingat: baik secara umum berbeza daripada baik hati yang khusus) dan kaya nilai-nilai
kemanusiaannya. Seperti yang diakui oleh A. Samad Said sendiri, novel Salina ditulis dengan
penuh kesedaran untuk menceritakan kisah seorang pelacur yang baik hati yang bernama
Salina, yang gagal dalam percintaan pertama, tetapi semangat kewanitaannya tetap kuat dan
teguh, sehingga dia sanggup bersekedudukan dengan seorang lelaki yang pada dasarnya kejam,
tetapi dapat memuaskan keperluan tabii dan keperluan kerohanian Salina.

Lelaki perkasa itu tidak dicintainya, tetapi disayanginya kerana mempunyai iras yang hampir
sama dengan kekasihnya yang meninggal dunia. Tidak penting sama ada unsur psikologi di sini
amat dangkal dan terlalu kebudakan, kerana yang lebih diutamakan ialah sejenis sensasi
berasaskan seks yang tidak keterlaluan, tetapi cukup untuk melukiskan watak seorang pelacur
yang dalam kumpulannya dapat dikatakan bertaraf selebriti tersendiri. Tidak syak lagi, tujuan
dan matlamat A. Samad Said untuk berkisah tentang seorang pelacur yang baik hati sudah
tercapai dengan jayanya. Salina kemudiannya, diangkat menjadi wanita unggul kerana sifat
kemanusiaannya yang kaya dan tidak berpura-pura. Pada waktu itu, menurut pemerhatian A.
Samad Said, watak wanita Melayu yang menjadi pelacur itulah yang paling menarik untuk
dijadikan watak unggul dalam sastera Melayu. Salina membawa perubahan kerana tidak lagi
membawa tema tertentu, apa lagi perutusan yang jitu dan mengisahkan segala peristiwa sebagai
pemerhati yang terperinci, daripada sebagai moralist yang memberikan penilaian peribadinya
terhadap watak-watak dan kisah-kisah mereka. Walaupun Salina dicabar oleh pembaca yang
lebih matang (yang tidak semestinya tua, kerana terdapat pembaca yang matang ini dari kalangan
remaja sekalipun), yang menolak Salina sebagai racun tidak ketara dalam kesusasteraan Melayu,
yang telah mengheret pembaca Melayu menjadi begitu lembik pemikiran dan daya analisisnya
kerana terpesona oleh kepalsuan permainan bahasa yang kosong dari makna yang mendalam
tentang erti kehidupan manusia yang sekali atau beberapa kali dalam kehidupannya timbul
perasaan menyesal dan ingin bertaubat kerana di sudut paling lemah di dalam hatinya masih
berkelip rasa insaf dan ingin kembali menjadi manusia.

9

Namun pengaruh hedonisme dan mendalamnya erti sastera dan karya sastera dalam pengertian
Barat yang dihunjam ke dalam lubuk hati para pembaca Melayu oleh pengkritik dan sarjana
sastera, juga oleh para sasterawan sendiri, maka kehadiran Salina dalam kesusasteraan Melayu
moden menjadi ukuran sejauh mana manusia Melayu itu mendapat maklumat dan pengertian
yang betul tentang seni mengarang yang dikehendaki dalam Islam. Jika kita menggunakan
ukuran ini, kita akan dapati orang Melayu masih hanyut dalam kekeliruan yang berterusan, dan
ini menjadi amat memilukan kerana kekeliruan itu diteruskan dan dipertahankan dengan gigih
dan penuh perasaan amarah oleh sarjana sastera, pengkritik dan para sasterawan sendiri. (607 pp)

5.0 Rumusan

Novel Salina dihasilkan atas dasar asas yang kukuh yang ada pada penulisnya iaitu A. Samad
Said. Peristiwa lalu yang dialami dan dilihat oleh beliau telah dijadikan renungan dan
pengamatan terhadap kehidupan mangsa-mangsa peperangan yang telah menjadi sumber bahan
penting dalam penulisan novel ini. Pengalaman beliau telah dijadikan sebagai bahan untuk
mengolah cerita dengan bantuan imaginasi berkaitan hal-hal yang nyata yang dianggap boleh
terjadi dalam kehidupan manusia seharian. Beliau percaya bahawa novel ini dapat bertahan dan
mempunyai nilai sejarah hasil daripada garapan peristiwa=peristiwa yang telah digambarkan
dalam novel Salina. Jelaslah bahawa novel Salina merupakan novel yang lahir daripada
pengalaman hidup pengarangnya sendiri dan berjaya menghasilkan karya bertaraf antarabangsa
hasil pemerhatian terhadap masalah diri dan manusia sekelilingnya. (115 pp)










10

Rujukan

1. A Samad Said. (2012). Salina. Subang Jaya, Selangor. Wira Bukit Sdn. Bhd.
2. http://karyagungkami90.blogspot.com/2013/05/estetik-dalam-karya-agung_23.html
dimuat turun pada 30.04.2014.
3. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2013_07_01_archive.html. di muat turun pada
30.04.2014.
4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&sec=Sastera&pg=sa_02.h
tm di muat turun pada 30.04.2014
5. http://kassimahmad.blogspot.com/2006/01/kemelut-yang-berpanjangan-
_113790652066311644.html di muat turun pada 30.04.2014
6. http://journalarticle.ukm.my/2924/1/11.pdf. di muat turun pada
7. http://www.slideshare.net/engbeeleng/ciri-ciri-karya-agung di muat turun pada
01.05.2014.
8. http://tajaulama90.blogspot.com/2011/01/sejarah-perkembangan-novel-1960.html di
muat turun pada 02.05.2014.















11










PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KRB 3063
PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU











KUMPULAN E-LEARNING
UPSI 02 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016 0123898573

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
TARIKH SERAH: 03 MEI 2014.


PEMARKAHAN
1
2

TUGASAN A
TUGASAN B
JUMLAH



TUGASAN B
Penerapan karya agung (Salina) dalam melaksanakan dua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah.
1. Aktiviti bercerita.
2. Aktiviti improvisasi.

12

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. 0

2.0




3.0





4.0











PENGENALAN

AKTIVITI PERTAMA - TEKNIK BERCERITA
2.1 PENGENALAN
2.2 KONSEP TEKNIK BERCERITA
2.3 LANGKAH-LANGKAH BERCERITA

AKTIVITI KEDUA TEKNIK IMPROVISASI
3.1 PENGENALAN
3.2 LANGKAH-LANGKAH IMPROVISASI
3.3 PERANAN IMPROVISASI
3.4 AKTIVITI IMPROVISASI

RUMUSAN

RUJUKAN









13

13
13 - 14
14 - 15
15 -16

16
16
16
16 - 18
18 - 19

19

20








13

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya
membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat
menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak
menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan
teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti diskusi, main peranan, simulasi,
permainan bahasa, sosio-darma dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan
murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada
murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid,
tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian
murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. (136 pp)

2.0 AKTIVITI PERTAMA- TEKNIK BERCERITA
2.1 PENGENALAN
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
14

Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia
dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran
lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan
murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik
muka mereka.

2.2 KONSEP TEKNIK BERCERITA
- Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif
pengajaran.
- Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu
kaedah pengajaran.
- Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik
bercerita.
- Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
- Mengikut pandangan Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), teknik
boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di
dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
- Mok Soon Sang (2002) pula berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan
dan pelaksanaan kaedah pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
- Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras
dengan pendekatan yang digunakan.
- Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik
muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton.
- Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan
nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene, 1976).
15

- Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman
sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang
dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.
- Penceritaan boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik,
menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
- Bercerita menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi sambil berhibur.
- Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan pengajaran, pengetahuan serta
perkongsian pengalaman.
- Kaedah bercerita ini sesuai digunakan oleh guru pemulihan untuk dijadikan alat bantu
mengajar semasa sesi pemulihan.
- Hal ini kerana, sedikit sebanyak guru pemulihan akan dapat membantu murid menguasai
kemahiran bahasa di samping membantu mereka dalam penguasaan 3M.
- Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui
perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi.
- Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran,
penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat.
- Hal ini akan menjadikan sesuatu cerita itu berguna kepada murid serta masyarakat dan
seterusnya bidang pendidikan dapat melahirkan murid-murid yang mampu membantu
dalam pembangunan negara kelak.

2.3 LANGKAH-LANGKAH BERCERITA.

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
16

vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Bahan Bantu Mengajar.
vii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-
aspek bahasa yang hendak disampaikan. (641 pp)

3.0 AKTIVITI KEDUA TEKNIK IMPROVISASI
3.1 PENGENALAN
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh
mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid
berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang
ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri.
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif
murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid
sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat
meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang
ditentukan.

3.2 LANGKAH-LANGKAH IMPROVISASI.
i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau
gambar.
ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.
iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.
iv. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas.
v. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk
berimprovisasi.

3.3 PERANAN IMPROVISASI

3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah
daya pemikiran murid ke tahap yang optimum.
17

Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan
kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir

3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa

Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat
membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik
improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut
murid berdialog secara spontan.

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya
menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa
yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan
dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti
dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa
murid.

3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid
berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam
suasana yang ceria dan terkawal.


Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam
bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas,
melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan
telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.

18


3.3.4 Pembelajaran kolaboratif

Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif
kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-
masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara
satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi murid
kolaboratif.

3.3.5 Pengurusan masa

Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan
masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap
bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam jangkamasa
yang telah ditetapkan guru.

3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri

Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat
memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan
sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.

3.4 AKTIVITI IMPROVISASI

3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta
melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
Teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi
yang sama.
19

Contoh 1 : Situasi di rumah Hilmy bab 19 ms207 bercerita tentang keadaan Kampung Kambing
ketika itu yang diwakili oleh watak-watak seperti Haji Karman, Abdul Fakar, Nahidah, Zarina,
Sunarto, Mansur dan Kurupaya Samy bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
Contoh 2 : Siapakah watak-watak yang ingin membela nasib orang-orang yang teraniaya di
dalam cerita Salina?

3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Kurupaya Samy, Botak, Hilmy dan
sebagainya. (650 pp)

4.0 RUMUSAN

Pelbagai teknik boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti
mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya
mereka, menanamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti,
konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.

Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon
secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di
samping dapat membantu meningkatkan penguasaan bacaan dan perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan, guru boleh juga memupuk
nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif terhadap
pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang
mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang
mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang
keputusan. (141 pp)


20

RUJUKAN

1. A Samad Said. (2012). Salina. Subang Jaya, Selangor. Wira Bukit Sdn. Bhd.
2. http://karyagungkami90.blogspot.com/2013/05/estetik-dalam-karya-agung_23.html
dimuat turun pada 30.04.2014.
3. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2013_07_01_archive.html. di muat turun pada
30.04.2014.
4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&sec=Sastera&pg=sa_02.h
tm di muat turun pada 30.04.2014
5. http://kassimahmad.blogspot.com/2006/01/kemelut-yang-berpanjangan-
_113790652066311644.html di muat turun pada 30.04.2014
6. http://journalarticle.ukm.my/2924/1/11.pdf. di muat turun pada 01.05.2014
7. http://www.slideshare.net/engbeeleng/ciri-ciri-karya-agung di muat turun pada
01.05.2014.
8. http://tajaulama90.blogspot.com/2011/01/sejarah-perkembangan-novel-1960.html di
muat turun pada 02.05.2014.
9. http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/10/konsep-teknik-bercerita.html di muat turun
pada 02.05.2014.
10. http://bmsktahun5.wordpress.com/aktiviti-pp/ di muat turun pada 02.05.2014.

Anda mungkin juga menyukai