Sifat yang kesembilan dari sifat sifat Allah yang wajib diketahui oleh mukallaf secara satu
persatu itu ialah ilmu ertinya mengetahui Allah Taala.Hakikatnya iaitu satu sifat bagi Allah
dengannya terang dan nyata bagi Allah tiap tiap sesuatu.
Lawan ilmu itu jahil ertinya bodoh.
Mustahil Allah itu bersifat jahil samada sedikit atau banyak bahkan wajib kita percaya Allah itu
bersifat ilmu.Termasuk di dalam ertikata jahil itu ialah lalai dan lupa.Mustahil bagi Allah itu
bersifat lalai dan lupa.
Dalil sifat ilmu
Dalil naklinya firman Allah Taala
Ertinya : Di sisi Allah adalah kunci perkara-perkara ghaib,tidak ada yang mengetahuinya selain
dari Dia sendiri.Allah maha mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak sehelai daun
pun yang gugur melainkan Dia pasti mengetahuinyaDalil aklinya ialah sekiranya Allah tidak
bersifat ilmu nescaya Dia bersifat jahil atau yang semakna dengannya seperti lalai dan lupa.Yang
demikian itu sifat kekurangan dan kekurangan itu sifat baharu.Sekiranya Allah bersifat dengan
sifat baharu nescaya Dia baharu sedangkan telah sabit dengan dalil nakli dan akli Allah itu
bersifat kidam .
Memahami Konsep Tauhid
Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan
anggota.
Rukun Iman dan Pengertiannya
Rukun
Percaya kepada Allah
Sifat Allah
Wajib Mustahil Harus
20 Lawan sifat 20 1
Percaya kepada Malaikat
Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili
Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Membawa rezeki
Israfil Meniup sangkakala
'Izrail Mencabut nyawa
Munkar Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib Mencatit amalan kebajikan
Atid Mencatit amalan kejahatan
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga
Percaya kepada Kitab
Kitab Samawi
Al-Quran Injil Zabur Taurat
Muhammad
Bahasa
Arab
Isa
Bahasa
Siryani
Daud
Bahasa
Qibti
Musa
Bahasa
Ibrani
Percaya kepada Rasul
1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh
6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub
11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu'aib 14. Harun 15. Musa
16. Ilyasa' 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas
21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.
Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qadha dan Qadar
o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara
o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
o Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang
terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah
Adapun Mubadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara:
1. Nama ilmu ini yaitu ilmu Tauhid, ilmu Kalam, ilmu Sifat, ilmu Ussuluddin, ilmu Aqidul
Iman
2. Tempat ambilannya : yaitu diterbitkan daripada Quran dan Hadits
3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan
kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan
kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh Itikad yang yakin (kepercayaan yang
putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana
kepercayaan itu.
4. Tempat bahasannya atau Maudunya kepada empat tempat:
a. Pada Zat Allah Taala dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil
padaNya dan sifat-sifat yang harus padaNya.
b. Pada zat rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil
padanya dan sifat-sifat yang harus padanya
c. Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim dan aradh sekira-kira keadaannya itu jadi
petunjuknya dan dalil bagi wujud yang menjadikan dia
d. Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada
perkhabaran rasul-rasul Allah seperti hal-hal surga dan neraka dan hari kiamat
5. Faedah ilmu ini yaitu dapat mengenal Tuhan dan percaya akan rasul dan mendapat
kebahagian hidup didunia dan hidup di akhirat yang kekal.
6. Nisbah ilmu ini dengan lain-lain ilmu, yaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada
agama islam dan yang paling utama sekali dalam agama islam.
7. Orang yang menghantarkan ilmu ini atau mengeluarkannya yaitu, yang pertama mereka
yang menghantarkan titisan ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan
meraka yang menyalahi ialah dari pada ulama-ulama yang mashur yaitu Imam Abu Al hasan Al
Asyari dan Imam Abu Mansur At Maturidi tetapi mereka pertama yang menerima ilmu tauhid
daripada Allah Taala ialah nabi Adam alaihissalam, dan yang akhir sekali Nabi Muhammad
SAW.
8. Hukumnya, yaitu fardhu ain bagi tiap-tiap orang yang mukallaf laki-laki atau perempuan
mengetahui sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Taala dengan jalan
Ijmal atau ringkasan begitu juga bagi rasul-rasul Allah dan dengan jalan tafsil atau uraian
9. Kelebihannya yaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu yang lain-lain,
karena menurut haditsnya nabi: Inallahataala lam yafrid syaian afdola minattauhid wasshalati
walaukana syaian afdola mintu laf tarodohu ala malaikatihi minhum raakitu wa minhum sajidu,
artinya, Tuhan tidak memfardukan sesuatu yang terlebih afdhol daripada mengEsakan Tuhan.
Jika ada sesuatu terlebih afdhol daripadanya niscaya tetaplah telah difardhukan kepada
malaikatnya padahal setengah daripada malaikatnya itu ada yang ruku selamanya dan setengah
ada yang sujud selamanya dan juga ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu yang lain yang
wajib diketahui dan lagi karena mulia , yaitu Zat Tuhan dan rasul dan dari itu maka jadilah
maudunya semulia-mulia ilmu dalam agama islam.
10. Kesudahan ilmu ini yaitu dapat membedakan antara Itikad dan kepercayaan syah dengan
yang batil dan dapat pula membedakan antara yang menjadikan dengan yang dijadikan atau
antara yang Qadim dengan yang muhadasNya
Ilmu Tauhid
Adapun pendahuluan masuk pada menjalankan ilmu tauhid itu berhimpun atas tiga perkara:
1. Khawas yang lima yaitu, Pendengar, Penglihat, Pencium, Perasa lidah dan Penjabat
2. Khabar Mutawatir, yaitu khabar yang turun menurun. Adapun khabar mutawatir itu dua
bahagi:
a. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah orang banyak
b. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah rasul-rasul
3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan
kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan
kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh Itikad yang yakin (kepercayaan yang
putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana
kepercayaan itu.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Aqal
Adapun Aqal itu dua bahagi :
1. Aqal Nazori, yaitu aqal yang berkehendak kepada fikir dan keterangan.
2. Aqal Doruri, yaitu aqal yang tiada berkehendak kepada fikir dan keterangan.
Adapun Hukum Aqal itu tiga bahagi:
1. Wajib Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan tiadanya maka wajib adanya
(Zat, Sifat dan Afal Allah)
2. Mustahil Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan adanya maka mustahil
adanya (Segala kebalikan daripada sifat yang wajib, sekutu)
3. Harus Aqal, yaitu barang yang diterima oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dan
segala isinya yang baharu/diciptakan)
Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-
sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.
Pengertian Hukum 'Aqal :
Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan
suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada
menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan
yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).
Pengertian 'Aqal :
Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itu
manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah (
Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan
fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan
kebahagiaan kepada manusia.
Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidak
boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antara
keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara'
berhajat kepada 'Aqal ) .
Bahagian Hukum 'Aqal :
Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :
1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti
menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah
mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.
2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti
tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-
kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.
3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya
boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak
atau diam.
Bahagian Wajib 'Aqli :
Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :
1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada
berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh
daripada dua .
2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan
hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini
berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.
Bahagian Mustahil 'Aqli :
Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :
1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak
kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu
itu separuh daripada tiga.
2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan
hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah
s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu
melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.
Bahagian Harus 'Aqli :
Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :
1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan
tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan
seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .
2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh
dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh
memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal
menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil
yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Mumkinun (Baharu Alam)
Adapun yang wajib bagi Alam mengandung empat perkara:
1. Jirim, yaitu barang yang beku bersamaan luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan
tembaga
2. Jisim, yaitu barang yang hidup memakai nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusia
dan binatang
3. Jauhar Farad, barang yang tiada boleh dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan
kuman yang halus-halus
4. Jauhar Latief, yaitu Jisim yang halus seperti ruh, malaikat, jin, syaiton dan nur
Wajib bagi Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:
1. Tempat, maka wajib baginya memakai tempat seperti kiri atau kanan, atas atau bawah,
hadapan atau belakang
2. Jihat, maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh
atau dekat
3. Berhimpun atau bercerai
4. Memakai arad, yaitu gerak atau diam, besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai
rasa seperti manis atau masam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau
putih, merah atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk.
Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat
petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan
sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya
melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.
Maka dengan itu kita beritiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya
melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha
Pencipta.
2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang
membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka
sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus
lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.
Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta
kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Taala
adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.
3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia,
bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan
cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik
kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.
Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-
lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang
mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut
yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa
yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan
yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.
Sesungguhnya dari Kaedah Syariyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam
ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang
Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk
ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Mengenal Allah S.W.T.
1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui
namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para
Nabi dan Rasul.
2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha
Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah,
disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui
melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya
Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.
3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-
1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan
berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t
bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan
mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.
2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa
beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli
(dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad
dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t
bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.
4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-
1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah
satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.
2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli
Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan
dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.
3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan
dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.
5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka
para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad
orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang
yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin
yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).
6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan
keterangan.
7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-
1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka
taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang
jazam (putus).
2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti
guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang
diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan
syak,zhan atau waham(tiada putus).
8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan
tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang
diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah
mereka.
9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya
terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai
ahli-ahli bidaah.
10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina
yang tiada layak pada seseorang manusia.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Hukum Adat Thobi'at
Adapun yang wajib bagi hukum adat Thobiat yang dilakukan didalam dunia ini sahaja, seperti
makan, apabila makan maka wajib kenyang sekedar yang dimakan begitu juga api apabila
bersentuh dengan kayu yang kering maka wajib terbakar, dan pada benda yang tajam yang
apabila dipotongkan maka wajib putus atau luka.
Dan begitu juga pada air apabila diminum maka wajib hilang dahaga sekedar yang diminum.
Adapun yang mustahil pada adat Thobiat itu tiada sekali-kali seperti makan tiada kenyang,
minum tiada hilang dahaga, dipotong dengan benda yang tajam tiada putus atau luka dan
dimasukkan didalam api tiada terbakar. Akan tetapi yang mustahil pada adat itu sudah berlaku
pada nabi Ibrahim as di dalam api tiada terbakar dan pada nabi Ismail as dipotong dengan pisau
yang tajam diada putus atau luka .
Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku pada rasul-rasul dinamakan Mujizat, jika
berlaku pada nabi-nabi dinamakan Irhas, jika pada wali-wali dinamakan Karamah, dan jika pada
orang yang taat dinamakan Maunah dan jika berlaku pada orang kafir atau orang fasik yaitu
ada empat macam:
1. dinamakan Istidraj pada Johirnya bagus dan hakikat menyalahi
2. dinamakan Kahanah yaitu pada tukang tenung
3. dinamakan Sauzah yaitu pada tukang sulap mata
4. dinamakan Sihir yaitu pada tukang sihir
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Mohon ampunan dan RedhaMu yaa Allah,...
Itulah yang telah terdahulu banyak hamba ungkapkan (terlanjur) di topik-topik yang ada dalam
BSC ini, untuk selanjutnya hamba, Insya Allah, akan memohon izin dahulu kepada Mu'alim
hamba, sebab ada beberapa huraian penting yang hamba wajib meminta izin dahulu pada beliau,
diantaranya: Hukum Syara', Hakikat Makrifat beserta huraian dalil bagi Sifat-Sifat yang wajib
bagi 'aqal tentang keTuhanan:
-Sifat Nafsiyah
-Sifat Salbiyah
-Sifat Ma'ani
-Sifat Ma'nawiyah
lalu dibahagi menjadi dua bahagi:
-Sifat Istighna (28 Aqa'id)
-Sifat Iftikhor (22 Aqa'id)
yang menghasilkan faham hakikat nafi mengandung isbat, isbat mengandung nafi (50 Aqa'id),
lalu berlanjut pada huraian Sifat-sifat bagi Rasul, ditambah empat perkara rukun iman (18
Aqa'id), menghasilkan penjelasan aqa'idul iman yang 5 (lima jenis), aqa'idul iman 50, aqa'idul
iman 60, aqa'idul iman 64, aqa'idul iman 66 dan aqa'idul iman 68.
Baharulah disimpulkan menjadi 4 rukun Syahadat dan adab-adabnya, serta menjelaskan
penjelasan zikir, serta makna asma ALLAH
InsyaAllah....
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
MA'RIFAT
Adapun hakikat Marifat itu berhimpun atas tiga perkara:
1. 'Itikad Jazam, yaitu 'Itikad yang putus tiada syak, dzon dan waham
2. Muwafikulilhaq, yaitu Muafakat dengan yang sebenarnya mengikut Al Quran dan Hadits
3. Muaddalil yaitu beserta dalil
Adapun Dalil itu dua bahagi:
1. Dalil naqal (naqli), yaitu Al Quran dan Hadits.
2. Dalil aqal (aqli), yaitu aqal kita
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Adapun dalil wujud Allah Taala pada orang awam yaitu Baharu alam seperti firman Allah
Taala dalam Al Quran : Allahu khaliqu kullu syaiin, artinya: Allah Taala yang menjadikan
tiap-tiap sesuatu
Adapun Hakikat Marifat orang yang Khawas :
1. 'Itikat jazam, tiada syak, dzon dan waham
2. Muwafakat ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan Ilham Ilahi
3. Dalil pada dirinya, seperti firman Allah Taala dalam Al Quran: wa fii amfusikum afala
tubsiruun, artinya: pada diri kamu tiadakah kamu lihat, dan juga Hadits Rasullullah, Man
arofa nafsahu faqod arofa Robbahu, artinya barang siapa mengenal dirinya bahwasanya
mengenal Tuhannya.
Adapun Hakikat Marifat orang yang Khawasul khawas:
1. Itikad jazam, tiada sak, dzon dan waham
2. Muwafakat Ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan kasaf Ilahi terkaya ia daripada
dalil yakni tiada berkehendak lagi kepada dalil (Aqal dhoruri) terus ia marifat kepada
Allah Taala.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Adapun Marifat itu tiga martabat:
1. Ilmul yaqin, yaitu segala Ulama
2. Ainul yaqin, yaitu segala Aulia
3. Haqqul yaqin, yaitu segala Anbiya
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
SIFAT-SIFAT KETUHANAN
Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:
1. Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud
2. Sifat Salbiyah yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi
dan Wahdaniat
3. Sifat Maani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami, Bashir dan Kalam
4. Sifat Manawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, Alimun, Hayyun, Samiun, Bashirrun dan
Muttaqalimuun
Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)
1. Sifat Istighna yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu
binafsihi, Sami, Bashir, Kalam, Samiun, Bashirun dan Muttaqallimun
2. Sifat Iftikor, yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, Alimun, Hayyun dan
Wahdaniah
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Sifat 20
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil (
satu persatu ) iaitu 20 sifat :
1. Wujud : Ertinya Ada
Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu
sebab. Maka wujud ( Ada ) disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi
bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu
Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) .
Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud itu
zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa
wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam
dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya
berkata mereka itu Allah yang menjadikan"
( Surah Luqman : Ayat 25 )
2. Qidam : Ertinya Sedia
Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan
tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada
tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu,
maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam
maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya
dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini
sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali
itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak
boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat
bahagian :
1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak
)
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )
Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah
Ta'ala.
3. Baqa' : Ertinya Kekal
Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada
kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal
dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar )
Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi,
Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).
Perkara perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan
Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa
melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah
benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad
orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini
nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga
bahagian :
1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-
lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang
diatas tadi ( Kedua ).
4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala
yang baharu.
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah
ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai
dengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya
berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada
berpihak ,tiada ber-
tempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan
dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi
ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala
maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di
dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka
perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala
Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat
dengan segala sifat yang baharu.
5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya .
Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak
berkehendak kepada yang menjadikannya
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak
kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya.
Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada
pada perbuatannya atau hukumannya.
Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-
undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada
sekalian makhluk .
Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana
kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.
Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat
di atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi
mudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemung-
karan hamba-hambanya.
Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah
perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-
nya jua.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya
itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-
sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ".
( Surah Fussilat : Ayat 46 )
Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan
nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya ,
terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-
kannya iaitu zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-
jadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat
iaitu sifat Allah Ta'ala.
6. Al Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan.
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada
sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang ber-
hubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).
Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada
Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat
Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain.
Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang ber-
cerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat
Allah Ta'ala.
Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada
Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak
sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat
dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan
bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain
menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.
Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam
Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai cerai pada
perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti
perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semua-
nya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan
hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur dan
maksiat sama ada perbuatan dirinya atau
perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak
sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada
usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.
Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi
Kam yang lima itu iaitu :
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain
menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .
Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada
menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan
serta merosakkan iman.
7. Al Qudrah :
Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan tiap-tiap sesuatu.
Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit
( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang
ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.
Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau
meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu .
Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai
Fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.
1) Iktiqad Qadariah :
Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan
segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atau
berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-paut
dengan kuasa Allah s.w.t.
2) Iktiqad Jabariah :
Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang
beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata (
tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
:
Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan
orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dan tidak
memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengaja
pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya
sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiar
pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat
pergantungan taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan
( ada pahala dan dosa ).
8. Al Iradah :
Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.
Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau
tiadanya.
Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada
Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas
mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang
diperbuatnya.
Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah
dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya ,
miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian )
di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu
di dalam dunia " .
( Surah Al Qasash : Ayat 77 )
Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh
untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah
perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan
tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.
9. Al Ilmu :
Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .
Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang
Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ).
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali
berdiri pada zat Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara
Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.
Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di
Alam yang fana' ini.
10. Al Hayat .
Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat
Allah Taala .
Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )
Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama Bashar dan Kalam.
11. Al - Samu : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada
Zat Allah Taala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang
maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telah
ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising ,
bersuara , tidak bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang
terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".
( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )
12. Al Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala .
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri
pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat
oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dan
sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".
( Surah Ali Imran - Ayat 163 )
13 . Al Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali ,
berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib,
maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".
( Surah Taha - Ayat 14 )
Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala
yang ketiga daripada tiga..........".
( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 )
Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang
kamu perbuat itu".
( Surah Ash. Shaffaat Ayat 96 )
Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.
Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan
iaitu :
1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-
solat dan lain-lain kefardhuan.
2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.
3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun
dan lain-lain.
4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat
dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang
yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab
seksa yang amat berat.
14. Kaunuhu Qadiran :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Qudrat.
15.Kaunuhu Muridan :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Iradat.
16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan
Tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.
17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat.
18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang
Maujud.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'.
19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang
Maujudat ( Benda yang ada ).
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar.
20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.
Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t
Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada
dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil
satu-persatu :
1. Adam beerti tiada
2. Huduth beerti baharu
3. Fana beerti binasa
4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti menyerupai makhluk
5. Qiyamuhu Bighayrih beerti berdiri dengan yang lain
6. Taaddud beerti berbilang-bilang
7. Ajz beerti lemah
8. Karahah beerti terpaksa
9. Jahl beerti jahil/bodoh
10. Mawt beerti mati
11. Samam beerti tuli
12. Umy beerti buta
13. Bukm beerti bisu
14. Kaunuhu Ajizan beerti keadaannya yang lemah
15. Kaunuhu Karihan beerti keadaannya yang terpaksa
16. Kaunuhu Jahilan beerti keadaannya yang jahil/bodoh
17. Kaunuhu Mayyitan beerti keadaannya yang mati
18. Kaunuhu Asam beerti keadaannya yang tuli
19. Kaunuhu Ama beerti keadaannya yang buta
20. Kaunuhu Abkam beerti keadaannya yang bisu"
Sifat Harus Bagi Allah s.w.t
Adalah sifat yang harus pada hak Allah Taala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan
sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu
yang harus ada dan tiada.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bahagian I: Sifat Nafsiyah:
Wujud, artinya ada, yang ada itu dzat Allah Taala, lawannya Adum, artinya tiada yaitu
mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Taala itu tiada karena jikalau Allah
Taala itu tiada niscaya tiadalah perobahan pada alam ini. Alam ini jadilah statis (tak ada masa,
rasa dll), dan tiadalah diterima 'aqal jika semua itu (perobahan) terjadi dengan sendirinya.
Jikalau alam ini jadi dengan sendirinya niscaya jadilah bersamaan pada suatu pekerjaan atau
berat salah satu maka sekarang alam ini telah nyata adanya sebagaimana yang kita lihat sekarang
ini dan teratur tersusun segala pekerjaannya maka menerimalah aqal kita wajib adanya Allah
Taala dan mustahil lawannya tiada. Adapun dalilnya yaitu firmannya dalam Al Quran:
Allahu kholiqu kullu syaiin
artinya, Allah Taala jualah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.
Adapun Wujud itu sifat Nafsiyah ada itulah dirinya hak Taala. Adapun tarif sifat nafsiyah itu:
Hiya huwa wala hiya ghoiruku, artinya, sifat inilah dzat hak Taala, tiada ia lain daripadanya
yakni sifat pada lafadz dzat pada makna
Adapun Hakikat sifat nafsiyah itu : Hiya lhalul wajibatu lizzati maadaamati azzatu ghoiru
mualalahi biillati, artinya: hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu tiada dikarenakan
dengan suatu karena yakni adanya yaitu tiada karena jadi oleh sesuatu dan tiada Ia terjadi dengan
sendirinya dan tiada Ia menjadikan dirinya sendiri dan tiada Ia berjadi-jadian.
Adapun Wujud itu dikatakan sifat Nafsiyah karena wujud menunjukkan sebenar-benar dirinya
dzat tiada lainnya dan tiada boleh dipisahkan wujud itu lain daripada dzat seperti sifat yang lain-
lain.
Adapun Wujud itu tiga bahagi:
1. Wujud Haqiqi, yaitu dzat Allah Taala maka wujud-Nya itu tiada permulaan dan tiada
kesudahan maka wujud itu bersifat Qadimdan Baqa, inilah wujud sebenarnya
2. Wujud Mujazi, yaitu dzat segala makhluk maka wujudnya itu ada permulaan dan ada
kesudahan tiada bersifat Qadim dan Baqa, sebab wujudnya itu dinamakan wujud Mujazi
karena wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Taala
3. Wujud Ardy, yaitu dzat Arodul wujud maka wujudnya itu ada permulaan dan tiada
kesudahan seperti ruh, syurga, neraka, Arasy, Kursi dan lain-lain
Adapun yang Mawujud selain Allah Taala dua bahagi
1. Mawujud dalam alam sahadah, yaitu yang di dapat dengan khawas yang lima seperti
langit, bumi, kayu, manusia, binatang dan lain-lain
2. Mawujud didalam alam ghaib yang tiada didapat dengan khawas yang lima tetapi
didapat dengan nur iman dan Kasaf kepada siapa-siapa yang dikaruniakan Allah Taala
seperti Malaikat, Jin, Syaitan, Nur dan lain-lain.
Adapun segala yang Mawujud itu lima bahagi:
1. Mawujud pada Zihin yaitu ada pada aqal
2. Mawujud pada Kharij yaitu ada kenyataan bekas
3. Mawujud pada Khayal yaitu seperti bayang-bayang dalam air atau yang didalam mimpi
4. Mawujud pada Dalil yaitu ada pada dalil seperti asap tanda ada api
5. Mawujud pada Marifat yaitu dengan pengenalan yang putus tiada dapat diselingi lagi
terus Ia Marifat kepada Allah Taala
Membicarakan Wujud-Nya dengan jalan dalil:
1. Dalil yang didapat dari Khawas yang lima tiada dapat didustakan
2. Dalil yang didapat dari Khabar Mutawatir tiada dapat didustakan
3. Dalil yang didapat daripada Aqal tiada dapat didustakan
4. Dalil yang didapat daripada Rasulullah tiada dapat didustakan
5. Dalil yang didapat daripada firman Allah Taala tiada dapat didustakan
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bahagian II: Sifat Salbiyah
Adapun hakikat sifat Salbiyah itu: wahiya dallat alallafiy maalaa khaliyqu billahi aza wajalla,
artinya barang yang menunjukkan atas menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada
dzat, pada sifat dan pada afal Allah Taala yaitu lima sifat:
1. QIDAM, artinya Sedia
2. BAQA artinya Kekal,
3. MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Taala dengan segala
yang baharu.
4. QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Taala dengan sendiriNya.
5. WAHDANIAH, artinya Esa
1. QIDAM, artinya Sedia
Adapun hakikat Qidam ibarat dari menafikan ada permulaan bagi Wujud-Nya yakni tiada
permulaan, lawannya Hudusy artinya baharu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali
dikatakan Ia baharu karena jikalau Ia baharu niscaya jadilah Wujud-Nya itu wujud yang harus,
tiadalah Ia wajibal wujud maka sekarang telah terdahulu wajibal wujud baginya maka
menerimalah aqal kita wajib baginya bersifat Qadim dan mustahil lawannya baharu , adapun
dalilnya firmannya dalam Al Quran: huwal awwalu, artinya Ia juga yang awal.
Adapun Qadim nisbah pada nama empat perkara:
a. Qadim Haqiqi, yaitu dzat Allah Taala
b. Qadim Sifati, yaitu sifat Allat Taala
c. Qadim Idofi, yaitu Qadim yang bersandar seperti dahulu bapa daripada anak
d. Qadim Zamani, yaitu masa yang telah lalu sekurang-kurangnnya setahun
2. BAQA artinya Kekal
Adapun hakikat Baqa itu ibarat menafikan ada kesudahan bagi Wujud-Nya, yakni tiada
kesudahan, lawannya Fana artinya binasa yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali
dikatakan Ia binasa, jikalau Ia binasa jadilah Wujud-Nya itu wujud yang baharu, apabila Ia
baharu tiadalah Ia bersifat Qadim maka sekarang telah terdahulu bagi-Nya wajib bersifat Qadim
maka menerimalah aqal kita wajib bagi-Nya bersifat Baqa dan mustahil lawannya binasa, adapun
dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: wayabqo wajhu robbikauzuljalali wal ikrom, artinya
kekal dzat Tuhan kamu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Adapun yang Kekal itu dua bahagi:
a. Kekal Haqiqi, yaitu dzat dan sifat Allah Taala
b. Kekal Ardy, yaitu kekal yang dikekalkan, menerima hukum binasa jikalau dibinasakan
Allah Taala, karena ia sebahagian daripada mumkinun, tetapi tiada dibinasakan maka kekallah
ia, maka kekalnya itu dinamakan kekal Ardy, seperti ruh, arasy, kursi, kalam, lauh mahfudh,
surga, neraka, bidadari dan telaga nabi.
3. MUKHALAFATUHULILKHAWADITSI artinya Bersalahan Allah Ta'ala dengan
segala yang baharu
Adapun Hakikat Mukhalafatuhulilhawadits itu diibaratkan menafikan dzat dan sifat dan af'al
Allah Ta'ala dengan segala sesuatu yang baharu, yakni tiada bersamaan dengan segala yang
baharu, lawannya Mumassalatuhulilhawadits, artinya bersamaan dengan segala sesuatu yang
baharu. Tiada diterima oleh aqal dikatakan Allah Ta'ala itu bersamaan dzat-Nya dan sifat-Nya
dan af'al-Nya dengan segala yang baharu, karena jikalau bersamaan dengan segala yang baharu
maka tiadalah Ia bersifat Qadim dan Baqa', sebab segala yang baharu menerima hukum binasa,
maka sekarang telah terdahulu wajib bagi Allah Ta'ala bersifat Qadim dan Baqa', maka
menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta'ala bersifat mukhalafatuhulilhawadits, dan mustahil
lawannya Mumasalatu lilhawadits, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur'an:
laisa kamislihi syaiin wa huwassami'ul bashir, artinya tiada seumpama Allah Ta'ala dengan
segala sesuatu dan Ia mendengar dan melihat.
Adapun bersalahan dzat Allah Ta'ala dengan dzat yang baharu karena dzat Allah Ta'ala bukan
jirim atau jisim dan bukan jauhar atau 'aradh dan tiada dijadikan, tiada bertempat, tiada berjihat,
tiada bermasa atau dikandung masa dan tiada beranak atau diperanakkan.
Bersalahan sifat Allah Ta'ala dengan sifat yang baharu karena sifat Allah Ta'ala Qadim dan 'Aum
takluknya, seperti Sami' Allah Ta'ala takluk pada segala yang mawujud.
Adapun sifat yang baharu itu tiada ia Qadim dan tiada 'Aum takluknya, tetapi takluk pada
setengah perkara jua seperti yang baharu mendengar ia pada yang berhuruf dan bersuara dan
yang tiada berhuruf dan bersuara tiada ia mendengar atau yang jauh atau yang tersembunyi
seperti gerak-gerak yang dalam hati dan begitu jua sifat-sifat yang lain tiada serupa dengan sifat
Allah Ta'ala.
Adapun bersalahan perbuatan Allah Ta'ala dengan perbuatan yang baharu karena perbuatan
Allah Ta'ala itu memberi bekas dan tiada dengan alat perkakas dan tiada dengan minta tolong
dan tiada mengambil faedah dan tiada yang sia-sia.
Adapun perbuatan yang baharu tiada memberi bekas dan dengan alat perkakas atau dengan minta
tolong dan mengambil faedah.
4. QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Taala dengan sendirinya
Adapun hakikat Qiyamuhu binafsihi itu ibarat daripada menafikan berkehendak kepada tempat
berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia, yakni tiada berkehendak kepada tempat
berdiri dan tiada berkehendak kepada yang menjadikannya.
Mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan tiada berdiri dengan sendiriNya, karena Ia
zat bukan sifat, jikalau Ia sifat, maka berkehendak kepada tempat berdiri karena sifat itu tiada
boleh berdiri dengan sendirinya.
Dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Ia karena Ia Qadim, jikalau berkehendak Ia
kepada yang menjadikan Dia, maka jadilah Ia baharu, apabila ia baharu tiadalah ia bersifat
Qadim dan Baqa dan Mukhalafatuhulilhawadits.
Maka sekarang menerimalah aqal kita, wajib diterima oleh aqal, bagi Allah Taala itu bersifat
Qiyamuhubinafsihi dan mustahil lawannya An-laayakuunu koimambinafsihi, adapun dalilnya
firman-Nya dalam Al Quran: Innallaha laghniyyun anil alamiin, artinya Allah Taala itu
terkaya daripada sekalian alam.
Adapun segala yang Mawujud menurut berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak
kepada yang menjadikan dia itu empat bahagi:
a. Tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia dan tiada berkehendak kepada tempat
berdiri, yaitu zat Allah Taala
b. Berdiri pada zat Allah Taala dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia, yaitu
sifat Allah Taala
c. Tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia
yaitu segala jirim yang baharu
d. Berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia yaitu
segala aradh yang baharu
5. WAHDANIAH, artinya Esa
Adapun hakikat Wahdaniah itu ibarat menafikan kammuttasil (berbilang-bilang atau bersusun-
susun atau berhubung-hubung) dan kammumfasil (bercerai-cerai banyak yang serupa) pada zat,
pada sifat, dan pada afal.
Lawannya An-yakunu wahidan, artinya tiada ia esa. Mustahil tiada diterima oleh akal sekali-kali
dikatakan tiada Ia Esa, karena jikalau tiada Ia Esa tiadalah ada alam ini karena banyak yang
memberi bekas.
Seperti dikatakan ada dua atau tiga tuhan, kata tuhan yang satu keluarkan matahari dari barat,
dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari timur, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari
utara atau selatan, karena tiga yang memberi bekas. Tentu kalau tuhan yang satu itu
mengeluarkan matahari itu dengan sekehendakknya umpamanya disebelah barat, tentu pula
tuhan yang lain meniadakkannya dan mengadakan lagi menurut kehendaknya umpamanya
disebelah timur atau utara atau selatan, karena tiga-tiga tuhan itu berkuasa mengadakan dan
meniadakan maka kesudahannya matahari itu tiada keluar.
Maka sekarang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan atau perjalanan
didalam alam ini semuanya teratur dengan baiknya maka menerimalah aqal kita wajib diterima
aqal Wahdaniah bagi Allah Taala dan mustahil lawannya berbilang-bilang atau bercerai-cerai.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: Qul huwallahu ahad, artinya katakanlah oleh mu
(Muhammad) Allah Taala itu Esa, yakni Esa zat dan Esa sifat dan Esa Afal.
Adapun Wahdaniah pada zat menafikan dua perkara:
a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun seperti
dikatakan zat Allah Taala itu berdarah, berdaging dan bertulang urat, atau dikatakan zat Allah
Taala itu kejadian daripada anasir yang empat.
b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau
serupa, umpama dikatakan ada zat yang lain seperti zat Allah Taala yakni tiada sekali-kali
seperti yang demikian itu.
Maka Kammuttasil dan Kammumfasil itulah yang hendak kita nafikan pada zat Allah Taala,
apabila sudah kita nafikan yang dua perkara ini maka barulah dikatakan Ahadiyyatuzzat, yakni
Esa dzat Allah Taala.
Adapun Wahdaniah pada sifat menafikan dua perkara:
a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun sifat, seperti
dikatakan ada pada Allah Taala dua Qudrat atau dua Ilmu atau dua Sami yakni tiada sekali-kali
seperti yang demikian itu.
b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa
seperti dikatakan ada Qudrat yang lain atau Ilmu yang lain seperti Qudrat dan Ilmu Allah Taala.
Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada sifat Allah Taala,
apabila sudah kita nafikan yang dua itu maka baharulah dikatakan Ahadiyyatussifat, yakni Esa
sifat Allah Taala.
Adapun Wahdaniah pada afal menafikan dua perkara:
a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berhubung atau minta tolong memperbuat suatu
perbuatan, seperti dikatakan Allah Taala jadikan kuat pada nasi mengenyangkan dan kuat pada
air menghilangkan dahaga dan kuat pada api membakar dan kuat pada tajam memutuskan yakni
tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.
b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak perbuatan yang memberi
bekas, seperti dikatakan ada perbuatan yang lain memberi bekas seperti perbuatan Allah Taala,
yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.
Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada afal Allah Taala,
apabila sudah kita nafikan yang dua ini maka baharulah kita dikatakan Ahadiyyatull afal, yakni
Esa perbuatan Allah Taala.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bahagian III: Sifat Maani
Adapun hakikat sifat Maani itu: wahiya kullu sifatu maujudatun qoimatun bimaujuudatun
aujabat lahu hukman, artinya tiap-tiap sifat yang berdiri pada yang maujud (wajibalwujud / zat
Allah Taala) maka mewajibkan suatu hukum (yaitu Manawiyah)
Sifat Maani ini maujud pada zihin dan maujud pula pada kharij, ada tujuh perkara:
1. QUDRAT artinya Kuasa, Takluk pada segala mumkinun
2. IRADAT artinya Menentukan, takluk pada segala mumkinun
3. ILMU artinya Mengetahui, takluk pada segala yang wajib, mustahil dan ja'iz bagi aqal.
4. HAYAT artinya Hidup, tiada takluk, tetapi syarat bagi aqal kita menerima adanya sifat-
sifat yang lain.
5. SAMA artinya Mendengar, takluk pada segala yang maujud.
6. BASYAR artinya Melihat, takluk pada segala yang maujud.
7. KALAM artinya Berkata-kata
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
1. Qudrat artinya Kuasa
Adapun hakikat Qudrat itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat
Allah Taala, maka dengan Dia mengadakan dan meniadakan bagi segala mumkin muafakat
dengan Iradat-Nya. Adapun arti mumkin itu barang yang harus adanya atau tiadanya
Adapun mumkin itu empat bahagi:
a. Mumkin Maujuud badal adum, yaitu mumkin yang pada masa sekarang, dahulu tiada,
seperti: langit, bumi dan kita semuanya.
b. Mumkin Madum badal wujud, yaitu mumkin yang tiada pada masa sekarang ini
dahulunya ada, seperti: nabi Adam as, dan datok-datok nenek kita yang sudah tiada.
c. Mumkin sayuzad, yaitu mumkin yang akan datang seperti hari kiamat, syurga dan neraka.
d. Mumkin Ilmu Allah annahu lamyujad, yaitu mumkin yang didalam Ilmu Allah Taala,
tetapi tiada dijadikan seperti hujan emas, Air laut rasanya manis, dan banyak yang lain lagi.
Lawannya Ujdzun artinya lemah, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan
Allah Taala itu lemah, karena jikalau Ia lemah niscaya tiadalah ada alam ini karena yang lemah
itu tiada dapat memperbuat suatu perbuatan. Maka sekarang alam ini telah nyata adanya
bagaimana yang kita lihat sekarang ini, maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal, bagi-
Nya bersifat Qudrat dan mustahil lawannya Ujdzun.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: wallahu ala kulli saiin-qodir, artinya Allah
Taala itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Tetaplah dalam Hakikat Qudrat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu
untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal
Allah Taala.
Qudrat Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan lemah.
Qudrat Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan lemah.
Qudrat Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,
maha suci dari sekalian misal.
Qudrat Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada
meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.
Qudrat Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)
dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).
2. Iradat artinya Menentukan
Adapun hakikat Iradat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah
Taala maka dengan Dia menentukan sekalian mumkin adanya atau tiadanya,muafakat dengan
Ilmu-Nya.
Adapun Iradat Allah Taala menentukan enam perkara:
a. Menentukan mumkin itu Ada atau tiadanya
b. Menentukan Tempat mumkin itu
c. Menentukan Jihat mumkin itu
d. Menentukan Sifat mumkin itu
e. Menentukan Qadar mumkin itu
f. Menentukan Masa mumkin itu
Lawannya Karahat artinya tiada menentukan atau tiada berkehendak, yaitu mustahil tiada
diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Taala itu tiada menentukan atau tiada
berkehendak, karena jikalau tiada Ia menentukan atau tiada Ia berkehendak mengadakan alam ini
atau meniadakan alam ini niscaya tiadalah baharu (Berubah) alam ini maka sekarang alam ini
telah nyata adanya perubahan, ada siang ada malam, ada yang datang ada yang pergi, seperti
yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, maka menerimalah aqal kita wajib bagi
Allah Taala bersifat Iradat dan mustahil lawannya Karahat.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: faallu limaa yuriy d, artinya berbuat Allah
Taala dengan barang yang ditentukan-Nya.
Adapun Iradat dengan amar dan nahi itu tiada berlazim karena:
Ada kalanya disuruh tetapi tiada dikehendaki seperti Abu jahal, Abu lahab dan segala
pengikutnya.
Ada kalanya disuruh dan dikehendaki seperti Abu Baqar dan segala sahabat yang lain.
Ada kalanya tiada disuruh dan tiada dikehendaki seperti kafir yang banyak.
Adakalanya tiada disuruh tetapi dikehendaki seperti mengerjakan yang haram dan makruh
seperti Nabi Adam as dan Hawa.
Tetaplah dalam Hakikat Iradat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu
untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal
Allah Taala.
Iradat Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan Karahat.
Iradat Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan Karahat.
Iradat Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,
maha suci dari sekalian misal.
Iradat Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada
meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.
Iradat Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)
dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).
3. Ilmu artinya Mengetahui
Adapun hakikat Ilmu itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah
Taala maka dengan Dia Mengetahui pada yang wajib, pada yang mustahil, dan pada yang harus.
Adapun yang wajib itu zat dan sifatNya, maka mengetahui Ia zatNya dan sifatNya yang Kamalat.
Adapun yang mustahil itu yaitu yang menyekutui ketuhanannya atau yang kekurangan baginya
maka mengetahui Ia tiada yang menyekutui bagi ketuhanan-Nya dan yang kekurangan pada-Nya.
Adapun yang harus itu sekalian alam ini maka mengetahui Ia segala perkara yang ada pada masa
sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi dan
tiada terdinding yang dalam Ilmu-Nya sebesar jarah jua pun, semuanya diketahui-Nya dengan
Ilmu-Nya yang Qadim
Lawannya Jahil, artinya bodoh, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia
Jahil atau bodoh karena jikalau ia Jahil atau bodoh niscaya tiadalah teratur atau tersusun segala
pekerjaan didalam alam ini maka sekarang alam ini telah teratur dan tersusun dengan baiknya,
maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taala bersifat Ilmu dan mustahil lawannya Jahil
atau bodoh.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: wallahu bikulli syaiin alimun, artinya Allah
Taala mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Tetaplah dalam Hakikat Ilmu itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu
untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal
Allah Taala.
Ilmu Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan jahil.
Ilmu Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan jahil.
Ilmu Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,
maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.
Ilmu Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada meminta
tolong pada sesuatu.
Ilmu Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan
tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).
4. Hayat artinya Hidup
Adapun hakikat Hayat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah
Taala, maka dengan Dia zohirlah sifat yang lain-lain.
Lawannya maut artinya mati, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia mati
karena jikalau Ia mati niscaya tiadalah ada sifat yang lain seperti Qudrat, Iradat dan Ilmu maka
menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taala bersifat hayat dan mustahil lawannya maut.
Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: huwal hayyuladzii laa yamuut, artinya Dia yang
Hidup yang tiada mati.
Tetaplah dalam Hakikat Hayat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu
untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal
Allah Taala.
Hayat Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan maut.
Hayat Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan maut.
Hayat Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,
maha suci dari sekalian misal.
Hayat Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada
meminta tolong pada sesuatu.
Hayat Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)
dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain)
5. Sami artinya Mendengar
Adapun hakikat Sami itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah
Taala, maka dengan Dia mendengar segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadim
atau Muhadas.
Adapun mawujud yang Qadim yaitu dzat dan Sifat-Nya, maka mendengar Ia akan Kalam-Nya
yang tiada berhuruf dan bersuara, dan yang muhadas yaitu sekalian alam ini maka mendengar Ia
akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala
perkara yang akan diadakan lagi, maka tiada terdinding pendengarannya oleh sebab jauh atau
tersembunyi.
Lawannya Sumum, artinya pekak atau tuli yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali
dikatakan Ia pekak atau tuli karena jikalau Ia pekak atau tuli niscaya tiadalah dapat Ia
memperkenankan seruan makhluk-Nya padahal Menyuruh Ia kepada sekalian makhluk-Nya
dengan meminta seperti firman-Nya dalam Al Quran: uduunii astajib lakum, artinya mintalah
olehmu kepadaKu niscaya Aku perkenankan.
Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taala bersifat Sami dan mustahil lawannya
Sumum, pekak atau tuli, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: wallahu samiun
alimun, artinya Allah Taala itu yang mendengar dan yang mengetahui .
Tetaplah dalam Hakikat Sami itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu
untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal
Allah Taala.
Sami Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan pekak.
Sami Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan pekak.
Sami Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,
maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.
Sami Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada
meminta tolong pada sesuatu.
Sami Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)
dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).
6. Bashir artinya Melihat
Adapun hakikat Bashir itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah
Taala, maka dengan Dia melihat segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadim atau
muhadas.
Adapun mawujud yang Qadim itu dzat dan sifat-Nya, maka melihat Ia akan dzat-Nya yang tiada
berupa dan berwarna dan sifat-Nya yang kamalat.
Adapun mawujud yang muhadas itu sekalian alam ini maka melihat Ia akan segala perkara yang
ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang lagi akan
diadakan.
Tiada terdinding yang pada penglihatan-Nya oleh sebab jauh atau sangat halusnya atau sangat
kelamnya.
Lawannya Umyun, artinya buta, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia
buta karena jikalau Ia buta maka jadilah Ia kekurangan. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi
Allah Taa'la itu bersifat Bashir dan mustahil lawannya Umyun atau buta
Adapun dalilnya firman-Nya dalam AlQuran: wallahu bashirun bimaa tamaluun, artinya Allah
Taala itu melihat apa yang kamu kerjakan.
Tetaplah dalam Hakikat Bashir itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu
untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal
Allah Taala.
Bashir Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan buta.
Bashir Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan buta.
Bashir Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,
maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.
Bashir Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada
meminta tolong pada sesuatu.
Bashir Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)
dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).
7. Kalam artinya Berkata-kata
Adapun hakikat Kalam itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah
Taala, maka dengan Dia berkata-kata pada yang wajib seperti firman-Nya: falam annahu
laailahaillalah, artinya ketahui oleh mu bahwasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan berkata-
kata pada yang mustahil dengan firman-Nya: laukana fiyhima alihatun illallah lafasadatu, artinya
jikalau ada tuhan yang lain selain daripada Allah maka binasalah segala-galanya. dan berkata
pada yang harus dengan firman-Nya: wallahu holaqokum wamaa tamaluun, artinya Allah Taala
jua Yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.
Lawannya Bukmum, artinya kelu atau bisu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali
dikatakan Ia bisu atau kelu karena jikalau Ia bisu atau Kelu tiadalah dapat Ia menyuruh atau
mencegah dan menceritakan segala perkara seperti hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.
Maka sekarang suruh dan cegah itu ada pada kita seperti suruh kita sembahyang dan cegah kita
berbuat masiat. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taala itu bersifat Kalam dan
mustahil lawannya bukmum, kelu atau bisu. Adapun dalilnya friman-Nya dalam Al Quran: wa
kallamallaahu muusa taqlimaan, artinya berkata-kata Allah Taala dengan nabi Musa as dengan
sempurna kata.
Adapun Kalam Allah Taala itu satu sifat jua tiada Ia berbilang tetapi berbagi-bagi dipandang
dari segi perkara yang dikatakan-Nya apabila Ia menunjukkan kepada suruh maka dinamakan
amar seperti suruh sembahyang dan puasa dan lain-lain, jika Ia menunjukkannya kepada cegah
atau larangan maka dinamakan nahi seperti cegah berjudi., minum arak dan lain-lain, jika Ia
menunjukkan pada cerita dinamakan akhbar, seperti cerita raja Firaun , Namrudz, dan lain-lain.
jika Ia menunjukkan pada khabar gembira dinamakan Waad seperti balas syurga pada orang
beriman dan taat dan lian-lain, jika Ia menunjukkan pada khabar menakutkan maka dinamakan
Waid, seperti janji balas neraka dan azab bagi orang yang berbuat maksiat dan kafir.
Tetaplah dalam Hakikat Kalam itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu
untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal
Allah Taala.
Kalam Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan kelu.
Kalam Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan kelu.
Kalam Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,
maha suci dari sekalian misal, tiada terdinding dan tiada berhuruf atau bersuara.
Kalam Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada
meminta tolong pada sesuatu.
Kalam Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)
dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bahagian IV: Sifat Manawiyah
Adapun hakikat sifat manawiyah itu: hiyal halul wajibatu lidzati madaamati lidzati muallalati
biillati, artinya hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu dikarenakan suatu karena yaitu
Maani, umpama berdiri sifat Qudrat pada dzat maka baru dinamakan dzat itu Qadirun, artinya
Yang Kuasa, Qudrat sifat Maani, Qadirun sifat Manawiah maka berlazim-lazim antar sifat
Maani dengan sifat Manawiah, tiada boleh bercerai yaitu tujuh sifat pula:
1. QADIRUN, artinya Yang Kuasa, melazimkan Qudrat berdiri pada dzat
2. MURIIDUN, artinya Yang Menentukan maka melazimkan Iradat yang berdiri pada dzat
3. ALIMUN, artinya Yang Mengetahui maka melazimkan Ilmu yang berdiri pada dzat
4. HAYYUN, artinya Yang Hidup melazimkan Hayyat yang berdiri pada dzat
5. SAMIUN, artinya Yang Mendengar melazimkan Sami yang berdiri pada dzat
6. BASIRUN, artinya Yang Melihat melazimkan Basir yang berdiri pada dzat
7. MUTTAKALLIMUN, artinya Yang Berkata-kata melazimkan Kalam yang berdiri pada
dzat
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bahagian V: Sifat Istighna
Artinya sifat Kaya, Hakikat sifat Istighna: mustaghniyun angkullu maa siwahu, artinya Kaya
Allah Taala itu daripada tiap-tiap yang lain.
Apabila dikatakan Kaya Allah Taala daripada tiap-tiap yang lain, maka wajib bagi-Nya bersifat
dengan sebelas (11) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sebelas (11) sifat itu maka tiadalah
dapat dikatakan Kaya Allah Taala daripada tiap-tiap yang lainnya.
Adapun sifat wajib yang 11 itu ialah:
Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Kiyamuhubinafsihi, Sami, Basir, Kalam,
Samiun, Basirun dan Muttakalimun.
Selain sebelas (11) sifat yang wajib itu ada tiga (3) sifat yang harus (Jaiz) yang termasuk pada
sifat Istighna yaitu
1. Mahasuci dari pada mengambil faedah pada perbuatan-Nya atau pada hukum-Nya,
lawannya mengambil faedah, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena
jikalau mengambil faedah tiadalah Kaya Ia daripada tiap-tiap yang lainnya karena lazim
diwaktu itu berkehendak Ia pada menghasilkan hajat-Nya
2. Tiada wajib Ia menjadikan alam ini. Lawannya wajib yaitu mustahil tiada diterima oleh
aqal sekali-kali karena jikalau wajib Ia menjadikan alam ini tiadalah Ia Kaya daripada
tiap-tiap yang lainnya, karena lazim diwaktu itu berkehendak Ia kepada yang
menyempurnakan-Nya
3. Tiada memberi bekas suatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya. Lawannya memberi
bekas yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau memberi sesuatu
daripada kainat-Nya dengan kuatnya tiadalah Kaya Ia pada tiap-tiap yang lainnya karena
lazim diwaktu itu berkehendak Ia mengadakan sesuatu dengan wasitoh
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bahagian VI: Sifat Ifthikhor
Artinya sifat berkehendak: hakikat sifat Ifthikhor: wamuftaqirun ilaihi kullu maa adaahu, artinya
berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya.
Apabila dikatakan berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya maka wajib bagi-Nya bersifat
dengan sembilan (9) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sembilan (9) sifat ini maka tiadalah
dapat berkehendak tiap-tiap yang lainya kepada-Nya,
Adapun sifat wajib yang sembilan (9) itu adalah:
1. Qudrat
2. Iradat
3. Ilmu
4. Hayat
5. Qodirun
6. Muridun
7. Alimun
8. Hayyun
9. Wahdaniah
Selain dari sembilan (9) sifat yang wajib itu ada dua (2) sifat yang harus termasuk pada sifat
Ifthikhor:
1. Baharu sekalian alam ini. Lawannya Qodim yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal
sekali-kali karena jikalau alam ini Qodim tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lainnya
kepada-Nya karena lajim ketika itu bersamaan derejat-Nya
2. Tiada memberi bekas sesuatu daripada kainatnya dengan tobiat atau dzatnya. Lawannya
memberi bekas yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau memberi
bekas sesuatu daripada kainat dengan tobiat niscaya tiadalah berkehendak tiap-tiap yang
lain kepada-Nya karena lajim ketika itu terkaya sesuatu daripadaNya.
Maka sekarang telah nyata pada kita bahwa duapuluh delapan (28) sifat Istighna dan duapuluh
dua (22) sifat Ifthikhar maka jumlahnya jadi limapuluh (50) 'akaid yang terkandung didalam
kalimah laa ilaha ilallaah, maka jadilah makna hakikat laa ilaha ilallaah itu dua: laa
mustaghniyun angkullu maasiwahu, artinya tiada yang kaya dari tiap-tiap yang lainnya dan wa
muftaqirun ilaihi kullu maadahu, artinya dan berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.
Ini makna yang pertama maka daripada makna yang dua itu maka jadi empat (4):
1. Wajibal wujud, yaitu yang wajib adanya.
2. Ishiqoqul ibadah, yaitu yang mustahak bagi-Nya ibadah
3. Kholikul 'alam, yaitu yang menjadikan sekalian alam
4. Maghbudun bihaqqi, yaitu yang disembah dengan sebenar-benarnya.
Ini makna yang kedua maka daripada makna yang empat (4) itu jadi satu (1) yaitu:
Laa ilaha ilallaah, Laa mabudun ilallah, artinya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya
melainkan Allah.
Ini makna yang ketiga penghabisan maka jadilah kalimah laa ilaha ilallaah itu menghimpun nafi
dan isbat
Adapun yang dinafikan itu sifat Istighna dan sifat Ifthikhor berdiri pada yang lain dengan
mengatakan: laa ilaha dan diisbatkan sifat Istighna dan sifat Ifthikhor itu berdiri pada dzat Allah
Taala dengan mengatakan kalimah Ilallaah
Laa = nafi, Ilaha = menafi, ila = isbat, Allah = meng-isbat
Yang kedua kalimah laa ilaha ilallaah itu nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi
sepeti sabda nabi : laa yufarriqubainannafi wal-isbati wamamfarroqu bainahumaa fahuwa
kaafirun, artinya Tiada bercerai antara nafi dan isbat dan barang siapa menceraikan kafir.
Seperti asap dengan api. Asap itu bukan api dan asap itu tidak lain daripada api. Asap tetap asap
dan api tetap api: tetapi asap itu menunjukkan ada api inilah artinya nafi mengandung isbat dan
isbat mengandung nafi. Tiada bercerai dan tiada bersekutu.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
SIFAT-SIFAT KERASULAN
Adapun sifat yang wajib bagi rasul itu empat (4) perkara dan yang mustahil padanya empat (4)
sifat pula dan yang harus padanya satu (1) sahaja:
1. Siddiq, artinya Benar, lawannya Qizib, artinya Dusta yaitu mustahil
2. Amanah, artinya Kepercaan, lawannya Hianat, artinya Tiada Kepercayaan yaitu mustahil
3. Tabligh, artinya Menyampaikan, lawannya Qitman, artinya Menyembunyikan yaitu
mustahil
4. Fathonah, artinya Cerdik Bijaksana, lawannya Biladah, artinya Jahil yaitu mustahil
Adapun yang harus padanya satu (1) sahaja, yaitu: 'Iradul basariyyah, artinya Berperangai
dengan perangai manusia yang tiada membawa kekurangan seperti makan, minum beranak,
beristri dan sebagainya, lawannya tiada 'Iradul basariyyah, yaitu Tiada Berperangai dengan
perangai manusia yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena kita telah mendengar
banyak sekali sejarah atau riwayat nabi semasa hidupnya, istimewa pula orang yang sudah
berjumpa dengannya seperti segala sahabatnya seperti Abu Bakar dan sahabat yang lain dan
begitu juga segala musuhnya seperti Abu jahal dan Abu lahab
dan ditambah lagi dengan empat (4) perkara pada rukun iman dan lawannya.
Maka jadilah delapan belas (18) Aqaid yang terkandung didalam kalimah
MuhammadurRasuulullaah
1. Percaya akan Malaikatnya, lawannya Tiada percaya
2. Percaya akan Kitab, lawannya Tiada percaya
3. Percaya akan segala Rasul, lawannya Tiada percaya
4. Percaya akan Hari Kiamat, lawannya Tiada percaya
Empat (4) sifat yang wajib bagi rasul dan empat (4) sifat pula yang mustahil padanya dan satu
(1) sifat yang harus padanya, lawannya satu (1) pula, ditambah dengan empat (4) pada Rukun
Iman dan lawannya empat (4) pula maka dijumlahkan semuanya jadilah delapan belas (18)
Aqaid yang terkandung didalam Sahadat Rasul, maka baharulah jadi Aqaidul Iman enam puluh
delapan (68) yang terkandung didalam Dua Kalimah Syahadat :
Ashadu anllaa ilaha ilallah Wa Ashadu ana muhaammadarrasullullaah
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
AQAI'DUL IMAN
Adapun Aqaidul Iman itu lima bahagi:
1. Aqaidul Iman 50, yaitu dengan ringkas untuk mengesahkan iman kita dan wajib
diketahui bagi tiap-tiap orang islam yang baligh lagi beraqal laki-laki atau perempuan
yang mula hendak mengerjakan ibadah kepada Allah Taala, jikalau tiada kita
mengetahui Aqaidul Iman yang ringkas ini maka tiadalah syah ibadah kita kepada Allah
Taala yaitu 20 sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus maka
dijumlahkan jadi 41 dan 4 sifat yang wajib bagi rasul dn 4 sifat pula yang mustahil dan 1
sifat yang harus pada rasul maka jadi 9, maka dijumlahkan dengan 41, jadi 50 Aqaid
2. Aqaidul Iman 60
3. Aqaidul Iman 64
4. Aqaidul Iman 66
5. Aqaidul Iman 68
Adapun Aqaidul Iman yang empat (4) kemudian ini untuk marifat yaitu untuk membedakan
dzat Allah Taala dengan dzat yang baharu, dan membedakan sifat Allah Taala dengan sifat
yang baharu dan membedakan perbuatan Allah Taala dengan perbuatan yang baharu, maka
kesemuanya itu benar, hanya perselisihannya pada Rukun Iman sahaja, setengahnya tiada
dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara, maka jadi 60, setengahnya dimasukkan Rukun Iman
tetapi tiada dimasukkan lawannya, maka jadi 64, dan setengahnya dimasukkan Rukun Iman yang
4 perkara dan lawannya , maka jadilah 68 dan yang 66 tiada masyhur sebab tiada dimasukkan
satu (1) sifat yang wajib bagi Rasul dan lawannya maka inilah sebab menjadi 66.
Maka baharulah jadi Syahadat itu dua (2) bahagi:
1. Syahadat Tauhid, yaitu Ashadu anllaa ilaha ilallah
2. Syahadat Rasul, yaitu Ashadu ana muhammadarrasuulullaah
Adapun Fardhu Syahadat itu dua perkara:
1. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah
2. Ditasdiqkan makna itu kedalam hati
Syarat Syahadat itu empat perkara:
1. Diketahui apa isi didalam dua kalimah itu
2. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah
3. Ditasdiqkan maknanya itu kedalam hati
4. Diyakinkan sungguh-sungguh didalam hati
Rukun Syahadat itu empat perkara:
1. Mengisbatkan dzat Allah Taala dzat yang wajibal wujud
2. Mengisbatkan sifat Allah Taala sifat yang kamalat atau sifat yang kesempurnaan
3. Mengisbatkan afal Allah Taala memberi bekas dan yang berlaku dalam alam ini semua
perbuatannya
4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah dan Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah
Kesempurnaan Syahadat itu empat (4) perkara:
1. Diketahui
2. Diikrarkan dengan lidah
3. Ditasdiqkan maknanya didalam hati
4. Diamalkan dari dalam hati hingga melimpah keseluruh anggota
Yang Membinasakan Syahadat itu empat (4) perkara:
1. Syak hatinya pada Allah Taala
2. Menduakan Allah Taala
3. Menyangkal dirinya dijadikan Allah Taala
4. Tiada mengisbatkan dzat, sifat dan afal Allah Taala dan kebenaran Rasul
Adapun dzikir itu tiga (3) bahagian
1. Dzikir lidah yaitu: Laa ilaha ilallah
2. Dzikir hati yaitu: Allah
3. Dzikir sirr yaitu: Huwa
Adapun Laa ilaha ilallaah dzikir orang Syariat
Adapun Allah... Allah... dzikir orang Tarikat
Adapun Huwa Huwa dzikir orang Hakikat
Laa ilaha ilallaah itu makanan Jasmani
Allah Allah itu makanan Qalbu
Huwa Huwa itu makanan Ruhani
ALLAH
Alif = Dzat
Lam = Sifat
Lam = Afal
Ha = Asma
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Taharah / Bersuci
1. Definisi :
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.
3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat
11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu
dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.
6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah
perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada
di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit
serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
8. Syarat wajib taharah ialah :
Islam
Berakal
Baligh
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
Tidak lupa
Tidak dipaksa
Berhenti darah haid dan nifas
Ada air atau debu tanah yang suci.
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman
Allah:
025.048
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-
Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai
ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
12. Jelasnya, alatalat untuk bersuci itu ialah:
Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat.
Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang
menjadi cair dan air embun.
o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada
mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan
sesuatu. Firman Allah:
004.043
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga
kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam
keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau
dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu
dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Nisa, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya
sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau
rosak.
4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Pembahagian Jenis Air
Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:
1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air Mutlaq:
Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya
yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama
terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya
mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara
tersebut .
Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam
masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu
disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .
Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah
dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.
b) Air Musyammas:
iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak
pada pakaian.
Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu
pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti
besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih
badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah
s.a.w. yang bermaksud :-
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah
bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah
sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat
Baihaqi)
2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air Musta'amal:
Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan
perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang
pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah
dan tidak bertambah.
Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang
dibuat nira atau akar-akar kayu.
Air yang berubah ada dua cara :-
Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya
pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu
yang dapat dilihat akan perubahannya.
- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air
mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini
maka hukumnya air mutlak.
Air yang bercampur itu ada dua cara :-
Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di
dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi
yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh
dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.
Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat
dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk
ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.
b) Air Muqayyad:
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya
(warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang
dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.
3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada
berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.
b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada
perubahan itu sedikit atau banyak.
Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
1. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
2. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
3. Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan
tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bersugi (Bersiwak)
1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut
ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-
Quraan dan ketika berubah bau mulut.
3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang
berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah
s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi .
( Riwayat Muslim )
- Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada
telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.
4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) ,
rotan manggar kelapa dan lain-lain.
5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
1) Dari Aisyah r.a.h. Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan
mendapat redha dari Tuhannya .
( Riwayat Baihaqi )
2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk .
( Riwayat Ahmad )
6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan
mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
7. Di antara kelebihan bersugi ialah :
1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi .
( Riwayat Muslim )
2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam
sehari.
8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya
kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang
baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya
gigi yang segar .
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~
Bijana Emas dan Perak
1. Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti pinggan, mangkuk,
gelas, sudu, pisau dan lain-lain lagi .
2. Penggunaan bijana daripada emas dan perak hukumnya adalah haram.
3. Sebab dihukumkan haram adalah :
kerana tegahan - Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Jangan kamu minum pada segala bijana emas dan perak dan
janganlah kamu makan pada semua pinggannya .
( Riwayat Al-Hakim ).
kerana akan menjadi beku tidak dapat menambah atau mengembangkan ekonomi.
kerana boleh menimbulkan rasa kecil hati dari kalangan fakir miskin.
4. Haram menggunakan bijana emas dan perak seperti pencelak mata bekas celak, sikat
dan lain-lain.
5. Haram seseorang itu mengupah dan mengambil upah membuat sesuatu bijana daripada
emas dan perak. Dan tidak wajib ganti apabila memecahkan alat permainan yang diperbuat
daripada emas dan perak.
6. Hukum menyimpan bijana emas dan perak hukumnya adalah haram begitu juga hukum
menyadurkan bijana besi atau tembaga dengan emas atau perak juga adalah haram.
7. Bijana emas dan perak yang disadurkan dengan tembaga atau sebagainya tidak haram.
8. Hukum bijana yang ditimpal dengan perak:-
Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana perhiasan hukumnya adalah haram.
Jika besar tampalannya pada kebiasaan kerana hajat atau keperluan hukumnya
harus beserta makruh.
Jika kecil tampalannya pada kebiasaannya kerana perhiasan hukumnya makruh.
Jika kecil tampalannya kerana hajat hukumnya tidak makruh.
9. Hukum menampal bijana dengan emas hukumnya adalah haram.
10. Makanan atau minuman yang ada di dalam bijana emas atau perak hukumnya adalah
halal di makan atau diminum kalau ia bukan daripada makanan yang haram, yang
diharamkan hanyalah menggunakan bijana-bijana tersebut.
11. Dihukumkan haram menggunakan bijana itu adalah terhadap ke semua manusia sama
ada lelaki atau perempuan.
12. Bersuci dengan menggunakan bijana emas atau perak itu hukumnya adalah sah.
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~