Anda di halaman 1dari 3

Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Blog Insan Istimewa Permata Hati )

Konsep Psikologi Dan Psikologi Pendidikan

Psikologi merupakan salah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku

dan perbuatan manusia atau haiwan khususnya dari segi pemikiran, sikap, perasaan, naluri,

potensi, kecerdasan, keperluan serta tindakbalas terhadap manusia terhadap persekitran.

Psikologi pendidikan yang berasaskan teori pembelajaran yang merangkumi teknik kajian

psikologi ke atas cara bagaimana manusia belajar dan keberkesanan proses pembelajaran

mereka. Secara tidak langsung melalui teori pembelajaran dan teknik yang diterapkan dalam

kajian psikologi merupakan aspek yang sangat penting dalam psikologi pendidikan.

Antara tujuan dan peranan guru yang dapat dikaitkan dalam bidang psikologi pendidikan

adalah seperti berikut :-

Bil Tujuan Psikologi Peranan Guru


1. Memahami tingkahlaku – Menerapkan nilai – nilai murni dan mengeratkan
manusia untuk mencapai perpaduan antara satu sama lain seperti bertolak
keharmonian dan – ansur, bekerjasama, hormat – menghormati
kesejahteraan dan lain – lain.
– Memberikan nasihat yang memberangsangkan
agar murid tidak mudah melakukan perkara –
perkara yang tidak bermoral.
– Memimpin murid agar menjadi insan yang
berguna dengan menjadi contoh sikap yang baik.

2 Merancang aktiviti yang dapat – Merancang aktiviti yang melibatkan pemantauan


membentuk tingkahlaku yang dan penilaian secara berterusan dalam kurikulum
diingini. dan kokurikulum.
– Mengadakan kem – kem motivasi.
3. Mengawal tingkahlaku yang – Memberikan kasih sayang dalam bentuk teguran
tidak diingini dan tidak agar murid.
berfaedah.
– Melaksanakan kaedah peneguhan negatif dalam
bentuk dendaan ataupun hukuman bagi
melupuskan tingkahlaku yang tidak diingini.
– Meningkatkan motivasi diri dengan membimbing
murid agar tidak mencontohi tingkah laku yang
tidak baik dan tidak berfaedah.
4. Meramal tingkahlaku atau – Senantiasa berwaspada dan peka dalam
gerakbalas yang timbul dalam sebarang kemungkinan dalam situasi
sesuatu situasi. persekitaran bagi tujuan menangani sebarang
permasalahan yang bakal timbul kerana guru
sebagai perunding dan penasihat dalam
sebarang masalah yang dihadapi.
5. Menilai tingkahlaku manusia – Menilai berdasarkan pemerhatian dan
dalam sesuatu masyarakat. pengalaman yang telah dilalui untuk mendekati
masyarakat.
– Perlu bergaul mesra dengan pelbagai lapisan
masyarkat kerana guru adalah ’role mode’
kepada masyarakat.

6. Memahami perbezaan – Mengenalpasti tahap pencapaian murid dari segi


individu dari segi fizikal, kecerdasan, pengamatan kognitif, pencapaian
emosi dan mental. akademik, jantina, bentuk pembelajaran, bangsa
dan agama.
– Memperbanyakan lagi rangsangan dalam bentuk
muzik, permainan bahasa dan lain – lain lagi.

7. Memahami bagaimana – Memahami konsep kendiri itu sendiri yang mana


konsep kendiri sesorang terbahagi kepada 2 iaitu:
dibentuk serta memahami 1. Konsep kendiri positif.
faktor yang mempengaruhi 2. Konsep Kendiri negatif.
konsep ini. - Membuat penilaian yang lebih anjal.
- Mengembangkan potensi murid melalui proses
pembelajaran yang terancang.
- Motivasi untuk murid – murid.
- Memberikan layanan yang sama kepada semua
murid - murid.
8. Memahami keperluan biologi – Perlu mengetahui tahap perubahan
dan psikologi manusia dan perkembangan biologi dan psikologi manusia.
berusaha kearah – Dapat menguasai keperluan ini dan pemahaman
memenuhinya.. terhadap objektif psikologi.
9. Memahami gangguan – Memerlukan melakukan beberapa aktiviti p & p
tingkahlaku seperti secara individu atau menyediakan aktiviti p & p
hiperaktiviti, kebimbangan, bercorak pemulihan.
pengunduran diri dan lain -
lain.
10. Memahami faktor – faktor – Perlu untuk menyelidik dan memahami faktor –
yang mempengaruhi faktor sahsiah atau keperibdian murid – murid
personaliti seseorang. yang terdiri daripada faktor baka dan
persekitaran.
– Menolong membentuk personaliti murid yang
baik.