Anda di halaman 1dari 7

NOVEL :SAYANG SERINDIT

JENIS-JENIS GAYA BAHASA.




1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa
pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya ( marzuki) berisi
keriangan , memasang telinga

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda,
keadaan atau suasana. Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian sifat manusia kepada
objek, benda atau konsep tertentu untuk menggambarkan kedaan tertentu
Contoh yang terdapat dalam Sayang Serindit ialah : burung ketiduran,terbang bagikan
melambai kepadanya.


3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan.
Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya
memikirkan burung serindit tersebut(Lautan bermaksud laut ataupun banyak ). Fikiran pula
hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada
persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan
dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-
api, menerkam ke bilik.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud
yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.


7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin (pengulangan vokal a). contoh
lain ialah bangun tidur lalu iaitu pengulangan vokal u.


8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan
n) contoh lain ialah panjang dan lonjong iaitu pengulangan konsonan j dan g .

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.
Contoh nya ,buah mempelam yang besar,buah yang sedap. Pengulangan perkataan buah
dalam satu baris memperlihatkan unsur repitasi berlaku. Contoh lain ialah bulunya hijau dan
bulunya sangat cantik.


10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh yang terdapat dalam Sayang Serindit
ialah Aduh! keluh Marzuki apabila perit rasa datang menyerang . pembalikan kata telah
berlaku dan ayat asal ialah Aduh! keluh Marzuki apabila rasa perit datang menyerang

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya sekejap burung itu berbunyi
cit cit cit ,sekejap bunyinya hilang. Contoh lain ialah memang ada kesan tayar ,dan
memang kesan itu datang dari bawah rumah. Pengulangan kata di baris depan berlaku iaitu
perkataan sekjap dan perkatan memang.


12.. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris sebagai contoh ketika ayah marzuki
pergi untuk mendapatkan Marzuki,beliau menyahut, jatuh pokok ayah. Tidak boleh jalan
ayah. Unsur epifora hadir dalam perkataan ayah.


13. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu). Dalam Sayang
Serindit,mudah-mudahan tak ada apa-apa ?kata pak cik harun. Perkataan tak adalah
diringkaskan daripada perkataan tidak. Contoh lain ialah, tak mahu bawa di ke hospital
kea bang?.
14. Imej Alam juga digunakan dalam penulisan Sayang Serindit sebagai contoh:
serindit,mempelam,bunyi burung cit cit cit.






Gaya Bahasa
Jenis Gaya
Bahasa
Huraiannya
(a) Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang
daiam karyanya
Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema
dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat
daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c) Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
Membawa maksud tindakan pengarang
memberikan sifat manusia, sama ada darisegi perasaan,
perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,
binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gun
ung, benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit
(boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan
sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkope Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
Jenis Gaya
Bahasa
Huraiannya
(h) Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang
antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i) Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-
baris sajak
Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku
penyair kupenuhi hidupku
(j) Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam
baris sajak
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu
menghimpun kekuatan
(k) Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang
dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD !
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di
pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambanga
n
merupakan kata-
kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,
keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau
maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan
usia muda






Nilai dan pengajaran .
Antara contoh nilai dan pengajaran yang terdapat dalam penulisan sastera
Sayang Serindit ialah
1. Baik hati
Ibu marzuki dan ayahnya seorang yang sangat baik hati dalam melayan karenah
anaknya marzuki. Ayah marzuki terus mencampakkan saja basikalnya ke tepid an
terus meluru kea rah anaknya. Pengajaranya, sebagai seorang ayah dan ibu
kelak,perlulah mengamalkan nilai baik hati dalam mendidik anak dan membentuk
anak bagi menjadi suri tauladan kepada anak kelak.

2. Berdikari
Mazruki boleh dikatakan seorang budak yang sangat berdikari kerana sanggup
mengayuh basikal sendiri dan tidak mengharapkan bantuan ayahnya iaitu Pak Cik
Harun untuk menghantarnya. Beliau juga sangat berdikari dalam melakukan usaha
mengait buah mempelam epal yang yang dilihatnya berair ,harum dan manis dia
atas pokok.

3. Hemah tinggi
Nilai hemah yang tinggi dapat dilihat pada pada sikap Marzuki yang sentiasa
berhemah dalam mendapatkan burungnya kembali. Oleh itu,pengajaranya , untuk
mewujudkan nilai hemah dalam tinggi,seseorang perlulah meneruskan usaha
dengan lebih gigih tanpa mengenal erti kegagalan.
4. Hormat-menghormati

5. Kasih sayang
Jelas dapat dilihat nilai kasih sayang dalam penulisan ini. Sebagai contoh,ibu
Marzuki yang sayangkan Marzuki risaukan anaknya itu,menyuruh suaminya Pak Cik
Harun untuk mencarinya di kebun dan mendapati Marzuki telah terjatuh dari pokok.
Pengajarannya,sebagai penjaga kepada seseorang samada ibu atau bapa ,mungkin
saudara terdekat,hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang dalam mendidik dan
melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.


6. Kebebasan
Nilai kebebasan dapat digambarkan dengan sikap Marzuki yang sentiasa ingin
mencuba sesuatu yang baru dan melakukan apa yang diminatinya dengan cara
yang betul dan baik. Sebagai contoh,beliau berulang alik ke kebun ayahnya kerana
sukakan suasana di kebun serta membawa buku cerita berkaitan tokoh-tokoh
pejuang Negara Malaysia untuk dibaca. Pengajaranya , menjadikan diri seorang
yang bebas bermksud kita menjalankan tanggungjawab ke atas diri dengan
sempurna untuk mendapatkan gaya hidup dengan lebih baik

7. Keberanian
Nilai keberanian dapat dilihat dalm diri Marzuki dapat dilihat semasa beliau
memanjat pokok mempelam yang berumur 20 tahun yang sangat tinggi untuk
mendapatkan buah mempelam yang sedang ranum masak. Hal ini menunjukkan
bahawa dia seorang yang sangat berani menempuh cabaran dan menerima risiko .
Pengajaranya ,kita hendaklah menjadi seorang yang berani dalam kehidupan,
supaya kita tidak ketinggalan dalam membentuk diri dengan lebih baik serta berani
menghadapi cabaran hidup dengan lebih baik..

8. Rasional
Nilai rasional yang dapat dilihat dalam karya sastera ini ialah semasa Marzuki
memilih untuk membawa pulang anak burung serindit yang dijumpainya di bawah
pohon. Beliau memilih untuk membawanya pulang kerana memikirkan kemungkinan
anak burung itu dimakan oleh ular atau biawak yang berada di sekitar kawasan
kebunnya. Pengajaranya, pertimbangan keadaan secara rasional membolehkan
satu keputusan itu dibuat dengan lebih baik dan hasilnya juga akan memperlihatkan
kesan positif.
9. Kerajinan
Ibu kepada Marzuki seorang yang sangat rajin dalam menguruskan kehidupan
keluarnya. Beliau memasak,mengemas rumah dan melakukan pelbagai kerja lain
dalam kehidupan harianya tanpa mengambil kira balasan. Oleh itu, nilai kerajinan
yang ditunjukkan beliau memberikan kita pengajaran yang wajar untuk dicontohi
bagi menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Perwatakan Pak Cik Harun menggambarkan bahawa dia
10. Kesederhanaan
Pak CikHarun dan keluarganya menjalankan kehidupan secara kesederhanaan .
beliau menjalankan kehidupan dengan kerja sampingan iaitu menjual buah- buahan
yang subur di kebunnya. Keadaan keluarganya yang sederhana mengelakkan
kehidupan mereka dibebani dengan beban hutang dan beban lain.
Pengajarannya,untuk mendapatkan kehidupan dengan baik tidak semestinya perlu
menjalani kehidupan mewah sebaliknya, kehidupan bersederhana sudah memadai
untuk hidup dengan selesa .

Anda mungkin juga menyukai