Anda di halaman 1dari 11

ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

3.1 PENGENALAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN



Penyata Kewangan merupakan data ringkasan tentang aset, liabiliti dan ekuiti, serta hasil dan
belanja sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Penyata Kewangan digunakan oleh pengurus
kewangan untuk menilai kedudukan syarikat dan membuat perancangan masa hadapan syarikat.

Terdapat empat (4) penyata kewangan yang utama iaitu Penyata Pendapatan, Penyata Aliran
Tunai, Penyata Untung/Pendapatan Tertahan dan Penyata Kunci Kira-kira.

Analisis kewangan merupakan penilaian tentang pencapaian kewangan perniagaan pada
tahun-tahun lepas dan juga prospeknya pada masa hadapan. Lazimnya, penilaian tersebut melibatkan
analisis penyata kewangan syarikat. Maklumat daripada penyata kewangan digunakan untuk
mengenalpasti kelebihan dan kelemahan syarikat secara relatif kepada pesaing dan memberi petunjuk
bahagian-bahagian yang perlu diselidik dan diperbaiki.













3.2 PIHAK-PIHAK BERKEPENTNGAN (STAKEHOLDER) TERHADAP PENYATA KEWANGAN









PIHAK BERKEPENTINGAN
TERHADAP PENYATA
KEWANGAN
Pembekal / Vendor /
Trade Creditor /
Pemiutang
Agensi Kerajaan
Pemilik / Pemegang
Saham
Pelabur/Bakal Pelabur /
Pemodal
Kesatuan
Sekerja/Pekerja/Bakal
Pekerja
Pesaing
Pihak Pengurusan
TAHUKAH ANDA?
Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa sekurang-kurangnya empat (4)
penyata kewangan berikut perlu disertakan dalam laporan tahunan, iaitu:
a. Penyata Pendapatan,
b. Lembaran Imbangan,
c. Penyata Pendapatan Tertahan; dan
d. Penyata Aliran Tunai


ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

a. Pemilik / Pemegang Saham (Shareholder)
Penyata Kewangan pada asasnya disediakan untuk pemilik atau pemegang saham bagi
memastikan pelaburan mereka digunakan sebaik mungkin oleh pihak pengurusan dalam
perniagaan

b. Pelabur / Bakal Pelabur / Pemodal
Pelabur-pelabur berminat untuk mengetahui pencapaian syarikat kerana kedudukan
kewangan mempengaruhi harga saham syarikat berkenaan. Pelabur akan mengekalkan
pegangan saham dalam syarikat yang berprestasi baik manakala bakal pelabur pula cuba
untuk mendapatkan saham syarikat berkenaan.

c. Pembekal / Vendor / Trade Creditors / Pemiutang
Pemberi kredit membuat penilaian ke atas syarikat sebelum memberikan atau
memperbaharui kemudahan kredit. Penyata kewangan merupakan komponen penting
dalam analisis kredit.

d. Pihak Pengurusan (Lembaga Pengarah / Pengurus)
Penyata Kewangan boleh digunakan unutk menilai prestasi pihak pengurusan dalam
menjalankan tanggungjawab mereka. Selain itu, belanjawan boleh digunakan sebagai asas
perbandingan dalam sistem kawalan syarikat.

e. Agensi Kerajaan
Syarikat diwajibkan menyerahkan penyata kewangan kepada SSM pada setiap tahun.
Selain itu, LHDN bertanggungjawab ke atas pungutan cukai dan penyata kewangan
syarikat akan menjadi asas pengiraan cukai. Agensi lain yang memerlukan penyata
kewangan termasuklah Jabatan Statistik Malaysia dan Kementerian Pembangunan
Usahawan Dan Koperasi (MECD).

f. Kesatuan sekerja / Pekerja / Bakal Pekerja
Golongan ini berminat untuk mengetahui kedudukan syarikat kerana prestasi syarikat
biasanya menjadi asas kepada tuntutan kesatuan sekerja untuk mendapatkan bonus,
kenaikan gaji, dan sebagainya.

g. Pesaing
Golongan ini berminat untuk mengetahui kedudukan kewangan syarikat pesaing kerana
prestasi syarikat biasanya menjadi asa kepada hala tuju dan kemajuan atau kemunduran
sesebuah syarikat.


ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

3.3 PENYATA PENDAPATAN
Penyata Pendapatan Penyata Kewangan yang menunjukkan maklumat terperinci mengenai
prestasi sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh kewangan tertentu, biasanya satu (1) tahun.
Penyata Pendapatan menunjukkan sumber pendapatan, perbelanjaan, dan keuntungan yang
dicapai oleh perniagaan sepanjang suatu tempoh operasi perniagaan. Contoh Penyata Pendapatan:
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012
RM RM
Jualan 900,000.00
(-) Kos Barang Dijual (KBDJ) 450,000.00
Untung Kasar 450,000.00
(+) Hasil Operasi
Faedah Diterima 2,500.00
Komisen Diterima 1,000.00
3,500.00
(-) Belanja Operasi
Pentadbiran 60,000.00
Jualan & Pemasaran 120,000.00
Faedah 12,000.00
Susut Nilai 5,000.00
(197,000.00)
Untung Bersih Sebelum Cukai 256,500.00
(-)Cukai (27%) (69,255.00)
Untung Bersih Selepas Cukai 187,245.00


Beberapa istilah penting yang digunakan dalam penyediaan Penyata Pendapatan adalah
seperti berikut:
a. Jualan
Jualan merujuk pada jumlah jualan yang dilakukan oleh firma. Nilai jualan ini termasuk nilai
jualan tunai dan jualan kredit. Amaun jualan ini menunjukkan amaun jualan bersih setelah
ditolak jualan yang dikembalikan dan diskaun.

b. Kos Barang Dijual
KBDJ merupakan kos terbesar yang perlu ditanggung oleh sesebuah organisasi yang
terlibat dalam aktiviti pengeluaran.

ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

c. Untung Kasar
Untung Kasar diperoleh selepas menolak KBDJ daripada nilai jualan. Sekiranya KBDJ
melebihi nilai jualan, rugi kasar akan diperolehi.

d. Hasil Operasi
Hasil Operasi merupakan hasil yang diperoleh daripada aktiviti semasa firma seperti faedah
diterima (faedah atas simpanan tetap), sewa diterima, dan komisen diterima.

e. Belanja Operasi
Belanja Operasi merupakan perbelanjaan yang terlibat ketika menjalankan aktiviti semasa
firma seperti belanja pemasaran dan belanja pentadbiran.

f. Untung Bersih
Untung Bersih diperoleh setelah menolak segala belanja operasi daripada hasil operasi dan
pendapatan lain (misalnya, untung kasar). Dividen akan ditentukan daripada nilai untung
bersih selepas ditolak cukai.

g. Pendapatan Tertahan
Pendapatan Tertahan terdiri daripada pelaburan yang dibuat terhadap pendapatan yang
diperoleh pada tahun sebelumnya. Dengan erti kata lain, pendapatan tertahan ialah
pendapatan yang tidak diberikan kepada pemegang saham sebagai dividen pada tahun
tertentu tetapi dilaburkan semula unutk mengembangkan lagi perniagaan. Pendapatan
tertahan dicampurkan dengan untung bersih pada tahun semasa akan menghasilkan
pendapatan terkumpul. Organisasi akan berupaya untuk membayar dividen selagi
pendapatan terkumpul bernilai positif.

3.4 KUNCI KIRA-KIRA / LEMBARAN IMBANGAN
Kunci Kira-kira menunjukkan kedudukan aset dan liabiliti atau kedudukan kewangan sesebuah
perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan tertentu, biasanya satu (1) tahun.
Kunci Kira-kira menunjukkan jenis aset yang dimiliki perniagaan (aset), sumber dana yang
digunakan untuk menjelaskan tuntutan jangka pendek dan jangka panjang (liabiliti) serta sumber
pembiayaan perniagaan (ekuiti pemilik). Contoh Kunci Kira-kira:




ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2012
RM RM RM
ASET SEMASA
Tunai 80,000.00
Akaun Belum Terima 50,000.00
Inventori 135,000.00
Jumlah Aset Semasa 265,000.00

ASET TETAP

Bangunan 150,000.00
Loji Dan Kelengkapan 200,000.00
(-) Susut Nilai Terkumpul (50,000.00) 150,000.00
Jumlah Aset Tetap 300,000.00
JUMLAH ASET 565,000.00

LIABILITI SEMASA

Akaun Belum Bayar 35,000.00
Pinjaman Bank 46,000.00
Cukai Belum Bayar 25,000.00
Dividen Belum Bayar 50,000.00
Jumlah Liabiliti Semasa 156,000.00

LIABILITI JANGKA PANJANG

Bon Gadai Janji 45,000.00
Debentur 37,000.00
Jumlah Liabiliti Jangka Panjang 82,000.00
Jumlah Liabiliti 238,000.00

EKUITI PEMILIK

Saham Biasa 80,000.00
Premium Saham 47,000.00
Pendapatan Tertahan 200,000.00
Jumlah Ekuiti Pemilik 327,000.00
Jumlah Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik 565,000.00

ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

Beberapa istilah penting yang digunakan dalam penyediaan Kunci Kira-Kira adalah seperti
berikut:

a. Aset
Harta yang dimiliki sesebuah organisasi. Aset boleh dibahagikan kepada Aset Tetap dan
Aset Semasa. Jangka hayat Aset Semasa adalah kurang dari setahun, misalnya akaun
belum terima, tunai, dan inventori. Jangka hayat Aset Tetap adalah > setahun, misalnya
bangunan, tanah, jentera, kenderaan dan peralatan pejabat.

b. Liabiliti
Pinjaman yang dilakukan oleh firma untuk membiayai sebahagian daripada asset
perniagaannya. Liabiliti boleh dibahagikan kepada Liabiliti Semasa dan Liabiliti Jangka
Panjang. Liabiliti Semasa mempunyai tempoh matang <setahun dan Liabiliti Jangka
Panjang mempunyai tempoh matang >setahun.

c. Ekuiti Pemilik
Sebahagian daripada asset perniagaan yang boleh dibiayai pelabur, misalnya melalui
penerbitan saham syarikat. Oleh itu, pemegang saham ialah pemilik syarikat yang berhak
menentukan corak pengurusan dan masa depan syarikat.





3.5 PENYATA PENDAPATAN TERTAHAN





Penyata Pendapatan tertahan menyelaraskan untung bersih yang dicapai sepanjang tempoh
dan sebarang dividen yang dibayar, dengan perubahan pendapatan tertahan antara awal tahun dan
akhir tahun.
Dalam penyata di bawah dapat ditunjukkan bahawa pendapatan tertahan meningkat sebanyak
RM10,000.00 berbanding pada awal tahun.






ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
Penyata Pendapatan Tertahan menunjukkan bagaimana akaun pendapatan
tertahan atas lembaran imbangan diselaraskan antara dua tarikh lembaran
imbangan.
ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

SYARIKAT FAZ
PENYATA PENDAPATAN TERTAHAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2013

Pendapatan Tertahan, 1hb Januari 2013 RM50, 000.00
(+) Untung Bersih (sepanjang tahun 2013) 18, 000.00
(-) Dividen dibayar (sepanjang tahun 2013):

Saham Keutamaan RM1 ,000.00
Saham Biasa 7, 000.00 8, 000.00

Bagi tahun berakhir 31hb Disember 2013 RM60, 000.00

3.6 PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata Aliran Tunai menunjukkan saluran atau cara yang boleh digunakan oleh organisasi
untuk memperoleh sumber kewangan bagi membiayai operasi perniagaannya.
Penyata Aliran Tunai juga menunjukkan bagaimana sumber-sumber ini digunakan oleh
perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Melalui penyata ini, perubahan asset antara dua (2) tahun
sama ada positif (asset bertambah) atau negative (asset berkurang) dapat dikenalpasti seperti yang
berikut:

(a) Pertambahan asset bermakna tunai telah digunakan untuk membeli asset, manakala
pengurangan asset bermakna tunai telah diterima daripada penjualan asset
(b) Pertambahan inventori (+ve) pula bermakna tunai telah digunakan untuk membeli inventori,
manakala pengurangan inventori (-ve) bermakna tunai telah diterima atau bertambah
disebabkan penjualan inventori
(c) Pertambahan liabiliti (+ve) bermakna tunai belum digunakan lagi untuk menjelaskan liabiliti.
Oleh itu, jumlah tunai bertambah. Sebaliknya, pengurangan liabiliti (-ve) menunjukkan tunai
telah digunakan untuk menjelaskan sebahagian daripada tuntutan. Oleh itu, jumlah tunai
berkurangan.

Hubungan antara pertambahan atau pengurangan aset, liabiliti, dan saham dengan jumlah
dana dapat ditunjukkan denga cara berikut:

PERUBAHAN JUMLAH DANA
Pertambahan Aset (+) Berkurang
Pengurangan Aset (-) Bertambah
Pertambahan Liabliti (+) Bertambah
Pengurangan Liabiliti (-) Berkurang
Penambahan Saham (+) Bertambah
Pengurangan Saham (-) Berkurang
ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013


3.6.1 Membentuk Penyata Aliran Tunai

Data yang diperolehi daripada Penyata Kunci Kira-Kira / Lembaran Imbangan bersama dengan
untung bersih, susut nilai dan dividen yang diperoleh daripada Penyata Pendapatan akan digunakan
untuk menyediakan penyata aliran tunai. Tiga (3) langkah berikut:

Langkah 1 Kelaskan data kepada salah satu daripada tiga (3) komponen:
1. Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi
Jualan dan belian barang/pekhidmatan, hasil sewa, yuran, upah, gaji,
utiliti & belanja sewa

2. Aliran Tunai daripada Aktviti Pelaburan (Aset Jangka Panjang)
Belian dan jualan Aset Tetap, Jualan Pelaburan, Pembelian Saham Dan
Bon (pelaburan) dan pinjaman kepada entiti lain

3. Aliran Tunai daripada Aktiviti Pembiayaan (Liabiliti)
Pembayaran semula pinjaman, pinjaman jangka pendek & panjang dan
pembelian semula saham

Langkah 2 Senaraikan data mengikut susunan seperti jadual yang diberi. Semua sumber
dan untung bersih serta susut nilai adalah aliran tunai positif, iaitu aliran tunai
masuk; manakala kesemua kegunaan, sebarang kerugian dan dividen berbayar
adalah aliran tunai negatif, iaitu aliran tunai keluar.

Langkah 3 Campur jumlah setiap komponen untuk memperoleh Peningkatan (atau
pengurangan) bersih tunai dan sekuriti boleh pasar. Untuk menyemak sama
ada anda telah menyediakan penyata itu dengan betul, pastikan nilai itu sama
dengan perubahan dalam tunai dan sekuriti boleh pasar bagi tahun berkenaan
yang diperoleh dengan melihat kepada baki-baki awal dan akhir tunai dan
sekuriti boleh pasar di lembaran imbangan.










ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

ITEM:
PP Penyata Pendapatan LI Lembaran Imbangan
RM
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI
Untung bersih (rugi bersih) PP
Susut nilai dan caj-caj bukan tunai lain PP
Perubahan dalam semua aset semasa
(kecuali tunai dan sekuriti boleh pasar)
LI
Perubahan dalam semua liabilti semasa
(kecuali nota belum bayar)
LI
Aliran tunai daripada aktiviti operasi xx

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN
Perubahan dalam jumlah Aset Tetap LI
Perubahan dalam jumlah kepentingan perniagaan LI
Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan xx

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN
Perubahan dalam nota belum bayar LI
Perubahan dalam hutang jangka panjang LI
Perubahan dalam ekuiti pemegang saham
(selain daripada pendapatan tertahan)
LI
Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan xx

Peningkatan (atau pengurangan) dalam tunai dan
sekuriti boleh pasar
xx

3.6.2 Kepentingan Penyata Aliran Tunai

(a) PIHAK PENGURUSAN

(i) Menunjukkan perubahan modal kerja antara tempoh perakaunan lepas dan tempoh
perakaunan semasa serta memberikan gambaran tentang tingkat kecekapan
pengurusan operasi organisasi
(ii) Menunjukkan segala perubahan terhadap sumber kewangan organisasi apabila
organisasi membeli aset baharu, membayar dividen, dan menjelaskan hutang kepada
pemiutang
(iii) Boleh digunakan sebagai alat perancangan pada masa hadapan dan alat pengawalan
aktiviti semasa

(b) PELABUR ASING

(i) Memudahkan penyemakan perjalanan seluruh rancangan dan polisi organisasi
(ii) Memudahkan perancangan untuk mendapatkan sumber pembiayaan tambahan bagi
membeli mesin dan jentera
ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

(iii) Memudahkan perancangan perjalanan dan polisi operasi organisasi
(iv) Menunjukkan kedudukan modal kerja bersih dan urusan kredit organisasi
(v) Memudahkan penyelarasan polisi dividen organisasi serta dividen organisasi serta
tindakan yang wajar diambil

(c) KEGUNAAN LAIN

(i) Membolehkan penganggaran jumlah dana yang akan digunakan untuk
mengembangkan dan membesarkan operasi organisasi
(ii) Memudahkan perancangan operasi organisasi dari segi jenis pelaburan yang perlu
dibuat
(iii) Memudahkan perancangan dari segi pembayaran dividen dan faedah
(iv) Memudahkan pengawalan baki tunai supaya sentiasa mencukupi bagi tujuan
menjalankan operasi organisasi.

PENYATA PENDAPATAN KUNCI KIRA-KIRA PENYATA ALIRAN TUNAI
Sumber Pendapatan
Perbelanjaan
Keuntungan
Aset
Ekuiti
Liabiliti
Sumber Dana
(Tunai Masuk)
Penggunaan Dana
(Tunai Keluar)

3.7 NISBAH KEWANGAN

Nisbah Kewangan merupakan alat yang digunakan untuk menilai keadaan kewangan dan
prestasi ssebuah firma. Terdapat LIMA (5) jenis nisbah kewangan seperti di dalam jadual.

NISBAH KECAIRAN Nisbah Semasa
Nisbah Cepat
NISBAH PENGGEARAN Nisbah Hutang
Nisbah liputan belanja faedah
NISBAH KECEKAPAN Tempoh purata masa kutipan
Pusing ganti inventori
Pusing ganti jumlah aset
Pusing ganti aset tetap
NSBAH KEUNTUNGAN Margin untung kasar
Margin bersih atas jualan
Pulangan atas jumlah aset
Pulangan atas ekuiti
NISBAH PASARAN Nisbah harga atas keuntungan
Pendapatan sesaham
Nisbah pasaran/buku


ANALISIS PENYATA KEWANGAN 2013

3.7.1 Nisbah Kecairan
Nisbah kecairan ialah nisbah yang mengukur tahap kecairan aset yang dimiliki oleh
sesebuah perniagaan. Ianya di

Anda mungkin juga menyukai