Anda di halaman 1dari 18

1 | P a g e

1.0 PENGENALAN
Istilah profesionalisme guru tentu bukan sesuatu yang asing dalam dunia pendidikan.
Secara sederhana, profesional berasal dari kata profesi yang berarti jabatan. Orang yang
profesional adalah orang yang mampu melaksanakan tugas jabatannya secara mumpuni,
baik secara konseptual maupun aplikatif. Guru yang profesional adalah guru yang memiliki
kemampuan mampan dalam melaksanakan tugas jabatan guru. Bila ditinjau secara lebih
dalam, terdapat beberapa karakteristik profesionalisme guru. Rebore (1991) mengemukakan
enam karakteristik profesionalisme guru, yaitu: (1) pemahaman dan penerimaan dalam
melaksanakan tugas, (2) kemauan melakukan kerja sama secara efektif dengan siswa,
guru, orang tua siswa, dan masyarakat, (3) kemampuan mengembangkan visi dan
pertumbuhan jabatan secara terus menerus, (4) mengutamakan pelayanan dalam tugas, (5)
mengarahkan, menekan dan menumbuhkan pola perilaku siswa, serta (6) melaksanakan
kode etik jabatan.
Sementara itu, Glickman (1981) memberikan ciri profesionalisme guru dari dua sisi,
yaitu kemampuan berpikir abstrak (abstraction) dan komitmen (commitment). Guru yang
profesional memiliki tingkat berpikir abstrak yang tinggi, yaitu mampu merumuskan konsep,
menangkap, mengidentifikasi, dan memecahkan berbagai macam persoalan yang dihadapi
dalam tugas, dan juga memiliki komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Komitmen
adalah kemauan kuat untuk melaksanakan tugas yang didasari dengan rasa penuh
tanggung jawab. Lebih lanjut, Welker (1992) mengemukakan bahwa profesionalisme guru
dapat dicapai bila guru ahli (expert) dalam melaksanakan tugas, dan selalu
mengembangkan diri (growth). Glatthorm (1990) mengemukakan bahwa dalam melihat
profesionalisme guru, disamping kemampuan dalam melaksanakan tugas, juga perlu
mempertimbangkan aspek komitmen dan tanggung jawab (responsibility), serta kemandirian
(autonomy)..
Membicarakan tentang profesionalisme guru, tentu tidak bisa dilepaskan dari
kegiatan pengembangan profesi guru itu sendiri. Secara garis besarnya, kegiatan
pengembangan profesi guru dapat dibagi ke dalam tiga bagian, yaitu: (1) pengembangan
intensif (intensive development), (2) pengembangan kooperatif (cooperative development),
dan (3) pengembangan mandiri (self directed development) (Glatthorm, 1991).
Pengembangan intensif (intensive development) adalah bentuk pengembangan yang
dilakukan pimpinan terhadap guru yang dilakukan secara intensif berdasarkan kebutuhan
guru. Model ini biasanya dilakukan melalui langkah-langkah yang sistematis, mulai dari
perencanaan, pelaksanaan, sampai dengan evaluasi dan pertemuan balikan atau refleksi.
2 | P a g e

Teknik pengembangan yang digunakan antara lain melalui pelatihan, penataran, kursus,
loka karya, dan sejenisnya.
Pengembangan kooperatif (cooperative development) adalah suatu bentuk
pengembangan guru yang dilakukan melalui kerja sama dengan teman sejawat dalam suatu
tim yang bekerja sama secara sistematis. Tujuannya adalah untuk meningkatkan
kemampuan profesional guru melalui pemberian masukan, saran, nasehat, atau bantuan
teman sejawat. Teknik pengembangan yang digunakan bisa melalui pertemuan KKG
atau MGMP/MGBK. Teknik ini disebut juga dengan istilah peer supervision atau
collaborative supervision.
Pengembangan mandiri (self directed development) adalah bentuk pengembangan
yang dilakukan melalui pengembangan diri sendiri. Bentuk ini memberikan otonomi secara
luas kepada guru. Guru berusaha untuk merencanakan kegiatan, melaksanakan kegiatan,
dan menganalisis balikan untuk pengembangan diri sendiri. Teknik yang digunakan bisa
melalui evaluasi diri (self evaluation) atau penelitian tindakan (action research).


3 | P a g e

2.0 TUGASAN 1 :
Analisis Tema Dan Ucapan YB Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan Hari
Guru Kali Ke -43 Tahun 2014.
GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI merupakan tema perayaan hari
guru kali ke-43 tahun 2014. Tajuk ucapan ini sekali gus membawa erti yang cukup besar
kepada seluruh guru dan bakal guru seperti guru pelatih IPG di Malaysia. hal ini dikaitkan
dengan harapan beliau yang besar terhadap guru di Malaysia agar dapat menjadi pencetus
kreativiti yang boleh menjana inovasi dalam masyarakat dan negara secara amnya.
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.
Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok
Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk
mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul
dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki
pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru
mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai
pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai
pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada
tanggungjawab guru yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Muallim, al-Murabbi,
al-Muaddib dan al-Mursyid. Al-Muallim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar.
manakala al-Murabbi pula merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-
Muaddib pula bermaksud mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud
membentuk kepimpinan insan.
Kesimpulannya definisi guru ialah sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki
kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka,
peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus
memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal
pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.
Definisi kreativiti pula merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita
abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan,
4 | P a g e

persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui
pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa.
Beberapa tokoh dalam disiplin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa
kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan
adalah: ... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001) ... sebagai gaya hidup (Fomm, 1959
dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001) proses yang dilalui oleh seseorang dalam
pengalaman seharian yang membawa perbaikan pertumbuhan diri. (Andrews, 1961
dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001) ... satu proses yang seseorang itu menjadi peka
terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang,
ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari
penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan
itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan
mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain. (Boon
dan Ragbir, 1998).
Kesimpulannya, kreativiti tidak boleh dipaksa. Kita memerlukan ketenangan dalam
mencari idea yang kreatif. Sekiranya kita dalam keadaan tertekan disebabkan kita terpaksa
membentangkan sesuatu dalam jangka masa yang pendek kita mungkin akan gagal.
Dengan beberapa pengecualian, kreativiti boleh terhasil dalam keadaan kita tertekan dan
menghasilkan sesuatu yang baik. Dari itu sentiasalah menulis sesuatu idea apabila
terfikirkannya walaupun terjaga di tengah malam dari tidur. Jangan kita fikirkan bahawa
anda akan ingat sehingga esoknya jika tidak menulisnya. Sekiranya anda tidak mencatatnya
anda akan lupa. Fikiran kreatif boleh datang pada bila-bila masa. Dari itu kita perlu sentiasa
bersedia.
Definisi inovatif secara literature yang berasal daripada perkataan Latin yang
bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kesan daripada aplikasi keuoayaan kreatif
khususnya dalam industri yang memerlukan konsep, idea, kaedah, proses dan kegunaan
yang baru. Inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau
mengubahsuai untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.
Kesimpulannya, inovasi ialah satu cara untuk memperkenalkan idea baru untuk
membuat sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru. Inovatif adalah satu proses
mengeluarkan idea dan mengubahnya ke bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara
operasi yang baru. Walaupun idea dihasilkan melalui proses tertentu seperti rekacipta,
pembangunan, pengeluaran dan sebagainya, ia akan menjadi suatu inovasi jika idea
tersebut benar-benar dapat digunakan dan dimanfaatkan.
5 | P a g e


Perkara pertama yang disebut dalam teks ucapan YB Menteri Pelajaran Malaysia
untuk perayaan hari guru kali ini beliau telah menegaskan kepada guru supaya menjadi
pencetus kreativiti dan penjana inovasi dalam mendidik murid. Menurut beliau lagi, kita
sekarang berada di era negara maju di mana ekonomi negara kita dipacu oleh daya inovasi
rakyat. Berdasarkan isi-isi ucapan tersebut, kita dapat melihat betapa pentingnya bagi guru
untuk memberikan sambutan terhadap gesaan YB Menteri Pelajaran Malaysia tersebut
kerana perubahan yang telah berlaku terhadap ekonomi negara kita memainkan peranan
penting terhadap sistem pendidikan kerana ianya saling berkait rapat.
Sumbangan sistem pendidikan negara terhadap ekonomi negara di mana sistem
pendidikan yang dapat melahirkan modal insan yang berjaya dan berinovasi mampu
membantu untuk menjana ekonomi negara dengan memberikan sumbangan melalui hasil
inovasi dan ciptaan mereka. Antara contoh sumbangan yang telah diberikan ialah hasil
inovasi dan ciptaan tersebut telah dieksport ke luar negara seperti kenderaan, barangan
elektronik dan pelbagai lagi sekali gus memberikan nilai positif terhadap ekonomi negara.
Jika dilihat kembali, individu yang memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat ini
ialah guru.
Begitu juga sebaliknya dengan ekonomi yang stabil dan menguntungkan dapat
memberikan peluang kepada kerajaan untuk sentiasa menyumbangkan dana yang
mencukupi untuk menaiktaraf sistem pendidikan di negara kita. Contohnya ialah
memastikan setiap sekolah dilengkapkan dengan prasarana-prasarana yang perlu untuk
menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid seperti makmal komputer dan juga
makmal sains. Prasarana ini amat perlu kerana sistem pendidikan pada masa ini banyak
menggunakan teknologi oleh itu sebagai negara yang sedang membangun kita tidak boleh
ketinggalan memandangkan kita mampu menyediakan kemudahan tersebut jika dilihat pada
ekonomi negara.
Hal ini mendapat adalah lanjutan kepada tema perayaan hari guru terdahulu pada
tahun 2012 iaitu GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
NEGARA. Menurut teks ucapan YB Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu, beliau telah
menghuraikan bahawa guru berinovasi ialah guru yang mempunyai kebolehan untuk
melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis,
kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Dalam konteks ini,
sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni
kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai. Ketika berada di dalam bilik
darjah, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
6 | P a g e

pengajaran dan pembelajaran, tetapi sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk
mencari kaedah dan pendekatan baru yang lebih berkesan. Yang penting, objektif
pembelajaran dicapai.
Kemudian, dalam teks ucapan YB Menteri Pelajaran Malaysia pada perayaaan hari
guru tahun 2014 pula beliau juga telah menjelaskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
kerajaan dalam mentransformasi sistem pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang mana turut memberi penekanan terhadap elemen
kreativiti dan inovasi. Selain itu, pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di
sekolah selaras dengan usaha mentransformasi sistem pendidikan negara yang
merangkumi tujuh elemen iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran, sumber, sokongan
masyarakat, ko-kurikukulum dan bina upaya guru.
Usaha ini telah diperhebatkan lagi dengan memperkenalkan Program i-Think iaitu
satu program yang membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir, menyemai
budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya
menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid. Jika dilihat pada
situasi semasa, sekarang merupakan waktu yang amat sesuai bagi usaha-usaha yang telah
dilaksanakan kerajaan tersebut. Hal ini kerana usaha-usaha tersebut amat penting bagi
melahirkan murid yang mampu berdaya saing antara satu sama lain sama ada pada
peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa kerana jika tidak mengikuti peredaran
semasa mereka akan ketinggalan berbanding negara-negara lain yang sememangnya
terkenal dalam melahirkan individu-individu yang kreatif dan inovatif.
Bekas perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahadhir bin Mohamad
ada menyatakan hasrat untuk melihat Malaysia mencapai taraf negara menjelang 2020
dengan memperkenalkan dasar hala timur. Kita perlu melihat negara-negara timur yang
maju contohnya di negara Jepun, kreativiti dan inovasi mereka telah jauh meninggalkan kita
bidang teknologi seperti industri robotik yang mana memang tiada tolok bandingnya. Setakat
ini mereka telah berjaya mencipta robot yang boleh melakukan kerja-kerja seperti manusia
seperti berlari, membersih dan sebagainya. Dengan memperkenalkan Program i-Think ini,
kita mungkin dapat melahirkan individu yang kreatif dan inovatif melalui bantuan-bantuan
yang telah ditawarkan oleh kerajaan dalam membantu mereka menanam minat untuk
belajar di samping menyediakan segala kemudahan yang diperlukan semasa proses
pembelajaran tersebut. Antara cara menanam minat murid untuk menjadi kreatif dan inovatif
ialah dengan mendedahkan mereka dengan kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi dalam
bidang inovasi seperti beberapa pelajar universiti di Malaysia yang telah mengharumkan
nama negara dengan memenangi pertandingan rekacipta di peringkat antarabangsa.
7 | P a g e

Selain itu, teks ucapan YB Menteri Pelajaran Malaysia beliau merungkai tentang
penghargaan dan pengiktirafan kepada projek-projek inovasi guru melalui Pertandingan
Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2002
lagi. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk merangsang guru-guru untuk mencabar
diri mereka sendiri supaya lebih kreatif dan inovatif sekali gus menjadi contoh kepada murid-
murid yang diajar. Dengan memberikan beberapa contoh inovasi yang telah dihasilkan oleh
guru-guru, YB Menteri Pelajaran telah membuat rumusan bahawa semua inovasi yang telah
dihasilkan melalui pendekatan, kaedah, teknik, bahan dan peralatan baharu yang terbukti
berjaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh inovasi
yang dinyatakan di mana pada tahun 2013, SMK Agama Putrajaya telah menghasilkan X-
Time2 untuk membantu murid menepati masa sekali gus dapat menyokong rumusan yang
telah dibuat oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia.
Isi seterusnya yang telah ditekankan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia dalam teks
ucapan beliau ialah berkaitan dengan peningkatan profesionalisme guru dari semasa ke
semasa. Menurut beliau lagi, Untuk itu, guru sebagai golongan profesional perlu bersedia
untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif selain perlu sentiasa menambah nilai
intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan modal insan
yang diperlukan oleh negara kita. Apa yang ingin disampaikan oleh YB Menteri Pelajaran
Malaysia ialah sebagai guru kita tidak boleh kekal berada pada tahap yang sama sahaja
tetapi sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan sama ada di dalam diri sendiri sebagai
pendidik yang lebih baik mahupun terhadap persekitarannya dalam bentuk sumbangan yang
positif.
Pendidik yang lebih baik bermaksud sentiasa memperbaiki kelemahan yang terdapat
dalam pengajaran yang dilakukan dengan membuat refleksi kemudian disusuli dengan
penambahbaikan yang mana mempunyai ciri-ciri yang lebih kreatif dan inovatif. Contohnya
ialah guru mengambil kesempatan terhadap kelebihan yang ada pada murid contohnya jika
di bandar murid-murid lebih mahir menggunakan komputer oleh itu guru boleh memberikan
tugasan kepada murid dan menyuruh mereka menyiapkannya dengan menggunakan
bantuan komputer. Guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka selain sentiasa
berusaha untuk memperbaiki diri dengan menambah ilmu pengetahuan mahupun kemahiran
supaya dapat membantu mereka menjadi lebih inovatif di sekolah.
Dalam isi-isi terakhir teks ucapan beliau, YB Menteri Pelajaran Malaysia lebih banyak
menghamburkan penghargaan terhadap kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh guru-
guru dan murid-murid di negara kita dalam bidang inovasi selain turut menyatakan bentuk
pengiktirafan dan penghargaan yang telah diberikan kepada individu-individu tersebut. Jika
8 | P a g e

diteliti, hasrat sebenar YB Menteri Pelajaran Malaysia ialah untuk memberitahu bahawa
pentingnya inovasi pada masa ini di mana kerajaan begitu menghargai mereka yang berjaya
selain cuba merangsang individu-individu lain supaya melibatkan diri dalam bidang inovasi.
Dengan insentif sedemikian rupa, hasrat YB Menteri Pelajaran Malaysia pasti disambut baik
oleh guru-guru dan murid-murid di negara ini. Untuk jangka masa yang panjang, adalah
berkemungkinan bahawa perkara ini dapat menanamkan minat individu dalam bidang
inovasi tanpa memikirkan insentif lagi kerana sudah terdapat kesedaran dalam diri mereka
sendiri akan kepentingan inovasi dalam kehidupan.
Sebagai kesimpulan, kita sebagai guru hendaklah menyambut seruan yang dibuat
oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia kerana ianya telah menjadi keperluan kepada kita jika
ingin menjadi guru yang berkesan dalam arus global ini. Caranya ialah dengan menanam
sifat sentiasa memperbaiki amalan keguruan bagi mendapatkan pengajaran yang lebih baik
atau cuba lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran seharian. Perkara ini boleh dicapai
dengan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan menyertai bengkel-bengkel
serta kursus-kursus yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Hal ini akan membolehkan kita
menjadi guru yang mencetuskan kreativiti ke dalam diri murid-murid dan melansungkan
penjanaan inovasi dalam sistem pendidikan negara kita Malaysia.










9 | P a g e

3.0 TUGASAN 2 :
Cara Guru Novis Menguruskendalikan Dan Menangani Isu-Isu Semasa Dalam
Pengurusan Bilik Darjah Berpandukan Teori Kepimpinan Yang Sesuai.

Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada
seseorang guru yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang
diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan
guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada perkara ini, saya sebagai guru novis
telah cuba menerapkan pengetahuan-pengetahuan yang ada dalam diri untuk membantu
saya menangani sebarang isu yang timbul sepanjang berada di sekolah.


CABARAN
GURU NOVIS
MENANGANI
ISU SEMASA
DI SEKOLAH
Murid ponteng
kelas atau tidak
hadir ke sekolah
Menanamkan
sifat berani
dalam diri murid
Murid yang sukar
untuk
mendengar dan
menerima
arahan guru
Murid bergaduh
dengan murid
yang lain
10 | P a g e

Sepanjang tempoh menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Kangkong di Pasir Mas,
saya telah melalui pelbagai pengalaman yang melibatkan pengendalian dan penanganan
isu-isu semasa ketika menguruskan bilik darjah. Antara isu yang boleh diutamakan ialah
masalah murid ponteng kelas sama ada tidak hadir ke sekolah mahupun tidak masuk ke
kelas walaupun mereka berada di sekolah. Sebagai guru, saya cuba mencari punca-punca
berlakunya masalah ini selain cuba mencari jalan penyelesaian agar kes ini dapat
dibendung. Antara sebab-sebab yang dirasakan menjadi punca utama masalah ponteng ini
berlaku ialah kerana murid tersebut bimbang akan dimarahi guru kerana tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberikan. Jika inilah punca utama masalah ponteng di kalangan murid,
individu yang bertanggungjawab atau yang dapat melakukan perubahan ialah guru itu
sendiri.
Dalam kes pengajaran saya di sekolah, saya cuba menangani masalah murid
ponteng ini dengan berpandukan Teori X dan Y. Menurut Douglas McGregor (1960) , Teori
X ada menyatakan bahawa pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan
psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja . Merujuk kepada teori ini, saya cuba
untuk mengelakkan murid daripada berasa tidak puas hati waktu pengajaran saya.
Contohnya ialah mengelakkan diri daripada memarahi murid apabila mereka gagal
menyiapkan kerja rumah. Tujuan utama tindakan saya ialah bagi memastikan murid tidak
berasa takut kepada saya sekaligus mereka tiada masalah untuk hadir ke kelas kerana
merasa selamat walaupun mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan. Menurut
Douglas McGregor (1960), Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan.
Berdasarkan teori ini, saya sentiasa memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada
murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang positif di dalam kelas seperti berjaya
menyiapkan kerja sekolah atau menyelesaikan soalan pada papan hitam. Antara bentuk
penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan ialah seperti hadiah serta pujian. Tujuannya
ialah untuk memastikan murid sentiasa berminat kepada pengajaran saya kerana inginkan
ganjaran sekaligus mengelakkan mereka daripada tidak hadir ke kelas.
Isu seterusnya yang pernah saya alami sepanjang berada di sekolah ialah masalah
buli di kalangan murid. Terdapat dua bentuk buli yang dapat dilihat iaitu dari segi fizikal dan
juga mental. Bagi kes buli yang melibatkan fizikal contohnya ialah kes peras ugut di
kalangan murid. Dengan mengambil contoh yang berlaku di sekolah saya, seorang murid
tahun enam telah memeras ugut murid tahun tiga supaya memberikannya wang saku. Murid
tahun tiga tersebut hanya menuruti perintah murid tahun enam tersebut kerana bimbang
akan diapa-apakan kerana sedar akan perbezaan fizikal antara mereka di mana dia lebih
kecil berbanding murid tahun enam tersebut. Apabila kes ini sampai kepada pengetahuan
saya, saya telah mencuba mencari jalan penyelesaian dengan berpandukan Teori
11 | P a g e

Kepimpinan Mengikut Situasi. Selain itu saya turut berusaha menanamkan sifat berani
dalam diri murid supaya tampil untuk membuat aduan jika berlakunya kes buli di sekolah.
Perkara ini telah saya tegaskan kepada murid di dalam kelas sebagai selingan pada waktu
pengajaran saya dan telah diulang berkali-kali supaya mereka sentiasa mengingatinya
semasa berada di sekolah dan di rumah. Bagi kes buli yang bersifat mental, ianya lebih
sukar untuk ditangani kerana kes ini sukar untuk dikesan oleh guru semasa di sekolah jika
tiada murid yang tampil untuk menceritakan masalah mereka. Contoh buli dari segi mental
ialah murid yang dipulaukan oleh rakan-rakan sekelas mereka kerana sebab-sebab tertentu
seperti bau badan, nakal dan lain-lain lagi.
Sebagai langkah penyelesaian, saya cuba mengenalpasti murid-murid yang dibuli
secara mental ini melalui pemerhatian terhadap cara murid bergaul, kedudukan murid di
dalam kelas dan juga interaksi dengan rakan semasa melakukan kerja berkumpulan.
Selepas berjaya mengesan beberapa orang murid, saya cuba menyelami masalah mereka
melalui temubual untuk mencari punca mengapa mereka dipulaukan oleh murid-murid lain
sekali gus mencadangkan perkara yang dapat membantu mereka mengatasi masalah
tersebut. Contohnya ialah dengan menyuruh murid yang mempunyai bau badan supaya
mencari jalan supaya murid lain dapat mendekati mereka seperti dengan mandi lebih kerap
selain memakai bau-bauan ke sekolah.
Teori ini ada menyatakan bahawa cara memimpin yang berbeza boleh berkesan,
bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan (Subki dan Ismail, 2013). Mereka
yang matang kurang memerlukan penyeliaan manakala mereka yang kurang matang
memerlukan arahan daripada ketua. Dalam kes buli antara murid tahun 6 dengan murid
tahun 3 ini, saya meletakkan kedudukan murid tahun 6 ini sebagai kurang matang selain
cuba mencari sebab kenapa murid ini melakukan tindakan buli tersebut. Murid ini telah
diselia dengan cara melakukan pemerhatian dari masa ke semasa. Selain itu, saya turut
bertanyakan murid tahun tiga yang menjadi mangsa tersebut adakah kejadian peras ugut
berulang lagi selepas kes tersebut sampai kepada pengetahuan saya.
Masalah seterusnya yang dapat saya ketengahkan sepanjang berada di sekolah
ialah berkaitan dengan murid yang sukar untuk mendengar dan menerima arahan guru.
Contohnya ialah sewaktu gotong-royong membersihakan kawasan sekolah, terdapat murid
yang tidak melaksanakan tugasan mereka iaitu memungut sampah bahkan mereka asyik
bermain dan berlari di kawasan sekolah. Tidak kurang juga ada murid yang bersembunyi
untuk mengelakkan diri melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh guru.
Jika merujuk kepada Teori Perhubungan Manusia, semua ini terletak pada bahu
pemimpin iaitu guru sendiri kerana perlakuan pemimpin terutamanya , boleh memberi kesan
12 | P a g e

terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas (Subki dan Ismail, 2013).
Dalam kes ini, sebab-sebab murid berkelakuan sedemikian adalah kerana mereka tidak
berpuas hati melihat kelakuan guru yang hanya tahu memberikan arahan tetapi mereka
tidak melakukan apa-apa kerja. Untuk mengatasi masalah ini, saya cuba untuk turut sama
membersihkan kawasan sekolah bersama murid selain bergurau-senda dengan mereka
ketika melakukan kerja-kerja gotong-royong. Tujuan utama adalah untuk menjadi contoh
pemimpin yang baik kepada murid selain membuat mereka merasa dihargai dan diberi
perhatian. Hasilnya, mereka menjadi lebih berminat untuk melaksanakan tugasan-tugasan
yang diberi selain merasa gembira semasa melakukan tugasan tersebut.
Isu yang terakhir yang berlaku di sekolah ketika saya berpraktikum ialah murid
bergaduh dengan murid yang lain. Antara punca utama pergaduhan ini berlaku ialah timbul
rasa tidak puas selepas bertikam lidah atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Mengambil satu contoh yang dialami ketika berada di sekolah, dua orang murid tahun lima
bertumbuk di dalam kelas di sebelah kelas saya mengajar sementara ketiadaan guru
mereka di dalam kelas. Ketika kejadian tersebut berlaku, terdapat murid daripada kelas
tersebut datang ke kelas saya mengajar untuk memaklumkan kejadian tersebut. Saya terus
bergegas ke tempat murid tersebut bergaduh untuk menghentikan mereka selain mencari
punca mengapa mereka bertumbuk.
Setelah disiasat, puncanya ialah mereka berdua saling mengejek bermula dari segi
fizikal kerana salah seorang murid tersebut agak gemuk sehingga kepada mencaci keluarga
masing-masing tanpa sebab yang munasabah sehingga menyebabkan pertikaman lidah
bertukar kepada kedua-dua mereka saling bertumbuk. Untuk menyelesaikan isu ini saya
mengambil pendekatan berdasarkan Teori Perlakuan. Menurut teori ini, perhubungan
kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya (Subki
dan Ismail, 2013). Dengan mengambil kira punca-punca pergaduhan murid tersebut berlaku,
saya cuba menerangkan kepada mereka akan kepentingan hubungan antara manusia dan
bagaimana ianya boleh mempengaruhi tindakan murid sehingga menyebabkan perkara-
perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Saya menjelaskan kepada kedua-dua murid terbabit
bahawa kita tidak seharusnya melihat kekurangan seseorang itu lalu menjadikannya bahan
ejekan kerana bagaimana kita mengguris perasaan seseorang itu, perkara yang sama boleh
berlaku terhadap kita sedangkan perkara tersebut langsung tidak mendatangkan apa-apa
manfaat kepada kita. Selain itu, saya turut menjadikan isu tersebut sebagai contoh supaya
murid-murid lain turut mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.

13 | P a g e

4.0 KESIMPULAN
Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi,
perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi
pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah
pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran,
penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.
Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan
keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas
daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk
mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi
yang aktif dan berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari
dengan sepatutnya supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.Bagi guru yang
kreatif dan inovatif pula, mereka harus sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi
dan tidak berfungsi dalam profesion mereka.
Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada
seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain
seperti kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan
kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi
pendidikan.
Sebagai kesimpulan, kita sebagai guru hendaklah sentiasa bersedia untuk
menghadapi sebarang isu semasa apabila berada di sekolah kelak. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu supaya
apabila berdepan apa sahaja situasi yang tidak dijangka, kita dapat mengendalikannya
dengan berkesan.

14 | P a g e

REFLEKSI
Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dan limpah rahmatNya
dapat saya menyiapkan tugasan Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesionalisme Guru dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dalam penghasilan
tugasan ini. Kepada pensyarah pembimbing Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Kota
Bharu, Kelantan, Encik Aziz, terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada beliau.
Beliau banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini sama ada memberi nasihat atau
memberi maklumat berkenaan projek ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sekumpulan
yang banyak memberi kerjasama dan membantu dari segi kewangan, nasihat dan
sebagainya.
Pada waktu-waktu begini semangat setia kawan itulah yang banyak membantu yakni
kami bergerak bersama-sama mendapatkan rujukan dan menyiapkan tugasan ini melalui
perbincangan walaupun tugasan ini berbentuk individu.
Tugasan ini telah dijalankan secara individu. Tugasan ini terbahagi beberapa aspek
iaitu projek penyiasatan dan penulisan esei deskriptif secara individu. Jadi untuk bahagian
nota dalam projek penyiasatan, saya telah berbincang bersama-sama beberapa lagi rakan
yang lain untuk memudahkan kerja dan mempercepatkan proses menyiapkan tugasan.
Kami juga telah berbincang tentang cara penulisan nota yang berkesan apabila dibaca.
Pada peringkat permulaan menerima tugasan, saya agak kurang faham mengenai
kehendak tugasan yang sebenar. Namun ini bukanlah penghalang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Saya telah merujuk pensyarah dan bertanya kepada rakan-
rakan yang lebih faham mengenai tugasan ini. Saya telah berusaha mencari jalan
penyelesaian di mana saya telah mengagihkan kerja secara berperingkat. Selain itu saya
mencari jalan penyelesaian dengan meminjam buku-buku rujukan dari kawan-kawan dan
bertukar-tukar maklumat. Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya, saya
menjalankan kerja kursus ini secara sedikit demi sedikit agar saya dapat menghantarnya
tepat pada masa yang diberikan.
Selain itu, tugasan ini banyak membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran
kerana kebetulan pada waktu ini peperiksaan semester sudah semakin hampir dan bahan-
bahan tugasan ini banyak yang berkaitan dengan peperiksaan. Selain itu, tugasan ini
banyak memberi tunjuk ajar mengenai kaedah atau perjalanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah nanti terutamanya bagi opsyen saya iaitu Prasekolah.
15 | P a g e

Sesungguhnya ini memberi gambaran yang khusus mengenai apa yang akan berlaku di
sekolah nanti.
Sesungguhnya pertolongan sahabat-sahabat dan pensyarah memang saya hargai
kerana sumbangan rakan-rakan memang besar pada diri saya. Jadi, pengalaman pahit dan
manis ini akan saya jadikan satu kenangan yang boleh dijadikan panduan dalam hidup
saya. Akhir kata, saya berterima kasih sekali kepada semua pihak yang terlibat dalam
penghasilan tugasan ini. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Semoga usaha saya dan rakan-rakan
dirahmati Allah. Terima Kasih.



16 | P a g e

RUJUKAN

Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Ayan, Jordan. 1997. Aha! 10 ways to free Your Creative Spirit and Find Tour Great Ideas.
New York: Three Rivers Press.
De Bono, Edward. 1991. Letters To Thinkers. London: Penguin Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1982. Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leong, Peter. 2001. I Can Cre8!. Singapore: Prentice Hall.
Lee Gwo Jiuh. 1993. Kemahiran Berfikir dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). dalam Prosiding Konvensyen Antarabangsa Kecemerlangan Berfikir, di
UKM , pada 19 dan 20 Oktober 1993.
Matthew J. kiernan. 1997. Get Innovative or Get Dead!. Kuala Lumpur: Synergy Books
International.
Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2001. Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia
Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2003. Meningkatkan Daya Fikir. Kuala Lumpur: PTS Publication &
Distributors.
Mohd. Azhar Abd. 2003. Kreativiti: Teori, Konsep & Praktis. Skudai. Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd. Azhar Abd. Hamid & Zainudin Hassan. 2003. Pemantapan Literasi Kreatif Sebagai
Katalis Pada Abad Inovasi dalam Prosiding LitCon, pada 15-17 Ogos 2003 di Hotel
Park Royal, Pulau Pinang.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Paimah Atoma dan Muhamed Fauzi Othman. 2003. Kreativiti
Dalam Organisasi: Implikasi Terhadap Pembangunan Sumber Manusia dalam
Prosiding SKPPSM, pada 22 & 23 Oktober 2002 di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor
Bahru.
Ruggiero, V. R. 2001. The Art of Thinking: A Guide to Critical and Creative Thought. New
York: Longman.
17 | P a g e

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sloan, Paul. 2003. Lateral Thinking Skills: Powerful Problem-Solving Techniques to Ignite
Your Teams Potential. London:Kogan page.
Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan. 1997. Pembangunan Sumber
Manusia di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
www.moe.gov.my/v/teks-ucapan-view?id=1009&
www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2011/articlefile_file_002029.pdf
www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2012/articlefile_file_002491.pdf
www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002966.pdf
www.moe.gov.my/v/teks-ucapan-view?id=4216&page%3D1%26keyword%3D%26
www.myadha.blogspot.com/2009/05/ucapan-oleh-menteri-pelajaran-sempena.html














18 | P a g e










Lampiran